Dokumen menjelaskan tentang imbuhan apitan peN-...-an dalam bahasa Melayu dan contoh-contoh katanya. Ia membahagikan imbuhan kepada tiga jenis iaitu pe-...-an, pem-...-an, dan pen-...-an, lalu menerangkan kata dasar mana sahaja yang boleh digabungkan dengan setiap jenis imbuhan. Dokumen ini juga mengandungi soalan latihan dan interaksi untuk murid.
3. Apa khabar murid-murid? Pada hari ini saya serta kawan-kawan saya dari negeri Madagascar akan mengajar murid-murid mengenai Imbuhan Apitan peN-…-an . Jangan segan untuk bertanya dengan Cikgu Nur Ain jika kurang pasti, ya. Selamat belajar!
4. Sebelum itu, saya perlu mengingatkan murid-murid bahawa Imbuhan Apitan peN-…-an mempunyai 4 jenis iaitu pe-…-an , pem-…-an , pen-…-an dan peng-…-an. Pada hari ini, kita akan belajar 3 jenis sahaja iaitu pe-…-an , pem-…-an dan pen-…-an .
6. Imbuhan apitan pe-…-an hanya boleh digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m , n , ng , ny , r , l dan w . Contohnya: m andi - pe m andian n anti - pe n antian ny ala - pe ny alaan ng ayau - pe ng ayauan r usuh - pe r usuhan l ari - pe l arian w aris - pe w arisan
7. Imbuhan apitan pem-…-an boleh bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf-huruf b , f dan v . Contohnya: b aca - pem b acaan Perkataan pinjaman: b oikot - pem b oikotan f atwa - pem f atwaan v eto - pem v etoan
8. Imbuhan apitan pen-…-an pula hanya boleh bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf c , d , j , sy dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf s dan t. Contohnya: c ari - pen c arian d apat - pen d apatan j ajah - pen j ajahan sy arikat - pen sy arikatan z alim - pen z aliman Perkataan pinjaman: s tabil - pen s tabilan t afsir - pen t afsiran
9. Oh jangan lupa ya, murid-murid. Imbuhan apitan pe-…-an juga boleh digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p , t , k dan s TETAPI terdapat beberapa perubahan. Misalnya, kata dasar yang bermula dengan huruf p akan bertukar menjadi m , huruf t bertukar menjadi n , huruf k bertukar menjadi ng dan huruf s bertukar menjadi ny . Contohnya: p ulau - pe m ulauan t ipu - pe n ipuan k urang - pe ng urangan s iar - pe ny iaran
10. Aha! Kini tiba masanya untuk saya menguji fahaman dan kebolehan murid-murid melalui permainan ‘Siapa cepat dia dapat!’. Cikgu Nur Ain akan memberi arahan untuk permainan ini. Ingat murid-murid, bekerja sebagai satu kumpulan, ya! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.