Perniagaan Anda Secara Virtual Dengan Google Business Photos
Archive
http://cikgucyber.blogspot.com/2014/02/perniagaan-anda-secara-virtual-dengan.html
Tentu anda berminat untuk melihat keadaan satu kedai atau perniagaan sebelum anda berkunjung ke sana. Tentu lagi menarik hanya dengan perisian pelayar Internet, dalaman sebuah kedai atau perniagaan, rekabentuk, susun atur boleh dilawati tanpa perlu anda hadir sendiri ke kedai tersebut.
Bagi memahami maksud ini, sila lawat laman web ini "Google Business Photos in Malaysia".
http://www.seeinside.my/
Perniagaan Anda Secara Virtual Dengan Google Business Photos
1. Perniagaan Anda Secara Virtual Dengan Google Business Photos
Perniagaan Anda Secara Virtual Dengan Google
Business Photos
http://cikgucyber.blogspot.com/2014/02/perniagaan-anda-secara-virtual-dengan.html
Tentu anda berminat untuk melihat keadaan satu kedai atau perniagaan sebelum anda
berkunjung ke sana. Tentu lagi menarik hanya dengan perisian pelayar Internet, dalaman
sebuah kedai atau perniagaan, rekabentuk, susun atur boleh dilawati tanpa perlu anda
hadir sendiri ke kedai tersebut.
Bagi memahami maksud ini, sila lawat laman web ini "Google Business Photos in
Malaysia".
http://www.seeinside.my/
Ia membolehkan anda untuk melawat kedai dan perniagaan secara virtual. Antara yang
dipaparkan adalah restoran, kedai basikal, kedai jualan pakaian, kedai kopi dan pelbagai
lagi. Sebagai contoh, pada muka laman utama http://www.seeinside.my/ , anda akan
dibawa secara virtual melawat dalaman restoran Laman Grill, steak & bar-b-que,
Persiaran Sukan, Shah Alam, Selangor. Gunakan tetikus anda untuk melihat sekeliling 360
darjah dan bergerak seluruh arah, dalam restoran tersebut.
Kemudahan yang disediakan ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Google
melalui Google Business Photos. Ia menggunakan teknologi Google Maps Street View
dan Photo Sphere bagi menayangkan keadaan dalaman kedai secara virtual. Gabungan
Google+, Google Maps dan Google Business Photos membolehkan perniagaan anda
lebih ketara dan mudah dicari di Internet melalui Google.
Satu lagi perkhidmatan yang menarik untuk dicuba adalah Google Photos Sphere.
Gambar-gambar pada atas peta boleh dilihat dengan sudut pandangan 360 darjah
sekeliling. Gambar-gambar yang diambil telah dicantumkan sebegitu untuk memudahkan
ianya dilihat dan lebih interaktif. Bagi anda yang mahu menyumbang kepada Google
Photo Sphere boleh melawat laman web ini
https://www.google.com/maps/about/contribute/photosphere/
Anda boleh mengambil gambar secara panorama dan kemudian menyumbang kepada
Photo Sphere. Apa yang telah disumbang boleh dicari dan dilihat melalui laman web ini :http://goo.gl/6qKTqz
Laman web diatas, adalah carian kepada sumbangan Google Photos Sphere untuk peta
Malaysia. Cubalah.
Dan bagi anda yang mahu mencuba perisian sumber terbuka bagi proses menyatukan
gambar bagi tujuan pandangan panorama, anda boleh mencuba Hugin iaitu dalam carian
1
2. Perniagaan Anda Secara Virtual Dengan Google Business Photos
Google "360 panorama software open source".
http://hugin.sourceforge.net/
dan bagi anda yang menggunakan perisian Hugin atau mengambil gambar menggunakan
fungsi , pastikan anda masukkan maklumat metadata Photosphere sebelum muat naik.
Antaranya adalah :http://photo-sphere.appspot.com/
Sila rujuk laman web ini untuk maklumat lanjut :https://sites.google.com/site/carpebble/home/360x180-panoramas/photospheres-on-googl
e
Sekian, terima kasih.
Harisfazillah Jamel
Lovhafnie
7 Feb 2014.
http://www.harisfazillah.info/
2