O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.
1
PERATURAN PEMAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
2
2.0 PRINSIP RUKUN NEGARA
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
me...
3
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini
telah dipilih sebagai prinsip per...
4
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, sta...
5
Lambang Pengakap Malaysia
 Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap
iaitu:Taat kepada ...
6
LAMBANG PENGAKAP DUNIA
Lambang Pengakap Dunia
 Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu t...
7
Kaedah memberi hormat
8
Hormat bertongkat kedudukan berjalan
9
Hormat bertongkat kedudukan berjalan
Salam Penghormatan
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah member perseti...
10
Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak
tangan hadapan)
Kaedah memberi P...
11
Format Ujian :
 Budak-budak mengetahui cara memberi hormat Pengakap secara praktikal (semasa
menaik bendera dan melafa...
12
 1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu
Bakar).
 1931 - Perlis, oleh Bird d...
13
Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell)
Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau sing...
14
Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga
perhubungan kedua-dua negara menja...
15
bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh
Pengakap Laut. Dalam tahun 1919...
16
Format Ujian :
Budak-budak memahami sejarah pengasas pergerakan Pengakap dan lulus dalam soalan-
soalan subjektif & obj...
17
2. Tepi Gunung
tepi gunung air terjun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya mahani
sungguh canti...
18
6.Lemak Manis Santan Kelapa
Hai lemak manis ala amboi-amboi
Santan kelapa ala amboi-amboi
Cantik manis ala amboi-amboi
...
19
(perempuan)
Dengan hati rela kupergi bersama
Tapi jangan lupa kembali segera
(bersama)
Marilah bersama kita ke ungun ap...
20
11. UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Dipercayai taat berguna
Bersaudara berbudi
kasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati, be...
21
15. APA GUNA KELUH KESAH
Apa guna keluh kesah
Apa guna keluh kesah
Pengakap tak pernah bersusah
Apa guna keluh kesah
Th...
22
18. Opek-opek
Opek opek opek opekkkkk
Buat sehabis baik
Opek opek opek opekkkkk
kami buat sehabis baik
Anak ayam turunl...
23
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satubatu
Bayangpun hilang
21. BERTEMU DAN BERPISAH
Bertemua dan berpisah
A...
24
24. Kalau rasa gembira
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la...
25
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA
Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing
golon...
26
Pada 1906 , Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell
berjudul The Birchbark Roll of th...
27
F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang
Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit in...
28
Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia
Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang pene...
29
di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M.
Tengku Temenggong.
Negeri yang ...
30
Persekutuan Pengakap Malaysia
Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM
(The Scouts Association of Malaysia)
merupakan sebuah ...
31
Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya negeri (state commissioner) dan kemudiannya
dipecahkan kepada peringkat daerah ...
32
Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai
kesopanan serta mewujudkan ...
33
LOGO PERSATUAN PENGAKAP
Logo Persekutuan Pengakap Malaysia
34
SIMPULAN DAN IKATAN
BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung ...
35
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya ...
36
Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan,
Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan
Sebagainya....
37
Pengakap Remaja - Pandang Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Lencana Keahlian
1) Peraturan pakaian seragam
2) Prinsip Ru...
38
. . . . . . . . . . . .
.
.
.
.
.
. . . . . . . . . . . .
Prinsip Rukun Negara
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar aka...
39
orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap".
b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (ber...
40
Taat kepada Tuhan, raja dan negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang pengakap.
Undang-undang Peng...
41
Pengakap Remaja : Pandang Luas
Pengakap Kelana : Berkhidmat
Sejarah Pengakap Malaysia Dan Dunia
Sejarah Pengakap Malays...
42
tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut
ulangtahun ke 84.
Nama Pe...
43
- mengikat tali pada tiang atau balak.
- memula & mematikan sesuatu ikatan.
Simpul Tindih Kasih ( Bowline )
- membuat t...
44
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya ...
Próximos SlideShares
Carregando em…5
×

Nota pengakap

35.553 visualizações

Publicada em

nota pengakap

Publicada em: Internet
  • thank you very much. it helps me to do my buku log pengakap
       Responder 
    Tem certeza que deseja  Sim  Não
    Insira sua mensagem aqui
  • The #1 Woodworking Resource With Over 16,000 Plans, Download 50 FREE Plans... ◆◆◆ http://tinyurl.com/y3hc8gpw
       Responder 
    Tem certeza que deseja  Sim  Não
    Insira sua mensagem aqui
  • The #1 Woodworking Resource With Over 16,000 Plans, Download 50 FREE Plans... ●●● http://ishbv.com/tedsplans/pdf
       Responder 
    Tem certeza que deseja  Sim  Não
    Insira sua mensagem aqui
  • There are over 16,000 woodworking plans that comes with step-by-step instructions and detailed photos, Click here to take a look ♥♥♥ http://tinyurl.com/y3hc8gpw
       Responder 
    Tem certeza que deseja  Sim  Não
    Insira sua mensagem aqui

Nota pengakap

  1. 1. 1 PERATURAN PEMAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
  2. 2. 2 2.0 PRINSIP RUKUN NEGARA Ikrar Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:  Kepercayaan kepada Tuhan  Kesetiaan kepada Raja dan Negara  Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang  Kesopanan dan Kesusilaan Sejarah Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Penerangan Prinsip-prinsip Rukun Negara 1. Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
  3. 3. 3 keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. 2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. 3. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. 4. Kedaulatan Undang-Undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
  4. 4. 4 bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. 5. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Format Ujian 1. Budak-budak dapat melafazkan dan menulis dengan lengkap Ikrar Rukun Negara. 2. Budak-budak memahami makna-makna Prinsip Rukun Negara dan lulus soalan-soalan objektif & subjektif yang berkenaan 3.0 LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
  5. 5. 5 Lambang Pengakap Malaysia  Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.  Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.  Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"  Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"  Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".  Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".  Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap: Kuning "Pengakap Kanak-Kanak", Hijau "Pengakap Muda", Merah "Pengakap Remaja"  Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia dan lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan Format Ujian : Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli- Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  6. 6. 6 LAMBANG PENGAKAP DUNIA Lambang Pengakap Dunia  Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.  Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.  Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.  Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.  Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.  Warna putih-kesucian dan kebersihan. 5.0 HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP MUDA Hormat Pengakap Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa tiga pengertian:
  7. 7. 7 Kaedah memberi hormat
  8. 8. 8 Hormat bertongkat kedudukan berjalan
  9. 9. 9 Hormat bertongkat kedudukan berjalan Salam Penghormatan Kepada ketua Kepada bendera yang dinaikkan Kaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan Kepada jenazah Salam Biasa Kepada pembesar-pembesar negeri atau NegaraKepada pemimpinKepada saudar Pengakap Salam Persetiaan
  10. 10. 10 Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak tangan hadapan) Kaedah memberi Persetiaan Cogan Kata Pengakap (Scout Motto) Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut: Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) - Buat Sehabis Baik Pengakap Muda (Boy Scout) - Selalu Sedia (Be Prepared / 随时准备) Pengakap Remaja (Rover Scout) - Pandangan Luas Pengakap Kelana - Berkhidmat Pengakap Budika - Berkhidmat
  11. 11. 11 Format Ujian :  Budak-budak mengetahui cara memberi hormat Pengakap secara praktikal (semasa menaik bendera dan melafazkan Persetiaan Pengakap).  Budak-budak dapat menerangkan, secara tulis, hormat dan cogan kata Pengakap dan kumpulan. 6.0 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN SEJARAH PENGASAS PENGAKAP, LORD BADEN POWELL Sejarah Pengakap Di Malaysia Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of Malayan Scouting". Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:  1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan  1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School  1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930).  1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield  1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar  1926 - Melaka, oleh R. Brunstone  1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith  1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar  1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle  1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
  12. 12. 12  1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar).  1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.  Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke- 2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. Format Ujian : Budak-budak memahami sejarah Pengakap Malaysia dan lulus dalam soalan-solan subjektif & objektif yang berkenaan.
  13. 13. 13 Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell) Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907. Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah. Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876. Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.
  14. 14. 14 Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh. pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak- kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell. Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral. Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil
  15. 15. 15 bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia. Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World. Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park. Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home". Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja- kerjamu.
  16. 16. 16 Format Ujian : Budak-budak memahami sejarah pengasas pergerakan Pengakap dan lulus dalam soalan- soalan subjektif & objektif yang berkenaan. Lagu Pengakap LIRIK LAGU PENGAKAP 1. Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
  17. 17. 17 2. Tepi Gunung tepi gunung air terjun tempat orang bermain tempat tinggal tukang kebun dan anaknya mahani sungguh cantik paras ani hidung mancung seludang betis bagai beting padi tak jemu mata memandang tidur malam mimpi-mimpi ani datang ke rumah tapi sayang ani pergi hati ani berubah 3. Senaman monyet satu ekor monyet (2x) gayut atas pokok (2x) garu2 pinggang goyang2 pinggul 4 Pindahkan tempat Pindahkan tempat batu kecil ini pindahkan ia kesana kemari sibetina betina bertelur telur tinggal satu telur-telur-telur-telur 5.Tarian Gajah bila bunga kembang berseri seekor gajah keluar menari lenggok ke kanan lenggok kekiri lalu menjemput seekor gajah lagi
  18. 18. 18 6.Lemak Manis Santan Kelapa Hai lemak manis ala amboi-amboi Santan kelapa ala amboi-amboi Cantik manis ala amboi-amboi Anak siapa Dua tiga sikucing berlari Mana nak sama sikucing belang Dua lah tiga boleh ku cari Mana nak sama cik adik seorang 7. DI SINI BERKUMPUL Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi Porengeh, porengeh, engeh porengeh Porengeh, porengeh, engeh porengeh Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi 8. KE UNGGUN API (lelaki) Ke manakah sayang tujuan kita pergi Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini (perempuan) Terserah padamu ke mana engaku mahu Bilang dulu sama ibu Bilang dulu sama ibu (lelaki) Bagaimana kalau kita ke unggun api Ramai pengakap berkumpul di sana
  19. 19. 19 (perempuan) Dengan hati rela kupergi bersama Tapi jangan lupa kembali segera (bersama) Marilah bersama kita ke ungun api Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini 9. DI SINI SENANG DI SANA SENANG Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Lai. lai, lai, lai, lai, lai . 10. IBUNG Ibung o ibung Tolonglah daku Ibung o ibung Tolonglah daku Ke mana badan bergantung hendak bergantung Ke mana badan bergantung hendak bergantung Oh ibung tinggal gundar Ke mana abang melayang Ke mana abang mdelayang Mama o mama tolong nasibku Mama o mama tolong nasibku Ke mana badan bergantung hendak bergantung Ke mana badan bergantung hendak bergantung
  20. 20. 20 11. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi kasihkan binatang Menurut perintah Tabah hati, berjima Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan 12. Yei ipoi Yei poi itai-tai (3X) Eii yakkk Yei poi itai-tai (2X) Yei poi itu-itu Eii yakkk 13. Kemuka ke belakang kemuka ke belakang ke samping lalu silang muka belakang samping lalu samping 14. Lai Ci Kang lai chi kang semangkuk dua kupang lai chi kang semangkuk dua kupang makan satu tak kenyang semangkuk dua kupang
  21. 21. 21 15. APA GUNA KELUH KESAH Apa guna keluh kesah Apa guna keluh kesah Pengakap tak pernah bersusah Apa guna keluh kesah There is no reason to be sad There is no reason to be sad We are always happy together There is no reason to be sad 16. Lagu KFC Oh pizza hut Oh pizza hut Kentaki Fried Chicken Pizza Hut Oh McDonald Oh Mcdonald Kentaki Fried Chicken Pizza Hut Char kuetiaw Char kuetiaw Roti canai char kuewtiaw teh tarik teh tarik Roti canai char kuewtiaw 17. Mentari dan Bulan Ho hoi mentari maharaja siang Hoi hoi rembulan permaisuri malam Di waktu siang mentari menjelang Di waktu malam bulan pun mengambang Di kala itu pengakap berdendang Demi cita-cita sampai ke bintan
  22. 22. 22 18. Opek-opek Opek opek opek opekkkkk Buat sehabis baik Opek opek opek opekkkkk kami buat sehabis baik Anak ayam turunlah lima (opek-opek) mati seekor tinggallah empat .... Anak ayam turun lah satu lari-lari terlanggar batu.....habis 19. BURUNG BERBUNYI Dengarlah itu burung berbunyi Bagai suara orang menyanyi Riang gembira bercampur sayu Sambil terbang ke hilir ke hulu Terbang kerana mencari makan Selagi ada nyawa di badan Di waktu petang mencari pokok Untuk tidur menantikan esok 20 TANYA SAMA POKOK Tanya sama pokok Apa sebab goyang Nanti jawab pokok Angin yang goncang Apa sebab goncang Nanti jawab angin Langit nak hujan Tanya sama langit Apa sebab hujan? Nanti jawab langit Tanyalah awan Awan nanti kata Aku kandung air Sampai tempat sejuk Aku pun cair
  23. 23. 23 Tengok dalam air Nampak bayang-bayang Campak satubatu Bayangpun hilang 21. BERTEMU DAN BERPISAH Bertemua dan berpisah Adat manusia biasa Hilang di mata tapi di hati tidak lupa Berdoalah kita gar aman dan sentosa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa 22. Apuse Apuse ko -kon da-oo ya - rabay soron do vei-vei Of lenso beni de-mo , beni - fa - say Of lenso beni de-mo , beni - fa - say Ara fa-bay , as-wa rak-wa Ara fa-bay . as-wa rak wa Selamat tinggal kawan, kita kan berjumpa lagi, Selamat-ku doakan engkau pergi, Selamat-ku doakan engkau pergi, Selamat jalan......jumpa lagi, Selamat jalan.......jumpa lagi. 23. Selamat Jumpa Selamat Jumpa, Selamat Jumpa, Selamat Jumpa Kawanku, Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku, Senang Hey, Riang Hey, Hura, Hure, Hiro, Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey, Hura, Hure, Hiro.
  24. 24. 24 24. Kalau rasa gembira Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, tepuk tangan. Kalau rasa gembira, petik jari, Kalau rasa gembira, petik jari, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, petik jari. Kalau rasa gembira, cubit peha, Kalau rasa gembira, cubit peha, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, cubit peha. Kalau rasa gembira, hentak kaki, Kalau rasa gembira, hentak kaki, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, hentak kaki. Kalau rasa gembira, kata horey, Kalau rasa gembira, kata horey, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, kata horey. 25. Anak itik Anak itik tok wi mandi dalam kolam Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang Ubat aper tok wi, ubat limau lelah Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang 26. Mandolo Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang tendang!! Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala hujan, ala hujan, ala hujan, Bocor!!! Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala hujan, ala hujan, ala hujan, basah!!!
  25. 25. 25 SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing golongan secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa Pengakap Sedunia". Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral . Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell . Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis. Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan ,di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers, yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis , yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya. Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899 menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
  26. 26. 26 Pada 1906 , Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja. Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset , England . Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan. Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade . Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).
  27. 27. 27 F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain. Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Lord Robert Baden-Powell
  28. 28. 28 Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang. Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya. Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap. Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield. Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu. Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone. Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap
  29. 29. 29 di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong. Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931. Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930. Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia. Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan dengan belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia
  30. 30. 30 Persekutuan Pengakap Malaysia Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM (The Scouts Association of Malaysia) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab diatas semua aktiviti berpengakap di Malaysia. PPM merupakan sebahagian daripada pergerakan pengakap dunia dan juga merupakan a hli kepada World Organization of the Scout Movement (WOSM). Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan dalam tahun 1908 dan secara rasminya ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan merupakan salah satu badan beruniform yang berada dibawah Akta Parlimen Malaysia. PPM berdaftar sebagai ahli dengan WOSMpada tahun 1957. Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan kepada prinsip dan undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara. Persekutuan Pengakap Malaysia beribupejabat di Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Secara umumnya organisasi pergerakan pengakap dibahagikan kepada beberapa badan.
  31. 31. 31 Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya negeri (state commissioner) dan kemudiannya dipecahkan kepada peringkat daerah bagi setiap negeri dimana setiap daerah ketuai oleh pesuruhjaya daerah (district commissioner). Setiap trop dipecahkan kepada beberapa sistem patrol yang mempunyai ketua patrol dan pembantu ketua patrol. Sebuah badan yang dinamakan Majlis ketua Patrol (Patrol Leader Council) akan merancang dan melaksanakan aktiviti trop dengan bantuan dan selenggaraan dari pemimpin trop (troop's scoutmaster). Majlis Ketua Patrol disertai oleh ketua patrol dan pembantu sekiranya bilangan ketua patrol terlalu kecil. Melalui Majlis Ketua Patrol, Ketua Patrol akan dipilih dan dilantik kejawatan Ketua Trop, Pembantu Ketua Trop, Setiausaha, Bendahari dan juga quatermaster.Badan ini dikenali sebagai 'Court of Honour' dan merupakan badan paling ekslusif didalam sesuatu Trop. MATLAMAT BERPENGAKAP Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. MISI PENGAKAP MALAYSIA Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan : ·Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal ·Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited ·Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.
  32. 32. 32 Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat didalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. a
  33. 33. 33 LOGO PERSATUAN PENGAKAP Logo Persekutuan Pengakap Malaysia
  34. 34. 34 SIMPULAN DAN IKATAN BUKU SILA Kegunaannya : - Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula BUNGA KETI Kegunaannya : -Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal SIMPUL MANUK (Clove Hitch) Kegunaannya : - Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya. SIMPUL PULIH Kegunaannya : - Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh LILIT BALAK Kegunaannya : - Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak
  35. 35. 35 Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Yang saya dengan seberapa daya upaya, Saya akan; Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa dan; Menurut Undang-undang Pengakap Undang-Undang Pengakap 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. 8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 9. Pengakap itu jimat dan cermat 10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Makna Undang-undang Pengakap 1. Dipercayai Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan Sehabis Daya- Upayanya. 2. Taat Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara, Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan Orang- Orang Di Bawahnya. 3. Berguna Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan Menolong Orang Pada Setiap Masa 4. Bersaudara Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa, Pangkat Atau Agama Sekalipun. 5. Berbudi Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia
  36. 36. 36 Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan, Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan Sebagainya. 6. Kasihkan binatang Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada Menderita Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali Binatang Yang Merbahaya. 7. Menurut perintah Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya. 8. Tabah hati Pengakap MestilahSentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu Walaupun Dalam Kesusahan. 9. Berjimat Pengakap MestilahSentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal Perbelanjaannya. 10. Suci fikiran, perkataan dan perbuatan Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor Dan Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau Berbuat Sesuatu Yang Keji Hormat Pengakap Hormat pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera. Dalam keadaan sedia, angkat tangan kanan ke penjuru kening. Tiga jari ini bermaksud tiga perkara penting dalam persetiaan pengakap, iaitu: Taat kepada tuhan, raja dan negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang- undang pengakap Semua pengakap di dunia memberi hormat tiga jari seperti rajah di sebelah. Cogan Kata Pengakap Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik Pengakap Muda - Selalu Bersedia
  37. 37. 37 Pengakap Remaja - Pandang Luas Pengakap Kelana - Berkhidmat Lencana Keahlian 1) Peraturan pakaian seragam 2) Prinsip Rukun Negara 3) Lambang pengakap Malaysia dan pengakap dunia 4) Persetiaan & undang-undang pengakap 5) Hormat dan cogan kata pengakap 6) Sejarah pengakap Malaysia dan pengakap dunia 7) Simpulan Peraturan Pakaian Seragam
  38. 38. 38 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Prinsip Rukun Negara Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan. Lambang Pangakap Malaysia Dan Dunia Lambang Pengakap Malaysia a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong
  39. 39. 39 orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap". b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja" g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Lambang Pengakap Dunia a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan Pengakap seluruh dunia.' b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap. c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap. d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia. e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia. f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan. Persetiaan Pengakap Dan Undang-undang Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :
  40. 40. 40 Taat kepada Tuhan, raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut undang-undang pengakap. Undang-undang Pengakap 1) dipercayai 2) taat 3) berguna 4) bersaudara 5) berbudi 6) kasihkan binatang 7) menurut perintah 8) tabah hati 9) berjimat 10) suci fikiran, perkataan, perbuatan Hormat dan Cogan Kata Pengakap Hormat Pengakap - diberikan semasa : a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atau orang kenamaan. b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera. Cogan Kata Pengakap Pengakap Kanak-kanak : Buat Sehabis Baik Pengakap Muda : Selalu Sedia
  41. 41. 41 Pengakap Remaja : Pandang Luas Pengakap Kelana : Berkhidmat Sejarah Pengakap Malaysia Dan Dunia Sejarah Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo. 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks,A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracledi Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Sejarah Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada
  42. 42. 42 tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84. Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Febuari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 Sumber : http://www.geocities.com/kelanakajanga/sejarahpengakap.html Simpulan Simpul Buka Sila ( Reef Knot ) - mengikat kain pembalut luka dan menyambung tali yang sama besar saiznya. Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend ) - menyambung 2 utas tali yang sama besar dengan tali yang tidak sama besar. Simpul Manuk ( Clove Hitch )
  43. 43. 43 - mengikat tali pada tiang atau balak. - memula & mematikan sesuatu ikatan. Simpul Tindih Kasih ( Bowline ) - membuat tajul yang tidak boleh menjerut. - digunakan semasa kerja-kerja menyelamat. Lilit Dua Simpul ( round turn and two half hitches ) - mengikat hujung tali pada tiang, pokok, dll. - mengikat hujung tali khemah. Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping ) - mematikan hujung tali Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/ * Plagiarism is not allowed.
  44. 44. 44 PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Yang saya dengan seberapa daya upaya, Saya akan; Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa dan; Menurut Undang-undang Pengakap UNDANG-UNDANG PENGAKAP Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi kasihkan binatang Menurut perintah Tabah hati, berjima Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan

×