SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 6
Baixar para ler offline
NOTA BAB 2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
BAB 2: TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
1. Peranan Kerajaan dalam Menangani lsu-isu Tempatan, Negara, dan Serantau
• Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk membantu perniagaan bersaing di peringkat
domestik dan antarabangsa melalui beberapa kementerian dan agensi.
• Antara agensi tersebut ialah:
o Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI);
o Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);
o Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE);
o Bank Negara Malaysia (BNM).
Peranan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan
1. Peranan kerajaan pusat
• Aspek perundangan
o kerajaan pusat bertanggungjawab menggubal undang-undang berkaitan dengan pendaftaran dan
peraturan perniagaan, perlindungan pengguna, dan pelepasan cukai.
• Aspek kewangan
o kerajaan pusat membantu peniaga mendapatkan pelbagai sumber kewangan
o untuk memulakan dan memajukan perniagaan.
o Tumpuan khas diberikan kepada peniaga kecil kecilan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS)
o melalui agensi pembiaya seperti :
▪ Majlis Amanah Rakyat (MARA),
▪ Bank Pembangunan dan lnfrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB),
▪ Amanah lkhtiar Malaysia,
▪ Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
• Aspek perkembangan aktiviti perniagaan
o iaitu aktiviti perniagaan ditumpukan kepada aktiviti promosi, latihan dan pembangunan,
o serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
2. Peranan kerajaan negeri
• Mewujudkan kawasan industri;
• Menjalin kerjasama dengan sektor swasta;
• Menarik pelabur tempatan dan asing;
• Membentuk syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri (PKEN);
• Menyediakan skim galakan kepada sektor swasta untuk mengusahakan sesuatu jenis pertanian.
3. Peranan Kerajaan Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
• Menyediakan kemudahan infrastruktur;
• Mewujudkan pusat-pusat perniagaan dan perdagangan;
• Mengawal kesihatan dan keselamatan awam;
• Melaksanakan tanggungjawab sosial, terutama dalam penyediaan kemudahan awam seperti
taman rekreasi.
4. Peranan kerajaan dari aspek pertumbuhan ekonomi
• Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
kegiatan ekonomi dan antaranya ialah:
o Program Transformasi Kerajaan (GTP)
o Program Transformasi Ekonomi (ETP).
• Untuk memajukan ekonomi,
o kerajaan membantu pertumbuhan ekonomi setempat, memperkukuh ekonomi melalui pelaksanaan:
▪ dasar fiskal
▪ dasar kewangan
▪ menggalakkan perniagaan eksport dengan menyediakan pelbagai galakan - contohnya : elaun eksport.
5. Peranan kerajaan dari aspek guna tenaga
• Guna tenaga penuh:
o bermakna: - kadar pengangguran kurang daripada 4 %.
• Terdapat empat jenis pengangguran, iaitu:
1. pengangguran bermusim,
2. pengangguran teknologi,
3. pengangguran kitaran,
4. pengangguran struktur.
• Cara kerajaan mengatasi pengangguran:
1. pengangguran bermusim
o memberi insentif kepada pihak perniagaan
o seperti pengecualian cukai
o untuk membenarkan pekerja terus bekerja;
2. pengangguran teknologi
o membenarkan penggunaan mesin-mesin moden
o hanya untuk proses tertentu
o yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh;
3. pengangguran kitaran
o melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi ke melesetan ekonomi;
4. pengangguran struktur
o membuat perancangan ekonomi
o sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan global.
6. Peranan kerajaan dari aspek ekonomi
1. lnflasi
o satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
o disebabkan oleh permintaan yang melebihi penawaran di pasaran;
o inflasi tolakan kos :
▪ lnflasi yang berlaku disebabkan oleh kenaikan pengeluaran kos barang dan perkhidmatan
Kerajaan memainkan peranan mengawal inflasi dengan cara :
• galakan pelaburan - untuk meningkatkan jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan;
• memberi subsidi kepada pengeluar -supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran ;
• meningkatkan kadar faedah
• melaksanakan dasar kerajaan - seperti mengutip duti eksport terhadap barang eksport.
(b) Deflasi
• suatu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
• disebabkan oleh kejatuhan dalam permintaan oleh pengguna
• yang tidak mampu membeli barang di pasaran ;
• kesannya ialah:
o kuasa beli penduduk menurun
o kerana kehilangan pekerjaan dan
o ini seterusnya akan membantutkan aktiviti perniagaan;
kerajaan memainkan peranan mengatasi masalah deflasi dengan cara :
1. menurunkan kadar cukai;
2. memberi khidmat nasihat dan mengadakan perundangan -untuk membantu peniaga
menggunakan sumber secara optimum;
3. menurunkan kadar faedah;
4. melaksanakan dasar fiskal.
Trend Persekitaran Perniagaan
• bermaksud :
o suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
o yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran perniagaan .
• Pasaran :
• merupakan suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli
• pada suatu tingkat harga dan masa
• yang dipersetujui oleh keduadua pihak.
Pasaran terdiri daripada:
• pasaran untuk semua (mass market) ;
• pasaran produk;
• pasaran kewangan.
Apabila ekonomi berkembang, permintaan daripada pengguna dari dalam dan luar negara
akan meningkat dan membawa kepada trend yang berikut dalam negara:
1. guna tenaga - dalam semua sektor (akan meningkat), iaitu :
• sektor utama,
• sektor kedua,
• sektor ketiga
2. pendapatan perniagaan - akan meningkat
• kerana hasil jualan dan keuntungan akan meningkat;
3. negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi
• kerana pembayaran cukai oleh perniagaan akan digunakan oleh kerajaan
• untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan masyarakat dan ekonomi.
Undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan
• Digubal dan dilaksanakan dengan tujuan:
o untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
• Boleh memberikan kesan terhadap aspek persekitaran
o seperti kesihatan dan keselamatan, pekerjaan, maklumat, perancangan, perlindungan
pengguna, persaingan, pengiklanan, undang undang syarikat, serta persekitaran.
• Antara akta berkaitan dengan aspek-aspek berkenaan ialah:
1. Akta Kontrak 1950;
2. Akta Jualan Barangan 1957;
3. Akta Sewa Beli 1967;
4. Akta Perkongsian 1961;
5. Akta Syarikat 1965;
6. Akta Pekerjaan 1955;
7. Akta Perhubungan lndustri 1967;
8. Akta Hak Cipta 1987.
Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan
• Para peniaga perlu peka kepada perubahan dalam persekitaran yang melibatkan
faktor dalaman dan faktor luaran.
• Kedua-dua faktor ini boleh dikaji dengan melakukan analisis kekuatan (strengths), kelemahan
(weaknesses), peluang (opportunities), dan ancaman (threats) (SWOT) yang dihadapi oleh
organisasi.
• Analisis SWOT dapat digunakan untuk menggubal strategi perniagaan untuk merealisasikan visi,
misi, dan objektif perniagaan.
Faktor dalaman
• merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat
• boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada sesebuah organisasi.
FAKTOR
DALAMAN
Huraian
G
Gaya
pengurusan
• Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengurus atau majikan
• untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya.
• Antaranya ialah gaya pengurusan laissez-faire, gaya pengurusan sokongan, gaya
pengurusan sederhana, gaya pengurusan autokratik, dan gaya
pengurusan demokratik.
S
Sumber manusia
• Sumber manusia yang mencukupi dan berkemahiran tinggi akan menjadikan
perniagaan menjadi lebih berdaya saing.
• Sumber manusia boleh dibahagikan kepada sumber manusia dalaman dan
sumber manusia luaran.
T
Teknologi
maklumat
• Sistem teknologi maklumat yang cekap dan berkesan
• membolehkan organisasi menjalankan urusan perniagaan dengan pembekal dan
pelanggan dengan segera dan tepat.
• Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan serta-merta.
P
Pemasaran
• Strategi pemasaran yang baik dan kukuh dapat mempengaruhi permintaan pengguna
terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
• Hal ini melibatkan elemen-elemen campuran pemasaran, iaitu produk,
pengedaran, promosi, dan harga.
P Pengeluaran
• Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah bermutu dan dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna.
P
Penyelidikan dan
pembangunan
• Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, perniagaan dapat meningkatkan
mutu keluaran dan memperkenalkan keluaran baharu di pasaran.
• Melalui penyelidikan pemasaran, perniagaan dapat mengetahui cita rasa pengguna
dan trend pasaran.
K
Kewangan
• Struktur kewangan organisasi yang kukuh
• membolehkan sumber kewangan digunakan secara optimum untuk
memajukan perniagaan.
(b) Faktor luaran
• merujuk kepada faktor-faktor yang boleh memberi peluang (O) dan ancaman
(T) kepada sesebuah syarikat.
FAKTOR
LUARAN
Huraian
U
Undang-
undang
• Peraturan dan undang-undang untuk melindungi pengguna, masyarakat, dan
alam sekitar
• boleh memberi kesan kepada cara perniagaan diuruskan, kos operasi dan
peletakan harga, serta cara promosi produk.
S
Sosiobudaya
• Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh budaya dan agama serta umur
dan jantina
• boleh memberi kesan kepada permintaan sesuatu barang yang dikeluarkan
oleh perniagaan.
E
Ekologi
• Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan sumber-sumber
• seperti bahan mentah dan tenaga yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
P
Politik
• Dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan melalui undang-undang yang
• boleh membawa kesan positif atau negatif kepaaa perniagaan.
E
Ekonomi
• Keadaan ekonomi yang meningkat
• dapat meningkatkan prestasi perniagaan dan begitulah sebaliknya.
T
Teknologi
• Perkembangan dan perubahan teknologi
• membolehkan perniagaan meningkatkan mutu dan jenis keluaran dan
• hal ini seterusnya dapat meningkatkan peluang pasaran.
3. Analisis faktor dalaman dan faktor luaran
• Analisis dalaman dan luaran terhadap sesebuah organisasi perniagaan boleh dilakukan dengan
menggunakan analisis SWOT.
• Analisis SWOT bertujuan:
o menilai kesan perubahan persekitaran dalaman (GSTPPPK) dan luaran(USEPET)
o mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan.
• Kekuatan (S) dan kelemahan (W):
o merupakan komponen untuk menganalisis faktor dalaman (GSTPPPK)
• Peluang (O) dan ancaman (T):
o merupakan komponen untuk menganalisis faktor luaran (USEPET)
Faktor dalaman (GSTPPPK)
• melibatkan kekuatan (S) dan kelemahan (W) organisasi .
• Contoh kekuatan (S) ialah:
o jenama yang sedia terkenal,
o sumber kewangan yang kukuh dan sebagainya
• Contoh kelemahan (W) ialah:
o pekerja yang kurang mahir dan teknologi yang rendah.
Faktor luaran (USEPET)
• melibatkan peluang (O) dan ancaman (T).
• Contoh peluang (O) ialah:
o perkembangan ekonomi dan bantuan kerajaan.
• Contoh ancaman (T) ialah:
o muncul pesaing baharu,
o perundangan dan peraturan baharu kerajaan
o mungkin memberi kesan negatif kepada kos pengeluaran
Penggunaan Matriks SWOT
STRATEGI HURAIAN
Kekuatan - Peluang
( S - O)
• Kekuatan (S) merujuk kepada kelebihan (S-O) dalam organisasi
• seperti teknologi unik yang dibangunkan oleh organisasi
• boleh digunakan untuk merebut peluang (O) yang wujud
• akibat perkembangan dalam faktor luaran (USEPET).
Kelemahan - Peluang
( W - O)
• Kelemahan (W) merujuk kepada kekurangan(W-T) dalam organisasi
• seperti kekurangan sumber kewangan (F. Dalaman)
• akan menyebabkan perniagaan tidak dapat meningkatkan pengeluaran
• apabila wujud perkembangan daripada faktor luaran (USEPET),
• contohnya: pertambahan permintaan global akibat perkembangan ekonomi.
Kekuatan - Ancaman
( S - T)
• Kekuatan (s) organisasi perniagaan
• Seperti: produk (Faktor Dalaman) yang unik digunakan dalam
menghadapi ancaman (T) yang wujud akibat perkembangan faktor luaran (usepet)
• Seperti: bilangan pesaing (F. luaran) yang meningkat dalam industri.
Kelemahan -
Ancaman
( W - T )
• Kekurangan (WT) yang dihadapi oleh perniagaan
• Seperti: kos pengeluaran seunit (faktor dalaman) yang tinggi
• tidak dapat menyaingi pesaing (T) yang sanggup menurunkan harga jualan akibat
kejatuhan dalam permintaan
• akibat kemelesetan ekonomi global (faktor luaran).
Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan
1 . Pasaran
kesan terhadap pasaran boleh dilihat dari aspek:
• cita rasa, fesyen, dan gaya hidup menyebabkan
• barang lama hilang permintaan di pasaran;
• kemasukan barang import yang lebih murah bersaing dengan produk tempatan;
• pembangunan teknologi yang menyebabkan barang lama hilang permintaan.
2. Trend
kesan perubahan dari aspek trend meliputi:
• guna tenaga
o iaitu penurunan dalam guna tenaga
o akan menyebabkan kadar pengangguran yang meningkat
o seterusnya menyebabkan pengurangan kutipan cukai pendapatan oleh kerajaan;
• pendapatan
o jumlah pendapatan boleh guna yang bertambah
o akan meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan
o hal ini akan merancakkan ekonomi.
• pertumbuhan ekonomi
o trend pertumbuhan yang semakin meningkat
o akan memberi kesan positifterhadap perniagaan,
o contohnya: peningkatan dalam permintaan - akan meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.
3. Undang-undang
kesan perubahan dari aspek undang-undang adalah seperti yang berikut:
1. melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan
o contohnya: Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan 1957
o melindungi peniaga daripada penipuan dalam urus niaga seharian yang boleh merugikannya jika
peruntukan dalam sesuatu perjanjian dilanggar oleh satu pihak yang lain.
2. mewujudkan sistem perniagaan secara adil
o contohnya: Akta Persaingan 2010
• bertujuan mewujudkan keadaan di mana perniagaan bersaing secara adil dalam pasaran
• syarikat dilarang menyalahgunakan kedudukan dominan di pasaran untuk mendapat kelebihan
persaingan yang menindas syarikat yang lemah.
3. melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan
o contohnya: Akta Hak Cipta 1987
• digubal oleh kerajaan bertujuan memberi perlindungan terhadap pemilik karya-karya
• berkaitan sastera, muzik, dan seni terhadap perlanggaran hak oleh pihak lain
• di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
grace anzelletha
 
Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosi
Jagathiswary Jga
 
Petunjuk negara maju dan sejahtera
Petunjuk negara maju dan sejahteraPetunjuk negara maju dan sejahtera
Petunjuk negara maju dan sejahtera
munnianwar
 
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHANKERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
Asmawi Abdullah
 

Mais procurados (20)

Segi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhanSegi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhan
 
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaanAnalisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaran
 
STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN TEMA 3 (PENDEKATAN PEMASARAN)
STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN TEMA 3 (PENDEKATAN PEMASARAN)STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN TEMA 3 (PENDEKATAN PEMASARAN)
STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN TEMA 3 (PENDEKATAN PEMASARAN)
 
Pelancongan di malaysia
Pelancongan di malaysiaPelancongan di malaysia
Pelancongan di malaysia
 
Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosi
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
 
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiBab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
 
Tpm
TpmTpm
Tpm
 
Petunjuk negara maju dan sejahtera
Petunjuk negara maju dan sejahteraPetunjuk negara maju dan sejahtera
Petunjuk negara maju dan sejahtera
 
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawKegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
 
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHANKERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
 
Bab 5 francais
Bab 5    francaisBab 5    francais
Bab 5 francais
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
 

Semelhante a trend persekitaran perniagaan

2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
Nurul Atikah
 
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
nenekchumel89
 
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawananPengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
Fatin Biha
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Norazul89
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar Negara
Muhamad Yogi
 
Sogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaSogoshosha Malaysia
Sogoshosha Malaysia
Mis Sem
 

Semelhante a trend persekitaran perniagaan (20)

Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
perniagaan bab 2.ppt
perniagaan bab 2.pptperniagaan bab 2.ppt
perniagaan bab 2.ppt
 
Faktor
FaktorFaktor
Faktor
 
Menilai persekitaran perniagaan
Menilai persekitaran perniagaanMenilai persekitaran perniagaan
Menilai persekitaran perniagaan
 
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
Modul ramalan perniagaan  spm 2018aModul ramalan perniagaan  spm 2018a
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
 
15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt
15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt
15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt
 
Pemasaran - Model gelagat pengguna
Pemasaran - Model gelagat penggunaPemasaran - Model gelagat pengguna
Pemasaran - Model gelagat pengguna
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
Bab7 pengembangan perniagaan[1]
Bab7 pengembangan perniagaan[1]Bab7 pengembangan perniagaan[1]
Bab7 pengembangan perniagaan[1]
 
Nota perniagaan t4✨
Nota perniagaan t4✨Nota perniagaan t4✨
Nota perniagaan t4✨
 
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
 
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawananPengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar Negara
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
 
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
 
Sogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaSogoshosha Malaysia
Sogoshosha Malaysia
 

trend persekitaran perniagaan

  • 1. NOTA BAB 2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN BAB 2: TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN 1. Peranan Kerajaan dalam Menangani lsu-isu Tempatan, Negara, dan Serantau • Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk membantu perniagaan bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa melalui beberapa kementerian dan agensi. • Antara agensi tersebut ialah: o Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI); o Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); o Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE); o Bank Negara Malaysia (BNM). Peranan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan 1. Peranan kerajaan pusat • Aspek perundangan o kerajaan pusat bertanggungjawab menggubal undang-undang berkaitan dengan pendaftaran dan peraturan perniagaan, perlindungan pengguna, dan pelepasan cukai. • Aspek kewangan o kerajaan pusat membantu peniaga mendapatkan pelbagai sumber kewangan o untuk memulakan dan memajukan perniagaan. o Tumpuan khas diberikan kepada peniaga kecil kecilan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) o melalui agensi pembiaya seperti : ▪ Majlis Amanah Rakyat (MARA), ▪ Bank Pembangunan dan lnfrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB), ▪ Amanah lkhtiar Malaysia, ▪ Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). • Aspek perkembangan aktiviti perniagaan o iaitu aktiviti perniagaan ditumpukan kepada aktiviti promosi, latihan dan pembangunan, o serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan. 2. Peranan kerajaan negeri • Mewujudkan kawasan industri; • Menjalin kerjasama dengan sektor swasta; • Menarik pelabur tempatan dan asing; • Membentuk syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN); • Menyediakan skim galakan kepada sektor swasta untuk mengusahakan sesuatu jenis pertanian. 3. Peranan Kerajaan Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) • Menyediakan kemudahan infrastruktur; • Mewujudkan pusat-pusat perniagaan dan perdagangan; • Mengawal kesihatan dan keselamatan awam; • Melaksanakan tanggungjawab sosial, terutama dalam penyediaan kemudahan awam seperti taman rekreasi. 4. Peranan kerajaan dari aspek pertumbuhan ekonomi • Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi dan antaranya ialah: o Program Transformasi Kerajaan (GTP) o Program Transformasi Ekonomi (ETP). • Untuk memajukan ekonomi, o kerajaan membantu pertumbuhan ekonomi setempat, memperkukuh ekonomi melalui pelaksanaan: ▪ dasar fiskal ▪ dasar kewangan ▪ menggalakkan perniagaan eksport dengan menyediakan pelbagai galakan - contohnya : elaun eksport.
  • 2. 5. Peranan kerajaan dari aspek guna tenaga • Guna tenaga penuh: o bermakna: - kadar pengangguran kurang daripada 4 %. • Terdapat empat jenis pengangguran, iaitu: 1. pengangguran bermusim, 2. pengangguran teknologi, 3. pengangguran kitaran, 4. pengangguran struktur. • Cara kerajaan mengatasi pengangguran: 1. pengangguran bermusim o memberi insentif kepada pihak perniagaan o seperti pengecualian cukai o untuk membenarkan pekerja terus bekerja; 2. pengangguran teknologi o membenarkan penggunaan mesin-mesin moden o hanya untuk proses tertentu o yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh; 3. pengangguran kitaran o melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi ke melesetan ekonomi; 4. pengangguran struktur o membuat perancangan ekonomi o sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan global. 6. Peranan kerajaan dari aspek ekonomi 1. lnflasi o satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan o disebabkan oleh permintaan yang melebihi penawaran di pasaran; o inflasi tolakan kos : ▪ lnflasi yang berlaku disebabkan oleh kenaikan pengeluaran kos barang dan perkhidmatan Kerajaan memainkan peranan mengawal inflasi dengan cara : • galakan pelaburan - untuk meningkatkan jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan; • memberi subsidi kepada pengeluar -supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran ; • meningkatkan kadar faedah • melaksanakan dasar kerajaan - seperti mengutip duti eksport terhadap barang eksport. (b) Deflasi • suatu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan • disebabkan oleh kejatuhan dalam permintaan oleh pengguna • yang tidak mampu membeli barang di pasaran ; • kesannya ialah: o kuasa beli penduduk menurun o kerana kehilangan pekerjaan dan o ini seterusnya akan membantutkan aktiviti perniagaan; kerajaan memainkan peranan mengatasi masalah deflasi dengan cara : 1. menurunkan kadar cukai; 2. memberi khidmat nasihat dan mengadakan perundangan -untuk membantu peniaga menggunakan sumber secara optimum; 3. menurunkan kadar faedah; 4. melaksanakan dasar fiskal. Trend Persekitaran Perniagaan
  • 3. • bermaksud : o suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan o yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran perniagaan . • Pasaran : • merupakan suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli • pada suatu tingkat harga dan masa • yang dipersetujui oleh keduadua pihak. Pasaran terdiri daripada: • pasaran untuk semua (mass market) ; • pasaran produk; • pasaran kewangan. Apabila ekonomi berkembang, permintaan daripada pengguna dari dalam dan luar negara akan meningkat dan membawa kepada trend yang berikut dalam negara: 1. guna tenaga - dalam semua sektor (akan meningkat), iaitu : • sektor utama, • sektor kedua, • sektor ketiga 2. pendapatan perniagaan - akan meningkat • kerana hasil jualan dan keuntungan akan meningkat; 3. negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi • kerana pembayaran cukai oleh perniagaan akan digunakan oleh kerajaan • untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan masyarakat dan ekonomi. Undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan • Digubal dan dilaksanakan dengan tujuan: o untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. • Boleh memberikan kesan terhadap aspek persekitaran o seperti kesihatan dan keselamatan, pekerjaan, maklumat, perancangan, perlindungan pengguna, persaingan, pengiklanan, undang undang syarikat, serta persekitaran. • Antara akta berkaitan dengan aspek-aspek berkenaan ialah: 1. Akta Kontrak 1950; 2. Akta Jualan Barangan 1957; 3. Akta Sewa Beli 1967; 4. Akta Perkongsian 1961; 5. Akta Syarikat 1965; 6. Akta Pekerjaan 1955; 7. Akta Perhubungan lndustri 1967; 8. Akta Hak Cipta 1987. Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan • Para peniaga perlu peka kepada perubahan dalam persekitaran yang melibatkan faktor dalaman dan faktor luaran. • Kedua-dua faktor ini boleh dikaji dengan melakukan analisis kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities), dan ancaman (threats) (SWOT) yang dihadapi oleh organisasi. • Analisis SWOT dapat digunakan untuk menggubal strategi perniagaan untuk merealisasikan visi, misi, dan objektif perniagaan. Faktor dalaman • merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat • boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada sesebuah organisasi.
  • 4. FAKTOR DALAMAN Huraian G Gaya pengurusan • Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengurus atau majikan • untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya. • Antaranya ialah gaya pengurusan laissez-faire, gaya pengurusan sokongan, gaya pengurusan sederhana, gaya pengurusan autokratik, dan gaya pengurusan demokratik. S Sumber manusia • Sumber manusia yang mencukupi dan berkemahiran tinggi akan menjadikan perniagaan menjadi lebih berdaya saing. • Sumber manusia boleh dibahagikan kepada sumber manusia dalaman dan sumber manusia luaran. T Teknologi maklumat • Sistem teknologi maklumat yang cekap dan berkesan • membolehkan organisasi menjalankan urusan perniagaan dengan pembekal dan pelanggan dengan segera dan tepat. • Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan serta-merta. P Pemasaran • Strategi pemasaran yang baik dan kukuh dapat mempengaruhi permintaan pengguna terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. • Hal ini melibatkan elemen-elemen campuran pemasaran, iaitu produk, pengedaran, promosi, dan harga. P Pengeluaran • Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah bermutu dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. P Penyelidikan dan pembangunan • Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, perniagaan dapat meningkatkan mutu keluaran dan memperkenalkan keluaran baharu di pasaran. • Melalui penyelidikan pemasaran, perniagaan dapat mengetahui cita rasa pengguna dan trend pasaran. K Kewangan • Struktur kewangan organisasi yang kukuh • membolehkan sumber kewangan digunakan secara optimum untuk memajukan perniagaan. (b) Faktor luaran • merujuk kepada faktor-faktor yang boleh memberi peluang (O) dan ancaman (T) kepada sesebuah syarikat. FAKTOR LUARAN Huraian U Undang- undang • Peraturan dan undang-undang untuk melindungi pengguna, masyarakat, dan alam sekitar • boleh memberi kesan kepada cara perniagaan diuruskan, kos operasi dan peletakan harga, serta cara promosi produk. S Sosiobudaya • Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh budaya dan agama serta umur dan jantina • boleh memberi kesan kepada permintaan sesuatu barang yang dikeluarkan oleh perniagaan. E Ekologi • Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan sumber-sumber • seperti bahan mentah dan tenaga yang diperlukan dalam proses pengeluaran. P Politik • Dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan melalui undang-undang yang • boleh membawa kesan positif atau negatif kepaaa perniagaan. E Ekonomi • Keadaan ekonomi yang meningkat • dapat meningkatkan prestasi perniagaan dan begitulah sebaliknya.
  • 5. T Teknologi • Perkembangan dan perubahan teknologi • membolehkan perniagaan meningkatkan mutu dan jenis keluaran dan • hal ini seterusnya dapat meningkatkan peluang pasaran. 3. Analisis faktor dalaman dan faktor luaran • Analisis dalaman dan luaran terhadap sesebuah organisasi perniagaan boleh dilakukan dengan menggunakan analisis SWOT. • Analisis SWOT bertujuan: o menilai kesan perubahan persekitaran dalaman (GSTPPPK) dan luaran(USEPET) o mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan. • Kekuatan (S) dan kelemahan (W): o merupakan komponen untuk menganalisis faktor dalaman (GSTPPPK) • Peluang (O) dan ancaman (T): o merupakan komponen untuk menganalisis faktor luaran (USEPET) Faktor dalaman (GSTPPPK) • melibatkan kekuatan (S) dan kelemahan (W) organisasi . • Contoh kekuatan (S) ialah: o jenama yang sedia terkenal, o sumber kewangan yang kukuh dan sebagainya • Contoh kelemahan (W) ialah: o pekerja yang kurang mahir dan teknologi yang rendah. Faktor luaran (USEPET) • melibatkan peluang (O) dan ancaman (T). • Contoh peluang (O) ialah: o perkembangan ekonomi dan bantuan kerajaan. • Contoh ancaman (T) ialah: o muncul pesaing baharu, o perundangan dan peraturan baharu kerajaan o mungkin memberi kesan negatif kepada kos pengeluaran Penggunaan Matriks SWOT STRATEGI HURAIAN Kekuatan - Peluang ( S - O) • Kekuatan (S) merujuk kepada kelebihan (S-O) dalam organisasi • seperti teknologi unik yang dibangunkan oleh organisasi • boleh digunakan untuk merebut peluang (O) yang wujud • akibat perkembangan dalam faktor luaran (USEPET). Kelemahan - Peluang ( W - O) • Kelemahan (W) merujuk kepada kekurangan(W-T) dalam organisasi • seperti kekurangan sumber kewangan (F. Dalaman) • akan menyebabkan perniagaan tidak dapat meningkatkan pengeluaran • apabila wujud perkembangan daripada faktor luaran (USEPET), • contohnya: pertambahan permintaan global akibat perkembangan ekonomi. Kekuatan - Ancaman ( S - T) • Kekuatan (s) organisasi perniagaan • Seperti: produk (Faktor Dalaman) yang unik digunakan dalam menghadapi ancaman (T) yang wujud akibat perkembangan faktor luaran (usepet) • Seperti: bilangan pesaing (F. luaran) yang meningkat dalam industri. Kelemahan - Ancaman ( W - T ) • Kekurangan (WT) yang dihadapi oleh perniagaan • Seperti: kos pengeluaran seunit (faktor dalaman) yang tinggi • tidak dapat menyaingi pesaing (T) yang sanggup menurunkan harga jualan akibat kejatuhan dalam permintaan • akibat kemelesetan ekonomi global (faktor luaran). Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan
  • 6. 1 . Pasaran kesan terhadap pasaran boleh dilihat dari aspek: • cita rasa, fesyen, dan gaya hidup menyebabkan • barang lama hilang permintaan di pasaran; • kemasukan barang import yang lebih murah bersaing dengan produk tempatan; • pembangunan teknologi yang menyebabkan barang lama hilang permintaan. 2. Trend kesan perubahan dari aspek trend meliputi: • guna tenaga o iaitu penurunan dalam guna tenaga o akan menyebabkan kadar pengangguran yang meningkat o seterusnya menyebabkan pengurangan kutipan cukai pendapatan oleh kerajaan; • pendapatan o jumlah pendapatan boleh guna yang bertambah o akan meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan o hal ini akan merancakkan ekonomi. • pertumbuhan ekonomi o trend pertumbuhan yang semakin meningkat o akan memberi kesan positifterhadap perniagaan, o contohnya: peningkatan dalam permintaan - akan meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan. 3. Undang-undang kesan perubahan dari aspek undang-undang adalah seperti yang berikut: 1. melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan o contohnya: Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan 1957 o melindungi peniaga daripada penipuan dalam urus niaga seharian yang boleh merugikannya jika peruntukan dalam sesuatu perjanjian dilanggar oleh satu pihak yang lain. 2. mewujudkan sistem perniagaan secara adil o contohnya: Akta Persaingan 2010 • bertujuan mewujudkan keadaan di mana perniagaan bersaing secara adil dalam pasaran • syarikat dilarang menyalahgunakan kedudukan dominan di pasaran untuk mendapat kelebihan persaingan yang menindas syarikat yang lemah. 3. melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan o contohnya: Akta Hak Cipta 1987 • digubal oleh kerajaan bertujuan memberi perlindungan terhadap pemilik karya-karya • berkaitan sastera, muzik, dan seni terhadap perlanggaran hak oleh pihak lain • di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.