3. Latar Belakang Kes
Status pelaburan skim ASN dan ASB??
Patuh Shariah: HARAM vs HARUS
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 2008 mengumumkan bahawa skim
pelaburan ini adalah harus.
Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Selangor: skim ASN dan ASB adalah
haram.
Abdullah menasihatkan mereka supaya mengeluarkan semua wang yang
dilaburkan dalam skim ini dan melaburkan semula dalam pelaburan
islam patuh shariah.
Pasangan ini ingin tahu fatwa manakah yang harus diikut memandangkan
kesemua fatwa yang dikeluarkan adalah dari badan autoriti Islam. Jika
status pelaburan ini adalah haram, mereka bimbang akan status ibadat
haji, zakat dan lain-lain.
4. Skim Pelaburan ASB
Diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan ekuiti Bumiputera.
Satu pelaburan Unit Amanah yang dikendalikan oleh ASNB, anak syarikat milik
penuh PNB.
Isu tidak patuh syariah timbul apabila ASB didapati melabur dalam syarikat-
syarikat yang tidak berada dalam senarai sekuriti patuh syariah oleh Majlis
Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC).
Syarikat tersebut termasuk Malayan Banking Berhad (28.49%): perkhidmatan
kewangan berdasarkan faedah (Riba); dan British American Tobacco (M)
Berhad (0.78%): pengeluaran atau penjualan produk berasaskan tembakau
atau barangan berkaitan.
Bagi menjernihkan isu ini, pengurus dana telah mengeluarkan satu kenyataan
bahawa ASB tidak akan melabur dalam aktiviti perjudian dan produk tidak
halal/produk berkaitan.
Mereka juga menyebut bahawa Malayan Banking Berhad adalah pengendali
kewangan Islam terbesar di rantau ini melalui Maybank Islamic.
5. Isu-isu dan Perbincangan
Soalan Perbincangan:
Adakah Islam melarang transaksi unit
amanah?
Unit amanah, bagaimana untuk
menentukan sama ada ia adalah
produk yang berlandaskan shariah
atau tidak?
Siapakah Jawatankuasa/Majlis
Penasihat Shariah & apakah
tanggungjawab mereka?
Sejauh mana konsep daruriyah dalam
ekonomi akan menyumbang kepada
keputusan Jawatankuasa/Majlis
Penasihat Shariah?
Titik pembelajaran utama:
Memahami prinsip Maqasid
Shariah & Produk Patuh
Shariah.
Pengurusan Dana Bersama
(Mutual Fund) dari perspektif
Islam.
Mentakrifkan konsep
daruriyah, tahsiniyat &
haajiyyat.
Memahami peranan
Majlis/Jawatankuasa Penasihat
Shariah.
6. 1. Adakah Islam melarang transaksi unit
amanah?
TIDAK: berdasarkan kepada
Daripada Salman al-Farisi: “Beliau bertanya kepada baginda
SAW akan perihal minyak sapi, keju dan mentega, maka
baginda menjawab: Perkara yang halal adalah apa yang
dihalalkan oleh Allah di dalam al-Quran, dan perkara yang
haram adalah apa yang diharamkan di dalam al-Quran, dan
apa yang Allah tidak menyebutnya, maka perkara itu
dimaafkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Tarmidzi, Ibnu
Majah, dan al-Hakim)
7. 1. Adakah Islam melarang transaksi unit
amanah?
Unit Amanah:
merupakan suatu alat pelaburan kolektif dengan mengumpulkan
modal para pelabur ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh
pengurus dana profesional.
Dana akan dilaburkan dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti
pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat
ikatan dan Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti ke atas Unit
Amanah.
Unit Amanah Islam ialah dana pelaburan kolektif yang
menawarkan kepada pelabur peluang untuk melabur dalam
pelbagai portfolio sekuriti patuh shariah serta diuruskan oleh
pengurus dana profesional menurut prinsip shariah.
8. 2. Unit amanah, bagaimana untuk menentukan sama
ada ia adalah produk yang berlandaskan shariah
atau tidak?
Ciri-ciri utama Unit Amanah Islam ialah pematuhannya kepada
undang-undang shariah
Dana-dana Islam mesti:
mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh shariah
melabur hanya dalam sekuriti syarikat-syarikat yang memenuhi
kehendak shariah
melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam dan
bukan dalam bank konvensional yang menawarkan produk dengan
kadar faedah
menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat
yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang-
undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian
dan pornografi
9. 2. Unit amanah, bagaimana untuk
menentukan sama ada ia adalah produk yang
berlandaskan shariah atau tidak?
Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti
perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan shariah,
penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan,
digunakan untuk memastikan syarikat patuh shariah
menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang
mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan.
Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat dalam penggunaan
instrumen kewangan Islam sahaja
Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan
dalam produk pelaburan jangka pendek patuh shariah,
misalnya instrumen pasaran wang.
10. 3. Siapakah Jawatankuasa/Majlis Penasihat
Shariah & apakah tanggungjawab mereka?
Ulama islam dan pakar kewangan islam;
Pakar-pakar daripada pelbagai bidang seperti
shariah, perundangan, ekonomi dan akademik.
Pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang
fiqh muamalat serta mereka yang memahami
tentang selok-belok pasaran modal dari sudut
produk dan praktisnya
11. 3. Siapakah Jawatankuasa/Majlis Penasihat
Shariah & apakah tanggungjawab mereka?
Memastikan perjalanan pasaran
modal Islam selaras dengan prinsip
shariah
Penasihat kepada Suruhanjaya
dalam semua perkara berhubung
pembangunan pemasaran modal
Islam yang komprehensif
Pusat rujukan dalam semua isu
pasaran modal Islam
Perenggan 6.11 di dalam Garis
Panduan Suruhanjaya Sekuriti ke
atas Unit Amanah
Untuk memberi nasihat mengenai semua aspek unit
amanah dan pengurusan dana selaras dengan prinsip-
prinsip Syariah
Memberi khidmat kepakaran dan bimbingan Syariah dalam
semua perkara
Memastikan bahawa dana diuruskan dan dikendalikan
mengikut prinsip-prinsip Syariah
Mengkaji semula laporan kepatuhan dana dan laporan
transaksi pelaburan untuk memastikan bahawa pelaburan
dana adalah selaras dengan prinsip-prinsip Syariah
Menyediakan laporan untuk dimasukkan ke dalam laporan
tahunan dan dana yang menyatakan pendapatnya sama ada
dana itu telah dikendalikan dan diuruskan selaras dengan
prinsip-prinsip Syariah bagi tempoh kewangan berkenaan.
12. 4. Sejauh mana konsep daruriyah dalam ekonomi akan
menyumbang kepada keputusan Jawatankuasa/Majlis
Penasihat Shariah?
Prinsip al-Dharuriyat al-Khamsah
Merujuk kepada masalih dharuriah Syarak telah menyenaraikan hifz al mal
sebagai salah satu masalih dharuriah yang mesti diambil perhatian secara
serius.
Soal keutuhan dan kekukuhan ekonomi umat merupakan salah satu faktor
penting atau “survival” kepada penerusan dan kemajuan umat Islam.
Dalam masa yang sama perlu diawasi usaha-usaha tahrib mal al muslimin
oleh mereka yang iri hati terhadap kekukuhan ekonomi umat Islam.
Kepentingan memelihara ekonomi adalah suatu perkara yang amat dituntut
oleh Syariah kerana kekuatan umat mempunyai kaitan yang kuat dengan
kestabilan dan kekuatan kuasa ekonomi sesebuah umat.
13. 4. Sejauh mana konsep daruriyah dalam ekonomi akan
menyumbang kepada keputusan Jawatankuasa/Majlis
Penasihat Shariah?
Oleh yang demikian, fukaha berpandangan sekiranya umat Islam menjadi miskin
dan lemah maka tuntutan perkara dharuriyat lain mungkin akan terjejas atau
tergadai lantaran kelemahan orang-orang Islam menguasai kedaulatan ekonomi
mereka sendiri.
Syarikat besar yang aktiviti utamanya adalah halal tidak sepatutnya
ditinggalkan oleh umat Islam hanya kerana terdapat beberapa kegiatan yang
tidak bertepatan dengan kehendak shariah.
Jika umat Islam terlibat sama dalam aktiviti ini sudah tentu mereka dapat
menggembleng modal mereka pada aktiviti halal yang merupakan aktiviti lebih
besar berbanding dengan aktiviti haram.
Di samping itu, ia dapat memberi manfaat kepada penyertaan umat dalam
ekonomi khususnya dalam syarikat-syarikat penting dan strategik.
15. 1. Selain daripada ASN dan ASB, apakah Unit
Amanah lain yang diperkenalkan oleh PNB yang
merupakan Unit Amanah patuh shariah?
Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3
Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan
Seumpamanya.
Kesemua Unit Amanah berikut adalah patuh shariah:
Amanah Saham Gemilang
Amanah Saham Pendidikan
Amanah Saham Kesihatan
Amanah Saham Persaraan
Amanah Saham Wawasan 2020
Amanah Saham Didik
Amanah Saham 1 Malaysia
16. 2. Sekiranya anda diberi peluang untuk membincangkan
isu ini kepada PNB, apakah usul/cadangan anda untuk
membersihkan ASB supaya ia patuh shariah?
Melantik MPS khas untuk ASB, tindakan selanjutnya boleh dan akan dibincangkan oleh
MPS ini kelak.
Menghentikan pelaburan yang telah dibuat dan menamatkannya walaupun sebelum
tempoh matang dengan menanggung sedikit kerugian demi untuk HIJRAH yang besar.
Menghadkan penggunaan wang yang dilaburkan awam kepada kaunter tempatan dan
antarabangsa yang disahkan patuh shariah.
Asingkan dana kepada pelaburan terbuka dan pelaburan patuh shariah. Walaupun
berbeza pulangan, pelabur masih boleh memilih.
ASB mengkhususkan pelaburan terhadap operasi Maybank Islamic sahaja berbanding
Maybank secara umumnya.
Mendapatkan jaminan terhadap modal dari pihak ketiga dan bukannya kerajaan.
PNB boleh mengekalkan ekuiti dalam Maybank dan lain-lain, tetapi jangan jadikan ia
dari modal dana ASB. Gunakan dana kerajaan yang lain dan untungnya boleh terus
dimanfaatkan kerajaan sepenuhnya untuk kebaikan awam seperti tebus balik modal
yang digunakan.
17. 3. Bagaimana PNB menguruskan risiko sekiranya
pelabur-pelabur menjual unit saham mereka setelah
mengetahui bahawa ASB adalah tidak patuh shariah?
Pelabur tidak perlu bertindak begitu drastik. Bagi yang belum melabur dan
berminat dalam pelaburan unit amanah, haruslah mencari dana amanah yang ada
penasihat shariah terlebih dahulu sebelum melabur.
Jaminan wang modal pelaburan tidak lupus: Dalam konsep pelaburan Islam yang
menggunakan Musyarakah dan Mudarabah, seharusnya tiada sebarang jaminan dari
pengusaha bahawa modalnya terjamin sesuai dengan kaedah fiqh:
(Keuntungan mestilah dengan risiko). Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan
adalah bertentangan dengan kaedah fiqh tersebut.
Tetapi Islam menghalalkan jaminan modal yang datang dari pihak ketiga dan
bukannya oleh pengurus dana pelaburan.
Dalam hal ini, PNB mempunyai penjamin (guarantor) iaitu kerajaan, kerajaan akan
tanggung risiko yang dihadapai oleh PNB.
Jika PNB ingin mengurangkan risiko, mereka perlu memastikan pelaburan mereka
patuh shariah dan diiktiraf oleh SC supaya pelabur tidak menjual unit saham
mereka di ASB.
Secara alternatifnya, PNB perlu mempertimbangkan cadangan/usul untuk
membersihkan dana unit amanah.
18. 4. Apakah kaedah maqasid shariah yang digunakan MPS SC
dalam menentukan Unit Amanah patuh shariah?
MPS mempertimbangkan beberapa ukur rujuk sebagai asas yang boleh dianggap sebagai ihtiyat
(berhati-hati dalam mengklasifikasikan syarikat bercampur bawah kategori syarikat yang diharuskan)
“menghukum perkara bercampur halal dan haram sebagai haram ialah suatu ihtiyat, bukan
semestinya perkara tersebut haram.” (al-Asybah wa al-Naza’ir). MPS juga mengambil kira unsur
tambahan lain seperti maslahah, `umum balwa, `urf khas min asalib iqtisodiyah, fasad al-zaman
dan huquq ghair muslimin.
Aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti yang bertentangan dengan prinsip-prinsip
Syariah, pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik, aktiviti utama
syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram
yang amat kecil melibatkan perkara `umum balwa, `urf dan hak masyarakat bukan Islam yang
diperakui oleh Islam.
Prinsip `Umum Balwa, prinsip al-Dharuriyat al-Khamsah dan perubahan Hukum Kerana Perubahan
Tabii Manusia.
Jawapan Terhadap Pandangan yang Mempertikaikan Keharusan: Kelemahan kaedah, wujudnya kaedah
berlawanan dan Maslahah.
Ukur rujuk: 50-50 (emas dan sutera), 1/3 (harta sedekah) dan Ghabn Fahisy (jika keuntungan
melampaui harga pasaran ini bersifat kecil maka ia dimaafkan).
Imej: maslahah rajihah (kebaikan yang jelas), sadd zari`ah, faktor antara maslahah dengan sadd
zari`ah dan prinsip al-Ta`arudh Bayna al-Masalih Wa al-Mafasid (Pertembungan Antara Kebaikan
Dengan Keburukan).