1. BAB 8 Sokongan
dan Gerakan
Disediakan oleh:
Cikgu Ong
SMK Rantau
2. 8.1 Sistem Sokongan Haiwan
1. Sistem sokongan dalam haiwan disebut sistem rangka.
2. Terdapat tiga jenis sistem rangka dalam haiwan, iaitu
i) rangka dalam
ii) rangka luar
iii) rangka hidrostatik
3. Manusia dan haiwan vertebrata lain disokong oleh
sistem rangka dalam.
4. Haiwan invertebrata darat yang tidak bertulang belakang
disokong oleh sistem rangka luar atau sistem rangka
hidrostatik.
5. Semua jenis sistem rangka berfungsi untuk
i) menyokong berat badan
ii) mengekalkan bentuk badan
iii) melindungi organ lembut di dalam badan
iv) sebagai tempat pautan otot untuk membantu
pergerakan haiwan.
3. Sistem sokongan haiwan vertebrata
1. Manusia dan haiwan vertebrata lain
mempunyai rangka dalam yang
terdiri daripada banyak tulang.
2. Berat badan manusia disokong oleh
lengkungan pelvis (punggung).
3. Tulang ini ialah tulang yang paling
besar dan yang paling kuat dalam
badan.
4. Berat badan vertebrata darat seperti
gajah dan kucing disokong oleh
lengkungan pektoral (bahu) dan
lengkungan pelvis.
5. 5. Haiwan darat yang besar seperti gajah dan badak sumbu
mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis
yang kuat serta kaki yang pendek dan lebar untuk
menyokong berat badannya.
6. 6. Tulang rangka manusia dan vertebrata darat mempunyai
rongga.
7. Tulang berongga adalah lebih ringan dan lebih kuat
daripada tulang padat yang sama panjang dan sama
berat.
7. 8. Berat badan haiwan vertebrata akuatik disokong oleh
daya apungan air.
9. Hal ini kerana lengkungan pektoral dan lengkungan
pelvis haiwan vertebrata akuatik adalah sangat kecil dan
lemah berbanding haiwan vertebrata darat.
10.Vertebrata akuatik seperti ikan paus boleh membesar
sehingga saiz yang sangat besar.
11.Hal ini kerana berat badannya tidak disokong
sepenuhnya oleh rangka dalam, tetapi turut disokong
oleh daya apungan air.
8. Sistem sokongan haiwan invertebrata
1. Sesetengah invertebrata
mempunyai struktur luar yang
keras yang disebut rangka luar.
2. Pengecutan dan pengenduran
pasangan otot pada permukaan
dalaman rangka luar
membolehkan berlakunya
pergerakan.
3. Rangka luar (kutikel) terdiri
daripada sejenis bahan tegar
yang disebut kitin.
4. Permukaan luar kutikel
diselaputi oleh satu lapisan lilin
yang kalis air yang
menjadikannya kelihatan
berkilau.
Kumbang
Labah-labah
9. 5. Invertebrata yang berbadan
lembut mempunyai
bendalir badan yang
memberikan bentuk dan
menyokong badannya.
6. Bendalir badan ini
mengenakan tekanan pada
dinding badan untuk
membentuk rangka
hidrostatik.
7. Bendalir dalam sel badan
menekan permukaan
lembut dan menyebabkan
badan invertebrata padat,
teguh, dan kukuh.
Beluncas
Cacing
Lintah
10. 8. Haiwan invertebrata akuatik
mempunyai rangka luar atau
rangka hidrostatik.
9. Berat badan kebanyakan haiwan
invertebrata akuatik disokong oleh
daya apungan air sama seperti
haiwan vertebrata akuatik.
10.Daya apungan air membantu
haiwan tersebut bergerak di dalam
air.
Ketam
Udang
Siput
Haiwan invertebrata akuatik yang mempunyai rangka luar.
12. Sistem sokongan
haiwan
Haiwan
vertebrata
Haiwan
invertebrata
Haiwan
darat
Haiwan
akuatik
Rangka
dalam
Rangka
dalam
Contoh:
Manusia,
katak,
burung
Haiwan
darat
Haiwan
akuatik
Rangka
luar
Contoh:
ikan
Hidro-statik
Rangka
luar
Hidro-statik
Contoh:
Semut,
lalat,
belalang
Contoh:
Cacing,
lintah,
beluncas
Contoh:
Udang,
ketam,
siput
Contoh:
Tapak
sulaiman,
ubur-ubur
13. Persamaan dan perbezaan sistem sokongan haiwan
vertebrata darat dan haiwan vertebrata akuatik
haiwan
vertebrata
darat
haiwan
vertebrata
akuatik
Ada
rangka
dalam
Berat badan
disokong
oleh rangka
dalam
Berat badan
disokong
oleh daya
apungan air
Lengkungan
pektoral dan
lengkungan
pelvis besar
dan kuat
Lengkungan
pektoral dan
lengkungan
pelvis kecil
dan lemah
14. Persamaan dan perbezaan sistem sokongan haiwan
invertebrata darat dan haiwan invertebrata akuatik
haiwan
invertebrata
darat
haiwan
invertebrata
akuatik
Ada
rangka
luar atau
hidro-statik
Berat badan
disokong
oleh rangka
luar atau
hidrostatik
Berat badan
disokong
oleh daya
apungan air
Contoh:
Semut, lalat
cacing,
lintah
Contoh:
udang,
ketam, tapak
sulaiman