SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 33
1
1.0 PENDAHULUAN
Perkembangan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan
perubahan.perubahan ini sering dikaitkan dengan pertumbuhan dan perkembangan.
Pertumbuhan dan perkembangan saling berkait antara satu sama lain. Perkembanagn
kanak-kanak dikaitkan dengan perubahan dalam bentuk fizikal, kognitif, sosio-emosi,
personaliti, bahasa dan kesan interaksi daripada pengaruh persekitaran.
Dalam tugasan Perkembangan Kanak-Kanak ini, kami diminta untuk menyediakan satu
laporan berserta ilustrasi mengenai fitrah kejadian manusia menurut islam dan biologi
dari peringkat lahir hingga 6 tahun.
Kemudian dalam tugasan ini juga mengandungi grafik mengenai prinsip-prinsip asas
dan factor-faktor perkembangan kanak-kanak yang bersuberkan lima bahan iaitu buku,
artikel, akhbar, jurnal dan internet.
Dalam tugasan ini juga mengandungi laporan soal selidik terhadap kanak-kanak
sekolah rendah yang sedang bermain.
2
2.0 FITRAH KEJADIAN MANUSIA :
2.1 MENURUT ISLAM:
Agama ialah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan
pengajaran. Agama menyediakan satu model atau “blueprint” untuk diri dan masyarakat
dalam pembentukan nilai dan amalan. Ia memberi struktur kepada kehidupan manusia
dan membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan bersosial.
Agama juga memberi kepuasan emosi kepada penganutnya. Ia membantu manusia
memahami kejadian di dunia, memberi ketenangan dan harapan dalam kehidupan yang
penuh cabaran.
Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang
dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah.
Ini bererti fitrah merupakan suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh
tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. Fitrah juga
merupakan suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan, yang
merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di muka
bumi ini. Semua agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan ke dunia
dengan sifat-sifat yang baik. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan
manusia dengan segala ciptaannya. Menurut Ragib Al Isfahami (2005), fitrah meruk
kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang
menciptakannya. Ini disokong oleh Al-Ghazali (1971) yang mengatakan, setiap insan
wajib mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Al Ghazali (1971) turut
menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh
dan jasad.
3
kejadian manusia menurut al-quran:
Allah SWT menerangkan di dalam kitab suci Al-quran, proses kejadian manusia
mempunyai beberapa peringkat iaitu :
PERINGKAT PERTAMA (NUTFAH):
iaitu bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Iaianya bermula selepas
berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-insan ayat
2 yang bermaksud :
“sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang
bercampur yang kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu
Kami jadikan dia mendengan dan melihat”
Daripada nutfah ini Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkah laku
yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan
terbentuknya saraf, tulang dan fakulti, manakala daripada nutfah perempuan akan
terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT KEDUA (ALAQAH) :
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama/hari ketujuh. Pada
hari ketujuh, telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding Rahim.
Firman ALLAH yang bermaksud:
“kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”, surah al-mukminun ayat 14.
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah.Ini mungkin
dibuat berasaskan pandangan mata kasar.Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat
seni yang didliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud iaitu:
4
1. Sesuatu yang bergantung atau melekat
2. Pacat atau lintah
3. Suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat minggu pertama hingga minggu ketiga dalam Rahim.
PERINGKAT KETIGA (MUDGHAH) :
Pembentukan mudgah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah
disebut sebanyak dua kali di dalam al-quran iaitu sura al-hajj ayat 5 dan surah al-
mukminun ayat 14 yang bermaksud :
“ lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-mukminun ayat
14.
Di peringkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-
anggota yang lain. Selain itu system pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang
tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darah tersendiri.Jantung bayi
pula mula berdengup.Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan
lebih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang
secukupnya.Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT (IZAM DAN LAHM) :
Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh iailah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang
telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah dalam surah
Al-mukminun ayat 14 yang bermaksud :
“ lalu Kami mengubah pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami
membalut izam dengan daging”.
5
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu system yang kompleks.Pada tahap
ini perut dan usus, seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.Serentak
dengan itu system pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke
paru-paru mula kelihatan.Begitu juga dengan organ pembiakan, kelenjar, hati, buah
pinggang, pundi kencing dan lain-lain terbentu dengan lebih sempurna lagi.Kaki dan
tangan mula tumbuh.Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna.Pada
minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
PERINGKAT KELIMA (NASY‟AH KHALQAN AKHAR) :
pada peringkat ini iaitu menjelang ming gu ke lapan, beberapa perubahan lagi berlaku.
Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat
janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan
sempurnanya.Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat bentukan uri
menjadi cukup lengkap menyebabkan kaki pranatel bayi dalam kandungan hanya
untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap
berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
PERINGKAT KEENAM (NAFKHUR-RUH) :
Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak islam menyatakan bilakah ditiupkan ke dalam
jasadyang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini
berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah
organ seks.Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam Rahim lagi. Ketika
di alam Rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-
mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui iakatan
kesaksian sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam surah al-hajj ayat 5 yang
bermaksud:
“ wahai ummat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang
kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada
6
tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah ciptakan kamu dari tanah,
kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari
seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan tidak disempurnakan; (Kami
jadikan secara yang demikian) kerana kami hendak menerangkan kepada kamu
(kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan Rahim (ibu yang
mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan
lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu
dipelihara hingga sampai ke peringkat umur dewasa da nada pula yang dilanjutkan
umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu
yang telah diketahuinya dulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi) ; Engkau melihat bumi itu
kering, kemudian apabila kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah
tanahnya(dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah
ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
Kehidupan beragama.
Kehidupan beragama merupakan fitrah dalam diri setiap manusia di muka bumi ini. Ini
ditegaskan Allah s.w.t dalam Al Quran, (Surah Al Imran:19) yang bermaksud,
“sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah s.w.t hanyalah Islam.”
Dalam mengenali pencipta-Nya, manusia akan mensyukuri keunikan
kejadiannya, dan ini akan menyebabkan manusia menghargai setiap bakat, kebolehan
dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada setiap hambanya. Ini
bermakna kehidupan beragama, merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam
kehidupan seseoran individu. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Zariyat,
(51:56) yang bermaksud,
“Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhamba
diri kepada-Ku.”
Manusia dicipta Allah s.w.t agar ia beribadat kepada-Nya dan melakukan
perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Ini kerana
7
kehidupan beragama dapat membantu manusia mengawal emosi dan dapat menguasai
diri sejajar dengan tuntutan arus kemodenan untuk kemajuan masyarakat dan negara
(Hassan Langglung, 2005). Kehidupan beragama, merupakan fitrah manusia yang
sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Seperti mana firman Allah s.w.t
dalam Surah Al-Zariat, (51:56) yang bermaksud,
“Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhamba
diri kepada-Ku.”
Ini bererti manusia diciptakan Allah s.w.t agar ia beribadat kepada-Nya dan
melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Oleh
itu kehidupan beragama merupakan suatu yang penting dalam kehidupan manusia
sekiranya mereka ingin mencapai kemajuan yang telah menyeluruh daripada segi
kerohanian dan kebendaan. Kehidupan beragama juga merupakan naluri kepercayaan
kepada agama, seterusnya mengesahkan kewujudan Allah s.w.t dalam keseluruhan
kehidupannya.
Manusia sebagai Khalifah Allah
Status Khalifah Allah di muka bumi ini mendorong manusia menyedari bahawa terdapat
banyak pilihan dalam kehidupan ini, tetapi manusia mestilah bertanggungjawab
terhadap setiap perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan. Ini kerana di akhirat kelak,
kita semua akan dihidupkan semula dan akan bertanggungjawab terhadap pilihan-
pilihan yang kita lakukan ketika hidup di dunia dahulu.
Pemberian akal kepada manusia, menjadikan darjat manusia lebih tinggi
dengan makluk lain yang diciptakan Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Ini dapat dilihat
menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (dalam Manusia dan Islam, 1990);
Telah bersabda Rasullulah s.a.w” ....Dan alat bagi mukmin ialah akal Dan Tiang agama
ialah akal. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan yang menyerukan orang-orang beribadat
ialah akal.
Hadis ini menunjukkan akal sangat penting kepada manusia, dengan sendirinya
ia sangat penting kepada agama. Justeru itu Islam diturunkan untuk membimbing dan
8
menunjuk ajar manusia ke arah kesempurnaan kehidupan di dunia akan menyumbang
kepada kesejahteraan hidup di akhirat.
Sumber bersifat maknawi, iaitu hati, akal, emosi dan nafsu juga yang bersifat
lahiriah seperi pancaindera, kebijaksanaan, hasil bumi dan sebagainya mendorong
manusia mengembangkan potensi ke tahap maksimum. Kesimpulannya, asas-asas
ajaran yang wajib diamalkan oleh manusia menurut Islam ialah:
1. Manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan Allah s.w.t
2. Manusia wajib beribadat kepada Tuhan Yang Maha Esa.
3. Manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya.
4. Manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan kepada ajaran agama yang
dianuti.
Kesimpulannya, secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan sifat yang baik yang
dianugerahkan oleh penciptanya.Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai
kebebsan untuk memeilih serta tahu membezakan antara yang baik dan buruk.
9
2.1 FITRAH MANUSIA DARI PERSPEKTIF BIOLOGI
Kajian mendapati bahawa tingkah laku manusia berdasarkan kepada arahan-arahan
gen dalam diri manusia dan dipengaruhi oleh baka. Baka merupakan ciri-ciri yang
diturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Interaksi antara gen-gen
menghasilkan keupayaan dan kecenderungan kepada manusia untuk membentuk
perilaku yang kejam atau penyayang, beragama atau tidak, bergantung kepada asuhan
dan pengaruh budaya mencungkil potensi tersebut daripada himpunan gen dalam diri
manusia.
rajah 1
Perwarisan atau baka ini berlaku melalui proses persenyawaan kromosom yang
terdapat dalam sel badan manusia. Persenyawaan kromosom (rajah 1) ini berlaku
apabila sperma lelaki menembusi ovum wanita. Persenyawaan ini disebut mitosis dan
embrio akan terbentuk dalam tempoh 40 minggu sehingga lahirnya bayi itu. Semasa
proses persenyawaan inilah, bayi akan menerima kromosom daripada sperma bapa
dan ovum ibu. Setiap kromosom mengandungi gen. gen inilah yang akan menentukan
keadaan bayi yang akan dilahirkan dan menurunkan ciri-ciri kebakaan.
Fitrah kejadian manusia yang dipengaruhi oleh faktor baka mempengaruhi perbezaan
antara individu dalam aspek kognitif, fizikal dan emosi.
10
Pengaruh baka dalam sifat semula jadi manusia dapat dilihat dalam aspek kehidupan.
Sebagai contoh, sifat-sifat manusia atau keupayaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
harian dipengaruhi oleh baka. Selain itu, faktor keturunan turut dilihat membawa
kepada sifat semula jadi manusia.
Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian
manusia mengikut perspektif biologi. Antara aspek-aspek yang mempengaruhi
persekitaran ialah latar belakang keluarga, rakan sebaya, kebudayaan masyarakat,
sumber maklumat dan institusi sekolah. Persekitaran setiap individu adalah berbeza-
beza mengikut pengalamannya. Ia banyak bergantung kepada perbezaan latar
belakang keluarga, keagamaan dan lain-lain.
Latar belakang keluarga merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi
perbezaan individu. Justeru itu, ibu bapa berperanan mendidik dan mengasuh anak-
anak untuk membantu tumbesaran yang sempurna. Aspek pemakanan, suasana
rumah, kasih sayang dan perhatian juga perlu dititiberatkan dalam keluarga.
Selain itu, rakan sebaya turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi
setiap individu. Rakan sebaya yang baik akan membantu pembentukkan peribadi
anak-anak dengan baik. Manakala, jika akhlak rakan sebaya tidak baik, ini akan
menjejaskan perkembangan anak-anak.
Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat menjadi penyumbang kepada pembentukan
falsafah hidup yang berbeza. Masyarakat yang sihat menjadi lebih bertanggungjawab,
memiliki nilai moral yang tinggi dan norma hidup yang baik dan mantap.
Oleh yang demikian, fitrah manusia daripada perspektif biologi berdasarkan kepada
aspek-aspek seperti baka dan persekitaran menyumbang kepada pembentukan
individu.
11
TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL.
Arnold Gesell merupakan ahli psikologi yang mementingkan baka.Beliaumempercayai
bahawa faktor baka merupakan penggerak utama terhadapperkembangan
individu.Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang manamempercayai bahawa
perkembangan berlaku secara dalaman.Ini bermakna, ciri-ciri yang tertentu akan
muncul bila tiba peringkatkematangan yang bersesuaian. Sekiranya otot, saraf, otak
dan tulang tidak bersediaatau tidak matang, peluang-peluang yang diberikan
kepada kanak-kanak untukbelajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang
positif.Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh
faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu
mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu.Kadar perkembangan
berbezabagi setiap individu.Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan
peluangberkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya
keranatelah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. Beliau juga
berkatabakasebagai faktor utama, mempengaruhi perkembangan diri seseorang
individu, kalaubaik bakanya, baiklah individu yang akan terhasil. Di samping itu,
kelancaran prosesperkembangan seseorang individu adalah dipengaruhi
oleh kematangan fizikalnya.
12
Lima Peringkat Perkembangan Gesell :
rajah 2
Peringkat Satu: dari 0 - 1 Tahun (rajah 2)
Pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orangdewasa
yang menjaganya, samada meminta perhatian belaian atau makanan. Padausia 4 bulan
bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk mengikut objekyang bergerak di
hadapannya. Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam,merangkak, duduk.
Pada umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari.
rajah 3
13
Peringkat 2 : dari 1 tahun - 2 tahun (rajah 3)
Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan
lebihstabil dan mula boleh berlari.Kanak-kanak juga tahu perkataan “jangan”
danmemahami makna perkataan itu di mana kanak-kanak berhenti dari
melakukansesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar perkataan
“jangan”.Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat.
rajah 4
Peringkat 3 : dari 2 tahun - 3 tahun (rajah 4)
Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa.Mereka jugasudah
mampu menggunakan ayat mudah.
14
rajah 5
Peringkat 4 :dari umur 3 tahun - 4 tahun ( rajah 5)
Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga.Kanak-kanak juga sudah
bolehmendengar arahan dan mematuhi arahan ibu bapa.
rajah 6
Peringkat 5 :dari usia 4 tahun ke atas. (rajah 6)
Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan. Mereka juga akan suka
bertanyatentang perkara-perkara atau benda-benda yang mereka tempuhi atau lihat
disekeliling mereka. Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk dihantar keprasekolah.
15
PENGURUSAN
GRAFIK
16
17
18
19
20
21
LAPORAN
ANALISIS DATA
SOAL SELIDIK
22
4.0 LAPORAN ANALISIS DATA SOAL SELIDIK
* Sila rujuk Kerja Kursus Pendek Mohd Hafiz bin Abd Latif.
Nama ahli kumpulan :
1. Ahmad Amzar bin Mat Said
2. Muhammad Hakimullah bin Mohd Lokman
3. Mohd Hafiz bin Abd Latif
23
5.0 RUMUSAN
Selepas banyak mengkaji dan memahami pelabagi teori serta pandangan ahli-
ahli psikologi terkenal, saya dapat merumuskan bahawa perkembangan individu adalah
bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.Perubahan tingkah laku
berlaku dalam keadaan yang berterusan dan melalui peredaran masa menerusi
peringkat-peringkat kematangan tertentu.Peringkat-peringkat perkembangan membawa
perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan.
Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor baka dan
persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan
membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan
adalah satu pertalian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian
nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan
berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama
pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat
sebelum lahir(prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.
Tambahan pula, pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas
lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara
untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan
telah menyediakan program - program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak ,
usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan
mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka.
Akhir sekali, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam kita mendidik anak
bangsa kita yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara kita. Jika dari kecil lagi
anak-anak sudah terbiar, sama-sama kita fikir dan renungkan apakah nasib yang akan
menimpa mereka kelak.
24
REFLEKSI : AHMAD AMZAR BIN MAT SAID
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah dan kurniaan-Nya kerana masih lagi diberi peluang untuk menulis
refleksi tugas Perkembangan Kanak-Kanak ini.Terima kasih buat pensyarah
pembimbing, Puan Patimah binti Abd Kadir kerana banyak memberi dorongan dalam
melaksanakan tugasan ini.
Tugasan ini mengandungi tiga bahagian dan bahagian yang ketiga kami diminta untuk
membuat secara berkumpulan.Saya memilih Hafiz dan Hakimullah sebagai ahli
kumpulan saya.Dalam bahagian pertama, kami diminta untuk membuat satu laporan
berserta ilustrasi mengenai fitrah kejadian manusia menurut Islam dan biologi dari
peringkat lahir hingga 6 tahun.Bahagian kedua pula kami diminta untuk menerangkan
prinsip-prinsip asas dan factor-faktor perkembangan kanak-kanak melalui pengurusan
grafik.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini,
saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai
bakal guru.Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan,
saya mula lebih mengenali serta memahami tentang perkembangan kanak-kanak dari
segi kognitif, fizikal, emosi dan sebagainya secara lebih terperinci.Kita sebagai manusia
tidak boleh mengharapkan pensyarah 100% jika ingin Berjaya, tetapi memerlukan lebih
banyak usaha kita sendiri.Bak kata pepatah „di mana ada kemahuan di situ ada
jalan‟.Melalui bahagian yang melibatkan pengurusan grafik, saya dapat mengasah
bakat saya melalui lukisan.Seorang guru perlu untuk mengetahui semua grafik kerana
mungkin di sekolah nanti kita diberi tugas untuk membuat carta atau sebagainya.
Saya juga mula merasai kepentingan PKK ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal
guru.Satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas
harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang
akan mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang
mungkin tidak pernah saya terfikir sebelum ini. Melalui kerja kursus PKK ini juga, sedikit
25
sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia
perguruan ini. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,
dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak
membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada
para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini
dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan
tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan
yang sempurna.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara
kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-
rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus
pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara
pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Pada masa yang sama bahagian ketiga tugasan ini melibatkan murid-murid sekolah.
Secara tidak langsung ia juga melatih diri saya untuk berhadapan dengan murid-murid
suatu hari nanti.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara
saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan
baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu,
tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan
kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat
pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang
mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi
agama bangsa dan negara.
26
Akhir kata, terima kasih sekali lagi buat pensyarah pembimbing, rakan-rakan
seperjuangan dan tidak lupa kepada ibu bapa saya kerana tanpa dorongan dan kata-
kata semangat daripada mereka, saya mungkin tidak mampu untuk menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih
BIBLIOGRAFI:
1. Buku
27
Mok Soon Sang. (2010). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan.
Selangor Darul Ehsan: penerbitan multimedia sdn. Bhd.
Abdul Aziz Abdul Syukor. (2007) Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamarulzaman Kamaruddin. (2009). Psikologi Perkembangan. Perak Darul Ridzuan
Penerbitan Universiti Pendidikan Sulatan Idris.
2. Majalah
Pa & Ma.(2011). Memahami Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Karangkraf Sdn. Bhd.
3. Akhbar
Fatin Hafizah Mohd Shahar. (2010, 24 Ogos) Bermain Galak Perkembangan Kanak-
Kanak. Berita Harian.
4. Internet
Natilia.(2012). Fitrah Manusia Dari Perspektif Biologi. Dicapai pada 10 april 2013,
daripada :
28
http://ajourneyofateacher-to-be.blogspot.com/2012/01/faktor-yang-
mempengaruhi-proses.html
Rosli Hanip. (2012) Rahsia kejadian Manusia Menurut Al-quran. Dicapai pada 11 April
2013 daripada:
http://pakarhowto.com/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-al-quran.html
29
LAMPIRAN
BORANG KOLABORASI
NAMA PELAJAR :AHMAD AMZAR BIN MAT SAID
NO K/P : 930302-11-5163
30
KUMPULAN : PISMP 1.01/2013
SEMESTER : 1
MATA PELAJARAN : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
KOD MATA PELAJARAN : EDU3102
PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN SITI PATIMAH AB. KADIR
TARIKH
PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
CATATAN TANDATANGAN
12Mac 2013
Taklimat tugasan KKP PKK
dan menerima soalan tugasan.
- Bertempat di Dewan
Syarahan Abdul Jalil (Puan Siti Patimah
Ab. Kadir)
13 Mac 2013 Menerima penerangan
daripada pensyarah
pembimbing iaitu Puan Siti
Patimah Ab. Kadir
- Tugasan perlu
dihantar pada 9 April
2013 ( Puan Siti
Patimah Ab. Kadir)
14Mac 2013 Memahami kehendak soalan. - Berbincang dengan
rakan sekelas.
(Aliya Hanim)
(hakimullah)
31
15 Mac 2013 Berbincang dan pembahagian
tugasan aktiviti pemerhatian.
-Tugasan pemerhatian
- Berbincang bersama
rakan sekumpulan (amzar)
(hakimullah)
(hafiz)
18 Mac 2013 Mencari maklumat daripada
pusat sumber - mendapatkan
bantuan daripada pustakawan
- Nota ringkas
- Catatan bibliografi
(Amzar)
18Mac 2013 Mencari maklumat daripada
internet
- Nota ringkas
- Catatan bibliografi
(Amzar)
19 Mac 2013 Menyediakan draf tugasan
individu
- Menyusun maklumat
- Menganalisis
maklumat berdasarkan
kehendak tugasan
- Menghubungkait
maklumat yang relevan
- Membuat huraian
terperinci
(Amzar)
32
20 Mac 2013 Bertanyakan pandangan
dengan pensyarah
pembimbing mengenai draf
tugasan
- Komen dan
penambahbaikan
daripada pensyarah
pembimbing
- Memperincikan
huraian
(Puan Siti Patimah
Binti Ab. Kadir )
21 Mac 2013 Membaiki draf tugasan - Membetulkan
semua tugasan yang
bermasalah (amzar)
22 Mac 2013 Proses menyiapkan tugasan
individu.
- Menaip draf
(Amzar)
3 April 2013 Melaksanakan aktiviti
pemerhatian
- Tugasan
berkumpulan
- Menggunakan borang
soal selidik yang
disediakan
- Membuat rakaman
video dan menangkap
gambar.
(Amzar)
(hafiz)
(hakimullah)
33
5 April 2013 Melakukan perbincangan
dengan rakan sekumpulan
untuk membuat dan membaiki
draf
- Membetulkan semua
tugasan yang
bermasalah
(Amzar)
(hafiz)
(hakimullah)
8 April 2013 Proses menyiapkan tugasan - Menaip draf
(Amzar)
(hafiz)
(hakimullah)
9April 2013 Menghantar tugasan lengkap
kepada pensyarah
pembimbing
- Diterima dan
direkodkan (Puan Siti Patimah
Ab.Kadir)

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
akmalmustafakamal
 
Week 5 kejadian manusia
Week 5 kejadian manusiaWeek 5 kejadian manusia
Week 5 kejadian manusia
redrumming
 
Islam bukan hanya agama tetapi al din
Islam bukan hanya agama tetapi al dinIslam bukan hanya agama tetapi al din
Islam bukan hanya agama tetapi al din
Syahirah Suhalim
 
Kembali fitrah kembali ke syariah
Kembali fitrah kembali ke syariahKembali fitrah kembali ke syariah
Kembali fitrah kembali ke syariah
el-hafiy
 
Chapter 2 akidah teras pembangunan muslim
Chapter 2   akidah teras pembangunan muslimChapter 2   akidah teras pembangunan muslim
Chapter 2 akidah teras pembangunan muslim
Fazd Alias
 
Masail Fiqhiyah (Aborsi)
Masail Fiqhiyah (Aborsi)Masail Fiqhiyah (Aborsi)
Masail Fiqhiyah (Aborsi)
Marhamah Saleh
 
Tugas PAI Jumrah
Tugas PAI JumrahTugas PAI Jumrah
Tugas PAI Jumrah
dyahraf
 
Hukum penggantian kelamin
Hukum penggantian kelaminHukum penggantian kelamin
Hukum penggantian kelamin
Marhamah Saleh
 

Mais procurados (20)

Menyingkap Mukjizat Kejadian Manusia (Ustazah Ili Hanisah)
Menyingkap Mukjizat Kejadian Manusia (Ustazah Ili Hanisah)Menyingkap Mukjizat Kejadian Manusia (Ustazah Ili Hanisah)
Menyingkap Mukjizat Kejadian Manusia (Ustazah Ili Hanisah)
 
POTENSI DIRI
POTENSI DIRIPOTENSI DIRI
POTENSI DIRI
 
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
 
Week 5 kejadian manusia
Week 5 kejadian manusiaWeek 5 kejadian manusia
Week 5 kejadian manusia
 
Islam bukan hanya agama tetapi al din
Islam bukan hanya agama tetapi al dinIslam bukan hanya agama tetapi al din
Islam bukan hanya agama tetapi al din
 
Proses kejadian manusia
Proses kejadian manusiaProses kejadian manusia
Proses kejadian manusia
 
Kembali fitrah kembali ke syariah
Kembali fitrah kembali ke syariahKembali fitrah kembali ke syariah
Kembali fitrah kembali ke syariah
 
Chapter 2 akidah teras pembangunan muslim
Chapter 2   akidah teras pembangunan muslimChapter 2   akidah teras pembangunan muslim
Chapter 2 akidah teras pembangunan muslim
 
01 peraturan-hidup-dalam-islam
01 peraturan-hidup-dalam-islam01 peraturan-hidup-dalam-islam
01 peraturan-hidup-dalam-islam
 
Multi Artikel Religius Islam
Multi Artikel Religius Islam Multi Artikel Religius Islam
Multi Artikel Religius Islam
 
Masail Fiqhiyah (Aborsi)
Masail Fiqhiyah (Aborsi)Masail Fiqhiyah (Aborsi)
Masail Fiqhiyah (Aborsi)
 
Fitrah Kejadian manusia
Fitrah Kejadian manusiaFitrah Kejadian manusia
Fitrah Kejadian manusia
 
Beberapa Prasangka Negatif terhadap Islam
Beberapa Prasangka Negatif terhadap IslamBeberapa Prasangka Negatif terhadap Islam
Beberapa Prasangka Negatif terhadap Islam
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Perjalanan hidup
Perjalanan hidupPerjalanan hidup
Perjalanan hidup
 
Tugas PAI Jumrah
Tugas PAI JumrahTugas PAI Jumrah
Tugas PAI Jumrah
 
Bab 3 tambahan
Bab 3 tambahanBab 3 tambahan
Bab 3 tambahan
 
Hukum penggantian kelamin
Hukum penggantian kelaminHukum penggantian kelamin
Hukum penggantian kelamin
 
matlamat penciptaan manusia. CTU asasi sains
matlamat penciptaan manusia. CTU asasi sainsmatlamat penciptaan manusia. CTU asasi sains
matlamat penciptaan manusia. CTU asasi sains
 
Spe Bab2
Spe Bab2Spe Bab2
Spe Bab2
 

Destaque

Técnica quirúrgica
Técnica quirúrgicaTécnica quirúrgica
Técnica quirúrgica
ester
 
Esaimen titas complete
Esaimen titas completeEsaimen titas complete
Esaimen titas complete
Amzar Mat Said
 

Destaque (17)

PNL
PNLPNL
PNL
 
Fiswan
FiswanFiswan
Fiswan
 
Carta de compromiso
Carta de compromisoCarta de compromiso
Carta de compromiso
 
Pasos
Pasos Pasos
Pasos
 
Elp complete
Elp completeElp complete
Elp complete
 
قاعدة حلاقة
قاعدة حلاقةقاعدة حلاقة
قاعدة حلاقة
 
Técnica quirúrgica
Técnica quirúrgicaTécnica quirúrgica
Técnica quirúrgica
 
Turismo de Lugo, pueblos con encanto
Turismo de Lugo, pueblos con encantoTurismo de Lugo, pueblos con encanto
Turismo de Lugo, pueblos con encanto
 
Tamadun islam dan asia(TITAS)
Tamadun islam dan asia(TITAS)Tamadun islam dan asia(TITAS)
Tamadun islam dan asia(TITAS)
 
Esaimen titas complete
Esaimen titas completeEsaimen titas complete
Esaimen titas complete
 
Controles y Objetos Android Studio (Actualizada 2016)
Controles y Objetos Android Studio (Actualizada 2016)Controles y Objetos Android Studio (Actualizada 2016)
Controles y Objetos Android Studio (Actualizada 2016)
 
Aula virtual
Aula virtualAula virtual
Aula virtual
 
Argumentative essay
Argumentative essayArgumentative essay
Argumentative essay
 
The Near Future of CSS
The Near Future of CSSThe Near Future of CSS
The Near Future of CSS
 
Classroom Management Tips for Kids and Adolescents
Classroom Management Tips for Kids and AdolescentsClassroom Management Tips for Kids and Adolescents
Classroom Management Tips for Kids and Adolescents
 
The Buyer's Journey - by Chris Lema
The Buyer's Journey - by Chris LemaThe Buyer's Journey - by Chris Lema
The Buyer's Journey - by Chris Lema
 
The Presentation Come-Back Kid
The Presentation Come-Back KidThe Presentation Come-Back Kid
The Presentation Come-Back Kid
 

Semelhante a Pkk complete

UITM-(CTU) islam sebagai ad-din
UITM-(CTU) islam sebagai ad-dinUITM-(CTU) islam sebagai ad-din
UITM-(CTU) islam sebagai ad-din
sakura rena
 
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptxPPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
DausaitamaSensei
 
Proses pembentukan kepribadian sosial yang islami di dasarkan dengan hadits r...
Proses pembentukan kepribadian sosial yang islami di dasarkan dengan hadits r...Proses pembentukan kepribadian sosial yang islami di dasarkan dengan hadits r...
Proses pembentukan kepribadian sosial yang islami di dasarkan dengan hadits r...
Operator Warnet Vast Raha
 

Semelhante a Pkk complete (20)

Makalah_agama.docx
Makalah_agama.docxMakalah_agama.docx
Makalah_agama.docx
 
UITM-(CTU) islam sebagai ad-din
UITM-(CTU) islam sebagai ad-dinUITM-(CTU) islam sebagai ad-din
UITM-(CTU) islam sebagai ad-din
 
Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...
Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...
Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...
 
Keajaiban penciptaan manusia1
Keajaiban penciptaan manusia1Keajaiban penciptaan manusia1
Keajaiban penciptaan manusia1
 
Bahan motivasi dan dawah Proses penciptaan manusia 14 abad yang lalu oleh
Bahan motivasi dan dawah Proses penciptaan manusia 14 abad yang lalu olehBahan motivasi dan dawah Proses penciptaan manusia 14 abad yang lalu oleh
Bahan motivasi dan dawah Proses penciptaan manusia 14 abad yang lalu oleh
 
Apa itu manusia
Apa itu manusiaApa itu manusia
Apa itu manusia
 
Uswat
UswatUswat
Uswat
 
Pandangan islam tentang kehamilan
Pandangan islam tentang kehamilanPandangan islam tentang kehamilan
Pandangan islam tentang kehamilan
 
Pandangan islam tentang kehamilan
Pandangan islam tentang kehamilanPandangan islam tentang kehamilan
Pandangan islam tentang kehamilan
 
Agama , haris
Agama , harisAgama , haris
Agama , haris
 
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptxPPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
 
(3) EMBRIOLOGI DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN.pdf
(3) EMBRIOLOGI DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN.pdf(3) EMBRIOLOGI DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN.pdf
(3) EMBRIOLOGI DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN.pdf
 
Modul 1 pai
Modul 1 paiModul 1 pai
Modul 1 pai
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Keajaiban penciptaan manusia. indonesian. bahasa indonesia
Keajaiban penciptaan manusia. indonesian. bahasa indonesiaKeajaiban penciptaan manusia. indonesian. bahasa indonesia
Keajaiban penciptaan manusia. indonesian. bahasa indonesia
 
Proses pembentukan kepribadian sosial yang islami di dasarkan dengan hadits r...
Proses pembentukan kepribadian sosial yang islami di dasarkan dengan hadits r...Proses pembentukan kepribadian sosial yang islami di dasarkan dengan hadits r...
Proses pembentukan kepribadian sosial yang islami di dasarkan dengan hadits r...
 
Pemahaman Tentang Manusia
Pemahaman Tentang ManusiaPemahaman Tentang Manusia
Pemahaman Tentang Manusia
 
1_FUNGSI PENCIPTAAN MANUSIA.pptx
1_FUNGSI PENCIPTAAN MANUSIA.pptx1_FUNGSI PENCIPTAAN MANUSIA.pptx
1_FUNGSI PENCIPTAAN MANUSIA.pptx
 
Hakikat manusia menurut islam
Hakikat manusia menurut islamHakikat manusia menurut islam
Hakikat manusia menurut islam
 
CTU 101
CTU 101CTU 101
CTU 101
 

Último

1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
MetalinaSimanjuntak1
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
dheaprs
 

Último (20)

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 

Pkk complete

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Perkembangan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan perubahan.perubahan ini sering dikaitkan dengan pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan saling berkait antara satu sama lain. Perkembanagn kanak-kanak dikaitkan dengan perubahan dalam bentuk fizikal, kognitif, sosio-emosi, personaliti, bahasa dan kesan interaksi daripada pengaruh persekitaran. Dalam tugasan Perkembangan Kanak-Kanak ini, kami diminta untuk menyediakan satu laporan berserta ilustrasi mengenai fitrah kejadian manusia menurut islam dan biologi dari peringkat lahir hingga 6 tahun. Kemudian dalam tugasan ini juga mengandungi grafik mengenai prinsip-prinsip asas dan factor-faktor perkembangan kanak-kanak yang bersuberkan lima bahan iaitu buku, artikel, akhbar, jurnal dan internet. Dalam tugasan ini juga mengandungi laporan soal selidik terhadap kanak-kanak sekolah rendah yang sedang bermain.
  • 2. 2 2.0 FITRAH KEJADIAN MANUSIA : 2.1 MENURUT ISLAM: Agama ialah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran. Agama menyediakan satu model atau “blueprint” untuk diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan. Ia memberi struktur kepada kehidupan manusia dan membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan bersosial. Agama juga memberi kepuasan emosi kepada penganutnya. Ia membantu manusia memahami kejadian di dunia, memberi ketenangan dan harapan dalam kehidupan yang penuh cabaran. Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah. Ini bererti fitrah merupakan suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. Fitrah juga merupakan suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan, yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal. Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di muka bumi ini. Semua agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan ke dunia dengan sifat-sifat yang baik. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan manusia dengan segala ciptaannya. Menurut Ragib Al Isfahami (2005), fitrah meruk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya. Ini disokong oleh Al-Ghazali (1971) yang mengatakan, setiap insan wajib mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Al Ghazali (1971) turut menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad.
  • 3. 3 kejadian manusia menurut al-quran: Allah SWT menerangkan di dalam kitab suci Al-quran, proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu : PERINGKAT PERTAMA (NUTFAH): iaitu bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Iaianya bermula selepas berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-insan ayat 2 yang bermaksud : “sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengan dan melihat” Daripada nutfah ini Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkah laku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentuknya saraf, tulang dan fakulti, manakala daripada nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging. PERINGKAT KEDUA (ALAQAH) : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama/hari ketujuh. Pada hari ketujuh, telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding Rahim. Firman ALLAH yang bermaksud: “kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”, surah al-mukminun ayat 14. Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah.Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar.Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang didliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud iaitu:
  • 4. 4 1. Sesuatu yang bergantung atau melekat 2. Pacat atau lintah 3. Suatu buku atau ketulan darah Peringkat alaqah adalah peringkat minggu pertama hingga minggu ketiga dalam Rahim. PERINGKAT KETIGA (MUDGHAH) : Pembentukan mudgah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-quran iaitu sura al-hajj ayat 5 dan surah al- mukminun ayat 14 yang bermaksud : “ lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-mukminun ayat 14. Di peringkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota- anggota yang lain. Selain itu system pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darah tersendiri.Jantung bayi pula mula berdengup.Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri. PERINGKAT KEEMPAT (IZAM DAN LAHM) : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh iailah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah dalam surah Al-mukminun ayat 14 yang bermaksud : “ lalu Kami mengubah pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalut izam dengan daging”.
  • 5. 5 Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu system yang kompleks.Pada tahap ini perut dan usus, seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.Serentak dengan itu system pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan.Begitu juga dengan organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi kencing dan lain-lain terbentu dengan lebih sempurna lagi.Kaki dan tangan mula tumbuh.Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna.Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap. PERINGKAT KELIMA (NASY‟AH KHALQAN AKHAR) : pada peringkat ini iaitu menjelang ming gu ke lapan, beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya.Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat bentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan kaki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. PERINGKAT KEENAM (NAFKHUR-RUH) : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak islam menyatakan bilakah ditiupkan ke dalam jasadyang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam Rahim lagi. Ketika di alam Rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata- mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui iakatan kesaksian sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam surah al-hajj ayat 5 yang bermaksud: “ wahai ummat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada
  • 6. 6 tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah ciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan Rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu dipelihara hingga sampai ke peringkat umur dewasa da nada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi) ; Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya(dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. Kehidupan beragama. Kehidupan beragama merupakan fitrah dalam diri setiap manusia di muka bumi ini. Ini ditegaskan Allah s.w.t dalam Al Quran, (Surah Al Imran:19) yang bermaksud, “sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah s.w.t hanyalah Islam.” Dalam mengenali pencipta-Nya, manusia akan mensyukuri keunikan kejadiannya, dan ini akan menyebabkan manusia menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada setiap hambanya. Ini bermakna kehidupan beragama, merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseoran individu. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Zariyat, (51:56) yang bermaksud, “Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhamba diri kepada-Ku.” Manusia dicipta Allah s.w.t agar ia beribadat kepada-Nya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Ini kerana
  • 7. 7 kehidupan beragama dapat membantu manusia mengawal emosi dan dapat menguasai diri sejajar dengan tuntutan arus kemodenan untuk kemajuan masyarakat dan negara (Hassan Langglung, 2005). Kehidupan beragama, merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Seperti mana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Zariat, (51:56) yang bermaksud, “Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhamba diri kepada-Ku.” Ini bererti manusia diciptakan Allah s.w.t agar ia beribadat kepada-Nya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Oleh itu kehidupan beragama merupakan suatu yang penting dalam kehidupan manusia sekiranya mereka ingin mencapai kemajuan yang telah menyeluruh daripada segi kerohanian dan kebendaan. Kehidupan beragama juga merupakan naluri kepercayaan kepada agama, seterusnya mengesahkan kewujudan Allah s.w.t dalam keseluruhan kehidupannya. Manusia sebagai Khalifah Allah Status Khalifah Allah di muka bumi ini mendorong manusia menyedari bahawa terdapat banyak pilihan dalam kehidupan ini, tetapi manusia mestilah bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan. Ini kerana di akhirat kelak, kita semua akan dihidupkan semula dan akan bertanggungjawab terhadap pilihan- pilihan yang kita lakukan ketika hidup di dunia dahulu. Pemberian akal kepada manusia, menjadikan darjat manusia lebih tinggi dengan makluk lain yang diciptakan Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (dalam Manusia dan Islam, 1990); Telah bersabda Rasullulah s.a.w” ....Dan alat bagi mukmin ialah akal Dan Tiang agama ialah akal. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan yang menyerukan orang-orang beribadat ialah akal. Hadis ini menunjukkan akal sangat penting kepada manusia, dengan sendirinya ia sangat penting kepada agama. Justeru itu Islam diturunkan untuk membimbing dan
  • 8. 8 menunjuk ajar manusia ke arah kesempurnaan kehidupan di dunia akan menyumbang kepada kesejahteraan hidup di akhirat. Sumber bersifat maknawi, iaitu hati, akal, emosi dan nafsu juga yang bersifat lahiriah seperi pancaindera, kebijaksanaan, hasil bumi dan sebagainya mendorong manusia mengembangkan potensi ke tahap maksimum. Kesimpulannya, asas-asas ajaran yang wajib diamalkan oleh manusia menurut Islam ialah: 1. Manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan Allah s.w.t 2. Manusia wajib beribadat kepada Tuhan Yang Maha Esa. 3. Manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya. 4. Manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan kepada ajaran agama yang dianuti. Kesimpulannya, secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan sifat yang baik yang dianugerahkan oleh penciptanya.Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai kebebsan untuk memeilih serta tahu membezakan antara yang baik dan buruk.
  • 9. 9 2.1 FITRAH MANUSIA DARI PERSPEKTIF BIOLOGI Kajian mendapati bahawa tingkah laku manusia berdasarkan kepada arahan-arahan gen dalam diri manusia dan dipengaruhi oleh baka. Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Interaksi antara gen-gen menghasilkan keupayaan dan kecenderungan kepada manusia untuk membentuk perilaku yang kejam atau penyayang, beragama atau tidak, bergantung kepada asuhan dan pengaruh budaya mencungkil potensi tersebut daripada himpunan gen dalam diri manusia. rajah 1 Perwarisan atau baka ini berlaku melalui proses persenyawaan kromosom yang terdapat dalam sel badan manusia. Persenyawaan kromosom (rajah 1) ini berlaku apabila sperma lelaki menembusi ovum wanita. Persenyawaan ini disebut mitosis dan embrio akan terbentuk dalam tempoh 40 minggu sehingga lahirnya bayi itu. Semasa proses persenyawaan inilah, bayi akan menerima kromosom daripada sperma bapa dan ovum ibu. Setiap kromosom mengandungi gen. gen inilah yang akan menentukan keadaan bayi yang akan dilahirkan dan menurunkan ciri-ciri kebakaan. Fitrah kejadian manusia yang dipengaruhi oleh faktor baka mempengaruhi perbezaan antara individu dalam aspek kognitif, fizikal dan emosi.
  • 10. 10 Pengaruh baka dalam sifat semula jadi manusia dapat dilihat dalam aspek kehidupan. Sebagai contoh, sifat-sifat manusia atau keupayaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti harian dipengaruhi oleh baka. Selain itu, faktor keturunan turut dilihat membawa kepada sifat semula jadi manusia. Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi. Antara aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran ialah latar belakang keluarga, rakan sebaya, kebudayaan masyarakat, sumber maklumat dan institusi sekolah. Persekitaran setiap individu adalah berbeza- beza mengikut pengalamannya. Ia banyak bergantung kepada perbezaan latar belakang keluarga, keagamaan dan lain-lain. Latar belakang keluarga merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu. Justeru itu, ibu bapa berperanan mendidik dan mengasuh anak- anak untuk membantu tumbesaran yang sempurna. Aspek pemakanan, suasana rumah, kasih sayang dan perhatian juga perlu dititiberatkan dalam keluarga. Selain itu, rakan sebaya turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi setiap individu. Rakan sebaya yang baik akan membantu pembentukkan peribadi anak-anak dengan baik. Manakala, jika akhlak rakan sebaya tidak baik, ini akan menjejaskan perkembangan anak-anak. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat menjadi penyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Masyarakat yang sihat menjadi lebih bertanggungjawab, memiliki nilai moral yang tinggi dan norma hidup yang baik dan mantap. Oleh yang demikian, fitrah manusia daripada perspektif biologi berdasarkan kepada aspek-aspek seperti baka dan persekitaran menyumbang kepada pembentukan individu.
  • 11. 11 TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL. Arnold Gesell merupakan ahli psikologi yang mementingkan baka.Beliaumempercayai bahawa faktor baka merupakan penggerak utama terhadapperkembangan individu.Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang manamempercayai bahawa perkembangan berlaku secara dalaman.Ini bermakna, ciri-ciri yang tertentu akan muncul bila tiba peringkatkematangan yang bersesuaian. Sekiranya otot, saraf, otak dan tulang tidak bersediaatau tidak matang, peluang-peluang yang diberikan kepada kanak-kanak untukbelajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif.Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu.Kadar perkembangan berbezabagi setiap individu.Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluangberkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya keranatelah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. Beliau juga berkatabakasebagai faktor utama, mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu, kalaubaik bakanya, baiklah individu yang akan terhasil. Di samping itu, kelancaran prosesperkembangan seseorang individu adalah dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya.
  • 12. 12 Lima Peringkat Perkembangan Gesell : rajah 2 Peringkat Satu: dari 0 - 1 Tahun (rajah 2) Pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orangdewasa yang menjaganya, samada meminta perhatian belaian atau makanan. Padausia 4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk mengikut objekyang bergerak di hadapannya. Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam,merangkak, duduk. Pada umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari. rajah 3
  • 13. 13 Peringkat 2 : dari 1 tahun - 2 tahun (rajah 3) Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebihstabil dan mula boleh berlari.Kanak-kanak juga tahu perkataan “jangan” danmemahami makna perkataan itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukansesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar perkataan “jangan”.Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat. rajah 4 Peringkat 3 : dari 2 tahun - 3 tahun (rajah 4) Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa.Mereka jugasudah mampu menggunakan ayat mudah.
  • 14. 14 rajah 5 Peringkat 4 :dari umur 3 tahun - 4 tahun ( rajah 5) Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga.Kanak-kanak juga sudah bolehmendengar arahan dan mematuhi arahan ibu bapa. rajah 6 Peringkat 5 :dari usia 4 tahun ke atas. (rajah 6) Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan. Mereka juga akan suka bertanyatentang perkara-perkara atau benda-benda yang mereka tempuhi atau lihat disekeliling mereka. Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk dihantar keprasekolah.
  • 16. 16
  • 17. 17
  • 18. 18
  • 19. 19
  • 20. 20
  • 22. 22 4.0 LAPORAN ANALISIS DATA SOAL SELIDIK * Sila rujuk Kerja Kursus Pendek Mohd Hafiz bin Abd Latif. Nama ahli kumpulan : 1. Ahmad Amzar bin Mat Said 2. Muhammad Hakimullah bin Mohd Lokman 3. Mohd Hafiz bin Abd Latif
  • 23. 23 5.0 RUMUSAN Selepas banyak mengkaji dan memahami pelabagi teori serta pandangan ahli- ahli psikologi terkenal, saya dapat merumuskan bahawa perkembangan individu adalah bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan melalui peredaran masa menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum lahir(prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Tambahan pula, pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka. Akhir sekali, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam kita mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara kita. Jika dari kecil lagi anak-anak sudah terbiar, sama-sama kita fikir dan renungkan apakah nasib yang akan menimpa mereka kelak.
  • 24. 24 REFLEKSI : AHMAD AMZAR BIN MAT SAID Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya kerana masih lagi diberi peluang untuk menulis refleksi tugas Perkembangan Kanak-Kanak ini.Terima kasih buat pensyarah pembimbing, Puan Patimah binti Abd Kadir kerana banyak memberi dorongan dalam melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini mengandungi tiga bahagian dan bahagian yang ketiga kami diminta untuk membuat secara berkumpulan.Saya memilih Hafiz dan Hakimullah sebagai ahli kumpulan saya.Dalam bahagian pertama, kami diminta untuk membuat satu laporan berserta ilustrasi mengenai fitrah kejadian manusia menurut Islam dan biologi dari peringkat lahir hingga 6 tahun.Bahagian kedua pula kami diminta untuk menerangkan prinsip-prinsip asas dan factor-faktor perkembangan kanak-kanak melalui pengurusan grafik. Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru.Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, fizikal, emosi dan sebagainya secara lebih terperinci.Kita sebagai manusia tidak boleh mengharapkan pensyarah 100% jika ingin Berjaya, tetapi memerlukan lebih banyak usaha kita sendiri.Bak kata pepatah „di mana ada kemahuan di situ ada jalan‟.Melalui bahagian yang melibatkan pengurusan grafik, saya dapat mengasah bakat saya melalui lukisan.Seorang guru perlu untuk mengetahui semua grafik kerana mungkin di sekolah nanti kita diberi tugas untuk membuat carta atau sebagainya. Saya juga mula merasai kepentingan PKK ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru.Satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin tidak pernah saya terfikir sebelum ini. Melalui kerja kursus PKK ini juga, sedikit
  • 25. 25 sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan- rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Pada masa yang sama bahagian ketiga tugasan ini melibatkan murid-murid sekolah. Secara tidak langsung ia juga melatih diri saya untuk berhadapan dengan murid-murid suatu hari nanti. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
  • 26. 26 Akhir kata, terima kasih sekali lagi buat pensyarah pembimbing, rakan-rakan seperjuangan dan tidak lupa kepada ibu bapa saya kerana tanpa dorongan dan kata- kata semangat daripada mereka, saya mungkin tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekian, terima kasih BIBLIOGRAFI: 1. Buku
  • 27. 27 Mok Soon Sang. (2010). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: penerbitan multimedia sdn. Bhd. Abdul Aziz Abdul Syukor. (2007) Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamarulzaman Kamaruddin. (2009). Psikologi Perkembangan. Perak Darul Ridzuan Penerbitan Universiti Pendidikan Sulatan Idris. 2. Majalah Pa & Ma.(2011). Memahami Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Karangkraf Sdn. Bhd. 3. Akhbar Fatin Hafizah Mohd Shahar. (2010, 24 Ogos) Bermain Galak Perkembangan Kanak- Kanak. Berita Harian. 4. Internet Natilia.(2012). Fitrah Manusia Dari Perspektif Biologi. Dicapai pada 10 april 2013, daripada :
  • 28. 28 http://ajourneyofateacher-to-be.blogspot.com/2012/01/faktor-yang- mempengaruhi-proses.html Rosli Hanip. (2012) Rahsia kejadian Manusia Menurut Al-quran. Dicapai pada 11 April 2013 daripada: http://pakarhowto.com/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-al-quran.html
  • 29. 29 LAMPIRAN BORANG KOLABORASI NAMA PELAJAR :AHMAD AMZAR BIN MAT SAID NO K/P : 930302-11-5163
  • 30. 30 KUMPULAN : PISMP 1.01/2013 SEMESTER : 1 MATA PELAJARAN : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK KOD MATA PELAJARAN : EDU3102 PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN SITI PATIMAH AB. KADIR TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN TANDATANGAN 12Mac 2013 Taklimat tugasan KKP PKK dan menerima soalan tugasan. - Bertempat di Dewan Syarahan Abdul Jalil (Puan Siti Patimah Ab. Kadir) 13 Mac 2013 Menerima penerangan daripada pensyarah pembimbing iaitu Puan Siti Patimah Ab. Kadir - Tugasan perlu dihantar pada 9 April 2013 ( Puan Siti Patimah Ab. Kadir) 14Mac 2013 Memahami kehendak soalan. - Berbincang dengan rakan sekelas. (Aliya Hanim) (hakimullah)
  • 31. 31 15 Mac 2013 Berbincang dan pembahagian tugasan aktiviti pemerhatian. -Tugasan pemerhatian - Berbincang bersama rakan sekumpulan (amzar) (hakimullah) (hafiz) 18 Mac 2013 Mencari maklumat daripada pusat sumber - mendapatkan bantuan daripada pustakawan - Nota ringkas - Catatan bibliografi (Amzar) 18Mac 2013 Mencari maklumat daripada internet - Nota ringkas - Catatan bibliografi (Amzar) 19 Mac 2013 Menyediakan draf tugasan individu - Menyusun maklumat - Menganalisis maklumat berdasarkan kehendak tugasan - Menghubungkait maklumat yang relevan - Membuat huraian terperinci (Amzar)
  • 32. 32 20 Mac 2013 Bertanyakan pandangan dengan pensyarah pembimbing mengenai draf tugasan - Komen dan penambahbaikan daripada pensyarah pembimbing - Memperincikan huraian (Puan Siti Patimah Binti Ab. Kadir ) 21 Mac 2013 Membaiki draf tugasan - Membetulkan semua tugasan yang bermasalah (amzar) 22 Mac 2013 Proses menyiapkan tugasan individu. - Menaip draf (Amzar) 3 April 2013 Melaksanakan aktiviti pemerhatian - Tugasan berkumpulan - Menggunakan borang soal selidik yang disediakan - Membuat rakaman video dan menangkap gambar. (Amzar) (hafiz) (hakimullah)
  • 33. 33 5 April 2013 Melakukan perbincangan dengan rakan sekumpulan untuk membuat dan membaiki draf - Membetulkan semua tugasan yang bermasalah (Amzar) (hafiz) (hakimullah) 8 April 2013 Proses menyiapkan tugasan - Menaip draf (Amzar) (hafiz) (hakimullah) 9April 2013 Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing - Diterima dan direkodkan (Puan Siti Patimah Ab.Kadir)