MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
Memindah maklumat 06
1. Gambar menunjukkan suasana perlawanan bola sepak. Tulis lima ayat
yang lengkap tentang gambar tersebut
bersorak-sorai
berlari
mengadili perlawanan
mengelecek
menjaga gawang
2. Para penonton bersorak-sorai untuk memberi sokongan semasa menyaksikan permainan
bola sepak antara pasukan Tuan Hebat dan Jebat Wira.
Ahmad berlari ke hadapan sebagai persediaan untuk melakukan serangan ke arah pintu
gol pihak lawan.
Abu telah ditugaskan sebagai pengadil pertandingan untuk mengadili perlawanan bola
sepak itu dengan adil.
Ali beraksi dengan lincah ketika mengelecek bola melepasi pemain lawan untuk
menjaringkan gol.
Sabran menjaga gawang pasukannya bagi memastikan tiada bola yang dapat membolosi
pintu gol pasukannya.