SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 13
1.0 PENGENALAN 
Pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting untuk manusia mencapai 
kesejahteraan dan kesempurnaan dalam hidup. Ia menjadi asas dalam membina ilmu 
pengetahuan untuk membentuk diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari 
sudut fizikal dan spiritual. 
Pendidikan boleh didefinasikan sebagai satu usaha sistematik yang dibuat oleh 
sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran 
kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku 
dalam diri manusia. 
Dr . Yus uf Al -Qardawi (1980) mendefinisikan pendidikan sebagai 
pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak, 
dan tingkahlaku. 
Dari perspektif islam pula pendidikan mempunyai erti yang sangat mendalam dan 
menyeluruh dimana ia merangkumi proses melatih akliah, jasmaniah dan rohaniah 
yang berasaskan ajaran al-Quran dan hadis sebagai pegangan utama 
kehidupan 
Pendidikan Islam secara umumnya mempunyai dua maksud. Pertama, Pendidikan 
Islam merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang 
seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah 
atau Sirah, Falak dan lain-lain. Kedua, Pendidikan Islam meliputi segala 
bidang hidup manusia seperti rohani, jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, 
ekonomi, sains, perundangan dan sebagainya. Pendek kata dalam apa jua bidang yang 
dipelajari ada pendidikan islamnya. 
Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya pendidikan apatah lagi pada peringkat 
prasekolah kerana pada peringkat ini kanak-kanak mudah untuk dibentuk. Pendidikan 
prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran 
kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu 
tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Sesi pengajaran yang 
menarik lebih mudah memikat hati kanak-kanak dan akan meninggalkan kesan dalam 
kehidupan sehariannya. Oleh itu corak pengajaran yang berkesan amat penting dalam 
setiap sesi pengajaran supaya dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran yang terakhir.
Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkahlaku 
mur id aki ba t da r ipa da pene r ima an pen ge t ahu an a t au kep e r c a ya an 
ba ru. I a me r ang kumi perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan 
intelek. 
2.0 METODOLOGI PENDIDIKAN RASULULLAH S.A.W 
Tidak dinafikan bahawa ledakan teknologi maklumat dan 
perkembangan pendidikan di abad ini dapat menghasilkan kaedah pendidikan 
yang terbaik. Walaubagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang 
diamalkan oleh Rasulullah S.A.W perlu di j adi kan a s a s dan ruj uka n. 
Rasulullah sebagai utusan Allah untuk menjelaskan kepada umatnya mengenai risalah 
Islamiah yang dibawa. Baginda berperanan sebagai guru dan pendidik. 
Sesungguhnya, Rasulullah S.A.W adalah contoh terunggul dalam semua aspek 
kehidupan. Sebagai pendidik Baginda berjaya membentuk sahabat hingga menjadi 
mujahid yang beriman dan bersedia berkorban apa saja pada jalan Allah S.W.T. 
Mereka akhirnya menjadi aset terpenting untuk agama Islam serta sanggup 
mengorbankan jiwa, tenaga, harta benda dan kekayaan demi untuk agama suci ini. 
Ini adalah hasil pendidikan imaniyah (terpimpin) yang dilakukan Rasulullah. Baginda 
mendidik bukan hanya dengan teori, malah lebih banyak disampaikan melalui amali yang 
bersumberkan diri Rasulullah sendiri. 
Banyak teknik yang digunakan oleh Rasulullah yang boleh digunapakai untuk 
mengajar pendidikan islam di prasekolah namun hanya 5 teknik sahaja yang akan 
diterangkan disini iaitu teknik dialog dan bersoaljawab, mengajar secara beransur-ansur, 
pengulangan bicara sebanyak 3 kali sebagai penegasan terhadap isi kandungan bicara 
baginda, menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda dan juga kaedah bercerita 
dimana rasulullah menyebutkan kisah dan berita umat terdahulu. 
2.1 Dialog dan Bersoal Jawab 
Salah satu teknik yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W adalah dialog dan 
bersoal jawab. Dengan berdialog rasulullah dapat menarik perhatian pendengar dan
mengajak mereka agar menjawab setiap persoalan yang diberikan serta menggalakkan 
mereka agar memberikan idea yang bernas dalam menjawab setiap persoalan. 
Sekiranya para sahabat tidak dapat menjawab persoalan yang diberikan maka rasulullah 
akan memberikan jawapan yang mudah untuk difahami dan berkesan kepada jiwa para 
pendengar. Antara contoh sesi soal jawab yang dilakukan oleh rasulullah adalah : 
Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Huraurah beliau berkata : 
Rasulullah pernah bersabda: 
“ Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang anak sungai di pintu rumah salah 
seorang daripada kamu, ia mandi di dalamnya sebanyak 5 kali pada setiap hari, apakah 
akan ada lagi daki yang tinggal? Mereka menjawab : Tidak akan ada kekotoran sedikit 
pun. Sabda Nabi : Demikianlah perumpamaan solat 5 waktu. Allah S.W.T akan 
menghapuskan segala dosa dengannya.” 
2.2 Mengajar Secara Beransur-ansur. 
Teknik mengajar secara beransur-ansur digunakan oleh Rasulullah S.A.W agar 
mudah difahami dan di ingati oleh murid-muridnya. Baginda cukup menitik beratkan 
konsep beransur-beransur di dalam sesi pengajaran dan sentiasa mendahulukan perkara 
yang lebih penting dan mengajar sedikit demi sedikit dan secara beransur-ansur. 
Mengajar dengan banyak sekali gus boleh menimbulkan perasaan jemu dan apa 
yang cuba disampaikan tidak dapat dikuasai dengan baik. Selain itu murid-murid 
mungkin keliru dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Pembelajaran 
harus dimulakan dengan ilmu yang asas dahulu. Contohnya semasa hendak mengajar 
Al-Quran, guru harus mengajar murid-muridnya tentang ilmu tajwid dahulu kemudian 
baru diajarkan membaca dan kemudian dilagukan. 
2.3 Pengulangan Bicarakata Sebanyak 3 Kali 
Untuk teknik ini, dalam sesi pengajarannya Rasulullah S.A.W mengulangi kata-katanya 
bertujuan untuk menguatkan dan menegaskan isi kandungan ucapan tersebut. 
Baginda mengingatkan para pendengar kepentingan isi kandungan yang diajarkan 
supaya mereka dapat memahami dan mengingati apa yang disampaikan olehnya. 
Terdapat dua buah hadis dari Imam Bukhari yang berkaitan dengan kaedah ini :
Hadis yang pertama yang bermaksud: 
“ Daripada Sayyidina Anas bin Malik, daripada Nabi sesungguhnya apabila baginda 
berbicara ia akan mengulanginya sebanyak 3 kali agar ia dapat difahami.” 
Hadis yang kedua yang bermaksud: 
“ Daripada Abdullah bin A`mru katanya : Rasulullah pernah terlewat dalam suatu 
perjalanan yang kami ikuti, kemudian kami mendapati bahawa solat asar telah masuk 
dan kami telah kelewatan menunaikannya. Tatkala kami sedang menyapu kaki sewaktu 
berwudhu’( dengan tergesa-tergesa ), Baginda bersabda dengan nada yang tinggi: 
Neraka wail lah balasan buat mereka yang tidak menyempurnakan basuhan tumit 
kakinya dengan air secara sempurna. Baginda mengulangi amaran itu sebanyak 2 atau 3 
kali. 
Hadis-hadis diatas menunjukkan bahawa dalam sesi pengajaran digalakkan untuk 
menekankan dan menegaskan isi-isi kandungan yang penting dengan mengulanginya 
beberapa kali supaya mudah difahami dan di ingati oleh murid. 
2.4 Pendekatan Seloka Dan Gurau Senda 
Teknik seloka dan gurau senda juga merupakan salah satu teknik yang digunakan 
oleh rasulullah untuk menyampaikan mesej yang berguna. Walaubagaimanapun 
gurauan nabi tidak bersifat melalaikan, ia mempunyai mesej disebaliknya. Gurauan 
nabi juga tidak sampai melampaui batas dan sentiasa bersifat sederhana. Banyak ilmu 
yang dapat baginda salurkan ketika bergurau senda. 
Ibnu umar r.a mengatakan, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: 
“ Aku pun bergurau senda, tetapi tidak akan mengucapkan melainkan yang hak.” 
Baginda tidak berseloroh dan bergurau melainkan dalam perkara yang benar sahaja. 
2.5 Bercerita 
Rasulullah S.A.W juga kerap mengajar para sahabat menggunakan teknik 
bercerita mengenai kisah-kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada umat-umat 
yang terdahulu. Melalui cerita-cerita tersebut mengandungi banyak ilmu, contoh 
tauladan dan peringatan yang dapat dijadikan pengajaran. Bercerita dapat memberi
impak yang baik kepada pendengar di samping pandangan yang bernas yang 
melahirkan motivasi perasaan dan memberikan kesan ke dalam hati dan pendengaran. 
Salah satu cerita yang disampaikan oleh baginda melalui sebuah hadis yang 
menggalakkan menyayangi binatang dan berbuat baik kepadanya dan ancaman baginda 
daripada menyakiti haiwan dan menganiayanya. 
3.0 LANGKAH-LANGKAH IMPLEMENTASI METODOLOGI PENDIDIKAN 
RASULULLAH S.A.W DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH. 
Teknik-teknik yang diterangkan diatas merupakan teknik-teknik yang digunakan 
oleh Rasulullah S.A.W untuk mendidik umat-umatnya. Teknik-teknik tersebut boleh 
digunapakai untuk mengajar di prasekolah. Setiap teknik-teknik diatas mempunyai 
kekuatan tersendiri dan berkesan sekiranya guru bijak memilih aktiviti dengan teknik 
yang bersesuaian agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Teknik yang 
bersesuaian juga dapat menjadikan suasana kelas yang membosankan menjadi ceria. 
Tidak mustahil sekiranya teknik yang menarik yang digunakan dapat memikat hati dan 
membuatkan kanak-kanak tidak merasa jemu untuk kesekolah. Selaian itu mesej yang 
ingin disampaikan akan lebih mudah lekat di hati kanak-kanak. 
3.1 Teknik Dialog Dan Bersoal Jawab 
Teknik dialog dan bersoal jawab yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W 
boleh digunakan sewaktu sesi pengajar untuk subjek pendidikan islam di 
prasekolah bagi memastikan kanak-kanak memahami apa yang guru sampaikan. 
Sekiranya semasa mengajar hanya guru sahaja yang bercakap, sudah tentu ia akan 
membosankan kanak-kanak. Kanak-kanak akan mudah hilang tumpuan dan akan 
melakukan kerja-kerja lain seperti bermain dan mengacau rakan-rakan mereka. 
Jadi dengan adanya sesi soal jawab ini kanak-kanak akan lebih memberi tumpuan 
kerna mereka tahu yang guru akan menyoal mereka tentang apa yang telah 
diajarkan. Guru juga dapat mengenalpasti samada murid-murid faham atau tidak 
apa yang guru sampaikan. Sekiranya mereka tidak faham atau kurang jelas, guru
dapat menerangkan dengan contoh-contoh yang lebih mudah untuk difahami. 
Teknik ini juga dapat menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif 
dan dapat meluahkan idea-idea yang bernas. Selain itu teknik ini juga dapat 
memperkembangkan lagi kemahiran komunikasi kanak-kanak. Contoh kaedah 
soal jawab: 
Guru mengajar tentang cara bersuci daripada hadas. Sebelum guru 
menyatakan cara bersuci guru akan menerangkan sebab kenapa kita perlu bersuci. 
Disini guru menyoal kanak-kanak dengan beberapa soalan seperti : 
 Kenapa kita perlu bersuci? 
 Sekiranya kita tidak menjaga kebersihan dengan baik apa yang akan 
berlaku? 
 Bagaimana cara menjaga kebersihan? 
Terdapat banyak lagi soalan yang menggalakkan kanak-kanak untuk 
berfikir. Guru perlu bijak memilih soalan yang sesuai dengan tahap 
perkembangan kanak-kanak supaya ia dapat membantu perkembangan kanak-kank. 
3.2 Mengajar secara beransur-ansur 
Bagi kanak-kanak pada peringkat prasekolah, guru tidak boleh mengajar 
banyak perkara dalam satu masa kerana ia mungkin akan menyebabkan kanak-kanak 
itu keliru dan tidak memahami apa sebenarnya yang diajarkan oleh guru. 
Oleh itu teknik mengajar secara beransur-ansur ini amat sesuai untuk digunakan 
dalam sesi pengajaran di prasekolah terutamanya dalam subjek pendidikan islam. 
Contohnya guru hendak mengajar tentang solat dan berwuduk. Guru tidak boleh 
mengajar kedua-dua perkara tersebut dalam satu masa. Guru perlu mengajar 
kanak-kanak tentang cara berwuduk dahulu sehingga mereka faham dan boleh 
mengambil wuduk dengan cara yang betul. Kemudian pada sesi pengajaran akan 
datang barulah boleh diajarkan pula tentang cara bersolat.
Sesuatu perkara yang diajar adakalanya tidak mengambil masa yang 
terlalu lama untuk kanak-kanak memahami apa yang cuba disampaikan tetapi 
adakalanya ia mengambil masa yang agak panjang. Setiap kanak-kanak 
mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Ini merupakan salah satu sebab 
mengapa guru tidak boleh mengajar banyak perkara dalam satu masa bagi 
mengelakkan ada kanak-kanak yang keciciran dan keliru tentang apa yang sedang 
mereka pelajari. 
3.3 Pengulangan bicara sebanyak 3 kali sebagai penegasan terhadap isi 
kandungan bicara baginda. 
Sebagai guru prasekoalah agak sukar untuk kita memastikan apa yang kita 
cuba sampaikan dapat diterima atau di ingati oleh kanak-kanak. Oleh sebab itu 
teknik pengulangan sebanya 3 kali ini boleh dipraktikkan dalam sesi pengajaran. 
Namun tidak semua perkara yang perlu diulangi beberapa kali cukup hanya sekali 
sekiranya murid-murid sudah boleh menguasai apa yang guru ajarkan. 
Teknik ini lebih sesuai digunakan ketika guru hendak mengajar murid 
tentang doa-doa harian kerana mereka akan mudah mengingati apabila doa itu 
diulang sebanyak 3 kali atau mengikut kesesuaian. Contohnya guru ingin 
mengajar murid-murid doa ketika masuk tandas. Guru akan membaca dahulu doa 
masuk tandas, murid akan mendengar. Kemudian guru membaca doa masuk 
tandas dan meminta murid membaca bersama-sama dengan guru dan akhir sekali 
guru baca doa masuk tandas dahulu kemudian murid pula membaca doa tersebut. 
3.4 Menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda 
Guru yang baik adalah guru yang bijak menarik minat pelajarnya untuk 
belajar. Guru yang tidak suka merendah-rendahkan kebolehan pelajarnya 
terutamanya kanak-kanak diperingkat prasekolah. Ini adalah kerana kanak-kanak 
pada peringkat ini mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi sekiranya guru 
tidak bijak memikat hati mereka dan sering merendah-rendahkan atau tidak
memberi peluang kepada mereka ini akan melemahkan semangat mereka dan 
mungkin akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar. Dengan 
menggunakan pendekatan seloka dan bergurau senda atau lebih dikenali sebagai 
unsur kecindan murid-murid akan merasa lebih dekat dan lebih dihargai guru. 
Antara sahsiah guru yang paling disukai murid adalah guru yang 
mempunyai sifat jenaka, mudah tersenyum, baik, mudah tersenyum dan sukakan 
lawak yang baik. Guru perlubijak menghidupkan suasana dalam kelas supaya sesi 
pengajaran tidak menjadi terlalu hambar dan membosankan. Guru yang 
mempunyai unsur kecindan bijak menarik perhatian kanak-kanak dengan lawak 
jenaka yang disampaikan. Antara beberapa unsur kecindan yang guru boleh 
gunakan adalah seperti cerita-cerita lucu, jenaka, teka-teki dan meniru suara 
kartun-kartun yang popular atau melakukan aksi lucu secara spontan sebagai 
gambaran sesuatu peristiwa atau watak dalam sesuatu bahan yang dikaji. Terdapat 
juga pelbagai pantun kanak-kanak dan seloka yang mengandungi unsur lawak 
namun kaya dengan nasihat serta pengajaran yang ingin disampaikan. Antara 
contoh pantun nasihat yang boleh digunakan untuk subjek pendidikan islam 
adalah 
Siakap senohong gelama ikan duri, 
Bercakap bohong lama-lama mencuri. 
Pantun ini bukan sahaja terkenal dikalangan kanak-kanak namun ia 
mengandungi unsur nasihat yang ingin disampaikan pada kanak-kanak. Guru 
yang baik perlu menyelitkan unsur kecindan dalam sesi pengajarannya. Guru akan 
bergurau senda dengan pelajarnya dan boleh ketawa bersama pelajarnya. Ini akan 
menyebabkan pelajarnya tidak merasa bosan sekaligus dapat memotivasikan 
pelajarnya walaupun secara tidak langsung. 
3.5 Menyebutkan kisah dan berita umat terdahulu 
Teknik ini juga dikenali sebagai teknik bercerita. Teknik ini mengandungi 
banyak unsur-unsur yang bersifat pengajaran. Teknik ini amat sesuai dan 
berkesan sekiranya guru bijak menggayakan dan mempelbagaikan teknik
penyampaian semasa menyampaikan cerita. Seperti yang digunakan oleh 
Rasulullah untuk memberi pengajaran kepada para sahabat dengan 
menyampaikan cerita atau peristiwa dari umat-umat terdahulu. Begitu juga 
pendekatan yang perlu digunakan untuk mengajar kanak-kanak. Guru boleh 
bercerita tentang kisah 25 Rasul dan pelbagai kisah tauladan lain yang banyak 
mengandungi nasihat, pengajaran dan contoh tauladan. 
Walaubagaimanapun guru harus bijak menyampaikan cerita supaya ia 
tidak membosankan kanak-kanak, seperti yang kita sedia maklum bahawa kanak-kanak 
tidak boleh duduk lama untuk mendengar cerita dan mereka cepat hilang 
tumpuan dan akan mengganggu kawan-kawan. Terdapat perbagai cara yang boleh 
menjadikan sesi bercerita lebih menarik antaranya ialah : 
 Permudahkan plot cerita agar mudah difahami kanak-kanak. 
 Sediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian seperti patung tangan, 
kostum, gambar-gambar dan sebagainya. 
 Bijak bermain dengan intonasi suara 
Sekiranya cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan terdapat 
sedikit kejutan pasti dapat menarik tumpuan kanak-kanak dan membuat mereka 
tidak sabar untuk mengetahui apa yang terjadi di penghujung cerita. Jadi mereka 
akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap cerita yang disampaikan. Guru perlu 
memastikan cerita yang ingin disampaikan tidak terlalu panjang dan sukar 
difahami oleh kanak-kanak. 
Kanak-kanak lebih mudah terikut dengan cerita-cerita yang mereka dengar 
atau lihat. Oleh itu sekiranya teknik penyampaian yang digunakan berkesan tidak 
menjadi satu perkara yang mustahil sekiranya mesej-mesej yang cuba 
disampaikan melalui cerita tersebut akan menjadi ikutan dan amalan kanak-kanak 
tersebut. Selepas sesi bercerita guru boleh meminta mereka memberitahu nilai-nilai 
yang baik yang terdapat dalam cerita yang disampaikan.
4.0 KESIMPULAN 
Secara kesimpulannya disini kita dapat lihat betapa berkesannya teknik yang 
digunakan oleh Rasulullah S.A.W sehinggakan para sahabat dan umat-umat pada waktu 
itu sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan agama Islam. Baginda bijak 
menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian dalam setiap sesi pengajarannya. Sabagai 
guru kita harus menjadikan Rasulullah sebagai panduan. Menggunakan teknik-teknik 
yang digunakan oleh baginda dan diaplikasaikan dalam sesi pembelajaran di sekolah. 
Kanak-kanak diperingkat prasekolah mempunyai keinginan yang kuat untuk 
belajar. Oleh itu amat penting bagi guru untuk memastikan keinginan mereka untuk 
belajar tidak terganggu hanya kerana guru tidak kreatif dan tidak tahu bagaimana ingin 
menjadikan sesi pengajaran itu menjadi satu sesi yang menyeronokkan sedangkan 
terdapat banyak teknik-teknik yang boleh digunakan termasuklah teknik-teknik yang 
telah digunakan oleh Rasulullah S.A.W. 
Teknik yang berkesan akan memudahkan murid untuk memahami apa yang guru 
sampaikan. Guru bertanggungjawab memastikan pelajarnya dapat menerima ilmu yang 
diajarkan dengan berkesan supaya mesej-mesej yang disampaikan memberi kesan yang 
amat mendalam di lubuk hati pelajarnya. Ini adalah kerana pendidikan yang berkesan 
akan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritualnya.
5.0 RUJUKAN 
1. http://asoib001.tripod.com/sistempendidikanrasulullah.h tm 
2. http://www.scribd.com/doc/47535205/PENDIDIKAN-ISLAM-ZAMAN-RASULULLAH- 
DAN-SAHABAT 
3. http://kawansejati.ee.itb.ac.id/pendidikan-rasulullah/id-03-TEKNIK-PENDIDIKAN- 
RASULULLAH-SAW.html 
4. 7. As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi, 2002. Rasulullah 
Pendidik Terulung : 40 Teknik Rasulullah Mengajar. Negeri Sembilan : Al 
Azhar Media 
5. 8. Razali Saaran, 2010. Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Kuala Lumpur 
: Must Read Sdn Bhd. 
6. 9. Ghazali Darusalam, 2004. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : 
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd 
7. 12. Choong Lean Keow. 2009. Falsafah Dan Pendididkan Di Malaysia : 
Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Subang 
Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Nama : Humairah Bte Salim 
No Matrik : DPAKA0902013 
Tajuk : METODOLOGI PENDIDIKAN 
RASULULLAH S.A.W DAN 
PENGIMPLEMENTASIANNYA DALAM 
PENDIDIKAN PRASEKOLAH MASA 
KINI
Pensyarah : Haji Fazdi Bin Harun

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan maliknormizan
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdekamzaidin
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia kebahagiaanaisyah
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)naassyura
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arabhibatullah92
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahChe' Wan Azhar Shariffudin
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 

Mais procurados (20)

Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 

Semelhante a 60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)

Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamUstajah ILa AzieLa
 
Kajian Pendidikan Rasulullah SAW
Kajian Pendidikan Rasulullah SAWKajian Pendidikan Rasulullah SAW
Kajian Pendidikan Rasulullah SAWDayang Bungah
 
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptxMetode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptxM. Said Aqil Hasan
 
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptxMetode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptxsantrikampung5
 
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan IslamTugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan IslamMUHAMMADHAFIZUDDINBI8
 
Terminologi pendidikan dalam islam
Terminologi pendidikan dalam islamTerminologi pendidikan dalam islam
Terminologi pendidikan dalam islamMuktarIsnanHasibuan
 
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docxTerminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docxWildatlZuhra
 
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3FENY DYAH
 
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR) A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR) NURAIDAHAIFABINTIABD
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptxLMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptxZulaikhazulkipli1
 
Sumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan IslamSumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan IslamAmeilya P P
 
sistem pendidikan islam
sistem pendidikan islamsistem pendidikan islam
sistem pendidikan islamRasyidiAli
 
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdfFILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdfNurTasya9
 
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptxPPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptxBhocahNajma
 
Resume Hakikat Metode Pendidikan dalam islam
Resume Hakikat Metode Pendidikan dalam islamResume Hakikat Metode Pendidikan dalam islam
Resume Hakikat Metode Pendidikan dalam islamRizkyAdeaulia
 

Semelhante a 60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2) (20)

Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islam
 
Kajian Pendidikan Rasulullah SAW
Kajian Pendidikan Rasulullah SAWKajian Pendidikan Rasulullah SAW
Kajian Pendidikan Rasulullah SAW
 
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptxMetode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam (2).pptx
 
Metode dalam pendidikan
Metode dalam pendidikanMetode dalam pendidikan
Metode dalam pendidikan
 
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptxMetode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
Metode dan Fungsi Pendidikan Islam.pptx
 
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan IslamTugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
Tugasan Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam
 
Copy of ipi makalah
Copy of ipi makalahCopy of ipi makalah
Copy of ipi makalah
 
Ipi makalah
Ipi makalahIpi makalah
Ipi makalah
 
METODE KETELADANAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
METODE KETELADANAN DALAM PENDIDIKAN ISLAMMETODE KETELADANAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
METODE KETELADANAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
 
Terminologi pendidikan dalam islam
Terminologi pendidikan dalam islamTerminologi pendidikan dalam islam
Terminologi pendidikan dalam islam
 
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docxTerminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
 
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
 
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR) A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
A170130 NUR AIDA HAIFA BINTI ABDUL HALIM (PROJEK AKHIR)
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptxLMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptx
 
Sumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan IslamSumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan Islam
 
sistem pendidikan islam
sistem pendidikan islamsistem pendidikan islam
sistem pendidikan islam
 
Tugas Makalah TIK - Sri Wahyuni 2A
Tugas Makalah TIK - Sri Wahyuni 2ATugas Makalah TIK - Sri Wahyuni 2A
Tugas Makalah TIK - Sri Wahyuni 2A
 
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdfFILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
 
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptxPPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
 
Resume Hakikat Metode Pendidikan dalam islam
Resume Hakikat Metode Pendidikan dalam islamResume Hakikat Metode Pendidikan dalam islam
Resume Hakikat Metode Pendidikan dalam islam
 

60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)

  • 1. 1.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting untuk manusia mencapai kesejahteraan dan kesempurnaan dalam hidup. Ia menjadi asas dalam membina ilmu pengetahuan untuk membentuk diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari sudut fizikal dan spiritual. Pendidikan boleh didefinasikan sebagai satu usaha sistematik yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Dr . Yus uf Al -Qardawi (1980) mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Dari perspektif islam pula pendidikan mempunyai erti yang sangat mendalam dan menyeluruh dimana ia merangkumi proses melatih akliah, jasmaniah dan rohaniah yang berasaskan ajaran al-Quran dan hadis sebagai pegangan utama kehidupan Pendidikan Islam secara umumnya mempunyai dua maksud. Pertama, Pendidikan Islam merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah atau Sirah, Falak dan lain-lain. Kedua, Pendidikan Islam meliputi segala bidang hidup manusia seperti rohani, jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, perundangan dan sebagainya. Pendek kata dalam apa jua bidang yang dipelajari ada pendidikan islamnya. Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya pendidikan apatah lagi pada peringkat prasekolah kerana pada peringkat ini kanak-kanak mudah untuk dibentuk. Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Sesi pengajaran yang menarik lebih mudah memikat hati kanak-kanak dan akan meninggalkan kesan dalam kehidupan sehariannya. Oleh itu corak pengajaran yang berkesan amat penting dalam setiap sesi pengajaran supaya dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran yang terakhir.
  • 2. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkahlaku mur id aki ba t da r ipa da pene r ima an pen ge t ahu an a t au kep e r c a ya an ba ru. I a me r ang kumi perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 2.0 METODOLOGI PENDIDIKAN RASULULLAH S.A.W Tidak dinafikan bahawa ledakan teknologi maklumat dan perkembangan pendidikan di abad ini dapat menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walaubagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W perlu di j adi kan a s a s dan ruj uka n. Rasulullah sebagai utusan Allah untuk menjelaskan kepada umatnya mengenai risalah Islamiah yang dibawa. Baginda berperanan sebagai guru dan pendidik. Sesungguhnya, Rasulullah S.A.W adalah contoh terunggul dalam semua aspek kehidupan. Sebagai pendidik Baginda berjaya membentuk sahabat hingga menjadi mujahid yang beriman dan bersedia berkorban apa saja pada jalan Allah S.W.T. Mereka akhirnya menjadi aset terpenting untuk agama Islam serta sanggup mengorbankan jiwa, tenaga, harta benda dan kekayaan demi untuk agama suci ini. Ini adalah hasil pendidikan imaniyah (terpimpin) yang dilakukan Rasulullah. Baginda mendidik bukan hanya dengan teori, malah lebih banyak disampaikan melalui amali yang bersumberkan diri Rasulullah sendiri. Banyak teknik yang digunakan oleh Rasulullah yang boleh digunapakai untuk mengajar pendidikan islam di prasekolah namun hanya 5 teknik sahaja yang akan diterangkan disini iaitu teknik dialog dan bersoaljawab, mengajar secara beransur-ansur, pengulangan bicara sebanyak 3 kali sebagai penegasan terhadap isi kandungan bicara baginda, menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda dan juga kaedah bercerita dimana rasulullah menyebutkan kisah dan berita umat terdahulu. 2.1 Dialog dan Bersoal Jawab Salah satu teknik yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W adalah dialog dan bersoal jawab. Dengan berdialog rasulullah dapat menarik perhatian pendengar dan
  • 3. mengajak mereka agar menjawab setiap persoalan yang diberikan serta menggalakkan mereka agar memberikan idea yang bernas dalam menjawab setiap persoalan. Sekiranya para sahabat tidak dapat menjawab persoalan yang diberikan maka rasulullah akan memberikan jawapan yang mudah untuk difahami dan berkesan kepada jiwa para pendengar. Antara contoh sesi soal jawab yang dilakukan oleh rasulullah adalah : Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Huraurah beliau berkata : Rasulullah pernah bersabda: “ Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang anak sungai di pintu rumah salah seorang daripada kamu, ia mandi di dalamnya sebanyak 5 kali pada setiap hari, apakah akan ada lagi daki yang tinggal? Mereka menjawab : Tidak akan ada kekotoran sedikit pun. Sabda Nabi : Demikianlah perumpamaan solat 5 waktu. Allah S.W.T akan menghapuskan segala dosa dengannya.” 2.2 Mengajar Secara Beransur-ansur. Teknik mengajar secara beransur-ansur digunakan oleh Rasulullah S.A.W agar mudah difahami dan di ingati oleh murid-muridnya. Baginda cukup menitik beratkan konsep beransur-beransur di dalam sesi pengajaran dan sentiasa mendahulukan perkara yang lebih penting dan mengajar sedikit demi sedikit dan secara beransur-ansur. Mengajar dengan banyak sekali gus boleh menimbulkan perasaan jemu dan apa yang cuba disampaikan tidak dapat dikuasai dengan baik. Selain itu murid-murid mungkin keliru dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Pembelajaran harus dimulakan dengan ilmu yang asas dahulu. Contohnya semasa hendak mengajar Al-Quran, guru harus mengajar murid-muridnya tentang ilmu tajwid dahulu kemudian baru diajarkan membaca dan kemudian dilagukan. 2.3 Pengulangan Bicarakata Sebanyak 3 Kali Untuk teknik ini, dalam sesi pengajarannya Rasulullah S.A.W mengulangi kata-katanya bertujuan untuk menguatkan dan menegaskan isi kandungan ucapan tersebut. Baginda mengingatkan para pendengar kepentingan isi kandungan yang diajarkan supaya mereka dapat memahami dan mengingati apa yang disampaikan olehnya. Terdapat dua buah hadis dari Imam Bukhari yang berkaitan dengan kaedah ini :
  • 4. Hadis yang pertama yang bermaksud: “ Daripada Sayyidina Anas bin Malik, daripada Nabi sesungguhnya apabila baginda berbicara ia akan mengulanginya sebanyak 3 kali agar ia dapat difahami.” Hadis yang kedua yang bermaksud: “ Daripada Abdullah bin A`mru katanya : Rasulullah pernah terlewat dalam suatu perjalanan yang kami ikuti, kemudian kami mendapati bahawa solat asar telah masuk dan kami telah kelewatan menunaikannya. Tatkala kami sedang menyapu kaki sewaktu berwudhu’( dengan tergesa-tergesa ), Baginda bersabda dengan nada yang tinggi: Neraka wail lah balasan buat mereka yang tidak menyempurnakan basuhan tumit kakinya dengan air secara sempurna. Baginda mengulangi amaran itu sebanyak 2 atau 3 kali. Hadis-hadis diatas menunjukkan bahawa dalam sesi pengajaran digalakkan untuk menekankan dan menegaskan isi-isi kandungan yang penting dengan mengulanginya beberapa kali supaya mudah difahami dan di ingati oleh murid. 2.4 Pendekatan Seloka Dan Gurau Senda Teknik seloka dan gurau senda juga merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh rasulullah untuk menyampaikan mesej yang berguna. Walaubagaimanapun gurauan nabi tidak bersifat melalaikan, ia mempunyai mesej disebaliknya. Gurauan nabi juga tidak sampai melampaui batas dan sentiasa bersifat sederhana. Banyak ilmu yang dapat baginda salurkan ketika bergurau senda. Ibnu umar r.a mengatakan, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Aku pun bergurau senda, tetapi tidak akan mengucapkan melainkan yang hak.” Baginda tidak berseloroh dan bergurau melainkan dalam perkara yang benar sahaja. 2.5 Bercerita Rasulullah S.A.W juga kerap mengajar para sahabat menggunakan teknik bercerita mengenai kisah-kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada umat-umat yang terdahulu. Melalui cerita-cerita tersebut mengandungi banyak ilmu, contoh tauladan dan peringatan yang dapat dijadikan pengajaran. Bercerita dapat memberi
  • 5. impak yang baik kepada pendengar di samping pandangan yang bernas yang melahirkan motivasi perasaan dan memberikan kesan ke dalam hati dan pendengaran. Salah satu cerita yang disampaikan oleh baginda melalui sebuah hadis yang menggalakkan menyayangi binatang dan berbuat baik kepadanya dan ancaman baginda daripada menyakiti haiwan dan menganiayanya. 3.0 LANGKAH-LANGKAH IMPLEMENTASI METODOLOGI PENDIDIKAN RASULULLAH S.A.W DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH. Teknik-teknik yang diterangkan diatas merupakan teknik-teknik yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W untuk mendidik umat-umatnya. Teknik-teknik tersebut boleh digunapakai untuk mengajar di prasekolah. Setiap teknik-teknik diatas mempunyai kekuatan tersendiri dan berkesan sekiranya guru bijak memilih aktiviti dengan teknik yang bersesuaian agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Teknik yang bersesuaian juga dapat menjadikan suasana kelas yang membosankan menjadi ceria. Tidak mustahil sekiranya teknik yang menarik yang digunakan dapat memikat hati dan membuatkan kanak-kanak tidak merasa jemu untuk kesekolah. Selaian itu mesej yang ingin disampaikan akan lebih mudah lekat di hati kanak-kanak. 3.1 Teknik Dialog Dan Bersoal Jawab Teknik dialog dan bersoal jawab yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W boleh digunakan sewaktu sesi pengajar untuk subjek pendidikan islam di prasekolah bagi memastikan kanak-kanak memahami apa yang guru sampaikan. Sekiranya semasa mengajar hanya guru sahaja yang bercakap, sudah tentu ia akan membosankan kanak-kanak. Kanak-kanak akan mudah hilang tumpuan dan akan melakukan kerja-kerja lain seperti bermain dan mengacau rakan-rakan mereka. Jadi dengan adanya sesi soal jawab ini kanak-kanak akan lebih memberi tumpuan kerna mereka tahu yang guru akan menyoal mereka tentang apa yang telah diajarkan. Guru juga dapat mengenalpasti samada murid-murid faham atau tidak apa yang guru sampaikan. Sekiranya mereka tidak faham atau kurang jelas, guru
  • 6. dapat menerangkan dengan contoh-contoh yang lebih mudah untuk difahami. Teknik ini juga dapat menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan dapat meluahkan idea-idea yang bernas. Selain itu teknik ini juga dapat memperkembangkan lagi kemahiran komunikasi kanak-kanak. Contoh kaedah soal jawab: Guru mengajar tentang cara bersuci daripada hadas. Sebelum guru menyatakan cara bersuci guru akan menerangkan sebab kenapa kita perlu bersuci. Disini guru menyoal kanak-kanak dengan beberapa soalan seperti :  Kenapa kita perlu bersuci?  Sekiranya kita tidak menjaga kebersihan dengan baik apa yang akan berlaku?  Bagaimana cara menjaga kebersihan? Terdapat banyak lagi soalan yang menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir. Guru perlu bijak memilih soalan yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya ia dapat membantu perkembangan kanak-kank. 3.2 Mengajar secara beransur-ansur Bagi kanak-kanak pada peringkat prasekolah, guru tidak boleh mengajar banyak perkara dalam satu masa kerana ia mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu keliru dan tidak memahami apa sebenarnya yang diajarkan oleh guru. Oleh itu teknik mengajar secara beransur-ansur ini amat sesuai untuk digunakan dalam sesi pengajaran di prasekolah terutamanya dalam subjek pendidikan islam. Contohnya guru hendak mengajar tentang solat dan berwuduk. Guru tidak boleh mengajar kedua-dua perkara tersebut dalam satu masa. Guru perlu mengajar kanak-kanak tentang cara berwuduk dahulu sehingga mereka faham dan boleh mengambil wuduk dengan cara yang betul. Kemudian pada sesi pengajaran akan datang barulah boleh diajarkan pula tentang cara bersolat.
  • 7. Sesuatu perkara yang diajar adakalanya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk kanak-kanak memahami apa yang cuba disampaikan tetapi adakalanya ia mengambil masa yang agak panjang. Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Ini merupakan salah satu sebab mengapa guru tidak boleh mengajar banyak perkara dalam satu masa bagi mengelakkan ada kanak-kanak yang keciciran dan keliru tentang apa yang sedang mereka pelajari. 3.3 Pengulangan bicara sebanyak 3 kali sebagai penegasan terhadap isi kandungan bicara baginda. Sebagai guru prasekoalah agak sukar untuk kita memastikan apa yang kita cuba sampaikan dapat diterima atau di ingati oleh kanak-kanak. Oleh sebab itu teknik pengulangan sebanya 3 kali ini boleh dipraktikkan dalam sesi pengajaran. Namun tidak semua perkara yang perlu diulangi beberapa kali cukup hanya sekali sekiranya murid-murid sudah boleh menguasai apa yang guru ajarkan. Teknik ini lebih sesuai digunakan ketika guru hendak mengajar murid tentang doa-doa harian kerana mereka akan mudah mengingati apabila doa itu diulang sebanyak 3 kali atau mengikut kesesuaian. Contohnya guru ingin mengajar murid-murid doa ketika masuk tandas. Guru akan membaca dahulu doa masuk tandas, murid akan mendengar. Kemudian guru membaca doa masuk tandas dan meminta murid membaca bersama-sama dengan guru dan akhir sekali guru baca doa masuk tandas dahulu kemudian murid pula membaca doa tersebut. 3.4 Menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda Guru yang baik adalah guru yang bijak menarik minat pelajarnya untuk belajar. Guru yang tidak suka merendah-rendahkan kebolehan pelajarnya terutamanya kanak-kanak diperingkat prasekolah. Ini adalah kerana kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi sekiranya guru tidak bijak memikat hati mereka dan sering merendah-rendahkan atau tidak
  • 8. memberi peluang kepada mereka ini akan melemahkan semangat mereka dan mungkin akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar. Dengan menggunakan pendekatan seloka dan bergurau senda atau lebih dikenali sebagai unsur kecindan murid-murid akan merasa lebih dekat dan lebih dihargai guru. Antara sahsiah guru yang paling disukai murid adalah guru yang mempunyai sifat jenaka, mudah tersenyum, baik, mudah tersenyum dan sukakan lawak yang baik. Guru perlubijak menghidupkan suasana dalam kelas supaya sesi pengajaran tidak menjadi terlalu hambar dan membosankan. Guru yang mempunyai unsur kecindan bijak menarik perhatian kanak-kanak dengan lawak jenaka yang disampaikan. Antara beberapa unsur kecindan yang guru boleh gunakan adalah seperti cerita-cerita lucu, jenaka, teka-teki dan meniru suara kartun-kartun yang popular atau melakukan aksi lucu secara spontan sebagai gambaran sesuatu peristiwa atau watak dalam sesuatu bahan yang dikaji. Terdapat juga pelbagai pantun kanak-kanak dan seloka yang mengandungi unsur lawak namun kaya dengan nasihat serta pengajaran yang ingin disampaikan. Antara contoh pantun nasihat yang boleh digunakan untuk subjek pendidikan islam adalah Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri. Pantun ini bukan sahaja terkenal dikalangan kanak-kanak namun ia mengandungi unsur nasihat yang ingin disampaikan pada kanak-kanak. Guru yang baik perlu menyelitkan unsur kecindan dalam sesi pengajarannya. Guru akan bergurau senda dengan pelajarnya dan boleh ketawa bersama pelajarnya. Ini akan menyebabkan pelajarnya tidak merasa bosan sekaligus dapat memotivasikan pelajarnya walaupun secara tidak langsung. 3.5 Menyebutkan kisah dan berita umat terdahulu Teknik ini juga dikenali sebagai teknik bercerita. Teknik ini mengandungi banyak unsur-unsur yang bersifat pengajaran. Teknik ini amat sesuai dan berkesan sekiranya guru bijak menggayakan dan mempelbagaikan teknik
  • 9. penyampaian semasa menyampaikan cerita. Seperti yang digunakan oleh Rasulullah untuk memberi pengajaran kepada para sahabat dengan menyampaikan cerita atau peristiwa dari umat-umat terdahulu. Begitu juga pendekatan yang perlu digunakan untuk mengajar kanak-kanak. Guru boleh bercerita tentang kisah 25 Rasul dan pelbagai kisah tauladan lain yang banyak mengandungi nasihat, pengajaran dan contoh tauladan. Walaubagaimanapun guru harus bijak menyampaikan cerita supaya ia tidak membosankan kanak-kanak, seperti yang kita sedia maklum bahawa kanak-kanak tidak boleh duduk lama untuk mendengar cerita dan mereka cepat hilang tumpuan dan akan mengganggu kawan-kawan. Terdapat perbagai cara yang boleh menjadikan sesi bercerita lebih menarik antaranya ialah :  Permudahkan plot cerita agar mudah difahami kanak-kanak.  Sediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian seperti patung tangan, kostum, gambar-gambar dan sebagainya.  Bijak bermain dengan intonasi suara Sekiranya cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan terdapat sedikit kejutan pasti dapat menarik tumpuan kanak-kanak dan membuat mereka tidak sabar untuk mengetahui apa yang terjadi di penghujung cerita. Jadi mereka akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap cerita yang disampaikan. Guru perlu memastikan cerita yang ingin disampaikan tidak terlalu panjang dan sukar difahami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak lebih mudah terikut dengan cerita-cerita yang mereka dengar atau lihat. Oleh itu sekiranya teknik penyampaian yang digunakan berkesan tidak menjadi satu perkara yang mustahil sekiranya mesej-mesej yang cuba disampaikan melalui cerita tersebut akan menjadi ikutan dan amalan kanak-kanak tersebut. Selepas sesi bercerita guru boleh meminta mereka memberitahu nilai-nilai yang baik yang terdapat dalam cerita yang disampaikan.
  • 10. 4.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya disini kita dapat lihat betapa berkesannya teknik yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W sehinggakan para sahabat dan umat-umat pada waktu itu sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan agama Islam. Baginda bijak menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian dalam setiap sesi pengajarannya. Sabagai guru kita harus menjadikan Rasulullah sebagai panduan. Menggunakan teknik-teknik yang digunakan oleh baginda dan diaplikasaikan dalam sesi pembelajaran di sekolah. Kanak-kanak diperingkat prasekolah mempunyai keinginan yang kuat untuk belajar. Oleh itu amat penting bagi guru untuk memastikan keinginan mereka untuk belajar tidak terganggu hanya kerana guru tidak kreatif dan tidak tahu bagaimana ingin menjadikan sesi pengajaran itu menjadi satu sesi yang menyeronokkan sedangkan terdapat banyak teknik-teknik yang boleh digunakan termasuklah teknik-teknik yang telah digunakan oleh Rasulullah S.A.W. Teknik yang berkesan akan memudahkan murid untuk memahami apa yang guru sampaikan. Guru bertanggungjawab memastikan pelajarnya dapat menerima ilmu yang diajarkan dengan berkesan supaya mesej-mesej yang disampaikan memberi kesan yang amat mendalam di lubuk hati pelajarnya. Ini adalah kerana pendidikan yang berkesan akan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritualnya.
  • 11. 5.0 RUJUKAN 1. http://asoib001.tripod.com/sistempendidikanrasulullah.h tm 2. http://www.scribd.com/doc/47535205/PENDIDIKAN-ISLAM-ZAMAN-RASULULLAH- DAN-SAHABAT 3. http://kawansejati.ee.itb.ac.id/pendidikan-rasulullah/id-03-TEKNIK-PENDIDIKAN- RASULULLAH-SAW.html 4. 7. As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi, 2002. Rasulullah Pendidik Terulung : 40 Teknik Rasulullah Mengajar. Negeri Sembilan : Al Azhar Media 5. 8. Razali Saaran, 2010. Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Kuala Lumpur : Must Read Sdn Bhd. 6. 9. Ghazali Darusalam, 2004. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd 7. 12. Choong Lean Keow. 2009. Falsafah Dan Pendididkan Di Malaysia : Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
  • 12. Nama : Humairah Bte Salim No Matrik : DPAKA0902013 Tajuk : METODOLOGI PENDIDIKAN RASULULLAH S.A.W DAN PENGIMPLEMENTASIANNYA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH MASA KINI
  • 13. Pensyarah : Haji Fazdi Bin Harun