PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
Ayat dan Hadis Kefahaman
1. 1
AYAT DAN HADIS KEFAHAMAN
TINGKATAN 4
SURAH ISI KANDUNGAN AYAT
SURAH AL- AN’AM AYAT 6
1. MANUSIA PERLU BERSYUKUR
Allah telah memusnahkan kaum yang terdahulu.
Sebelum itu Allah telah memberikan nikmat dan kemudahan
kepada kaum tersebut(dengan kekuasaan dan kemewahan)
/ Kami turunkan hujan ke atas mereka dengan lebatnya
Kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawah mereka
Allah telah membinasakan kaum tersebut kerana dosa mereka
/ sendiri.
Allah menciptakan umat yang lain selepas kaum tersebut
dimusnahkan
Maksud ayat
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat
yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah
Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan
kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan
hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai
mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan
sebab dosa mereka , dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
2. SURAH AL-ANAM AYAT 50 RASUL PENYAMPAI WAHYU
Aku tidak mengatakan kepada kamu, [Nabi Muhamad saw ] pemegang
(bahawa) perbendaharaan (khazanah Allah) Allah.
Allah mentadbir tanpa memerlukan kuasa orang lain.
Dan aku (Nabi Muhammad )juga tidak mengetahui perkara-perkara
ghaib kecuali setelah diwahyukan
Aku bukan malaikat dan tidak menjalankan sesuatu melainkan apa
yang diwahyukan kepadaku
Bertanyalah (kepada mereka) :“adakah sama orang yang buta dengan
orang yang celik?”
Tidak kah kamu mahu berfikir ?
Maksud ayat:
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu
(bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak
mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan
kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan
apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah
sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu
berfikir?"
3. SURAH AL AN’AM, AYAT 70 LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
Jauhkanlah diri daripada mereka yang menjadikan agama sebagai permainan
] dan hiburan, kerana mereka terpedaya dengan kehidupan di dunia
Peringatkanlah mereka dengan al-Quran itu supaya (di akhirat kelak)
mereka tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) disebabkan perbuatan
buruk dan keji.
Tidak ada pelindung dan syafa’at kecuali Allah.
Jika seseorang hendak membebaskan dirinya dengan segala tebusan nescaya
tidak akan diterima lagi
Mereka masuk neraka dengan sebab apa yang telah mereka lakukan dan
akan diberi minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang
tidak terperi sakitnya.
Ini disebabkan mereka kufur dan ingkar semasa mereka hidup.
Maksud ayat
[Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka
sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh
/ kehidupan dunia] dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya
tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan
sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada
baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan
2. 2
SURAH ISI KANDUNGAN AYAT
jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu)
tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan
(ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi
mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab
seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa
hidupnya).
4. SURAH AL-AN’AM AYAT 125 HIDAYAH MILIK ALLAH
- Maka sesiapa yang Allah kehendaki memberi petunjuk kepada (dengan
terbuka hatinya) untuk terima Islam
- Nescaya Allah lapangkan dadanya (membuka hatinya untuk terima
Islam .
- Sesiapa yang Allah hendak sesatkan nescaya akan disempitkan
dadanya seolah-olah sedang mendaki dan naik kelangit(dengan susah
payah .
- Demikian Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman.
Maksud ayat:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk
kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk
menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk
menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-
sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah
payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang
tidak beriman.
5. SURAH AL- AN’AM AYAT 161 – 165 AKIDAH TERAS KEHIDUPAN
Ayat 161 :Katakanlah wahai Nabi muhammad s.a.w aku telah diberikan
petunjuk oleh tuhanku ke jalan yang lurus iaitu agama Islam iaitu
agama Nabi Ibrahim yang ikhlas dan dia bukan glg musyrikin
Ayat 162: Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadatku, seluruh
kehidupanku dan matiku hanya utk Allah(Tuhan sekelian alam dan tiada
sekutu dgnnya)
Ayat 163: Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku
diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam
yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi
perintahNya)".
Ayat 164: Patutkah aku mencari Tuhan lain sedangkan Dia lah Allah
sekalian alam. Dosa seseorang itu hanya ditanggung oleh dirinya
sendiri bukan ditanggung oleh org lain. Kita akan kembali kepada Allah
suatu hari nanti
Ayat 165: Kita merupakan khalifah di muka bumi ini, meningkatkan taraf
sekelian kamu untuk menguji kamu.Setiap apa yang kita lakukan akan
mendapat balasan daripada Allah s.w.t
Maksud ayat;
Ayat 161: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah
diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus,
(kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas,
dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
Ayat 162 Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,
hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam.
Ayat 163: Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku
diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam
yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi
perintahNya)".
Ayat 164: Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri
3. 3
SURAH ISI KANDUNGAN AYAT
kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah
Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu?
Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan
orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh
memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa
usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali,
lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan
padanya.
Ayat 165: Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan
meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat,
kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya
kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan
sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
6. SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1 – 11 CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
Ayat 1: Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iatu mereka yang;
Khusyuk dalam solat [ayat 2]
Meninggalkan perbuatan yang sia-sia (lagha) [ayat 3]
Mengeluarkan zakat [ayat 4]
Menjaga kehormatan diri/kemaluannya [ayat 5]
kecuali pada isteri dan hamba mereka (itu tidak tercela) ayat 6]
Sesiapa yg mengingini selain dari itu, mereka adalah golongan
melampau batas [ayat 7]
Mereka yang menjaga /menunaikan amanah dan janji[ ayat 8] dan
tetap memelihara solatnya [ayat 9]
Mereka itulah yang akan mewarisi [ ayat 10]
Mereka yang mewarisi syurga firdaus selama lamnya [ayat 11]
Maksudnya
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman [1]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya [2]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-
sia; [3] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan
menunaikan zakat harta itu); [4]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [5]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya
mereka tidak tercela: -[6]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka
merekalah orang-orang yang melampaui batas; [7]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; [8]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; [9]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi –[10]
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.[11]
4. 4
SURAH ISI KANDUNGAN AYAT
7. SURAH LUQMAN AYAT 12 – 19 NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA
Ayat 12; Sesungguhnya Allah telah beri Luqman hikmat kebijaksanaan dgn
bersyukur kepada Allah swt
Sesiapa yang bersyukur akan mendapat faedah dan mereka yang tidak
bersyukur itu tidak menjadi hal kepada Allah kerana Allah Maha kaya & Maha
Terpuji.
Ayat 13: Luqman berkata kepada anaknya;
Jangan syirik kepada Allah kerana perbuatan syirik merupakan kezaliman
yang besar
Ayat 14: Berbuat baik kpd ibubapa sebab;
ibu mengandungkan kita dgn kepayahan sehingga bercerai susu ialah dalam
masa 2 tahun
Oleh itu bersyukur kepadaKu dan kpd ibubapamu
Ayat 15: Jangan taati mereka jika mereka mensyirik Allah dengan sesuatu yang
kamu tidak tahu tetapi begaullah dgn mereka di dunia secara baik
Taati mereka jika mereka taat kepadaKU kerana kepadaKu tempat kamu kembali.
Kemudian aku terangkan kepadamu segala perbuatan kamu.
Ayat 16: Kata Luqman wahai anakKU Allah akan membalas semua kejahatan
dan kebaikan walaupun sebesar biji sawi tersembunyi dalam batu, dilangit atau
dibumi, Allah tetap akan memberi balasan kerana pengetahuan Allah sangat teliti
dan mencakupi semua perkara.
- Ayat 17: Dirikan solat
- Buatlah kebaikan dan jauhi kejahatan
- Bersabar dgn semua bala yg menimpa, sesungguhnya perbuatan tersebut
hendaklah diambil berat
- Ayat 18: Janganlahkamu memalingkan mukamu (kerana memandang
rendah)kepada org lain, kerana Allah tidak suka kepada org yang berlagak
sombong dan dan bangga diri.
- Ayat 19: Sedehanakanlah langkahmu semasa berjalan
- Rendahkan suara semasa bercakap kerana seburuk-buruk suara ialah suara
kaldai.
Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,
(serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala
nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah
menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji
[12].
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar"[13].
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada
kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan) [14].
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu
sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya
maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia
dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu
(dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali
kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah
kerjakan [15].
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,
sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun
5. 5
seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun
di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya);
kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan
segala yang tersembunyi.[16]
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan,
serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas
segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. [17]
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada
manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi
membanggakan diri[18].
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu
(semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara kelda" [19].
HADIS ISI KANDUNGAN AYAT
1. HADIS MAKANAN YANG BAIK
- Allah maha baik dan sukakan kebaikan
- Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apayang
diperintahkan kepada semua rasul dengan firmannya;
- Wahai sekelian rasul;
Makanlah makanan yang baik dan beramal dengan amalan
soleh
- Wahai orang beriman
Makanlah makanan yang baik yang telah diberi rezeki kepada
Kamu………kataNYA lagi
- Seorang lelaki yang jauh perjalanannya dgn keadaan kusut
masai rambutnya/ dan berdebu mukanya/dgn
menghulurkan tangan ke langit (berdoa) ;
Ya Allah, Ya Allah pada hal dia makan, minum dan
pakai dgn benda haram, Allah tidak akan
memakbulkan doanya.
Maksudnya;
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatakan, katanya Rasulullah saw
bersabda; Sesungguhnya Allah itu baik dia idak menerima melainkan yang
baik.. Sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang
diperintahkannya kepada semua Rasul dengan firmannya (seperti yang
tersebut dalam hadis bermaksud): Wahai sekelian rasul! Makanlah makanan
yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firmannya lagi Wahai
sekelian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami
beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki
yang jauh perjalanannya, kusust masai rambutnya dan berdebu mukanya
menghulurkan kedua tangannya kelangit (berdoa) wahai tuhanku! Wahai
tuhanku! Pada hal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya
haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah
akan diperkenankan doanya
2. HADIS PERPADUAN TERAS KEMAJUAN
Sabda Rasulullah saw
Jangan berhasad dengki (dengki mendengki)
Jangan tipu menipu
Jangan benci membenci
Jangan berpaling muka
Jangan menjual beli di atas jualan orang lain.
Jadilah kamu hamba yang bersaudara
Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara
Mereka tidak boleh menzalimi .
Tidak membolehkannya dalam kehinaan.
Tidak boleh membohongi dan menghinanya sesama Islam
Taqwa itu di sini (sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak 3
kali).
Islam itu dianggap jahat apabila ia menghina saudaranya.
Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain, haram darah,
6. 6
harta dan kehormatannya
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw telah bersabda: Janganlah kamu
dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci, jangan
berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah
kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang Islam adalah
bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi, tidak boleh membiarkannya
dalam kehinaan, tidak boleh membohongi dan menghinanya sesama Islam.
Taqwa itu di sini, kata Nabi Nuhammad saw sambilmenunjukkan kedadanya
tiga kali. Memadai seseorang itu dianggap jahil apabila dia apabila dia
menghina saudaranya. Setiap orang Islam ke atas orang Islam lain haram
darah, harta dan kehormatnnya.