SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 9
Baixar para ler offline
PERLEMBAGAAN PERSATUAN MORAL (PERMOR)
   UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
                  2010




                   1
PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL ( PERMOR )

                         UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

                              TANJUNG MALIM, PERAK.




ARTIKEL SATU

1.1 Nama Persatuan

      PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL ( PERMOR )

1.2 Alamat

      UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
      35900, TANJUNG MALIM, PERAK.




ARTIKEL DUA

2.1 Logo

2.2 Warna: Unggu

2.3 Cogan Kata: Perjuangan Persatuan Tanggungjawab Ahli Persatuan Bersama




ARTIKEL TIGA

3.1       Rukun Negara

      •   KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
      •   KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
      •   KELURUHAN PERLEMBAGAAN
      •   KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN
      •   KESOPANAN DAN KESUSILAAN




                                           2
3.2   Falsafah Pendidikan Kebangsaan

      Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan
      potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
      seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
      kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
      melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan., berketrampilan, beraklak
      mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
      memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan memakmuran keluarga,
      masyarakat dan Negara.


ARTIKEL EMPAT

4.1   Bahasa          : Bahasa yang digunakan dalam semua mesyuarat, perjumpaan dan
                        aktiviti-aktiviti persatuan ialah Bahasa Melayu

4.2   Ketua Pendaftar : Naib Canselor/ Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung
                        Malim, Perak.

4.3   Pendaftar        : Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


ARTIKEL LIMA

5.1   Matlamat Persatuan Pendidikan Moral

      5.1.1 Mewujudkan perhubungan yang baik serta harmoni di antara semua pelajar
            Program Pendidikan Moral dengan Ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah dan
            semua warga UPSI.
      5.1.2 Memberi bantuan dan kebajikan kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan
            Moral sekiranya diperlukan berdasarkan keupayaan dan kemampuan Program
            Pandidikan Moral.
      5.1.3 Memberikan peluang dan pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri
            dalam setiap aktiviti yang dirancang dan akan dijalankan.
      5.1.4Memberikan kebebasan untuk pelajar-pelajar memberikan sumbangan idea,
            tenaga, dan material bagi menyokong pelaksanaan program Pendidikan Moral dan
            aktiviti-aktiviti PERMOR.
      5.1.5 Menaikkan nama Fakulti Sains Kemanusiaan khususnya Jabatan Kemasyarakatan
            dan Kewarganegaraan menjalankan aktiviti-aktiviti yang cemerlang, gemilang dan
            terbilang yang berterusan berilmiah, pembentukan sahsiah, kesukanan, sosial,
            kebajikan,kerohanian dan kemasyarakatan.




                                              3
ARTIKEL ENAM


6.1    Keahlian

Seksyen 1     : Jenis Keahlian

(a)    Semua pelajar sepenuh masa Program Pendidikan Moral (AT 41) secara automatik
       diwajibkan menjadi ahli PERMOR.
(b)    Pelajar yang mengambil Minor Pendidikan Moral juga digalakkan untuk menjadi ahli
       Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR)
(c)    Jawatankuasa Induk Persatuan berhak menolak sebarang permohonan ahli dengan
       sebab-sebab yang munasabah setelah disiasat dengan teliti.



Seksyen 2     : Hak ahli

(a)    Masuk bertanding, mencadang atau menyokong sesuatu pencalonan dalam pemilihan
       Jawatankuasa Induk Persatuan.
(b)    Mengundi, bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
(c)    Mengemukakan cadangan ataupun aduan kepada Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan.
(d)    Ahli daripada Minor Pendidikan Moral tidak berhak menyandang jawatan Induk.



Seksyen 3     : Kewajipan Ahli

(a)    : mematuhi dan mendukung peraturan dan perkembangan persatuan
(b)    : Mengharmoni dan Melaksanakan keputusan pihak pentadbiran.
(c)    : Mempertahankan maruah dan kehormatan Persatuan.
(d)    : Menghormati dan memelihara harta benda Persatuan.
(e)    : Diwajibkan menjelaskan yuran persatuan.
(f )   : Diwajibkan menghadiri perjumpaan atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan
       Pendidikan Moral (PERMOR). Tindakan susulan akan akan diambil sekiranya tidak
       dapat hadir tanpa alasan yang munasabah.




                                              4
ARTIKEL TUJUH

Seksyen 1       : Organisasi Pentadbiran Persatuan

7.1    Penaung
7.2    Penasihat
7.3    Presiden
7.4    Timbalan Presiden
7.5    Naib Presiden
7.6    Setiausaha
7.7    Naib Setiausaha
7.8    Bendahari
7.9    Naib Bendahari
7.10   Ahli Jawatankuasa

       7.9.1    Biro Perhubungan Awam dan Antarabangsa
       7.9.2    Biro Sukan dan Rekreasi
       7.9.3    Biro Akademik dan Kerjaya
       7.9.4    Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah
       7.9.5    Biro Kebajikan Mahasiswa
       7.9.6    Biro Penerbitan dan Informasi
       7.9.7    Biro Kesenian dan Kebudayaan
       7.9.8    Biro Ekonomi dan Keusahawanan
       7.9.9    Biro Perpaduan dan Integrasi
       7.9.10   Wakil Semester 1, 2 & 3

Makluman    : Setiap biro dikendalikan seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan ahli
Jawatankuasa Kecil.



Seksyen 2       : Fungsi dan Kuasa Ahli-ahli Jawatankuasa Induk adalah :

       (a)      Bertanggungjawab menentukan dasar-dasar Persatuan seiring dengan Falsafah
                Pendidikan Negara dan tujuan Persatuan ditubuhkan.
       (b)      Merancang dan mengawal perbelanjaan Persatuan secara berhemah dan atas
                nasihat bimbingan Penasihat Persatuan.
       (c)      Mengawal harta benda dan aset-aset Persatuan dengan baik dan teratur.
       (d)      Menerima dan mengkaji laporan dari semasa ke semasa daripada semua biro.
       (e)      Mendengar dan menerima pergaduhan, cadangan dan rayuan serta membuat
                ketetapan sewajarnya apabila berlaku pertentangan terhadap peraturan-
                peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Induk dan Biro-biro.




                                               5
Seksyen 3    : Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persatuan


   (a)       Mesyuarat Biasa

      i.     Mesyuarat ini hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sebulan dua kali.
      ii.    Setiausaha Agung hendaklah memberitahu ahli tentang mesyuarat tidak lewat
             daripada dua hari sebelum tarikh dan masa diadakan.

   (b)       Mesyuarat Luar Biasa

      i.     Mesyuarat ini hendaklah diadakan apabila hal-hal yang memerlukan perhatian
             segera atau apabila permohonan bertulis untuk mengadakan mesyuarat tersebut
             dipersetujui oleh satu pertiga ( 1/3 ) daripada Ahli-ahli Jawatakuasa Induk.
      ii.    Setiausaha akan memaklumkan mesyuarat ini dalam tempoh seberapa segera
             kepada setiap Ahli Jawatankuasa Induk.
      iii.   Mesyuarat ini akan membincangkan perkara yang dinyatakan dalam agenda itu
             sahaja.

   (c)       Korum

      i.     Satu pertiga ( 1/3 ) daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Induk adalah cukup
             menjadi korum mana-mana mesyuarat di atas ( a dan b ).
      ii.    Satu pertiga ( 1/3 ) daripada ahli-ahli PERMOR adalah cukup menjadi korum
             Mesyuarat Agung Tahunan.

Seksyen 4    : Tempoh Perkhidmatan

      (a)    Ahli Jawatankuasa Induk baru akan mula bertugas sebaik sahaja keputusan
             pemilihan diumumkan dengan rasminya.
      (b)    Tempoh masa perkhidmatan Ahli Jawatankuasa Induk hanya setahun atau dua
             semester.
      (c)    Semua Ahli Jawatankuasa Induk akan hilang jawatan yang disandangnya
             setelah pembubaran dibuat pada setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan.
      (d)    Ahli-ahli jawatankuasa yang lama ( setelah dibubarkan ) boleh dicalonkan
             semula. Sekiranya ahli tersebut ingin bertanding atau bersetuju untuk dicalonkan
             semula bagi pemilihan pada mesyuarat Agung Tahunan untuk tahun berikutnya.
      (e)    setiap calon-calon yang diisyhtiharkan menang dalam pemilihan sebagai ahli
             Jawatankuasa Induk mestilah melebihi jumlah undian calon lawan.
      (f )   Pemilihan ahli jawatankuasa Induk dibuat dengan 2 kaedah :
             i.      Pilihanraya Umum PERMOR iaitu secara bertulis atau
             ii.     Mengira undian secara umum atau angkat tangan atau suara ahli semasa
                     Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan.




                                             6
ARTIKEL LAPAN

8.1          Kewangan

Seksyen 1          : Tahun Kewangan

      i.     Tahun kewangan Persatuan adalah berakhir pada bulan November setiap tahun.


Seksyen 2          : Yuran Tahunan

      i.   Setiap ahli hendaklah membayar yuran kepada bendahari yang dilantik secara rasmi
           Setiap 2 kali setahun atau sekali setiap semester.
      ii. Yuran Tahunan sebanyak RM 10.00 sahaja.
      iii. Pihak Jawatankuasa Induk Persatuan akan menentukan cara pungutan yuran tersebut.


Seksyen 3          : Sumber Kewangan Persatuan

      i. Semua yuran tahunan setiap ahli
      ii. Wang lain yang diperoleh daripada sumber-sumber yang dipersetujui bersama oleh
           Ahli Jawatankuasa Induk dan Pendaftaran atau nasihat Ketua Jabatan atau Penasihat
           Persatuan atau Fakulti Sains Kemasyarakatan
      iii. Wang peruntukan daripada MPP dan HEP


Seksyen 4          : Sistem Kewangan

      i.     Wang persatuan hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
             melaksanakan tujuan persatuan. Ia tidak boleh digunakan untuk untuk membayar denda
             atau membantu ahli-ahli yang dikenakan hukuman kerana melanggar undang-undang.
      ii.    Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak boleh melebihi daripada RM500.00
             pada satu-satu masa. Wang yang melebihi daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke
             dalam bank dalam tempoh lima hari. Kira-kira bank hendaklah di atas nama persatuan.
      iii.   Perbelanjaan yang melebihi RM 500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa
             diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.
      iv.    Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan oleh setiap exco hendaklah diberikan
             kepada bendahari untuk tujuan pengauditan dan perkara-perkara berbangkit yang
             mungkin timbul. Penyata kira-kira yang telah diauditkan hendaklah dikemukakan untuk
             kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.
      v.     Pengeluaran wang daripada bank hanya boleh dilakukan setelah ditandatangani oleh
             Dua daripada tiga Ahli Jawatankuasa yang telah diberi amanah oleh Persatuan iaitu
             Presiden, Setiausaha dan Bendahari sahaja.




                                                  7
Seksyen 5    : Kewangan Biro-biro

   i.   Setiap biro yang tercatat dalam perlu menyediakan anggraran belanjawan tahunannya
        atau kertas kerja dan mengemukakan kepada bendahari untuk disemak dan dikaji
        sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk.
   ii. Baki dari peruntukan belanjawan dan pemerolehan dari sumber lain setiap biro yang
        tercatat hendaklah diserahkan kepada bendahari sebelum akhir tahun kewangan
        persatuan.
   iii. Sebarang peruntukan tambahan hendaklah dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa
        Induk Persatuan untuk diluluskan.


Seksyen 6    : Pembekuan Kewangan Persatuan

   i.  Presiden boleh mengarahkan membekukan hal kewangan persatuan jika didapati
       Keadaan kewangan tidak memuaskan.
   ii. Pembekuan akan ditarik balik sekiranya kewangan telah berjalan dengan baik.


ARTIKEL SEMBILAN

9.1 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan

Seksyen 1    : Cara Pemilihan

Kaedah 1 : Pilihanraya Umum Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR)

             a) Penamaan calon dibuat seminggu sebelum tarikh Mesyuarat Agung
                Tahunan.
             b) Kertas penamaan calon akan diedarkan atau dikeluarkan kepada sesiapa
                yang ingin mencadangkan nama calon dan perlu ada seorang menyokong
                pencalonannya.
             c) Ahli-ahli Jawatankuasa Induk yang masih menjalankan tugasnya sebelum
                pembubaran boleh dicalonkan semula sekiranya ahli tersebut ingin
                bertanding untuk pemilihan tahun berikutnya.
             d) Ahli-ahli Jawatankuasa Induk berhak menolak pencalonan dirinya sekiranya
                ingin memberi peluang kepada orang lain atau mempunyai masalah peribadi
                ataupun sebab-sebab yang munasabah.
             e) Pencalonan untuk satu-satu Jawatankuasa Induk tidak melebihi dua orang.
                Dua pencalonan yang mempunyai bilangan yang terbanyak akan dipilih untuk
                diundi oleh ahli-ahli persatuan.
             f) Sekiranya seseorang dicalonkan untuk dua jawatan maka jawatan yang
                tertinggi akan diberi kepada calon tersebut.
             g) Seseorang yang telah memegang mana-mana jawatan Majlis Perwakilan
                Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) tidak boleh
                dicalonkan untuk Jawatankuasa Induk PERMOR.
             h) Pemilihan ini adalah bagi melantik Ahli Jawatankuasa Induk tahun
                berikutnya.
             i) Sesi pengundian akan dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan.

                                            8
j) Setiap ahli dikehendaki mengisi kertas undian ke dalam peti undi yang
               disediakan.
            k) Pengiraan akan dilakukan setelah selesai semua ahli menjalankan undian.
               Hanya Ahli Jawatankuasa Induk Pilihanraya sahaja yang dilantik oleh
               Jawatankuasa Induk Persatuan mempunyai kuasa untuk membuat kiraan
               kertas undian tersebut.
            l) Keterangan selanjutnya akan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Induk
               Pilihanraya yang dilantik kemudian.



            Kaedah 2 : Undian Angkat Tangan

            a) Seseorang pencadang akan mencalonkan seorang ahli untuk dilantik kepada
               mana-mana Jawatankuasa Induk dan akan disokong oleh seorang ahli
               persatuan.
            b) Pengundian dilakukan secara mengangkat tangan. Seorang ahli dibenarkan
               mengangkat tangan sekali sahaja semasa mengundi.
            c) Calon yang mempunyai undian terbanyak, secara automatic dipilih untuk
               mengisi jawatan tersebut.



Seksyen 2   : Pemilihan Kecil

            a) Jika terdapat jawatan yang kosong dalam Jawatankuasa Induk Persatuan
               disebabkan perletakan jawatan atau meninggal dunia atau dikenakan
               tindakan tatatertib, satu pemilihan kecil hendaklah diadakan bagi memilih
               penyandang jawatan tersebut. Tetapi sekiranya keadaan ini tidak
               mengizinkan bagi mengadakan pemilihan, maka Jawatankuasa Induk
               dengan persetujuan Pendaftar atau Ketua Jabatan atau penasihat boleh
               melantik calon yang kedua mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang
               lalu atau salah seorang daripada ahli biasa.




                                          9

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados (14)

Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaan
 
Perlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepakPerlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepak
 
4. perlembagaan
4. perlembagaan4. perlembagaan
4. perlembagaan
 
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendahPenubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
 
(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01
 
60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg
 
NEF Constitution 2nd Revision
NEF Constitution 2nd RevisionNEF Constitution 2nd Revision
NEF Constitution 2nd Revision
 
Garis panduan pibg
Garis panduan pibgGaris panduan pibg
Garis panduan pibg
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
 
Perlembagaan kitar semula
Perlembagaan kitar semulaPerlembagaan kitar semula
Perlembagaan kitar semula
 
Perlembagaan pibg
Perlembagaan pibgPerlembagaan pibg
Perlembagaan pibg
 
Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014
 
Penubuhan persatuan
Penubuhan persatuanPenubuhan persatuan
Penubuhan persatuan
 
Peraturan peraturan perlembagaan persatuan
Peraturan peraturan perlembagaan persatuanPeraturan peraturan perlembagaan persatuan
Peraturan peraturan perlembagaan persatuan
 

Semelhante a Perlembagaan persatuan pendidikan moral

G panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdmG panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdm
Uzie Midin
 
Undang-undang PKKRS JBJ
Undang-undang PKKRS JBJUndang-undang PKKRS JBJ
Undang-undang PKKRS JBJ
cmonpet87
 

Semelhante a Perlembagaan persatuan pendidikan moral (20)

Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudaGaris panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
 
G panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdmG panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdm
 
PERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdf
PERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdfPERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdf
PERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdf
 
Piagam SRIHBP
Piagam SRIHBPPiagam SRIHBP
Piagam SRIHBP
 
Kertas kerja kelab rukun negara
Kertas kerja kelab rukun negaraKertas kerja kelab rukun negara
Kertas kerja kelab rukun negara
 
Persatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docxPersatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docx
 
PGR RA Constitution
PGR RA ConstitutionPGR RA Constitution
PGR RA Constitution
 
Perlembagaan KGKT.docx
Perlembagaan KGKT.docxPerlembagaan KGKT.docx
Perlembagaan KGKT.docx
 
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
 
Perlembagaan pibg sktp
Perlembagaan pibg sktpPerlembagaan pibg sktp
Perlembagaan pibg sktp
 
ANALISIS SOAL SELIDIK TRANSFORMASI PERSATUAN PENTADBIR UiTM
ANALISIS SOAL SELIDIK TRANSFORMASI PERSATUAN PENTADBIR UiTMANALISIS SOAL SELIDIK TRANSFORMASI PERSATUAN PENTADBIR UiTM
ANALISIS SOAL SELIDIK TRANSFORMASI PERSATUAN PENTADBIR UiTM
 
Undang-undang PKKRS JBJ
Undang-undang PKKRS JBJUndang-undang PKKRS JBJ
Undang-undang PKKRS JBJ
 
Kertas Kerja Penubuhan Kelab: Kelab Pencinta Haiwan
Kertas Kerja Penubuhan Kelab: Kelab Pencinta HaiwanKertas Kerja Penubuhan Kelab: Kelab Pencinta Haiwan
Kertas Kerja Penubuhan Kelab: Kelab Pencinta Haiwan
 
Perlembagaan persatuan komputer
Perlembagaan persatuan komputerPerlembagaan persatuan komputer
Perlembagaan persatuan komputer
 
Perlembagaan persatuan komputer
Perlembagaan persatuan komputerPerlembagaan persatuan komputer
Perlembagaan persatuan komputer
 
Perlembagaan Kelab Eko-Renjer
Perlembagaan Kelab Eko-RenjerPerlembagaan Kelab Eko-Renjer
Perlembagaan Kelab Eko-Renjer
 
Tugasan 1 perlembagaan
Tugasan 1 perlembagaanTugasan 1 perlembagaan
Tugasan 1 perlembagaan
 
Surat permohonan bagi pendaftaran persatuan
Surat permohonan bagi pendaftaran persatuanSurat permohonan bagi pendaftaran persatuan
Surat permohonan bagi pendaftaran persatuan
 
Perlembagaan kelab
Perlembagaan kelabPerlembagaan kelab
Perlembagaan kelab
 
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdfStruktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
 

Perlembagaan persatuan pendidikan moral

  • 1. PERLEMBAGAAN PERSATUAN MORAL (PERMOR) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2010 1
  • 2. PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL ( PERMOR ) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK. ARTIKEL SATU 1.1 Nama Persatuan PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL ( PERMOR ) 1.2 Alamat UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900, TANJUNG MALIM, PERAK. ARTIKEL DUA 2.1 Logo 2.2 Warna: Unggu 2.3 Cogan Kata: Perjuangan Persatuan Tanggungjawab Ahli Persatuan Bersama ARTIKEL TIGA 3.1 Rukun Negara • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELURUHAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN • KESOPANAN DAN KESUSILAAN 2
  • 3. 3.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan., berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan memakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. ARTIKEL EMPAT 4.1 Bahasa : Bahasa yang digunakan dalam semua mesyuarat, perjumpaan dan aktiviti-aktiviti persatuan ialah Bahasa Melayu 4.2 Ketua Pendaftar : Naib Canselor/ Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. 4.3 Pendaftar : Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris. ARTIKEL LIMA 5.1 Matlamat Persatuan Pendidikan Moral 5.1.1 Mewujudkan perhubungan yang baik serta harmoni di antara semua pelajar Program Pendidikan Moral dengan Ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah dan semua warga UPSI. 5.1.2 Memberi bantuan dan kebajikan kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Moral sekiranya diperlukan berdasarkan keupayaan dan kemampuan Program Pandidikan Moral. 5.1.3 Memberikan peluang dan pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dirancang dan akan dijalankan. 5.1.4Memberikan kebebasan untuk pelajar-pelajar memberikan sumbangan idea, tenaga, dan material bagi menyokong pelaksanaan program Pendidikan Moral dan aktiviti-aktiviti PERMOR. 5.1.5 Menaikkan nama Fakulti Sains Kemanusiaan khususnya Jabatan Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan menjalankan aktiviti-aktiviti yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang berterusan berilmiah, pembentukan sahsiah, kesukanan, sosial, kebajikan,kerohanian dan kemasyarakatan. 3
  • 4. ARTIKEL ENAM 6.1 Keahlian Seksyen 1 : Jenis Keahlian (a) Semua pelajar sepenuh masa Program Pendidikan Moral (AT 41) secara automatik diwajibkan menjadi ahli PERMOR. (b) Pelajar yang mengambil Minor Pendidikan Moral juga digalakkan untuk menjadi ahli Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) (c) Jawatankuasa Induk Persatuan berhak menolak sebarang permohonan ahli dengan sebab-sebab yang munasabah setelah disiasat dengan teliti. Seksyen 2 : Hak ahli (a) Masuk bertanding, mencadang atau menyokong sesuatu pencalonan dalam pemilihan Jawatankuasa Induk Persatuan. (b) Mengundi, bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam Mesyuarat Agung Tahunan. (c) Mengemukakan cadangan ataupun aduan kepada Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan. (d) Ahli daripada Minor Pendidikan Moral tidak berhak menyandang jawatan Induk. Seksyen 3 : Kewajipan Ahli (a) : mematuhi dan mendukung peraturan dan perkembangan persatuan (b) : Mengharmoni dan Melaksanakan keputusan pihak pentadbiran. (c) : Mempertahankan maruah dan kehormatan Persatuan. (d) : Menghormati dan memelihara harta benda Persatuan. (e) : Diwajibkan menjelaskan yuran persatuan. (f ) : Diwajibkan menghadiri perjumpaan atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan Pendidikan Moral (PERMOR). Tindakan susulan akan akan diambil sekiranya tidak dapat hadir tanpa alasan yang munasabah. 4
  • 5. ARTIKEL TUJUH Seksyen 1 : Organisasi Pentadbiran Persatuan 7.1 Penaung 7.2 Penasihat 7.3 Presiden 7.4 Timbalan Presiden 7.5 Naib Presiden 7.6 Setiausaha 7.7 Naib Setiausaha 7.8 Bendahari 7.9 Naib Bendahari 7.10 Ahli Jawatankuasa 7.9.1 Biro Perhubungan Awam dan Antarabangsa 7.9.2 Biro Sukan dan Rekreasi 7.9.3 Biro Akademik dan Kerjaya 7.9.4 Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah 7.9.5 Biro Kebajikan Mahasiswa 7.9.6 Biro Penerbitan dan Informasi 7.9.7 Biro Kesenian dan Kebudayaan 7.9.8 Biro Ekonomi dan Keusahawanan 7.9.9 Biro Perpaduan dan Integrasi 7.9.10 Wakil Semester 1, 2 & 3 Makluman : Setiap biro dikendalikan seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Kecil. Seksyen 2 : Fungsi dan Kuasa Ahli-ahli Jawatankuasa Induk adalah : (a) Bertanggungjawab menentukan dasar-dasar Persatuan seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara dan tujuan Persatuan ditubuhkan. (b) Merancang dan mengawal perbelanjaan Persatuan secara berhemah dan atas nasihat bimbingan Penasihat Persatuan. (c) Mengawal harta benda dan aset-aset Persatuan dengan baik dan teratur. (d) Menerima dan mengkaji laporan dari semasa ke semasa daripada semua biro. (e) Mendengar dan menerima pergaduhan, cadangan dan rayuan serta membuat ketetapan sewajarnya apabila berlaku pertentangan terhadap peraturan- peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Induk dan Biro-biro. 5
  • 6. Seksyen 3 : Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persatuan (a) Mesyuarat Biasa i. Mesyuarat ini hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sebulan dua kali. ii. Setiausaha Agung hendaklah memberitahu ahli tentang mesyuarat tidak lewat daripada dua hari sebelum tarikh dan masa diadakan. (b) Mesyuarat Luar Biasa i. Mesyuarat ini hendaklah diadakan apabila hal-hal yang memerlukan perhatian segera atau apabila permohonan bertulis untuk mengadakan mesyuarat tersebut dipersetujui oleh satu pertiga ( 1/3 ) daripada Ahli-ahli Jawatakuasa Induk. ii. Setiausaha akan memaklumkan mesyuarat ini dalam tempoh seberapa segera kepada setiap Ahli Jawatankuasa Induk. iii. Mesyuarat ini akan membincangkan perkara yang dinyatakan dalam agenda itu sahaja. (c) Korum i. Satu pertiga ( 1/3 ) daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Induk adalah cukup menjadi korum mana-mana mesyuarat di atas ( a dan b ). ii. Satu pertiga ( 1/3 ) daripada ahli-ahli PERMOR adalah cukup menjadi korum Mesyuarat Agung Tahunan. Seksyen 4 : Tempoh Perkhidmatan (a) Ahli Jawatankuasa Induk baru akan mula bertugas sebaik sahaja keputusan pemilihan diumumkan dengan rasminya. (b) Tempoh masa perkhidmatan Ahli Jawatankuasa Induk hanya setahun atau dua semester. (c) Semua Ahli Jawatankuasa Induk akan hilang jawatan yang disandangnya setelah pembubaran dibuat pada setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan. (d) Ahli-ahli jawatankuasa yang lama ( setelah dibubarkan ) boleh dicalonkan semula. Sekiranya ahli tersebut ingin bertanding atau bersetuju untuk dicalonkan semula bagi pemilihan pada mesyuarat Agung Tahunan untuk tahun berikutnya. (e) setiap calon-calon yang diisyhtiharkan menang dalam pemilihan sebagai ahli Jawatankuasa Induk mestilah melebihi jumlah undian calon lawan. (f ) Pemilihan ahli jawatankuasa Induk dibuat dengan 2 kaedah : i. Pilihanraya Umum PERMOR iaitu secara bertulis atau ii. Mengira undian secara umum atau angkat tangan atau suara ahli semasa Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan. 6
  • 7. ARTIKEL LAPAN 8.1 Kewangan Seksyen 1 : Tahun Kewangan i. Tahun kewangan Persatuan adalah berakhir pada bulan November setiap tahun. Seksyen 2 : Yuran Tahunan i. Setiap ahli hendaklah membayar yuran kepada bendahari yang dilantik secara rasmi Setiap 2 kali setahun atau sekali setiap semester. ii. Yuran Tahunan sebanyak RM 10.00 sahaja. iii. Pihak Jawatankuasa Induk Persatuan akan menentukan cara pungutan yuran tersebut. Seksyen 3 : Sumber Kewangan Persatuan i. Semua yuran tahunan setiap ahli ii. Wang lain yang diperoleh daripada sumber-sumber yang dipersetujui bersama oleh Ahli Jawatankuasa Induk dan Pendaftaran atau nasihat Ketua Jabatan atau Penasihat Persatuan atau Fakulti Sains Kemasyarakatan iii. Wang peruntukan daripada MPP dan HEP Seksyen 4 : Sistem Kewangan i. Wang persatuan hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi melaksanakan tujuan persatuan. Ia tidak boleh digunakan untuk untuk membayar denda atau membantu ahli-ahli yang dikenakan hukuman kerana melanggar undang-undang. ii. Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak boleh melebihi daripada RM500.00 pada satu-satu masa. Wang yang melebihi daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank dalam tempoh lima hari. Kira-kira bank hendaklah di atas nama persatuan. iii. Perbelanjaan yang melebihi RM 500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk. iv. Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan oleh setiap exco hendaklah diberikan kepada bendahari untuk tujuan pengauditan dan perkara-perkara berbangkit yang mungkin timbul. Penyata kira-kira yang telah diauditkan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya. v. Pengeluaran wang daripada bank hanya boleh dilakukan setelah ditandatangani oleh Dua daripada tiga Ahli Jawatankuasa yang telah diberi amanah oleh Persatuan iaitu Presiden, Setiausaha dan Bendahari sahaja. 7
  • 8. Seksyen 5 : Kewangan Biro-biro i. Setiap biro yang tercatat dalam perlu menyediakan anggraran belanjawan tahunannya atau kertas kerja dan mengemukakan kepada bendahari untuk disemak dan dikaji sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk. ii. Baki dari peruntukan belanjawan dan pemerolehan dari sumber lain setiap biro yang tercatat hendaklah diserahkan kepada bendahari sebelum akhir tahun kewangan persatuan. iii. Sebarang peruntukan tambahan hendaklah dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan untuk diluluskan. Seksyen 6 : Pembekuan Kewangan Persatuan i. Presiden boleh mengarahkan membekukan hal kewangan persatuan jika didapati Keadaan kewangan tidak memuaskan. ii. Pembekuan akan ditarik balik sekiranya kewangan telah berjalan dengan baik. ARTIKEL SEMBILAN 9.1 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Seksyen 1 : Cara Pemilihan Kaedah 1 : Pilihanraya Umum Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) a) Penamaan calon dibuat seminggu sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. b) Kertas penamaan calon akan diedarkan atau dikeluarkan kepada sesiapa yang ingin mencadangkan nama calon dan perlu ada seorang menyokong pencalonannya. c) Ahli-ahli Jawatankuasa Induk yang masih menjalankan tugasnya sebelum pembubaran boleh dicalonkan semula sekiranya ahli tersebut ingin bertanding untuk pemilihan tahun berikutnya. d) Ahli-ahli Jawatankuasa Induk berhak menolak pencalonan dirinya sekiranya ingin memberi peluang kepada orang lain atau mempunyai masalah peribadi ataupun sebab-sebab yang munasabah. e) Pencalonan untuk satu-satu Jawatankuasa Induk tidak melebihi dua orang. Dua pencalonan yang mempunyai bilangan yang terbanyak akan dipilih untuk diundi oleh ahli-ahli persatuan. f) Sekiranya seseorang dicalonkan untuk dua jawatan maka jawatan yang tertinggi akan diberi kepada calon tersebut. g) Seseorang yang telah memegang mana-mana jawatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) tidak boleh dicalonkan untuk Jawatankuasa Induk PERMOR. h) Pemilihan ini adalah bagi melantik Ahli Jawatankuasa Induk tahun berikutnya. i) Sesi pengundian akan dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan. 8
  • 9. j) Setiap ahli dikehendaki mengisi kertas undian ke dalam peti undi yang disediakan. k) Pengiraan akan dilakukan setelah selesai semua ahli menjalankan undian. Hanya Ahli Jawatankuasa Induk Pilihanraya sahaja yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan mempunyai kuasa untuk membuat kiraan kertas undian tersebut. l) Keterangan selanjutnya akan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Induk Pilihanraya yang dilantik kemudian. Kaedah 2 : Undian Angkat Tangan a) Seseorang pencadang akan mencalonkan seorang ahli untuk dilantik kepada mana-mana Jawatankuasa Induk dan akan disokong oleh seorang ahli persatuan. b) Pengundian dilakukan secara mengangkat tangan. Seorang ahli dibenarkan mengangkat tangan sekali sahaja semasa mengundi. c) Calon yang mempunyai undian terbanyak, secara automatic dipilih untuk mengisi jawatan tersebut. Seksyen 2 : Pemilihan Kecil a) Jika terdapat jawatan yang kosong dalam Jawatankuasa Induk Persatuan disebabkan perletakan jawatan atau meninggal dunia atau dikenakan tindakan tatatertib, satu pemilihan kecil hendaklah diadakan bagi memilih penyandang jawatan tersebut. Tetapi sekiranya keadaan ini tidak mengizinkan bagi mengadakan pemilihan, maka Jawatankuasa Induk dengan persetujuan Pendaftar atau Ketua Jabatan atau penasihat boleh melantik calon yang kedua mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang lalu atau salah seorang daripada ahli biasa. 9