SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
ARTIKEL 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN KONTRAK SOSIAL
MATLAMAT : Memberikan penjelasan bagaimana  negara ini dibentuk. Menerangkan apa itu perlembagaan dan mengapa ianya perlu difahami. Memahami apa itu keistimewaan yang telah diperuntukkan kepada kaum bumiputera dan bukan bumiputera
OBJEKTIF: Melahirkan golongan pelajar Bumiputera : - Mampu berfikir secara rasional & positif. - Peka tentang perkembangan negara. - Bertindak secara proaktif. - Meningkatkan semangat cintakan negara
Bancian Akhir Tahun 2007 Agama-agama yang dianuti oleh 26.7 juta rakyat Malaysia  (Islam 60.4%, Buddha 19.2%, Kristian 9.1%, Hindu 6.3%, Confucianists/Taoists 2.6%, Puak/adat 0.8%, lain-lain 0.4%, tiada agama 0.8% dan tidak diketahui 0.3%).
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan ini telah dirangka dan digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Hakim B. Malik dan Hakim Abdul Hamid pada tahun1956.  Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan Malaysia , dikenali juga sebagai  Perlembagaan Persekutuan  mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. Bahagian  1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan  Bahagian  2 - Kebebasan asasi  Bahagian  3 - Kewarganegaraan  Bahagian  4 - Persekutuan  Bahagian  5 - Negeri-negeri  Bahagian  6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri  Bahagian  7 - Peruntukan-peruntukan kewangan  Bahagian  8 - Pilihanraya  Bahagian  9 - Kehakiman  Bahagian 10 - Perkhidmatan awam  Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat  Bahagian 12 - Am dan pelbagai  Bahagian 13 - Peruntukan sementara  Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya  Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
PINDAAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan negara boleh dipinda apabila majoriti 2/3 bersetuju kepada pindaan tersebut dikedua-dua dewan di PARLIMEN. Perlembagaan negara telah dipinda lebih daripada 42 kali sejak selepas kemerdekaan. Menurut pakar perlembagaan  negara Shad Saleem Faruqi: Setiap kali pindaan perlembagaan dibuat, "semangat sebenar dokumen tersebut telah dicairkan”.
DEWAN RAKYAT Berperanan mengubal dan membahas rang undang-undang. Anggota Dewan Rakyat dipilih menerusi pilihanraya umum dimana mereka bertanding bagi kawasan Parlimen.  Sehingga pilihanraya 2008 sebanyak 219 kerusi parlimen dipertandingkan bagi mengisi keanggotaan di Dewan Rakyat. Anggota Dewan Rakyat juga dikenali sebagai  Yang Berhormat
DEWAN NEGARA Berperanan membahas rang undang-undang yang telah diluluskan di dalam DEWAN RAKYAT. Anggota Dewan Negara juga dikenali sebagai SENATOR adalah dipilih dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong seramai 40 orang
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia   Memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga  hak keistimewaan orang Melayu  dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengkhususkan bagaimana kerajaan pusat perlu melindungi kepentingan kaum Bumiputera dengan cara mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada  kontrak sosial , dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu. Kontrak sosial  biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Cina dan India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." PERKARA DIPERTIKAIKAN ATAS ALASAN PERKAUMAN
Ketuanan Melayu  ialah konsep yang mendakwa bahawa  orang Melayu adalah tuan  kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) .  Orang Cina dan India  di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan  terhutang budi kepada orang Melayu kerana  kesanggupan dan kesediaan orang Melayu  menerima mereka sebagai warganegara  Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan.  Sebagai timbal balik  kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai  pengorbanan orang Melayu  itu,  perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu   dalam bentuk hak istimewa  dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia).  KETUANAN MELAYU
OLEH ITU BERDASARKAN ARTIKEL 153 INI Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara 153 ini: Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan, apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan. Bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa  "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan."  Bagaimanapun, dia menambah bahawa  "Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."
Frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
KESIMPULAN   1 - Kedudukan kaum Bumiputera kini lebih baik kerana Artikel 153. 2 - Ramai Bumiputera sudah berjaya dalam pelbagai bidang. 3 - Namun begitu kejayaan ini masih belum boleh dibanggakan. 4 - Bumiputera perlu ubah pemikiran, sikap dan tindakan. 5 - Sikap sayangkan bangsa  perlu ada pada pemimpin dan pentadbir kita. 6 - Jangan salahkan bangsa lain yang telah maju. 7 - Jangan terlalu bergantung kepada Kerajaan dalam segala hal. 8 - Tingkatkan semangat berdikari dan usaha untuk berjaya. 9 - Berikan sepenuh komitmen kepada tugas yang telah diamanahkan. 10- Terus pertahankan kandungan yang termaktub dalam Artikel 153. NASIB DAN KEDUDUKAN GENERASI MASA HADAPAN DI TANGAN ANDA!!!

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikMaizatul Akmal
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Fadhil Ismail
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSyaza Yasmin
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaAsraf Rahmat
 
Konsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayuKonsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayu2011611966
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikKhairiyah Sulaiman
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisipeningla
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnikBab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikAre Matt
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIANajihah Wahdaniah
 
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial Sherly Jewinly
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanINSTAQLIM
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanNormurni Mohamad
 
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia NoorEfendi Ril
 

Mais procurados (20)

Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
Konsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayuKonsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayu
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
 
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 
Bab 3 ctu
Bab 3 ctuBab 3 ctu
Bab 3 ctu
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnikBab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaan
 
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
 

Semelhante a Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysiaross
 
Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt
Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.pptHubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt
Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.pptsuhailangadiron
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiSharifahNurAbu
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxSHUMJINGFUN
 
Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Jivendra Pandian
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxeowyy
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
Hubungan Etnik-Perlembagaan Malaysia
Hubungan Etnik-Perlembagaan MalaysiaHubungan Etnik-Perlembagaan Malaysia
Hubungan Etnik-Perlembagaan MalaysiaFazrin Lamborghini
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
WEEK 8 PEMBINAAN NEGARA BANGSA. penghayatan etika dan peradaban
WEEK 8 PEMBINAAN NEGARA BANGSA. penghayatan etika dan peradabanWEEK 8 PEMBINAAN NEGARA BANGSA. penghayatan etika dan peradaban
WEEK 8 PEMBINAAN NEGARA BANGSA. penghayatan etika dan peradabanAhmadKamalSaidin1
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Rathnaa Wayy
 
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...NursKitchen
 
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptxBAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptxsowbhakkiya13
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuanMahadhir Akmal
 

Semelhante a Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru (20)

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Kuliah 7
Kuliah 7Kuliah 7
Kuliah 7
 
Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt
Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.pptHubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt
Hubungan Etnik: Tiang seri hubungan etnik.ppt
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptx
 
BAB 4.pptx
BAB 4.pptxBAB 4.pptx
BAB 4.pptx
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptx
 
PA Semester 1.ppt
PA Semester 1.pptPA Semester 1.ppt
PA Semester 1.ppt
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
Hubungan Etnik-Perlembagaan Malaysia
Hubungan Etnik-Perlembagaan MalaysiaHubungan Etnik-Perlembagaan Malaysia
Hubungan Etnik-Perlembagaan Malaysia
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
WEEK 8 PEMBINAAN NEGARA BANGSA. penghayatan etika dan peradaban
WEEK 8 PEMBINAAN NEGARA BANGSA. penghayatan etika dan peradabanWEEK 8 PEMBINAAN NEGARA BANGSA. penghayatan etika dan peradaban
WEEK 8 PEMBINAAN NEGARA BANGSA. penghayatan etika dan peradaban
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
 
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
 
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptxBAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
 
Bab3 Perlembagaan
Bab3 PerlembagaanBab3 Perlembagaan
Bab3 Perlembagaan
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
 

Último

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Último (12)

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru

  • 1. ARTIKEL 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN KONTRAK SOSIAL
  • 2. MATLAMAT : Memberikan penjelasan bagaimana negara ini dibentuk. Menerangkan apa itu perlembagaan dan mengapa ianya perlu difahami. Memahami apa itu keistimewaan yang telah diperuntukkan kepada kaum bumiputera dan bukan bumiputera
  • 3. OBJEKTIF: Melahirkan golongan pelajar Bumiputera : - Mampu berfikir secara rasional & positif. - Peka tentang perkembangan negara. - Bertindak secara proaktif. - Meningkatkan semangat cintakan negara
  • 4. Bancian Akhir Tahun 2007 Agama-agama yang dianuti oleh 26.7 juta rakyat Malaysia (Islam 60.4%, Buddha 19.2%, Kristian 9.1%, Hindu 6.3%, Confucianists/Taoists 2.6%, Puak/adat 0.8%, lain-lain 0.4%, tiada agama 0.8% dan tidak diketahui 0.3%).
  • 6. SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan ini telah dirangka dan digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Hakim B. Malik dan Hakim Abdul Hamid pada tahun1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
  • 7. Perlembagaan Malaysia , dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan Bahagian 2 - Kebebasan asasi Bahagian 3 - Kewarganegaraan Bahagian 4 - Persekutuan Bahagian 5 - Negeri-negeri Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan Bahagian 8 - Pilihanraya Bahagian 9 - Kehakiman Bahagian 10 - Perkhidmatan awam Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat Bahagian 12 - Am dan pelbagai Bahagian 13 - Peruntukan sementara Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
  • 8. PINDAAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan negara boleh dipinda apabila majoriti 2/3 bersetuju kepada pindaan tersebut dikedua-dua dewan di PARLIMEN. Perlembagaan negara telah dipinda lebih daripada 42 kali sejak selepas kemerdekaan. Menurut pakar perlembagaan negara Shad Saleem Faruqi: Setiap kali pindaan perlembagaan dibuat, "semangat sebenar dokumen tersebut telah dicairkan”.
  • 9. DEWAN RAKYAT Berperanan mengubal dan membahas rang undang-undang. Anggota Dewan Rakyat dipilih menerusi pilihanraya umum dimana mereka bertanding bagi kawasan Parlimen. Sehingga pilihanraya 2008 sebanyak 219 kerusi parlimen dipertandingkan bagi mengisi keanggotaan di Dewan Rakyat. Anggota Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Yang Berhormat
  • 10. DEWAN NEGARA Berperanan membahas rang undang-undang yang telah diluluskan di dalam DEWAN RAKYAT. Anggota Dewan Negara juga dikenali sebagai SENATOR adalah dipilih dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong seramai 40 orang
  • 11. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengkhususkan bagaimana kerajaan pusat perlu melindungi kepentingan kaum Bumiputera dengan cara mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial , dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu. Kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Cina dan India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." PERKARA DIPERTIKAIKAN ATAS ALASAN PERKAUMAN
  • 12. Ketuanan Melayu ialah konsep yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). KETUANAN MELAYU
  • 13. OLEH ITU BERDASARKAN ARTIKEL 153 INI Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara 153 ini: Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan, apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan. Bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
  • 14. Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."
  • 15. Frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
  • 16. KESIMPULAN 1 - Kedudukan kaum Bumiputera kini lebih baik kerana Artikel 153. 2 - Ramai Bumiputera sudah berjaya dalam pelbagai bidang. 3 - Namun begitu kejayaan ini masih belum boleh dibanggakan. 4 - Bumiputera perlu ubah pemikiran, sikap dan tindakan. 5 - Sikap sayangkan bangsa perlu ada pada pemimpin dan pentadbir kita. 6 - Jangan salahkan bangsa lain yang telah maju. 7 - Jangan terlalu bergantung kepada Kerajaan dalam segala hal. 8 - Tingkatkan semangat berdikari dan usaha untuk berjaya. 9 - Berikan sepenuh komitmen kepada tugas yang telah diamanahkan. 10- Terus pertahankan kandungan yang termaktub dalam Artikel 153. NASIB DAN KEDUDUKAN GENERASI MASA HADAPAN DI TANGAN ANDA!!!