Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Ulasan artikel tgfu
1. langkah-langkah Model Thorpe dan Bunker dalam Permainan Disiplin pendidikan jasmani dan sains sukan kaya
dengan teori pedagogi pengajaran dan latihan seperti taktikal atau Teaching Games for Understanding
(TGFU) yang diasaskan oleh Bunker dan Thorpe. Teori dan model ini berupaya mewujudkan program latihan
sukan dan permainan yang mendatangkan kesan positif kepada pemain. Berikut adalah aktiviti latihan model
TGFU, dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan, diikuti dengan aktiviti situasi permainan mini dan
menganalisis permainan. Seterusnya disambung dengan aktiviti situasi permainan mini dan aktiviti menyejukkan
badan sebagai aktiviti penamat pelajaran atau latihan,Fokus utama model ini ialah mengubah suai permainan asal
kepada permainan kecil sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan komunikasi dan interaksi
sesama pelajar, penguasaan kemahiran melalui permainan yang menyeronokkan serta pengubahsuaian permainan
mengikut tahap pelajar dalam menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaranPendidikan Jasmani. Terdapat 6 langkah dalam Model Thorpe dan Bunker iaitu :
Pelajar/Murid (Learner)
Sebelum memulakan sesebuah permainan, guru mestilah memastikan sasaran murid yang akan bermain
permainan tersebut. Hal ini adalah sangat penting agar permainan yang akan dimainkan bersesuaian dengan tahap
kemampuan dan potensi murid. Dalam permainan ini, kumpulan kami mensasarkan murid Tahap2 untuk
melempar dan memasukkan gelung rotan dalam skital yang telah disediakan mengikut jarak tertentu. Walau
bagaimanapun murid Tahap Satu juga sesuai untuk memainkan permainan ini sekiranya jarak antara garisan
pembaling dan skital dikurangkan mengikut kesesuaian.
Persembahan (Perfomance)Kemahiran yang dilaksanakan (Skill Execution)
Stail dan model latihan perlu dimanipulasikan dan disusun untuk memberi faedah latihan kepada murid kumpulan
kemahiran tinggi sederhana dan rendah. Setiap teorid an model mempunyai kelebihan dan kelemahannya
tetapi yang penting ialah menggunakan unsur kekuatannya bagi meningkatkan prestasi murid pelbagai kumpulan
kemahiran dalam permainan dan sukan.. Kemahiran yang dilaksanakan juga mestilah mengikut tahap dan
kesesuaian murid. Kemahiran yang difokuskan dalam permainan ini ialah melempar gelung rotan ke tempat
sasaran iaitu skital.
Kesedaran Taktik (Tactical Awareness)
ModelTGFUyang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebihmenyeluruh bagi mewujudkan pemain
yang berkesan sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran dapat menggalakkan murid berfikir
secara kreatif , bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik bekerjasama sesama pemain dan dapat
menguasai kemahiran sukan. Maka untuk menguasai sesebuah permainan murid hendaklah merangka strategi
dan taktik tertentu untuk mencapai tahap yang diinginkan..model TGFUmenekankan kepentingan latihan dalam
situasi permainan bag imeningkatkan aspek membuat keputusan tentang penggunaan taktik dan kemahiran dalam
permainan. Dalam permainan ini taktik yang difokuskan ialah lemparan atau balingan gelung rotan yang tepat ke
arah sasaran (skital) Antara taktik yang boleh ditentukan ialah cara balingan kelajuan balingan dan arah balingan.
Membuat Keputusan yang Tepat (Making Appropiate Decisions)
Dalam permainan ini pemain hendaklah bijak membuat keputusan untuk memasukkan gelung tepat ke sasaran
dan memperoleh mata dalam jangka masa yangterhad. Oleh sebab itu, sekiranya pemain mempunyai
kemahiran dan kebolehan untukmemasukkan gelung ke dalam skital yang lebih jauh mata lebih tinggi maka
pemain akan berjaya memperoleh markah keseluruhan yang banyak. Sekiranya pemain tidak cekap adalah lebih
baik pemain mensasarkan gelung rotan ke arah skital yang lebihdekat. Oleh itu pemain mestilah bijak membuat
keputusan yang tepat.
2. Penghargaan dalam Permainan (Game Appreciation)
TGFUmemberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap
pengetahuan mereka. Tambahan pula pengubah suaian permainan akan menjadinya lebih sistematik daripada
kaedah pengajaran yang sediaada. Kaedah pengajaran ini mecakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada
kanak-kanak dalam sesuatu permainan. Maka,kanak-kanak dapat menerokai permainan ubahsuai peringkat demi
peringkat. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan baling getah dan secara tidak langsung menjadi
aktiviti lebih menarik. Hal ini dapat menggalakkan setiap individu berupaya untuk mencuba dan bermain
permainan ini . Sebagai ganjaran kata-kata semangat,dorongan, sokongan dan hadiah akan mendorong mereka
untuk lebih bersemangat dan seronok untuk bermain sekaligus dapat memberi penghargaan kepada mereka