SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 25
Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat &
Komunikasi (TMK) Pelajar Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah
                  Kebangsaan Seri Sentosa.




 NAMA AHLI KUMPULAN:

 1. IDA HAZIRA SALMINA                 M20112001099
 2. NORDINA ABDUL HAMID                M20112001085
 3. SYUHAIDA BINTI SAID                M20112001084

 SARJANA PENDIDIKAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
PENGENALAN




1.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )

       Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya menurut
Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer,
komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan
organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-
tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat.
Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh
dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan.

       Seterusnya, jika pengetahuan      untuk menggunakan komputer ada tetapi       tanpa
kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu tidak membawa banyak
impak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya,
seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama
dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan
maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital.selan itu, menurut Paisley dan Chen
(1982) dipetik daripada Brown (1997), maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang
memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh
disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

       Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat
dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang
digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat
berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti
teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan
tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan
kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar
data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan
dalam masa yang sama („synchronous‟) melalui rangkaian setempat atau global.
1.2 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)

       Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud
mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang
dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pula
menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan
kebolehan seseorang itu menggunakan komputer.

       Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya
yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan
komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang
membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994)
menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja
konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala
kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan
dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap
kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang
komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan
penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer
adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam
definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan
pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown
(1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang
komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain.
Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu
yang dikehendaki.

       Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion kepelajaran.
Pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan
komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan
konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada
masa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan
penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan pelajar-pelajar
menpelajarskannya. Oleh itu, setiap pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan
dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarian
maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada
masa hadapan.




1.3 Sikap Pelajar Terhadap Komputer

       Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripada
tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan pelajar-pelajar terhadap penggunaan
komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk
penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati
bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa-
apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk
menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer (Kay, 1990). Zhao,
Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa pelajar menggunakan komputer untuk
menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menpelajarskan pelajar mereka
dengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar.

       Ambigapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa cabaran baru dalam dunia
pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan pelajar-pelajar dan
aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan. Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa dengan
perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam
pengajaran, golongan pelajar dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran.
Pelajar mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi dan
berupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara.

       Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan
pelajar-pelajar pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji sikap
terhadap komputer dalam pelajar-pelajar pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjau
hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer
dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar (2003)
membuktikan dalam kajian mereka bahawa pelajar mempunyai sikap dan persepsi yang
positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju bahawa ICT
merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993) pula menjalankan kajian
terhadap pelajar-pelajar pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan
pengaruh model peranan pelajar yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah
membawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan
pelajar-pelajar berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, dapat
dirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang
positif terhadap pembentukan sikap para pelajar.

       Kenyataan kajian beliau dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Zulkifri
dan Raja Maznah (1994) dalam kalangan pelajar-pelajar pelatih siswazah di Universiti
Malaya. Mereka mendapati hanya 12.1 peratus daripada sampel yang mengadakan bahawa
mereka tidak mempunyai pengalaman dengan komputer, manakala mereka yang mempunyai
pengalaman adalah tinggi, iaitu sebanyak 87.9 peratus. Sebanyak 49% daripada mereka yang
mempunyai pengalaman dengan komputer mengalaminya semasa pengajian di peringkat
Ijazah Pertama atau di bangku sekolah. Mereka merumuskan bahawa pelajar-pelajar pelatih
yang mempunyai pengalaman dalam komputer semasa di sekolah atau di universiti
cenderung untuk lebih mahir daripada mereka yang tidak berpengalaman. Di samping itu,
Zulkifri dan Raja Maznah (1994) juga mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai
pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap
kebimbangan yang tinggi terhadap komputer.

       Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, & Mohd.
Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003 didapati bahawa
penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari
internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ini dapat dibuktikan melalui penggunaan
makmal komputer dalam tiga bulan pertama persekolahan hanya melibatkan 24.56% pelajar-
pelajar sahaja dengan kekerapan penggunaan yang paling tinggi adalah 21 kali dan yang
paling rendah hanya sekali sahaja dalam masa tiga bulan di mana hanya tujuh mata pelajaran
sahaja yang menggunakannya iaitu mata pelajaran matematik, sains, kimia, Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, biologi dan geografi. Pelajar-pelajar subjek lain tidak pernah
menggunakannya dalam tempoh tersebut. Daripada rekod penggunaan makmal komputer
untuk penggunaan perisian kursus bestari dan melayari internet hanya 16 daripada 22 kelas
sahaja yang menggunakannya dan 6 buah lagi tidak pernah masuk ke makmal komputer dan
kebanyakannya kelas tingkatan lima. Hasil daripada maklumat yang didapati hanya 40.53%
sahaja masa pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh tiga bulan digunakan oleh
pelajar-pelajar dalam penggunaan komputer yang sebahagian besarnya menggunakan
kemudahan internet untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka. Memandangkan
Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isu
kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke Sekolah
Menengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana mempunyai
tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar meningkatkan penggunaan IT dalam
pengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahan era ICT. Inovasi teknologi juga penting
kerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu
diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta penpelajarsan pendidikan moden di
sekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi
teknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikan
dan pembentukan sekolah berkesan. Sekolah-sekolah menengah perlu mempunyai
kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.




1.4 Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah

       Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah
bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatan
yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada komputer, overhead
projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan
muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu
dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi
dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide
Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat
mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini
dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya
mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia
bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses
oleh pelajar dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam
internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran dan
juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya
lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan
terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya
terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan pelajar dapat mencari maklumat yang
terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu pembelajaran juga membantu perkongsian
maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui
kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini
pelajar dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk
berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat
disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana
laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang
mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan
maklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu
memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran
boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan pelajar dan sesama
mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat.
ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada pelajar
dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan
terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion kepelajaran, khususnya
dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada pelajar.

       Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat
membantu meningkatkan pengajaran pelajar dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji
Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan
komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan
penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah
tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983;
1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian
pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran
dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan pengajaran pelajar boleh
mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar pelajar sahaja
(Hasselbring, et. al. 1988). Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalam
Pendidikan Sekolah Menengah adalah:

• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.

• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

• Meningkatkan motivasi pelajar.

• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).

• Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

• Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk diperoleh.

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

• Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

• Meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

• Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimum.

• Meningkat kemahiran ICT.
Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu pelajar perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran,
menggunakan bahan-bahan        yang sesuai dari internet     untuk   tujuan pengkayaan,
mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar
memahami konsep serta meguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat
bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteri
dan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai
dan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia
2002).




1.5 Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah

         Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap
Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan Teknik Dan
Vokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu” menyatakan bahawa pada abad ke-21,
negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,
liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communications Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional
terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem penpelajarsan pembelajaran dan peranan
pelajar sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan
vokasional di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion
kepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk
generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi
menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT.

   a) Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus
         Daripada temubual dengan beberapa pelajar yang kurang atau tidak menggunakan
         komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah
         utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana
         menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan
         diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam
pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina,
   membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun
   mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai
   kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi
   penghalang utama dalam dunia digital.




b) Sikap Negatif Pelajar
   Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian pelajar yang telah sebati dengan
   kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi
   instruksional (Becker & Watt, 1996). Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baru
   kepada profesion pelajar dan sistem pendidikan di Sekolah Menengah yang masih
   belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan
   teknologi baharu termasuk komputer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan
   ICT dalam Sekolah Menengah telah membuka perspektif baru tentang liberalisasi
   pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah.
   Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan
   pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran maya
   dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.

c) Kekurangan Kemahiran
   Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai
   kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang
   tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran
   komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan
   kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk,
   visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan
   artificial yang penting dalam era ICT.

          Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif
   yang   menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu
   memantapkan     bahan    pengajaran      dan   pembelajaran.   Walau   bagaimanapun,
penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet
   atau www masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee
   (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan
   pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika
   diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih
   rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran.

d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
   Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar
   ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan
   dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk
   generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan di
   sekolah menengah ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini
   bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi
   melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan
   sebagainya. Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah menengah pada
   masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada
   juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memilik
   sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Pelajar-pelajar yang menggunakan
   panduan yang terkandung dalam dokumen ini haruslah terlebih dahulu mengetahui
   tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah masing-masing sebelum
   merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi
   memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai
   dengan objektif pembelajaran. Sebagai panduan, disertakan di bawah ini matriks yang
   menunjukkan perkaitan antara tahap teknologi dan pembelajaran.

          Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan
   prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran
   tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja
   tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap pelajar
   dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk
   memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.
e) Jurang ICT dan Digital
          Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi
   ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan
   sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah,
   pendidikan dan profesion kepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan yang
   konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar
   bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion kepelajaran perlu memberikan
   perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan
   meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai
   pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar
   bandar. Lebih banyak peruntukan dan pelajar-pelajar yang terlatih dalam bidang ICT
   dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi
   dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.

f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
          Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi
   membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada
   pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited
   terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus
   perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi
   membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar.
          Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar.
   Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi
   menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan
   pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.
Cadangan




  a) Kekangan Menghabiskan Silibus
            Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia
     ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel,
     program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah, dan perisian yang perlu
     dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif
     dan ekstensif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia,
     khususnya powerpoint dan layar tayang boleh memberikan kesan positif kepada
     perkembangan minat pelajar. Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan
     dipantau oleh pelajarpelajar yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang IT.
            Pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada penggunaan internet, website, on-
     line, e-mel dan pendekatan dan kaedah lain berasaskan penggunaan komputer.
     Menurut Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum
     Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan
     pembelajaran perlu dirancang dengan baik, bukan secara “bidang terjun” atau sebagai
     aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Penggunaan ICT
     bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan
     pembelajaran.




  b) Sikap Negatif Pelajar
     Pelajar harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan
     selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan
     teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar
     penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi
     membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.
            Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan
     anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers
     & Black, 1994). Kajian ini mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan
anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang
  dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan
  yang akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh
  pelajar dalam menghadapi cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001).
         Justeru, para pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer
  dalam pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut, pelajar-pelajar
  perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam
  bilik darjah. (Ambigapathy & Suthagar, 2003).

         Menurut Robiah (2003) menyatakan bahawa lantas sikap pelajar yang positif
  akan lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
  pembelajaran di Sekolah Menengah berjalan secara lancar, pantas dan menyeluruh.
  Pelajar perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan
  pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Pelajar perlu bersedia
  melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan
  pembelajaran. Pelajar harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang
  diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks
  penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan
  pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini
  bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.
         Selain itu, pelajar juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan
  kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan
  pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan
  inovasi teknologi.




c) Kekurangan Kemahiran
         Pelajar perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya
  profesion kepelajaran mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak
  sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion kepelajaran dalam
  konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar pelajar-pelajar yang berkhidmat di
  sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession kepelajaran
mereka. Program perkembangan staf yang melibatkan profesion kepelajaran di
   sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik. Ini boleh membawa kepada inovasi
   dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan. Profesion kepelajaran
   harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam
   penggunaan ICT di Sekolah Menengah.




d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
          Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia
   seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan
   Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan
   infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk
   membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.




e) Jurang ICT dan Digital
          Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di
   sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
   akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu,
   usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah
   pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar
   bandar. Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa
   Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan.
   Manakala perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan.




f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
          Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin
   dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali
   menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-
   sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku
terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT,
sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya
perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan
teknologi maklumat.Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang
mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering
kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di
sekolah-sekolah.
METODOLOGI KAJIAN




2.1 Pendahuluan

       Kajian ini merupakan satu kajian mengenai minat pelajar terhadap matapelajaran
Teknologi Maklumat & Komunikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa,
Kuala Lumpur. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah ini
hanya bersifat mendapat maklumat dan pandangan pelajar-pelajar yang berkenaan
mengenai matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pelajar disekolah. Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan persepsi
pelajar-pelajar di sekolah menengah terhadap paras penguasaan masa kini dan persepsi
pelajar-pelajar di sekolah menengah terhadap apa yang diperlukan untuk menguasai
teknologi maklumat.

       Menurut King, et al.(1994) dan Neuman (2000), kajian yang terbaik merupakan
kajian yang sering menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada kajian berbentuk
kuantitatif dan kualitatif. Menurut Neuman (2000) lagi, kelemahan yang terdapat di
dalam kajian berbentuk kuantitatif akan ditampung oleh kelebihan yang terdapat pada
kajian yang berbentuk kualitatif dan begitulah sebaliknya. Ragin (1994) juga mendapati
ciri yang terdapat pada kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif dapat menyokong
kelemahan yang terdapat di antara satu sama lain. Salah satu ciri yang menyokong
kelemahan kedua-dua bentuk kajian ialah kaedah pemungutan data masing-masing yang
berbeza. Kajian berbentuk kuantitatif selalunya lebih kepada proses pengumpulan data
untuk melihat masalah yang besar manakala kajian berbentuk kualitatif selalunya lebih
kepada pemungutan data secara mendalam.




2.2 Tempat Dan Masa Kajian

       Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa, pelajaran
Tingkata 4 dan 5. Responden dipilih secara rawak yang mengambil matapelajaran
tersebut di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian dijalankan keatas pelajar
tingkatan 4 dan 5 untuk melihat sejauh mana minat mereka dan minat berkaitan latihan
terhadap matapelajaran tersebut.
2.3 Kaedah Kajian

       Kaedah tinjauan digunakan di dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal
selidik yang diedarkan kepada responden. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih sebagai
responden. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua pelajar dalam sampel kajian
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih menjadi subjek atau responden kajian.
DAPATAN KAJIAN




3.1   Latar Belakang Responden

             Kajian ini telah dijalankan sacara rawak dikalangan pelajar-pelajar
      Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa yang
      melibatkan 63% lelaki dan 37% perempuan. Ini menunjukkan lelaki lebih
      berminat dengan matapelajaran ini. 3 agama yang utama terlibat dalam kajian ini
      iaitu Islam (35%), Kristian (42%) dan Buddha (23%). Selain itu, tinjauan ini
      melibatkan 56% pelajar Tingkatan 4 dan selebihnya Tingkatan 5. Tinjauan tentang
      bilangan jam sehari membuat latihan/kerja rumah untuk matapelajaran Teknologi
      Maklumat dan Komunikasi rata-ratanya tidak langsung membuatnya (44%).
      Diikuti pula dgn 1jam (30%), 30minit (22%) dan 2jam (4%). Responden mungkin
      matapelajaran ini senang untuk dipahami berbanding matapelajaran teras. 2 aliran
      yang terlibat iaitu Sains (84%) dan Sastera (26%) dan 3 bangsa utama yang
      terlibat adalah Melayu (35%), Cina (45%) dan India (20%). Pelajar beraliran
      Sains lebih berminta dalam meneroka teknologi maklumat dan komunikasi.




3.2   Berkaitan    Minat Terhadap       Matapelajaran    Teknologi    Maklumat &
      Komunikasi

             Bahagian II (A) ini meninjau berkaitan minat terhadap matapelajaran
      Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebanyak 10 soalan diajukan dan 3 pilihan
      jawapan untuk dipilih iaitu Ya, Tidak atau Tidak Pasti. Dapatan mengatakan 73%
      responden yang telah menjawap soalan kajian selidik ni meminati matapelajaran
      Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ini kerana matapelajaran ini merupakan
      pilihan dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan tarikan yang berteknologi tinggi
      menjadi ikutan zaman sekarang. 19% responden mengata tidak berminat terhadap
      matapelajaran ini kerana mungkin tidak mempunyai pilihan lain dan mengaggap
      matapelajaran ini senang dari yang lain. Manakala 8% mengatakan tidak pasti.
3.3   Berkaitan Minat Terhadap Latihan Matapelajaran Teknologi Maklumat &
      Komunikasi

             Bahagian II (B) ini meninjau berkaitan minat terhadap latihan
      Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Keputusan menunjukkan 68% responden
      mengatakan ya. Latihan yang menarik minat mereka bila melibatkkan kerja
      kumpulan atau latihan bersama-sama rakan. Selain itu menjelajah ke dalam blog
      dan website membuat mereka lebih berminat dengan matapelajaran ini. % yang
      paling tinggi di bahagian ini ialah 93% mengatakan mereka suka membuat latihan
      disebabkan pengaruh rakan-rakan, diikuti 89% suka membuat latihan bersama
      rakan-rakan dan 83% mengatakan mereka dapat meneroka ilmu baru dari
      matapelajaran ini. Manakala 23% daripada responden mengatakan tidak berminat
      dengan latihan yang berkaitan dengan latihan ini. Mereka kurang mendapat
      pendedahan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Lebihan peratusan itu
      mengatakan merak tidak pasti.
RUMUSAN

       Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan
murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari
masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia
dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam
pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan
yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak
pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan
pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.


       Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan
ini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi
berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi
meningkatkan ekonomi maka Teknologi Maklumat dan Komunikasi dilihat mampu
memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan.

       Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara
bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Langkah kerajaan
melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah
tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau.
MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak
tidak kira kerajaan ataupun swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat yang
melonjakkan nama negara Malaysia.
BIBLIOGRAFI

Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan, PTS Profesional Publishing Sdn
Bhd.




Stockley, D. (2003). E-learning Definition and Explanation (E-learning, Online Training,
Online Learning), Sept 3, 2008, http://derekstockley.com.au/elearning-definition.html




Gilbert, J. (2001). Leveraging Effective ICT Strategies for Sustainable Development.
Workshop on Sectoral Planning for Information Technology. Pembentangan di Regional
Initiative for Information and Communication Technology Strategies Conference 2001,
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia, 24-26 July 2001.




Jaya Kumar (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah-Sekolah Malaysia, Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini, Kementerian
Pendidikan Malaysia.




M Sukri Saud et al. (2007) Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning)
Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian
Tinggi (IPTA) Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Borang Kaji Selidik

    Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi
  (TMK) Pelajar Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa.

  Assalamualaikum/Salam sejahtera,

     i.      Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang minat
             pelajar terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)
             di sekolah menengah.
    ii.      Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu
             penyelidik untuk mendapat data kajian.
   iii.      Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN.
   iv.       Kerjasama anda melengkapkan soal selidik iniadalah amat dihargai.
 Bahagian I : Latar Belakang Responden.




Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda di ruangan yang di sediakan.

1. Jantina                         Lelaki                6.Aliran     Sains
                                   Perempuan                          Sastera


2. Agama                           Islam                 7. Bangsa    Melayu
                                   Kristian                           Cina
                                   Buddha                             India


3. Tingkatan                       Tingkatan 4
                                   Tingkatan 5


4. Bilangan jam sehari             0 jam
membuat                            ½ jam
latihan/kerja rumah                1jam
Matapelajaran TMK                  2jam
                                   >2jam
Bahagian II : Kajian Yang Dibuat Kepada Responden.


 Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda.

      A. Berkaitan     minat   terhadap   matapelajaran    Teknologi   Maklumat    &
         Komunikasi (TMK)

                                                                                  Tidak
                                                                  Ya    Tidak
                                                                                  Pasti
  1    Saya menyukai matapelajaran TMK
       Saya dapat meningkatkan motivasi diri apabila belajar
  2
       TMK
  3    Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar TMK
       Saya rasa seronok apabila dapat menjawab soalan TMK
  4
       dengan betul.
       Bagi saya TMK sangat mudah sekiranya memahami
  5
       konsep.
       Saya dapat mendisplinkan diri saya apabila mempelajari
  6
       TMK
  7    TMK membantu saya kerana tidak perlu menghafal fakta.
       TMK membantu saya cara berfikir untuk menyelesaikan
  8
       masalah.
       Saya di peluang untuk meneroka ilmu bru TMK di dalam
  9
       kelas.
 10    Saya rasa seronok apabila memasuki kelas TMK
B. Berkaitan minat terhadap latihan Teknologi Maklumat & Komunikasi
       (TMK).

                                                                                Tidak
                                                                   Ya   Tidak
                                                                                Pasti
      Saya   suka    membuat     latihan   TMK   kerana    dapat
11
      meningkatkan kemahiran saya.
12    Saya suka membuat latihan TMK di waktu lapang.
      Ibubapa saya mendorong / mebimbing saya dalam
13
      membuat latihan TMK.
      Saya buat latihan TMK yang kerap dapat meningkatkan
14
      markah saya dalam peperiksaan.
15    Saya suka membuat latihan TMK bersama rakan-rakan.
      Saya suka membuat latihan TMK disebabkan pengaruh
16
      rakan-rakan.
      Setiap kali saya membuat latihan TMK saya rasa puas
17
      hati apabila menyelesaikan tugas saya.
      Saya akan cuba dapatkan latihan TMK melalui blog dan
18
      website.
19    Melalui latihan TMK saya dapat meneroka ilmu baru.
      Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam TMK
20
      melalui latihan yang saya selesaikan.



                    TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...azwinashafira2012
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentationNor Aminah
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIrma Gurlz
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukieMohd Dasuki
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANSuhaili Hanafi
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanummuha
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PShah Awang
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelsharilzal
 

Mais procurados (19)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 

Destaque

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Payeh NorMan
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.Nur Haziqah Utieh
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Soal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahSoal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahJohari Ibrahim
 
87443653 75101 3
87443653 75101 387443653 75101 3
87443653 75101 3mat Ki
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanFiza Joon Mblaq
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHabdol rahim
 
soalan soal selidik
soalan soal selidiksoalan soal selidik
soalan soal selidikAgnes Tan
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikmisraini
 
Borang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekBorang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekNona Naza
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahlinamira
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp fazfazrul
 

Destaque (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Soal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahSoal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarah
 
87443653 75101 3
87443653 75101 387443653 75101 3
87443653 75101 3
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
soalan soal selidik
soalan soal selidiksoalan soal selidik
soalan soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
soal selidik
soal selidik soal selidik
soal selidik
 
Borang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekBorang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sek
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarah
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp faz
 

Semelhante a KPT6044 - Kajian Tinjauan

Final intraksi 8
Final intraksi 8Final intraksi 8
Final intraksi 8suryanaupsi
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahMazliza Maz
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...MuhammadZulaziziMohd
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranZaidi Othman
 
12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajarankrys73
 
12. using ict for teaching and learning
12. using ict for teaching and learning12. using ict for teaching and learning
12. using ict for teaching and learningNgan Jiaing
 
Penggunaan ICT Dalam PdP
Penggunaan ICT Dalam PdPPenggunaan ICT Dalam PdP
Penggunaan ICT Dalam PdPSuhairul Hablee
 
12. penggunaan teknologi
12. penggunaan teknologi12. penggunaan teknologi
12. penggunaan teknologiSionglu Siong
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarshamsuhaila85
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 

Semelhante a KPT6044 - Kajian Tinjauan (20)

Final intraksi 8
Final intraksi 8Final intraksi 8
Final intraksi 8
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarah
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
 
Isu12 ict
Isu12 ictIsu12 ict
Isu12 ict
 
12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
 
PDP
PDPPDP
PDP
 
12. using ict for teaching and learning
12. using ict for teaching and learning12. using ict for teaching and learning
12. using ict for teaching and learning
 
Penggunaan ICT Dalam PdP
Penggunaan ICT Dalam PdPPenggunaan ICT Dalam PdP
Penggunaan ICT Dalam PdP
 
12. penggunaan teknologi
12. penggunaan teknologi12. penggunaan teknologi
12. penggunaan teknologi
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
 
Tugasan 4 Penilaian Kendiri
Tugasan 4 Penilaian KendiriTugasan 4 Penilaian Kendiri
Tugasan 4 Penilaian Kendiri
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 

KPT6044 - Kajian Tinjauan

  • 1. Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Pelajar Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa. NAMA AHLI KUMPULAN: 1. IDA HAZIRA SALMINA M20112001099 2. NORDINA ABDUL HAMID M20112001085 3. SYUHAIDA BINTI SAID M20112001084 SARJANA PENDIDIKAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
  • 2. PENGENALAN 1.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga- tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan. Seterusnya, jika pengetahuan untuk menggunakan komputer ada tetapi tanpa kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu tidak membawa banyak impak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya, seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital.selan itu, menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997), maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama („synchronous‟) melalui rangkaian setempat atau global.
  • 3. 1.2 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer. Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki. Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion kepelajaran. Pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan
  • 4. penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan pelajar-pelajar menpelajarskannya. Oleh itu, setiap pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa hadapan. 1.3 Sikap Pelajar Terhadap Komputer Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan pelajar-pelajar terhadap penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa- apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa pelajar menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menpelajarskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar. Ambigapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa cabaran baru dalam dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan pelajar-pelajar dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan pelajar dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Pelajar mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi dan berupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara. Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan pelajar-pelajar pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji sikap terhadap komputer dalam pelajar-pelajar pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjau hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer
  • 5. dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar (2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa pelajar mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju bahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993) pula menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan pengaruh model peranan pelajar yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah membawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan pelajar-pelajar berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, dapat dirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang positif terhadap pembentukan sikap para pelajar. Kenyataan kajian beliau dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Zulkifri dan Raja Maznah (1994) dalam kalangan pelajar-pelajar pelatih siswazah di Universiti Malaya. Mereka mendapati hanya 12.1 peratus daripada sampel yang mengadakan bahawa mereka tidak mempunyai pengalaman dengan komputer, manakala mereka yang mempunyai pengalaman adalah tinggi, iaitu sebanyak 87.9 peratus. Sebanyak 49% daripada mereka yang mempunyai pengalaman dengan komputer mengalaminya semasa pengajian di peringkat Ijazah Pertama atau di bangku sekolah. Mereka merumuskan bahawa pelajar-pelajar pelatih yang mempunyai pengalaman dalam komputer semasa di sekolah atau di universiti cenderung untuk lebih mahir daripada mereka yang tidak berpengalaman. Di samping itu, Zulkifri dan Raja Maznah (1994) juga mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, & Mohd. Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003 didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ini dapat dibuktikan melalui penggunaan makmal komputer dalam tiga bulan pertama persekolahan hanya melibatkan 24.56% pelajar- pelajar sahaja dengan kekerapan penggunaan yang paling tinggi adalah 21 kali dan yang paling rendah hanya sekali sahaja dalam masa tiga bulan di mana hanya tujuh mata pelajaran sahaja yang menggunakannya iaitu mata pelajaran matematik, sains, kimia, Bahasa Melayu,
  • 6. Bahasa Inggeris, biologi dan geografi. Pelajar-pelajar subjek lain tidak pernah menggunakannya dalam tempoh tersebut. Daripada rekod penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari dan melayari internet hanya 16 daripada 22 kelas sahaja yang menggunakannya dan 6 buah lagi tidak pernah masuk ke makmal komputer dan kebanyakannya kelas tingkatan lima. Hasil daripada maklumat yang didapati hanya 40.53% sahaja masa pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh tiga bulan digunakan oleh pelajar-pelajar dalam penggunaan komputer yang sebahagian besarnya menggunakan kemudahan internet untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka. Memandangkan Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isu kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke Sekolah Menengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar meningkatkan penggunaan IT dalam pengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahan era ICT. Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta penpelajarsan pendidikan moden di sekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikan dan pembentukan sekolah berkesan. Sekolah-sekolah menengah perlu mempunyai kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT. 1.4 Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat
  • 7. mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh pelajar dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan pelajar dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini pelajar dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan pelajar dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada pelajar dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion kepelajaran, khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada pelajar. Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran pelajar dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah
  • 8. tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan pengajaran pelajar boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar pelajar sahaja (Hasselbring, et. al. 1988). Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah adalah: • Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. • Meningkatkan motivasi pelajar. • Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). • Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi. • Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. • Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. • Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. • Meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar. • Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. • Meningkat kemahiran ICT.
  • 9. Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu pelajar perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran, menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta meguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002). 1.5 Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu” menyatakan bahawa pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem penpelajarsan pembelajaran dan peranan pelajar sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion kepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT. a) Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus Daripada temubual dengan beberapa pelajar yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam
  • 10. pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital. b) Sikap Negatif Pelajar Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian pelajar yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1996). Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baru kepada profesion pelajar dan sistem pendidikan di Sekolah Menengah yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam Sekolah Menengah telah membuka perspektif baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya. c) Kekurangan Kemahiran Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan artificial yang penting dalam era ICT. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,
  • 11. penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran. d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan di sekolah menengah ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah menengah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memilik sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Pelajar-pelajar yang menggunakan panduan yang terkandung dalam dokumen ini haruslah terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah masing-masing sebelum merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan objektif pembelajaran. Sebagai panduan, disertakan di bawah ini matriks yang menunjukkan perkaitan antara tahap teknologi dan pembelajaran. Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap pelajar dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.
  • 12. e) Jurang ICT dan Digital Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion kepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion kepelajaran perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar. Lebih banyak peruntukan dan pelajar-pelajar yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital. f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.
  • 13. Cadangan a) Kekangan Menghabiskan Silibus Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah, dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif dan ekstensif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia, khususnya powerpoint dan layar tayang boleh memberikan kesan positif kepada perkembangan minat pelajar. Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh pelajarpelajar yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang IT. Pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada penggunaan internet, website, on- line, e-mel dan pendekatan dan kaedah lain berasaskan penggunaan komputer. Menurut Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik, bukan secara “bidang terjun” atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran. b) Sikap Negatif Pelajar Pelajar harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). Kajian ini mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan
  • 14. anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh pelajar dalam menghadapi cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut, pelajar-pelajar perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy & Suthagar, 2003). Menurut Robiah (2003) menyatakan bahawa lantas sikap pelajar yang positif akan lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah berjalan secara lancar, pantas dan menyeluruh. Pelajar perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Pelajar perlu bersedia melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain itu, pelajar juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. c) Kekurangan Kemahiran Pelajar perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion kepelajaran mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion kepelajaran dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar pelajar-pelajar yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession kepelajaran
  • 15. mereka. Program perkembangan staf yang melibatkan profesion kepelajaran di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik. Ini boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan. Profesion kepelajaran harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah Menengah. d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur. e) Jurang ICT dan Digital Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan. f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah- sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku
  • 16. terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah.
  • 17. METODOLOGI KAJIAN 2.1 Pendahuluan Kajian ini merupakan satu kajian mengenai minat pelajar terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa, Kuala Lumpur. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah ini hanya bersifat mendapat maklumat dan pandangan pelajar-pelajar yang berkenaan mengenai matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar disekolah. Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan persepsi pelajar-pelajar di sekolah menengah terhadap paras penguasaan masa kini dan persepsi pelajar-pelajar di sekolah menengah terhadap apa yang diperlukan untuk menguasai teknologi maklumat. Menurut King, et al.(1994) dan Neuman (2000), kajian yang terbaik merupakan kajian yang sering menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Menurut Neuman (2000) lagi, kelemahan yang terdapat di dalam kajian berbentuk kuantitatif akan ditampung oleh kelebihan yang terdapat pada kajian yang berbentuk kualitatif dan begitulah sebaliknya. Ragin (1994) juga mendapati ciri yang terdapat pada kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif dapat menyokong kelemahan yang terdapat di antara satu sama lain. Salah satu ciri yang menyokong kelemahan kedua-dua bentuk kajian ialah kaedah pemungutan data masing-masing yang berbeza. Kajian berbentuk kuantitatif selalunya lebih kepada proses pengumpulan data untuk melihat masalah yang besar manakala kajian berbentuk kualitatif selalunya lebih kepada pemungutan data secara mendalam. 2.2 Tempat Dan Masa Kajian Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa, pelajaran Tingkata 4 dan 5. Responden dipilih secara rawak yang mengambil matapelajaran tersebut di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian dijalankan keatas pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk melihat sejauh mana minat mereka dan minat berkaitan latihan terhadap matapelajaran tersebut.
  • 18. 2.3 Kaedah Kajian Kaedah tinjauan digunakan di dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua pelajar dalam sampel kajian mempunyai peluang yang sama untuk dipilih menjadi subjek atau responden kajian.
  • 19. DAPATAN KAJIAN 3.1 Latar Belakang Responden Kajian ini telah dijalankan sacara rawak dikalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa yang melibatkan 63% lelaki dan 37% perempuan. Ini menunjukkan lelaki lebih berminat dengan matapelajaran ini. 3 agama yang utama terlibat dalam kajian ini iaitu Islam (35%), Kristian (42%) dan Buddha (23%). Selain itu, tinjauan ini melibatkan 56% pelajar Tingkatan 4 dan selebihnya Tingkatan 5. Tinjauan tentang bilangan jam sehari membuat latihan/kerja rumah untuk matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi rata-ratanya tidak langsung membuatnya (44%). Diikuti pula dgn 1jam (30%), 30minit (22%) dan 2jam (4%). Responden mungkin matapelajaran ini senang untuk dipahami berbanding matapelajaran teras. 2 aliran yang terlibat iaitu Sains (84%) dan Sastera (26%) dan 3 bangsa utama yang terlibat adalah Melayu (35%), Cina (45%) dan India (20%). Pelajar beraliran Sains lebih berminta dalam meneroka teknologi maklumat dan komunikasi. 3.2 Berkaitan Minat Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi Bahagian II (A) ini meninjau berkaitan minat terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebanyak 10 soalan diajukan dan 3 pilihan jawapan untuk dipilih iaitu Ya, Tidak atau Tidak Pasti. Dapatan mengatakan 73% responden yang telah menjawap soalan kajian selidik ni meminati matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ini kerana matapelajaran ini merupakan pilihan dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan tarikan yang berteknologi tinggi menjadi ikutan zaman sekarang. 19% responden mengata tidak berminat terhadap matapelajaran ini kerana mungkin tidak mempunyai pilihan lain dan mengaggap matapelajaran ini senang dari yang lain. Manakala 8% mengatakan tidak pasti.
  • 20. 3.3 Berkaitan Minat Terhadap Latihan Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi Bahagian II (B) ini meninjau berkaitan minat terhadap latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Keputusan menunjukkan 68% responden mengatakan ya. Latihan yang menarik minat mereka bila melibatkkan kerja kumpulan atau latihan bersama-sama rakan. Selain itu menjelajah ke dalam blog dan website membuat mereka lebih berminat dengan matapelajaran ini. % yang paling tinggi di bahagian ini ialah 93% mengatakan mereka suka membuat latihan disebabkan pengaruh rakan-rakan, diikuti 89% suka membuat latihan bersama rakan-rakan dan 83% mengatakan mereka dapat meneroka ilmu baru dari matapelajaran ini. Manakala 23% daripada responden mengatakan tidak berminat dengan latihan yang berkaitan dengan latihan ini. Mereka kurang mendapat pendedahan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Lebihan peratusan itu mengatakan merak tidak pasti.
  • 21. RUMUSAN Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan ini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi maka Teknologi Maklumat dan Komunikasi dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan. Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat yang melonjakkan nama negara Malaysia.
  • 22. BIBLIOGRAFI Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan, PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Stockley, D. (2003). E-learning Definition and Explanation (E-learning, Online Training, Online Learning), Sept 3, 2008, http://derekstockley.com.au/elearning-definition.html Gilbert, J. (2001). Leveraging Effective ICT Strategies for Sustainable Development. Workshop on Sectoral Planning for Information Technology. Pembentangan di Regional Initiative for Information and Communication Technology Strategies Conference 2001, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia, 24-26 July 2001. Jaya Kumar (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia, Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia. M Sukri Saud et al. (2007) Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
  • 23. Borang Kaji Selidik Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Pelajar Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa. Assalamualaikum/Salam sejahtera, i. Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang minat pelajar terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) di sekolah menengah. ii. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu penyelidik untuk mendapat data kajian. iii. Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN. iv. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik iniadalah amat dihargai. Bahagian I : Latar Belakang Responden. Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda di ruangan yang di sediakan. 1. Jantina Lelaki 6.Aliran Sains Perempuan Sastera 2. Agama Islam 7. Bangsa Melayu Kristian Cina Buddha India 3. Tingkatan Tingkatan 4 Tingkatan 5 4. Bilangan jam sehari 0 jam membuat ½ jam latihan/kerja rumah 1jam Matapelajaran TMK 2jam >2jam
  • 24. Bahagian II : Kajian Yang Dibuat Kepada Responden. Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda. A. Berkaitan minat terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Tidak Ya Tidak Pasti 1 Saya menyukai matapelajaran TMK Saya dapat meningkatkan motivasi diri apabila belajar 2 TMK 3 Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar TMK Saya rasa seronok apabila dapat menjawab soalan TMK 4 dengan betul. Bagi saya TMK sangat mudah sekiranya memahami 5 konsep. Saya dapat mendisplinkan diri saya apabila mempelajari 6 TMK 7 TMK membantu saya kerana tidak perlu menghafal fakta. TMK membantu saya cara berfikir untuk menyelesaikan 8 masalah. Saya di peluang untuk meneroka ilmu bru TMK di dalam 9 kelas. 10 Saya rasa seronok apabila memasuki kelas TMK
  • 25. B. Berkaitan minat terhadap latihan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Tidak Ya Tidak Pasti Saya suka membuat latihan TMK kerana dapat 11 meningkatkan kemahiran saya. 12 Saya suka membuat latihan TMK di waktu lapang. Ibubapa saya mendorong / mebimbing saya dalam 13 membuat latihan TMK. Saya buat latihan TMK yang kerap dapat meningkatkan 14 markah saya dalam peperiksaan. 15 Saya suka membuat latihan TMK bersama rakan-rakan. Saya suka membuat latihan TMK disebabkan pengaruh 16 rakan-rakan. Setiap kali saya membuat latihan TMK saya rasa puas 17 hati apabila menyelesaikan tugas saya. Saya akan cuba dapatkan latihan TMK melalui blog dan 18 website. 19 Melalui latihan TMK saya dapat meneroka ilmu baru. Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam TMK 20 melalui latihan yang saya selesaikan. TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA