SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK.

PENSYARAH: DR. JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT
KURSUS: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
(KPT6044)
TUGASAN 4: KAJIAN TINJAUAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA
KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI SEKOLAHSEKOLAH NEGERI PERAK.

NOR HUSNIYAH BT MOHD RASHID
861004-38-5724
M20112001081
MT19
1
KANDUNGAN

1.0

PENDAHULUAN
1.1

1

1.2

Penyataan Masalah

1

1.3

Objektif Kajian

2

1.4

Persoalan Kajian

2

1.5

2.0

Pengenalan

Kepentingan Kajian

3

SOROTAN KAJIAN
2.1

3.0

Kajian Literatur

3

METODOLOGI KAJIAN
3.1

5

3.2

Sampel Kajian

5

3.3

4.0

Rekabentuk Kajian

Instrumen Kajian

5

DAPATAN KAJIAN
4.1

Bahagian A: Latarbelakang Responden

7

4.2

Bahagian B: Tahap Kekerapan dan Penggunaan Komputer

8

Dalam Pembelajaran dan Pengajaran
4.3

Bahagian C: Masalah Penggunaan Media Komputer Dalam

9

Proses Pembelajaran dan Pengajaran

5.0

CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1

Cadangan

10

5.2

Penutup

10

Rujukan

11

2
i
BAB 1: PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran
berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik
mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah menengah,
iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk
membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu
matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Menyedari kepentingan penggunaan ICT pada masa kini, maka guru digalakkan
mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Antara usaha untuk
membentuk satu proses pengajaran supaya pelajar memahami sesuatu konsep adalah dengan
mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar.
Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan mengintegrasikan teknologi
di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai
teknologi yang akan digunakan.

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI)
adalah terminologi yang digunakan secara meluas untuk menerangkan tentang
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maier et al,
(1998), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bermaksud sebarang
penggunaan komputer secara terancang dan teratur bagi membantu mempertingkatkan
pengajaran dan pembelajaran. Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan
bahawa PBK amat berkesan berbanding dengan pendekatan tradisional.

1.2

Pernyataan Masalah

Dengan menjadikan teknologi sebagai bahan bantu mengajar secara langsung dapat
meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas, serta meningkatkan minat dan motivasi
pelajar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh membawa kepada
pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan prestasi pelajar (Garofalo et. al., 2000). Ini
1
selaras dengan pendapat Shamatha, et. al., (2004) iaitu tranformasi teknologi adalah perlu
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bermaksud inovasi dan penciptaan perisian
atau aplikasi teknologi terkini dapat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih aktif, bermakna dan mencabar. Komputer telah digunakan dalam pendidikan sejak
beberapa dekad yang lepas, dan sekarang ini ianya dapat diterima tanpa pertikaian atau tanpa
syarat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan (Yushau, 2006).

Memandangkan penggunaan alat bantu mengajar biasa seperti radio, televisyen, mesin
taip dan OHP tidak menghasilkan peningkatan yang ketara di dalam pencapaian
akademik pelajar, penggunaan komputer di dalam bilik darjah mempunyai potensi yang
besar dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan sains dan matematik
(Kelman,1983). Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan
sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran, antaranya seperti video,
perisian komputer, perisian kursus, dan internet. Tanpa kemahiran mengendali dan
memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun perkakasan tersebut tidak
akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat
banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak
peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru
tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.

1.3

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media komputer di kalangan guru
di sekitar kawasan Beruas, Perak. Objektif kajian adalah seperti berikut:1.3.1

Mengenalpasti kekerapan penggunaan media komputer oleh guru dalam
pembelajaran dan pengajaran

1.3.2

Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran

1.3.3

1.4

Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran

Persoalan Kajian

Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut:-

2
1.4.1

Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media komputer
dalam pengajaran mereka?

1.4.2

Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam
proses pembelajaran?

1.4.3

Apakah masalah penggunaan media komputer di dalam pembelajaran dan
pengajaran?

1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer
dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah Negeri Perak. Hasil kajian
ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawai
pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuat
perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru dengan kemahiran-kemahiran
yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini dengan lebih kerap dan efektif.
Kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individuindividu yang terbabit secara langsung dalam pembangunan guru-guru di seluruh negeri
dalam cabaran dan impak globalisasi.

BAB 2: SOROTAN KAJIAN

2.1

Kajian Literatur

Kajian-kajian yang lalu menunjukkan guru kurang menggunakan peralatan di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian Norhayati Abd Mukti (2000) ke atas 15 orang
guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar
belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap
penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan
menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran
dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih
kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara
masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa
3
untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan
masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.
Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah
Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran
dengan efektif,

dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara tidak

langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan
boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu,
bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapabeberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan
sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar adalah positif. Walau
bagaimanapun kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan
dipertingkatkan terlebih dahulu. Manakala kajian yang telah dijalankan oleh Nazamuddin (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan
mendapati guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada
yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah
besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang
tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan
kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam
perkhidmatan.

4
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1

Rekabentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media komputer dalam
pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah Negeri Perak. Rekabentuk kajian adalah
bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik.

3.2

Sampel Kajian

Responden dalam kajian ini terdiri dari 40 orang pelajar sekolah di Beruas, Perak.
Sebanyak empat buah dipilih iaitu SMK Raja Shahriman Beruas, SMK Changkat Beruas,
SK Beruas dan SK Gangga Beruas. Daripada jumlah tersebut pelajar lelaki adalah
sebanyak 20 orang dan pelajar perempuan adalah sebanyak 20 orang.

3.3

Instrumen kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang
soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A: maklumat latar
belakang responden, Bahagian B: bertujuan meninjau kekerapan dan penerimaan
responden terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
penggunaan komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran, Bahagian C: bertujuan
meninjau pandangan responden terhadap masalah penggunaan media komputer dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Responden-responden ini diambil secara rawak di
keempat-empat buah sekolah ini.

Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik. Dalam kajian ini, segala jawapan
responden akan diukur dengan menggunakan skala Likert. Skala Likert yan digunakan
dalam kajian ini adalah melibatkan lima pilihan. Soal selidik yang dibina adalah
berdasarkan kepada skala Likert yang mempunyai pemberatan seperti dalam jadual di
bawah ini:

5
Jadual 3.1
Pemberatan Skala Likert
Pemberat

Skor

Sangat Setuju (SS)
Setuju (S)
Tidak Pasti (TP)
Tidak Setuju (TS)

5
4
3
2

Sangat Tidak Setuju (STS)

1

Bagi menjawab persoalan kajian,

melibatkan tahap penggunaan komputer dalam

kalangan pelajar, skala Likert yang diadaptasi daripada Mahat Ibrahim (1996) yang
membahagikan skala pengukuran seperti jadual di bawah ini, telah digunakan.

Jadual 3.2
Skala Pengukuran

Pilihan

Skala

Sangat Kerap (SK)

[5]

Penerangan
Menggunakannya dalam setiap kali pengajaran dan
pembelajaran.

Kerap (K)

[4]

Menggunakan sekali sahaja dalam setiap minggu.

Sederhana Kerap (KK)

[3]

Menggunakan sekali sahaja dalam setiap dua
minggu.

Kadang-kadang (SS)

[2]

Menggunakan sekali sahaja dalam tempoh sebulan.

[1]

Tidak pernah menggunakannya dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Tidak Pernah (TP)

Data-data yang dikumpul dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif. Analisis
data akan dilakukan dengan bantuan perisian Statistical Packages for Social Science
(SPSS) versi 18.0. Kaedah analisis data yang telah digunakan ialah kaedah statistik
deskriptif. Kaedah peratusan dan skor min digunakan bagi menjawab soalan-soalan. Bagi
soalan di bahagian A, data telah dianalisis menggunakan format peratusan. Bagi soalan di
6
bahagian B dan C pula, kaedah statistik deskriptif seperti pengukuran menggunakan skor
min dan sisihan piawaian telah digunakan bagi menganalisis data.

BAB 4: DAPATAN KAJIAN
Bahagian A – Latar Belakang Responden

4.1

Bahagian A meliputi latar belakang responden terdiri daripada 2 item iaitu sekolah dan
jantina.

4.1.1

Sekolah
Jadual 4.1
Taburan Bilangan Responden Mengikut Sekolah
Sekolah

N

Peratus (%)

SMK Raja Shahriman

10

25%

SMK Changkat Beruas

10

25%

SK Beruas

10

25%

SK Gangga Beruas

10

25%

Jumlah

40

100

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut sekolah. Hasil kajian
menunjukkan setiap sekolah diwakili 10 orang (25%) orang pelajar.

4.1.2 Jantina
Jadual 4.2
Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jantina

N

Peratus (%)

Lelaki

20

50%

Perempuan

20

50%

Jumlah

40

100

7
Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut jantina. Hasil kajian
menunjukkan seramai 20 orang (25%) adalah pelajar lelaki dan 20 orang (25%) adalah
pelajar perempuan.

4.2

Bahagian B - Tahap Kekerapan dan Penggunaan Komputer Dalam

Pembelajaran dan Pengajaran
Bahagian B terdapat 11 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahap
kekerapan dan penggunaan komputer dalam pengajaran.

Jadual 4.3
Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan
Komputer dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran
Item

Min

Sisihan Piawai

4.5
4.5

0.5064
0.5064

4.4
4.5

0.4961
0.5064

4.1

1.0115

Bersemangat untuk belajar.
Juga akan menggunakan komputer untuk
siapkan kerja sekolah.
Suka dengan apa yang cikgu ajar.

4.5

0.5064

3.2

1.3436

4.4

0.4961

Tidak cepat bosan dalam kelas.
Senang terima apa yang cikgu ajar.

4.5
4.2

0.5063
0.6485

Guru kerap menggunakan media komputer di
dalam kelas

2.6

0.0785

Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan

4.1

0.6006

Minat untuk belajar.
Tidak megantuk dalam kelas.
Boleh faham dengan baik.
Jelas dengan penerangan guru.
Yakin untuk belajar.

8
4.3

Bahagian C – Masalah Penggunaan Media Komputer Dalam Proses

Pembelajaran dan Pengajaran
Bahagian C terdapat 6 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai kekangan
dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 4.4
Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Masalah Menggunakan Komputer Dalam Proses
Pembelajaran dan Pengajaran.
Item

Min

Sisihan Piawai

4.50

0.5064

4.50

0.5064

Alatan tidak berfungsi dengan baik

3.45

1.1972

Tiada kakitangan/pembantu terlatih untuk

4.50

0.5064

3.45

1.2800

4.50

0.5064

4.15

0.7506

Tidak cukup masa untuk meneliti topik dan
menggunakan komputer
Guru terpaksa membawa banyak alat seperti
laptop, LCD dll

membantu.
Bilik darjah tidak mempunyai kelengkapan
peralatan yang cukup untuk penggunaan media
komputer dalam pengajaran.
Tidak semua kelas yang dilengkapi dengan skrin
dan speaker dan bilik komputer terletak jauh dari
kelas.
Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan

Secara keseluruhannya, bagi melihat penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, skor min keseluruhan menunjukkan nilai
yang paling tinggi. Ini membuktikan bahawa pelajar sememangnya menerima
penggunaan komputer semasa proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Dari hasil
tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru di sekolah sekitar negeri Perak menggunakan
media pengajaran jenis komputer dalam membantu mereka melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.
9
BAB 5: CADANGAN & KESIMPULAN

5.1

Cadangan

Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut.Antaranya ialah
pihak sekolah boleh menetapkan penggunaan computer di dalam kelas secara berjadual
sepanjang tahun, memperuntukkan untuk memperbanyakkan bekalan komputer serta
melantik pakar komputer di sekolah. Di samping itu, KPM (Kementerian Pelajaran
Malaysia) boleh, mewujudkan latihan tentang kemahiran komputer dalam waktu
persekolahan untuk guru dan mewujudkan kerjasama dengan IPTA (Institusi Pengajian
Tinggi Awam) dalam membina perisian-perisian kandungan pembelajaran untuk
kegunaan semua pelajar. Kesimpulannya, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah
mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam proses
pembelajaran dan pengajaran dalam mana-mana mata pelajaran di sekolah. Namun,
kekangan masa dan alatan tidak lengkap serta berfungsi dengan sempurna maka guru
tidak dapat menggunakan media pengajaran ini dengan kerap di dalam pengajaran
mereka.

5.2

Penutup

Penggunaan media komputer mempunyai potensi untuk menarik pelajar untuk lebih
berminat dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih menarik dan bermakna.
Dengan itu, guru-guru harus dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi
ini dalam pengajaran mereka agar sifat kreativiti dan kemahiran berfikir pelajar dapat
ditingkatkan. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan,
seharusnya ia tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Salah satu aspek yang perlu diingati adalah teknologi
hanya merupakan sebuah alat untuk membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan ia sama sekali tidak dapat menggantikan kedudukan guru sebagai
seorang pendidik. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

10
Rujukan

Baharom Mohamad, (2011) Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Dalam Program
Pendidikan Khas Aliran Teknik Dan Vokasional Di Malaysia, 41-58

Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher
education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43.

Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO

Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology.
3:50-54.

Fatimah Abu Bakar, (1980). Educational media in secondary schools: an examination of
existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis.
Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM.

Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley
Publication Company.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003
Artikel atas talian :
http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah
%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf

Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching and
learning. Stirling, USA: Kogan Page.

11
Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background
Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13
Jurnal atas talian: The Electronic Journal on Information Systems in Developing
Countries
www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20

Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan
Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana
Universiti Putra Malaysia

Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di
Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004
Jurnal atas talian:
www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf

Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di
Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia.

12

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k KKamal Ludin
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran hariansulaiman174
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiVince Here
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)Kamarudin Jaafar
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanEffa Zulaikha Zahir
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 
Meningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridMeningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridAsniem CA
 
Masalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgMasalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgRohana Masoud
 

Mais procurados (20)

KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Andragogi vs pedagogi
Andragogi vs pedagogiAndragogi vs pedagogi
Andragogi vs pedagogi
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Contoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakanContoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakan
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah Integrasi
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Meningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridMeningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi Murid
 
Masalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgMasalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibg
 

Destaque

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikBaju Bundle
 
Pengurusan murid dalam bilik darjah
Pengurusan murid dalam bilik darjahPengurusan murid dalam bilik darjah
Pengurusan murid dalam bilik darjahMuhammad Ilyas
 
Modul linus matematik
Modul linus   matematikModul linus   matematik
Modul linus matematikcepuah
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranZaidi Othman
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...Siti Fatimah Dzulkifli
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMNuraini Ismail
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanFiza Joon Mblaq
 

Destaque (20)

Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Pengurusan murid dalam bilik darjah
Pengurusan murid dalam bilik darjahPengurusan murid dalam bilik darjah
Pengurusan murid dalam bilik darjah
 
Borang soal selidik pak21 pk1
Borang soal selidik pak21 pk1Borang soal selidik pak21 pk1
Borang soal selidik pak21 pk1
 
Program linus
Program linusProgram linus
Program linus
 
Modul linus matematik
Modul linus   matematikModul linus   matematik
Modul linus matematik
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 

Semelhante a Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Norhusna Alias
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105maheswary2402
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalhelidzia
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 

Semelhante a Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah (20)

Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
P Point Web
P Point WebP Point Web
P Point Web
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 

Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah

  • 1. FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK. PENSYARAH: DR. JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT KURSUS: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT6044) TUGASAN 4: KAJIAN TINJAUAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI SEKOLAHSEKOLAH NEGERI PERAK. NOR HUSNIYAH BT MOHD RASHID 861004-38-5724 M20112001081 MT19 1
  • 2. KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 1 1.2 Penyataan Masalah 1 1.3 Objektif Kajian 2 1.4 Persoalan Kajian 2 1.5 2.0 Pengenalan Kepentingan Kajian 3 SOROTAN KAJIAN 2.1 3.0 Kajian Literatur 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 5 3.2 Sampel Kajian 5 3.3 4.0 Rekabentuk Kajian Instrumen Kajian 5 DAPATAN KAJIAN 4.1 Bahagian A: Latarbelakang Responden 7 4.2 Bahagian B: Tahap Kekerapan dan Penggunaan Komputer 8 Dalam Pembelajaran dan Pengajaran 4.3 Bahagian C: Masalah Penggunaan Media Komputer Dalam 9 Proses Pembelajaran dan Pengajaran 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Cadangan 10 5.2 Penutup 10 Rujukan 11 2 i
  • 3. BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah menengah, iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Menyedari kepentingan penggunaan ICT pada masa kini, maka guru digalakkan mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Antara usaha untuk membentuk satu proses pengajaran supaya pelajar memahami sesuatu konsep adalah dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan. Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) adalah terminologi yang digunakan secara meluas untuk menerangkan tentang penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maier et al, (1998), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bermaksud sebarang penggunaan komputer secara terancang dan teratur bagi membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan bahawa PBK amat berkesan berbanding dengan pendekatan tradisional. 1.2 Pernyataan Masalah Dengan menjadikan teknologi sebagai bahan bantu mengajar secara langsung dapat meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas, serta meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh membawa kepada pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan prestasi pelajar (Garofalo et. al., 2000). Ini 1
  • 4. selaras dengan pendapat Shamatha, et. al., (2004) iaitu tranformasi teknologi adalah perlu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bermaksud inovasi dan penciptaan perisian atau aplikasi teknologi terkini dapat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif, bermakna dan mencabar. Komputer telah digunakan dalam pendidikan sejak beberapa dekad yang lepas, dan sekarang ini ianya dapat diterima tanpa pertikaian atau tanpa syarat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan (Yushau, 2006). Memandangkan penggunaan alat bantu mengajar biasa seperti radio, televisyen, mesin taip dan OHP tidak menghasilkan peningkatan yang ketara di dalam pencapaian akademik pelajar, penggunaan komputer di dalam bilik darjah mempunyai potensi yang besar dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan sains dan matematik (Kelman,1983). Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran, antaranya seperti video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun perkakasan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia. 1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media komputer di kalangan guru di sekitar kawasan Beruas, Perak. Objektif kajian adalah seperti berikut:1.3.1 Mengenalpasti kekerapan penggunaan media komputer oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran 1.3.2 Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran 1.3.3 1.4 Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran Persoalan Kajian Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut:- 2
  • 5. 1.4.1 Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media komputer dalam pengajaran mereka? 1.4.2 Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran? 1.4.3 Apakah masalah penggunaan media komputer di dalam pembelajaran dan pengajaran? 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah Negeri Perak. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru dengan kemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini dengan lebih kerap dan efektif. Kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individuindividu yang terbabit secara langsung dalam pembangunan guru-guru di seluruh negeri dalam cabaran dan impak globalisasi. BAB 2: SOROTAN KAJIAN 2.1 Kajian Literatur Kajian-kajian yang lalu menunjukkan guru kurang menggunakan peralatan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian Norhayati Abd Mukti (2000) ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa 3
  • 6. untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara tidak langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapabeberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar adalah positif. Walau bagaimanapun kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu. Manakala kajian yang telah dijalankan oleh Nazamuddin (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan. 4
  • 7. BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media komputer dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah Negeri Perak. Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik. 3.2 Sampel Kajian Responden dalam kajian ini terdiri dari 40 orang pelajar sekolah di Beruas, Perak. Sebanyak empat buah dipilih iaitu SMK Raja Shahriman Beruas, SMK Changkat Beruas, SK Beruas dan SK Gangga Beruas. Daripada jumlah tersebut pelajar lelaki adalah sebanyak 20 orang dan pelajar perempuan adalah sebanyak 20 orang. 3.3 Instrumen kajian Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A: maklumat latar belakang responden, Bahagian B: bertujuan meninjau kekerapan dan penerimaan responden terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran penggunaan komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran, Bahagian C: bertujuan meninjau pandangan responden terhadap masalah penggunaan media komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Responden-responden ini diambil secara rawak di keempat-empat buah sekolah ini. Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik. Dalam kajian ini, segala jawapan responden akan diukur dengan menggunakan skala Likert. Skala Likert yan digunakan dalam kajian ini adalah melibatkan lima pilihan. Soal selidik yang dibina adalah berdasarkan kepada skala Likert yang mempunyai pemberatan seperti dalam jadual di bawah ini: 5
  • 8. Jadual 3.1 Pemberatan Skala Likert Pemberat Skor Sangat Setuju (SS) Setuju (S) Tidak Pasti (TP) Tidak Setuju (TS) 5 4 3 2 Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Bagi menjawab persoalan kajian, melibatkan tahap penggunaan komputer dalam kalangan pelajar, skala Likert yang diadaptasi daripada Mahat Ibrahim (1996) yang membahagikan skala pengukuran seperti jadual di bawah ini, telah digunakan. Jadual 3.2 Skala Pengukuran Pilihan Skala Sangat Kerap (SK) [5] Penerangan Menggunakannya dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran. Kerap (K) [4] Menggunakan sekali sahaja dalam setiap minggu. Sederhana Kerap (KK) [3] Menggunakan sekali sahaja dalam setiap dua minggu. Kadang-kadang (SS) [2] Menggunakan sekali sahaja dalam tempoh sebulan. [1] Tidak pernah menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Tidak Pernah (TP) Data-data yang dikumpul dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif. Analisis data akan dilakukan dengan bantuan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 18.0. Kaedah analisis data yang telah digunakan ialah kaedah statistik deskriptif. Kaedah peratusan dan skor min digunakan bagi menjawab soalan-soalan. Bagi soalan di bahagian A, data telah dianalisis menggunakan format peratusan. Bagi soalan di 6
  • 9. bahagian B dan C pula, kaedah statistik deskriptif seperti pengukuran menggunakan skor min dan sisihan piawaian telah digunakan bagi menganalisis data. BAB 4: DAPATAN KAJIAN Bahagian A – Latar Belakang Responden 4.1 Bahagian A meliputi latar belakang responden terdiri daripada 2 item iaitu sekolah dan jantina. 4.1.1 Sekolah Jadual 4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Sekolah Sekolah N Peratus (%) SMK Raja Shahriman 10 25% SMK Changkat Beruas 10 25% SK Beruas 10 25% SK Gangga Beruas 10 25% Jumlah 40 100 Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut sekolah. Hasil kajian menunjukkan setiap sekolah diwakili 10 orang (25%) orang pelajar. 4.1.2 Jantina Jadual 4.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina Jantina N Peratus (%) Lelaki 20 50% Perempuan 20 50% Jumlah 40 100 7
  • 10. Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut jantina. Hasil kajian menunjukkan seramai 20 orang (25%) adalah pelajar lelaki dan 20 orang (25%) adalah pelajar perempuan. 4.2 Bahagian B - Tahap Kekerapan dan Penggunaan Komputer Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahagian B terdapat 11 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahap kekerapan dan penggunaan komputer dalam pengajaran. Jadual 4.3 Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Komputer dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran Item Min Sisihan Piawai 4.5 4.5 0.5064 0.5064 4.4 4.5 0.4961 0.5064 4.1 1.0115 Bersemangat untuk belajar. Juga akan menggunakan komputer untuk siapkan kerja sekolah. Suka dengan apa yang cikgu ajar. 4.5 0.5064 3.2 1.3436 4.4 0.4961 Tidak cepat bosan dalam kelas. Senang terima apa yang cikgu ajar. 4.5 4.2 0.5063 0.6485 Guru kerap menggunakan media komputer di dalam kelas 2.6 0.0785 Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 4.1 0.6006 Minat untuk belajar. Tidak megantuk dalam kelas. Boleh faham dengan baik. Jelas dengan penerangan guru. Yakin untuk belajar. 8
  • 11. 4.3 Bahagian C – Masalah Penggunaan Media Komputer Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran Bahagian C terdapat 6 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai kekangan dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4.4 Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Masalah Menggunakan Komputer Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran. Item Min Sisihan Piawai 4.50 0.5064 4.50 0.5064 Alatan tidak berfungsi dengan baik 3.45 1.1972 Tiada kakitangan/pembantu terlatih untuk 4.50 0.5064 3.45 1.2800 4.50 0.5064 4.15 0.7506 Tidak cukup masa untuk meneliti topik dan menggunakan komputer Guru terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dll membantu. Bilik darjah tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran. Tidak semua kelas yang dilengkapi dengan skrin dan speaker dan bilik komputer terletak jauh dari kelas. Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Secara keseluruhannya, bagi melihat penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran, skor min keseluruhan menunjukkan nilai yang paling tinggi. Ini membuktikan bahawa pelajar sememangnya menerima penggunaan komputer semasa proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru di sekolah sekitar negeri Perak menggunakan media pengajaran jenis komputer dalam membantu mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 9
  • 12. BAB 5: CADANGAN & KESIMPULAN 5.1 Cadangan Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut.Antaranya ialah pihak sekolah boleh menetapkan penggunaan computer di dalam kelas secara berjadual sepanjang tahun, memperuntukkan untuk memperbanyakkan bekalan komputer serta melantik pakar komputer di sekolah. Di samping itu, KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) boleh, mewujudkan latihan tentang kemahiran komputer dalam waktu persekolahan untuk guru dan mewujudkan kerjasama dengan IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) dalam membina perisian-perisian kandungan pembelajaran untuk kegunaan semua pelajar. Kesimpulannya, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam mana-mana mata pelajaran di sekolah. Namun, kekangan masa dan alatan tidak lengkap serta berfungsi dengan sempurna maka guru tidak dapat menggunakan media pengajaran ini dengan kerap di dalam pengajaran mereka. 5.2 Penutup Penggunaan media komputer mempunyai potensi untuk menarik pelajar untuk lebih berminat dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih menarik dan bermakna. Dengan itu, guru-guru harus dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka agar sifat kreativiti dan kemahiran berfikir pelajar dapat ditingkatkan. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, seharusnya ia tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu aspek yang perlu diingati adalah teknologi hanya merupakan sebuah alat untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia sama sekali tidak dapat menggantikan kedudukan guru sebagai seorang pendidik. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. 10
  • 13. Rujukan Baharom Mohamad, (2011) Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik Dan Vokasional Di Malaysia, 41-58 Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43. Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology. 3:50-54. Fatimah Abu Bakar, (1980). Educational media in secondary schools: an examination of existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis. Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM. Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley Publication Company. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003 Artikel atas talian : http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah %20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching and learning. Stirling, USA: Kogan Page. 11
  • 14. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13 Jurnal atas talian: The Electronic Journal on Information Systems in Developing Countries www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20 Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004 Jurnal atas talian: www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia. 12