SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 23
SEJARAH PERKEMBANGAN
   PROFESIONAL GURU BAHASA
            MELAYU

                 Raja Azleen Binti Raja Anuar
                          JM40141
Master Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
                          Pertama)
Latar Belakang
• Pada abad ke 19, British telah menjajah di Tanah Melayu, sistem
  pelajaran sekular telah diperkenalkan dengan tujuan mengajar
  kemahiran bagi tujuan ekonomi dan sosial yang berkembang di
  benua Eropah. Sistem pelajaran ini hanya untuk menguasai
  ekonomi sahaja.
• Sekolah yang diperkenalkan oleh British bermula pada 1816 ialah
  Penang Free School. Kemahiran asas yang diajar di sekolah ialah
  membaca, menulis dan mengira. Sekolah itu menggunakan
  bahasa pengantar bahasa Inggeris dan guru yang diambil
  daripada kalangan orang Eropah.
• The Penang Free School beraliran Melayu ditubuhkan pada tahun
  1821 di Gelugor, Pulau Pinang.
• Di Singapura, dua buah sekolah Melayu telah dibuka pada tahun
  1856 manakala Melaka pula sembilan buah sekolah Melayu telah
  dibuka pada tahun 1858 dengan 1863.
• Sistem pelajaran Barat yang telah diperkenalkan di Tanah
  Melayu, bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa
  Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah Inggeris, Melayu, Cina
  dan Tamil telah berkembang pesat maka bilangan sekolah
  turut berkembang. Dengan terdiri beberapa sekolah maka
  keperluan tenaga guru untuk mengajar di sekolah-sekolah.
  Penjajah British mula menyedari bahawa guru memainkan
  peranan penting dalam pelajaran Inggeris dan sekolah
  vernakular dapat berkembang.

• Pada abad ke-20, guru hanya mengajar kanak-kanak Melayu
  menguasai kemahiran asas ialah membaca, menulis dan
  mengira. Bahasa Inggeris tidak diperkenalkan di sekolah-
  sekolah Melayu hingga tahun 1945.
SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL LATIHAN
        PERGURUAN DI TANAH MELAYU
•   Latihan perguruan bertujuan penyediaan guru untuk mengajar di sekolah-sekolah yang telah
    diperkenalkan oleh British. Latihan membawa maksud dididikan untuk menjadikan
    seseorang itu mahir.
•   Latihan perguruan di Malaysia bermula pada tahun 1872 apabila A.M Skinner menggunakan
    guru-guru agama sebagai guru di sekolah vernakular. Para mubaligh Islam dan mualim
    menerusi pengajian al-Quran dan kitab di rumah, di surau, di masjid, di institusi pondok, di
    madrasah dan di maahad (sekolah) telah menjadi guru pelatih setelah agama Islam tersebar
    di Nusantara.
•   Tahun1878, terdapat sebuah Maktab Melayu yang ditubuhkan di Teluk Belanga, Singapura
    telah melatih seramai 10 orang iaitu kumpulan pertama untuk mengajar di sekolah melayu
    negeri-negeri Selat. Tujuan melatih guru mengajar di sekolah-sekolah dengan
    menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
•   Maktab Melayu di Teluk Belanga berjaya melatih seramai 95 orang guru sebelum ditutup
    pada tahun 1895.
•   Pada tahun 1900 iaitu sebelum merdeka, sebuah maktab latihan guru telah ditubuhkan di
    Melaka yang dikenali sebagai the Malay Training College yang memberi kursus dua tahun
    kepada calon-calon guru terutama untuk Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
    Terdapat empat jenis sekolah ialah Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Bahasa
    Pengantar Cina, Sekolah Bahasa Pengantar Tamil dan Sekolah Pengantar Inggeris.
•   Pada tahun 1913, pusat latihan guru juga ditubuhkan di Matang, Perak untuk memenuhi
    keperluan tenaga guru terlatih di Perak.
• Kedua-dua maktab Melaka dan Matang ini ditutup dengan bermula Maktab
  Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922.

• Pelajar-pelajar lepasan sekolah rendah kebangsaan berpeluang mengikuti
  kurikulum latihan perguruan yang tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan.
  Mereka hanya mengajar secara sambilan dan menghadiri kursus pada hujung
  minggu. Mereka perlu menduduki peperiksaan dinamakan Darjah Pelatih selama
  tiga tahun. Mereka yang tidak berjaya dalam peperiksaan tahun ketiga akan
  mengajar tetapi tidak memperolehi sijil. Bagi mereka yang berjaya, mereka akan
  melanjutkan pelajaran di maktab perguruan selama dua tahun di Maktab
  Perguruan Sultan Idris atau Maktab Perguruan Melayu Melaka.

• Dalam tempoh 1816 hingga 1922, kebanyakan pertumbuhan sekolah ini berlaku
  secara ad hoc maka rancangan penyediaan guru juga dibuat ad hoc.

• Pada tahun 1870, Jawatankuasa Woolley juga ditubuhkan untuk mengkaji
  kedudukan pelajaran di Negeri-Negeri Selat.

• Sebelum zaman merdeka, sekolah-sekolah Inggeris telah menjadi institusi untuk
  mengembangkan kebudayaan orang Barat terutama Inggeris. Apabila sekolah
  bertambah banyak dan murid bertambah ramai, guru-guru telah menjadi keperluan
  utama. Penjajah British telah menubuhkan pusat-pusat latihan guru dan maktab-
  maktab untuk melatih para guru di Tanah Melayu termasuk di Sabah dan Sarawak
SEJARAH PERGURUAN SEBELUM
            MERDEKA
• Latihan perguruan untuk sekolah-sekolah Melayu
  diutamakan.
• Corak perkembangan latihan perguruan sebelum
  tahun 1922 ialah secara ad hoc dan laissez-faire
  mengikut perkembangan sekolah-sekolah yang
  mengikut aliran bahasa pengantar masing-masing.
PUSAT LATIHAN GURU MELAYU SINGAPURA 1878

• Pusat Latihan Guru Melayu Singapura telah ditubuhkan
  pada tahun 1878 di Istana Lama, Teluk Belanga.
  Kemudian, berpindah ke Teluk Ayer kerana wabak beri-
  beri telah merebak ke pusat latihan guru.
• Pusat latihan guru telah melatih guru-guru dari segi
  persiapan, penyediaan di sekolah-sekolah vernakular
  Melayu.
• Penjajah British telah mengambil guru Melayu yang
  berpengetahuan agama Islam untuk mengajar di
  semua sekolah vernakular. Kemudian, pusat latihan
  guru Melayu Singapura ditutup pada tahun 1895.
LATIHAN PERGURUAN TAIPING 1898
• Latihan perguruan Taiping ditubuhkan pada 1898
  dengan tujuan memenuhi keperluan guru.
• Sekolah latihan perguruan Taiping dikenali Sekolah
  Persediaan Perguruan untuk Guru Lelaki Melayu.
• Akhirnya, sekolah latihan perguruan Taiping ditutup
  kerana tiada orang yang mentadbir sekolah itu.
MAKTAB LATIHAN MELAYU MELAKA 1898
• Maktab Melayu Melaka ditubuhkan pada 1898 untuk
  mengatasi kelemahan yang pelbagai dalam pengajaran
  di sekolah-sekolah vernakular.
• Di dalam Maktab Melayu Melaka, semua masalah ini
  akan diatasi dengan mengikuti kursus selama dua
  tahun. Mata pelajaran yang diajarkan kepada semua
  guru ialah bahasa Melayu, senaman dan sebagainya di
  dalam kurikulum perguruan.
• R.J Wilkinson mempunyai pandangan bahawa
  kesusasteraan Melayu sesuai dijadikan subjek penting
  di Maktab Melayu Melaka.
• Hal ini kerana sastera Melayu sungguh klasik. Pusat
  Latihan Guru Melayu Melaka ini berjaya melahirkan
  guru-guru melayu yang berjaya dalam bidang
  kesusasteraan Melayu.
MAKTAB LATIHAN MELAYU MATANG 1913

• Maktab Latihan Melayu Matang, Perak yang
  ditubuhkan pada 1913 dengan tujuan menarik
  perhatian orang ramai berkhidmat sebagai guru
  melalui kenaikan gaji.
• Sepanjang berada di Maktab Latihan Melayu
  Matang, guru-guru telah dilatih menjadi guru cekap
  melalui latihan perguruan.
• Maktab Latihan Melayu Matang ditutup pada tahun
  1922 dan semua guru pelatih dipindahkan ke
  Maktab Perguruan Sultan Idris.
MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS

• Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris dianggap sebagai suatu era
  menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu.

• Walaubagaimanapun, pelajaran Inggeris penting bagi mencapai hasrat untuk
  memperoleh kedudukan tinggi dalam masyarakat, namun pendidikan dalam
  bahasa Melayu merupakan tapak pertama dalam mengenali erti hidup yang
  sebenar.

• Kumpulan pertama penuntut adalah seramai 120 orang iaitu 70 orang dari Maktab
  Perguruan Melaka (34 penuntut tahun kedua, 36 penuntut tahun pertama) dan 50
  orang dari Maktab Perguruan Matang (24 penuntut tahun kedua dan 26 penuntut
  tahun pertama). Kumpulan pertama guru pelatih ini sebenarnya terdiri daripada 70
  orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka dan 50 orang lagi dari Maktab
  Perguruan Matang, Perak Mereka semua telah menerima latihan selama setahun
  atau dua tahun sebelumnya di maktab-maktab asal dan dihantar ke Maktab
  Perguruan Sultan Idris untuk menerima latihan lanjutan selama setahun atau dua
  tahun lagi, bergantung sama ada mereka telah menerima latihan setahun atau dua
  tahun di maktab-maktab sebelumnya.
• Pada bulan Mac 1924, Maktab Perguruan Sultan Idris telah
  mengeluarkan guru terlatih yang pertama seramai 58 orang.
  Jumlah guru terlatih yang dikeluarkan terus meningkat dari
  setahun ke setahun.
• Dalam era ini, jugalah bermulanya usaha membina peradaban
  bangsa menerusi bahasa Melayu. Pejabat Karang-Mengarang
  menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan
  bahasa ibunda
• Pejabat terjemah-Menterjemah pada tahun 1924 ditubuhkan untuk
  menerbitkan pelbagai buku yang digunakan di sekolah-sekolah
  Melayu.
• Pada tahun 1925, pejabat telah dikemaskini dan dinamakan
  Pejabat Karang Mengarang. Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) telah
  menjadi ketua pejabat karang-mengarang. Tugas yang dijalankan
  di Pejabat Karang-Mengarang ialah menterjemah surat rasmi
  kerajaan, menerbitkan buku teks dalam Bahasa Melayu dan buku-
  buku tambahan yang digunakan di sekolah-sekolah.
• O.T Dussek berminat untuk mempelajari bahasa
  Melayu dan membuat perancangan jangka pendek dan
  jangka panjang bagi menghasilkan buku-buku yang
  boleh digunakan di sekolah-sekolah Melayu.

• O.T Dussek boleh menterjemahkan buku-buku karya
  sastera dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa
  Melayu. Akhirnya, beliau diberhentikan pada tahun
  1936.

• Haji Hashim Talib yang telah mendapat pendidikan
  awal di Maktab Melayu Melaka dan dilantik sebagai
  guru besar pada tahun 1922. Beliau menghasilkan buku
  karangan yang bertajuk Pelita Mengarang dan Kitab
  Pedoman Guru.
KURIKULUM LATIHAN PERGURUAN
• Sepanjang menjalani latihan perguruan, guru-guru
  telah didedahkan semua aktiviti dan mata pelajaran
  sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah Melayu.
  Subjek utama yang diajarkan kepada guru-guru pelatih
  ialah Kesusasteraan Melayu.
• Ini adalah kerana R.J Wilkinson meminati bidang
  sastera. Kebanyakan, buku sastera ini dijadikan buku
  teks di peringkat maktab. Misalnya, Hikayat Awang
  Sulong Merah Muda, Hikayat Malim Deman dan
  Hikayat Gul Baka-wali.
• Kurikulum juga menjurus ke arah urusan rumah tangga,
  keperluan hidup, kemahiran anyaman dan sebagainya.
ZAMAN PRA MERDEKA (Sebelum 1957)

• Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada
  empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah
  Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum
  yang berbeza di antara satu sama lain.
• Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
  persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
  persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

    – Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum
      Melayu;
    – Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
    – Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
      persekolahan kebangsaan
    – Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk
      memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa
      Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan
      pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
LAPORAN BARNES 1951

• Pada tahun 1948, Jawatankuasa Barnes telah dibentuk dan dipengerusikan
  oleh L.J Barnes. Tujuan untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan
  orang Melayu. Cadangan laporan ini ialah :
• Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
• Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa
  pengantar.
• Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15
  orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
• Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib
  diajar di Sekolah Melayu.
• Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan
  ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
• Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa
  Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan. Sekolah-
  sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
• Walaubagaimanapun, laporan Barnes ditentang oleh kaum Cina dan kaum
  India, maka hasilnya Laporan Fenn Wu 1951
LAPORAN FENN-WU 1951

• Jawatankuasa Fenn ditubuhkan di bawah pimpinan Dr Fenn dan
  Dr Wu. Tujuan untuk mengkaji pendidikan vernacular Cina di
  Tanah Melayu. Masyarakat Cina menganggap Laporan Barnes
  berhasrat untuk menghapuskan bahasa dan budaya kaum Cina.
• Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi
  asas kepada Ordinan Pelajaran 1952. Terdapat beberapa syor di
  dalam Laporan Fenn Wu. Antaranya ialah
   – Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga
     bahasa iaitu Melayu, Cina dan Tamil dan bahasa kebangsaan juga
     diadakan.
   – Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan
   – Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung
     keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan
     negara.
ORDINAN PELAJARAN 1952
  – Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan
    British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn Wu.
  – Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan
    Pelajaran 1952. Sekolah kebangsaan – corak sistem
    persekolahan kebangsaan iaitu Sekolah Vernakular
    Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem
    persekolahan kebangsaan.
  – Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
• Ordinan Pelajaran 1952 tidak menjadi kenyataan
  kerana masalah kewangan.
SEJARAH PERGURUAN SELEPAS
               MERDEKA
• Menteri Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan
  mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Laporan ini
  dikenali sebagai Laporan Penyata Razak 1956. Antara cadangan-cadangan
  dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.
• Tujuan Penyata Razak ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
  kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah,
  mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
  rumpun bangsa di Tanah Melayu, mengembangkan sistem pendidikan agar
  jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Oleh itu, guru bahasa
  Melayu memainkan peranan penting dalam bahasa pengantar di sekolah.
• Perkembangan perguruan di Malaysia selepas merdeka menunjukkan satu
  pengembangan yang jauh berbeza daripada perkembangannya pada
  zaman penjajah British. Jika pada zaman penjajahan, perkembangan
  perguruan lebih bersifat perkauman tetapi dengan terbentuknya Penyata
  Razak 1956, perkembangan perguruan yang bercorak kebangsaan telah
  wujud.
• Pendidikan guru merupakan salah satu bahagian
  yang terpenting dalam sistem pendidikan. Peranan
  guru semakin mencabar berikutan perkembangan
  bidang pendidikan yang begitu pesat sekali. Oleh
  itu Kementerian Pendidikan Malaysia akan
  menyediakan kursus teknik pengajaran secara
  formal dan kaedah kepada semua bakal guru, sama
  ada di maktab-maktab perguruan, pusat pengajian
  tinggi awam bagi menyesuaikan bakal guru dengan
  tugas apabila berada di bilik darjah nanti.
• Perubahan dan perkembangan kurikulum pendidikan guru di
  Malaysia berlaku ekoran usaha untuk menjadikan bahasa Melayu
  sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dari peringkat
  sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.

• Tumpuan kepada professional guru bahasa Melayu bermula pada
  tahun 1956 selepas laporan Penyata Razak 1956. Bagi melatih
  guru-guru yang dianggap sebagai pakar bahasa, jawatankuasa
  telah mencadangkan Maktab Perguruan Bahasa (MPB) yang
  bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan
  pada tahun 1958 di Bukit Senyum, Johor Bahru dan dipindahkan
  ke Lembah Pantai.

• Maktab Perguruan Bahasa akan mengadakan kursus khas selama
  setahun bagi guru-guru Melayu supaya mereka boleh bertugas
  dengan lebih berkesan sebagai guru bahasa Melayu di sekolah-
  sekolah menengah jenis kebangsaan dan di maktab-maktab.
KELEBIHAN
•   Semangat guru-guru untuk mendidik anak-anak bangsa Melayu yang bakal menjadi
    pemimpin harapan bangsa.
•   Perancangan bahasa menjadi sebahagian penting daripada perjuangan kebangsaan orang-
    orang Melayu
•   Mereka mengarang buku, menubuhkan pelbagai persatuan dan mengadakan pelbagai
    aktiviti untuk menegakkan kedaulatan bahasa Melayu.
•   Guru-guru berjuang untuk membela bangsa Melayu melalui pendidikan dengan bahasa
    pengantar bahasa Melayu.
•   Guru-guru Melayu dalam perjuangan memerdekakan tanah air di samping mempelopori
    pemikiran baru mendidik anak bangsa untuk menjadi bangsa berilmu.
•   Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya menyebabkan mereka bertindak memajukan
    pengajaran bahasa Melayu dan memperjuangkan kedudukannya di dalam masyarakat
    Semenanjung.
•   Selepas negara Malaysia mencapai kemerdekaan, laporan-laporan turut diperkenalkan
    untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di peringkat sekolah,
    universiti dan maktab.
•   Guru-guru memainkan peranan penting dalam pendidikan bahasa Melayu.
KELEMAHAN
• Pada peringkat awal, latihan perguruan ini
  dijalankan secara ad hoc dan laissez-faire mengikut
  perkembangan sekolah-sekolah yang mengikut
  aliran bahasa pengantar masing-masing. Terdapat
  beberapa sekolah yang ditubuhkan mengikut
  perkauman ialah sekolah Inggeris, sekolah Cina
  dan sekolah India. Bahasa pengantar yang
  digunakan ialah bahasa perkauman masing-masing
  sebelum laporan diperkenalkan.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendirishazli shazli mahmud
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Ciri ciri guru sejarah yang efektif
Ciri ciri guru sejarah yang efektifCiri ciri guru sejarah yang efektif
Ciri ciri guru sejarah yang efektifElamkhovanmalar
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sherly Jewinly
 
Pengurusan & pentadbiran kokurikulum MPU3031
Pengurusan & pentadbiran kokurikulum MPU3031Pengurusan & pentadbiran kokurikulum MPU3031
Pengurusan & pentadbiran kokurikulum MPU3031IM UMAZ
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 

Mais procurados (20)

Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Ciri ciri guru sejarah yang efektif
Ciri ciri guru sejarah yang efektifCiri ciri guru sejarah yang efektif
Ciri ciri guru sejarah yang efektif
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Kod kognitif
Kod kognitifKod kognitif
Kod kognitif
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Perkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di MalaysiaPerkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di Malaysia
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
 
Teori Sastera
Teori SasteraTeori Sastera
Teori Sastera
 
Pengurusan & pentadbiran kokurikulum MPU3031
Pengurusan & pentadbiran kokurikulum MPU3031Pengurusan & pentadbiran kokurikulum MPU3031
Pengurusan & pentadbiran kokurikulum MPU3031
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
PPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakanPPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakan
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 

Semelhante a Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu

Sejarah maktab di malaysia
Sejarah maktab di malaysiaSejarah maktab di malaysia
Sejarah maktab di malaysiaIlya Shuhada
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanAzizi Ahmad
 
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guruKuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guruIeza Yunos
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Fu Peiling
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismpNor Farisha
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negarafiro HAR
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapAnderson Ganai
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxAdibahIbrahim3
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysiasyedx
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Siti Nur Ain
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 

Semelhante a Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu (20)

Sejarah maktab di malaysia
Sejarah maktab di malaysiaSejarah maktab di malaysia
Sejarah maktab di malaysia
 
Pemerkasaan pendidikan
Pemerkasaan pendidikanPemerkasaan pendidikan
Pemerkasaan pendidikan
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
 
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guruKuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negara
 
Assgmnt sej msia
Assgmnt sej msia  Assgmnt sej msia
Assgmnt sej msia
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siap
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Bab 10-t4(2)
Bab 10-t4(2)Bab 10-t4(2)
Bab 10-t4(2)
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 

Mais de hidayahperlis

L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanL01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanhidayahperlis
 
Perkembangan Profesional Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Perkembangan Profesional Dalam Pendidikan Bahasa MelayuPerkembangan Profesional Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Perkembangan Profesional Dalam Pendidikan Bahasa Melayuhidayahperlis
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insanhidayahperlis
 
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasa copy
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasa   copyPerkembangan profesional dalam pendidikan bahasa   copy
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasa copyhidayahperlis
 
Profesion perguruan 1990-an
Profesion perguruan 1990-anProfesion perguruan 1990-an
Profesion perguruan 1990-anhidayahperlis
 
AMALAN REFLEKSI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TINGGI
AMALAN REFLEKSI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TINGGI AMALAN REFLEKSI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TINGGI
AMALAN REFLEKSI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TINGGI hidayahperlis
 
PERKEMBANGAN PROFESIONAL DALAM PENDIDIKAN BAHASA
PERKEMBANGAN PROFESIONAL DALAM PENDIDIKAN BAHASA PERKEMBANGAN PROFESIONAL DALAM PENDIDIKAN BAHASA
PERKEMBANGAN PROFESIONAL DALAM PENDIDIKAN BAHASA hidayahperlis
 
Sejarah perkembangan profesional guru bm
Sejarah perkembangan profesional guru bmSejarah perkembangan profesional guru bm
Sejarah perkembangan profesional guru bmhidayahperlis
 
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasa
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasaPerkembangan profesional dalam pendidikan bahasa
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasahidayahperlis
 
Organizational life cycle finalize (1)
Organizational life cycle finalize (1)Organizational life cycle finalize (1)
Organizational life cycle finalize (1)hidayahperlis
 
Organizational diagnosis
Organizational diagnosisOrganizational diagnosis
Organizational diagnosishidayahperlis
 
Slide od latest_version[2)
Slide od latest_version[2)Slide od latest_version[2)
Slide od latest_version[2)hidayahperlis
 
Response towards change
Response towards changeResponse towards change
Response towards changehidayahperlis
 
Od process devlpmnt slide background1
Od process devlpmnt slide background1Od process devlpmnt slide background1
Od process devlpmnt slide background1hidayahperlis
 
Organizational Development Process
Organizational Development  ProcessOrganizational Development  Process
Organizational Development Processhidayahperlis
 
Change As An Organization Process
Change As An Organization ProcessChange As An Organization Process
Change As An Organization Processhidayahperlis
 

Mais de hidayahperlis (18)

L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanL01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Perkembangan Profesional Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Perkembangan Profesional Dalam Pendidikan Bahasa MelayuPerkembangan Profesional Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Perkembangan Profesional Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
 
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasa copy
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasa   copyPerkembangan profesional dalam pendidikan bahasa   copy
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasa copy
 
Profesion perguruan 1990-an
Profesion perguruan 1990-anProfesion perguruan 1990-an
Profesion perguruan 1990-an
 
AMALAN REFLEKSI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TINGGI
AMALAN REFLEKSI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TINGGI AMALAN REFLEKSI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TINGGI
AMALAN REFLEKSI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TINGGI
 
PERKEMBANGAN PROFESIONAL DALAM PENDIDIKAN BAHASA
PERKEMBANGAN PROFESIONAL DALAM PENDIDIKAN BAHASA PERKEMBANGAN PROFESIONAL DALAM PENDIDIKAN BAHASA
PERKEMBANGAN PROFESIONAL DALAM PENDIDIKAN BAHASA
 
Sejarah perkembangan profesional guru bm
Sejarah perkembangan profesional guru bmSejarah perkembangan profesional guru bm
Sejarah perkembangan profesional guru bm
 
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasa
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasaPerkembangan profesional dalam pendidikan bahasa
Perkembangan profesional dalam pendidikan bahasa
 
Organizational life cycle finalize (1)
Organizational life cycle finalize (1)Organizational life cycle finalize (1)
Organizational life cycle finalize (1)
 
Organizational diagnosis
Organizational diagnosisOrganizational diagnosis
Organizational diagnosis
 
Slide od latest_version[2)
Slide od latest_version[2)Slide od latest_version[2)
Slide od latest_version[2)
 
Response towards change
Response towards changeResponse towards change
Response towards change
 
Od process devlpmnt slide background1
Od process devlpmnt slide background1Od process devlpmnt slide background1
Od process devlpmnt slide background1
 
Organizational Development Process
Organizational Development  ProcessOrganizational Development  Process
Organizational Development Process
 
Change As An Organization Process
Change As An Organization ProcessChange As An Organization Process
Change As An Organization Process
 
Factors
FactorsFactors
Factors
 

Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu

  • 1. SEJARAH PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU BAHASA MELAYU Raja Azleen Binti Raja Anuar JM40141 Master Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama)
  • 2. Latar Belakang • Pada abad ke 19, British telah menjajah di Tanah Melayu, sistem pelajaran sekular telah diperkenalkan dengan tujuan mengajar kemahiran bagi tujuan ekonomi dan sosial yang berkembang di benua Eropah. Sistem pelajaran ini hanya untuk menguasai ekonomi sahaja. • Sekolah yang diperkenalkan oleh British bermula pada 1816 ialah Penang Free School. Kemahiran asas yang diajar di sekolah ialah membaca, menulis dan mengira. Sekolah itu menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris dan guru yang diambil daripada kalangan orang Eropah. • The Penang Free School beraliran Melayu ditubuhkan pada tahun 1821 di Gelugor, Pulau Pinang. • Di Singapura, dua buah sekolah Melayu telah dibuka pada tahun 1856 manakala Melaka pula sembilan buah sekolah Melayu telah dibuka pada tahun 1858 dengan 1863.
  • 3. • Sistem pelajaran Barat yang telah diperkenalkan di Tanah Melayu, bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil telah berkembang pesat maka bilangan sekolah turut berkembang. Dengan terdiri beberapa sekolah maka keperluan tenaga guru untuk mengajar di sekolah-sekolah. Penjajah British mula menyedari bahawa guru memainkan peranan penting dalam pelajaran Inggeris dan sekolah vernakular dapat berkembang. • Pada abad ke-20, guru hanya mengajar kanak-kanak Melayu menguasai kemahiran asas ialah membaca, menulis dan mengira. Bahasa Inggeris tidak diperkenalkan di sekolah- sekolah Melayu hingga tahun 1945.
  • 4. SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL LATIHAN PERGURUAN DI TANAH MELAYU • Latihan perguruan bertujuan penyediaan guru untuk mengajar di sekolah-sekolah yang telah diperkenalkan oleh British. Latihan membawa maksud dididikan untuk menjadikan seseorang itu mahir. • Latihan perguruan di Malaysia bermula pada tahun 1872 apabila A.M Skinner menggunakan guru-guru agama sebagai guru di sekolah vernakular. Para mubaligh Islam dan mualim menerusi pengajian al-Quran dan kitab di rumah, di surau, di masjid, di institusi pondok, di madrasah dan di maahad (sekolah) telah menjadi guru pelatih setelah agama Islam tersebar di Nusantara. • Tahun1878, terdapat sebuah Maktab Melayu yang ditubuhkan di Teluk Belanga, Singapura telah melatih seramai 10 orang iaitu kumpulan pertama untuk mengajar di sekolah melayu negeri-negeri Selat. Tujuan melatih guru mengajar di sekolah-sekolah dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. • Maktab Melayu di Teluk Belanga berjaya melatih seramai 95 orang guru sebelum ditutup pada tahun 1895. • Pada tahun 1900 iaitu sebelum merdeka, sebuah maktab latihan guru telah ditubuhkan di Melaka yang dikenali sebagai the Malay Training College yang memberi kursus dua tahun kepada calon-calon guru terutama untuk Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Terdapat empat jenis sekolah ialah Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Bahasa Pengantar Cina, Sekolah Bahasa Pengantar Tamil dan Sekolah Pengantar Inggeris. • Pada tahun 1913, pusat latihan guru juga ditubuhkan di Matang, Perak untuk memenuhi keperluan tenaga guru terlatih di Perak.
  • 5. • Kedua-dua maktab Melaka dan Matang ini ditutup dengan bermula Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922. • Pelajar-pelajar lepasan sekolah rendah kebangsaan berpeluang mengikuti kurikulum latihan perguruan yang tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan. Mereka hanya mengajar secara sambilan dan menghadiri kursus pada hujung minggu. Mereka perlu menduduki peperiksaan dinamakan Darjah Pelatih selama tiga tahun. Mereka yang tidak berjaya dalam peperiksaan tahun ketiga akan mengajar tetapi tidak memperolehi sijil. Bagi mereka yang berjaya, mereka akan melanjutkan pelajaran di maktab perguruan selama dua tahun di Maktab Perguruan Sultan Idris atau Maktab Perguruan Melayu Melaka. • Dalam tempoh 1816 hingga 1922, kebanyakan pertumbuhan sekolah ini berlaku secara ad hoc maka rancangan penyediaan guru juga dibuat ad hoc. • Pada tahun 1870, Jawatankuasa Woolley juga ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan pelajaran di Negeri-Negeri Selat. • Sebelum zaman merdeka, sekolah-sekolah Inggeris telah menjadi institusi untuk mengembangkan kebudayaan orang Barat terutama Inggeris. Apabila sekolah bertambah banyak dan murid bertambah ramai, guru-guru telah menjadi keperluan utama. Penjajah British telah menubuhkan pusat-pusat latihan guru dan maktab- maktab untuk melatih para guru di Tanah Melayu termasuk di Sabah dan Sarawak
  • 6. SEJARAH PERGURUAN SEBELUM MERDEKA • Latihan perguruan untuk sekolah-sekolah Melayu diutamakan. • Corak perkembangan latihan perguruan sebelum tahun 1922 ialah secara ad hoc dan laissez-faire mengikut perkembangan sekolah-sekolah yang mengikut aliran bahasa pengantar masing-masing.
  • 7. PUSAT LATIHAN GURU MELAYU SINGAPURA 1878 • Pusat Latihan Guru Melayu Singapura telah ditubuhkan pada tahun 1878 di Istana Lama, Teluk Belanga. Kemudian, berpindah ke Teluk Ayer kerana wabak beri- beri telah merebak ke pusat latihan guru. • Pusat latihan guru telah melatih guru-guru dari segi persiapan, penyediaan di sekolah-sekolah vernakular Melayu. • Penjajah British telah mengambil guru Melayu yang berpengetahuan agama Islam untuk mengajar di semua sekolah vernakular. Kemudian, pusat latihan guru Melayu Singapura ditutup pada tahun 1895.
  • 8. LATIHAN PERGURUAN TAIPING 1898 • Latihan perguruan Taiping ditubuhkan pada 1898 dengan tujuan memenuhi keperluan guru. • Sekolah latihan perguruan Taiping dikenali Sekolah Persediaan Perguruan untuk Guru Lelaki Melayu. • Akhirnya, sekolah latihan perguruan Taiping ditutup kerana tiada orang yang mentadbir sekolah itu.
  • 9. MAKTAB LATIHAN MELAYU MELAKA 1898 • Maktab Melayu Melaka ditubuhkan pada 1898 untuk mengatasi kelemahan yang pelbagai dalam pengajaran di sekolah-sekolah vernakular. • Di dalam Maktab Melayu Melaka, semua masalah ini akan diatasi dengan mengikuti kursus selama dua tahun. Mata pelajaran yang diajarkan kepada semua guru ialah bahasa Melayu, senaman dan sebagainya di dalam kurikulum perguruan. • R.J Wilkinson mempunyai pandangan bahawa kesusasteraan Melayu sesuai dijadikan subjek penting di Maktab Melayu Melaka. • Hal ini kerana sastera Melayu sungguh klasik. Pusat Latihan Guru Melayu Melaka ini berjaya melahirkan guru-guru melayu yang berjaya dalam bidang kesusasteraan Melayu.
  • 10. MAKTAB LATIHAN MELAYU MATANG 1913 • Maktab Latihan Melayu Matang, Perak yang ditubuhkan pada 1913 dengan tujuan menarik perhatian orang ramai berkhidmat sebagai guru melalui kenaikan gaji. • Sepanjang berada di Maktab Latihan Melayu Matang, guru-guru telah dilatih menjadi guru cekap melalui latihan perguruan. • Maktab Latihan Melayu Matang ditutup pada tahun 1922 dan semua guru pelatih dipindahkan ke Maktab Perguruan Sultan Idris.
  • 11. MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS • Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris dianggap sebagai suatu era menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. • Walaubagaimanapun, pelajaran Inggeris penting bagi mencapai hasrat untuk memperoleh kedudukan tinggi dalam masyarakat, namun pendidikan dalam bahasa Melayu merupakan tapak pertama dalam mengenali erti hidup yang sebenar. • Kumpulan pertama penuntut adalah seramai 120 orang iaitu 70 orang dari Maktab Perguruan Melaka (34 penuntut tahun kedua, 36 penuntut tahun pertama) dan 50 orang dari Maktab Perguruan Matang (24 penuntut tahun kedua dan 26 penuntut tahun pertama). Kumpulan pertama guru pelatih ini sebenarnya terdiri daripada 70 orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka dan 50 orang lagi dari Maktab Perguruan Matang, Perak Mereka semua telah menerima latihan selama setahun atau dua tahun sebelumnya di maktab-maktab asal dan dihantar ke Maktab Perguruan Sultan Idris untuk menerima latihan lanjutan selama setahun atau dua tahun lagi, bergantung sama ada mereka telah menerima latihan setahun atau dua tahun di maktab-maktab sebelumnya.
  • 12. • Pada bulan Mac 1924, Maktab Perguruan Sultan Idris telah mengeluarkan guru terlatih yang pertama seramai 58 orang. Jumlah guru terlatih yang dikeluarkan terus meningkat dari setahun ke setahun. • Dalam era ini, jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu. Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda • Pejabat terjemah-Menterjemah pada tahun 1924 ditubuhkan untuk menerbitkan pelbagai buku yang digunakan di sekolah-sekolah Melayu. • Pada tahun 1925, pejabat telah dikemaskini dan dinamakan Pejabat Karang Mengarang. Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) telah menjadi ketua pejabat karang-mengarang. Tugas yang dijalankan di Pejabat Karang-Mengarang ialah menterjemah surat rasmi kerajaan, menerbitkan buku teks dalam Bahasa Melayu dan buku- buku tambahan yang digunakan di sekolah-sekolah.
  • 13. • O.T Dussek berminat untuk mempelajari bahasa Melayu dan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi menghasilkan buku-buku yang boleh digunakan di sekolah-sekolah Melayu. • O.T Dussek boleh menterjemahkan buku-buku karya sastera dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Akhirnya, beliau diberhentikan pada tahun 1936. • Haji Hashim Talib yang telah mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Melaka dan dilantik sebagai guru besar pada tahun 1922. Beliau menghasilkan buku karangan yang bertajuk Pelita Mengarang dan Kitab Pedoman Guru.
  • 14. KURIKULUM LATIHAN PERGURUAN • Sepanjang menjalani latihan perguruan, guru-guru telah didedahkan semua aktiviti dan mata pelajaran sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah Melayu. Subjek utama yang diajarkan kepada guru-guru pelatih ialah Kesusasteraan Melayu. • Ini adalah kerana R.J Wilkinson meminati bidang sastera. Kebanyakan, buku sastera ini dijadikan buku teks di peringkat maktab. Misalnya, Hikayat Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Gul Baka-wali. • Kurikulum juga menjurus ke arah urusan rumah tangga, keperluan hidup, kemahiran anyaman dan sebagainya.
  • 15. ZAMAN PRA MERDEKA (Sebelum 1957) • Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. • Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut: – Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu; – Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina; – Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan – Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
  • 16. LAPORAN BARNES 1951 • Pada tahun 1948, Jawatankuasa Barnes telah dibentuk dan dipengerusikan oleh L.J Barnes. Tujuan untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Cadangan laporan ini ialah : • Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. • Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. • Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. • Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di Sekolah Melayu. • Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. • Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan. Sekolah- sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. • Walaubagaimanapun, laporan Barnes ditentang oleh kaum Cina dan kaum India, maka hasilnya Laporan Fenn Wu 1951
  • 17. LAPORAN FENN-WU 1951 • Jawatankuasa Fenn ditubuhkan di bawah pimpinan Dr Fenn dan Dr Wu. Tujuan untuk mengkaji pendidikan vernacular Cina di Tanah Melayu. Masyarakat Cina menganggap Laporan Barnes berhasrat untuk menghapuskan bahasa dan budaya kaum Cina. • Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1952. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn Wu. Antaranya ialah – Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan. – Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan – Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.
  • 18. ORDINAN PELAJARAN 1952 – Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn Wu. – Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Sekolah kebangsaan – corak sistem persekolahan kebangsaan iaitu Sekolah Vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. – Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga. • Ordinan Pelajaran 1952 tidak menjadi kenyataan kerana masalah kewangan.
  • 19. SEJARAH PERGURUAN SELEPAS MERDEKA • Menteri Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Laporan ini dikenali sebagai Laporan Penyata Razak 1956. Antara cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. • Tujuan Penyata Razak ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah, mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu, mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam bahasa pengantar di sekolah. • Perkembangan perguruan di Malaysia selepas merdeka menunjukkan satu pengembangan yang jauh berbeza daripada perkembangannya pada zaman penjajah British. Jika pada zaman penjajahan, perkembangan perguruan lebih bersifat perkauman tetapi dengan terbentuknya Penyata Razak 1956, perkembangan perguruan yang bercorak kebangsaan telah wujud.
  • 20. • Pendidikan guru merupakan salah satu bahagian yang terpenting dalam sistem pendidikan. Peranan guru semakin mencabar berikutan perkembangan bidang pendidikan yang begitu pesat sekali. Oleh itu Kementerian Pendidikan Malaysia akan menyediakan kursus teknik pengajaran secara formal dan kaedah kepada semua bakal guru, sama ada di maktab-maktab perguruan, pusat pengajian tinggi awam bagi menyesuaikan bakal guru dengan tugas apabila berada di bilik darjah nanti.
  • 21. • Perubahan dan perkembangan kurikulum pendidikan guru di Malaysia berlaku ekoran usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. • Tumpuan kepada professional guru bahasa Melayu bermula pada tahun 1956 selepas laporan Penyata Razak 1956. Bagi melatih guru-guru yang dianggap sebagai pakar bahasa, jawatankuasa telah mencadangkan Maktab Perguruan Bahasa (MPB) yang bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1958 di Bukit Senyum, Johor Bahru dan dipindahkan ke Lembah Pantai. • Maktab Perguruan Bahasa akan mengadakan kursus khas selama setahun bagi guru-guru Melayu supaya mereka boleh bertugas dengan lebih berkesan sebagai guru bahasa Melayu di sekolah- sekolah menengah jenis kebangsaan dan di maktab-maktab.
  • 22. KELEBIHAN • Semangat guru-guru untuk mendidik anak-anak bangsa Melayu yang bakal menjadi pemimpin harapan bangsa. • Perancangan bahasa menjadi sebahagian penting daripada perjuangan kebangsaan orang- orang Melayu • Mereka mengarang buku, menubuhkan pelbagai persatuan dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menegakkan kedaulatan bahasa Melayu. • Guru-guru berjuang untuk membela bangsa Melayu melalui pendidikan dengan bahasa pengantar bahasa Melayu. • Guru-guru Melayu dalam perjuangan memerdekakan tanah air di samping mempelopori pemikiran baru mendidik anak bangsa untuk menjadi bangsa berilmu. • Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya menyebabkan mereka bertindak memajukan pengajaran bahasa Melayu dan memperjuangkan kedudukannya di dalam masyarakat Semenanjung. • Selepas negara Malaysia mencapai kemerdekaan, laporan-laporan turut diperkenalkan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di peringkat sekolah, universiti dan maktab. • Guru-guru memainkan peranan penting dalam pendidikan bahasa Melayu.
  • 23. KELEMAHAN • Pada peringkat awal, latihan perguruan ini dijalankan secara ad hoc dan laissez-faire mengikut perkembangan sekolah-sekolah yang mengikut aliran bahasa pengantar masing-masing. Terdapat beberapa sekolah yang ditubuhkan mengikut perkauman ialah sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah India. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa perkauman masing-masing sebelum laporan diperkenalkan.