REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
Refleksi Guru Penting Dalam Peningkatan Kualiti Pengajaran
1. AMALAN REFLEKSI
GURU DALAM
PENGAJARAN BAHASA
MELAYU KOMUNIKASI
TINGGI
2. -Pendidikan adalah satu daripada Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA
pendidikan merupakan landasan dan titik
permulaan dalam usaha menambah baik
prestasi pelajar dalam sistem pendidikan
peringkat sekolah secara menyeluruh, serta
membolehkan mereka mendapat akses kepada
pendidikan yang berkualiti.
3. -Pemikiran reflektif melibatkan bahasa dan komunikasi.
Kriteria ini digunakan menghubungkan pemikiran
reflektif dengan jurusan pendidikan tertentu.
Manakala Calderhead dan Gates (1993) menegaskan
bahawa pengajaran reflektif adalah merupakan elemen
yang amat kritis dalam perkembangan profesionalisme
guru. Pengajaran reflektif adalah suatu pendekatan
untuk memperbaiki atau mempertingkatkan sistem
pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan
guru menjadi lebih sedar tentang prestasi pengajaran
mereka, dan menjadi kritis terhadap amalan
pengajaran mereka dan bersedia untuk mengubah
demi untuk memperkemaskan lagi dirinya sebagai guru
dan mempertingkatkan lagi prestasinya sebagi guru
yang cemerlang.
4. -Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai
"active, persistent, and careful consideration of any
belief or supposed form of knowledge in the light of the
grounds that support it and the further conclusions to
which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi,
seseorang boleh "transform a situation in which there is
experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of
some sort, into a situation that is clear, coherent,
settled, harmonious" (pp. 100–101). Dengan erti kata
lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan
keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada
keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis.
5. -Membolehkan guru berfikiran analitik,
kritis dan kreatif.
-Membolehkan seseorang menilai
keberkesanan dirinya.
-Membawa ke arah pertumbuhan
profesionalisme.
- Mengubah tingkahlaku
6. -Kurang menilai potensi pelajar kerana
sibuk dengan urusan lain.
-Kurang persedian untuk mengajar.
-Pengajaran kurang menarik.
-Kurang BBM
7. -Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang
terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut
dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta
mengemuka pandangan atau cadangan bagi
menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya
pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dilaksakan
dengan lebih sempurna dan terdapat penambahbaikan.
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas,
daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan
yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak
berlaku pembaziran waktu disebabkan berbagai
pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.