SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 6
Latarbelakang


      Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan
       satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" Semasa pelancaran
      Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.kertas kerja ini menerangkan
     tentang satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah
      negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".perkara ini
     bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan satu tindakbalas kepada
      perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan
     antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara Wawasan ini telah
     diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang
     harus diambi dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh
     negara.Matlamat terakhir yangdihalakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia
     yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad
      kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek ekonomi,
     politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia
     sebagai sebuah negara merdekaakan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu,
     mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang
     sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil,
      mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Hal ini
     bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia
     akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa mengikut acuan negara
     maju yang ada sekarang. Kemajuan yang diimpikan ialah kemajuan yang sempurna yang
     tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia
     akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika
     yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.


     9 Cabaran Wawasan 2020

CABARAN 1: Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama.
Ia lebih merujuk kepada sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,
hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

CABARAN 2: Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah
menghadapi pelbagai masalah.
Maksudnya di sini, cabaran ini mahukan masyarakat Malaysia yang mudah dikenali dari sikap
ingin mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuan, tidak mengalah kepada sesiapa dan
dihormati oleh rakyat negara lain.

CABARAN 3: Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu
bentuk persefahaman matang.
Ertinya demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara
membangun.

CABARAN 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Ringkasnya, sebagai masyarakat Malaysia kenalah kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan
didorong oleh tahap etika yang tinggi.

CABARAN 5: Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
Jelasnya, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu
negara

CABARAN 6:
.
.Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta dan
berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
`memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan
peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. (lampiran B)

Cabaran yang ke enam ini penting di tahun-tahun kelesuan ekonomi negara.Pendidikan
vokasional boleh menjadi salah satu pemangkin ekonomi negara.Pendidikan vokasional perlulah
dapat merapatkan jurang antara kurikulum dengan alam pekerjaan.Terdapat empat bidang yang
perlu diambil berat oleh pendidikan vokasional masa kini.

i. Sains dan Teknologi

Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi sebagai negara
pengeluar.Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan kehidupan dikeluarkan dan
dipasarkan ke peringkat antarabangsa.Untuk tujuan ini sudah pasti kita memerlukan ahli reka
cipta yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.
CABARAN 7: Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
Ini beerti satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama
daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang
perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

CABARAN 8: Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Dalam cabaran ini lebih menjurus kepada masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi
setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika
masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi
berdasarkan kaum

CABARAN 9: Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh
bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

Objektif

     Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia
    dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan
    yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan
    sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

      (i)  Mewujudkan negara Malaysia     bersatu yang mempunyai
          matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti
          menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
          wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama
          sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa
          Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
          kepada negara;
    (ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
          maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
          dengan apa yang dicapai serta gagah         menghadapi
          pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat
          dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar
          semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan
          dihormati oleh rakyat negara lain;
    (iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang
          matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang
          matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang
           boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;
    (iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
          beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai
          agama, dan kejiwaan dan     didorong oleh tahap etika
          paling tinggi;
    (v)   Mewujudkan   masyarakat liberal dan bertolak ansur,
          rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan
          dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang
          sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
(vi)  Mewujudkan    masyarakat   saintifik   dan   progresif,
          mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
          depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna     teknologi
          tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
          teknologi masa depan;
    (vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,
          iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat
          lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan
           tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di
          sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;
    (viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
          Iaitu masyarakat yang       melaksanakan     pengagihan
          kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud
          perkongsian    sepenuhnya   bagi setiap rakyat dalam
          perkembangan ekonomi.     Masyarakat sedemikian tidak
          akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan
          fungsi     ekonomi,   dan   kesemua kemunduran ekonomi
          berdasarkan kaum; dan
    (ix) Mewujudkan masyarakat      makmur yang mempunyai ekonomi
          bersaing, dinamik, giat dan kental.

Perspektif

     Cabaran-cabaran   di atas sebenarnya telah membangkitkan
    beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan
    Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-

     (i)      Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.
             Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam
             kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang
             rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum,
             keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara
             bangsa   adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan
             kerana tanpa    rakyatnya mempunyai    satu pemikiran
             terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk
             kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi
             konsep   ini   istilah   seperti   perpaduan   negara,
             kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi
             perlulah difahami dan diamalkan.
    (ii)     Negara Perindustrian
             Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan
             kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian
             adalah mempunyai status negara maju.      Wawasan 2020
             berkehendakkan rakyat    Malaysia   meneruskan proses
              transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka
             lagi   kerana    pencapaian sekarang    masih lagi di
             pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan
             sahaja   melibatkan transformasi daripada kehidupan
             bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan
perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
      Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong
      oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang
      tinggi yang     bukan    setakat   boleh    mencedok atau
      mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta,
      menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara
      perindustrian pertumbuhan      ekonomi    yangamat   pesat
      amatlah penting.      Ia sudah tentunya berkait dengan
      sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara
      langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing,
      kualiti    tenaga     kerja, berdikari     dan kekentalan
       menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan
      sektor swasta      amatlah besar kerana ia akan menjadi
      jentera Pertumbuhan.
(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial
      Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang
      ekonomi    dan sosial memang tidak dapat disangkal
      sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi
      penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah
      kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud
      keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-
      galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.
      Pernyataan    Wawasan    ini adalah mempakan penegasan
      semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta
      perhatian    utama    iaitu    pembasmian     kemiskinan,
      keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara
      wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar
      bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya
       telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir
      terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum
      golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah
      menganggapnya sebagai satu usaha bagi         memperbaiki
      ketidak-adilan. Kesungguhan      bagi    mencapai   tahap
      keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke
      dalam   objektif Dasar Pembangunan        Nasional    dan
      dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan
      Malaysia Keenam.
(iv) Moral dan Etika
      Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang
      yang lebih     bercirikan kebendaan, negara maju ala-
      Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang
      kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan
      kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah
      penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai
      moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan
       dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak
      membawa keburukan.      Pengamalan    nilai-nilai   murni
      (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam)
      akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk        tidak
menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
    (v)   Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.
           Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem
           sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat
           bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat
           dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini
           membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah
           negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan
           masyarakat.   Penegasan ini amatlah      benar   kerana
           keluarga (rumah tangga)    dan    masyarakatlah    yang
           mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan
           pemimpin    sesebuah    negara. Budaya     bangsa yang
            merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk
           masyarakat   penyayang    dan     budaya    menyayangi)
           sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini
           hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan
           rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam
           memajukan negara dan mengambil langkah-langkah    perlu
           bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna.

Penutup

     Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan
    ekonomi semata-mata kerana     ia    mementingkan    persoalan
    pembangunan    ekonomi   untuk    Malaysia   menjadi    negara
    perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih
    daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara
    berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup           seperti
    pembentukan   dan keperibadian bangsa, moral dan etika,
    kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber       manusia    dan
    lain-lain.
    Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi
    ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action
    bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu
    bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar
    maju dan makmur. Dalam konteks ini         Wawasan    tersebut
    memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah
    kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan,
    perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains           dan
     teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih
    dinamik.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikJASONYAPMUNHONG
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 
Dasar pertanian negara
Dasar pertanian negaraDasar pertanian negara
Dasar pertanian negaramunnianwar
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING NurZahidah22
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia kawaiis
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMNurZahidah22
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)azamuddin azam
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmPengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmadib danial
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalmunnianwar
 
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)Mun Ying
 

Mais procurados (20)

penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
Dasar pertanian negara
Dasar pertanian negaraDasar pertanian negara
Dasar pertanian negara
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmPengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
 

Destaque

Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020Mis Sem
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020aimm reka
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020munnianwar
 
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020Adha Rain
 
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}Nurul Atikah
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalmunnianwar
 
Assembly of computer system
Assembly of computer systemAssembly of computer system
Assembly of computer systemsyed mehdi raza
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020munnianwar
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanSharifa Azreena
 
Ekonomi malaysia
Ekonomi malaysiaEkonomi malaysia
Ekonomi malaysiamunnianwar
 
Petunjuk negara maju dan sejahtera
Petunjuk negara maju dan sejahteraPetunjuk negara maju dan sejahtera
Petunjuk negara maju dan sejahteramunnianwar
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanmunnianwar
 
Dasar automobil nasional
Dasar automobil nasionalDasar automobil nasional
Dasar automobil nasionalmunnianwar
 

Destaque (20)

Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020
 
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
 
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
 
Ekonomi1blog
Ekonomi1blogEkonomi1blog
Ekonomi1blog
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasional
 
9 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 20209 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 2020
 
Assembly of computer system
Assembly of computer systemAssembly of computer system
Assembly of computer system
 
Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Ekonomi malaysia
Ekonomi malaysiaEkonomi malaysia
Ekonomi malaysia
 
Petunjuk negara maju dan sejahtera
Petunjuk negara maju dan sejahteraPetunjuk negara maju dan sejahtera
Petunjuk negara maju dan sejahtera
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaan
 
Dasar automobil nasional
Dasar automobil nasionalDasar automobil nasional
Dasar automobil nasional
 

Semelhante a CABARAN WAWASAN 2020

Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020munnianwar
 
Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1Ina Sweetie
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuディー アン
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaanwk_aiman
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaanwk_aiman
 
9. Cabaran Keterlestarian Etika Peradaban.pdf
9. Cabaran Keterlestarian Etika  Peradaban.pdf9. Cabaran Keterlestarian Etika  Peradaban.pdf
9. Cabaran Keterlestarian Etika Peradaban.pdfsyafiirfan
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan PeradabanStacksApp
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptxssuser802951
 
Teori perencanaan & pengendalian Pembangunan review visi indonesia 2025
Teori perencanaan & pengendalian Pembangunan review visi indonesia 2025Teori perencanaan & pengendalian Pembangunan review visi indonesia 2025
Teori perencanaan & pengendalian Pembangunan review visi indonesia 2025Herlambang Bagus
 
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara majuStartegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara majuadinsaputra1
 
8585178 wawasan-2020-versi-1
8585178 wawasan-2020-versi-18585178 wawasan-2020-versi-1
8585178 wawasan-2020-versi-1Cempaka Manja
 

Semelhante a CABARAN WAWASAN 2020 (20)

Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020Dasar wawasan 2020
Dasar wawasan 2020
 
Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1
 
Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
 
Kump 10
Kump 10Kump 10
Kump 10
 
Rencana Pembangunan Jangka Panjang (RPJPN) 2015-2025
Rencana Pembangunan Jangka Panjang (RPJPN) 2015-2025Rencana Pembangunan Jangka Panjang (RPJPN) 2015-2025
Rencana Pembangunan Jangka Panjang (RPJPN) 2015-2025
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan
 
1 malaysiabooklet
1 malaysiabooklet1 malaysiabooklet
1 malaysiabooklet
 
Bab 13
Bab 13Bab 13
Bab 13
 
1 malaysia b
1 malaysia b1 malaysia b
1 malaysia b
 
9. Cabaran Keterlestarian Etika Peradaban.pdf
9. Cabaran Keterlestarian Etika  Peradaban.pdf9. Cabaran Keterlestarian Etika  Peradaban.pdf
9. Cabaran Keterlestarian Etika Peradaban.pdf
 
ryfx.pdf
ryfx.pdfryfx.pdf
ryfx.pdf
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx
 
Teori perencanaan & pengendalian Pembangunan review visi indonesia 2025
Teori perencanaan & pengendalian Pembangunan review visi indonesia 2025Teori perencanaan & pengendalian Pembangunan review visi indonesia 2025
Teori perencanaan & pengendalian Pembangunan review visi indonesia 2025
 
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara majuStartegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
Startegi Pembangunan Indonesia Untuk menjadi negara maju
 
MODAL INSAN.doc
MODAL INSAN.docMODAL INSAN.doc
MODAL INSAN.doc
 
8585178 wawasan-2020-versi-1
8585178 wawasan-2020-versi-18585178 wawasan-2020-versi-1
8585178 wawasan-2020-versi-1
 
26499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-126499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-1
 

CABARAN WAWASAN 2020

  • 1. Latarbelakang Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.kertas kerja ini menerangkan tentang satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".perkara ini bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan satu tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambi dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.Matlamat terakhir yangdihalakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdekaakan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Hal ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa mengikut acuan negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang diimpikan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. 9 Cabaran Wawasan 2020 CABARAN 1: Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia lebih merujuk kepada sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,
  • 2. hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. CABARAN 2: Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Maksudnya di sini, cabaran ini mahukan masyarakat Malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuan, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. CABARAN 3: Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang. Ertinya demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. CABARAN 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika Ringkasnya, sebagai masyarakat Malaysia kenalah kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi. CABARAN 5: Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur Jelasnya, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara CABARAN 6: . .Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat `memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. (lampiran B) Cabaran yang ke enam ini penting di tahun-tahun kelesuan ekonomi negara.Pendidikan vokasional boleh menjadi salah satu pemangkin ekonomi negara.Pendidikan vokasional perlulah dapat merapatkan jurang antara kurikulum dengan alam pekerjaan.Terdapat empat bidang yang perlu diambil berat oleh pendidikan vokasional masa kini. i. Sains dan Teknologi Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi sebagai negara pengeluar.Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan kehidupan dikeluarkan dan dipasarkan ke peringkat antarabangsa.Untuk tujuan ini sudah pasti kita memerlukan ahli reka cipta yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.
  • 3. CABARAN 7: Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi Ini beerti satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. CABARAN 8: Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Dalam cabaran ini lebih menjurus kepada masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum CABARAN 9: Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan. Objektif Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu: (i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara; (ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain; (iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun; (iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi; (v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
  • 4. (vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan; (vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh; (viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan (ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Perspektif Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:- (i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan. (ii) Negara Perindustrian Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan
  • 5. perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yangamat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera Pertumbuhan. (iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala- galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam. (iv) Moral dan Etika Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala- Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak
  • 6. menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki. (v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna. Penutup Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.