SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 19
1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata
22
merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat
menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada
segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud
penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah
cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).
Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya
makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik
ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah
kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara
makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
1.2 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantikos” yang
bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan
sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu
kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk
menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat
ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik
bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut
“semantik sejarah” (M.Breal, 1893)
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji
bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka
perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh
dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan
makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan
semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat
dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna
yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim
(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya
sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk
dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai
makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
1.3 Makna Leksikal
22
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna
perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya,
perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki
makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+,
ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan
memiliki makna gramatis. Golongan jenis makna semantik leksikal boleh dilihat melalui contoh
yang berikut:
i. Sinonim (perkataan “cantik” dan “indah”),
- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah.
- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik.
ii. Antonim (perkataan “gemuk” dan “kurus”)
iii. Hiponim (perkataan “ayam”, “itik” dan “lembu” berhiponim dengan perkataan
“haiwan”)
iv. Homonim (perkataan “kali” bermaksud “darab” dan “sungai”)
v. Polisemi (perkataan “berat” bermaksud “tekanan benda”, “sukar”, “berkenaan sikap”,
“berkenaan makanan” dan lain-lain)
vi.Peribahasa ( Peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi” bermaksud “orang
yang tidak amanah”).
1. Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan
perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima
ekor lembu’.
2. Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna
masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal
api, bunga api dan sebagainya.
3. Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna
tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam
bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
22
1.4 Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna
terselindung dan makna tersirat.
1. Makna Tersurat (denotasi)
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis
atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya,
Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan
maka kita menganggapnya sebagai betul.
Contohnya: Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.
Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
2. Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana
perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat :
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau
pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih
dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau
pembaca,
3. Makna Tersirat (konotasi)
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau
diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”. Bahasa
seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu
dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.
Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan
kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk
perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan
bahasa.
1.5 Semantik teori pembuktian.
22
Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih
berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran.
1. Keharmonian dan Pembuktian
Keharmonian dan Pembuktian disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang
bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa
penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna
dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen menyatakan
bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu
hijau, penghubung “dan” patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut:
Langit itu biru dan rumput itu hijau.
2. Koheren Dalam Pembuktian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai
berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat
dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori
koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau
konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.
22
1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa.
Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian
bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai
maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain,
ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada
satu tafsiran.
Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa
(iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah
meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi,
menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami
maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang
berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.
Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti
dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa
Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan
ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung
menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan
neneknya.Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai
penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini
dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat
berkenaan.
1.7 Pengembangan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh
penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’,
dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang
semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ .
Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih
22
tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap
sama darjatnya disebut‘saudara’.
1.8 Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi
pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang
cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan
bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna
yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-
saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’
juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau
disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.
1.9 Fitur Makna Dalam Bahasa Melayu
a) Sifat Makna
Secara umumnya, sifat makna boleh dibahagikan kepada dua iaitu dinamik dan evolusi. Rajah di
bawah menjelaskan perbezaan kedua-dua sifat makna tersebut secara ringkas.
Rajah 1.9.1 : Sifat Makna
SIFAT
MAKNA
SIFAT
MAKNA
Boleh berubah-ubahBoleh berubah-ubah
Boleh berkembangBoleh berkembang
Dinamis
Evolusi
22
Setelah mengetahui tentang sifat makna, berikut merupakan beberapa ciri yang
menentukan sesuatu makna. Ciri-ciri ini juga berupaya membuka minda semua pihak tentang
keunikan dan keistimewaan mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana, setiap perkataan dan
ayat yang dituturkan oleh penutur memiliki makna tertentu dan makna tersebut berbeza mengikut
kefahaman seseorang. Berikut menunjukkan ciri-ciri yang menentukan sesuatu makna:
Rajah 1.9.2 : Ciri-ciri yang Menentukan Sesuatu Makna
Penerangan bagi ciri pilihan adalah seperti berikut iaitu suatu ungkapan yang dihasilkan
mestilah dipilih mengikut kesesuaian dan sekiranya tidak maka ungkapan tersebut dikira tidak
bermakna. Seterusnya, bagi ciri budaya pula menjelaskan budaya masyarakat penutur adalah
saling berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat
penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. Manakala bagi ciri konteks pula
menjelaskan makna juga dapat ditentukan bergantung pada situasi dan perasaan penutur semasa
menyampaikan sesuatu ungkapan itu. Akhir sekali, ciri makna dalam peribahasa pula
menerangkan bahawa makna dalam peribahasa sama ada kiasan, simpulan bahasa dan pepatah
digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Contohnya, ringan tulang
(rajin).
CIRI-CIRI YANG MENENTUKAN SESUATU MAKNA
pilihan
budaya konteks
makna
dalam
peribahasa
22
Setelah memahami tentang ciri-ciri yang menentukan sesuatu makan barulah mudah bagi
memahami pula tentang faktor-faktor perubahan sifat makna. Terdapat lima faktor yang telah
dikenal pasti berupaya memberi perubahan kepada sifat bahasa. Berikut merupakan senarai
ringkas faktor-faktor perubahan sifat bahasa:
Rajah 1.9.3 : Faktor Perbezaan Sifat Bahasa
1.10 Perubahan Makna dalam Bahasa Melayu
Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam
bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada
bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji
bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak faktor yang merangsangkan perubahan. Ullmann
dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya
memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah separti
sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk
kata baharu.
FAKTOR
PERBEZAAN
SIFAT BAHASA
Perkembangan
bahasa itu sendiri
Tanggapan penutur
Perluasan makna
Pembatasan atau
penyempitan
makna
Tujuan simbolik
dan stilistik
22
Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis
perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan
diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan
ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa.
Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud,
makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan
sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang
ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi
menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan
mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok
(nurseri).
Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.
Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna ‘menguruskan’, mengendalikan’, dalam ayat
separti ‘Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini’. Ada kalanya makna negatif berubah
menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering
menemukan ayat atau ujaran. “Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna
bahasa Melayu.” Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif,
tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan–perubahan separti ini banyak berlaku dalam bahasa
kerana sebab–sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah
mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk
merujuk kepada ‘kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna
tambahan separti ‘ kawasan perumahan’, kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi
separti Taman Kinabalu’. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk
merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang -
orang tertentu kerana jasa–jasa mereka.
Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata – kata
yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep – konsep saintifik merupakan antara kata
yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan
kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.
22
Perubahan makna ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna
tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. Makna tersurat ialah makna yang diperoleh
semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa
bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, “Burung itu hinggap di ranting pokok”. Jika sesuatu ayat
atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya :
“Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.”
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan
sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah “Para pelajar yang dihormati”.
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya
tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat
“Adik ke kedai Pak Ali.”
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’. Walaupun
sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau
dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan
maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca. Contoh
lain adalah seperti berikut:
“Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.”
Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan sebagai
contoh “Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami”. Oleh yang demikian,
struktur dalam ayat ini ialah “Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami”.
Seterusnya ialah makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis
atau diujarkan, misalnya dalam kiasan seperti “umpama jari di tangan”, “ada bercincin ada
tidak’. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan
menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut
sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa
dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk
perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.
22
2.0 FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU
2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.
Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-
perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal
perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk
perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak
belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya
dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mencakupi makna
‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika menangani
kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan
dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod
amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu”. Dalam contoh ini, perkataan ‘gejala’
bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti
ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.
Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan
“hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran
berikut, “ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan “
menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan
sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu”
itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna “ mengganggu”.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah
mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, di mana pada asalnya ia
hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi
“ kawasan perumahan” , “ kawasan perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti
Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan
untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-
raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka. Demikianlah perubahan berlaku kerana proses
perkembangan bahasa itu sendiri di mana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu
mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.
22
2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur
Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan
penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan
itu. Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang
lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua
tanpa mengira saudara atau tidak. Di samping itu ada juga sesetengah orang menggunakan
perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya.
Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi
makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian darah
atau kekeluargaan”. Di samping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa Melayu cenderung
menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “ saudara sesame
Islam”. Di sini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian
darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap
sesuatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.
2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud
Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna
memiliki makna-makna yang lain. Perkataan “ saudara”, misalnya pada mulanya bermaksud
orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada
hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai
kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki. Selain itu, disebabkan
kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna.
Sebagai contoh, perkataan “taman”, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk
kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna
tambahan seperti “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindustrian”, dan “ kawasan alam semula
jadi” seperti Taman Hidupan Liar.Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan “semangat”
juga mengalami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan “
semangat” ialah “jiwa” atau “roh”. Tetapi perkataan ini kemudiannya diperluaskan maksudnya
menjadi “ perasaan” misalnya “ semangat kemerdekaan”, semangat patriotisme” dan juga kepada
“ kemahuan atau keinginan yang tinggi” seperti dalam contoh berikut, “Dia mempunyai
semangat ingin berjaya dalam hidup”.
22
2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud
Makna sesuatu perkataan boleh juga di batas kan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai
contoh perkataan “ sarjana”, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang
pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah
disempitkan atau di batas kan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama,
seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah pertama, seperti
“Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”. Perkataan “pendeta” asalnya membawa makna “orang
yang berilmu”, seperti “Pendeta Za’ba,” seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut
Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna “ guru agama Kristian”.
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adalah
untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu.
Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang berhubung”. Dalam
ilmu bahasa perkataan “ sendi” diajukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi
menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.
2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil
karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga”
selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga
= perempuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan.
Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud
contohnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “
kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”. Selain daripada itu unsur-unsur personifikasi juga
menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada
langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan “melambai”
sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada
langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat
tiupan angina” dan “ keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh
-contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat
menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984:
290-4).
22
3.0 APLIKASI PENGAJARAN MAKNA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA
MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH.
3.1 Aplikasi pengajaran makna (sinonim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sinonim ialah hubungan kesamaan makna antara suatu perkatan, frasa, ayat atau
ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau mengikut konteks (Lyons, 1929:405).
Contohnya menurut Zainal Abidin Safarwan (1995), frasa ‘sungai tak tentu gaungnya’
bersinonim dengan frasa ‘orang yang tidak tentu asal usulnya’. Frasa sungai tak tentu gaungnya
merupakan peribahasa, sementara frasa orang yang tidak tentu asal-usulnya ialah maksud
peribahasa itu. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah ‘onoma’ dan ‘syn’ yang
berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud ‘onoma’ ialah nama manakala ‘syn’ bermaksud nama
lain untuk benda atau hal yang sama.
Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang
mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Sinonim juga
diterjemahkan sebagai ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama
dengan makna ungkapan lain. Perkataan ‘sinonim’ dikatakan berasal daripada bahasa Yunani
kuno iaitu ‘onoma’ bermaksud nama dan ‘syn’ yang bererti nama lain. Hubungan makna antara
dua patah perkataan yang bersinonim itu bersifat dua hala, misalnya indah bersinonim dengan
cantik, cantik juga bersinonim dengan indah.
O’Grady(2000:118) berpendapat sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk
ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama makna
tidak semestinya mempunyai persamaan secara keseluruhan. Contohnya, makna perkatan
‘kereta’ dan ‘motokar’ adalah sama namun apabila membentuk ungkapan ‘kereta lembu’ dan
‘motokar lembu’ maka maknanya menjadi berbeza (Abdullah Hassan;2007). Abdullah Hassan
(1981) turut menjelaskanj bahawa’ memang agak sukar untuk memberi satu takrif yang
menyeluruh dalam kata-kata sinonim ini’.
22
• Aplikasi pengajaran makna (sinonim)
I. Langkah 1
Dalam langkah 1 ini, Cikgu Nora meminta murid membaca petikan di dalam buku teks
secara individu yang dipilih secara rawak. Setelah itu murid bersoal jawab berdasarkan petikan.
Kemudian murid diminta mencari maksud lima perkataan menggunakan kamus secara
berpasangan. Kekuatan yang terdapat dalam langkah 1 ini ialah keupayaan murid membaca
petikandengan baik dan dapat mencari maksud perkataan dengan menggunakan kamus.
Kelemahannya pula tidak semua murid dapat menggunakan kamus dengan baik keranaterdapat
murid yang tidak mempunyai kamus dan murid ini hanya mendengar sahaja.Bagi aktiviti bacaan
pula hanya 2 orang murid sahaja dilibatkan.Untuk mengatasi masalah ini, Cikgu Nora boleh
membuat melakukan aktiviti pengajaran di pusat sumber dan murid boleh menggunakan kamus
yang terdapat di situ. Untuk lebihmenyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Nora
boleh menjalankanaktiviti permainan mencari makna perkataan secara kumpulan.
2. Langkah 2
Dalam langkah 2 ini, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan . Cikgu Nora
memberikanlembaran aktiviti mencari maksud simpulan bahasa. Setelah itu murid
disuruhmenyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata tanya yang terdapat dalam petikan. Murid
juga diminta membina ayat daripada kata kerja tersebut. Setelah itu, Cikgu Nora memberi
penerangan tentang kata tanya. Kemudian murid memberi contoh ayat tanya yangterdapat dalam
petikan. Kekuatan dalam langkah 2 ini ialah murid dapat menjalankan akiviti kumpulan
secarakoperatif dan kolaboratif iaitu berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai jawapan.
Murid juga dapat memberikan contoh kata tanya dengan betul.Kelemahannya ialah pengagihan
kumpulan mengambil masa yang lama dan ahlikumpulan tidak terdiri daripada pelbagai
kebolehan.Dalam kumpulan juga tidak dilantik ketua, pencatat dan pelapor.Keadaan ini
menimbulkan kebisingan.Bagi mengatasi masalah ini, Cikgu Hamid perlu pastikan setiap murid
dalam kumpulan terdiri dari pelbagai kebolehan dan pastikan mereka melantik ketua, pencatat
dan pelapor.Aktiviti permainan bahasa seperti teka-teki, teka silangkata dan sebagainya boleh
disisipkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
murid serta menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
22
3.2 Aplikasi pengajaran makna (antonim) dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Antonim ialah perktaan yang mempunyai makna yang berlawanan. Hubungan makna
yang berlawanan antara suatu perkataan, frasa, ayat atau ungkapan dengam suatu perkataan,
frasa, ayat, atau ungkapan lain, misalnya seperti sungai berantonim dengan perkataan laut
(Lyons, 1979). Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu "anoma" yang
bererti "nama" dan "anti" yang bererti "melawan". Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang
maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Contohnya ialah
baik/buruk, tinggi/rendah dan panjang/pendek. Contoh aplikasi antonim di dalam pengajran
makna Bahasa Melayu Adalah seperti berikut :
1. Langkah 1
- Murid diedar teks cerita “Pak Senik Insaf”
- Murid ditunjukkan cara membaca cerita dengan kelancaran, sebutan dan intonasi yang betul.
- Murid membaca teks cerita secara bergilir-gilir.
-Murid diminta menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan .
2. Langkah 2
- Murid diterangkan tentang maksud kata adjektif.
- Dalam kumpulan, murid diminta mencari perkataan adjektif yang terdapat dalam teks.
- Murid mencari perkataan antonim dengan kata adjektif yang telah dicari dalam teks dan diisi
dalam lembaran kerja.
- Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas
3. Langkah 3
- Aktiviti Murid Pemulihan: Mengeja dan membaca kata adjektif dan antonimnya.
- Aktiviti Murid Pengayaan: Mencari 10 perkataan antonim.
22
3.2 Aplikasi pengajaran makna (hiponim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Berdasarkan Kamus Dewan 4th( 2007 : 50) hiponim bermaksud kata yang maknanya
terangkum dalam makna kata yang lain. Contohnya „kambing , „ lembu , dan „rusa Adalah‟ ‟ ‟
hiponim daripada binatang. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama
kelas bagi segolongan perkataan , ( Abdullah Hassan , 2006 : 233 ). Dalam sesetengah bahasa
lain,golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika diteliti struktur tatatingkatnya.
Dengan kata lain hiponim adalah kata-kata yang mewakili kata hipernim. Umumnya kata-kata
hipernim adalah suatu kategori dan hiponim merupakan anggota dari kata hipernim. Contoh
hiponim yang lain yang dapat saya berikan untuk menambahkan kefahaman contohnya tenggiri,
bawal, lampam, sembilang adalah hiponim bagi ikan. Bahulu, karipap, donat, cucur adalah
hiponim bagi kuih, Manakala kelapa, mangga, anggur Adalah hiponim bagi buah.
Terdapat dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguaistik makna iaitu hiponim
tulen dan hiponim umum. Contoh hiponim tulen adalah ‘padi’ iaitu perkataan yangmencakupi
dua perkataan yang segolongan dengnnya iaitu ‘beras’ dan ‘nasi’. Oleh itu dalam bahasa
Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi. Padi merupakan bijian yang belum
dibuang kulitnya.setelah padi diproses, menjadi beras dimasak menjadi nasi. Bagihiponim umum
menurut Abdullah Hassan 92005:235),hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataan
yang menjadi nama umum.Kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataan yang
menjadi komponen maknanya.Perkataan bunga memberi nama kepada semua jenis bunga.Ada
bunga melur, kenanga, mawar dan lain-lain.Perkataan bunga adalah umum. Oleh itu,perkataan
bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bunga tertentu bagi menamakan jenis bunga
tertentu, Contohnya seperti bunga melur. Contoh lain yang boleh kita lihat seperti ‘rumah teres’
dan ‘rumah banglo’ . Ini beerti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan
rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am. Contoh aplikasi hiponim di dalam
pengajaran makna Bahasa Melayu adalah seperti berikut :
Langkah 1 :
- Murid diberikan contoh karangan.
- Murid dikehendaki membuat analisa beberapa perkataan yang mengandungi unsur
hiponim di dalam contoh karangan yang diberi tersebut.
22
Langkah 2 :
-
BIBLIOGRAFI
Rujukan daripada buku :
Abdul Chaer (1994), Linguistik Am, Jakarta, Penerbit Rineka Cipta
Abdullah Hassan (2005a), linguistik am, siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,
Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Yusuf, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Guru, Kuala
Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn Bhd
Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
BML 3083 Semantik Sem.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat pendidikan Luar
2012.Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Rujukan daripada internet :
http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/06/makna-denotatif-makna-konotatif-dan.html
telah diakses pada 10 Jun 2014
http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm telah diakses pada 16 Jun 2014

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasa
Nsha Shari
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Mazliza Suleiman
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
Farah Elriani
 
Penterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentikPenterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentik
Siti Nur Raidah
 
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remajaciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
cayth
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Fadhilah Atikah
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatik
marzieta
 

Mais procurados (20)

07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasa
 
Ameliorasi
AmeliorasiAmeliorasi
Ameliorasi
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
NOVEL SALINA
NOVEL SALINANOVEL SALINA
NOVEL SALINA
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111
 
Topik 1
Topik 1Topik 1
Topik 1
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
Penterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentikPenterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentik
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remajaciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatik
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
 

Destaque

Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Rosnani Hassan
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Airun Pureluv
 
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Hiza Fadila
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
pikaosman
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
Ham Dan
 

Destaque (20)

Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Konsep dasar psikolinguistik
Konsep dasar psikolinguistikKonsep dasar psikolinguistik
Konsep dasar psikolinguistik
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
 
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
 
Polisemi
PolisemiPolisemi
Polisemi
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
 
Assgnment hbml3403
Assgnment hbml3403Assgnment hbml3403
Assgnment hbml3403
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
Pengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arab
Pengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arabPengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arab
Pengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arab
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 

Semelhante a Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
Shila Daly
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
Iera Nafiesa
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
Fir Aziz
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Rama Danty
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
fitri norlida
 
Bhgn2 bahasa (dila)
Bhgn2 bahasa (dila)Bhgn2 bahasa (dila)
Bhgn2 bahasa (dila)
Watak Bulat
 
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxBbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
hisyamudin
 

Semelhante a Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik (20)

Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arab
 
Bm semantik
Bm semantikBm semantik
Bm semantik
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Semantik Topik 7
Semantik Topik 7Semantik Topik 7
Semantik Topik 7
 
Bhgn2 bahasa (dila)
Bhgn2 bahasa (dila)Bhgn2 bahasa (dila)
Bhgn2 bahasa (dila)
 
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxBbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 

Mais de Ahmad NazRi

Mais de Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Rph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengRph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topeng
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 

Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

  • 1. 1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata
  • 2. 22 merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. 1.2 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantikos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893) Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna). 1.3 Makna Leksikal
  • 3. 22 Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. Golongan jenis makna semantik leksikal boleh dilihat melalui contoh yang berikut: i. Sinonim (perkataan “cantik” dan “indah”), - Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah. - Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik. ii. Antonim (perkataan “gemuk” dan “kurus”) iii. Hiponim (perkataan “ayam”, “itik” dan “lembu” berhiponim dengan perkataan “haiwan”) iv. Homonim (perkataan “kali” bermaksud “darab” dan “sungai”) v. Polisemi (perkataan “berat” bermaksud “tekanan benda”, “sukar”, “berkenaan sikap”, “berkenaan makanan” dan lain-lain) vi.Peribahasa ( Peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi” bermaksud “orang yang tidak amanah”). 1. Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’. 2. Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dan sebagainya. 3. Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
  • 4. 22 1.4 Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. 1. Makna Tersurat (denotasi) Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya: Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati. 2. Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat : Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca, 3. Makna Tersirat (konotasi) Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa. 1.5 Semantik teori pembuktian.
  • 5. 22 Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran. 1. Keharmonian dan Pembuktian Keharmonian dan Pembuktian disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu hijau, penghubung “dan” patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut: Langit itu biru dan rumput itu hijau. 2. Koheren Dalam Pembuktian Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.
  • 6. 22 1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa. Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan. Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan. 1.7 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih
  • 7. 22 tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut‘saudara’. 1.8 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak- saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. 1.9 Fitur Makna Dalam Bahasa Melayu a) Sifat Makna Secara umumnya, sifat makna boleh dibahagikan kepada dua iaitu dinamik dan evolusi. Rajah di bawah menjelaskan perbezaan kedua-dua sifat makna tersebut secara ringkas. Rajah 1.9.1 : Sifat Makna SIFAT MAKNA SIFAT MAKNA Boleh berubah-ubahBoleh berubah-ubah Boleh berkembangBoleh berkembang Dinamis Evolusi
  • 8. 22 Setelah mengetahui tentang sifat makna, berikut merupakan beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna. Ciri-ciri ini juga berupaya membuka minda semua pihak tentang keunikan dan keistimewaan mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana, setiap perkataan dan ayat yang dituturkan oleh penutur memiliki makna tertentu dan makna tersebut berbeza mengikut kefahaman seseorang. Berikut menunjukkan ciri-ciri yang menentukan sesuatu makna: Rajah 1.9.2 : Ciri-ciri yang Menentukan Sesuatu Makna Penerangan bagi ciri pilihan adalah seperti berikut iaitu suatu ungkapan yang dihasilkan mestilah dipilih mengikut kesesuaian dan sekiranya tidak maka ungkapan tersebut dikira tidak bermakna. Seterusnya, bagi ciri budaya pula menjelaskan budaya masyarakat penutur adalah saling berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. Manakala bagi ciri konteks pula menjelaskan makna juga dapat ditentukan bergantung pada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. Akhir sekali, ciri makna dalam peribahasa pula menerangkan bahawa makna dalam peribahasa sama ada kiasan, simpulan bahasa dan pepatah digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Contohnya, ringan tulang (rajin). CIRI-CIRI YANG MENENTUKAN SESUATU MAKNA pilihan budaya konteks makna dalam peribahasa
  • 9. 22 Setelah memahami tentang ciri-ciri yang menentukan sesuatu makan barulah mudah bagi memahami pula tentang faktor-faktor perubahan sifat makna. Terdapat lima faktor yang telah dikenal pasti berupaya memberi perubahan kepada sifat bahasa. Berikut merupakan senarai ringkas faktor-faktor perubahan sifat bahasa: Rajah 1.9.3 : Faktor Perbezaan Sifat Bahasa 1.10 Perubahan Makna dalam Bahasa Melayu Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak faktor yang merangsangkan perubahan. Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah separti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu. FAKTOR PERBEZAAN SIFAT BAHASA Perkembangan bahasa itu sendiri Tanggapan penutur Perluasan makna Pembatasan atau penyempitan makna Tujuan simbolik dan stilistik
  • 10. 22 Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa. Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri). Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna ‘menguruskan’, mengendalikan’, dalam ayat separti ‘Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini’. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. “Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu.” Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan–perubahan separti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab–sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan separti ‘ kawasan perumahan’, kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi separti Taman Kinabalu’. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa–jasa mereka. Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata – kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep – konsep saintifik merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.
  • 11. 22 Perubahan makna ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, “Burung itu hinggap di ranting pokok”. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya : “Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.” Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah “Para pelajar yang dihormati”. Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat “Adik ke kedai Pak Ali.” Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca. Contoh lain adalah seperti berikut: “Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.” Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan sebagai contoh “Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami”. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah “Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami”. Seterusnya ialah makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan seperti “umpama jari di tangan”, “ada bercincin ada tidak’. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.
  • 12. 22 2.0 FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU 2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri. Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan- perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mencakupi makna ‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu”. Dalam contoh ini, perkataan ‘gejala’ bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri. Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan “hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, “ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan “ menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu” itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna “ mengganggu”. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja- raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka. Demikianlah perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri di mana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.
  • 13. 22 2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Di samping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya. Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian darah atau kekeluargaan”. Di samping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa Melayu cenderung menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “ saudara sesame Islam”. Di sini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesuatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri. 2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan “ saudara”, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Hidupan Liar.Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan “semangat” juga mengalami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan “ semangat” ialah “jiwa” atau “roh”. Tetapi perkataan ini kemudiannya diperluaskan maksudnya menjadi “ perasaan” misalnya “ semangat kemerdekaan”, semangat patriotisme” dan juga kepada “ kemahuan atau keinginan yang tinggi” seperti dalam contoh berikut, “Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup”.
  • 14. 22 2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud Makna sesuatu perkataan boleh juga di batas kan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan “ sarjana”, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau di batas kan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah pertama, seperti “Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”. Perkataan “pendeta” asalnya membawa makna “orang yang berilmu”, seperti “Pendeta Za’ba,” seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna “ guru agama Kristian”. Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adalah untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang berhubung”. Dalam ilmu bahasa perkataan “ sendi” diajukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat. 2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga” selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga = perempuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contohnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “ kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”. Selain daripada itu unsur-unsur personifikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angina” dan “ keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).
  • 15. 22 3.0 APLIKASI PENGAJARAN MAKNA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH. 3.1 Aplikasi pengajaran makna (sinonim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sinonim ialah hubungan kesamaan makna antara suatu perkatan, frasa, ayat atau ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau mengikut konteks (Lyons, 1929:405). Contohnya menurut Zainal Abidin Safarwan (1995), frasa ‘sungai tak tentu gaungnya’ bersinonim dengan frasa ‘orang yang tidak tentu asal usulnya’. Frasa sungai tak tentu gaungnya merupakan peribahasa, sementara frasa orang yang tidak tentu asal-usulnya ialah maksud peribahasa itu. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah ‘onoma’ dan ‘syn’ yang berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud ‘onoma’ ialah nama manakala ‘syn’ bermaksud nama lain untuk benda atau hal yang sama. Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Sinonim juga diterjemahkan sebagai ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama dengan makna ungkapan lain. Perkataan ‘sinonim’ dikatakan berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu ‘onoma’ bermaksud nama dan ‘syn’ yang bererti nama lain. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim itu bersifat dua hala, misalnya indah bersinonim dengan cantik, cantik juga bersinonim dengan indah. O’Grady(2000:118) berpendapat sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama makna tidak semestinya mempunyai persamaan secara keseluruhan. Contohnya, makna perkatan ‘kereta’ dan ‘motokar’ adalah sama namun apabila membentuk ungkapan ‘kereta lembu’ dan ‘motokar lembu’ maka maknanya menjadi berbeza (Abdullah Hassan;2007). Abdullah Hassan (1981) turut menjelaskanj bahawa’ memang agak sukar untuk memberi satu takrif yang menyeluruh dalam kata-kata sinonim ini’.
  • 16. 22 • Aplikasi pengajaran makna (sinonim) I. Langkah 1 Dalam langkah 1 ini, Cikgu Nora meminta murid membaca petikan di dalam buku teks secara individu yang dipilih secara rawak. Setelah itu murid bersoal jawab berdasarkan petikan. Kemudian murid diminta mencari maksud lima perkataan menggunakan kamus secara berpasangan. Kekuatan yang terdapat dalam langkah 1 ini ialah keupayaan murid membaca petikandengan baik dan dapat mencari maksud perkataan dengan menggunakan kamus. Kelemahannya pula tidak semua murid dapat menggunakan kamus dengan baik keranaterdapat murid yang tidak mempunyai kamus dan murid ini hanya mendengar sahaja.Bagi aktiviti bacaan pula hanya 2 orang murid sahaja dilibatkan.Untuk mengatasi masalah ini, Cikgu Nora boleh membuat melakukan aktiviti pengajaran di pusat sumber dan murid boleh menggunakan kamus yang terdapat di situ. Untuk lebihmenyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Nora boleh menjalankanaktiviti permainan mencari makna perkataan secara kumpulan. 2. Langkah 2 Dalam langkah 2 ini, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan . Cikgu Nora memberikanlembaran aktiviti mencari maksud simpulan bahasa. Setelah itu murid disuruhmenyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata tanya yang terdapat dalam petikan. Murid juga diminta membina ayat daripada kata kerja tersebut. Setelah itu, Cikgu Nora memberi penerangan tentang kata tanya. Kemudian murid memberi contoh ayat tanya yangterdapat dalam petikan. Kekuatan dalam langkah 2 ini ialah murid dapat menjalankan akiviti kumpulan secarakoperatif dan kolaboratif iaitu berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai jawapan. Murid juga dapat memberikan contoh kata tanya dengan betul.Kelemahannya ialah pengagihan kumpulan mengambil masa yang lama dan ahlikumpulan tidak terdiri daripada pelbagai kebolehan.Dalam kumpulan juga tidak dilantik ketua, pencatat dan pelapor.Keadaan ini menimbulkan kebisingan.Bagi mengatasi masalah ini, Cikgu Hamid perlu pastikan setiap murid dalam kumpulan terdiri dari pelbagai kebolehan dan pastikan mereka melantik ketua, pencatat dan pelapor.Aktiviti permainan bahasa seperti teka-teki, teka silangkata dan sebagainya boleh disisipkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid serta menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
  • 17. 22 3.2 Aplikasi pengajaran makna (antonim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Antonim ialah perktaan yang mempunyai makna yang berlawanan. Hubungan makna yang berlawanan antara suatu perkataan, frasa, ayat atau ungkapan dengam suatu perkataan, frasa, ayat, atau ungkapan lain, misalnya seperti sungai berantonim dengan perkataan laut (Lyons, 1979). Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu "anoma" yang bererti "nama" dan "anti" yang bererti "melawan". Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Contohnya ialah baik/buruk, tinggi/rendah dan panjang/pendek. Contoh aplikasi antonim di dalam pengajran makna Bahasa Melayu Adalah seperti berikut : 1. Langkah 1 - Murid diedar teks cerita “Pak Senik Insaf” - Murid ditunjukkan cara membaca cerita dengan kelancaran, sebutan dan intonasi yang betul. - Murid membaca teks cerita secara bergilir-gilir. -Murid diminta menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan . 2. Langkah 2 - Murid diterangkan tentang maksud kata adjektif. - Dalam kumpulan, murid diminta mencari perkataan adjektif yang terdapat dalam teks. - Murid mencari perkataan antonim dengan kata adjektif yang telah dicari dalam teks dan diisi dalam lembaran kerja. - Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas 3. Langkah 3 - Aktiviti Murid Pemulihan: Mengeja dan membaca kata adjektif dan antonimnya. - Aktiviti Murid Pengayaan: Mencari 10 perkataan antonim.
  • 18. 22 3.2 Aplikasi pengajaran makna (hiponim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan 4th( 2007 : 50) hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Contohnya „kambing , „ lembu , dan „rusa Adalah‟ ‟ ‟ hiponim daripada binatang. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan , ( Abdullah Hassan , 2006 : 233 ). Dalam sesetengah bahasa lain,golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika diteliti struktur tatatingkatnya. Dengan kata lain hiponim adalah kata-kata yang mewakili kata hipernim. Umumnya kata-kata hipernim adalah suatu kategori dan hiponim merupakan anggota dari kata hipernim. Contoh hiponim yang lain yang dapat saya berikan untuk menambahkan kefahaman contohnya tenggiri, bawal, lampam, sembilang adalah hiponim bagi ikan. Bahulu, karipap, donat, cucur adalah hiponim bagi kuih, Manakala kelapa, mangga, anggur Adalah hiponim bagi buah. Terdapat dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguaistik makna iaitu hiponim tulen dan hiponim umum. Contoh hiponim tulen adalah ‘padi’ iaitu perkataan yangmencakupi dua perkataan yang segolongan dengnnya iaitu ‘beras’ dan ‘nasi’. Oleh itu dalam bahasa Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi. Padi merupakan bijian yang belum dibuang kulitnya.setelah padi diproses, menjadi beras dimasak menjadi nasi. Bagihiponim umum menurut Abdullah Hassan 92005:235),hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataan yang menjadi nama umum.Kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataan yang menjadi komponen maknanya.Perkataan bunga memberi nama kepada semua jenis bunga.Ada bunga melur, kenanga, mawar dan lain-lain.Perkataan bunga adalah umum. Oleh itu,perkataan bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bunga tertentu bagi menamakan jenis bunga tertentu, Contohnya seperti bunga melur. Contoh lain yang boleh kita lihat seperti ‘rumah teres’ dan ‘rumah banglo’ . Ini beerti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am. Contoh aplikasi hiponim di dalam pengajaran makna Bahasa Melayu adalah seperti berikut : Langkah 1 : - Murid diberikan contoh karangan. - Murid dikehendaki membuat analisa beberapa perkataan yang mengandungi unsur hiponim di dalam contoh karangan yang diberi tersebut.
  • 19. 22 Langkah 2 : - BIBLIOGRAFI Rujukan daripada buku : Abdul Chaer (1994), Linguistik Am, Jakarta, Penerbit Rineka Cipta Abdullah Hassan (2005a), linguistik am, siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdullah Yusuf, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Guru, Kuala Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn Bhd Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. BML 3083 Semantik Sem.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat pendidikan Luar 2012.Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Rujukan daripada internet : http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/06/makna-denotatif-makna-konotatif-dan.html telah diakses pada 10 Jun 2014 http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm telah diakses pada 16 Jun 2014