O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.
KERTAS CADANGAN KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
DALAM MEMPERTINGKATKAN KOSA KATA MURID TAHUN 6
DI SK PUTRAJAYA ...
KANDUNGAN HALAMAN
BAB 1 : PENDAHULUAN 3
1.1 Pengenalan 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.3.1 Persoalan Ka...
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.
Oleh itu, ...
Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa M...
penerangan tentang kebaikan membaca. Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman
penyelidik sendiri yang menghadapi...
Menurut Mok (1996) (Latar belakang keluarga yang rendah sosio ekonominya boleh
memberi kesan negatif terhadap aspirasi pel...
a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif (Model STAD) berkesan berbanding kaedah
pembelajaran tradisional dalam meningkatka...
Pelajar. Model ini menekankan pembelajaran melalui rakan sebaya. Kitaran aktiviti
pembelajaran di bawah model STAD adalah ...
duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi
kognitif yang sesuai sebagaimana d...
Harimurti Kridalaksana (1982) pula menyatakan kamus sebagai ‘…Buku rujukan yang
memuatkan daftar kata dengan keterangan pe...
Kosa kata dalam Bahasa Inggeris bererti ‘vocabulary’. The oxford Dictionary
( 1994 : 898 ) menakrifkan vocabulary sebagai ...
Kepentingan kajian ini juga diharap dapat menjadi panduan dan memberi petunjuk kepada
guru untuk mempelbagaikan kaedah pen...
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu terhadap
pemb...
Di sekolah, pelajar dikehendaki menguasai kosa kata untuk membolehkan mereka mahir
dalam menggunakan kata dasar dan bentuk...
bergerak, dan mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan suasana pengajaran dan
pembelajaran.
Intan Sapinas binti B...
kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seramai 160 orang murid dari dua buah
sekolah Cina dan Tamil telah ter...
Melayu ( S. Nathesan, 1990 : 16 ). Awang Sariyan ( 1995: 580 ) turut menegaskan betapa
pentingnya kamus dalam proses pendi...
Kajian Mohd Daud Yusof ( 1990) tentang tahap penggunaan Bahasa Melayu baku di
kalangan pelajar tingkatan tiga di Kota Baru...
Koh Boh Boon ( 1986 ) juga telah membuat analisis tentang kadar penguasaan kosa akata
guru bahasa Melayu dalam penggunaan ...
tema yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Bahagian tiga pula mengenai satu
kumpulan temu bual yang dijalankan o...
Reichmann (1989) berdasarkan kajiannya terhadap kajiannya terhadap penterjemah
mendapati fungsi sesebuah kamus dipengaruhi...
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan mengenai metodologi penyelidikan yang digunakan dala...
Selain itu, terdapat dua set soal selidik, iaitu set A terdiri daripada soal selidik
berstruktur, manakala set B pula iala...
dalam bahagian III, terdapat pernyataan dan pendapat yang dikemukakan tentang penguasaan
kemahiran berbahasa Melayu yang m...
Borang soal selidik dirancang untuk diberikan hanya kepada kumpulan eksperimen
selepas ujian pos. Melalui borang soal seli...
satu topik kecil, pelajar menjawab secara individu soalan kuiz pendek. Pelajar diberi markah
kuiz dalam bentuk peratus sah...
Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada instrumen kajian. Penyelidik akan
mengutip kertas ujian daripada murid sebai...
Keputusan ujian pra akan dianalisis bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar.
Kemudian penyelidik akan merancang aktiv...
RUJUKAN
Abd Razak Sulaiman Dan Rakan-Rakan. (1998). Laporan Kaji Selidik Maklumat Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bah...
Of Birmingham Institute Of Education.
Carr, Eileen M. (1985). The Vocabbulary Overview Guide. A Metacognitive Strategy To
...
Bahasa Dan Pustaka.
____________. (1991). KBSR Dan Model Eksploitasi Bahan-Bahan. Kuala Lumpur
: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd...
32
UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA
FAKULTI BAHASA : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU.
SOAL SELIDIK MENGENAI KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELA...
b. B ( )
c. C ( )
d. D ( )
e. E ( )
4. Pekerjaan bapa
a. Guru ( )
b. Polis ( )
c. Peniaga ( )
d. Lain-lain, sila nyatakan ...
d. Rakan ( )
e. Lain-lain, sila nyatakan : ________________
Bahagian II : Latar Belakang Penggunaan Kamus
Dalam bahagian i...
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai (boleh tanda lebih dari satu jawapan).
6. Bagaimanakah cara anda mendapat...
Sukar didapati ( )
Lain-lain, sila nyatakan : ___________________________
Bahagian III : Latar Belakang Penguasaan Kosa Ka...
3. Kamus memberikan bentuk kata terbitan dan maknanya.
1 2 3 4 5
4. Kamus memberikan maklumat tatabahasa seperti golongan ...
2. Membaca dan memahami kata, frasa, ungkapan, ayat, peribahasa dalam
pelbagai bahan prosa.
1 2 3 4 5
3. Membaca dan memah...
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
(Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan)
SET B
Nama : _____________________________...
_______________________________________________________________
b) kursus : ______________________________________________...
_______________________________________________________________
10. a) mulai : ___________________________________________...
BORANG SKOR MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS / PASCA
Responden Ujian Pra Ujian Pos /Pasca
R1
R2
R3
R4
R5
R6
R7
R8
R9
R10
R11...
44
Próximos SlideShares
Carregando em…5
×

Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkatkan kosa kata murid tahun 6

4.863 visualizações

Publicada em

sdsd

  • Seja o primeiro a comentar

Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkatkan kosa kata murid tahun 6

  1. 1. KERTAS CADANGAN KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MEMPERTINGKATKAN KOSA KATA MURID TAHUN 6 DI SK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)
  2. 2. KANDUNGAN HALAMAN BAB 1 : PENDAHULUAN 3 1.1 Pengenalan 3 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Objektif Kajian 6 1.3.1 Persoalan Kajian 6 1.3.2 Hipotesis Kajian 7 1.4 Definisi Operasional 7 1.4.1 Model STAD 7 1.4.2 Pembelajaran Koperatif 1.4.3 Kamus 9 1.4.4 Kosa kata. 10 1.5 Batasan Kajian / Persampelan 11 1.6 Kepentingan Kajian 11 1.7 Rumusan 12 BAB 2 : SOROTAN LITERATUR 13 2.1 Pendahuluan 13 2.2 Kajian Literature 13 2.2.1 Kajian Dalam Negara Kaedah Pembelajaran Koperatif. 14 2.2.2 Kajian Dalam Negara Penggunaan Kamus dalam Menguasai Kosa Kata. 16 2.2.3 Kajian Luar Negara Kaedah Pembelajaran Koperatif 19 2.2.4 Kajian Luar Negara Penggunaan Kamus dalam Menguasai Kosa Kata. 20 2.3 Rumusan 21 BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN 22 3.0 Pendahuluan 22 3.1 Rekabentuk Kajian 23 3.2 Populasi Kajian 23 3.3 Instrumen Kajian 23 3.4 Prosedur Kajian 34 3.4.1 Prosedur pengumpulan data 26 3.4.2 Prosedur analisis data 27 3.4.3 Prosedur Pemprosesan Data 28. 3.5 Rumusan 28 RUJUKAN 29 LAMPIRAN 30 2
  3. 3. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahasa Melayu merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid- murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Melalui Bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi,menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Menurut Raminah Hj. Sabran (1993).Penguasaan bahasa lebih ketara pentingnya dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi perantara utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah. Terdapat pelbagai aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Ia diberi tumpuan utama bagi bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kaedah Pembelajaran Koperatif (STAD) dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang keberkesanan Pembelajaran Koperatif di kebanyakan negara Eropah. Justeru, penyelidik ingin mengesan kehidupan manusia. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi,menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Menurut Raminah Hj. Sabran (1993) Penguasaan bahasa lebih ketara pentingnya dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi perantara utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3
  4. 4. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah. Terdapat pelbagai aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Ia diberi tumpuan utama bagi bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kaedah Pembelajaran Koperatif (STAD) dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang keberkesanan Pembelajaran Koperatif di kebanyakan negara Eropah. Justeru, penyelidik ingin mengesan kesan Pembelajaran Koperatif dalam mempertingkatkan kosa kata murid tahun enam. Kaedah Pembelajaran Koperatif menekankan interaksi sosial antara rakan sebaya dapat membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar, perubahan hubungan antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran dan sekolah. Cooperative learning is group learning activity organised so that learning is dependent on socially structured exchange of information between learners in groups and in which each learner is held accountable for his or her own learning and is mitivated to increase the learning of others. (Kagan & Olsen, 1992) Guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid- murid mereka dalam penguasaan Bahasa Melayu. Isu kelemahan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah sering menjadi perhatian. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Murid-murid sekolah bukan sahaja sukar untuk memahami kosa kata Bahasa Melayu tetapi juga kosa kata mereka amat terhad. Murid-murid sering gagal untuk memilih dan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan tepat. Punca utama mengapa murid-murid gagal menguasai kosa kata dan hanya memiliki kosa kata yang sangat terhad adalah kerana mereka kurang minat membaca dan merujuk kamus. Sekiranya murid-murid rajin membaca dan merujuk kamus, mereka boleh mempertingkatkan kosa kata dan seterusnya mereka boleh menguasai tatabahasa Bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah ini guru–guru perlu menggalakkan murid- murid supaya rajin membaca dan memberi 4
  5. 5. penerangan tentang kebaikan membaca. Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman penyelidik sendiri yang menghadapi murid-murid yang tidak mempunyai kemahiran penguasaan kosa kata Bahasa Melayu, menyebabkan penyelidik mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Kaedah tradisional dilihat kurang berkesan dalam mempertingkatkan kosa kata murid. Oleh itu Pembelajaran Koperatif (STAD) dipilih untuk membuktikan pembelajaran ini dapat mengatasi masalah kosa kata murid yang terhad. Dalam kajian ini penyelidik memilih beberapa latihan kosa kata antaranya membina perkataan, dan teknik kaitan perkataan (konsep) dengan menjadikan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan bagi memilih dan mengisi tempat kosong bagi jawapan yang tepat. Penyelidik memilih pelbagai latihan kosa kata ini kerana mengharapkan dapat merangsangkan minat dan menggalakkan murid untuk mengambil bahagian. Kaedah Pembelajaran Koperatif (STAD) ini diharap dapat mempertingkatkan lagi kosa kata bahasa Melayu murid-murid tahun enam ini. 1.2 Pernyataan Masalah Masalah utama yang dikenal pasti mengapa murid tidak boleh menjawab latihan mengisi tempat kosong atau memilih jawapan yang tepat semasa menjawab latihan ujian atau peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Pemahaman (011) adalah disebabkan pengetahuan kosa kata murid yang terhad. Kajian yang akan dijalankan ini untuk meningkatkan lagi keupayaan murid dalam penguasaan kosa kata melalui pembelajaran koperatif (STAD). Kajian ini juga berfokus kepada murid tahun tahun 6, di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1). Pencapaian murid kelas ini sederhana sahaja. Kesemua murid kelas ini boleh membaca dan boleh menggunakan kamus dengan baik. Kebanyakan pelajar kelas ini adalah berlatar belakang keluarga yang sederhana sosio ekonominya. Lower economic family backgrounds do have negative effect on education aspirations of the students and their resulting academic achievements. 5
  6. 6. Menurut Mok (1996) (Latar belakang keluarga yang rendah sosio ekonominya boleh memberi kesan negatif terhadap aspirasi pelajaran pelajar dan keputusan pencapaian akademik mereka). Menurut Mok Soon Sang (1996), kebanyakan guru mengamalkan kaedah pengajaran kelas yang tidak ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna dan berkesan. Pengajaran biasa di dalam kelas merupakan pengajaran yang hanya berfokus kepada penerangan di papan tulis dan tidak berlaku komunikasi di antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Pelbagai kaedah pengajaran dijalankan guru untuk menarik minat murid belajar seterusnya meningkatkan prestasi mereka. Salah satunya adalah pembelajaran koperatif. Bagi membuktikan pernyataan itu, kajian dijalankan untuk menyelidik kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap peningkatan prestasi dan mempertingkatkan kosa kata. 1.3 Objektif Kajian Soalan tatabahasa dan kosa kata sering diuji dalam peperiksaan. Kosa kata memainkan peranan yang amat penting untuk memilih jawapan yang tepat dan betul. Murid-murid sukar menjawab soalan jika mereka gagal memahami maksud perkataan. Oleh itu rasionalnya kajian ini adalah untuk mengendalikan pelbagai latihan kosa kata untuk membantu murid-murid mempertingkatkan kosa kata melalui kaedah pembelajaran koperatif. Objektif kajian ini untuk : a) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian dalam mempertingkat kosa kata antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif (STAD) dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional. b) Mengenal pasti sama ada murid-murid lemah untuk memilih jawapan yang betul dan tepat disebabkan kosa kata murid yang terhad. 1.3.1 Persoalan Kajian 6
  7. 7. a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif (Model STAD) berkesan berbanding kaedah pembelajaran tradisional dalam meningkatkan prestasi pelajar terhadap topik kosa kata? b) Adakah pelajar lemah memilih jawapan yang betul dan tepat disebabkan kosa kata mereka yang terhad? 1.3.2 Hipotesis Kajian Hipotesis kajian adalah: Ho1: Tidak terdapat perbezaan kesan kaedah pembelajaran koperatif (STAD) dan pembelajaran tradisional terhadap peningkatan prestasi pelajar. Ha1: Pelajar yang menerima pembelajaran koperatif menunjukkan prestasi yang lebih tinggi berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Ho2: Tidak terdapat perbezaan kesan kaedah pembelajaran koperatif (STAD) dan Pembelajaran Tradisional terhadap kosa kata murid Ha2: Pelajar yang menerima pembelajaran koperatif (Model STAD) menunjukkan Peningkatan terhadap penguasaan kosa kata berbanding pelajar yang menerima Pembelajaran tradisional. 1.4 Definisi Operasional 1.4.1 Model STAD Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain. Model pembelajaran koperatif yang digunakan dalam kajian ini adalah model STAD. STAD bermaksud Student Teams – Achievement Division atau Bahagian Pencapaian Pasukan 7
  8. 8. Pelajar. Model ini menekankan pembelajaran melalui rakan sebaya. Kitaran aktiviti pembelajaran di bawah model STAD adalah (a) guru melaksanakan pengajaran; (b) pelajar berbincang dalam kumpulan ; (c) kuiz/ujian secara individu; (d) pengiraan skor bagi individu dan kumpulan; dan (e) pengiktirafan kumpulan. Kitaran aktiviti dalam kelas koperatif model STAD dapat dilihat dalam Rajah 1.2 di bawah. Pengajaran Guru Pengiktirafan Kumpulan Perbincangan dalam Kumpulan Skor Individu dan Kumpulan Kuiz/Ujian secara individu Rajah 1.2 Kitaran Aktiviti Di dalam Pembelajaran Koperatif: Model STAD 1.4.2 Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Koperatif ditakrifkan sebagai pembelajaran dalam kelas di mana pelajar belajar secara bekerjasama dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada pelajar pada aras kebolehan yang berbeza (kumpulan hetergenus). Pelajar diberi tugasan dan mereka perlu menyelesaikannya dan memastikan setiap ahli kumpulan saling membantu dalam menyelesaikannya (Johnson & Johnson, 1990). Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza 8
  9. 9. duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan. Kooperatif berasal dari bahasa Inggeris iaitu “Cooperate” yang bererti bekerja bersama- sama. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm 821, 2010), “Koperatif” membawa maksud ‘Syarikat Kerjasama”. Kerjasama pula diertikan bekerja atau berbuat sesuatu bersama-sama atau dengan cara saling membantu menyumbang bersama-sama untuk mencapai satu matlamat. Maka dengan itulah , saya memilih untuk memegang nilai koperatif untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Menurut Slavin, (Isjoni, 2006) mengatakan, bahawa kooperatif adalah suatu model pembelajaran di mana kanak-kanak belajar dan bekerjasama dalam kelompok-kelompok kecil secara kerjasama yang anggotanya 4-6 orang dengan struktur kelompok heterogen. 1.4.3 Kamus Kamus menurut Kamus Linguistik (1997 : 106) ialah ‘… senarai butir leksikal, seperti kata, frasa, atau istilah, biasanya disusun mengikut abjad, dalam bentuk buku. Ia menghuraikan maklumat, seperti sebutan, ejaan, etimologi, makna, padanan dalam satu bahasa atau lebih, golongan kata, atau maklumat tatabahasa lain…’ Teeuw (1964) menyebut kamus sebagai ‘…perkataan kamus berasal daripada Bahasa Arab yang membawa maksud kitab yang memberi keterangan tentang kata-kata atau lautan samudera yang dalam-dalam dan berbahaya ( Ibrahim Ahmad, 1992 : 14 ). The American College Dictionary ( 1960 : 336 ) memberi definisi kamus sebagai buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau bahasa lain ( Ibid, 1993 : 22 ). 9
  10. 10. Harimurti Kridalaksana (1982) pula menyatakan kamus sebagai ‘…Buku rujukan yang memuatkan daftar kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad…’ ( Ibid 1993: 22). Fadilah Jasmani ( 1994 : 2 ) pula menyatakan bahawa kamus ialah sebuah buku rujukan yang mengandungi pelbagai maklumat tentang kata; dan pengguna merujuk kamus untuk mendapatkan maklumat tertentu seperti ejaan, sebutan dan makna. James R. Hurford dan Brendon Heasley ( 1983 : 177 ), menakrifkan kamus sebagai : ‘…A dictionary is a central part of the description of any language. A good ordinary household dictionary tipically gives (at least) three kinds of information about how the word is pronounced, gramatical (syntactical and morphological) information about its parts of speech (e.g nouns, verbs) and inflections ( e.g for plural number and past tense ) and semantic information about the words meaning…’ Oleh yang demikian, sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa kamus merupakan sebuah buku rujukan yang mengandung kata daripada sesuatu bahasa, yang disusun mengikut abjad, diberi makna dan keterangan lain yang berkenaan dengan kata tersebut. Kepentingan kamus juga dapat dilihat dalam memberikan makna yang tepat untuk sesuatu kata, menyenaraikan dan memberikan makna kata-kata terbitan, mengenal pasti ejaan yang betul, mengetahui maklumat tatabahasa seperti pembinaan ayat dan golongan kata. 1.4.4 Kosa kata. Kamus Linguistik (1997 : 141) mendefinisikan kosa kata sebagai khazanah kata yang dimiliki oleh sesuatu bahasa (leksikon) dan khazanah kata yang dimiliki oleh pengguna sesuatu bahasa (leksikon). 10
  11. 11. Kosa kata dalam Bahasa Inggeris bererti ‘vocabulary’. The oxford Dictionary ( 1994 : 898 ) menakrifkan vocabulary sebagai 1. a list of words with their meanings, especially one given in a reading-book etc. of a foreign language. 2. The words known to a person or used in a particular book of subjek etc. 1.5 Batasan Kajian / Persampelan Batasan pertama, kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan kaedah pembelajaran koperatif iaitu model STAD. Justeru itu, dapatan kajian hanya difokuskan pada model ini dan tidak merujuk kepada model-model yang lain. Batasan kedua, kajian ini juga hanya tertumpu kepada 20 orang murid tahun tahun 6, SK Putrajaya Presint 8(1). 10 orang daripada Kumpulan Eksperimen dan 10 orang daripada Kumpulan Kawalan. Mereka ini daripada kelas yang sederhana pencapaian akademiknya. Hasil kajian ini hanya betul dalam konteks sekolah ini sahaja. Hasil kajian ini mungkin dapat dijadikan satu perintis dan landasan untuk kajian yang lebih luas dan mendalam dalam bidang yang sama. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian demi kajian telah dilakukan mengenai keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif di luar negara dan di Malaysia sendiri namun penggunaannya di dalam bidang pendidikan belum begitu meluas. Fenomena ini berlaku kerana guru sendiri tidak memahami dengan jelas langkah-langkah pelaksanaannya. Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru tentang kepentingan kaedah pengajaran koperatif yang dapat menarik minat pelajar terhadap pelajaran bahasa, di samping meningkatkan prestasi pelajar. Pelaksanaan kaedah ini sebenarnya lebih memudahkan guru untuk mengajar. Guru berperanan sebagai fasilitator semasa kaedah ini dijalankan. Murid-murid pula akan melibatkan diri secara aktif. Diharap dapatan kajian ini dapat menarik minat dan perhatian ramai guru untuk mengaplikasikan kaedah koperatif dalam pengajaran mereka. 11
  12. 12. Kepentingan kajian ini juga diharap dapat menjadi panduan dan memberi petunjuk kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif dalam mempertingkatkan kosa kata. Guru-guru akan lebih yakin dengan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid dalam memilih kosa kata yang betul dan tepat. Sebagai komponen yang penting dalam peperiksaan, cara belajar melalui kaedah pembelajaran koperatif ini sepatutnya dilaksanakan oleh guru. Perkara ini perlu diberi perhatian dan penekanan oleh guru dan pihak sekolah. Ini memperlihatkan adalah wajar murid-murid mempertingkatkan lagi kosa kata mereka sebagai persediaan untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Jika pelajar tidak mampu untuk meluaskan kemampuan mereka dalam menguasai kosa kata, ini akan memberi kesan kepada keupayaan mereka dalam memilih jawapan yang betul dan tepat bagi mengisi tempat kosong yang diberi dalam ujian pemahaman (Kertas 011) . Guru-guru pula haruslah memainkan peranan penting dalam menyemai minat dan memberikan motivasi kepada murid-murid. 1.7 Rumusan Penyelidik telah menyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam mempelajari kosa kata serta mencadangkan kaedah pembelajaran koperatif (STAD) supaya dapat menarik minat murid mempelajari kosa kata dengan lebih berkesan dan seterusnya dapat mempertingkatkan kosa kata mereka. Kaedah ini diharapkan dapat mewujudkan suasana yang positif terhadap pembelajaran di bilik darjah. Seterusnya, penyelidik membincangkan kepentingan kajian melalui dua aspek iaitu kepentingan terhadap guru dan pelajar. Terdapat tiga batasan kajian disenaraikan oleh penyelidik dan dijangka akan berlaku selepas menjalankan kajian ini. 12
  13. 13. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu terhadap pembelajaran koperatif. Menurut Creswell (2003), tinjauan literature adalah ringkasan artikel bersumberkan jurnal, buku-buku dan dokumen berkaitan yang memperihal maklumat masa lalu dan kini. Tinjauan literature penting kerana ia dapat memberikan idea mengenai penyelidikan yang akan dilakukan dan pengkaji dapat memahami bidang kajian dengan lebih mendalam. Melalui tinjauan literatur, pengkaji akan menemui dapatan terkini dan lepas, mengenal pasti persoalan-persoalan yang belum terjawab, serta semua alat-alat kajian ini akan memimpin pengkaji untuk mereka bentuk ilmu baru. 2.2 Kajian literature Mengajar merupakan satu latihan dalam memperkembangkan konsep yang berkaitan dengan sesuatu pengetahuan. Melalui usaha memperkembangkan konsep ini, guru memberi acuan terhadap sesuatu subjek dan membolehkan pelajar berfikir berdasarkan kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran, perkataan atau konsep sesuatu subjek. Kosa kata sesuatu subjek yang dipelajari di sekolah dikatakan agak meluas. Sebahagiannya berbentuk teknikal yang digunakan hanya apabila ada hubungannya dengan subjek tertentu. Perkataan ini walaupun digunakan secara umum, tetapi ia mewakili maksud tertentu. 13
  14. 14. Di sekolah, pelajar dikehendaki menguasai kosa kata untuk membolehkan mereka mahir dalam menggunakan kata dasar dan bentuk terbitannya, berfikir dan berinteraksi dengan idea. Oleh itu, guru perlulah mengambil langkah-langkah tertentu bagi mempertingkatkan kosa kata para pelajar. Kelalaian guru boleh menyebabkan pengetahuan para pelajar dibiarkan tidak lengkap, kesilapan konsep berlaku dan komunikasi tentang kandungan menjadi tidak sempurna. 2.2.1 Kajian Dalam Negara Kaedah Pembelajaran Koperatif. Meor Ibrahim bin Kamaruddin & Nurul Amira binti Ahmad (2010) telah menjalankan kajian mereka untuk mengenal pasti persepsi terhadap Kaedah pembelajaran secara Koperatif di kalangan guru-guru sains di daerah Pontian, Johor. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pandangan guru terhadap pembelajaran secara pembelajaran koperatif bagi dua kategori iaitu kemahiran sosial pelajar dan minat guru terhadap pembelajaran koperatif. Sampel terdiri daripada 56 orang responden yang dipilih secara rawak mudah. Mereka terdiri daripada guru yang mengajar subjek Sains, Kimia, Fizik dan Biologi di sekolah menengah sekitar daerah Pontian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Hasil kajian telah menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran kopertif bagi kedua-dua kategori adalah positif. Hasil kajian ini juga diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dan pihak-pihak tertentu bagi memastikan guru-guru sentiasa mempunyai persepsi yang positif terhadap pembelajaran koperatif. Simah binti Mamat (2009) dalam kajiannya telah berusaha untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam penulisan Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini membuktikan keberkesanan Kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan fakta dan karangan naratif murid Tingkatan Dua bukan Melayu. Pelajar- pelajar berpencapaian sederhana dijadikan sampel kajian ini. Walau bagaimanapun, teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat mempunyai kekuatan dalam penulisan karangan. Kekuatannya teknik ini dapat memotivasikan serta dapat memberikan keseronokkan kepada pelajar dan pada masa pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Keseluruhan aktiviti membolehkan mereka 14
  15. 15. bergerak, dan mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran. Intan Sapinas binti Bahuri (2008) telah menjalankan kajian untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Faktor demografi iaitu jantina turut mempunyai perkaitan dalam menentukan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar. Didapati pelajar lelaki atau perempuan tidak menganggap perbezaan jantina membataskan pergaulan di antara mereka bagi mencapai kejayaan di dalam pembelajaran. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti diri sendiri, guru dan suasana pembelajaran membantu di dalam amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar. Mohamad Fadzil bin Che Amat (2008) telah meninjau sama ada Kaedah pembelajaran inkuiri koperatif berbantukan multimedia dapat membantu untuk meningkatkan prestasi pelajar- pelajar dalam komponen kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran berfikir saintifik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen untuk mengkaji kesan kaedah pembelajaran inkuiri koperatif berbantukan multimedia berbanding dengan kaedah pembelajaran inkuiri individu berbantukan multimedia dan kaedah pembelajaran ekspositori berbantukan multimedia ke atas pelajar-pelajar sekolah kebangsaan yang berbeza jantina terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi kemahiran proses sains bersepadu, prestasi pemikiran saintifik dan sikap terhadap sains. Sampel kajian terdiri daripada 176 pelajar-pelajar Tahun 6 yang mempunyai min umur 11 tahun. Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007), menjalankan kajiannya yang bertajuk “Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Dalam Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks Di Kalangan Murid SJK(C) dan SJK(T)”. Tujuan kajian dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif (PK) Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar dan kaedah pembelajaran tradisional terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks bahasa Cina dan bahasa Tamil. Kajian dilakukan terhadap murid Darjah Lima dari dua buah sekolah jenis 15
  16. 16. kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seramai 160 orang murid dari dua buah sekolah Cina dan Tamil telah terlibat sebagai sampel kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah koperatif merupakan kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional dalam pencapaian bacaan pemahaman teks dan penulisan ayat. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbandingan, peningkatan pencapaian bagi pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif heterogenous adalah lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif homogenous. Tok Hoon Seng (2006) dalam kajiannya yang bertajuk Cooperative Learning and Achievement in English Language Acquisition in a Literature Class in a Secondary School, menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu usaha untuk mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum. Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh Siti Hajar Abd. Hamid (2007) dalam kajiannya yang bertajuk ‘Pembelajaran Koperatif Menggunakan E-Pembelajaran di Kalangan Pelajar yang Mengambil Subjek Telekomunikasi dan Rangkaian’. 2.2.2 Kajian Dalam Negara Penggunaan Kamus dalam Menguasai Kosa Kata. Pengajaran kosa kata merupakan bahagian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa pada semua peringkat sama ada dalam pengajaran lisan, tulisan atau bacaan. Melalui pengajaran ini diharap pelajar akan memahami makna sesuatu perkataan dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, kamus merupakan bahan rujukan yang sangat berkesan untuk pelajar memperkayakan pengetahuan kosa kata. Melalui kamus, seseorang pelajar boleh mendapatkan makna sesuatu perkataan dan hal-hal yang berkaitan dengan proses pembentukan kata seperti kata dasar, kata berimbuhan, kata ganda dan sebagainya ( Samad Buang, 1995: 18 ). Oleh itu, dalam soal kosa kata, kamus menduduki tempatnya yang tersendiri. Kamus merupakan alat bantu belajar atau mengajar yang amat berguna kepada pelajar, guru malah kepada sesiapa sahaja yang menggunakan bahasa. Kamus menjadi bahan yang amat penting untuk memberi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa khususnya Bahasa 16
  17. 17. Melayu ( S. Nathesan, 1990 : 16 ). Awang Sariyan ( 1995: 580 ) turut menegaskan betapa pentingnya kamus dalam proses pendidikan bahasa dan sekaligus membayangkan realiti yang berlaku di sesetengah sekolah, khususnya dalam era pra-KBSM. Menurutnya Mohd. Azidan Abdul Jabar ( 2000 ) dalam kajian yang bertajuk ‘ Penilaian Pelajar Menengah Terhadap Keberkesanan Penggunaan ABM Dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab’ telah menjalankan kajian ke atas 100 orang pelajar mewakili beberapa buah sekolah menengah di negeri Selangor. Hasil dapatan kajiannya jelas membuktikan bahawa kamus menjadi alat bantu mengajar yang menjadi rujukan utama para guru dan juga pelajar, iaitu sebanyak 59 orang responden ( 59%). Daripada keputusan soal selidik tersebut didapati ada lima jenis alat bantu mengajar yang paling kerap digunakan iaitu papan tulis ( 93%), kamus (92%), bahan edaran ( 75%), papan gulung ( 61%) dan papan kenyataan ( 56%). Azman Wan Chik ( 1983) dalam kajiannya yang berjudul Kesilapan Penggunaan Bahasa Malaysia Oleh Murid-Murid Melayu : Satu Kajian, telah meneliti jenis-jenis kesilapan bahasa yang dibuat oleh penutur-penutur jati Bahasa Melayu dan juga penutur dwibahasa serta membandingkan jenis-jenis kesilapan yang dibuat oleh kedua-dua kumpulan tersebut. Jenis-jenis kesilapan ditentukan berdasarkan karangan yang dihasilkan oleh pelajar. Beliau telah menggolongkan jenis-jenis kesilapan bahasa yang dilakukan kepada empat kategori utama iaitu. i. tanda baca; ii. penggunaan huruf besar; iii. penggunaan imbuhan; dan iv. ejaan. Hasil kajian menunjukkan murid-murid Melayu telah membuat sebanyak 707 kesilapan. Daripada jumlah itu, mereka telah membuat 357 kali kesalahan ejaan, iaitu 54.74% daripada semua kesilapan. Kesilapan ejaan merupakan kesilapan paling tinggi kekerapannya dalam karangan pelajar. 17
  18. 18. Kajian Mohd Daud Yusof ( 1990) tentang tahap penggunaan Bahasa Melayu baku di kalangan pelajar tingkatan tiga di Kota Baru mendapati bahawa kebanyakan pelajar lemah dalam aspek penggunaan ejaan terutama dalam ejaan perkataan yang menggunakan keselarasan vokal. Kamarudin Hj Husin (1986) yang membuat kajian terhadap guru pelatih bukan Melayu di maktab perguruan di sekitar Kuala Lumpur mendapati bahawa lebih daripada 70% jumlah kesalahan yang dilakukan oleh guru pelatih adalah daripada aspek ejaan, penggunaan kata, pembentukan struktur ayat dan pembentukan frasa. Sharifah Fakhirah dan Teo Boon Seong (1986) telah menjalankan satu kajian untuk menganalisis kesilapan pembelajaran Bahasa Melayu oleh sekumpulan pelajar tingkatan 1. Salah satu tujuan kajian tersebut adalah untuk meninjau kesilapan dalam bentuk ejaan umum. Sampelnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan kacukan Indonesia-Serani. Menurut kajian mereka, kesilapan ejaan yang dilakukan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : i. kata dasar; ii. kata berimbuhan; dan iii. kekeliruan fungsi. Daripada jumlah 107 kekerapan kesilapan, 22 daripadanya dilakukan oleh murid- murid yang berbahasa ibunda Melayu, 37 dilakukan oleh mereka yang berbahasa ibunda Tamil dan 12 kesilapan dilakukan oleh yang lainnya. Koh Boh Boon (1985) pernah membuat satu kajian yang menganalisis kesalahan ejaan tatabahasa Bahasa Melayu yang dilakukan oleh sekumpulan siswa atau siswi. Beliau telah membuat kesilapan bahawa kebanyakan siswa atau siswi masih belum biasa dengan Sistem Ejaan baru bahasa Malaysia. Beliau berpendapat bahawa ada bukti yang nyata tentang kekeliruan mereka terhadap sistem ejaan Rumi baru dan sistem ejaan Rumi lama. Lebih daripada 75% siswa atau siswi tidak mengenali kata-kata seperti pelancong, pameran, perabot, laporan sebagai kekecualian daripada pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu. Selain itu, siswa atau siswi tidak dapat membezakan makna dan penggunaan pasangan perkataan seperti penonton dengan penuntun, cucuk dengan cocok, resmi dengan rasmi dan tempuh dengan tempoh dengan tepat. 18
  19. 19. Koh Boh Boon ( 1986 ) juga telah membuat analisis tentang kadar penguasaan kosa akata guru bahasa Melayu dalam penggunaan kata kerja, kata sifat dan kata nama. Sampel terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti satu program perguruan lepasan ijazah, yang dikhususkan untuk melatih mereka untuk menjadi guru Bahasa Melayu sekolah menengah atas. Beliau telah menyimpulkan bahawa secara keseluruhannya, taraf penguasaan kosa kata yang diperlihatkan oleh bakal guru mungkin tidak dapat memenuhi tugas-tugas mereka sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah menengah atas dengan cekap dan berkesan. Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan di atas, jelas menunjukkan bahawa penggunaan kamus Bahasa Melayu wajar diberikan perhatian dalam memantapkan aspek-aspek kebahasaan seperti kosa kata, ejaan dan imbuhan. Di samping itu, setiap guru Bahasa Melayu mestilah dapat menguasai bahasa Melayu secara lebih efektif. Seseorang guru harus mempunyai kelayakan akademik yang sesuai dan terlatih malah mereka mesti memperlihatkan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran berbahasa. Jelaslah di sini menunjukkan bahawa para pelajar perlu dilatih supaya menggunakan kamus dengan betul untuk mencari makna kata dan mendalami proses pembentukan kata dalam usaha mengurangkan kesilapan ejaan. 2.2.3 Kajian Luar Negara Kaedah Pembelajaran Koperatif Very Candra Agus Lolitasari (2011) telah menjalankan kajian tentang penerapan model pembelajaran koperatif STAD untuk meningkatkan minat belajar siswa Biologi kelas Vlll B. Dari hasil penerapan model pembelajaran kooperatif STAD pada proses pembelajaran didapat bahawa penggunaan model pembelajaran kooperatif STAD dapat meningkatkan minat belajar siswa kelas VIII B SMPN 14 Surakarta tahun 2010/2011 terhadap mata pelajaran Biologi. Beulah Vanessa Isaacs (2008) dalam kajian ‘Implementing an Alternative Teaching and Learning Strategy in a Grade 7 Technology Class’ menggunakan pembelajaran koperatif untuk memperbaiki hubungan pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru dalam kelas Teknologi. Kajian dijalankan selama lebih daripada sebulan dalam satu kelas teknologi di sebuah sekolah. Kajian ini ada tiga bahagian. Bahagian pertama mengenai pengajaran selama 4 minggu dalam kelas Teknologi. Bahagian kedua pula berkaitan membentuk, merancang dan mengajar mengikut 19
  20. 20. tema yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Bahagian tiga pula mengenai satu kumpulan temu bual yang dijalankan oleh guru untuk menentukan bagaimana pelajar memperoleh pengalaman bekerja dalam kumpulan. Sandra dan Shickley (2006) dalam kajian ‘Cooperative Learning Groups in the Middle School Mathematics Classroom’ telah menjalankan penyelidikan di kelas gred 8 Matematik. Beliau mengkaji pembelajaran koperatif dan data dikumpul untuk melihat bagaimana pembelajaran koperatif mempengaruhi komunikasi secara lisan dan bertulis, skor Matematik dan sikap terhadap Matematik. Kajian dijalankan melibatkan sebelas pelajar iaitu sembilan orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan. Pengkaji mendapati ramai pelajar seronok dengan peluang untuk bekerja dalam kumpulan. Rumusannya, dapatan pengkaji-pengkaji terdahulu dapat menyokong kajian yang akan dijalankan ini. Dapatan mereka menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid. 2.2.4 Kajian Luar Negara Penggunaan Kamus dalam Menguasai Kosa Kata. Clarence Barnhart (1955) telah memulakan kajian soal selidik terhadap penggunaan kamus di kalangan guru-guru maktab. Berdasarkan 108 kertas soal selidik yang dikajinya, ternyata guru-guru tersebut telah memilih mencari makna sesuatu kata sebagai pilihan yang pertama. Maklumat ejaan berada di tempat kedua. Ini diikuti dengan maklumat sebutan, sinonim, contoh penggunaan kata dan yang terakhir etimologi ( asal-usul kata ). Dapatan awal ini telah menjadi daya pendorong untuk kajian seterusnya dan sehinggalah beberapa penemuan menarik daripada perspektif penggunaan kamus ditemui (Noraini Bakar, 2001:39). Barnhart (1967) juga telah melakukan satu kajian tentang penggunaan kamus di kalangan 56,000 mahasiswa di Amerika Syarikat. Berdasarkan kajian tersebuut, keperluan maklumat utama yang diperlukan dimuatkan dalam sesebuah kamus adalah untuk mencari makna sesuatu kata. Maklumat tentang ejaan berada di tempat kedua. Ini diikuti oleh unsur- unsur lafaz (sebutan), sinonim, contoh penggunaan kata dan yang terendah ialah etimologi (Noraini Bakar, 2001:39). 20
  21. 21. Reichmann (1989) berdasarkan kajiannya terhadap kajiannya terhadap penterjemah mendapati fungsi sesebuah kamus dipengaruhi oleh prinsip yang mengawal pemilihan skop dan penyajian bahan. Manakala kategori maklumat (makna dan ejaan) merupakan komponen yang sangat penting dan perlu ada dalam sesebuah kamus (Noraini Bakar, 2001:39). 2.3 Rumusan Di dalam bab ini, penyelidik membuat tinjauan kajian yang berkaitan dengan penggunaan pembelajaran koperatif dan hubungan dalam mempertingkatkan kosa kata. Daripada hasil tinjauan dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak kajian yang telah dijalankan dalam dan luar negara menunjukkan kesan positif kaedah pembelajaran koperatif ini. Bukti-bukti kukuh ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif mempunyai kebaikan yang banyak berbanding pembelajaran tradisional. Kajian yang akan dijalankan ini juga adalah bagi mencari bukti terhadap pembelajaran koperatif. Metodologi kajian ini dibincangkan dalam bab seterusnya. 21
  22. 22. BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan mengenai metodologi penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini. Reka bentuk kajian, sample kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisaan data diperjelaskan dalam bab ini. 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan pembelajaran koperatif berbanding kaedah pembelajaran tradisional dalam mempertingkatkan kosa kata Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di kelas biasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan menggunakan pembelajaran tradisional manakala kumpulan eksperimen menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Kaedah kuasi eksperimen dipilih kerana murid yang terlibat dalam kajian tetap berada di dalam kelas sedia ada yang ditetapkan. Penyelidik memilih reka bentuk ini kerana murid-murid yang terlibat adalah dari kelas yang sama di mana separuh daripada murid-murid kumpulan kawalan dan separuh lagi daripada kumpulan eksperimen. Kesemua murid akan diberi ujian pra dan ujian pos. Kesemua data ini akan dikumpul bagi menyokong hipotesis penyelidik. 22
  23. 23. Selain itu, terdapat dua set soal selidik, iaitu set A terdiri daripada soal selidik berstruktur, manakala set B pula ialah ujian kosa kata dengan dan tanpa merujuk kamus untuk menilai tahap penguasaan kosa kata responden. Bahagian A dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian I merangkumi maklumat latar belakang responden seperti jantina, bangsa, agama, pekerjaan ibu bapa, taraf pendidikan ibu bapa dan keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahagian II adalah tentang penggunaan kamus dan masalah yang berkaitan dengannya, manakala bahagian III pula berkaitan dengan penyataan yang dikemukakan tentang kemahiran berbahasa Melayu. 3.2 Populasi Kajian Populasi kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tahun 6. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 10 orang kumpulan eksperimen dan 10 orang kumpulan kawalan, SK Putrajaya Presint 8(1). Kelas ini terdiri daripada pelajar yang mempunyai pencapaian sederhana. Pembentukan kumpulan ditentukan sendiri oleh guru. Jenis kumpulan yang dibentuk adalah kumpulan heterogenius. Setiap kumpulan terdiri daripada seorang pelajar berpencapaian tinggi, dua orang pelajar sederhana dan seorang pelajar berpencapaian rendah. Selain itu sampel yang dipilih terdiri daripada pelajar pelbagai etnik dan latar belakang yang berbeza. 3.3 Instrumen Kajian Alat atau instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik berstruktur atau tertutup yang menjurus kepada jawapan yang saling eksklusif dan habisan yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian I, bahagian II dan bahagian III. Cadangan jawapan yang saling eksklusif dan habisan ini membolehkan subjek dapat memilih jawapan dan menjawab sesuatu soalan dengan tepat. Dalam bahagian I, soalan-soalan yang dikemukakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang pelajar. Bahagian II pula adalah berkaitan dengan tahap penggunaan kamus di kalangan pelajar. Misalnya kekerapan menggunakan kamus, cara memperoleh kamus, tujuan merujuk kamus dan alasan tidak menggunakan kamus. Manakala 23
  24. 24. dalam bahagian III, terdapat pernyataan dan pendapat yang dikemukakan tentang penguasaan kemahiran berbahasa Melayu yang menjurus kepada penguasaan kosa kata responden. Bentuk soalan menggunakan gabungan skala likert dan skala ordinal. Mohd Majid Konting (1998:198) telah mencadangkan satu set gerak balas individu terhadap sesuatu institusi, isu atau aktiviti perlu diberikan dalam bentuk skala ordinal seperti sangat setuju, setuju, tidak setuju atau sangat tidak setuju yang kemudiannya perlu disusun mengikut nombor. Bentuk kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos dan borang soal selidik yang disediakan oleh penyelidik. Antaranya adalah seperti di bawah ini: i. Ujian Pra Data instrumen ini disediakan untuk merekod prestasi murid dalam menjawab soalan mengisi tempat kosong sebelum program dijalankan. Ujian pra ini mengandungi tiga bahagian iaitu: Latihan 1 – murid dikehendaki menulis makna dan membina ayat bagi setiap pasangan perkataan berikut tanpa merujuk kamus. Latihan 2 – murid dikehendaki menulis makna dan membina ayat bagi setiap pasangan perkataan berikut dengan merujuk kamus. Latihan 3 - murid dikehendaki membina satu ayat bagi setiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maknanya. ii. Ujian pos Data instrumen ini disediakan untuk merekod prestasi murid menjawab soalan dengan mengisi tempat kosong selepas program dijalankan. Ujian pra dan Ujian pos adalah hamper sama. Rasional instrumen yang sama digunakan adalah untuk membandingkan prestasi murid dalam menjawab soalan mengisi tempat kosong sebelum dan selepas program dijalankan. iii. Borang soal selidik 24
  25. 25. Borang soal selidik dirancang untuk diberikan hanya kepada kumpulan eksperimen selepas ujian pos. Melalui borang soal selidik ini, penyelidik akan memperoleh maklumat tambahan mengenai keberkesanan pembelajaran koperatif dalam mempertingkatkan kosa kata. 3.4 Prosedur Kajian Sesi pembelajaran bagi kajian ini akan dijalankan selama enam minggu. Minggu pertama dan terakhir tidak termasuk dalam sesi pengajaran kerana pada kedua-dua minggu tersebut ujian pra dan ujian pos akan diberikan pada pelajar. Waktu pengajaran bagi kelas-kelas kajian akan dibincangkan bersama guru pembimbing. Pada minggu pertama kajian, ujian pra akan dilaksanakan. Keputusan ujian pra akan dianalisis bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar. Kemudian penyelidik akan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah pembelajaran koperatif. Model pembelajaran koperatif yang digunakan dalam aktiviti pengajaran selama enam minggu tersebut adalah Model STAD. Cara pelaksanaan Model STAD ditunjukkan dalam Jadual 3.1 Jadual 3.1 Cara Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif (STAD) Minggu Pelaksanaan Pengajaran Koperatif 1 Ujian pra. Pembentukan kumpulan heterogenius. Berbincang mengenai nama kumpulan. Penerangan guru mengenai model STAD. 2 Hingga 5 Sesi pengajaran. Bahan pengajaran dipecahkan kepada beberapa sub tajuk. Pelajar membuat tugasan secara berkumpulan. Pelajar mengambil ujian secara individu. Skor setiap pelajar dikumpulkan untuk skor kumpulan. Kumpulan yang mendapat skor tertinggi diberi penghargaan. 6 Ujian pos Borang Soal selidik (Kumpulan Eksperimen) Dalam masa yang sama, kumpulan kawalan pula akan menerima pengajaran tradisional bagi tajuk yang sama yang akan disampaikan oleh guru bahasa Melayu mereka. Apabila selesai 25
  26. 26. satu topik kecil, pelajar menjawab secara individu soalan kuiz pendek. Pelajar diberi markah kuiz dalam bentuk peratus sahaja. Pada akhir kajian, pelajar dari kedua-dua kumpulan akan menjawab ujian pos. Sampel kajian perlu menjawab kesemua item ujian dalam masa tiga puluh minit. Selepas semua kertas soalan ujian pos dikumpul, kumpulan eksperimen dikehendaki mengisi borang soal selidik. Kemudian penyelidik akan mengumpul dan menganalisis data-data tersebut. KUMPULAN EKSPERIMEN KUMPULAN KAWALAN Pengajaran berasaskan Kaedah Pengajaran berasaskan Kaedah pembelajaran koperatif Kaedah pembelajaran tradisional SOAL SELIDIK (KUMPULAN EKSPERIMEN) Rajah 3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 3.4.1 Prosedur pengumpulan data 26 UJIAN PRA UJIAN POS
  27. 27. Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada instrumen kajian. Penyelidik akan mengutip kertas ujian daripada murid sebaik sahaja masa menjawab tamat. Semua markah akan dicampurkan daripada beberapa bahagian sebelum diberi gred. Penyelidik mengumpul skor mentah daripada ujian pra dan mengisi ke dalam jadual. Selepas mengumpul data ujian pra, penyelidik akan mengendalikan pelajaran selama tiga ratus minit dalam jangka masa enam minggu untuk membantu kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan akan belajar seperti biasa Selepas program berakhir, murid-murid akan menjalani ujian pos pula. Masa yang diperuntukkan adalah sama dengan ujian pra iaitu tiga puluh minit. Penyelidik akan mengutip kertas ujian dan seterusnya mengira markah. Markah yang telah dicampur akan diberi mengikut gred. Data-data yang diperolehi direkod secara terperinci dalam borang skor. 3.4.2 Prosedur analisis data Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada kedua-dua ujian yang dijalankan. Jumlah markah ujian daripada ujian pra dan ujian pos ialah 30 markah. Penyelidik mengira markah dengan menjumlahkan keseluruhan bahagian ujian iaitu Latihan 1, 2, dan 3. Data-data yang diperoleh akan direkod secara terperinci dalam borang skor. Kemudian data-data tersebut akan dianalisis menggunakan kaedah gred A hingga E. Hasil dapatan akan dianalisis berdasarkan prosedur biasa yang kemudiannya akan dijadikan dalam bentuk gred. Rujuk jadual skema markah di bawah ini. Gred Markah Lulus/Gagal A 24 - 30 Lulus B 19 – 23 Lulus C 13 – 18 Lulus D 7 -12 Gagal E 0 – 6 Gagal Jadual 3.2 Skema Pemarkahan 27
  28. 28. Keputusan ujian pra akan dianalisis bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar. Kemudian penyelidik akan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah pembelajaran koperatif. Model pembelajaran koperatif yang digunakan dalam aktiviti pengajaran selama enam minggu tersebut adalah model STAD. 3.4.3 Prosedur Pemprosesan Data Empat jenis maklumat diperlukan bagi menjawab soalan kajian, seterusnya menulis laporan akhir kajian. Maklumat pertama diperlukan untuk memperihalkan profil pelajar. Manakala tiga set data diperlukan untuk menjawab soalan kajian. Pertama sekali penyelidik perlu memastikan pelajar menjawab kesemua item dalam instrumen kajian dan data-data tersebut direkodkan dengan terperinci. Borang skor yang telah disediakan digunakan mencatat data-data yang telah dikumpul. Bagi analisis statistik deskriptif, min dan sisihan piawai digunakan. 3.5 Rumusan Di dalam bab ini, penyelidik menghuraikan metodologi yang digunakan dalam kajian termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, cara pengumpulan dan penganalisaan data. Data yang dikumpul dijangkakan dapat memberi maklumat yang secukupnya untuk penyelidik menilai kesan kaedah pembelajaran koperatif dalam mempertingkatkan kosa kata murid tahun enam. 28
  29. 29. RUJUKAN Abd Razak Sulaiman Dan Rakan-Rakan. (1998). Laporan Kaji Selidik Maklumat Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Arpan Shahbudin Latip. (1998). Bahasa Melayu: Kesilapan Tatabahasa Satu Analisis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Asiah Idris. ( 1995). “Kamus Sebagai Perakam Tamadun Bangsa” Dlm Pelita Bahasa Jld 7:2 Hlm 10-11. Asmah Hj. Omar. (1993). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancanagan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka Dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Asmah Hj. Omar. (1992). Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Atan Long. (1971). Satu Penyiasatan Perbendaharaan Kata Asas Kanak-Kanak Melayu Dalam Darjah 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Awang Mohamad Amin. (1990). Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Dewan Bahsa Dan Pustaka. Awang Mohamad Amin. (1982). “Satu Analisis Kesalahan Bahasa Pelajar-Pelajar Melayu Peringkat Sekolah Menengah” Dlm Jurnal Dewan Bahasa Jld 26:2 Hlm 118-128. Awang Sariyan. (1995). “Kamus Sebagai Sumber Pendidikan Bahasa” Dalam Jurnal Dewan Bahasa Jld 39:7 Hlm 580-586. Bullock, A. (1975). A Language For Life Her Majesty’s. London : Stationary Office. Burrough, G.R. (1957). A Study Of The Vocabulary Of Young Children. Birmingham: University 29
  30. 30. Of Birmingham Institute Of Education. Carr, Eileen M. (1985). The Vocabbulary Overview Guide. A Metacognitive Strategy To Improve Vocabulary Comprehension And Retention. Journal Of Reading. ____________. (1995). Ensiklopedia Malaysiana Jilid 5. Kuala Lumpur : Anzaguin Sdn. Bhd. ____________ (1995). Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu Jilid 2.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Dan Pendidikan Malaysia. Hassan Baseri Budiman. (1995). “Penyusunan Kamus Dan Perkaitannya Dengan Makna” Dlm Pelita Bahasa Jld 8:11 Hlm 20-23. Ibrahim Ahmad. (1994). Perkamusan Melayu Satu Pengenalan. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka Dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ibrahim Ahmad. (1995). “Sejarah Awal Perkamusan Melayu” Dlm Pelita Bahasa Jld 7:5 Hlm 16-17. Ibrahim Ahmad. (1992). “Kosa Kata Perkamusan Melayu” Dlm Pelita Bahasa Jld 5:2 Hlm 14-16 Ibrahim Ahmad. (1993). “Tipologi Perkamusan Melayu” Dlm Pelita Bahasa Jld 3:8 Hlm 22-24. Ibrahim Ahmad. (1991). “Susunan Maklumat Perkamusan Melayu” Dlm Pelita Bahasa Jlid 3:8 Hlm 18:19. Ibrahim Ahmad. (1992). “Membaca Kamus” Dlm Pelita Bahasa Jld 4:3 Hlm 14-15. Ibrahim Ahmad. (1993).Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu Sehingga Abad Ke-20” Dlm Pelita Bahasa Jld 5:3 Hlm 32-34. Ibrahim Ahmad. (1993). “Tipologi Kamus: Suatu Penilaian” Dlm Pelita Bahasa Jld: 7:7 Hlm 28-31. Jais Sahok. (1993). “Kamus Sebagai Bahan Bantuan Pendidikan Bahasa Melayu” Dlm Jurnal Dewan Bahasa Jld 37:6 Hlm 509-514. Kamarudin H.J Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca : Kaedah Dan Teknik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kamarudin H.j Husin. (1998). Pedagogi Bahasa : Pengkaedahan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. _____________. (1987). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan 30
  31. 31. Bahasa Dan Pustaka. ____________. (1991). KBSR Dan Model Eksploitasi Bahan-Bahan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. ____________. (1997). Kamus Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Khairul Anuar. (1992). Kesalahan Tanda Baca Dan Ejaan. Petaling Jaya : Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd. Mohd Azidan Abdul Jabar. (2000). “Penilaian Pelajar Menengah Terhadap Keberkesanan Penggunaan Abm Dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab” Dlm Jurnal Dewan Bahasa jld 44:6 hlm 682-700. Mohd Dahalan Ramli. (1991). “Penggunaan Media Dalam Pendidikan Bahasa Melayu” Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan Bahasa Melayu November 1991. Kuala Lumpur : Institut Bahasa. Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nik Safiah Karim. (1995). “Kamus Untuk Kegunaan Pelajar” Dlm Pelita Bahasa Jld 2:11 Hlm 28-29. Noresah Baharom. (1993). “Kamus Dewan” Dlm Jurnal dewan Bahasa Jld 37-12 Hlm1120. Raden Ginoh. (1992). “Memanfaatkan Kamus Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa” Dlm Jurnal Dewan Bahasa Jld 36:5 Hlm 447-454. Samad Buang. (1995). “Pengajaran Memperkaya Kosa Kata” Dlm Pelita Bahasa Jld 7:5 Hlm 18. S. Nathesan. (1990). “Kamus : Penggunaan Diabaikan Dalam Pengajaran Bahasa” Dlm Pelita Bahasa Jld 2:2 Hlm 16-17. Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Dan Tajudin Hassan (1996). Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran 2: Sumber Teknologi. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Zgusta, L. (1971). Manual Of Lexicography. Mouton : The Haque. Zulkifli Hamid. (1996). Bahasa, Konsep, Fungsi Dan Penguasaan Oleh Penutur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 31
  32. 32. 32
  33. 33. UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA FAKULTI BAHASA : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU. SOAL SELIDIK MENGENAI KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MEMPERTINGKATKAN KOSA KATA MURID TAHUN 6 Penerangan : Soal selidik ini mengandungi dua set iaitu set A dan set B. set A ialah berkenaan dengan latar belakang responden manakala set B pula ialah ujian penguasaan kosa kata. Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian. Sila jawab dengan jujur kerana maklumat ini akan dirahsiakan. Masa untuk menjawab soal selidik ini lebih kurang satu jam. Terima kasih di atas segala kerjasama anda. Set A : Latar Belakang Responden Bahagian I Arahan : Sila tandakan ( / ) di tempat yang sesuai. 1. Jantina a. Lelaki ( ) b. Perempuan ( ) 2. Bangsa a. Melayu ( ) b. Cina ( ) c. India ( ) d. Lain-lain, sila nyatakan : ________________ 3. Gred bahasa Melayu dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun a. A ( ) 33
  34. 34. b. B ( ) c. C ( ) d. D ( ) e. E ( ) 4. Pekerjaan bapa a. Guru ( ) b. Polis ( ) c. Peniaga ( ) d. Lain-lain, sila nyatakan : ________________ 5. Kelulusan tertinggi bapa a. Ijazah ( ) b. Diploma ( ) c. STPM ( ) d. SPM ( ) e. Lain-lain, sila nyatakan : ________________ 6. Pendapatan bapa : ________________ sebulan. 7. Pekerjaan ibu a. Guru ( ) b. Jururawat ( ) c. Kilang ( ) d. Suri rumah ( ) e. Lain-lain, sila nyatakan : ______________ 8. Kelulusan tertinggi ibu a. Ijazah ( ) b. Diploma ( ) c. STPM ( ) d. SPM ( ) e. Lain-lain, sila nyatakan : ________________ 9. Pendapatan ibu : ________________ sebulan. 10. Pembimbing dalam menggunakan kamus a. Guru ( ) b. Bapa ( ) c. Ibu ( ) 34
  35. 35. d. Rakan ( ) e. Lain-lain, sila nyatakan : ________________ Bahagian II : Latar Belakang Penggunaan Kamus Dalam bahagian ini anda dikehendaki menjawab soalan-soalan yang berhubung dengan kamus yang anda gunakan serta sebab-sebabnya. Tandakan ( / ) pada jawapan pilihan anda dan nyatakan mengapa anda memilih jawapan berkenaan pada ruangan yang disediakan. 1. Selalukah anda menggunakan kamus di sekolah? Ya ( ) Tidak ( ) Mengapa? __________________________________________________ 2. Adakah anda memerlukan kamus dalam pembelajaran bahasa Melayu? Ya ( ) Tidak ( ) Mengapa? __________________________________________________ 3. Pernahkah guru bahasa Melayu anda mengajar dengan menggunakan kamus semasa di dalam kelas? Ya ( ) Tidak ( ) Mengapa? __________________________________________________ 4. Adakah anda mempunyai kamus sendiri? Ya ( ) Tidak ( ) Mengapa? __________________________________________________ 5. Adakah anda tahu menggunakan kamus dengan betul? Ya ( ) Tidak ( ) Mengapa? __________________________________________________ 35
  36. 36. Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai (boleh tanda lebih dari satu jawapan). 6. Bagaimanakah cara anda mendapatkan kamus? Beli di kedai ( ) Pinjam daripada kawan ( ) Pinjam dari perpustakaan ( ) Pinjam daripada guru ( ) Disediakan oleh pihak sekolah ( ) Lain-lain, sila nyatakan : ________________________ 7. Apakah tujuan anda menggunakan kamus? Kosa kata ( ) Sebutan ( ) Ejaan ( ) Imbuhan ( ) Ayat ( ) Akronim / singkatan ( ) Tanda baca ( ) Dialek ( ) Teka silangkata ( ) Lain-lain, sila nyatakan : ________________________ 8. Alasan tidak menggunakan kamus dalam pembelajaran bahasa Melayu. Tidak berminat ( ) Terlalu tebal ( ) Tidak memerlukan ( ) Harganya mahal ( ) Tidak tahu menggunakannya ( ) 36
  37. 37. Sukar didapati ( ) Lain-lain, sila nyatakan : ___________________________ Bahagian III : Latar Belakang Penguasaan Kosa Kata. Berikut adalah pendapat dan penyataan yang dikemukakan berhubung dengan penguasaan kosa kata berbantukan kamus. Sila ( / ) pada jawapan pilihan anda di dalam petak yang disediakan. 1. sangat bersetuju 2. bersetuju 3. tidak pasti 4. tidak bersetuju 5. sangat tidak bersetuju A. Sejauh manakah penguasaan kosa kata dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran menggunakan kamus? 1. Kamus membantu pelajar mengenal pasti makna dengan tepat. 1 2 3 4 5 2. Kamus membantu pelajar memilih dan menggunakan ejaan dengan tepat. 1 2 3 4 5 37
  38. 38. 3. Kamus memberikan bentuk kata terbitan dan maknanya. 1 2 3 4 5 4. Kamus memberikan maklumat tatabahasa seperti golongan kata. 1 2 3 4 5 5. Kamus menunjukkan cara menggunakan perkataan dalam ayat dengan betul. 1 2 3 4 5 B. Sejauh manakah kamus membantu kemahiran berbahasa Melayu? 1. Menyatakan makna kata, frasa dan maksud ayat. 1 2 3 4 5 38
  39. 39. 2. Membaca dan memahami kata, frasa, ungkapan, ayat, peribahasa dalam pelbagai bahan prosa. 1 2 3 4 5 3. Membaca dan memahami kata dari segi pengimbuhan yang terdapat dalam pelbagai bahan prosa. 1 2 3 4 5 4. Membaca dan menggunakan kamus untuk membina perkembangan perbendaharaan kata. 1 2 3 4 5 5. Membaca senyap dan memahami perkataan baru dalam pelbagai bidang ilmu dengan merujuk kamus. 1 2 3 4 5 39
  40. 40. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA (Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan) SET B Nama : ________________________________________ Arahan : Tulis makna dan bina ayat bagi setiap pasangan perkataan berikut tanpa merujuk kamus. 1. a) berikan : ____________________________________________________ _______________________________________________________________ b) berikan : ____________________________________________________ _______________________________________________________________ 2. a) bekas : ____________________________________________________ _______________________________________________________________ b) berkas : ____________________________________________________ _______________________________________________________________ 3. a) cerdas : ____________________________________________________ _______________________________________________________________ b) cergas : ____________________________________________________ _______________________________________________________________ 4. a) khusus : ____________________________________________________ 40
  41. 41. _______________________________________________________________ b) kursus : ____________________________________________________ _______________________________________________________________ 5. a) mengenai:____________________________________________________ _______________________________________________________________ a) mengenali: __________________________________________________ Arahan : Tulis makna dan bina ayat bagi setiap pasangan perkataan berikut dengan merujuk kamus. 6. a) minuman:____________________________________________________ _______________________________________________________________ a) minimum:____________________________________________________ _______________________________________________________________ 7. a) selera : _____________________________________________________ _______________________________________________________________ a) selesa : _____________________________________________________ _______________________________________________________________ 8. a) abad : ______________________________________________________ _______________________________________________________________ ) adat : _______________________________________________________ _______________________________________________________________ 9. a) kelapa : _____________________________________________________ _______________________________________________________________ a) kepala : _____________________________________________________ 41
  42. 42. _______________________________________________________________ 10. a) mulai : _____________________________________________________ _______________________________________________________________ a) mulia : _____________________________________________________ _______________________________________________________________ Bina satu ayat bagi setiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maknanya. 1. mengingat ___________________________________________________________________ 2. mengingati ___________________________________________________________________ 3. mengingatkan ___________________________________________________________________ 4. memperingati ___________________________________________________________________ 5. teringat ___________________________________________________________________ 42
  43. 43. BORANG SKOR MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS / PASCA Responden Ujian Pra Ujian Pos /Pasca R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15 R16 R17 R18 R19 R20 Borang keputusan gred ujian Pra dan ujian Pasca Gred Markah Lulus/Gagal A 24 - 30 Lulus B 19 – 23 Lulus C 13 – 18 Lulus D 7 -12 Gagal E 0 – 6 Gagal 43
  44. 44. 44

×