SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 10
KAJIAN TINDAKAN
TAJUK: PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 2 DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN UKONG
LIMBANG, SARAWAK.
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun
1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya
dan untuk menunaikan inovasi kurikulum ini, banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan
di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini, 3 kemahiran asas telah
ditekankan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca, Menulis,
Mengira). Kemahiran 3M merupakan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar
bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam Kajian Tindakan ini, kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 2 telah
dikenalpasti tahap pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti
tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca murid Tahun 2. Pendekatan Kaedah
yang digunakan ialah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan kaedah fonik telah digunakan
untuk meningkatkan kemahiran membaca. Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap
kemahiran, tindakan diambil untuk mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka
memahami teks yang dibaca.
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah murid-murid masih
belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada di dalam tahun dua
ataupun tahun yang seterusnya. Masalah ini juga sekarang mendapat perhatian umum.
Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan apabila ramai pelajar gagal membaca
walaupun sudah memasuki sekolah menengah.
1
Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti bacaan
nyaring manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan
kefahaman. kebiasaan murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa membaca dengan
berulang-ulang tetapi masalah ini bukan disebabkan oleh gagap. Malah terdapat juga murid
yang tidak mengenal huruf. Masalah tidak mengenal huruf ini menjadi punca utama
kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan
murid-murid akan menyebut sesuatu perkataan dengan sesuka hati atau dengan meneka
sahaja. Hal ini akan menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak akan bermakna atau berlainan
makna.
Selain itu, murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau perkataan. Salah
sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf ataupun tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam kontek
ayat. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka membaca huruf, perkataan atau frasa
secara terbalik atau songsang. Contohnya seperti “bala” disebut “laba”.
Permasalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca
ini perlu diatasi dengan segera sebelum murid-murid ini melangkah ke peringkat yang lebih
tinggi lagi. Dalam situasi ini jika murid tersebut masih tidak dapat menguasai kemahiran
membaca maka mereka akan ketinggalam dalam kurikulum biasa dan seterusnya akan
tercicir dalam bidang pelajaran juga. Jika keadaan ini tidak di kawal dengan segera, keadaan
ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah. Murid-murid akan meningkat ke
peringkat sekolah menengah tanpa masalah akademik mereka pada peringkat sekolah rendah
dapat diselesaikan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, siapakah yang patut dipersalahkan
dalam hal ini?.
4.0 TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai kemahiran
membaca. Berbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang
bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah dan diikuti dengan KBSM di
sekolah menengah. Namun demikian, selepas fasa pertama KBSM didapati ramai pelajar
yang masih gagal dalam menguasai kemahiran 3M. Keadaan ini sangat menakitkan apabila
semakin ramai pelajar yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah.
2
Oleh yang demikian, penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh
manakah kemahiran membaca murid tahun 2 di sekolah Kebangsaan Ukong, Limbang ini
menguasai kemahiran membaca. Kajian ini melibatkan empat jenis ujian yang melibatkan
murid-murid membaca perkataan-perkataan mengikut konsonan dan vokal tertentu dan juga
kemahiran membaca teks pendek. Kemudian murid-murid akan dianalisis mengikut
kefahaman mereka terhadap setiap ujian yang telah dijalankan.
4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN
Dalam metodologi pendidikan ini akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian, sasaran
kajian, batasan kajian, dan juga instrumen kajian.
4.1 Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian tindakan ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan
awal. dalam tinjauan awal terhadap murid Tahun 2 SK Ukong Limbang, pencapaian
murid dalam kemahiran-kemahiran asas membaca dikenalpasti. Ujian awal
(diognostik) dilaksanakan. Antara ujian yang dilaksanakan ialah ujian 1 iaitu ujian
membaca perkataan suku kata KVKV, ujian 2 ialah ujian membaca perkataan
KVKVK, ujian 3 ialah ujian membaca perkataan VKVK, ujian 4 ialah membaca teks
pendek.
4.2 Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 30 orang murid tahun
2 Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak. Murid tahun 2 ini terdiri daripada
murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Murid telah
mengenal huruf vokal dan konsonan, namun belum berapa fasih membaca suku kata
perkataan dengan lancar.
4.3 Batasan Kajian
Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca
dalam kalangan murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak.
Fokus kajian ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran membaca KVKV,
KVKVK, VKVK, dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya.
Faktor murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca dengan lancar juga dikaji.
3
4.4 Instrumen Kajian
Instumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan ujian diognostik yang
merangkumi 4 bahagian iaitu, ujian pertama ialah ujian membaca perkataan suku kata
KVKVK, ujian yang kedua ialah ujian membaca perkataan KVKVK, ujian yang
ketiga ialah ujian membaca perkataan VKVK, dan ujian yang ke empat ialah ujian
membaca teks pendek iaitu 15 hingga 20 patah perkataan.. Setiap ujian ini dianalisis
keputusannya bagi mengenalpasti kelemahan yang dihadapi.
5.0 ANALISIS DATA KAJIAN
Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 14 Februari 2011 yang melibatkan 30 orang murid
tahun 2 Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak.. Murid-murid ini didedahkan
dengan kemahiran membaca. Dalam tinjauan awal, pencapaian pelajar dalam kemahiran-
kemahiran asas membaca dikaji. Ujian dagnostik awal telah dilaksanakan. Ujian dan
temubual berikut dilaksana:
Ujian 1 : Membaca perkataan suku kata KVKV
Ujian 2: Membaca perkataan KVKVK
Ujian 3: Membaca perkataan VKVK
Ujian 4: Membaca Teks pendek (15-20 perkataan
Analisis Data Ujian 1:
Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus
0 – 8 Sangat lemah 12 11.1
9 – 16 Lemah 52 48.2
17 – 24 Sederhana 37 34.2
25 - 32 Baik 4 3.7
33 - 42 Sangat Baik 3 2.8
4
Dari data yang diperolehi sebanyak 6.5 peratus murid sahaja yang dapat menguasai
kemahiran ini dengan baik manakal 59.3 peratus berada pada tahap lemah. ini menunjukkan
murid masih belum dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata.
Analisis Data Ujian 2:
Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus
0 – 4 Sangat lemah 48 44.4
5 -8 Lemah 26 24.1
9 – 12 Sederhana 30 27.8
13 - 16 Baik 3 2.8
17 - 20 Sangat Baik 1 0.9
Daripada data yang diperolehi daripada ujian ini mendapati, hanya 3.7 peratus murid sahaja
yang dapat menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan 68.5 peratus masih belum
menguasai kemahiran membaca KVKVK. Hal ini kerana murid-murid masih tidak dapat
membatangkan suku kata sebelum menyebut keseluruhan perkataan. Hal ini menyebabkan
murid-murid tidak dapat membaca perkataan yang telah diberikan.
Analisis Data Ujian 3:
Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus
0 – 4 Sangat lemah 4 3.7
5– 8 Lemah 15 13.9
9 –12 Sederhana 30 27.8
13- 16 Baik 32 29.6
17 - 20 Sangat Baik 27 25
Daripada ujian ini pula, adalah didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 54.6 peratus boleh
memberi membaca VKVK dan hanya 17.6 peratus masih belum menguasai kemahiran ini.
hal ini kerana murid-murid lebih mengenal huruf vokal yang terdiri daripada a.e,i,o dan u
tetapi masih lemah dalam menguasai huruf konsonan yang lain.
Analisis Data Ujian 4:
Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus
0 – 4 Sangat lemah 4 3.7
5– 8 Lemah 15 13.9
9 –12 Sederhana 30 27.8
5
13- 16 Baik 32 29.6
17 - 20 Sangat Baik 27 25
Daripada ujian yang terakhir iaitu kemahiran membaca teks didapati sebahagian murid iaitu
sebanyak 54.6 peratus boleh memberi membaca teks dan hanya 17.6 peratus masih belum
menguasai kemahiran ini.
5.0 CADANGAN TINDAKAN
Bagi cadangan tindakan ini, tindakan awal yang boleh dijalankan bagi membantu murid-
murid ini menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata
KV dan KVK ialah dengan mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai. Dalam kajian ini,
pengkaji mencadangkan kaeadah pembelajaran masteri. Kaedah pembelajaran masteri ini
dilaksanakan dengan mewujudkan beberapa Stesen Bacaan di dalam kelas di mana, guru
menggunakan beberapa sudut di dalam bilik darjah sebagai stesen bacaan. Di setiap stesen
bacaan ini disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti kad suku kata, kad perkataan,
kad ayat, dan cerita-cerita pendek.
Tujuan stesen ini diwujudkan ialah untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk
mengisi masa terluang mereka selepas mereka selesai melakukan sesuatu aktiviti. Bagi
murid-murid yang telah berjaya membaca bahan-bahan yang disediakan di setiap stesen
dengan lancar, bolehlah diberikan ganjaran sebagai peneguhan positif kepada murid-murid
berkenaan. Contoh-contoh setiap stesen adalah ditunjukkan seperti dibawah:
STESEN 1
Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan
KV dan KVK seperti ‘kasut’ dan ‘jalur’. Murid-murid dikehendaki mengeja dan
membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad
tersebut.
KAD SUKU KATA
+ = kasut
6
ka sut
+ = jalur
+ + = memasak
+ + + = sekolah
Penggunaan warna untuk setiap suku kata dalam kad bacaan adalah penting. Ini bagi
memudahkan murid mengeja suku kata tersebut berdasarkan warna tersebut.
STESEN 2
KAD PERKATAAN
7
ja lur
me ma sak
se ko lah
memasak
tembikai
permata
membaca
Kad perkataan ini juga dihasilkan dalam bentuk warna yang mana setiap suku kata
diwakilkan dengan warna yang berlainan. Penggunaan warna ini juga bertujuan untuk
memudahkan para murid membaca perkataan tersebut berdasarkan warna dan juga sekaligus
menarik perhatian mereka terhadap kad-kad bacaan yang dipamerkan.
STESEN 3
KAD AYAT
Aktiviti pada stesen tiga ini merupakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Stesen tiga ialah
aktiviti yang berkesinambungan daripada stesen-stesen yang sebelumnya.
STESEN 4
Aktiviti dalam stesen 4 ini ialah murid disediakan dengan sebuah buku yang mengandungi
gambar dan ilustrasi yang menarik dan dilengkapi dengan ayat-ayat pendek yang mudah
dibaca oleh murid. Jika murid berjaya melepasi tahap ini, bermakna mereka sudah fasih
membaca ayat-ayat pendek.
7.0 SKEDUL/ JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN
PERKARA TARIKH
Penerimaan Projek 6 Januari 2011
8
Ibu memasak nasi di dapur
dadadadapaydapur
Hobi kakak membaca buku
Kajian awal 11 Januari 2011
Pernyataan masalah 13 Januari 2011
Pembentukan soalan ujian murid 15 Januari 2011
Kajian lapangan 14 Februari 2011
Pengumpulan data 19 Februari 2011
Cadangan kajian 22 Februari 2011
Penyerahan projek 18 Mac 2011
8.0 JADUAL KEWANGAN
9.0 KESIMPULAN
Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya
memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. justeru, guru perlu
memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini
demikian kerana, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata
tidak mencukupi, oleh itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian
pengajarannya.
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid
Tahun Dua dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran
guru. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan
kadar kehadiran mereka untuk datang kesekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan
dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang
dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada
pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan
yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat.
BIBLIOGRAFI
Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
9
Kajian awal 11 Januari 2011
Pernyataan masalah 13 Januari 2011
Pembentukan soalan ujian murid 15 Januari 2011
Kajian lapangan 14 Februari 2011
Pengumpulan data 19 Februari 2011
Cadangan kajian 22 Februari 2011
Penyerahan projek 18 Mac 2011
8.0 JADUAL KEWANGAN
9.0 KESIMPULAN
Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya
memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. justeru, guru perlu
memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini
demikian kerana, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata
tidak mencukupi, oleh itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian
pengajarannya.
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid
Tahun Dua dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran
guru. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan
kadar kehadiran mereka untuk datang kesekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan
dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang
dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada
pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan
yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat.
BIBLIOGRAFI
Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
9

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahAhmad NazRi
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptxMOHDFAIRUZBINALIKPMG
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfssuser3f4b32
 
Rubrik Penskoran BM Penulisan
Rubrik Penskoran BM PenulisanRubrik Penskoran BM Penulisan
Rubrik Penskoran BM Penulisanrebakasajaya
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4ALSAFII
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaranMOHDGAZALI1
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdfBUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdfSaanah Edi
 

Mais procurados (20)

Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
 
Rubrik Penskoran BM Penulisan
Rubrik Penskoran BM PenulisanRubrik Penskoran BM Penulisan
Rubrik Penskoran BM Penulisan
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdfBUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
 

Semelhante a Kajian tindakan masalah membaca

Semelhante a Kajian tindakan masalah membaca (20)

Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asal
 
Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106
 
Laporan t1 a3
Laporan t1 a3Laporan t1 a3
Laporan t1 a3
 
Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Instrumen isd
Instrumen isdInstrumen isd
Instrumen isd
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
 
Ulasan
Ulasan Ulasan
Ulasan
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Program pemulihan
Program pemulihanProgram pemulihan
Program pemulihan
 
Instrumen isd
Instrumen isdInstrumen isd
Instrumen isd
 
3. instrumen-isd1
3. instrumen-isd13. instrumen-isd1
3. instrumen-isd1
 
2. instrumen isd
2. instrumen isd2. instrumen isd
2. instrumen isd
 
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdfInstrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
 

Mais de Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 

Mais de Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 

Kajian tindakan masalah membaca

  • 1. KAJIAN TINDAKAN TAJUK: PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN UKONG LIMBANG, SARAWAK. 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya dan untuk menunaikan inovasi kurikulum ini, banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini, 3 kemahiran asas telah ditekankan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Kemahiran 3M merupakan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Dalam Kajian Tindakan ini, kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 2 telah dikenalpasti tahap pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca murid Tahun 2. Pendekatan Kaedah yang digunakan ialah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan kaedah fonik telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca. Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran, tindakan diambil untuk mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka memahami teks yang dibaca. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah murid-murid masih belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada di dalam tahun dua ataupun tahun yang seterusnya. Masalah ini juga sekarang mendapat perhatian umum. Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan apabila ramai pelajar gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. 1
  • 2. Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. kebiasaan murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa membaca dengan berulang-ulang tetapi masalah ini bukan disebabkan oleh gagap. Malah terdapat juga murid yang tidak mengenal huruf. Masalah tidak mengenal huruf ini menjadi punca utama kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid akan menyebut sesuatu perkataan dengan sesuka hati atau dengan meneka sahaja. Hal ini akan menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak akan bermakna atau berlainan makna. Selain itu, murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau perkataan. Salah sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf ataupun tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam kontek ayat. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka membaca huruf, perkataan atau frasa secara terbalik atau songsang. Contohnya seperti “bala” disebut “laba”. Permasalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca ini perlu diatasi dengan segera sebelum murid-murid ini melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Dalam situasi ini jika murid tersebut masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca maka mereka akan ketinggalam dalam kurikulum biasa dan seterusnya akan tercicir dalam bidang pelajaran juga. Jika keadaan ini tidak di kawal dengan segera, keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah. Murid-murid akan meningkat ke peringkat sekolah menengah tanpa masalah akademik mereka pada peringkat sekolah rendah dapat diselesaikan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini?. 4.0 TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai kemahiran membaca. Berbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah. Namun demikian, selepas fasa pertama KBSM didapati ramai pelajar yang masih gagal dalam menguasai kemahiran 3M. Keadaan ini sangat menakitkan apabila semakin ramai pelajar yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. 2
  • 3. Oleh yang demikian, penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah kemahiran membaca murid tahun 2 di sekolah Kebangsaan Ukong, Limbang ini menguasai kemahiran membaca. Kajian ini melibatkan empat jenis ujian yang melibatkan murid-murid membaca perkataan-perkataan mengikut konsonan dan vokal tertentu dan juga kemahiran membaca teks pendek. Kemudian murid-murid akan dianalisis mengikut kefahaman mereka terhadap setiap ujian yang telah dijalankan. 4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN Dalam metodologi pendidikan ini akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, dan juga instrumen kajian. 4.1 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian tindakan ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan awal. dalam tinjauan awal terhadap murid Tahun 2 SK Ukong Limbang, pencapaian murid dalam kemahiran-kemahiran asas membaca dikenalpasti. Ujian awal (diognostik) dilaksanakan. Antara ujian yang dilaksanakan ialah ujian 1 iaitu ujian membaca perkataan suku kata KVKV, ujian 2 ialah ujian membaca perkataan KVKVK, ujian 3 ialah ujian membaca perkataan VKVK, ujian 4 ialah membaca teks pendek. 4.2 Sasaran Kajian Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 30 orang murid tahun 2 Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak. Murid tahun 2 ini terdiri daripada murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Murid telah mengenal huruf vokal dan konsonan, namun belum berapa fasih membaca suku kata perkataan dengan lancar. 4.3 Batasan Kajian Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak. Fokus kajian ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran membaca KVKV, KVKVK, VKVK, dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya. Faktor murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca dengan lancar juga dikaji. 3
  • 4. 4.4 Instrumen Kajian Instumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan ujian diognostik yang merangkumi 4 bahagian iaitu, ujian pertama ialah ujian membaca perkataan suku kata KVKVK, ujian yang kedua ialah ujian membaca perkataan KVKVK, ujian yang ketiga ialah ujian membaca perkataan VKVK, dan ujian yang ke empat ialah ujian membaca teks pendek iaitu 15 hingga 20 patah perkataan.. Setiap ujian ini dianalisis keputusannya bagi mengenalpasti kelemahan yang dihadapi. 5.0 ANALISIS DATA KAJIAN Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 14 Februari 2011 yang melibatkan 30 orang murid tahun 2 Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak.. Murid-murid ini didedahkan dengan kemahiran membaca. Dalam tinjauan awal, pencapaian pelajar dalam kemahiran- kemahiran asas membaca dikaji. Ujian dagnostik awal telah dilaksanakan. Ujian dan temubual berikut dilaksana: Ujian 1 : Membaca perkataan suku kata KVKV Ujian 2: Membaca perkataan KVKVK Ujian 3: Membaca perkataan VKVK Ujian 4: Membaca Teks pendek (15-20 perkataan Analisis Data Ujian 1: Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus 0 – 8 Sangat lemah 12 11.1 9 – 16 Lemah 52 48.2 17 – 24 Sederhana 37 34.2 25 - 32 Baik 4 3.7 33 - 42 Sangat Baik 3 2.8 4
  • 5. Dari data yang diperolehi sebanyak 6.5 peratus murid sahaja yang dapat menguasai kemahiran ini dengan baik manakal 59.3 peratus berada pada tahap lemah. ini menunjukkan murid masih belum dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata. Analisis Data Ujian 2: Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus 0 – 4 Sangat lemah 48 44.4 5 -8 Lemah 26 24.1 9 – 12 Sederhana 30 27.8 13 - 16 Baik 3 2.8 17 - 20 Sangat Baik 1 0.9 Daripada data yang diperolehi daripada ujian ini mendapati, hanya 3.7 peratus murid sahaja yang dapat menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan 68.5 peratus masih belum menguasai kemahiran membaca KVKVK. Hal ini kerana murid-murid masih tidak dapat membatangkan suku kata sebelum menyebut keseluruhan perkataan. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak dapat membaca perkataan yang telah diberikan. Analisis Data Ujian 3: Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus 0 – 4 Sangat lemah 4 3.7 5– 8 Lemah 15 13.9 9 –12 Sederhana 30 27.8 13- 16 Baik 32 29.6 17 - 20 Sangat Baik 27 25 Daripada ujian ini pula, adalah didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 54.6 peratus boleh memberi membaca VKVK dan hanya 17.6 peratus masih belum menguasai kemahiran ini. hal ini kerana murid-murid lebih mengenal huruf vokal yang terdiri daripada a.e,i,o dan u tetapi masih lemah dalam menguasai huruf konsonan yang lain. Analisis Data Ujian 4: Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus 0 – 4 Sangat lemah 4 3.7 5– 8 Lemah 15 13.9 9 –12 Sederhana 30 27.8 5
  • 6. 13- 16 Baik 32 29.6 17 - 20 Sangat Baik 27 25 Daripada ujian yang terakhir iaitu kemahiran membaca teks didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 54.6 peratus boleh memberi membaca teks dan hanya 17.6 peratus masih belum menguasai kemahiran ini. 5.0 CADANGAN TINDAKAN Bagi cadangan tindakan ini, tindakan awal yang boleh dijalankan bagi membantu murid- murid ini menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK ialah dengan mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai. Dalam kajian ini, pengkaji mencadangkan kaeadah pembelajaran masteri. Kaedah pembelajaran masteri ini dilaksanakan dengan mewujudkan beberapa Stesen Bacaan di dalam kelas di mana, guru menggunakan beberapa sudut di dalam bilik darjah sebagai stesen bacaan. Di setiap stesen bacaan ini disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti kad suku kata, kad perkataan, kad ayat, dan cerita-cerita pendek. Tujuan stesen ini diwujudkan ialah untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa terluang mereka selepas mereka selesai melakukan sesuatu aktiviti. Bagi murid-murid yang telah berjaya membaca bahan-bahan yang disediakan di setiap stesen dengan lancar, bolehlah diberikan ganjaran sebagai peneguhan positif kepada murid-murid berkenaan. Contoh-contoh setiap stesen adalah ditunjukkan seperti dibawah: STESEN 1 Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan KV dan KVK seperti ‘kasut’ dan ‘jalur’. Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut. KAD SUKU KATA + = kasut 6 ka sut
  • 7. + = jalur + + = memasak + + + = sekolah Penggunaan warna untuk setiap suku kata dalam kad bacaan adalah penting. Ini bagi memudahkan murid mengeja suku kata tersebut berdasarkan warna tersebut. STESEN 2 KAD PERKATAAN 7 ja lur me ma sak se ko lah memasak tembikai permata membaca
  • 8. Kad perkataan ini juga dihasilkan dalam bentuk warna yang mana setiap suku kata diwakilkan dengan warna yang berlainan. Penggunaan warna ini juga bertujuan untuk memudahkan para murid membaca perkataan tersebut berdasarkan warna dan juga sekaligus menarik perhatian mereka terhadap kad-kad bacaan yang dipamerkan. STESEN 3 KAD AYAT Aktiviti pada stesen tiga ini merupakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Stesen tiga ialah aktiviti yang berkesinambungan daripada stesen-stesen yang sebelumnya. STESEN 4 Aktiviti dalam stesen 4 ini ialah murid disediakan dengan sebuah buku yang mengandungi gambar dan ilustrasi yang menarik dan dilengkapi dengan ayat-ayat pendek yang mudah dibaca oleh murid. Jika murid berjaya melepasi tahap ini, bermakna mereka sudah fasih membaca ayat-ayat pendek. 7.0 SKEDUL/ JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN PERKARA TARIKH Penerimaan Projek 6 Januari 2011 8 Ibu memasak nasi di dapur dadadadapaydapur Hobi kakak membaca buku
  • 9. Kajian awal 11 Januari 2011 Pernyataan masalah 13 Januari 2011 Pembentukan soalan ujian murid 15 Januari 2011 Kajian lapangan 14 Februari 2011 Pengumpulan data 19 Februari 2011 Cadangan kajian 22 Februari 2011 Penyerahan projek 18 Mac 2011 8.0 JADUAL KEWANGAN 9.0 KESIMPULAN Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. justeru, guru perlu memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini demikian kerana, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata tidak mencukupi, oleh itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid Tahun Dua dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran guru. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan kadar kehadiran mereka untuk datang kesekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat. BIBLIOGRAFI Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. 9
  • 10. Kajian awal 11 Januari 2011 Pernyataan masalah 13 Januari 2011 Pembentukan soalan ujian murid 15 Januari 2011 Kajian lapangan 14 Februari 2011 Pengumpulan data 19 Februari 2011 Cadangan kajian 22 Februari 2011 Penyerahan projek 18 Mac 2011 8.0 JADUAL KEWANGAN 9.0 KESIMPULAN Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. justeru, guru perlu memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini demikian kerana, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata tidak mencukupi, oleh itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid Tahun Dua dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran guru. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan kadar kehadiran mereka untuk datang kesekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat. BIBLIOGRAFI Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. 9