2. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Takaful?
A. Satu skim yang mempunyai objektif untuk pelaburan jangka masa panjang
B. Satu skim untuk menyalurkan bantuan kepada fakir miskin
C. Satu tabungan untuk membantu kerajaan di dalam membangunkan Negara.
D. Satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama
yang menyediakan pertolongan kepada peserta-peserta yang terlibat.
2. Takaful Tijari adalah :
A. Yang mana para peserta sendiri yang menguruskan dan
bertanggungjawab terhadap skim takaful
B. Yang mana para peserta dan pengendali yang menguruskan dan
bertanggungjawab terhadap skim takaful
C. Yang mana pengendali takaful yang menguruskan dan
bertanggungjawab terhadap skim takaful
D. Yang mana peserta akan dipilih daripada semua peserta untuk menguruskan
skim takaful
3. Berikut adalah keistimewaan Takaful KECUALI :
A. Keuntungan pelaburan
B. Tangung-jawab sosial
C. Konsep tabarru’
D. Kebaikan untuk muslim sahaja
4. Peraturan atau hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah untuk manusia supaya
perjalanan hidup selari dengan syara’. Kenyataan ini merujuk kepada pengertian
A. Ibadah
B. Akhlak
C. Syariah
D. Muamalat
5. Bilakah keadaannya ijma’ boleh berlaku?
A. Semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup
B. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
C. Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit
D. Semasa Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
3. 6. Kontrak Al-Mudharabah ialah :
A. Pemodal memberikan modal kepada pengusaha untuk diusahakan. Untung
dikongsi bersama dan rugi ditanggung pemodal sahaja.
B. Pemodal memberikan modal kepada pengusaha untuk diusahakan. Untung
dan rugi dikongsi bersama
C. Pemodal memberikan modal kepada pengusaha untuk diusahakan. Untung
diberi kepada pemodal dan rugi dikongsi bersama
D. Pemodal memberikan modal kepada pengusaha untuk diusahakan. Untung
diberi kepada pengusaha dan rugi ditanggung pemodal sahaja.
7. Konsep Qardh Hasan ialah :
A. Pinjaman tanpa riba
B. Pinjaman beserta riba
C. Pinjaman tanpa hibah
D. Pinjaman beserta hibah
8. Yang manakah merupakan rukun-rukun jual beli ?
A. Penjual, Pembeli dan Sighah
B. Penjual, Pembeli, Sighah, Barang dan Premis
C. Penjual, Pembeli, Sighah dan Ma’qud Alaih
D. Penjual dan Pembeli
9. Hukum jual beli adalah halal dalam Islam jika sempurna rukun-rukunnya dan syarat-
syarat. Antara syarat-syarat barang yang mesti dipenuhi :
I. Wujud
II. Harta tidak semesinya bernilai
III. Milikan sah
IV. Mampu diserahkan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I,III, dan IV
D. Semua di atas
10. Apakah yang dimaksudkan dengan Prinsip Indemniti?
A. Semua pihak perlu mendedahkan segala maklumat
B. Kepentingan boleh lindung di antara peserta-peserta takaful
C. Takaful menyediakan pampasan kewangan untuk mengembalikan kepada
kedudukan asal.
D. Dalam membayar ganti rugi, pihak Takaful boleh menuntut ganti rugi daripada
pihak ketiga
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
4. 11. Kumpulan wang AP dan lebihan dalam ARP selepas ditolak perbelanjaan
pengendalian, akan dilaburkan dalam asset terutamnya seperti berikut, kecuali :
A. Instrumen Islam Kerajaan
B. Aset alih
C. Sekuriti hutang swasta secara Islam
D. Akaun wang tunai
12. Kumpulan wang Akaun Peserta ( AP ) dan lebihan dalam Akaun Risiko Peserta
( ARP ) selepas ditolak perbelanjaan pengendalian, akan dilabur dalam aset,
terutamanya seperi yang berikut KECUALI :
I. Instrumen Islam Kerajaan
II. Sekuriti hutang swasta secara Islam dan ekuiti
III. Aset tetap
IV. Kumpulan Wang Pemegang Saham
V. Akaun wang tunai dan akaun pelaburan
A. I, II, III dan IV
B. II, III, IV dan V
C. I,II, III dan V
D. semua di atas
13. Bergantung pada model yang diguna pakai oleh pengendali takaful, caruman
dibahagikan kepada berikut KECUALI :
A. Fi Wakalah
B. Akaun Peserta
C. Akaun Tuntutan
D. Akaun Risiko Peserta
14. Dokumentasi insurans mulai dikesan semenjak zaman
I. Yunani
II. Romawi
III. Uthmani
IV. Eropah
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II dan IV
15. Insurans hayat yang pertama direkodkan adalah untuk William Gybbon di
A. England
B. Amerika Syarikat
C. Jerman
D. Perancis
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
5. 16. Sarjana Islam yang pertama membicarakan tentang Takaful ialah :
A. Ibnu ’Abidin
B. Ibnu Taimiah
C. Ibnu Kathir
D. Ibnu Khaldun
17. Berikut adalah jenis-jenis syarikat insurans melainkan :
A. Syarikat Insurans Am
B. Syarikat Insurans Hayat
C. Syarikat Insurans Komposit
D. Syarikat Insurans Keluarga
18. Apakah unsur-unsur yang dilarang di dalam aplikasi insurans konvensional?
I. Ketidakpastian
II. Judi
III. Riba
IV. Tidak beramanah
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. III dan IV
D. Semua di atas
19. Berikut adalah jenis-jenis Gharar KECUALI :
A. Gharar fahisy
B. Gharar taisir
C. Gharar yasir
D. Gharar mutawassit
20. Menurut kajian, majoriti fuqaha’ meletakkan tiga syarat yang menjadikan sesuatu
perkara sebagai gharar yang diamalkan :
I. Gharar tersebut adalah kecil dan sedikit
II. Urusniaga tersebut diperlukan oleh masyarakat
III. Gharar tersebut tidak mampu dielakkan
IV. Gharar tersebut adalah Gharar fahisy
A. I,II dan III
B. I,III dan IV
C. II,III, dan IV
D. Semua di atas
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
6. 21. Maisir (judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana :
I. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih
besar jumlahnya.
II. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi tidak berlaku
III. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebehi jumlah
premium yang diterima
IV. Peserta tidak mengetahui barang yang diperniagakan
A. I,II dan III
B. I,III, IV dan V
C. II,III,IV dan V
D. Semua di atas
22. Apakah tiga komponen UTAMA yang diperlukan dalam industri takaful ?
I. Agen Takaful
II. Peserta Takaful
III. Pengendali Takaful
IV. Saluran Pengantara
A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II dan IV
23. Pengantara dalam pasaran takaful terdiri dari :
I. Agen
II. Bank
III. Broker
IV. Adjuster
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III, dan IV
D. Semua di atas
24. Manakah kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai peranan penting yang harus
dipenuhi oleh setiap pengendali takaful?
A. Bidang teknikal
B. Syariah
C. Pemfailan
D. Teknologi maklumat dan komunikasi
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
7. 25. Sumber-sumber pendapatan pengendali Takaful adalah berdasarkan :
I. Keuntungan daripada pelaburan kumpulan wang pemegang saham
II. Fi Agensi/wakalah
III. Bahagian keuntungan pelaburan kumpulan wang takaful
IV. Lebihan kumpulan wang takaful
A. I,II dan III
B. I,III, IV dan V
C. II,III,IV dan V
D. Semua di atas
26. Berikut adalah persatuan-persatuan dalam industri takaful dan insurans KECUALI :
A. MTA
B. AMLA
C. MII
D. IBAM
27. Objektif utama LIAM adalah seperti berikut KECUALI :
I. Untuk menggalak dan mewakili kepentingan ahli korporat dan industri
insurans hayat.
II. Untuk memberi nasihat dan bantuan kepada ahli sepertimana diperlukan.
III. Untuk menyebarkan maklumat yang berkemungkinan menarik minat ahli dan
untuk mengumpul, menyusun dan mencetak statistiks dan maklumat lain yang
berkaitan dengan insurans hayat.
IV. Untuk membantu dengan apa jua cara bagi mengurangkan kerugian
dan / atau kemalangan dan pencegahan jenayah.
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. semua di atas
28. Berikut adalah objektif penubuhan _______________ :
I. Memudahkan penyelarasan, perancangan dan perlaksanaan inisiatif modal
insan bagi industri kewangan Islam global.
II. Membangunkan kepakaran bagi sistem kewangan Islam global.
III. Menawarkan pertauliahan profesional dan program ijazah lanjutan yang diiktiraf
di peringkat antarabangsa.
IV. Menyediakan tenaga insan yang berwibawa sebagai penyelidik dan pendidik di
bidang kewangan Islam.
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
8. A. MTA
B. MIB
C. MII
D. INCIEF
29. Ahli-ahli Biro Pengantaraan Kewangan ( FMB ) adalah seperti berikut KECUALI:
A. Bank Perdagangan
B. Bank Islam
C. Pengendali Takaful
D. Bank Rakyat
30. Berikut adalah peranan Bank Negara Malaysia KECUALI :
A. Pentadbiran dan penguatkuasaan akta takaful
B. Penggubalan polisi dan perancangan strategik
C. Tadbir urus syarikat
D. Pengendalian pasaran dan kesedaran pengguna
31. Bahagian II dalam Akta Takaful menyatakan suasana dan perjalanan perniagaan
takaful seperti :
I. Pembatasan dalam penggunaan perkataan “Takaful”
II. Pembatasan ke atas pengusaha takaful
III. Penubuhan dan penyelenggaraan dana takaful
IV. Pengagihan lebihan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II,III, dan IV
D. Semua di atas
32. Akta Takaful diluluskan pada :
A. 1986
B. 1984
C. 1996
D. 1994
33. Bahagian III ( Akta Takaful ) menyatakan :
I. Kuasa yang diberikan kepada Bank Negara dan perlantikan Gabenor sebagai
Ketua Pengarah Takaful dalam pengawasan perniagaan takaful.
II. Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan oleh Bank Negara.
III. Peruntukan untuk menutup dan memindahkan perniagaan seseorang
pengusaha takaful.
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
9. IV. Penyerahan laporan tahunan dan laporan statistik.
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. semua di atas
34. Berikut adalah tujuan Akta Insurans 1996 digubal :
I. Melindungi kepentingan awam
II. Menyebarkan keadilan dan kesaksamaan
III. Memupuk kemampuan
IV. Membangunkan sosio ekonomi
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I,III, dan IV
D. Semua di atas
35. Akta Insurans 1996 ( yang menggantikan Akta Insurans 1963 ) menetapkan piawai
dan polisi asas yang perlu dipatuhi oleh setiap syarikat Insurans di Negara ini. Ianya
bertujuan untuk :
I. Melindungi kepentingan awam
II. Menyebar keadilan dan kesaksamaan
III. Memupuk kemampuan
IV. Memainkan peranan pembangunan
A. I, II, III
B. II, dan III
C. III, IV, V
D. Semua jawapan di atas
36. Apakah perspektif Islam mengenai risiko?
A. Islam mengalakkan umatnya berdoa sahaja agar terselamat daripada
bahaya.
B. Islam menyeru agar umatnya menyerahkan diri kepada Allah semata-
mata tanpa melakukan sebarang usaha.
C. Islam menyeru umatnya membuat perancangan terlebih dahulu, berjaya atau
tidak perancangan berkenaan ianya ditentukan oleh Allah s.w.t
D. Islam menyarankan agar umatnya tidak terlibat di dalam aktiviti yang
mempunyai risiko yang tinggi.
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
10. 37. Suatu kisah daripada seorang Arab Badwi dengan Rasullullah s.a.w, baginda
bertanya kepadanya mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Jawab
Arab Badwi berkenaan; “Aku bertawakal kepada Allah” kemudian Rasullullah s.a.w
bersabda; “Tambat unta kamu kemudian bertawakal kepada Allah”. Pengajaran
daripada kisah berkenaan ialah
I. Meletakkan keyakinan sebenar hanya kepada Allah s.w.t
II. Kita mesti melakukan yang terbaik dalam melakukan sesuatu perkara.
III. Menyerahkan segala yang di luar kemampuan kita kepada Allah s.w.t
IV. Jangan bergantung kepada Allah semata-mata sebelum berbuat
sebarang usaha.
A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. Semua jawapan di atas
38. Apakah yang dimaksudkan dengan peril ?
A. Malapetaka yang disebabkan oleh kejadian alam.
B. Penyebab terjadinya sesuatu kerugian.
C. Salah satu kaedah pembayaran gantirugi dalam insurans.
D. Keadaan yang meningkatkan kebarangkalian terjadi sesutu kerugian.
39. Kaedah menangani risiko ini melibatkan pihak ketiga sama ada organisasi atau
individu. Kerugian akan ditanggung oleh pihak ketiga yang menanggung risiko
tersebut. Kaedah ini lazimnya dikenali sebagai _________________.
A. Mengelak Risiko
B. Mengawal Risiko
C. Berkongsi Risiko
D. Pindahan Risiko
40. Ejen takaful dapat membantu bakal peserta dengan memberi kelegaan kewangan
dengan
I. Membantu peserta-peserta yang ditimpa musibah sekiranya berlaku kerugian
harta.
II. Meringankan beban tanggungan para peserta takaful dengan memberi kelegaan
kewangan sekiranya peserta takaful tersebut menemui ajal.
III. Menyemaikan displin untuk menyimpan wang di kalangan peserta
takaful.
IV. Dapat memperkembangkan pengetahuan berkenaan produk-produk Islam
kepada masyarakat bukan Islam.
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
11. A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. Semua jawapan di atas
41. Apakah syarat untuk menjadi agen bagi urusan Takaful Keluarga :
A. umur antara 15-60
B. umur antara 18-60
C. umur antara 17-60
D. umur antara 21-55
42. Berikut adalah tanggungjawab agen Takaful Keluarga kecuali :
A. Melicinkan proses permohonan.
B. Memastikan semua maklumat pemohon lengkap.
C. Membuat pembayaran kepada peserta di atas sebarang tuntutan.
D. Menghadiri kursus.
43. Antara maklumat penting mengenai produk takaful yang mesti didedahkan adalah
seperti berikut
A. Nama pengendali
B. Maklumat perlindungan
C. Maklumat caruman
D. Semua di atas
44. Dalam prinsip am urusniaga, intermediari wajib :
A. Menandatangani deklarasi.
B. Menghadiri majlis-majlis dan kursus yang diadakan.
C. Mempunyai kemahiran percakapan yang baik.
D. Menepati masa.
45. Ejen takaful dapat membantu bakal peserta dengan memberi kelegaan kewangan
dengan
I. Membantu peserta-peserta yang ditimpa musibah sekiranya berlaku kerugian
harta.
II. Meringankan beban tanggungan para peserta takaful dengan memberi
kelegaan kewangan sekiranya peserta takaful tersebut menemui ajal.
III. Menyemaikan displin untuk menyimpan wang di kalangan peserta takaful.
IV. Dapat memperkembangkan pengetahuan berkenaan produk-produk Islam
kepada masyarakat bukan Islam.
A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. Semua jawapan di atas
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
12. 46. Sifat-sifat yang harus diterapkan oleh seorang ejen takaful adalah seperti berikut
KECUALI.
A. Amanah
B. Menyampaikan
C. Khianat
D. Bijaksana
47. Kuasa yang diberikan kepada ejen mesti dinyatakan secara bertulis atau diucapkan,
sama ada dimeterai atau tidak. Ejen tidak akan dikenakan tindakan sekiranya
pengertian itu meragukan. Bentuk kuasa yang dimaksudkan di atas ialah kuasa
_______________.
A. Nyata
B. Biasa
C. Tersirat
D. Terhad
48. Jika seorang ejen telah menerima wang sumbangan daripada peserta takaful, tetapi
beliau terlupa untuk mendepositkan wang berkenaan kepada syarikat pengendali
takaful. Dibawah Seksyen ______ Akta Takaful 1984 menyatakan tindakan
ejen tersebut dikira sebagai tindakan pihak pengendali takaful.
A. 25
B. 26
C. 28
D. 66
49. Dibawah seksyen 28, ejen yang membuat kenyataan palsu atau memberi
penerangan yang mengelirukan boleh dikenakan denda seperti berikut.
I. Denda tidak melebihi RM 20,000
II. Penjara selama 1 tahun
III. Denda tidak melebihi RM 10,000
IV. Digantung seumur hidup daripada menjadi ejen takaful.
A. I dan II sahaja
B. II sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. Semua jawapan di atas
50. Berikut yang manakah BUKAN syarikat takaful semula dan insurans semula yang
beroperasi di Malaysia :
A. Asean Retakaful International (L) (ARIL)
B. MNRB Holding Berhad
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
13. C. Maybank Takaful
D. Munich Re
51. Takaful semula yang diperuntukkan di bawah perjanjian, kebiasaannya berdasarkan
perjanjian tahunan. Segala risiko yang berada dalam skop perjanjian ini secara
automatik diterima oleh syarikat takaful semula. Jenis takaful semula yang
dimaksudkan ialah ____
A. Takaful semula bersyarat
B. Takaful semula triti
C. Takaful semula berkelayakan
D. Takaful semula fakultatif
52. Apakah yang dimaksudkan dengan had bendung :
A. Jumlah sumbangan yang ditanggung
B. Jumlah risiko yang berikan oleh kumpulan wang takaful
C. Jumlah risiko yang ditanggung oleh kumpulan wang takaful
D. Jumlah sumbangan yang diberikan oleh kumpulan wang takaful
53. . Skop kuasa yang diberikan kepada agen adalah seperti berikut, KECUALI:
A. Kuasa Mutlak
B. Kuasa Nyata
C. Kuasa Tersirat
D. Kuasa Biasa
54. Ejen Takaful Am perlu memastikan kutipan caruman sumbangan bagi semua nota
lindungan yang dikeluarkan dihantar kepada pengendali beserta borang cadangan
yang lengkap dalam tempoh ____ hari waktu bekerja.
A. 3 hari
B. 5 hari
C. 7 hari
D. 2 minggu
55. Berikut yang manakah prinsip urusniaga yang TIDAK harus dilakukan oleh seorang
ejen takaful ketika berurusan dengan bakal peserta.
A. Memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa semasa berurusan
dengan pelanggan.
B. Menganggap segala maklumat yang diterima daripada bakal peserta adalah
sulit.
C. Memastikan pelan takaful yang dicadangkan mengikut pengetahuan ejen
takaful sahaja.
D. Memberi perbandingan lengkap dan jelas ciri-ciri setiap pelan takaful
yang ada di dalam pasaran.
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
14. 56. Peranan ejen Takaful seperti berikut KECUALI
A. Mengajak masyarakat menyertai perlindungan Takaful
B. Membantu peserta apabila ditimpa musibah
C. Menyemai sikap disiplin dalam menyimpan
D. Menasihat menggunakan perlindungan konvensional
57. Antara objektif garis panduan Amalan Nasihat Wajar ialah seperti berikut kecuali?
A. melindungi kepentingan pemilik sijil
B. melindungan kepentingan syarikat dan ejen
C. memudahcara secara konsisten dan teratur dalam memasarkan produk
takaful
D. memastikan syarikat pengendali takaful dan semua perantara
meningkatkan kualiti piawaian
58. Berikut yang manakah etika yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang ejen
takaful semasa mendapatkan maklumat bakal peserta?
A. Mendapatkan maklumat tentang kesihatan bakal peserta.
B. Mengetahui tentang skop pekerjaan bakal peserta.
C. Mendapatkan tandatangan bakal peserta untuk ditandatangani dalam
borang cadangan.
D. Menganalisa maklumat kewangan bakal peserta.
59. Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan oleh ejen takaful, semasa pengisian
borang cadangan
I. Memberi penjelasan tentang akibat daripada penyembunyian fakta tidak tepat
daripada bakal peserta.
II. Mengelakkan diri daripada mempengaruhi pencadang dan menjelaskan bahawa
segala jawapan atau kenyataan dibawah tanggungjawab pencadang.
III. Mengisikan borang cadangan bagi pihak bakal peserta takaful.
IV. Memberikan pendapat anda tentang soalan-soalan yang dikemukakan dalam
borang cadangan yang akan mempengaruhi keputusan pihak pengendali takaful.
A. I dan II sahaja
B. II, III dan IV sahaja
C. III dan IV sahaja
D. Semua jawapan di atas
60. Bagi memastikan pihak ejen takaful keluarga mendapatkan latihan dan
pembangunan yang berterusan Persatuan Pengendali Takaful Malaysia (MTA) akan
mewajibkan Program Pembangunan Profesional Berterusan yang perlu dihadiri
selama ___ jam setahun.
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
15. A. 20
B. 30
C. 36
D. 48
61. Berikut adalah nilai-nilai yang perlu ada bagi setiap ejen takaful semasa menjalankan
perniagaan takaful.
I. Keadilan
II. Kejujuran
III. Boleh dipercayai
IV. Bertanggungjawab
A. I, II dan IV sahaja
B. II, III dan VI sahaja
C. I,III dan VI sahaja
D. Semua jawapan di atas
62. Antara langkah-langkah yang ada dalam proses pemasaran, KECUALI :
A. Mengenal pasti bakal peserta
B. Menyediakan persembahan pemasaran
C. Mengadakan temubual
D. Membantah alasan
63. Kebiasaannya tempoh bertenang adalah ...... hari
A. 10 hari
B. 20 hari
C. 30 hari
D. 40 hari
64. Di antara berikut merupakan Skim-Skim yang ditawarkan di Takaful.
I. Skim Takaful Keluarga Individu ( Perseorangan )
II. Skim Takaful Pendidikan
III. Skim Takaful Remaja
IV. Skim Takaful Anuiti
A. I, II dan IV sahaja
B. II, III dan VI sahaja
C. I,III dan IV sahaja
D. Semua jawapan di atas
65. Setiap permohonan Pengunderaitan haruslah dinilai melalui faktor – faktor berikut :
I. Kesihatan
II. Pekerjaan
III. Hobi
IV. Status Kewangan
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
16. A. I, II dan IV sahaja
B. II, III dan VI sahaja
C. I,III dan IV sahaja
D. Semua jawapan di atas
66. Skim apakah yang memberikan pendapatan tetap selepas Peserta bersara.
A. Skim Takaful Keluarga Berkumpulan
B. Skim Takaful Berkaitan Pelaburan
C. Skim Takaful Anuiti
D. Skim Takaful Gadaijanji (MRTA)
67. Kelayakan terhadap manfaat di dalam pelan Takaful hanya akan bermula selepas
berapa hari dari tarikh sijil berkuatkuasa.
A. 30 hari
B. 32 hari
C. 34 hari
D. 36 hari
68. Perlindungan di bawah pelan penyakit kritikal merangkumi berapa jenis?
A. 30
B. 32
C. 34
D. 36
69. Apakah yang perlu diketahui seorang Ejen sebelum berada dalam sesi temubual
dengan bakal peserta.
I. Semua soalan perlu diajukan walaupun pemohon kelihatan sihat.
II. Ejen tidak boleh menyarankan jawapan bagi pihak pemohon terutama butir-
butir kesihatan pemohon walaupun pemohon itu merupakan kawan rapat
atau ahli keluarga.
III. Semua jawapan yang direkodkan hendaklah tidak berbeza sedikit pun
daripada kenyataan asal.
IV. Setiap soalan mestilah dikemukakan dengan jelas. Ejen perlu mengingatkan
pemohon supaya memberi jawapan benar pada setiap masa.
A. I, II dan IV sahaja
B. II, III dan VI sahaja
C. I, III VI sahaja
D. Semua jawapan di atas
70. Antara berikut merupakan Akaun yang dibuat oleh pencarum di Takaful.
I. Akaun Peserta
II. Akaun Risiko Peserta ( Akaun Khas Peserta )
III. Akaun Rizab
IV. Akaun Komisyen
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
17. A. I, II sahaja
B. II, III dan VI sahaja
C. I, II dan VI sahaja
D. Semua jawapan di atas
71. Skim apakah yang melindungi baki pembiayaan pembelian rumah seseorang
peserta.
A. Skim Takaful Keluarga Berkumpulan
B. Skim Takaful Berkaitan Pelaburan
C. Skim Takaful Anuiti
D. Skim Takaful Gadaijanji (MRTA)
72. Antara perlindungan yang dirangkumi di bawah pelan takaful perubatan dan
kesihatan ialah :
I. Penghospitalan
II. Unit Rawatan Rapi
III. Rawatan pesakit luar
IV. Lawatan pemeriksaan oleh doktor
A. I, II dan IV sahaja
B. II, III dan IV sahaja
C. I,III dan IV sahaja
D. Semua jawapan di atas
73. Takaful Perubatan dan Kesihatan pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara
berikut :
I. Penyakit sedia ada semasa memohon menyertai takaful.
II. Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan
yang langgar aau menyalahi undang-undang.
III. Kehamilan atau kelahiran.
IV. Pembedahan plastik atau kosmetik.
A. I, II dan IV sahaja
B. II, III danI V sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. Semua jawapan di atas
74. Skim apakah yang dibenarkan mengeluarkan sebahagian daripada simpanan
tabungan ketika anak berusia 15 dan 18 tahun pada kadar 50% daripada nilai
simpanan.
A. Skim Takaful Keluarga Berkumpulan
B. Skim Takaful Berkaitan Pelaburan
C. Skim Takaful Anuiti
D. Skim Takaful Pendidikan
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
18. 75. Tuntutan boleh timbul dalam salah satu situasi berikut KECUALI :
A, Ketika kematian
B. Ketika kematangan
C. Tuntutan faedah perubatan
D. Ketika kesuntukan wang
76. Perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan adalah seperti
berikut :
A. Fi profesional
B. Manfaat penghospitalan
C. Penyakit kritikal
D. Semua jawapan di atas
77. Apakah komponen utama dalam Industri takaful?
I. Peserta takaful.
II. Pengendali takaful.
III. Saluran pengantara
Iv. Pengawal keselamatan
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I,II dan III sahaja
D. Semua jawapan di atas
78. Siapakah yang boleh dikatakan sebagai peserta takaful?
I. Individu
II. organisasi perniagaan
III. korporat
Iv. pengusaha kilang.
A. semua di atas
B. I sahaja
C. I dan II sahaja
D. I,II dan III sahaja
79. Bagaimana prinsip kontrak takaful dilaksanakan?
A. Mengasimilasi beberapa prinsip Insurans merangkumi keadilan semasa
berurusan sepertI yang digalakkan oleh syara’.
B. Menggunakan aqad mua’wadhah dalam menjalankan urusan perniagaan
dengan para peserta.
C. Menyediakan pinjaman kepada para peserta yang hendak membuat pinjaman
daripada wang syarikat dan dikenakan faedah ke atasnya.
D. Menyediakan pinjaman premium automatik serta menambahkan faedah ke
atasnya.
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
19. 80. Syarikat takaful tertakluk di bawah undang-undang
A. Akta Takaful 1983
B. Akta Takaful 1984
C. Akta Insuran 1996
D. Akta Bank Islam 1983
81. Berikut adalah penyakit yang tidak dilindungi di bawah skim Takaful Perubatan dan
Kesihatan kecuali
A. Penyakit sedia ada
B. Kehamilan
C. Pembedahan plastik
D. Kanser
82. Berikut dokumen yang perlu disertakan semasa membuat tuntutan kecuali
A. Bil asal
B. Resit Asal
C. Borang tuntutan
D. Surat sakit
83. Antara perlindungan yang dirangkumi di bawah pelan takaful perubatan dan
kesihatan adalah
I. Penghospitalan
II. Unit Rawatan rapi
III. Lawatan pemeriksaan
IV. Pembedahan
A. I & II
B. II, III & IV
C. I,II & III
D. Semua di atas
84. Berikut adalah nilai-nilai yang perlu ada bagi setiap ejen takaful semasa menjalankan
perniagaan takafu kecuail.
A. Keadilan
B. Kejujuran
C. Kepentingan diri sendiri
D. Bertanggungjawab
85. Berikut merupakan tiga komponen UTAMA yang diperlukan dalam industri takaful,
kesuali
A. Agen Takaful
B. Peserta Takaful
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
20. C. Pengendali Takaful
D. Saluran Pengantara
86. Setiap permohonan sijil takaful akan dinilai mengikut aspek berikut kecuali
A. Kesihatan
B. Pekerjaan
C. Keturunan
D. Hobi
87. Antara Skim yang ditawarkan oleh pelan takaful adalah seperti berikut kecuali
A. Skim Takaful Remaja
B. Skim Takaful Gadai janji
C. Skim Takaful Kanak-kanak
D. Skim Takaful Keluarga Berkumpulan
88. Maklumat penting yang perlu didedahkan kepada peserta
I. Nama Pengendali Takaful
II. Maklumat Perlidungan
III. Maklumat penuh caruman
IV. Sekatan dan Pengeculian
A. I & II
B. II,III & IV
C. III & IV
D. Semua di atas
89. Mengikut kod etika, Intermediari adalah dilarang
I. Membuat kritikan yang tidak tepat
II. Memujuk Pelanggan untuk membatalkan sijil
III. Mengguna nama proksi
IV. Mengenakan caj tambahan
A. I, II & III
B. II,III & IV
C. I,III & IV
D. Semua di atas
90. Intermediari hanya dibenarkan mewakili
A. 1 prinsipal komposit
B. 2 prinsipal komposit
C. 3 prinsipal komposit
D. 4 prinsipal komposit
91. Berikut adalah kuasa-kuasa ejen, kecuali
A. Kuasa Nyata
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
21. B. Kuasa Tersirat
C. Kuasa Biasa
D. Kuasa Tersurat
92. Berikut adalah proses yang perlu dilakukan semasa proses pemasaran
I. Mengenalpasti bakal peserta
II. Menyedia persembahan pemasaran
III. Mengadakan temubual
IV. Menangani lasan
A. I,II & III
B. I, II & IV
C. II,III & IV
D. Semua di atas
93. Pengunduraitan bermaksud satu proses pemilihan agar caruman yang berpatutan
boleh dikenakan. Proses ini melibatkan keputusan berikut :
I. Menerima kadar piawaian
II. Menerima dengan pindaan
III. Menangguh sesuatu permohonan
IV. Menolok permohonan
A. I,II & III
B. I, II & IV
C. II,III & IV
D. Semua di atas
94. Apabila berlaku kematian, waris yang menuntut mesti memberitahu pengendali
takaful perkara-perkara berikut kecuali :
A. Nama dan Nombor Kad pengenalan
B. Nombor Kontrak
C. Alamat
D. No KWSP
95. Bagi membuktikan kematian pihak pengendali takaful akan menerima salah satu
daripada dokumen berikut kecuali :
A. Sijil Kematian
B. Sijil perkahwinan
C. Laporan koroner
D. Printah pengisytiharan kematian
96. Jika sekiranya ejen tidak mematuhi seksyen 25, mereka akan dikenakan denda
sebanyak
A. Tidak melebihi RM 4000.00
B. Tidak melebihi RM 5000.00
C. Tidak melebihi RM 6000.00
D. Tidak melebihi RM 7000.00
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
22. 97. Mengikut prinsip am urusniaga, intermediari wajib
I. Menandatangani deklarasi
II. Memperkenalkan diri sebagai intermediari takaful
III. Memberi khidmat rundingan berdasarkan kemahiran
IV. Menganggap segala maklumat adalah biasa
A. I,II & III
B. I, II & IV
C. II,III & IV
D. Semua di atas
98. Bagi takaful kenderaan berenjin, jika bayaran telah dibuat kepada intermediari oleh
peserta, intermediari mesti meremitkan caruman tersebut kepada pengendali ke
dalam akaun pengutan dalam tempoh
A. 5 hari bekerja
B. 6 hari bekerja
C. 7 hari bekerja
D. 8 hari bekerja
99. Berikut adalah etika kod pemakaian bagi intermediari
I. Menutup aurat
II. Berpakaian sopan (bukan muslim)]
III. Pakaian Longgar
IV. Pakaian Tidak nipis
A. I,II & III
B. I, II & IV
C. II,III & IV
D. Semua di atas
100.Dokumen berikut pada amnya diterima sebagai bukti umur oleh pengendali takaful
kecuali
A. Sijil kelahiran rasmi
B. Sijil sumpah
C. Sijil berhenti sekolah
D. Pasport
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN
24. JAWAPAN
1. D 44. A 87. C
2. C 45. D 88. D
3. D 46. C 89. D
4. C 47. A 90. A
5. B 48. A 91. D
6. A 49. A 92. D
7. A 50. C 93. D
8. C 51. B 94. D
9. C 52. C 95. B
10. D 53. A 96. B
11. B 54. C 97. A
12. C 55. C 98. C
13. C 56. D 99. D
14. A 57. B 100. B
15. A 58. A
16. A 59. C
17. D 60. B
18. A 61. D
19. B 62. D
20. A 63. C
21. A 64. D
22. A 65. D
23. C 66. C
24. C 67. A
25. D 68. D
26. C 69. D
27. A 70. A
28. D 71. D
29 D 72. D
30. C 73. D
31. D 74. D
32. B 75. D
33. B 76. D
34. A 77. C
35. D 78. A
36. C 79. A
37. D 80. B
38. B 81. D
39. D 82. D
40. D 83. D
41. B 84. C
42. C 85. D
43. D 86. C
JABATAN SALURAN LATIHAN & PEMBANGUNAN