Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
1. PENGAJIAN AM KERTAS 1
PERBADANAN AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI, DAN INOVASI (MOSTI)
a)Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawaian Malaysia (SIRIM Berhad)
i. Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawai Malaysia (SIRIM) dikorporatkan pada
bulan September 1996 dan menggunakan nama baru iaitu SIRIM Berhad.
ii. SIRIM Berhad ialah badan tidak berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.
iii. SIRIM Berhad ialah penggerak utama dalam kajian dan pembangunan industri untuk
mewujudkan kedinamikan dalam ekonomi negara melalui keunggulan teknologi dan
pengiktirafan dunia terhadap barang-barang dan perkhidmatan dari Malaysia.
iv. SIRIM Berhad menjalankan fungsi-fungsi yang berikut:
mempromosikan dan menjalankan penyelidikan saintifik industri.
menggalakkan kecekapan dan pembangunan industri.
menyediakan perkhidmatan pemindahan teknologi dan nasihat.
membangunkan piawai Malaysia dan mempromosikan jaminan piawai dan
kualiti untuk meningkatkan daya saing.
meningkatkan kebajikan, kesihatan, serta keselamatan awam dan industri.
b)Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS Berhad)
i. MIMOS ditubuhkan pada 1 Januari 1985 dengan sokongan penuh daripada kerajaan.
ii. Pada bulan Januari 1995, MIMOS dilantik menjadi urusetia kepada Majlis Teknologi
Maklumat Negara yang berhasrat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kaya
dengan maklumat selaras dengan visi polisi negara, Wawasan 2020, dan memberikan
tumpuan penting terhadap pembangunan dan pengaplikasian teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dalam usaha-usaha pembangunan negara.
iii. Pada 1 November 1996, MIMOS dikorporatkan dan menjadi MIMOS Berhad.
iv. Fungsi dan objektif MIMOS Berhad adalah seperti berikut:
sebagai penasihat kepada kerajaan dalam bidang teknologi, polisi, dan strategi
tentang pembangunan ICT.
2. menghasilkan inovasi-inovasi yang memberikan pertambahan nilai untuk
keperluan industri, masyarakat, dan negara.
menjadi organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang ICT.
PERBADANAN AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
i. Badan berkanun dalam Kementerian Pengangkutan ialah Lembaga Pelabuhan Klang.
ii. Antara badan tidak berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan ialah:
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Penerbangan Malaysia Berhad
Syarikat Perkapalan Antarabangsa Berhad (MISC)
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd. (PUSPAKOM)
Zon Bebas Pelabuhan Klang
PERBADANAN AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN
i. Antara badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan ialah:
Bank Negara Malaysia – mengawal semua bank dan institusi kewangan;
mengurus percetakan mata wang Ringgit.
Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
ii. Antara badan tidak berkanun di bawah Kementerian Kewangan ialah:
3. Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Industri Malaysia Berhad
Khazanah Nasional Berhad
a)Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
i. Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dahulunya dikenali sebagai PERNAS.
ii. Sebagai syarikat komersial, matlamat PNS adalah seperti yang berikut:
untuk meningkatkan bilangan usahawan menengah bumiputera dalam
kalangan bumiputera yang berkelayakan.
mewujudkan kemahiran keusahawanan dan budaya korporat dalam kalangan
usahawan menengah bumiputera.
menyediakan sistem pangkalan data efektif tentang golongan menengah
bumiputera yang akan bertindak sebagai alat untuk mengukur prestasi
usahawan bumiputera menengah.
b)Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM)
i. Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) ialah badan berkanun.
ii. HICOM ditubuhkan untuk memenuhi matlamat yang berikut:
mengenal pasti projek-projek industri berat.
melabur dalam projek-projek industri berat dan mengurusnya.
PERBADANAN AWAM DI BAWAH KERAJAAN NEGERI
i. Antara badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri ialah:
4. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri – wujud di 13 buah negeri.
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) – wujud di 13 buah negeri.
Perbadanan Pinjaman Sabah
Yayasan Sabah
ii. Antara badan tidak berkanun di bawah Kerajaan Negeri ialah:
Pihak Berkuasa Air Negeri
Amanah Saham Pahang Berhad
Syarikat Kemajuan Perumahan Sarawak
Labuan Wood Products (Sabah)
Syarikat Gula Perak
Syarikat Sergam Johor
Suarikat Babena Terengganu