2. PERANCANGAN
& PEMBANGUNAN LANDSKAP
DEFINISI:
Menurut Laurie (1975): Senibina Landskap bermaksud:
“Perancangan dan reka bentuk tanah & air untuk kegunaan awam”.
“Perancangan” :
“Suatu pendekatan di mana tanah dilihat sebagai sumber yang perlu
diurus bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat”.
“Rekabentuk”:
“Pengurusan dan pengaturan sekeping tanah yang telah ditentukan
melalui proses perancangan berdasarkan sesuatu tujuan, seperti
perumahan, pendidikan dan rekreasi”.
3. DEFINISI LANDSKAP:
Menurut Hubbard dan Kimball (1917), Senibina
landskap merupakan:
“Seni halus” di mana fungsi utamanya adalah untuk
mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar
yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan
semulajadi negara”.
Menurut Garrett Eckbo (1950), Senibina landskap
merupakan:
“sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia
dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk
manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan
perhutanan).
4. SENIBINA LANDSKAP SEBAGAI SATU
BIDANG Masyarakat secara umumnya mengkaitkan bidang
senibina landskap sebagai: “Mereka-mereka yang terlibat
dalam penanaman tumbuh-tumbuhan” – tukang kebun
Istilah “Arkitek landskap” (landscape architect) telah di
cipta oleh Frederick Law Olmstead pada tahun 1958.
Beliau adalah seorang yang mempunyai kemahiran dalam
bidang kejuruteraan dan pertanian.
Bidang kerja arkitek landskap biasanya mempunyai
hubungan kait dengan bidang-bidang lain seperti senibina,
kejuruteraan, perancang dan juga pengurusan taman-
taman.
6. SEJARAH SENIBINA LANDSKAP
Menurut Laurie dalam “An introduction to Landscape Architecture”, sejarah
seni taman/landskap perlu dikaji atas 2 sebab:
1. Perhubungan manusia & persekitaran
2. Taman-taman silam mempengaruhi rekabentuk taman- taman masa
kini dan masa hadapan
Mengkaji sejarah perkembangan seni taman, membolehkan kita memahami
bagaimana manusia menyesuaikan persekitaran untuk keperluan:
a. Fizikal
b. Sosial
c. Ekonomi
7. Fakta-fakta fizikal termasuk:
a. Iklim
b. Geografi
Fakta-fakta sosial termasuk:
i. Kepercayaan:
kepercayaan agama
kepercayaan tradisi dan amalan
falsafah dan kesenian
ii. Sejarah dan penyatuan kebudayaan:
penjajahan
perdagangan
peperangan
iii. Fakta Ekonomi:
- lambang kemewahan
8. HUBUNG KAIT PERTANIAN DENGAN
LANDSKAP
Landskap dan pertanian mempunyai perkaitan yang
jelas dan penting.
Kawasan pertanian dapat digunakan sebagai
kawasan landskap dan sebaliknya.
Perkaitan ini mencakupi kehendak serampang dua
mata iaitu:
a) Mendapatkan hasil yang lumayan daripada
pengusahaan tanaman ekonomi
b) Memenuhi keperluan menghayati dan menikmati
nilai estetika
9. HUBUNGKAIT PERTANIAN DENGAN LANDSKAP
Kawasan yang diusahakan untuk pertanian
bukan sahaja mampu memberikan hasil yang
lumayan, malah sekiranya dirancang dengan
baik, kawasan pertanian ini turut mempunyai
nilai estetika.
Tanaman seperti kelapa sawit dan getah
misalnya ditanam berdasarkan susunan dan
corak tertentu supaya penggunaan kawasan
dapat dioptimumkan. Susunan ini secara tidak
langsung memberikan pemandangan yang
menarik dan turut menyokong sektor
agrotourism.
10. KEPENTINGAN LANDSKAP
Sangat penting dlm kehidupan manusia.
Manusia blh menjalani kehidupan dgn lebih selesa dan
berharmoni melalui susunan dan gabungan landskap
yg menarik.
Blh diperolehi melalui aktiviti-aktiviti pelandskapan
iaitu, merancang, merekabentuk, membangun dan
menyenggara sesuatu ruang atau kawasan.
Ianya dpt dicapai dengan menggunakan elemen-
elemen landskap ciptaan tuhan dan binaan manusia.
11. LANDSKAP DI MALAYSIA
Perkataan landskap hanya diketahui oleh rakyat
Malaysia pada hujung tahun 70an, walaupun telah
mempraktikkan konsep, proses dan prinsip reka bentuk
landskap sejak awal sejarah negara lagi
Landskap sesebuah negara wujud kerana keperluan
penduduknya sebagai pengguna yang terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama, umur, jantina dan
kebudayaan
Penggunaan landskap bergantung kepada keadaan
sekeliling seperti bentuk muka bumi, iklim, tumbuhan,
lokasi dan pemandangan kawasan persekitaran
13. LANDSKAP DI MALAYSIA
Landskap berkait rapat dengan cara hidup orang Melayu,
Cina dan India.
Ini boleh dilihat melalui cara pemilihan tanaman di sekeliling
kawasan rumah
Contohnya : Di kawasan rumah orang Melayu banyak ditanam
dengan tanaman bauan, ulaman, herba dan ubatan.
Antaranya canangium odoratum (kenanga), Jasminum
sambac (Melur), Vallaris glabra (kesidang), cosmos violaceace
(ulam raja), Cymbopogon nardus (serai), Languas galanga
(lengkuas), Curcuma domestica (kunyit) dan lawsonia inermis
(inai)
20. LANDSKAP DI MALAYSIA
Orang Cina gemarkan tanaman berwarna merah dan
kuning.
Cth: pokok adenium obesum (desert rose) kerana
percaya warna merah dpt memberi lebih rezeki dan
wang.
23. LANDSKAP DI MALAYSIA
Orang India pula gemar pada jenis bunga harum yang
berwarna-warni – digunakan sebagai hiasan sanggul /
upacara keraian / keagamaan.
Cth: melor, krosandra (crossandra undulaefolia) dan
susun kelapa (ervatamia divaricata)
25. LANDSKAP DALAM KEHIDUPAN ORANG
MELAYU
Orang melayu menghayati dan menghargai keindahan taman
di halaman rumah / istana yang ditanam dengan pelbagai
jenis tumbuhan terutamanya jenis bauan sering digambarkan
di dalam buku sastera klasik melayu seperti Hikayat Malim
Deman
Berdasarkan maklumat tersebut, kita mengetahui bahawa
halaman dan taman yang ada dalam kehidupan orang
melayu dipenuhi dengan pelbagai unsur landskap seperti air,
struktur keras, pagaran, jalan, ukiran dan juga unsur reka
bentuk seperti bentuk, tekstur warna dan garisan.
26. Bentuk rumah Malaysia di
Taman Mini ASEAN, Melaka
yang menunjukkan cara
pelandskapan di kawasan
rumah.
29. Terminologi Landskap:
1. Landskap
a. Rupa daratan yang meliputi apa sahaja yang
dapat dilihat di atas muka bumi seperti bangunan,
jalan raya, tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-
ganang dan sebagainya.
b. Pemandangan di atas daratan (bumi) yg
mengandungi unsur-unsur ciptaan Tuhan dan
bahan binaan manusia, termasuk bentuk muka bumi,
bangunan, jalan raya dan tumbuh- tumbuhan.
Cth landskap ialah spt pemandangan di kampung,
bandar, pergunungan, persisiran pantai, sungai, hutan
rimba, padang pasir dll pemandangan di atas bumi.
30. Terminologi Landskap:
2. Pelandskapan
i. Satu proses yang melibatkan kegiatan merancang,
mereka bentuk, melaksanakan dan mengurus
landskap untuk keselesaan, keselamatan dan
keseronokan manusia di samping mewujudkan
suasana yang indah dan harmoni dengan
persekitaran semulajadi.
ii. Merujuk kegiatan merancang, merekabentuk,
melaksana dan menguruskan landskap untuk
tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan
manusia.
31. Terminologi (samb...)
3. Reka bentuk landskap
memilih dan menyusun atur elemen landskap
seperti tumbuhan, struktur, air, batu batan
untuk mewujudkan ruang di kawasan luaran
(luar bangunan).
merupakan satu seni mengubah dan menyusun
elemen landskap berasaskan prinsip reka
bentuk.
4. Pereka bentuk landskap
individu yang mereka bentuk landskap.
32. Terminologi (samb...)
5. Arkitek landskap
seorang profesional yang bertauliah dalam
bidang seni bina landskap untuk menjalankan
kerja merancang dan mereka bentuk landskap.
6. Kontraktor landskap
seorang peniaga yang membuat kerja-kerja
pembinaan landskap.
33. Tanaman ditanam untuk
memainkan pelbagai fungsi
bergantung kepada keadaan
tapak atau lokasi.
Setiap tapak atau lokasi
biasanya mempunyai masalah
yang tertentu.
Antara objektif dan fungsi penanaman adalah untuk
mengurangkan atau mengatasi masalah- masalah di tapak atau
lokasi yang berkenaan.
35. Prinsip Reka Bentuk Landskap
Prinsip reka bentuk landskap adalah tatacara
menyusun dan mengolah elemen-elemen
landskap terutamanya tumbuh-tumbuhan
dalam satu kombinasi yang sesuai, menarik
dan berfungsi.
Dalam reka bentuk landskap, satu atau
beberapa prinsip digunakan bagi
-menggabungkan elemen-elemen landskap
dalam satu-satu kawasan.
36. PRINSIP REKA BENTUK LANDSKAP
Terdapat 5 prinsip landskap:
i. Ukuran/Skala
ii. Keringkasan
iii. Keanekaan
iv. Keseimbangan
v. Turutan/Ulangan
37. Prinsip Reka Bentuk Landskap
i. Ukuran/Skala
Perbandingan saiz di antara elemen-elemen yang ada
serta perbandingan saiz di antara manusia dan
persekitarannya.
Penggunaan elemen-elemen yang besar dalam ruang
yang sempit akan menampakkan kawasan menjadi lebih
kecil daripada sebenarnya.
Sementara penggunaan elemen-elemen yang kecil
dalam ruang yang luas akan menampakkan kawasan
menjadi lebih besar daripada saiz sebenarnya.
38. Prinsip Reka Bentuk Landskap
i. Ukuran/Skala
Ukuran/skala menggambarkan perbandingan antara saiz
elemen dengan tanaman dalam landskap.
Pemilihan elemen landskap, reka bentuk dan tanaman
perlu sesuai dengan saiz rumah dan luas kawasan.
Pemilihan ukuran akan mencetuskan perasaan / persepsi
tentang saiz sesuatu ruang.
Contoh: untuk kawasan/ruang yang sempit – sesuai
ditanam dengan pokok yang berdaun kecil (bertekstur
halus) dan berbunga sederhana besar.
39. Prinsip Reka Bentuk Landskap
i. Ukuran/Skala
Pokok naungan jenis besar / pokok renek jenis rendah
tidak sesuai ditanam berhampiran dengan rumah.
Warna juga dapat memberi ukuran kepada ruang.
Contoh: Ruang yang ditanam dengan pokok jenis daun
akan kelihatan sempit berbanding dengan ruang yang
ditanam dengan tanaman yang berwarna cerah.
Dalam landskap, ukuran bermaksud dimensi sesuatu
ruang atau saiz sesuatu elemen/objek. Ukuran boleh
dikira dalam bentuk mutlak.
46. Prinsip Reka Bentuk Landskap
i. Ukuran/Skala
- Merujuk kepada perkaitan antara elemen-
elemen landskap:
a. Pokok dan bangunan.
b.Pokok dan pokok
c.Pokok dan manusia
54. Prinsip Reka Bentuk Landskap
ii. Keringkasan
Penggunaan beberapa jenis elemen sahaja seperti
tumbuh-tumbuhan, air dan struktur binaan dalam bentuk
yang mudah dan ringkas.
Penggunaan elemen terutamanya tumbuh-tumbuhan
adalah terhad (tidak banyak spesis digunakan) dengan
satu atau dua ciri tumbuhan diketengahkan.
Namun, pengggunaan elemen yang terhad perlulah
menarik bagi mengurangkan kebosanan pada
keringkasan.
55. Prinsip Reka Bentuk Landskap
ii. Keringkasan
Untuk memudahkan penyenggaraan dan pengurusan
landskap, sebaiknya unsur landskap dan tanaman yg
terpenting sahaja digunakan dlm gubahan. Ini blh dicapai
dgn mengulangi beberapa bentuk, tekstur dan warna utk
beberapa tempat.
Landskap yg ringkas blh meningkatkan daya tarikan jika
pengurusan dan penyenggaraan dijalankan dgn rapi
56. Terlalu banyak keanekaan dari segi jenis, bentuk, tekstur
dan ukuran tanaman boleh mengelirukan.
57. Susunan yang ringkas daripada tiga jenis bentuk dan ukuran
tanaman boleh memberi daya tarikan dalam landskap.
66. Prinsip Reka Bentuk Landskap
iii.Keanekaan
Penggunaan pelbagai jenis elemen yang digabungkan
dalam satu komposisi yang harmoni dalam landskap.
Banyak ciri digunakan terutamanya tumbuh-tumbuhan
landskap dari segi kepelbagaian saiz, bentuk, warna dan
tekstur.
67. Prinsip Reka Bentuk Landskap
iii.Keanekaan
Keanekaan susunan, gubahan, warna, bentuk, tekstur dan
saiz tanaman serta elemen landskap blh mengelakkan rasa
bosan terutamanya kepada pemandangan.
Dalam rekabentuk landskap, prinsip keanekaan digunakan
utk mempelbagaikan elemen pertentangan dan kontras.
Banyak atau sedikitnya keanekaan yg digunakan dlm
landskap bergantung kepada cara menggunakan bentuk,
tekstur dan warna.
Apabila menggunakan prinsip keanekaan, sekurang-
kurangnya tiga unsur rekabentuk perlu dikaitkan pada satu
gabungan:
a. campuran tiga warna
b. campuran 3 tekstur
c. campuran 3 ukuran
76. Prinsip Reka Bentuk Landskap
iv. Keseimbangan
Pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar
yang diwujudkan dalam landskap.
Keseimbangan tidak terhad kepada
pembahagian saiz ruang, malah keseimbangan
dari segi ketinggian dan bentuk sesuatu elemen
terutamanya tumbuh-tumbuhan landskap.
Keseimbangan adalah popular dari segi visual
untuk mendapatkan pemandangan yang
menarik.
77. Prinsip Reka Bentuk Landskap
iv.Keseimbangan (Samb....)
gubahan dan susunan tanaman dlm landskap blh
dibahagikan kepada dua cara iaitu:
i. Susunan seimbang
memberi persepsi yg formal lantaran tanaman dan
elemen landskap diatur sama bentuk, sama bilangan,
sama warna, sama ukuran dan sama tekstur samada di
bahagian kiri atau kanan kawasan.
Selalunya didapati di taman formal spt di Perancis dan
negara Islam.
ii. Susunan tidak seimbang
memberikan persepsi yg selesa, nyaman dan tenang.
78. Prinsip Reka Bentuk Landskap
iv.Keseimbangan (Samb....)
Keseimbangan terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a. Keseimbangan antara kedua-dua bahagian garisan (kiri-
kanan)
Diatur secara formal dgn kedua-dua bahagian garisan mempunyai
aturan yg sebentuk atau ukuran yg kontras antara kiri dan kanan.
b. Keseimbangan perspektif
Meliputi keseimbangan bahagian depan, tengah dan belakang.
Susunan tanaman dlm keseimbangan ini selalunya melibatkan
penanaman pokok jenis hiasan dibahagian belakang, jenis renek
ditengah dan jenis penutup bumi di hadapan.
Tanaman blh dipilih berdasarkan tekstur dan warna (menggunakan
tanaman yg bertektur kasar, sederhana dan halus utk
menampakkan kawasan atau ruang yg luas dan sebaliknya.
Pemilihan warna pula, bahagian belakang haruslah berwarna
lebih cerah drpd kawasan tengah atau hadapan.
94. Prinsip Reka Bentuk Landskap
v. Turutan / ulangan
Penggunaan elemen terutamanya tumbuh-tumbuhan
adalah berulang-ulang.
Ulangan selalunya dalam bentuk linear (memanjang)
atau barisan.
Prinsip turutan akan memberikan pemandangan yang
bersambungan dan berterusan dalam sesuatu kawasan.
Prinsip ini biasanya digunakan bagi membahagikan
kawasan, menunjukkan sempadan kawasan atau
menunjuk arah bagi laluan-laluan tertentu seperti di tepi
jalan.
95. Prinsip Reka Bentuk Landskap
v. Turutan / ulangan
Turutan daripada satu gubahan dan susunan
tanaman kpd satu gubahan dan susunan tanaman
yang lain mengikut perubahan bentuk, warna,
tekstur, ukuran dan jarak tanaman.
Penanaman pokok dgn jarak yg berbeza blh
memberi pandangan yg harmoni, terutamanya
apabila turutan jarak dari sebatang pokok ke jarak
gabungan pokok-pokok.
Susunan mengikut turutan jarak ini blh memberi
tumpuan atau daya tarikan dalam landskap.
96. Prinsip Reka Bentuk Landskap
v. Turutan / ulangan
Tujuan menyusun tanaman secara berturutan
adalah utk menentukan arah pandangan dlm
sesuatu kawasan landskap kelihatan lebih menarik.
Gabungan tanaman mengikut turutan warna dan
tekstur blh meningkatkan keharmonian dan nilai
estetik landskap.
100. vi. Ulangan
Utk mendapatkan susunan yg teratur, penggunaan
elemen landskap dan penanaman pokok jenis renek
dan penutup bumi perlu diulang dlm beberapa
bahagian kawasan landskap.
Apabila menggunakan prinsip ulangan, tentukan
elemen yg agak unik dan elemen rekabentuk spt
garisan, warna, bentuk dan tekstur sahaja perlu
dipertimbangkan.
Terlalu banyak elemen landskap atau terlalu sedikit
mengulangi elemen landskap blh merosakkan
kesatuan atau keharmonian landskap.
101. Untuk kawasan yang luas, tanaman gabungan boleh
diulang supaya kelihatan lebih berkesan dan menarik.
106. “Setiap yang kita lakukan biarlah jujur
kerana kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang”.