2. DEFINISI PENDIDIKAN
Syed Muhammad Naquib al-Attas, (1999)
mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses
menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Pendidikan
Islam pula ditakrifkan oleh Ahmad Mohd Salleh
(2004) sebagai suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan
Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan
pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan
diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi
di akhirat.
3. Pendidikan Islam ini bukan sahaja mata pelajaran di
sekolah, tetapi satu proses pembentukan manusia
berdasarkan ajaran Islam. Ia juga bermaksud sistem
yang bersumberkan wahyu, iaitu satu sumber yang
sempurna untuk mendidik manusia bagi mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat. Tujuannya ialah
melahirkan muslim yang soleh, yang dapat
membangun diri, keluarga dan masyarakat ke arah
yang diredhai Allah.
4. Melalui definisi dan maksud di sebalik Pendidikan
Islam seperti yang dihuraikan di atas, dapatlah kita
fahami betapa besarnya peranan guru Pendidikan
Islam dalam mendidik pelajar-pelajar agar tujuan
yang Pendidikan Islam itu benar-benar dicapai.
Namun begitu, untuk mencapai tujuan tersebut guru
Pendidikan Islam masa kini menghadapi banyak
cabaran khususnya dalam melaksanakan
persekitaran bilik darjah dan sekolah yang kondusif
selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Sebelum
melihat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru
Pendidikan Islam, lebih elok diteliti apakah maksud
cabaran, kondusif dan apakah pula prinsip-prinsip
Islam.
5. PERANAN GURU
amalan muhasabah diri perlu dilaksanakan
• guru perlu mengetahui, memahami dan menghayati
isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam
melangkaui batasan sukatan pelajaran, menguasai
ilmu naqliyyah dan ilmu aqliyyah pada tahap yang
membanggakan, dan pelbagai lagi
• empamerkan sifat-sifat terpuji yang dapat diterima
oleh pelajar, masyarakat dan rakan sekerjanya
• membimbing murid sekolah agar menghayati agama
Islam untuk tujuan amalan dan penghayatan
• menanam minat dan cinta terhadap agama yang
menjadi pegangan hidup mereka.
•
6. Guru yang bermotivasi tinggi, kreatif dan
inovatif akan mempunyai semangat dan idea-idea
yang kreatif dalam membentuk suasana
pembelajaran yang kondusif
• guru Pendidikan Islam memerlukan bantuan dan
kerjasama dari pihak lain samada ibu bapa, guruguru lain, pihak sekolah dan juga perhatian
masyarakat.
•
•
7. tugas guru ini amatlah berat. Lebih-lebih lagi
sebagai guru Pendidikan Islam. Amanah Allah
yang dipikul, hasrat negara yang terbeban di
bahu, harapan dari pihak sekolah, kepercayaan
yang diberikan oleh ibu bapa, masyarakat yang
sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik di
dalam pendidikan dan sebagainya lagi
menjadikan tugas ini semakin rumit.
sebagai guru Pendidikan Islam, kita harus
berpegang kepada firman Allah
mafhumnya, setiap kesulitan itu akan ada
kemudahan. Sifat ikhlas dan zuhud iaitu
melakukan sesuatu demi mencari keredhaan
Allah perlu ada dalam diri setiap guru.