SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 13
Baixar para ler offline
PENGENALAN
Seperti yang kita ketahui, proses menjaga kesihatan adalah satu proses yang
berterusan. Kita perlu menyedari dan mengamalkan langkah-langkah yang betul
bagi menjamin kesihatan diri yang optimum.
Pengenalpastian tabiat kebersihan diri yang asas adalah amat penting dalam
kehidupan seharian kita. Tabiat yang baik adalah pelindung yang utama bagi
menjamin kesihatan.
AMALAN KEBERSIHAN
Setiap orang perlu menjaga kesihatan diri sendiri. Badan yang sihat akan
menjadikan hidup kita lebih sempurna dan bahagia. Kebersihan adalah asas
utama kepada penjagaan kesihatan. Sekarang kita akan melihat amalan
kebersihan ini dari beberapa aspek seperti agama, ekonomi dan juga sosial (rujuk
Jadual 2.1)
2.1
TTooppiikk 22 Urus Diri
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
(a) Menunjukkan cara-cara membersihkan anggota badan dengan betul;
(b) Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan badan;
(c) Menghuraikan cara-cara berdandan dan kepentingan berdandan; dan
(d) Menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara menguruskan
diri semasa kedatangan haid.
TOPIK 2 URUS DIRI 27
Jadual 2.1: Amalan Kebersihan dari Aspek Agama, Ekonomi dan Sosial
No. Aspek Penerangan
1 Agama Agama menekankan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat
kerja. Amalan hidup yang bersih ditekankan untuk menjamin
kesejahteraan hidup. Kebersihan diri juga merupakan tuntutan
utama apabila seseorang menghampiri Tuhan.
2 Ekonomi Kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perladangan dan
perindustrian juga perlu mengutamakan kebersihan. Masalah
pencemaran alam perlu dikurangkan. Kesihatan yang terganggu
akan menjejaskan aktiviti ekonomi.
3 Sosial Dengan menjaga kebersihan diri, kita dapat mengelakkan jangkitan
penyakit, wabak penyakit dan menjaga persekitaran alam. Taraf
kesihatan akan dapat ditingkatkan.
2.1.1 Menama dan Melabel Anggota Badan
Murid-murid berkeperluan adalah murid-murid yang istimewa. Anda haruslah
mengajar mereka tentang setiap anggota badan supaya mereka mengetahui yang
mana satu tangan, kaki, muka dan sebagainya.
Rajah 2.1: Melabel anggota badan
TOPIK 2 URUS DIRI28
2.1.2 Menama dan Melabel Alat Penjagaan Diri dan
Fungsi
Jadual 2.2: Alat-alat Penjagaan Diri
No.
Alat-alat Penjagaan
Diri
Penerangan
1 Sikat Digunakan untuk menyikat rambut. Rambut perlulah
disikat dengan rapi agar kelihatan kemas dan terurus.
Bagi individu yang menghadapi masalah seperti kutu,
seharusnya tidak berkongsi sikat dengan orang lain
kerana dikhuatiri akan berjangkit.
2 Sabun Digunakan ketika mandi untuk membersihkan badan
supaya badan kita tidak berbau dan sentiasa bersih dan
segar.
3 Berus dan ubat gigi Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan gigi. Gigi
hendaklah sentiasa diberus tiga kali sehari selepas makan
dan sebelum tidur.
4
Syampu rambut
Ketika mandi kita hendaklah mencuci rambut dengan
syampu rambut yang sesuai agar rambut kelihatan
bersih, segar, berkilau dan mudah diurus.
TOPIK 2 URUS DIRI 29
5
Pembersih muka
Lelaki atau perempuan perlu sentiasa menjaga
kebersihan muka atau wajah agar kelihatan bersih. Jadi
pembersih muka perlulah digunakan untuk
membersihkan muka agar segala kotoran dan habuk
dapat disingkirkan.
2.1.3 Cara-cara Membersihkan Setiap Anggota Badan
dengan Betul
Para pelajar sekalian, murid-murid khas juga perlu diajar dan dilatih cara-cara
bagaimana mereka perlu membersihkan anggota badan mereka. Anda boleh
mengajar mereka dengan cara mendemonstrasikannya di dalam kelas. Apa kata
sekarang kita lihat dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda patut
menjelaskan kepada murid-murid anda tentang cara-cara membersihkan
anggota-anggota badan seperti mencuci tangan, menjaga kaki, mencuci rambut,
memotong kuku, mandi dan juga memberus gigi.
(a) Mencuci Tangan
Biasanya kita menggunakan tangan untuk menyentuh benda dan
memegang sesuatu tidak kira bersih atau kotor. Jadi kita mestilah
mencuci tangan dengan baik sebelum memegang makanan untuk dimakan.
Ini adalah untuk memastikan segala kekotoran di tangan tidak bercampur
dengan makanan yang kita akan makan. Membersihkan tangan dengan air
dan sabun sebelum dan selepas makan dan mengeringkannya adalah satu
amalan yang baik.
Rajah 2.2: Tangan mestilah dicuci sebelum menyentuh makanan
TOPIK 2 URUS DIRI30
b) Menjaga Kaki
Kaki kita digunakan untuk membawa kita ke sana dan ke mari. Ia adalah
anggota yang terletak di paras paling bawah sekali jika dibandingkan
dengan anggota-anggota yang lain. Kita perlu menjaga kebersihan kaki
dengan memakai alas kaki seperti kasut dan selipar di mana sahaja kita
berada. Kaki hendaklah dibasuh dengan bersih dan dikeringkan. Cacing-
cacing yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar boleh memasuki
tubuh badan kita melalui kaki. Memakai stoking ketika memakai kasut
amatlah digalakkan untuk menjaga kebersihan kaki.
Rajah 2.3: Pakai kasut sebelum kita keluar untuk berjalan-jalan
(c) Mencuci Rambut
Berapa kalikah dalam seminggu kita mencuci rambut? Adakah kita
menggunakan syampu yang sesuai dengan rambut kita? Adakah rambut
kita selalu diberus? Memberus rambut setiap hari boleh membaiki
peredaran darah ke kulit kepala, leher dan bahu kita. Semasa memberus
atau menyikat, jangan tekan kulit kepala terlalu kuat. Ini bertujuan untuk
mengelakkan kerosakan kulit kepala. Menggunakan syampu yang sesuai
dapat menghilangkan minyak yang berlebihan pada rambut dan habuk-
habuk yang melekat di rambut. Rambut eloklah dipotong pendek supaya
senang diurus. Mengurut kulit kepala juga dapat menolong menjadikan
rambut kita sihat.
TOPIK 2 URUS DIRI 31
Rajah 2.4: Maklumkan kepada murid-murid anda untuk mencuci rambut apabila mandi
(d) MMemotong Kuku
Kecantikan kuku adalah bergantung kepada kesihatannya dan cara
bagaimana kita hendak menguruskannya. Kuku hendaklah sentiasa
pendek supaya kekotoran yang tersentuh tidak terkumpul dalam kuku.
Kebersihan kuku tangan hendaklah dijaga dengan rapi. Kuku yang tidak
cantik menggambarkan kesihatan diri yang kurang baik.
Rajah 2.5: Elakkan jangkitan kuman dengan memastikan kuku sentiasa pendek
(e) Mandi
Mandi adalah satu cara untuk membersihkan tubuh badan. Kita perlu
mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Apabila mandi, pastikan setiap
tempat terkena sabun dan selepas mandi pastikan pula seluruh badan
dikeringkan dengan tuala yang bersih. Perhatian yang lebih harus
diberikan terutamanya pada tempat-tempat yang tersembunyi seperti
ketiak, celah-celah jari, kulit kepala, telinga dan sebagainya.
TOPIK 2 URUS DIRI32
Rajah 2.6: Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk kebersihan diri
(f) Memberus Gigi
Kita perlu memberus gigi terutamanya selepas makan, sebelum tidur dan
selepas tidur. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan makanan yang
melekat dicelah-celah gigi.
Rajah 2.6: Ajar murid-murid anda untuk memberus gigi setiap hari
2.1.4 Kepentingan Menjaga Kebersihan Badan
Setiap individu bertanggungjawab terhadap kesihatannya sendiri. Menjaga
kesihatan diri tidak boleh diharapkan kepada orang lain. Penjagaan kesihatan
diri bukanlah setakat menjaga makan dan minum supaya tidak lapar dan
dahaga. Ia merangkumi penjagaan terhadap seluruh anggota badan zahir dan
batin. Ini termasuklah penjagaan terhadap rambut, telinga, mata, gigi, badan dan
sebagainya. Selain daripada anggota badan, menjaga kebersihan pakaian seperti
baju, seluar, pakaian dalam, sarung kaki dan kasut juga amat penting.
TOPIK 2 URUS DIRI 33
Penjagaan kesihatan diri bukanlah merupakan satu tanggungjawab sementara
waktu sahaja tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang berterusan dengan tidak
mengambil kira masa atau tempat. Ini bertujuan untuk menjamin supaya kita
sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. Oleh itu, tubuh badan
kita hendaklah sentiasa bersedia setiap masa menghadapi sebarang
kemungkinan.
BERDANDAN
Berdandan adalah satu aktiviti yang sangat digemari terutamanya oleh golongan
wanita. Ia dapat memupuk dan mendidik diri kita agar sentiasa suka kepada
kebersihan dan menjaga penampilan diri agar kelihatan sentiasa kemas, cantik
dan segak. Apabila diri kita kelihatan kemas, cantik dan segak ini secara tidak
langsung dapat membina keyakinan diri seseorang individu itu untuk
berhadapan dengan orang ramai.
2.2.1 Alat-alat Dandanan
Antara alat-alat dandanan yang sering digunakan ialah:
Sikat;
Bedak;
Minyak wangi;
Losen;
Lipstik (Perempuan);
Minyak rambut; dan
Lain-lain lagi.
2.2.2 Cara Menggunakan Alat Dandanan dengan
Betul
Murid-murid juga perlu diajar tentang cara menggunakan alat dandanan dengan
betul.
(a) Sikat hendaklah digunakan untuk menyikat rambut agar rambut terurus
dengan rapi dan kemas. Gunakan sikat yang bersesuaian dengan individu.
Diingatkan agar tidak menggunakan sikat yang terlalu tajam giginya. Ini
kerana ia boleh mencederakan kulit kepala.
2.2
TOPIK 2 URUS DIRI34
(b) Bedak terbahagi kepada dua iaitu bedak badan dan bedak muka. Bedak
badan selalunya berwarna putih, berbentuk serbuk dan berbau wangi.
Manakala bedak muka berbentuk padat, berwarna coklat dan sebaginya
(mengikut warna kulit) dan tidak berbau. Bedak muka ini sering
digunakan oleh golongan wanita. Bedak badan digunakan sesudah mandi
agar badan kita berasa sentiasa segar dan selesa apabila hendak memakai
baju.
2.2.3 Kepentingan Berdandan dan Menjaga
Kebersihan Diri
Seterusnya kita akan melihat pula kepentingan berdandan dan menjaga
kebersihan diri.
(a) MMenjaga kesihatan
Berdandan dan menjaga kebersihan diri amat penting kerana ia
mempengaruhi kesihatan setiap individu. Jika kita tidak mengamalkan
gaya hidup yang sihat ini, pasti kita akan jatuh sakit dan sekali gus tidak
dapat menguruskan rumah tangga, suami, anak-anak serta diri kita sendiri.
Dengan ini keadaan atau suasana akan menjadi tidak ceria dan
memberangsangkan.
(b) MMenjaga penampilan
Apabila kita berdandan dan menjaga kebersihan diri, sekali gus ia dapat
membentuk dan menjaga penampilan kita agar kelihatan kemas, bersih
dan terurus apabila berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu,
penampilan diri perlu dititikberatkan kerana ia dapat membina keyakinan
diri dalam apa juga keadaan dan situasi.
(c) MMembina keyakinan diri
Kita akan sentiasa berasa yakin dan bermotivasi dalam melakukan
sebarang aktiviti dalam apa juga keadaan kerana kita sentiasa berdandan
dan menjaga kebersihan diri. Bukan sahaja memberi keyakinan pada diri
sendiri tetapi juga kepada orang di sekeliling kita.
(d) MMenjaga hubungan
Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa mempunyai hubungan baik sama
ada dengan ahli keluarga sendiri mahupun dengan masyarakat luar. Oleh
yang demikian, faktor kebersihan diri amat memainkan peranan penting
dalam menjaga hubungan. Ini kerana sekiranya kita berada dalam keadaan
yang tidak terurus dan compang-camping sudah pasti kita akan disisihkan,
ditertawakan dan dihina; sekali gus ini menyebabkan orang tidak mahu
TOPIK 2 URUS DIRI 35
berkawan dan mendampingi diri kita yang sentiasa dalam keadaan berbau
busuk dan kotor.
(e) KKelihatan cantik dan segak
Setiap manusia inginkan penampilan yang menarik. Jadi kita seharusnya
berusaha ke arah itu. Cantik dan segak adalah sifat-sifat yang diinginkan
oleh semua orang. Seharusnyalah kita sentiasa menjaga kebersihan diri dan
sentiasa berdandan agar kelihatan cantik dan segak. Apabila kita sentiasa
cantik dan segak maka orang akan sentiasa memuji dan tertarik dengan
kita dan sekali gus ingin berdamping dengan kita.
MENGURUS DIRI SEMASA KEDATANGAN HAID
Dahulu masyarakat Barat menganggap haid sebagai satu yang memalukan dan
perlu dirahsiakan. Kini, walaupun maklumat tentang haid tersebar luas, para
remaja masih lagi menganggap haid sebagai sesuatu yang negatif iaitu sebagai
satu tempoh ketidak selesaan dan menyusahkan yang mengganggu kerja sekolah
dan aktiviti sukan. Sikap ini mungkin berpunca daripada ibu atau kawan-kawan
yang mungkin menggelar haid sebagai Âwaktu uzurÊ ataupun mereka mungkin
beranggapan demikian setelah membaca buku dan risalah tertentu. Biasanya
bahan-bahan bacaan memberikan gambaran yang salah tentang haid dan
membayangkan waktu itu sebagai kejadian yang misteri, memalukan dan tidak
boleh dibincangkan dengan orang lain. Maklumat yang diberikan juga biasanya
memberi penekanan kepada apa yang harus dirasai oleh gadis dan apa yang harus
dia lakukan untuk menjamin kebersihan haid dan tidak membiarkan gadis
berkenaan membuat penilaian sendiri tentang perasaannya terhadap haid.
2.3.1 Persediaan Sebelum Kedatangan Haid
Sebagai seorang guru, anda harus menerangkan kepada murid-murid
perempuan atau para gadis tentang persediaan sebelum kedatangan haid.
Murid-murid perlu diberi nasihat agar mengamalkan kebiasaan menandakan di
kalendar tentang tarikh permulaan haid dan juga tarikh berakhirnya haid.
Amalan ini adalah penting kerana dengan mencatatkan tarikh tersebut, mereka
akan mengetahui pola atau corak pusingan haid mereka. Dengan cara ini juga,
mereka akan dapat meramal bila pusingan haid pada bulan hadapan. Ini akan
membantu mereka membuat persediaan seperti membawa tuala wanita ke
sekolah.
2.3
TOPIK 2 URUS DIRI36
2.3.2 Penjagaan Kesihatan Diri Ketika Kedatangan
Haid
Setiap murid yang kedatangan haid perlu diberitahu dan diterangkan bahawa
mereka perlu memakai tuala wanita atau tampon yang bersih. Pemakaian tuala
wanita juga harus ditukar setiap 3 hingga 4 jam. Mereka juga harus dinasihatkan
agar menggunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas.
Penggunaan tampon yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya „Toxic
Shock Syndrome‰ yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa.
Di samping itu, penyakit yang berkaitan dengan haid adalah penyakit vagnitis
iaitu jangkitan atau ketumbuhan pada faraj. Gadis atau wanita mengeluarkan
sedikit sahaja darah haid. Ini adalah hasil keseimbangan asid-asid yang ada
dalam faraj. Jika keseimbangan ini terganggu, bakteria boleh membiak dan
menjangkiti dinding faraj. Antara sebab-sebabnya adalah:
(i) Pengambilan antibiotik terlalu lama
(ii) Terlebih tidur
(iii) Pemakanan yang tidak seimbang
(iv) Pengambilan pil perancang
(v) Masalah faraj
2.3.3 Pembersihan Diri Selepas Kedatangan Haid
Anda juga harus menerangkan kepada murid-murid tentang pembersihan diri
selepas kedatangan haid. Menjaga kebersihan diri selepas kedatangan haid
adalah amat penting. Antara perkara yang perlu disampaikan kepada murid-
murid adalah:
(i) Jangan basah atau basuh kemaluan dengan sabun atau pun buih
(ii) Memakai pakaian dalam yang selesa
(iii) Sentiasa menukar tuala wanita atau tampon 3 hingga 4 jam sekali ketika
didatangi haid
(iv) Bahagian kemaluan hendaklah sentiasa kering
SEMAK KENDIRI 1.5
TOPIK 2 URUS DIRI 37
Urus diri merupakan kemahiran asas yang sangat penting diajar kepada
murid-murid berkeperluan khas.
Aspek kebersihan diri hendaklah menjadi fokus utama kerana murid-murid
khas tidak akan selama-lamanya bergantung pada orang lain terutama ibu
bapa untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengan dirinya seperti ke
tandas, menggosok gigi, mandi dan sebagainya.
Amalan kebersihan adalah penting bagi menjamin diri kita sentiasa berada
dalam keadaan kesihatan yang optimum.
Murid-murid perlu diajar tentang cara-cara membersihkan anggota-anggota
badan seperti mencuci tangan, menjaga kaki, mencuci rambut, memotong
kuku, mandi dan juga memberus gigi.
Pengajaran perlu dibuat secara amali kerana murid-murid khas lebih mudah
memahami melalui cara ini.
Murid-murid juga perlu diajar tentang cara menggunakan alat dandanan
dengan betul seperti cara menggunakan sikat serta bedak.
Kepentingan berdandan adalah seperti menjaga kesihatan, menjaga
penampilan membina keyakinan diri, menjaga hubungan dan juga supaya
kelihatan cantik dan segak.
Para pelajar perlu diterangkan tentang bagaimana menguruskan diri mereka
semasa kedatangan haid iaitu dari segi:
Persediaan sebelum kedatangan haid;
Penjagaan kebersihan diri semasa kedatangan haid; dan
Membersihkan diri selepas kedatangan haid.
Optimum
Toxic Shock Syndrome
Vagnitis
TOPIK 2 URUS DIRI38
Hallahan, D. & Kauffman (2003). Exceptional Children: Introduction To
Special Education. Boston: Allyn and Bacon.
Heward, W. (2003). Exceptional Children: An Introduction To Special
Education. Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfssuser3f4b32
 
Lari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterAdada Eric
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORTembuakar Corp
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
Prosedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahanProsedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahanPutih Kertas
 
Pakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri rajaPakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri rajassuserc47642
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKITContoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT010907
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Amalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolahAmalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolahISMAILMAMAT
 
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridAspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridNabihahNazri
 

Mais procurados (20)

03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Pemakanan asas
Pemakanan asasPemakanan asas
Pemakanan asas
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Lari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meter
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Prosedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahanProsedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahan
 
Pakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri rajaPakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri raja
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKITContoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Dimensi moral
Dimensi moralDimensi moral
Dimensi moral
 
Amalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolahAmalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolah
 
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridAspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
 

Semelhante a 2. urus diri

2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - KEBERSIHAN DIRI DAN LINGKUNGAN.ppt
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - KEBERSIHAN DIRI DAN LINGKUNGAN.ppt2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - KEBERSIHAN DIRI DAN LINGKUNGAN.ppt
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - KEBERSIHAN DIRI DAN LINGKUNGAN.pptDediIrwanto10
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
Panduan pelaksanaan-uks-sd2
Panduan pelaksanaan-uks-sd2Panduan pelaksanaan-uks-sd2
Panduan pelaksanaan-uks-sd2Ariska Armaya
 
KEBERSIHAN DIRI.pptx
KEBERSIHAN DIRI.pptxKEBERSIHAN DIRI.pptx
KEBERSIHAN DIRI.pptxShikaNandha1
 
Modul pengajaran pk tahun 1
Modul pengajaran pk tahun 1Modul pengajaran pk tahun 1
Modul pengajaran pk tahun 1nooradila samat
 
Panduan pengajaran kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1
Panduan pengajaran  kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1Panduan pengajaran  kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1
Panduan pengajaran kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1Rozita Mohamad Nadzir
 
Tinjauan teori ulkus
Tinjauan teori ulkusTinjauan teori ulkus
Tinjauan teori ulkusFriday Gruupi
 
PPT Kepdas (Personal Hygiene) Fatia.pptx
PPT Kepdas (Personal Hygiene) Fatia.pptxPPT Kepdas (Personal Hygiene) Fatia.pptx
PPT Kepdas (Personal Hygiene) Fatia.pptxfatialuthfiyyah12
 
Sap personal hygiene
Sap personal hygieneSap personal hygiene
Sap personal hygieneWarnet Raha
 
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal HygieneSatuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal HygieneWarung Bidan
 
GROOMING.pptx penampilan diri sesorang dalam dunia kerja
GROOMING.pptx penampilan diri sesorang dalam dunia kerjaGROOMING.pptx penampilan diri sesorang dalam dunia kerja
GROOMING.pptx penampilan diri sesorang dalam dunia kerjadeddyalfares
 
Kelompok 5 (personal hygiene)
Kelompok 5 (personal hygiene)Kelompok 5 (personal hygiene)
Kelompok 5 (personal hygiene)AdetyaWulandari
 
Kesehatan_Pribadi_dan_Lingkungan.pptx
Kesehatan_Pribadi_dan_Lingkungan.pptxKesehatan_Pribadi_dan_Lingkungan.pptx
Kesehatan_Pribadi_dan_Lingkungan.pptxMuhammadAulia62
 
Tapak pembelajaran bahasa malaysia tahun 2
Tapak pembelajaran bahasa malaysia tahun 2Tapak pembelajaran bahasa malaysia tahun 2
Tapak pembelajaran bahasa malaysia tahun 2Salina Saad
 
Materi buku digital
Materi buku digitalMateri buku digital
Materi buku digitalYanto Tamael
 
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptxArtMahu
 

Semelhante a 2. urus diri (20)

2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - KEBERSIHAN DIRI DAN LINGKUNGAN.ppt
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - KEBERSIHAN DIRI DAN LINGKUNGAN.ppt2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - KEBERSIHAN DIRI DAN LINGKUNGAN.ppt
2. SLIDE PPt DAN ICE BREAKING - KEBERSIHAN DIRI DAN LINGKUNGAN.ppt
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
Panduan pelaksanaan-uks-sd2
Panduan pelaksanaan-uks-sd2Panduan pelaksanaan-uks-sd2
Panduan pelaksanaan-uks-sd2
 
KEBERSIHAN DIRI.pptx
KEBERSIHAN DIRI.pptxKEBERSIHAN DIRI.pptx
KEBERSIHAN DIRI.pptx
 
Modul pengajaran pk tahun 1
Modul pengajaran pk tahun 1Modul pengajaran pk tahun 1
Modul pengajaran pk tahun 1
 
Panduan pengajaran kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1
Panduan pengajaran  kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1Panduan pengajaran  kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1
Panduan pengajaran kssr pjpk komponen pk semakan tahun 1
 
Makalah kdm
Makalah kdmMakalah kdm
Makalah kdm
 
Makalah kdm
Makalah kdmMakalah kdm
Makalah kdm
 
Tinjauan teori ulkus
Tinjauan teori ulkusTinjauan teori ulkus
Tinjauan teori ulkus
 
PPT Kepdas (Personal Hygiene) Fatia.pptx
PPT Kepdas (Personal Hygiene) Fatia.pptxPPT Kepdas (Personal Hygiene) Fatia.pptx
PPT Kepdas (Personal Hygiene) Fatia.pptx
 
Sap personal hygiene
Sap personal hygieneSap personal hygiene
Sap personal hygiene
 
Phbs rumah tangga
Phbs rumah tangga Phbs rumah tangga
Phbs rumah tangga
 
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal HygieneSatuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
Satuan Acara Penyuluhan (SAP) Personal Hygiene
 
GROOMING.pptx penampilan diri sesorang dalam dunia kerja
GROOMING.pptx penampilan diri sesorang dalam dunia kerjaGROOMING.pptx penampilan diri sesorang dalam dunia kerja
GROOMING.pptx penampilan diri sesorang dalam dunia kerja
 
Kelompok 5 (personal hygiene)
Kelompok 5 (personal hygiene)Kelompok 5 (personal hygiene)
Kelompok 5 (personal hygiene)
 
Kesehatan_Pribadi_dan_Lingkungan.pptx
Kesehatan_Pribadi_dan_Lingkungan.pptxKesehatan_Pribadi_dan_Lingkungan.pptx
Kesehatan_Pribadi_dan_Lingkungan.pptx
 
Tapak pembelajaran bahasa malaysia tahun 2
Tapak pembelajaran bahasa malaysia tahun 2Tapak pembelajaran bahasa malaysia tahun 2
Tapak pembelajaran bahasa malaysia tahun 2
 
Materi buku digital
Materi buku digitalMateri buku digital
Materi buku digital
 
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
 
Modul pk t3
Modul pk t3Modul pk t3
Modul pk t3
 

2. urus diri

  • 1. PENGENALAN Seperti yang kita ketahui, proses menjaga kesihatan adalah satu proses yang berterusan. Kita perlu menyedari dan mengamalkan langkah-langkah yang betul bagi menjamin kesihatan diri yang optimum. Pengenalpastian tabiat kebersihan diri yang asas adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita. Tabiat yang baik adalah pelindung yang utama bagi menjamin kesihatan. AMALAN KEBERSIHAN Setiap orang perlu menjaga kesihatan diri sendiri. Badan yang sihat akan menjadikan hidup kita lebih sempurna dan bahagia. Kebersihan adalah asas utama kepada penjagaan kesihatan. Sekarang kita akan melihat amalan kebersihan ini dari beberapa aspek seperti agama, ekonomi dan juga sosial (rujuk Jadual 2.1) 2.1 TTooppiikk 22 Urus Diri HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: (a) Menunjukkan cara-cara membersihkan anggota badan dengan betul; (b) Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan badan; (c) Menghuraikan cara-cara berdandan dan kepentingan berdandan; dan (d) Menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara menguruskan diri semasa kedatangan haid.
  • 2. TOPIK 2 URUS DIRI 27 Jadual 2.1: Amalan Kebersihan dari Aspek Agama, Ekonomi dan Sosial No. Aspek Penerangan 1 Agama Agama menekankan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan hidup yang bersih ditekankan untuk menjamin kesejahteraan hidup. Kebersihan diri juga merupakan tuntutan utama apabila seseorang menghampiri Tuhan. 2 Ekonomi Kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perladangan dan perindustrian juga perlu mengutamakan kebersihan. Masalah pencemaran alam perlu dikurangkan. Kesihatan yang terganggu akan menjejaskan aktiviti ekonomi. 3 Sosial Dengan menjaga kebersihan diri, kita dapat mengelakkan jangkitan penyakit, wabak penyakit dan menjaga persekitaran alam. Taraf kesihatan akan dapat ditingkatkan. 2.1.1 Menama dan Melabel Anggota Badan Murid-murid berkeperluan adalah murid-murid yang istimewa. Anda haruslah mengajar mereka tentang setiap anggota badan supaya mereka mengetahui yang mana satu tangan, kaki, muka dan sebagainya. Rajah 2.1: Melabel anggota badan
  • 3. TOPIK 2 URUS DIRI28 2.1.2 Menama dan Melabel Alat Penjagaan Diri dan Fungsi Jadual 2.2: Alat-alat Penjagaan Diri No. Alat-alat Penjagaan Diri Penerangan 1 Sikat Digunakan untuk menyikat rambut. Rambut perlulah disikat dengan rapi agar kelihatan kemas dan terurus. Bagi individu yang menghadapi masalah seperti kutu, seharusnya tidak berkongsi sikat dengan orang lain kerana dikhuatiri akan berjangkit. 2 Sabun Digunakan ketika mandi untuk membersihkan badan supaya badan kita tidak berbau dan sentiasa bersih dan segar. 3 Berus dan ubat gigi Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan gigi. Gigi hendaklah sentiasa diberus tiga kali sehari selepas makan dan sebelum tidur. 4 Syampu rambut Ketika mandi kita hendaklah mencuci rambut dengan syampu rambut yang sesuai agar rambut kelihatan bersih, segar, berkilau dan mudah diurus.
  • 4. TOPIK 2 URUS DIRI 29 5 Pembersih muka Lelaki atau perempuan perlu sentiasa menjaga kebersihan muka atau wajah agar kelihatan bersih. Jadi pembersih muka perlulah digunakan untuk membersihkan muka agar segala kotoran dan habuk dapat disingkirkan. 2.1.3 Cara-cara Membersihkan Setiap Anggota Badan dengan Betul Para pelajar sekalian, murid-murid khas juga perlu diajar dan dilatih cara-cara bagaimana mereka perlu membersihkan anggota badan mereka. Anda boleh mengajar mereka dengan cara mendemonstrasikannya di dalam kelas. Apa kata sekarang kita lihat dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda patut menjelaskan kepada murid-murid anda tentang cara-cara membersihkan anggota-anggota badan seperti mencuci tangan, menjaga kaki, mencuci rambut, memotong kuku, mandi dan juga memberus gigi. (a) Mencuci Tangan Biasanya kita menggunakan tangan untuk menyentuh benda dan memegang sesuatu tidak kira bersih atau kotor. Jadi kita mestilah mencuci tangan dengan baik sebelum memegang makanan untuk dimakan. Ini adalah untuk memastikan segala kekotoran di tangan tidak bercampur dengan makanan yang kita akan makan. Membersihkan tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas makan dan mengeringkannya adalah satu amalan yang baik. Rajah 2.2: Tangan mestilah dicuci sebelum menyentuh makanan
  • 5. TOPIK 2 URUS DIRI30 b) Menjaga Kaki Kaki kita digunakan untuk membawa kita ke sana dan ke mari. Ia adalah anggota yang terletak di paras paling bawah sekali jika dibandingkan dengan anggota-anggota yang lain. Kita perlu menjaga kebersihan kaki dengan memakai alas kaki seperti kasut dan selipar di mana sahaja kita berada. Kaki hendaklah dibasuh dengan bersih dan dikeringkan. Cacing- cacing yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar boleh memasuki tubuh badan kita melalui kaki. Memakai stoking ketika memakai kasut amatlah digalakkan untuk menjaga kebersihan kaki. Rajah 2.3: Pakai kasut sebelum kita keluar untuk berjalan-jalan (c) Mencuci Rambut Berapa kalikah dalam seminggu kita mencuci rambut? Adakah kita menggunakan syampu yang sesuai dengan rambut kita? Adakah rambut kita selalu diberus? Memberus rambut setiap hari boleh membaiki peredaran darah ke kulit kepala, leher dan bahu kita. Semasa memberus atau menyikat, jangan tekan kulit kepala terlalu kuat. Ini bertujuan untuk mengelakkan kerosakan kulit kepala. Menggunakan syampu yang sesuai dapat menghilangkan minyak yang berlebihan pada rambut dan habuk- habuk yang melekat di rambut. Rambut eloklah dipotong pendek supaya senang diurus. Mengurut kulit kepala juga dapat menolong menjadikan rambut kita sihat.
  • 6. TOPIK 2 URUS DIRI 31 Rajah 2.4: Maklumkan kepada murid-murid anda untuk mencuci rambut apabila mandi (d) MMemotong Kuku Kecantikan kuku adalah bergantung kepada kesihatannya dan cara bagaimana kita hendak menguruskannya. Kuku hendaklah sentiasa pendek supaya kekotoran yang tersentuh tidak terkumpul dalam kuku. Kebersihan kuku tangan hendaklah dijaga dengan rapi. Kuku yang tidak cantik menggambarkan kesihatan diri yang kurang baik. Rajah 2.5: Elakkan jangkitan kuman dengan memastikan kuku sentiasa pendek (e) Mandi Mandi adalah satu cara untuk membersihkan tubuh badan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Apabila mandi, pastikan setiap tempat terkena sabun dan selepas mandi pastikan pula seluruh badan dikeringkan dengan tuala yang bersih. Perhatian yang lebih harus diberikan terutamanya pada tempat-tempat yang tersembunyi seperti ketiak, celah-celah jari, kulit kepala, telinga dan sebagainya.
  • 7. TOPIK 2 URUS DIRI32 Rajah 2.6: Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk kebersihan diri (f) Memberus Gigi Kita perlu memberus gigi terutamanya selepas makan, sebelum tidur dan selepas tidur. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan makanan yang melekat dicelah-celah gigi. Rajah 2.6: Ajar murid-murid anda untuk memberus gigi setiap hari 2.1.4 Kepentingan Menjaga Kebersihan Badan Setiap individu bertanggungjawab terhadap kesihatannya sendiri. Menjaga kesihatan diri tidak boleh diharapkan kepada orang lain. Penjagaan kesihatan diri bukanlah setakat menjaga makan dan minum supaya tidak lapar dan dahaga. Ia merangkumi penjagaan terhadap seluruh anggota badan zahir dan batin. Ini termasuklah penjagaan terhadap rambut, telinga, mata, gigi, badan dan sebagainya. Selain daripada anggota badan, menjaga kebersihan pakaian seperti baju, seluar, pakaian dalam, sarung kaki dan kasut juga amat penting.
  • 8. TOPIK 2 URUS DIRI 33 Penjagaan kesihatan diri bukanlah merupakan satu tanggungjawab sementara waktu sahaja tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang berterusan dengan tidak mengambil kira masa atau tempat. Ini bertujuan untuk menjamin supaya kita sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. Oleh itu, tubuh badan kita hendaklah sentiasa bersedia setiap masa menghadapi sebarang kemungkinan. BERDANDAN Berdandan adalah satu aktiviti yang sangat digemari terutamanya oleh golongan wanita. Ia dapat memupuk dan mendidik diri kita agar sentiasa suka kepada kebersihan dan menjaga penampilan diri agar kelihatan sentiasa kemas, cantik dan segak. Apabila diri kita kelihatan kemas, cantik dan segak ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri seseorang individu itu untuk berhadapan dengan orang ramai. 2.2.1 Alat-alat Dandanan Antara alat-alat dandanan yang sering digunakan ialah: Sikat; Bedak; Minyak wangi; Losen; Lipstik (Perempuan); Minyak rambut; dan Lain-lain lagi. 2.2.2 Cara Menggunakan Alat Dandanan dengan Betul Murid-murid juga perlu diajar tentang cara menggunakan alat dandanan dengan betul. (a) Sikat hendaklah digunakan untuk menyikat rambut agar rambut terurus dengan rapi dan kemas. Gunakan sikat yang bersesuaian dengan individu. Diingatkan agar tidak menggunakan sikat yang terlalu tajam giginya. Ini kerana ia boleh mencederakan kulit kepala. 2.2
  • 9. TOPIK 2 URUS DIRI34 (b) Bedak terbahagi kepada dua iaitu bedak badan dan bedak muka. Bedak badan selalunya berwarna putih, berbentuk serbuk dan berbau wangi. Manakala bedak muka berbentuk padat, berwarna coklat dan sebaginya (mengikut warna kulit) dan tidak berbau. Bedak muka ini sering digunakan oleh golongan wanita. Bedak badan digunakan sesudah mandi agar badan kita berasa sentiasa segar dan selesa apabila hendak memakai baju. 2.2.3 Kepentingan Berdandan dan Menjaga Kebersihan Diri Seterusnya kita akan melihat pula kepentingan berdandan dan menjaga kebersihan diri. (a) MMenjaga kesihatan Berdandan dan menjaga kebersihan diri amat penting kerana ia mempengaruhi kesihatan setiap individu. Jika kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat ini, pasti kita akan jatuh sakit dan sekali gus tidak dapat menguruskan rumah tangga, suami, anak-anak serta diri kita sendiri. Dengan ini keadaan atau suasana akan menjadi tidak ceria dan memberangsangkan. (b) MMenjaga penampilan Apabila kita berdandan dan menjaga kebersihan diri, sekali gus ia dapat membentuk dan menjaga penampilan kita agar kelihatan kemas, bersih dan terurus apabila berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu, penampilan diri perlu dititikberatkan kerana ia dapat membina keyakinan diri dalam apa juga keadaan dan situasi. (c) MMembina keyakinan diri Kita akan sentiasa berasa yakin dan bermotivasi dalam melakukan sebarang aktiviti dalam apa juga keadaan kerana kita sentiasa berdandan dan menjaga kebersihan diri. Bukan sahaja memberi keyakinan pada diri sendiri tetapi juga kepada orang di sekeliling kita. (d) MMenjaga hubungan Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa mempunyai hubungan baik sama ada dengan ahli keluarga sendiri mahupun dengan masyarakat luar. Oleh yang demikian, faktor kebersihan diri amat memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan. Ini kerana sekiranya kita berada dalam keadaan yang tidak terurus dan compang-camping sudah pasti kita akan disisihkan, ditertawakan dan dihina; sekali gus ini menyebabkan orang tidak mahu
  • 10. TOPIK 2 URUS DIRI 35 berkawan dan mendampingi diri kita yang sentiasa dalam keadaan berbau busuk dan kotor. (e) KKelihatan cantik dan segak Setiap manusia inginkan penampilan yang menarik. Jadi kita seharusnya berusaha ke arah itu. Cantik dan segak adalah sifat-sifat yang diinginkan oleh semua orang. Seharusnyalah kita sentiasa menjaga kebersihan diri dan sentiasa berdandan agar kelihatan cantik dan segak. Apabila kita sentiasa cantik dan segak maka orang akan sentiasa memuji dan tertarik dengan kita dan sekali gus ingin berdamping dengan kita. MENGURUS DIRI SEMASA KEDATANGAN HAID Dahulu masyarakat Barat menganggap haid sebagai satu yang memalukan dan perlu dirahsiakan. Kini, walaupun maklumat tentang haid tersebar luas, para remaja masih lagi menganggap haid sebagai sesuatu yang negatif iaitu sebagai satu tempoh ketidak selesaan dan menyusahkan yang mengganggu kerja sekolah dan aktiviti sukan. Sikap ini mungkin berpunca daripada ibu atau kawan-kawan yang mungkin menggelar haid sebagai Âwaktu uzurÊ ataupun mereka mungkin beranggapan demikian setelah membaca buku dan risalah tertentu. Biasanya bahan-bahan bacaan memberikan gambaran yang salah tentang haid dan membayangkan waktu itu sebagai kejadian yang misteri, memalukan dan tidak boleh dibincangkan dengan orang lain. Maklumat yang diberikan juga biasanya memberi penekanan kepada apa yang harus dirasai oleh gadis dan apa yang harus dia lakukan untuk menjamin kebersihan haid dan tidak membiarkan gadis berkenaan membuat penilaian sendiri tentang perasaannya terhadap haid. 2.3.1 Persediaan Sebelum Kedatangan Haid Sebagai seorang guru, anda harus menerangkan kepada murid-murid perempuan atau para gadis tentang persediaan sebelum kedatangan haid. Murid-murid perlu diberi nasihat agar mengamalkan kebiasaan menandakan di kalendar tentang tarikh permulaan haid dan juga tarikh berakhirnya haid. Amalan ini adalah penting kerana dengan mencatatkan tarikh tersebut, mereka akan mengetahui pola atau corak pusingan haid mereka. Dengan cara ini juga, mereka akan dapat meramal bila pusingan haid pada bulan hadapan. Ini akan membantu mereka membuat persediaan seperti membawa tuala wanita ke sekolah. 2.3
  • 11. TOPIK 2 URUS DIRI36 2.3.2 Penjagaan Kesihatan Diri Ketika Kedatangan Haid Setiap murid yang kedatangan haid perlu diberitahu dan diterangkan bahawa mereka perlu memakai tuala wanita atau tampon yang bersih. Pemakaian tuala wanita juga harus ditukar setiap 3 hingga 4 jam. Mereka juga harus dinasihatkan agar menggunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas. Penggunaan tampon yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya „Toxic Shock Syndrome‰ yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa. Di samping itu, penyakit yang berkaitan dengan haid adalah penyakit vagnitis iaitu jangkitan atau ketumbuhan pada faraj. Gadis atau wanita mengeluarkan sedikit sahaja darah haid. Ini adalah hasil keseimbangan asid-asid yang ada dalam faraj. Jika keseimbangan ini terganggu, bakteria boleh membiak dan menjangkiti dinding faraj. Antara sebab-sebabnya adalah: (i) Pengambilan antibiotik terlalu lama (ii) Terlebih tidur (iii) Pemakanan yang tidak seimbang (iv) Pengambilan pil perancang (v) Masalah faraj 2.3.3 Pembersihan Diri Selepas Kedatangan Haid Anda juga harus menerangkan kepada murid-murid tentang pembersihan diri selepas kedatangan haid. Menjaga kebersihan diri selepas kedatangan haid adalah amat penting. Antara perkara yang perlu disampaikan kepada murid- murid adalah: (i) Jangan basah atau basuh kemaluan dengan sabun atau pun buih (ii) Memakai pakaian dalam yang selesa (iii) Sentiasa menukar tuala wanita atau tampon 3 hingga 4 jam sekali ketika didatangi haid (iv) Bahagian kemaluan hendaklah sentiasa kering SEMAK KENDIRI 1.5
  • 12. TOPIK 2 URUS DIRI 37 Urus diri merupakan kemahiran asas yang sangat penting diajar kepada murid-murid berkeperluan khas. Aspek kebersihan diri hendaklah menjadi fokus utama kerana murid-murid khas tidak akan selama-lamanya bergantung pada orang lain terutama ibu bapa untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengan dirinya seperti ke tandas, menggosok gigi, mandi dan sebagainya. Amalan kebersihan adalah penting bagi menjamin diri kita sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. Murid-murid perlu diajar tentang cara-cara membersihkan anggota-anggota badan seperti mencuci tangan, menjaga kaki, mencuci rambut, memotong kuku, mandi dan juga memberus gigi. Pengajaran perlu dibuat secara amali kerana murid-murid khas lebih mudah memahami melalui cara ini. Murid-murid juga perlu diajar tentang cara menggunakan alat dandanan dengan betul seperti cara menggunakan sikat serta bedak. Kepentingan berdandan adalah seperti menjaga kesihatan, menjaga penampilan membina keyakinan diri, menjaga hubungan dan juga supaya kelihatan cantik dan segak. Para pelajar perlu diterangkan tentang bagaimana menguruskan diri mereka semasa kedatangan haid iaitu dari segi: Persediaan sebelum kedatangan haid; Penjagaan kebersihan diri semasa kedatangan haid; dan Membersihkan diri selepas kedatangan haid. Optimum Toxic Shock Syndrome Vagnitis
  • 13. TOPIK 2 URUS DIRI38 Hallahan, D. & Kauffman (2003). Exceptional Children: Introduction To Special Education. Boston: Allyn and Bacon. Heward, W. (2003). Exceptional Children: An Introduction To Special Education. Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.