SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 18
1
1.0 PENGENALAN
Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan
kebendaan sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan
tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan
teknologi. Di dalam laman web http://cikthur.blogspot.com/2010/04/konsep-
asas-tamadun-islam.html ada menjelaskan bahawa perkataan tamadun dari
sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab
yang merupakan kata kerja dan membawa maksud perbuatan membuka
bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada
perkataan maddana diterbitkan perkataan madani yang merujuk sifat sesuatu
yang berkaitan pembangunan pembandaran serta kehalusan budi pekerti yang
terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya
berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan
kehidupan beragama.
Menurut blog http://cikthur.blogspot.com/2010/04/konsep-asas-tamadun-
islam.html lagi, perkataan bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk
mentakrifkan tamadun ialah hadarah yang berasal daripada perkataan hadara
yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang
tinggi. Hadarah juga bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah
atau bahagian ibu kota dan bandar. Manakala tamadun dari sudut
pandangan Barat lebih mementingkan pencapaian lahiriah seperti aspek
penulisan undang-undang, kesenian dan pembandaran.
Sebenarnya, sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun
sama ada dari perspektif Barat ataupun Islam. Ia berpunca dari kesukaran
memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan konsep tamadun. Ini adalah
kerana pada pandangan Islam, tamadun dihuraikan sebagai maddaniyah,
umran, dan hadarah. Manakala pada pandangan Barat, mereka menghuraikan
tamadun sebagai civilization yang berasal daripada perkataan Greek, bandar.
Ahli sarjana Islam seperti Ibnu Khaldun di dalam blog
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/tikplisr.pdfmenjelaskan bahawa
2
tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang
mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan
harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam
berbagai bidang.Al-Syirazi pula menjelaskan tamadun sebagai perbincangan
tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran, kemajuan sesuatu
bangsa, pemerintahan yang berilmu, beradab, kemajuan industri dan juga
pembangunan ekonomi. Umar Audah al-Khatib menerusi blog yang sama
menjelaskan tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan
tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak,
politik, kesenian dan seluruh kehidupan. Muhammad al-Bahiy pula
menjelaskan tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang
menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah,
pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.
Manakala pandangan ahli sarjana Barat seperti Darcy Riberio, beliau
mentakrifkan tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan
perbandaran. Clive Bell di dalam laman web http://titas-
haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlmenjelaskan bahawa
tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun
merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap
pencapaian sesuatu tamadun. Karl Witfogel menerusi laman web yang sama
telah mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan
dari sesuatu negara. Menurut Arnold Toynbee pula, tamadun merupakan
sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil
pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi, politik,
pengetahuan dan seni. Will Durat menerusi laman web
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/tikplisr.pdfmentakrifkan
tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan
pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber
ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.
Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh
daripada sarjana Barat. Ini kerana sarjana Barat kurang menekankan unsur
keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun. Sarjana
3
Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam
pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun.
Bagaimanapun, konsep tamadun yang sering difahami oleh masyarakat
hari ini lebih menjurus kepada pekara yang berkaitan dengan kemajuan
penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Konsep tamadun
sepatutnya dilihat bukan sahaja dari kemajuan penempatan dan kemudahan
yang sempurna, malahan perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan
moral yang tinggi juga perlu dititikberatkan.
2.0 KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
4
Rajah 2.0 : Konsep Asas Tamadun Islam
3.0 KONSEP HEGEMONI BARAT
•Segala konsep, prinsip, nilai, hukum dan
peraturan yang terdapat dalam tamadun Islam
adalah secara mutlak daripada Allah S.W.T.
•Setiap pembangunan yang dibina mesti
menepati prinsip yang ditetapkan Allah S.W.T.
Konsep Rabbani
(Ketuhanan)
•Merangkumi hubungan manusia dengan
Tuhan, manusia dengan alam dan manusia
dengan manusia.
Lengkap dan menyeluruh
•Sejarah membuktikan bahawa tamadun Islam
berjaya membina dam mempelopori
peradaban dan ketamadunan manusia
sejagat.
•Tamadun Islam mengangkat martabat
peradaban manusia dan kemanusiaan.
•Menampilkan konsep persamaan sesama
manusia yang berbilang bangsa, kaum, darjat.
Bersifat universal
•Memberi kebebasan dari segi cara
merealisasikan sesuatu tamadun berdasarkan
adat resam bangsa dan budaya masing-
masing tetapi tidak melangkaui paradigma
tauhid.
Bersifat tetap dan anjal
•Tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif
positif dan sifat semula jadi yang ada pada
manusia antaranya ialah memerlukan
panduan kerohanian dan ilmu, sukakan
keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan
perubahan, berinovatif dan bersistematik.
Bersifat ideal dan realistik
5
Rajah 3.0: Konsep Hegemoni Barat
Hegemoni Barat
Hegemoni juga
boleh dilihat sebagai
salah satu strategi untuk
mempertahankan
kekuasaan.
Gramsci-suatu
hubungan yang bersifat
‘monopoli’dan ‘dominasi’
antara kelas masyarakat
atasan dan bawahan
dalamsesebuah negara
bangsa.
Berasal dari perkataan
Yunani iaitu hegeisthai
Fathi Aaris Omar-
mentakrifkan hegemoni
sebagai penundukan
akal, jiwa, jasad melalui
kaedah memujuk atau
meyakinkan.
Baratmenggunakan
kuasanyasebagaikuasa
terbesarduniauntuk
menguasaipolitik,ekonomi,
budaya,pemikiran,teknologi
danlain-lain.
6
Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat.
Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun
kepimpinan satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara
atau kumpulan yang lain. Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni seperti
yang difahamkan oleh masyarakat Barat, kita perlu memahami bahawa
hegemoni adalah penguasaan sesuatu kumpulan manusia ke atas suatu
kumpulan manusia yang lain.
Di dalam laman web http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/hegemoni-
dan-globalisasi-barat.html menegaskan bahawa Istilah hegemoni berasal dari
istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh
sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk
mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Menurut teori Gramsci
(1891-1937) dalam http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/hegemoni-dan-
globalisasi-barat.html, hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara
kelas-kelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan
memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia
menggambarkan suatu hubungan yang bersifat „monopoli‟ dan „dominasi‟
antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara
bangsa.
Fathi Aaris Omar dalam laman web http://www.slideshare .net/tOshiya8
8/bab-1-hegemoni-barat telah mentakrifkan hegemoni sebagai penundukan
akal, jiwa, jasad melalui kaedah memujuk atau meyakinkan. Beliau juga
menjelaskan bahawa hegemoni tidak dilakukan secara paksaan atau
kekerasan.
Hegemoni juga boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok
terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga
idea-idea yang ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang
didominasi yang wajar (common sense). Hegemoni juga boleh dilihat
sebagai salah satu strategi untuk mempertahankan kekuasaan.
7
Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi
kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya
dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh
diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan
dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini
diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang
didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa.
Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat
menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai
politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling
dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai
negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan
membalas dendam secara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah
timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang
Islam.
8
4.0 KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT TERHADAP MASYARAKAT
MALAYSIA
Pada pasca era globalisasi ini, dunia Barat atau tamadun Barat secara
drastiknya telah mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia.Tanpa kita
sedari, kesan hegemoni Barat pada masyarakat Malaysia sangat mendalam
sehingga hampir menghilangkan identiti masyarakat di Malaysia.Hal ini
berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang sehingga telah merubah
struktur ekonomi institusi politik dan nilai budaya masyarakat di Malaysia.
Disebabkan dominasi pengaruh Barat amat kuat, mereka yakin bahawa
tamadun Barat dianggap sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan
manusia sehingga sanggup meninggalkan sejarah dan warisan bangsa yang
menunjukkan identiti sebenar mereka. Mereka juga beranggapan bahawa
tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai
pencapaian masyarakat mereka sendiri.
Menurut Osman Bakar (2009) dalam buku yang berjudul “Tamadun
Islam dan Tamadun Asia” karya Ros Aiza Mohd Mokhtar, ada menjelaskan
bahawa meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia
telah merdeka, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih
ketara. Ironinya, masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri
kebangsaan yang tersendiri termasuklah gaya hidup sehinggakan melibatkan
kedaulatan negara. Misalnya dalam membuat keputusan menentukan haluan
kehidupan dan masa depan mereka dikongkong oleh pelbagai bentuk
dominasi baru.
9
Seperti yang kita boleh lihat pada hari ini, terdapat banyak kesan
hegemoni Barat yang berlaku pada satu dunia khususnya di Malaysia dalam
pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi, pemikiran, budaya dan
sosial.
4.1 Kesan Dari Sudut Media
Peranan media semakin penting kerana dengan medialah isu-isu
semasa berkaitan dunia kini dapat disebarkan.Kepentingan ini juga
menyebabkan berita-berita yang disiarkan juga penting kepada pemikiran
penduduk dunia.Media secara tidak langsung dapat mempengaruhi pemikiran
dan pandangan masyarakat dalam dunia global ini. Melalui pemikiran dan
pemahaman masyarakat pula akan melahirkan tindakan-tindakan yang lain
sama ada ingin memihak kepada mana-mana pihak atau tidak. Jadi kesannya
adalah, hal ini akan menimbulkan perselisihan faham antara negara-negara
luar dan akan menjejaskan hubungan yang telah dibina antara negara-negara
tersebut.
Kini, operasi media tidak lagi terhad kepada sempadan dalam
sesebuah negara. Menerusi proses globalisasi, identiti sesebuah negara
semakin terancam kerana penguasaan media lebih memihak kepada dunia
Barat. Program media dalam televisyen juga sering memaparkan nilai-nilai
yang bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran di Malaysia.Contohnya, kini
semakin banyak cerita filem dan lagu-lagu Barat yang telah diserap masuk ke
10
Malaysia.Kebanyakkan filem ini juga mengandungi unsur-unsur ganas yang
mampu mempengaruhi minda anak muda di Malaysia.Tidak cukup dengan itu
terdapat lagu-lagu Barat yang berunsur sesat seperti Black Metal telah
tersebar kepada remaja pada mada masa kini sehingga mereka terikut-ikut
dengan cara pemakaian yang bercanggah dengan cara pemakaian
masyarakat Malaysia. Di samping itu, penyebaran berita antarabangsa telah
didominasi oleh dunia Barat melalui bidang teknologi komunikasi dan
maklumat.Satu situasi yang begitu signifikan adalah media cetak dan
elektronik yang berpengaruh semakin dikuasai oleh sekumpulan syarikat-
syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Manurut Hazim Shah (2008:9)
dalam buku yang berjudul “Tamadun Islam dan Tamadun Asia” karya Ros
Aiza Mohd Mokhtar, ada menyatakan bahawa agensi berita antarabangsa
terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana
maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan
dipersembahkan kepada masyarakat dunia untuk memperolehi kepentingan-
kepentingan tertentu. Tegasnya, sesuatu peristiwa yang berlaku di dalam atau
di luar negara Barat sering dicampur dan ditafsir bagi penerimaan negara-
negara jirannya.
11
Rajah 4.1 (a): CNN antara program media yang semakin berpengaruh sering
kita lihat di televisyen yang mendominasi penyebaran berita
antarabangsa.
4.2 Dari Sudut Ekonomi
Penjajah Barat telah mendominasi sumber-sumber semulajadi wilayah
semasa zaman penjajahan mereka.Keadaan ini masih berlaku pada hari ini.
Kegiatan perdagangan antarabangsa telah dimonopoli oleh syarikat-syarikat
multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-
negara Eropah yang lain. Kegiatan tersebut termasuklah sumber-sumber
semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan Sains
dan Teknologi dalam sesebuah negara. Tidak cukup dengan itu, terdapat
sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank,
pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan
spekulatif antarabangsa yang mengawal sistem kawalan antarabangsa.
Institusi-institusi global seperti International Moneratary Fund (IMF), Bank
Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan
kumpulan G8 turut menyokong pola dominasi ekonomi tersebut.
12
Gambar4.2 (a) : Logo IMF iaitu badan yang menyokong dominasi
ekonomi terhadap Malaysia
Antara kesan negatif hegemoni Barat terhadap ekonomi negara
Malaysia adalah pasaran bahan mentah tidak dapat dieksploitasi secara
maksimum di dalam negara sendiri.Bantuan daripada negara maju untuk
mengeksploitasi bahan mentah adalah disebabkan oleh kekurangan peralatan
canggih dan tenaga pakar dalam negara. Misalnya dalam proses mencari gali
minyak Petroleum di Malaysia, negara maju yang membeli Petroleum di
Malaysia dengan harga rendah akan menjual minyak tersebut dengan harga
berlipat ganda kepada negara luar yang lain.
Kesimpulannya, dari aspek ekonomi ialah negara Malaysiaakan
sentiasa bergantung kepada negara Barat kerana kurang mahir dari segi
teknologi dan juga kekurangan tenaga buruh yang mahir. Selain itu, setiap
urusan yang dilakukan akan menguntungkan pihak Barat sahaja. Hal ini
menjadikan Malaysia sukar untuk mendapat keuntungan untuk
membangunkan dan bagi menampung keperluan rakyat di negara ini.
13
4.3 Kesan Dari Sudut Budaya dan Sosial
Tamadun barat turut mempengaruhi budaya masyarakat dunia
termasuk kepada masyarakat Malaysia.Unsur- unsur budaya Barat semakin
meresap ke dalam budaya Islam dan Asia.Dalam konteks budaya, pengaruh
yang paling signifikan dan berkesan adalah aspek hiburan.
Pelbagai jenis hiburan yang dibawa dari Barat seperti nyanyian, tarian,
filem, kartun, komik dan sebagainya telah menembusi dunia tanpa kawalan.
Muzik-muzik Barat yang tersebar luas ini semakin digilai oleh masyarakat-
masyarakat dunia terutamanya dalam kalangan remaja yang amat menggilai
muzik rock, punk dan lain-lain sehingga mempengaruhi cara hidup remaja.
Menurut Mohd Hazim Shah (2008:9) dalam buku “Tamadun Islam dan
Tamadun Asia” karya Ros Aiza Mohd Mokhtar, menyatakan bahawa dalam hal
ini, satu fenomena globalisasi budaya diterapkan iaitu cita-cita remaja diberi
ekspresi secara kompetetif dan nilai-nilai seperti hormat-menghormati dan
menjaga perasaan seorang individu tidak lagi diutamakan.
14
Gambar 4.3 (a) : Remaja Malaysia pada hari ini sudah terpengaruh dengan
budaya Barat yang dikenali sebagai Punk yang bercanggah
dengan budaya ketimuran di Malaysia.
Pengaruh Barat juga termasuk dalam aspek gejala sosial iaitu
perbuatan atau tindak tanduk di kalangan anggota masyarakat khususnya di
kalangan muda mudi yang berlawanan dengan ajaran agama atau nilai etika
sesuatu tamadun. Di Malaysia, tamadun Barat telah amat mempengaruhi
dalam budaya atau cara hidup masyarakat Malaysia kerana peniruan gaya
hidup barat semakin nyata dan jelas. Selain itu,akibat serangan budaya
moden yang mengalir dari barat itu, hamper kesemua benteng kerohanian
semua kaum, bangsa dan agama terjejas.
Dari segi cara berpakaian dan fesyen pula, terdapat masyarakat
Malaysia terutamanya anak muda terpengaruh dengan fesyen-fesyen yang
ditonjolkan oleh Barat dan terdapat fesyen tersebut yang amat menjolok mata.
15
Hal ini bertentangan dengan masyarakat Malaysia yang seharusnya
mengamalkan budaya ketimuran dengan berpakaian sopan.Mereka
menganggap bahawa pakaian sopan sebagai ketinggalan zaman.Mereka lebih
mencari pakaian yang berjenama dan mahal dari negara-negara Barat seperti
Versace, Bonia, Padini, Carlo Rino dan sebagainya. Selain itu, jenama-
jenama alat solek dari Barat seperti Avon, Christian Dior, Gucci dan
sebagainya turut menjadi buruan masyarakat dunia termasuk Malaysia
sehingga sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal.
Gambar 4.3 (b): Rajah menunjukkan remaja perempuan pada masa kini tidak
lagi mengamalkan pemakaian yang sopan kerana terpengaruh
dengan budaya Barat yang mementingkan fesyen terkini.
Dalam segi gaya pemakanan pula, globalisasi ini menampilkan pelbagai
jenama. Antara jenama makanan yang hampir menyeluruh boleh didapati
dalam mana-mana bandar di dunia ialah Pizza Hurt, Kentucky Fried Chicken,
Mc Donald, Hambuger dan lain-lain yang merupakan makanan segera yang
diperkenalkan oleh negara Barat. Kini, Terdapat banyak iklan yang
16
dipaparkan berkaitan dengan jenama makanan tersebut sehinggakan mampu
diingati dan menjadi kegemaran mereka.Hal ini mampu memudaratkan
kesihatan mereka sekiranya makanan segera ini pengambilan makanan ini
sering diamalkan.
Rajah 4.3 (c): Gambar menunjukkan antara makanan segera yang
dikomersialkan dari Barat kini sangat popular dalam
kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.
4.4 Kesan Dari Sudut Pemikiran
Tamadun Barat juga turut mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia
dan secara tidak kita sedari dan amat sukar untuk dihapuskan. Barat berjaya
membentuk apa yang diistilahkan sebagai penjajahan pemikiran iaitu individu
atau masyarakat terasing dengan nilai, pegangan, anutan, pandangan budaya
dan cara hidup masyarakatnya sendiri kerana terpegun dengan pencapaian
dan cara hidup manusia dan masyarakat lain. Terdapat banyak unsur-unsur
17
barat yang mempengaruhi pemikiran kita.Antaranya terhadap barangan-
barangan dari Barat dianggap mempunyai kualiti yang lebih baik sehingga
mengabaikan barangan tempatan.
Selain itu, golongan remaja terikut-ikut dan meniru cara hidup barat dari
segi pakaian, pergaulan, percakapan, gaya hidup dan sebagainya. Jika dilihat
artis kita pula, mereka memilih pakaian ketat, jenama mahal dan fesyen yang
sentiasa mengikuti perkembangan fesyen agar tidak dikatakan ketinggalan
Kesimpulanya, pengaruh pemikiran Barat telah mengganggu
peradapan masyarakat Malaysia. Mereka tidak lagi mempraktikkan nilai,
tradisi dan cara hidup sebagaimana yang telah digariskan dalam budaya
ketimuran. Hal ini memberi kesan kepada generasi akan datang iaitu mereka
lebih mengenali peradapan barat melebihi peradapan mereka sendiri. Oleh
hal yang demikian, penjajahan pemikiran barat adalah sesuatu cabaran
semasa yang amat berat dan perlu ditangani segara oleh pihak yang
bertanggungjawab dan masyarakat dunia secara professional, kolektif dan
serius.
18
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, tamadun Islam mengangkat martabat peradaban manusia
dan kemanusiaan. Tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif positif dan sifat
semula jadi yang ada pada manusia antaranya ialah memerlukan panduan
kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan
perubahan, berinovatif dan bersistematik.
Walau bagaimanapun, kehidupan yang kita alami pada era ini amat
dipengaruhi oleh kehidupan Barat. Terdapat banyak kesan hegemoni Barat
kepada rakyat Malaysia iaitu dari segi ekonomi, media, budaya dan sosial
serta pemikiran. Kesan ini juga memberikan banyak kesan negatif berbanding
kesan positif. Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia, kita seharusnya perlu
mengikut acuan kita sendiri dengan mengamalkan ciri-ciri ketimuran kita dan
tidak mudah terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat yang lebih
berfikiran terbuka.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunfaizah12
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunFadhlina Ishak
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Reefear Ajang
 
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban DuniaBab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Duniaajaknordin
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA
TAMADUN ISLAM  TAMADUN ASIATAMADUN ISLAM  TAMADUN ASIA
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIAamira nurfahmida
 
TITAS- Tamadun CINA
TITAS- Tamadun CINATITAS- Tamadun CINA
TITAS- Tamadun CINAAbas Kun
 
Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamfaiz_daniel
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadunChuah Lim
 
TITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamTITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamAmirah Basir
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuRaja Rosenani
 
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM TERHADAP SENI BINA DAN SENI UKIR
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM TERHADAP SENI BINA DAN SENI UKIRSUMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM TERHADAP SENI BINA DAN SENI UKIR
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM TERHADAP SENI BINA DAN SENI UKIRnurulnathasya
 
Persamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadunPersamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadunRadiah Hamdi
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratsakura rena
 
CIRI-CIRI PERADABAN INDIA DAN JANGKA HAYAT
CIRI-CIRI PERADABAN INDIA DAN JANGKA HAYATCIRI-CIRI PERADABAN INDIA DAN JANGKA HAYAT
CIRI-CIRI PERADABAN INDIA DAN JANGKA HAYATprincessaddin
 
Kerjaya guru menurut perspektif agama
Kerjaya guru menurut perspektif agamaKerjaya guru menurut perspektif agama
Kerjaya guru menurut perspektif agamaAisyah Zainudin
 

Mais procurados (20)

Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadun
 
ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
 
Pengertian tamadun
Pengertian tamadunPengertian tamadun
Pengertian tamadun
 
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban DuniaBab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA
TAMADUN ISLAM  TAMADUN ASIATAMADUN ISLAM  TAMADUN ASIA
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA
 
TITAS- Tamadun CINA
TITAS- Tamadun CINATITAS- Tamadun CINA
TITAS- Tamadun CINA
 
Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islam
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadun
 
TITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamTITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun Islam
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM TERHADAP SENI BINA DAN SENI UKIR
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM TERHADAP SENI BINA DAN SENI UKIRSUMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM TERHADAP SENI BINA DAN SENI UKIR
SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM TERHADAP SENI BINA DAN SENI UKIR
 
Bab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamBab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islam
 
Persamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadunPersamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadun
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
 
CIRI-CIRI PERADABAN INDIA DAN JANGKA HAYAT
CIRI-CIRI PERADABAN INDIA DAN JANGKA HAYATCIRI-CIRI PERADABAN INDIA DAN JANGKA HAYAT
CIRI-CIRI PERADABAN INDIA DAN JANGKA HAYAT
 
Kerjaya guru menurut perspektif agama
Kerjaya guru menurut perspektif agamaKerjaya guru menurut perspektif agama
Kerjaya guru menurut perspektif agama
 
Agama di malaysia
Agama di malaysiaAgama di malaysia
Agama di malaysia
 
Bab 1 titas
Bab 1 titasBab 1 titas
Bab 1 titas
 

Semelhante a TAMADUN ISLAM DAN HEGEMONI BARAT

Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editSK Batu Sembilan
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Afiq Izzudin
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalanwanarizwan
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan wanarizwan
 
artikel sejarah peradaban islam
artikel sejarah peradaban islamartikel sejarah peradaban islam
artikel sejarah peradaban islamghozali27
 
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadunHbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadunFaridah Husin
 
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.Muhammad Idris
 
Topik 1 pengertian tamadun islam
Topik 1    pengertian tamadun islamTopik 1    pengertian tamadun islam
Topik 1 pengertian tamadun islamNorhidayu Rosman
 
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadunPENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadunAmin Upsi
 
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)As Nuurien Najma
 
Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadunajiex96
 
masyarakat berkarakter.pdf
masyarakat berkarakter.pdfmasyarakat berkarakter.pdf
masyarakat berkarakter.pdfRasya Rianto
 
Soalan Berkaitan Tamadun Awal
Soalan Berkaitan Tamadun AwalSoalan Berkaitan Tamadun Awal
Soalan Berkaitan Tamadun AwalAfina Mat Nizan
 
BAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptxBAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptxHellenLam1
 

Semelhante a TAMADUN ISLAM DAN HEGEMONI BARAT (20)

Manusia dan Peradaban
Manusia dan PeradabanManusia dan Peradaban
Manusia dan Peradaban
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151
 
artikel sejarah peradaban islam
artikel sejarah peradaban islamartikel sejarah peradaban islam
artikel sejarah peradaban islam
 
Nota bab-2
Nota bab-2Nota bab-2
Nota bab-2
 
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadunHbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
 
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
 
Topik 1 pengertian tamadun islam
Topik 1    pengertian tamadun islamTopik 1    pengertian tamadun islam
Topik 1 pengertian tamadun islam
 
titas
titastitas
titas
 
ISBD
ISBDISBD
ISBD
 
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadunPENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
 
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
 
Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadun
 
masyarakat berkarakter.pdf
masyarakat berkarakter.pdfmasyarakat berkarakter.pdf
masyarakat berkarakter.pdf
 
Soalan Berkaitan Tamadun Awal
Soalan Berkaitan Tamadun AwalSoalan Berkaitan Tamadun Awal
Soalan Berkaitan Tamadun Awal
 
BAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptxBAB 2 Tamadun Islam.pptx
BAB 2 Tamadun Islam.pptx
 

Mais de Fanera Jeffery

Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)Fanera Jeffery
 
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kouninPerbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kouninFanera Jeffery
 
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Fanera Jeffery
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 

Mais de Fanera Jeffery (6)

Kenderaan air
Kenderaan airKenderaan air
Kenderaan air
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
What you don’t know can hurt you (Pengurusan Bilik Darjah)
 
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kouninPerbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
 
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 

Último

Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 

Último (20)

Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 

TAMADUN ISLAM DAN HEGEMONI BARAT

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Di dalam laman web http://cikthur.blogspot.com/2010/04/konsep- asas-tamadun-islam.html ada menjelaskan bahawa perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab yang merupakan kata kerja dan membawa maksud perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana diterbitkan perkataan madani yang merujuk sifat sesuatu yang berkaitan pembangunan pembandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama. Menurut blog http://cikthur.blogspot.com/2010/04/konsep-asas-tamadun- islam.html lagi, perkataan bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun ialah hadarah yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Hadarah juga bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah atau bahagian ibu kota dan bandar. Manakala tamadun dari sudut pandangan Barat lebih mementingkan pencapaian lahiriah seperti aspek penulisan undang-undang, kesenian dan pembandaran. Sebenarnya, sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun sama ada dari perspektif Barat ataupun Islam. Ia berpunca dari kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan konsep tamadun. Ini adalah kerana pada pandangan Islam, tamadun dihuraikan sebagai maddaniyah, umran, dan hadarah. Manakala pada pandangan Barat, mereka menghuraikan tamadun sebagai civilization yang berasal daripada perkataan Greek, bandar. Ahli sarjana Islam seperti Ibnu Khaldun di dalam blog http://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/tikplisr.pdfmenjelaskan bahawa
  • 2. 2 tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.Al-Syirazi pula menjelaskan tamadun sebagai perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran, kemajuan sesuatu bangsa, pemerintahan yang berilmu, beradab, kemajuan industri dan juga pembangunan ekonomi. Umar Audah al-Khatib menerusi blog yang sama menjelaskan tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan. Muhammad al-Bahiy pula menjelaskan tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain. Manakala pandangan ahli sarjana Barat seperti Darcy Riberio, beliau mentakrifkan tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran. Clive Bell di dalam laman web http://titas- haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlmenjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Karl Witfogel menerusi laman web yang sama telah mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan dari sesuatu negara. Menurut Arnold Toynbee pula, tamadun merupakan sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi, politik, pengetahuan dan seni. Will Durat menerusi laman web http://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/tikplisr.pdfmentakrifkan tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian. Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana Barat. Ini kerana sarjana Barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun. Sarjana
  • 3. 3 Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun. Bagaimanapun, konsep tamadun yang sering difahami oleh masyarakat hari ini lebih menjurus kepada pekara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Konsep tamadun sepatutnya dilihat bukan sahaja dari kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna, malahan perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi juga perlu dititikberatkan. 2.0 KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
  • 4. 4 Rajah 2.0 : Konsep Asas Tamadun Islam 3.0 KONSEP HEGEMONI BARAT •Segala konsep, prinsip, nilai, hukum dan peraturan yang terdapat dalam tamadun Islam adalah secara mutlak daripada Allah S.W.T. •Setiap pembangunan yang dibina mesti menepati prinsip yang ditetapkan Allah S.W.T. Konsep Rabbani (Ketuhanan) •Merangkumi hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam dan manusia dengan manusia. Lengkap dan menyeluruh •Sejarah membuktikan bahawa tamadun Islam berjaya membina dam mempelopori peradaban dan ketamadunan manusia sejagat. •Tamadun Islam mengangkat martabat peradaban manusia dan kemanusiaan. •Menampilkan konsep persamaan sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum, darjat. Bersifat universal •Memberi kebebasan dari segi cara merealisasikan sesuatu tamadun berdasarkan adat resam bangsa dan budaya masing- masing tetapi tidak melangkaui paradigma tauhid. Bersifat tetap dan anjal •Tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia antaranya ialah memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif dan bersistematik. Bersifat ideal dan realistik
  • 5. 5 Rajah 3.0: Konsep Hegemoni Barat Hegemoni Barat Hegemoni juga boleh dilihat sebagai salah satu strategi untuk mempertahankan kekuasaan. Gramsci-suatu hubungan yang bersifat ‘monopoli’dan ‘dominasi’ antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalamsesebuah negara bangsa. Berasal dari perkataan Yunani iaitu hegeisthai Fathi Aaris Omar- mentakrifkan hegemoni sebagai penundukan akal, jiwa, jasad melalui kaedah memujuk atau meyakinkan. Baratmenggunakan kuasanyasebagaikuasa terbesarduniauntuk menguasaipolitik,ekonomi, budaya,pemikiran,teknologi danlain-lain.
  • 6. 6 Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat. Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara atau kumpulan yang lain. Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni seperti yang difahamkan oleh masyarakat Barat, kita perlu memahami bahawa hegemoni adalah penguasaan sesuatu kumpulan manusia ke atas suatu kumpulan manusia yang lain. Di dalam laman web http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/hegemoni- dan-globalisasi-barat.html menegaskan bahawa Istilah hegemoni berasal dari istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Menurut teori Gramsci (1891-1937) dalam http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/hegemoni-dan- globalisasi-barat.html, hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat „monopoli‟ dan „dominasi‟ antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa. Fathi Aaris Omar dalam laman web http://www.slideshare .net/tOshiya8 8/bab-1-hegemoni-barat telah mentakrifkan hegemoni sebagai penundukan akal, jiwa, jasad melalui kaedah memujuk atau meyakinkan. Beliau juga menjelaskan bahawa hegemoni tidak dilakukan secara paksaan atau kekerasan. Hegemoni juga boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi yang wajar (common sense). Hegemoni juga boleh dilihat sebagai salah satu strategi untuk mempertahankan kekuasaan.
  • 7. 7 Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
  • 8. 8 4.0 KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA Pada pasca era globalisasi ini, dunia Barat atau tamadun Barat secara drastiknya telah mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia.Tanpa kita sedari, kesan hegemoni Barat pada masyarakat Malaysia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan identiti masyarakat di Malaysia.Hal ini berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang sehingga telah merubah struktur ekonomi institusi politik dan nilai budaya masyarakat di Malaysia. Disebabkan dominasi pengaruh Barat amat kuat, mereka yakin bahawa tamadun Barat dianggap sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia sehingga sanggup meninggalkan sejarah dan warisan bangsa yang menunjukkan identiti sebenar mereka. Mereka juga beranggapan bahawa tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri. Menurut Osman Bakar (2009) dalam buku yang berjudul “Tamadun Islam dan Tamadun Asia” karya Ros Aiza Mohd Mokhtar, ada menjelaskan bahawa meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah merdeka, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Ironinya, masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri termasuklah gaya hidup sehinggakan melibatkan kedaulatan negara. Misalnya dalam membuat keputusan menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi baru.
  • 9. 9 Seperti yang kita boleh lihat pada hari ini, terdapat banyak kesan hegemoni Barat yang berlaku pada satu dunia khususnya di Malaysia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi, pemikiran, budaya dan sosial. 4.1 Kesan Dari Sudut Media Peranan media semakin penting kerana dengan medialah isu-isu semasa berkaitan dunia kini dapat disebarkan.Kepentingan ini juga menyebabkan berita-berita yang disiarkan juga penting kepada pemikiran penduduk dunia.Media secara tidak langsung dapat mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat dalam dunia global ini. Melalui pemikiran dan pemahaman masyarakat pula akan melahirkan tindakan-tindakan yang lain sama ada ingin memihak kepada mana-mana pihak atau tidak. Jadi kesannya adalah, hal ini akan menimbulkan perselisihan faham antara negara-negara luar dan akan menjejaskan hubungan yang telah dibina antara negara-negara tersebut. Kini, operasi media tidak lagi terhad kepada sempadan dalam sesebuah negara. Menerusi proses globalisasi, identiti sesebuah negara semakin terancam kerana penguasaan media lebih memihak kepada dunia Barat. Program media dalam televisyen juga sering memaparkan nilai-nilai yang bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran di Malaysia.Contohnya, kini semakin banyak cerita filem dan lagu-lagu Barat yang telah diserap masuk ke
  • 10. 10 Malaysia.Kebanyakkan filem ini juga mengandungi unsur-unsur ganas yang mampu mempengaruhi minda anak muda di Malaysia.Tidak cukup dengan itu terdapat lagu-lagu Barat yang berunsur sesat seperti Black Metal telah tersebar kepada remaja pada mada masa kini sehingga mereka terikut-ikut dengan cara pemakaian yang bercanggah dengan cara pemakaian masyarakat Malaysia. Di samping itu, penyebaran berita antarabangsa telah didominasi oleh dunia Barat melalui bidang teknologi komunikasi dan maklumat.Satu situasi yang begitu signifikan adalah media cetak dan elektronik yang berpengaruh semakin dikuasai oleh sekumpulan syarikat- syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Manurut Hazim Shah (2008:9) dalam buku yang berjudul “Tamadun Islam dan Tamadun Asia” karya Ros Aiza Mohd Mokhtar, ada menyatakan bahawa agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia untuk memperolehi kepentingan- kepentingan tertentu. Tegasnya, sesuatu peristiwa yang berlaku di dalam atau di luar negara Barat sering dicampur dan ditafsir bagi penerimaan negara- negara jirannya.
  • 11. 11 Rajah 4.1 (a): CNN antara program media yang semakin berpengaruh sering kita lihat di televisyen yang mendominasi penyebaran berita antarabangsa. 4.2 Dari Sudut Ekonomi Penjajah Barat telah mendominasi sumber-sumber semulajadi wilayah semasa zaman penjajahan mereka.Keadaan ini masih berlaku pada hari ini. Kegiatan perdagangan antarabangsa telah dimonopoli oleh syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara- negara Eropah yang lain. Kegiatan tersebut termasuklah sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan Sains dan Teknologi dalam sesebuah negara. Tidak cukup dengan itu, terdapat sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa yang mengawal sistem kawalan antarabangsa. Institusi-institusi global seperti International Moneratary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8 turut menyokong pola dominasi ekonomi tersebut.
  • 12. 12 Gambar4.2 (a) : Logo IMF iaitu badan yang menyokong dominasi ekonomi terhadap Malaysia Antara kesan negatif hegemoni Barat terhadap ekonomi negara Malaysia adalah pasaran bahan mentah tidak dapat dieksploitasi secara maksimum di dalam negara sendiri.Bantuan daripada negara maju untuk mengeksploitasi bahan mentah adalah disebabkan oleh kekurangan peralatan canggih dan tenaga pakar dalam negara. Misalnya dalam proses mencari gali minyak Petroleum di Malaysia, negara maju yang membeli Petroleum di Malaysia dengan harga rendah akan menjual minyak tersebut dengan harga berlipat ganda kepada negara luar yang lain. Kesimpulannya, dari aspek ekonomi ialah negara Malaysiaakan sentiasa bergantung kepada negara Barat kerana kurang mahir dari segi teknologi dan juga kekurangan tenaga buruh yang mahir. Selain itu, setiap urusan yang dilakukan akan menguntungkan pihak Barat sahaja. Hal ini menjadikan Malaysia sukar untuk mendapat keuntungan untuk membangunkan dan bagi menampung keperluan rakyat di negara ini.
  • 13. 13 4.3 Kesan Dari Sudut Budaya dan Sosial Tamadun barat turut mempengaruhi budaya masyarakat dunia termasuk kepada masyarakat Malaysia.Unsur- unsur budaya Barat semakin meresap ke dalam budaya Islam dan Asia.Dalam konteks budaya, pengaruh yang paling signifikan dan berkesan adalah aspek hiburan. Pelbagai jenis hiburan yang dibawa dari Barat seperti nyanyian, tarian, filem, kartun, komik dan sebagainya telah menembusi dunia tanpa kawalan. Muzik-muzik Barat yang tersebar luas ini semakin digilai oleh masyarakat- masyarakat dunia terutamanya dalam kalangan remaja yang amat menggilai muzik rock, punk dan lain-lain sehingga mempengaruhi cara hidup remaja. Menurut Mohd Hazim Shah (2008:9) dalam buku “Tamadun Islam dan Tamadun Asia” karya Ros Aiza Mohd Mokhtar, menyatakan bahawa dalam hal ini, satu fenomena globalisasi budaya diterapkan iaitu cita-cita remaja diberi ekspresi secara kompetetif dan nilai-nilai seperti hormat-menghormati dan menjaga perasaan seorang individu tidak lagi diutamakan.
  • 14. 14 Gambar 4.3 (a) : Remaja Malaysia pada hari ini sudah terpengaruh dengan budaya Barat yang dikenali sebagai Punk yang bercanggah dengan budaya ketimuran di Malaysia. Pengaruh Barat juga termasuk dalam aspek gejala sosial iaitu perbuatan atau tindak tanduk di kalangan anggota masyarakat khususnya di kalangan muda mudi yang berlawanan dengan ajaran agama atau nilai etika sesuatu tamadun. Di Malaysia, tamadun Barat telah amat mempengaruhi dalam budaya atau cara hidup masyarakat Malaysia kerana peniruan gaya hidup barat semakin nyata dan jelas. Selain itu,akibat serangan budaya moden yang mengalir dari barat itu, hamper kesemua benteng kerohanian semua kaum, bangsa dan agama terjejas. Dari segi cara berpakaian dan fesyen pula, terdapat masyarakat Malaysia terutamanya anak muda terpengaruh dengan fesyen-fesyen yang ditonjolkan oleh Barat dan terdapat fesyen tersebut yang amat menjolok mata.
  • 15. 15 Hal ini bertentangan dengan masyarakat Malaysia yang seharusnya mengamalkan budaya ketimuran dengan berpakaian sopan.Mereka menganggap bahawa pakaian sopan sebagai ketinggalan zaman.Mereka lebih mencari pakaian yang berjenama dan mahal dari negara-negara Barat seperti Versace, Bonia, Padini, Carlo Rino dan sebagainya. Selain itu, jenama- jenama alat solek dari Barat seperti Avon, Christian Dior, Gucci dan sebagainya turut menjadi buruan masyarakat dunia termasuk Malaysia sehingga sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal. Gambar 4.3 (b): Rajah menunjukkan remaja perempuan pada masa kini tidak lagi mengamalkan pemakaian yang sopan kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang mementingkan fesyen terkini. Dalam segi gaya pemakanan pula, globalisasi ini menampilkan pelbagai jenama. Antara jenama makanan yang hampir menyeluruh boleh didapati dalam mana-mana bandar di dunia ialah Pizza Hurt, Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Hambuger dan lain-lain yang merupakan makanan segera yang diperkenalkan oleh negara Barat. Kini, Terdapat banyak iklan yang
  • 16. 16 dipaparkan berkaitan dengan jenama makanan tersebut sehinggakan mampu diingati dan menjadi kegemaran mereka.Hal ini mampu memudaratkan kesihatan mereka sekiranya makanan segera ini pengambilan makanan ini sering diamalkan. Rajah 4.3 (c): Gambar menunjukkan antara makanan segera yang dikomersialkan dari Barat kini sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. 4.4 Kesan Dari Sudut Pemikiran Tamadun Barat juga turut mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia dan secara tidak kita sedari dan amat sukar untuk dihapuskan. Barat berjaya membentuk apa yang diistilahkan sebagai penjajahan pemikiran iaitu individu atau masyarakat terasing dengan nilai, pegangan, anutan, pandangan budaya dan cara hidup masyarakatnya sendiri kerana terpegun dengan pencapaian dan cara hidup manusia dan masyarakat lain. Terdapat banyak unsur-unsur
  • 17. 17 barat yang mempengaruhi pemikiran kita.Antaranya terhadap barangan- barangan dari Barat dianggap mempunyai kualiti yang lebih baik sehingga mengabaikan barangan tempatan. Selain itu, golongan remaja terikut-ikut dan meniru cara hidup barat dari segi pakaian, pergaulan, percakapan, gaya hidup dan sebagainya. Jika dilihat artis kita pula, mereka memilih pakaian ketat, jenama mahal dan fesyen yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen agar tidak dikatakan ketinggalan Kesimpulanya, pengaruh pemikiran Barat telah mengganggu peradapan masyarakat Malaysia. Mereka tidak lagi mempraktikkan nilai, tradisi dan cara hidup sebagaimana yang telah digariskan dalam budaya ketimuran. Hal ini memberi kesan kepada generasi akan datang iaitu mereka lebih mengenali peradapan barat melebihi peradapan mereka sendiri. Oleh hal yang demikian, penjajahan pemikiran barat adalah sesuatu cabaran semasa yang amat berat dan perlu ditangani segara oleh pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat dunia secara professional, kolektif dan serius.
  • 18. 18 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, tamadun Islam mengangkat martabat peradaban manusia dan kemanusiaan. Tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia antaranya ialah memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif dan bersistematik. Walau bagaimanapun, kehidupan yang kita alami pada era ini amat dipengaruhi oleh kehidupan Barat. Terdapat banyak kesan hegemoni Barat kepada rakyat Malaysia iaitu dari segi ekonomi, media, budaya dan sosial serta pemikiran. Kesan ini juga memberikan banyak kesan negatif berbanding kesan positif. Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia, kita seharusnya perlu mengikut acuan kita sendiri dengan mengamalkan ciri-ciri ketimuran kita dan tidak mudah terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat yang lebih berfikiran terbuka.