SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 7
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106




                                   PENGHARGAAN

      Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam penyempurnaan tugasan ini,
pelbagai pihak telah turut membantu. Oleh itu di kesempatan ini saya ingin melahirkan
ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung. Pertamanya buat kedua-dua ibu bapa saya. Mereka telah banyak
membantu dari segi kewangan dan sokongan moral.


      Seterusnya kepada pensyarah HET kumpulan saya iaitu En. Zawawi Bin
Mokhtar yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan,ribuan terima kasih
diucapkan. Selain itu juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
dalam perkongsian maklumat-maklumat untuk menyempurnakan tugasan ini. Dan akhir
sekali kepada pihak-pihak lain yang terlibat secara tidak langsung,terima kasih
diucapkan.


Akhir kata, sekian terima kasih.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106



Galurkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mewujudkan
keharmonian dan perpaduan kaum melalui pendidikan sebelum dan selepas
merdeka.


Pada pandangan anda sejauh manakah usaha-usaha tersebut tercapai?



      Keharmonian dan perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air. Oleh yang demikian, kerajaan telah mencari formula untuk melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai
serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah
menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan
faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.



      Pendidikan telah menjadi alat perpaduan yang berfungsi untuk menyatupadukan
semua rakyat di Negara ini yang berbilang kaum,bangsa dan agama. Sistem
pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum, khususnya di kalangan
generasi muda. Melalui sistem pendidikan yang sama, rakyat dapat disatukan dengan
perasaan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Negara. Selain itu,
pendidikan dapat memupuk nilai-nilai kewarganegaraan dalam setiap diri pelajar itu
sendiri dan ini akan mewujudkan rakyat yang cintakan Negara dan bangsa.




      Usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mewujudkan perpaduan
kaum melalui bidang pendidikan bermula sejak zaman sebelum merdeka hingga kini.
Corak pemerintahan penjajah telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk. Jika
keadaan ini dibiarkan berterusan, jurang akan semakin luas dan akan boleh
menimbulkan timbulnya ketegangan antara kaum. Oleh itu kerajaan telah mengambil
beberapa langkah untuk mewujudkan perpaduan melalui bidang pendidikan.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dan
perpaduan kaum melalui pendidikan sebelum merdeka.



      Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu mewujudkan perpaduan
kaum kerana pada masa itu terhadap lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu:
Sekolah Agama Islam, Sekolah Vernakular, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah
Vernakular Tamil dan Sekolah Vernakular Inggeris. Perbezaan tersebut menyebabkan
perbezaan politik, ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga menghalang perpaduan
kaum. Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan mengamalkan budaya serta
kepercayaan masing-masing. Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh
memudahkan komunikasi. Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabila
berlaku penyusupan fahaman komunis melalui sekolah-sekolah Cina

      Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana semangat perpaduan,
beberapa laporan pelajaran telah diadakan. Tujuannya adalah bagi memberi cadangan
untuk melahirkan satu sistem pendidikan kebangsaan supaya pelajar-pelajarnya dapat
belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka
kepada Tanah Melayu.

Laporan Barnes (1950)

      Laporan ini disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Tujuan laporan ini
adalah untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini yang menyarankan
penggunaan Bahasa Melayu di sekolah, iaitu satu jenis sekolah menggunakan bahasa
Melavu sebagai bahasa pengantar, Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan
bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu dan Pelajaran bahasa Cina dan Tamil
akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa
ibunda mereka.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Laporan Fenn-Wu (1951)

      Laporan ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China)
dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Tujuannya adalah untuk mengkaji
semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap
laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat
beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah Sekolah vernakular
dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan
bahasa kebangsaan juga diadakan. sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris)
dikekalkan dan sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.




Penyata Razak (1956)

      Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan
Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem
pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Tujuan Penyata
Razak adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa
perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah, mengeratkan perpaduan antara kaum
Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu,
mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan dan menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk
melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

      Laporan pelajaran sebelum merdeka telah menumpukan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar ataupun bahasa rasmi di semua peringkat sekolah.
Penggunaan Bahasa Melayu sangat penting kerana menjadi bahasa perantaraan pada
ketika itu. Hal ini bertujuan mewujudkan perpaduan melalui penggunaan satu bahasa
iaitu bahasa kebangsaan. Perpaduan dapat wujud sekiranya semua kaum dapat
menggunakan satu bahasa dan menjadi satu identiti kepada masyarakat di Negara
ini.Justeru itu, bahasa dapat merentasi perpaduan kaum yang berbilang bangsa di
Malaysia dan menjadi penanda aras kepada kemakmuran masyarakat yang majmuk.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dan
perpaduan kaum melalui pendidikan selepas merdeka.

      Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu
sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal
berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan
menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula
oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi
asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Akta Pendidikan 1961

      Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum
yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu
memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di
kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan
kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk
menyatukan mereka.




Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979
      Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum
balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974. Pembentukan
Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum
13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru.
Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar
pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara
dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan
negara.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Sekolah Wawasan

      Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun1997 adalah
menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana
pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi
membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain.

      Matlamat Sekolah Wawasan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan
perpaduan pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan
dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Penempatan
ketiga-tiga aliran sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan
integrasi kaum pada peringkat primer lagi.




KESIMPULAN
      Perpaduan merupakan perkara yang paling perlu dalam sesebuah Negara yang
mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kemajmukan ini adalah satu ciri
yang unik yang jarang dimiliki oleh Negara-negara lain. Apabila dalam keadaan masing-
masing kaum bebas merencanakan aktiviti mereka masing-masing selagi ia tidak
bercanggah dengan kepentingan nasional dan undang-undang. Kemajmukan ini akan
dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa jika masyarakat Malaysia
membuktikan semangat perpaduan yang jitu dan utuh.


      Proses integrasi dan asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi
serta semulajadi. Sebarang percubaan untuk mewujudkan integrasi dan asimilasi
secara paksaan pasti akan menemui kegagalan. Oleh itu konsep Sekolah wawasan
merupakan suatu kaedah terbaik bagi merealisasikan integrasi nasional dan
menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud di antara
pelbagai kaum di negara kita.

      Bak kata pepatah , kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu
juga dengan integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya
usaha memupuk hubungan serta perpaduan kaum itu dimulakan di kalangan pelajar-
pelajar sekolah rendah dengan membiarkan mereka bergaul, berinteraksi dan bermain
bersama-sama.
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106



RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong,
Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As
Noordeen.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=272:penyata-
barnes-1950&catid=19:utasan-pengarah&Itemid=8

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=102&ttl_
id=6

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysiaSyazwan Zulkifli
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasiMaizatul Akmal
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01Faiz Naim
 
Pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialPemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialNurfarah Aqilah
 
Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Fadhil Ismail
 
Etnik kepentingan sistem pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Etnik kepentingan sistem pendidikan ke arah kesepaduan sosialEtnik kepentingan sistem pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Etnik kepentingan sistem pendidikan ke arah kesepaduan sosialNURUL FARHANA
 
Bab 8 pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8  pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosialBab 8  pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8 pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosialAre Matt
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politikMaizatul Akmal
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 

Mais procurados (20)

7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Konsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi EtnikKonsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi Etnik
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Bab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politikBab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politik
 
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
 
Pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialPemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5
 
Etnik kepentingan sistem pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Etnik kepentingan sistem pendidikan ke arah kesepaduan sosialEtnik kepentingan sistem pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Etnik kepentingan sistem pendidikan ke arah kesepaduan sosial
 
Cabaran dalam pendidikan dan bahasa
Cabaran dalam pendidikan dan bahasaCabaran dalam pendidikan dan bahasa
Cabaran dalam pendidikan dan bahasa
 
13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 
Bab 8 pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8  pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosialBab 8  pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8 pemerkasaan pendidikan ke arah kesepaduan sosial
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasionalHubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 

Semelhante a Hubungan etnik 3102

Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Sharifah Rasyidah
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUANPENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUANAbdul aziz
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996Tan C.EAN
 
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)SitiAishah219
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikZarina Zam
 
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaanPrejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaanHerRmah SYoyozz
 

Semelhante a Hubungan etnik 3102 (20)

Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUANPENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN
 
4.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.20114.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.2011
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Laporan isu-kps
Laporan isu-kpsLaporan isu-kps
Laporan isu-kps
 
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & SarawakSistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
 
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaanPrejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 

Hubungan etnik 3102

  • 1. HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam penyempurnaan tugasan ini, pelbagai pihak telah turut membantu. Oleh itu di kesempatan ini saya ingin melahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Pertamanya buat kedua-dua ibu bapa saya. Mereka telah banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Seterusnya kepada pensyarah HET kumpulan saya iaitu En. Zawawi Bin Mokhtar yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan,ribuan terima kasih diucapkan. Selain itu juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam perkongsian maklumat-maklumat untuk menyempurnakan tugasan ini. Dan akhir sekali kepada pihak-pihak lain yang terlibat secara tidak langsung,terima kasih diucapkan. Akhir kata, sekian terima kasih.
  • 2. HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Galurkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum melalui pendidikan sebelum dan selepas merdeka. Pada pandangan anda sejauh manakah usaha-usaha tersebut tercapai? Keharmonian dan perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Oleh yang demikian, kerajaan telah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Pendidikan telah menjadi alat perpaduan yang berfungsi untuk menyatupadukan semua rakyat di Negara ini yang berbilang kaum,bangsa dan agama. Sistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum, khususnya di kalangan generasi muda. Melalui sistem pendidikan yang sama, rakyat dapat disatukan dengan perasaan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Negara. Selain itu, pendidikan dapat memupuk nilai-nilai kewarganegaraan dalam setiap diri pelajar itu sendiri dan ini akan mewujudkan rakyat yang cintakan Negara dan bangsa. Usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bidang pendidikan bermula sejak zaman sebelum merdeka hingga kini. Corak pemerintahan penjajah telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, jurang akan semakin luas dan akan boleh menimbulkan timbulnya ketegangan antara kaum. Oleh itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mewujudkan perpaduan melalui bidang pendidikan.
  • 3. HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum melalui pendidikan sebelum merdeka. Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu mewujudkan perpaduan kaum kerana pada masa itu terhadap lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu: Sekolah Agama Islam, Sekolah Vernakular, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Vernakular Inggeris. Perbezaan tersebut menyebabkan perbezaan politik, ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga menghalang perpaduan kaum. Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan mengamalkan budaya serta kepercayaan masing-masing. Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh memudahkan komunikasi. Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabila berlaku penyusupan fahaman komunis melalui sekolah-sekolah Cina Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana semangat perpaduan, beberapa laporan pelajaran telah diadakan. Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untuk melahirkan satu sistem pendidikan kebangsaan supaya pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Laporan Barnes (1950) Laporan ini disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Tujuan laporan ini adalah untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini yang menyarankan penggunaan Bahasa Melayu di sekolah, iaitu satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar, Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu dan Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
  • 4. HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Laporan Fenn-Wu (1951) Laporan ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Tujuannya adalah untuk mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan. sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan dan sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara. Penyata Razak (1956) Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Tujuan Penyata Razak adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah, mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu, mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan dan menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. Laporan pelajaran sebelum merdeka telah menumpukan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ataupun bahasa rasmi di semua peringkat sekolah. Penggunaan Bahasa Melayu sangat penting kerana menjadi bahasa perantaraan pada ketika itu. Hal ini bertujuan mewujudkan perpaduan melalui penggunaan satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan. Perpaduan dapat wujud sekiranya semua kaum dapat menggunakan satu bahasa dan menjadi satu identiti kepada masyarakat di Negara ini.Justeru itu, bahasa dapat merentasi perpaduan kaum yang berbilang bangsa di Malaysia dan menjadi penanda aras kepada kemakmuran masyarakat yang majmuk.
  • 5. HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum melalui pendidikan selepas merdeka. Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Akta Pendidikan 1961 Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974. Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.
  • 6. HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 Sekolah Wawasan Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun1997 adalah menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Matlamat Sekolah Wawasan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan perpaduan pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Penempatan ketiga-tiga aliran sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaum pada peringkat primer lagi. KESIMPULAN Perpaduan merupakan perkara yang paling perlu dalam sesebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kemajmukan ini adalah satu ciri yang unik yang jarang dimiliki oleh Negara-negara lain. Apabila dalam keadaan masing- masing kaum bebas merencanakan aktiviti mereka masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan kepentingan nasional dan undang-undang. Kemajmukan ini akan dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa jika masyarakat Malaysia membuktikan semangat perpaduan yang jitu dan utuh. Proses integrasi dan asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semulajadi. Sebarang percubaan untuk mewujudkan integrasi dan asimilasi secara paksaan pasti akan menemui kegagalan. Oleh itu konsep Sekolah wawasan merupakan suatu kaedah terbaik bagi merealisasikan integrasi nasional dan menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di negara kita. Bak kata pepatah , kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga dengan integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk hubungan serta perpaduan kaum itu dimulakan di kalangan pelajar- pelajar sekolah rendah dengan membiarkan mereka bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-sama.
  • 7. HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 RUJUKAN Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd. Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=272:penyata- barnes-1950&catid=19:utasan-pengarah&Itemid=8 http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=102&ttl_ id=6