SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 25
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


                            PENGHARGAAN

      Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran dengan jayanya.

      Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing, En. Zakaria Bin Mohd Arif kerana membimbing
saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang
membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda
semua tidak saya lupakan.

      Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan
kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi
satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang
sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya
agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.




Yang benar,

Mohammad Falakhuddin Bin Haron

(1P5D-MT/PJ/BM)




                                         1
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


                                   PENGENALAN

        Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat
pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan
India. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di
Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan.




        Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ciri-ciri
kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai
kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pula
wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan
keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan
suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga
memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan
menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam
masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi
mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnya
membolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang
demikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negara
kerana sekolah merupakan ruang fizikal yang paling sesuai untuk diterapkan
kefahaman mengenai asal usul, sejarah dan hala tuju negara kepada generasi
muda.




        Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat
perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian
budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana
budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari
daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang.


                                          2
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


  ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA KAUM INDIA DI DALAM

              BILIK DARJAH BERDASARKAN ARTIKEL/JURNAL




1.0   PENDAHULUAN


      http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia. Malaysia merupakan

salah satu negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang harmoni dan

tenteram. Antara tiga kaum yang utama terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina dan

India. Bagi kaum Cina dan India ini, mereka telah pun menetap di tanah ini selama 5

abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80

kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan

Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain lagi. Terdapatnya kepelbagaian kaum di

Negara ini telah melahirkan kepelbagaian sosio budaya.




2.0   KAUM INDIA


      Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan

daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di

Tanah Melayu. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun

yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak

merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya

semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-

negeri Selat, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun

1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri

daripada buruh, pedagang dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang


                                         3
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun,

penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah

Melayu menyusul semasa peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu

yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an dan pertumbuhan ekonomi

perladangan getah yang kemudian. Kebanyakan penduduk India di Tanah Melayu

dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri daripada orang dewasa lelaki yang

mana mereka meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu,

dengan kedatangan dan kepulangan mereka, pola bilangan penduduk India menjadi

naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-

negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000.

Menjelang tahun 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah

Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang

Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah

sehingga pada tahun 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa

pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan

kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih

kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).




3.0   ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA BANGSA INDI DI DALAM
      BILIK DARJAH


      Pendudukan etnik tersebut di Negara ini telah memberikan implikasi kepada

proses pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek bangsa, struktur masyarakat,

kelas sosial, kepercayaan, bahasa, dan adat resam.




                                         4
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


      Menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran,

Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, konsep bangsa atau

nasional mempunyai maksud yang lebih meluas dan terbentuk berasaskan gagasan

ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun

manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama

mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Bangsa menurut kamus

Dewan Bahasa dan Pustaka (1999) pula merupakan sekumpulan orang yang

mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Secara umumnya,

konsep bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa

sifat-sifatnya. Bangsa juga memberi maksud kumpulan manusia yang sama asal-

usulnya serta serupa sifat-sifatnya (Kamus Pelajar,1993). Kesimpulan daripada

kesemua maksud yang diberikan, maka dapat dinyatakan bahawa bangsa

merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang

bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.

Oleh itu, jelaslah bahawasanya kita semua tidak boleh meminggirkan mana-mana

pihak sama ada kaum Cina ataupun India walaupun pada dasarnya majoriti

penduduk di Negara ini adalah kaum Melayu kerana kaum etnik tersebut juga

tergolong dalam bangsa Malaysia yang mana dalam konteks Negara kita, bangsa

Malaysia sebagai „bangsa idaman‟ yang kita kehendaki. Maka, kepelbagaian sosial

ini telah memberikan implikasi dalam sistem pendidikan. Jika diperhatikan dari aspek

bangsa, semua pihak sama ada guru, murid, sekolah dan juga kurikulum tersirat

perlu memastikan bahawa mereka tidak menyentuh usul-usul yang sensiti bagi

mana-mana bangsa. Sebagai contoh di dalam kelas, guru berperanan untuk

mengelakkan daripada bersikap lebih kepada perkauman yang mana kedudukan

murid dan aktiviti yang dijalankan hanya bertumpukan kepada sesuatu kaum.

                                         5
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


Janganlah disebabkan murid itu berbangsa India, maka guru terbabit memberikan

tanggapan negatif hanya kerana bangsanya. Tidak memberikan peluang yang sama

untuk mereka berjaya. Guru seharusnya mengambil peluang ini untuk mengajar

kepada murid-muridnya bahawa dalam kalangan mereka adalah sama walaupun

mereka         daripada        golongan        kaum          yang        berbeza.

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf. Pada masa yang masa

guru boleh menerapkan konsep 1Malaysia dalam diri murid-muridnya seperti yang

disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia kini, Dato‟ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd

Razak . “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang

seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” Secara tidak langsung, murid

lain akan belajar untuk menghormati murid-murid yang berbangsa lain. Mereka akan

bergaul sesama mereka tanpa memandang kepada bangsa. Manakala bagi pihak

sekolah pula, mereka berperanan untuk membuka peluang yang luas terutamanya

kaum India ini untuk sama-sama menuntut ilmu di sekolah kebangsaan. Usaha ini

adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan.

http://www.scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan.


      Dari aspek struktur masyarakat atau kelas sosial bagi kaum etnik India ini

juga telah sedikit sebanyak memberi kesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang berlaku. Kita cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan

struktur masyarakat atau kelas sosial ini. Masyarakat merupakan sekelompok besar

manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya

serta bidang tertentu serta mempunyai matlamat yang sama. Perhubungan itu wujud

berdasarkan satu sistem berlandaskan unsur-unsur saling berhubungan sesama


                                          6
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


manusia. Masyarakat ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan

berorganisasi atas dasar saling hubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup.

Menurut J.S Furnivall, buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan

Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon,

masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,

agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri. Manakala menurut De Fleur

(1974), masyarakat ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi

sosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi

semua bidang tingkah laku sosial. Maka disimpulkan di sini struktur masyarakat

adalah penduduk yang mempunyai berlainan budaya serta cara hidup serta dalam

masyarakat itu sendiri terdapat taraf kedudukan yang berlainan.    Konsep kelas

sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Ia

juga boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama

dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan

dengan punca-punca pengeluaran. Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas

sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu

bangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu

yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta

hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima

kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan,

pertengahan bahawan, pekerja dan bawah begitu juga bagi kaum india. Guru

digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah

dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan ataupun

bawahan. Malah yang paling penting guru hendaklah mengelakkan daripada

berlakunya aspek pingggiran di dalam kelas yang diajar. Guru harus bijak dalam

                                        7
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidak

berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini

satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan

menjadi menyeronokkan. Secara langsung, murid juga akan berasa sangat seronok

untuk    meneruskan   proses   pembelajaran   mereka   kerana   tidak   terdapat

pertelingkahan antara mereka yang tercetus disebabkan mereka berbangsa lain.

Amat sensitif bagi kaum India ini terutamanya apabila kita menyentuh atau

memperkatakan mengenai struktur masyarakat mereka. Tambahan pula bagi

mereka yang bergolongan bawahan. Kita seharusnya sedar bahawa antara kita ini

tidak ada jurang yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk meminggirkan antara

satu sama lain. Manakala pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas

sosial masyarakat. Penduduk Bandar dan luar bandar tanpa mengira kaum diberikan

peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya.


        Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.

Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai

oleh perasaan „pasti‟ atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan. Dalam

konteks psikologi, kepercayaan bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan

dengan sikap berkedudukan memihak. Kepercayaan dalam konteks agama pula,

adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Juga dikenali sebagai

akidah ataupun iman. Kepercayaan tersebut akan membentuk nilai yang akan

menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum,

kepercayaaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-

temurun. Bagi konteks di dalam kelas, murid-murid dapat memahami dan

mengetahui kepelbagaian kepercayaan masyarakat di Negara kita seperti


                                       8
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India. Oleh itu, guru sekali lagi

berperanan untuk mendedahkan kepada murid mengenai kepercayaan ini agar tidak

timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan

murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu

sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.

Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua

kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Kepercayaan dan amalan agama yang

dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya

menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses

sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan

supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Untuk menjadi

seorang murid yang cemerlang, dia bukan sahaja perlu lulus semua ujian

peperikasaan yang dijalankan malah hendaklah cemerlang dalam sikap dan tingkah

laku dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Sebagai contoh menghormati antara

satu sama lain. http://www.scribd.com/doc/25521662/Pantang-Larang-Kaum-India.

Sebagai contoh kepercayaan dalam masyarakat India, mereka percaya bahawa

pantang larang semasa kematian, gambar si mati tidak boleh digantung secara

formal tetapi tetapi terbalik dan ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3

kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. Maka mereka dilarang sama sekali

untuk jadikan kepercayaan rakan mereka yang berbangsa India itu sebagai alat

untuk dipersendakan. Implikasi kepelbagaian sosial ini juga telah mengambil kira

aspek peranan sekolah iaitu menjadikannya sebagai suatu media untuk memberi

ruang kepada pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Pihak

sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama

                                         9
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


Islam sahaja. Malah pihak sekolah boleh menerapkan unsur nilai-nilai murni yang

tidak bercanggah dalam mana kepercayaan dalam diri murid.


      Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau

simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang-

wenangnya, tetapi mempunyai struktur. Kita juga menggunakan bahasa sebagai

satu alat untuk menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti

kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Cole (1998) menyatakan bahawa

bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama

dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang

kompleks. Guru harus mengurangkan pengunaan bahasa dialek dan meningkatkan

dalam mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata

kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Penggunaan bahasa yang standard juga harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur

dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan sama ada berkomunikasi antara mereka

ketika menjalankan aktiviti di dalam kelas ataupun di luar. Murid harus diingatkan

untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan

laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang

bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan

bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan

membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Pelaksanaan

aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Apabila

murid melibatkan diri mereka di dalam aktiviti yang dilaksanakan, secara tidak

langsung akan mengajar mereka untuk belajar menerima serta menghormati bahasa

ibunda dan dialek kaum lain terutamanya kaum India ini yang kita sudah sedia


                                        10
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


maklum bahawa bahasa ibunda mempunyai banyak perbezaan dan terbalik jika

diterjemahkan dalam struktur bahasa Malaysia. Sebagai contoh ….Oleh itu, mana-

mana pihak iaitu guru, murid dan pihak sekolah tidak boleh memperlekehkan bahasa

mereka kerana ini merupakan isu yang agak sensitif untuk kita bincangkan.


Akhir sekali implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek adat resam. Adat resam

adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah

diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan

kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempunyai

kesan kepada pelaku sama ada positif atau negatif. Adat resam juga merupakan

sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat tidak kira

Melayu, Cina dan India. Masing-masing mempunyai adat resam yang tersendiri yang

diwarisi oleh nenek moyang mereka. Murid dapat mempelajari kepelbagaian adat

resam ini melalui topik-topik budaya yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Usaha kerajaan dalam

menerapkan pengetahuan am mengenai kaum-kaum yang terdapat di Malaysia

dengan mewujudkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang wajib kepada

semua murid di peringkat sekolah rendah. Semua pihak haruslah sedar bahawa sifat

penerimaan terhadap perbezaaan yang terdapat dalam kalangan mereka adalah

amat penting. Sifat ini hendaklah diterapkan dalam diri setiap murid malah semua

warga sekolah tidak terkecuali. Seperti yang telah dinyatakan oleh bekas Perdana

Menteri Malaysia kita yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad di dalam blog beliau,

http://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/multi-racial-malaysia.html. Negara berbilang

kaum pada kebiasaannya tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku. Jika

Malaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan


                                         11
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


perbezaan antara kaum-kaum tersebut. Kita tidak boleh menukar etnik. Jadi kita

perlu menerima perbezaan etnik yang terdapat dan kepelbagaian adat resam yang

diamalkan oleh setiap kaum di Negara ini.

http://malaysiana.pnm.my/01/01030102ind_bersalin.htm. Sebagai contoh adat

resam bagi kaum India ini ialah membisikkan nama tuhan . Sebaik sahaja bayi

dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama

Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga

bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya

membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak

membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telinga

bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum

mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi

tersebut. Merujuk kepada adat resam ini, guru atau murid terutamanya yang

beragama Islam tidak boleh sama sekali mempertikaikan adat resam ini walaupun

mempunyai persamaan dengan kaum Melayu sebaik sahaja bayi dilahirkan yang

mana dilaungkan azan.




                                        12
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


4.0   KESIMPULAN

      Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat

majmuk di Negara kita. Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akan

menimbulkan pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalam

masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza,

bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang dibuat

murid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka sahaja

tanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Hal

ini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan murid

tersebut. Pendedahan awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya ini

harus diberikan kepada para pendidik supaya mereka dapat memahami serta

mengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid. Secara

langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan warga sekolah.

Cara ini juga dapat merapatkan jurang antara murid yang mempunyai taraf

sosioekonomi yang berbeza terutamanya bagi kaum India yang setengah daripada

mereka terdiri daripada golongan bawahan dan jauh beza dari kaum lain.

Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yang

toleran ke arah memacu pembangunan negara.




                                     13
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


  KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU DALAM
     PENGAJARAN MURID YANG PELBAGAI KAUM BAGI MEWUJUDKAN
                        PERSEKITARAN MESRA BUDAYA




      Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah merupakan wacana untuk setiap

insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat

memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini

bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi

mental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakan

tempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik

darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan

pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa

serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan

memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran

guru. Namun, jika ini yang terjadi, sempurnakah sesuatu penyampaian pengajaran

dan pembelajaran itu? Oleh itu, semua harus memainkan peranan mereka dalam

membina dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif terutamanya

peranan seorang guru.


      Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik

darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-

murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk

menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang

berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea,

maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat


                                       14
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan

guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid

menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu

sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi

hambar dan membosankan.


      Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid

begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah

pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-

olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh

kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif

dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi

sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel

Universes", 1994).


      Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang

berkenaan.   Contohnya,   guru   hanya    menumpu     murid   kaum   Melayu    dan

meminggirkan murid kaum India di dalam kelas. Guru harus mengajar tanpa

mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja.

Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza

ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka

berinteraksi terbuka luas. Selain itu, perpaduan dapat diwujudkan apabila mereka

melakukan aktiviti pembelajaran secara bersama.




                                         15
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


       Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial mengambarkan perbezaan

cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx

menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang

sama dengan punca-punca pengeluaran. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu

ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan

berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru

dalam kelas.Kebijaksaan guru mengendalikan kelas sosial akan mewujudkan

pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.


      Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang

membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah mencapai

matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah

dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, emosi murid harus diurus

dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa dalam keadaan stabil untuk

meneruskan proses pembelajaran mereka di dalam kelas. Merujuk kepada perkara

ini, bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai sosio budaya di dalam sesebuah

kelas amat penting untuk memastikan emosi mereka dalam keadaan yang baik.

Tekanan yang kebiasaannya terdapat di dalam kelas yang mempunyai pelbagai

sosio budaya ini adalah sikap meminggirkan mana-mana kaum, berat sebelah,

memerli antara satu sama lain, menyentuh isu-isu sensitif bagi sesuatu kaum dan

sebagainya. Contohnya bagi kaum India, bagi adab-adab dan amalan kepercayaan

mereka merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berlaku.


                                        16
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


       Dalam konteks untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

ini, murid disarankan mewujudkan hubungan etnik yang harmoni. Oleh itu, murid

harus menambah pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik yang lain.

Jadi peranan sebagai seorang guru, mereka hendaklah mendedahkan pemikiran

murid-murid ini supaya berfokus kepada hubungan etnik di Malaysia dari segi

sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting yang lain. Misalnya

untuk kaum India ini, kita sudah sedia maklum bahawa sejarah, latar belakang

ekonomi mereka ini bermula di peringkat bawah dalam sistem ekonomi kita. Oleh itu,

pemahaman murid-murid dari kaum lain amat penting agar tidak menimbulkan

perasaan memandang rendah terhadap murid-murid kaum India. Guru juga boleh

mengambil peluang dalam menjayakan pembinaan persekitaran bilik darjah yang

mesra budaya ini dengan memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian

budaya masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh topik berkaitan dengan perayaan di

Malaysia. Secara tidak langsung, murid-murid yang pelbagai etnik ini akan

berinteraksi dan berbincang tentang perayaan tersebut. Dalam masa yang sama,

penerapan nilai-nilai murni dan budaya dari etnik yang berlainan dapat diserapkan

dalam objektif pembelajaran.


       Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan

pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.

Integrasi   pengetahuan,   kemahiran   asas serta    memupuk nilai     murni   bagi

perkembangan yang holistik dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevan

dengan budaya yang diamalkan amat ditekankan. Aspek kepelbagaian budaya

murid perlu dititikberatkan dan tidak boleh dipandang remeh supaya setiap murid

tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka. Konsep kebudayaan mengikut


                                        17
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


konteks sosiologi adalah merupakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan

diwariskan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Sekolah

dilihat berperanan sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut

kehendak masyarakat mereka. Maka guru bertanggungjawab untuk memastikan

keperluan murid dipenuhi tanpa bersikap prejudis terhadap kepelbagaian murid-

muridnya. Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi

pendidikan. Guru harus bijak memilih untuk diaplikasikan dalam pengajarannya dan

memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kelas serta relevan dengan

budaya. Sebagai contoh menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya

dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, jika

guru berada di sekolah Tamil dan mengajar Bahasa Melayu, maka guru boleh

menggunakan kaedah mengajar secara simulasi dengan memberikan dialog atau

skrip dalam Bahasa Melayu untuk dilakonkan di hadapan kelas. Latihan seperti ini

mampu meningkatkan penguasaaan bahasa kebangsaan bagi kaum ini. Beberapa

pendekatan pedagogi yang relevan budaya untuk dijadikan panduan kepada guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Antaranya ialah, pendekatan

koperatif, pendekatan kolaboratif, direktif, mediatif, generative dan sebagainya.


      Kesimpulannya, komunikasi guru dalam pembinaan persekitaran bilik darjah

yang mesra budaya ini amat penting dalam sistem pendidikan kerana terdapatnya

kepelbagaian sosio budaya yang wujud di Malaysia ini. Jadi, guru harus memainkan

peranan mereka untuk memastikan persekitaran seperti ini wujud dalam bilik darjah

yang mereka mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi

bermakna kepada murid-murid.




                                          18
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


                                 REFLEKSI

      Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu

pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih lapang dan

banyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan kepada saya.

Dalam kerja kursus ini berfokus kepada isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di

dalam bilik darjah. Dalam tugasan ini, saya perlu mencari satu artikel dan menulis

esei berkaitan dengan isu tersebut.. Selepas itu, saya perlu menghuraikankemahiran

komunikasi yang digunakan oleh guru dalam mengajar murid-murid kepelbagaian

kelompok bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ini tidak

dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini adalah sangat menarik perhatian saya.

Dengan ini, saya mendapat peluang untuk mengkaji isu-isu kepelbagaian budaya

serta kemahiran kominikasi yang perlu dikuasai oleh guru. Saya juga berharap saya

dapat memahami lebih banyak maklumat tentang budaya dan pembelajaran supaya

dapat menggunakannya pada pelajar-pelajar masa depan.

      Semasa menerima kerja kursus ini, En. Zakaria telah memberi penerangan

yang sangat jelas kepada saya. Dengan itu, saya bermula mendapatkan pelbagai

sumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta menanya soalan pada

pensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh saya ialah mencari artikel

yang sesuai dengan tajuk kerja khusus yang telah diberikan.

      Akhir kata, saya ingin meminta maaf      ke atas kesilapan yang saya telah

lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin

berucap terima kasih kepada mereka dan pensyarah En. Zakaria kerana memberi

sokongan dan bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini.



                                        19
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


                                BIBLIOGRAFI

Buku


Kamarol Baharom Mohd Rom, J.E (Ph.D), Peranan Kepimpinan Guru
       Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
       Dalam Iklim Bilik Darjah, Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Mohammad Fadzil bin Che Amat (2006), Kesan Kaedah Pengajaran dan
       Pembelajaran Menggunakan Paradigma Behaviorism ke Atas Pencapaian
       Sains Sekolah-sekolah Kebangsaan Di Malaysia Satu Analisis Prestasi UPSR
       Separa Dekat, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.


Siti Sumaiza binti Che Ali Mohamed (2008), Persepsi Bakal Guru Tentang
       Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajaran Akhir Aliran
       Sains Fakulti Pendidikan UTM, Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak
       diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.


Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan

       Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zaharah Hussin (2009), Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan
       Guru Pendidikan Islam, Universiti Malaysia




Website

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/peranan-guru dalam-pembinaan-

negara.html




                                          20
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


                BORANG REKOD KOLABORASI

  NAMA                         : MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON
  OPSYEN                       : MT/PJ/BM
  AMBILAN                      : JANUARI 2010
  MATA PELAJARAN               : EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
  PENSYARAH PEMBIMBING         : EN. ZAKARIA BIN MOHD ARIF



TARIKH             PERKARA                   CATATAN       TANDATANGAN
                     YANG
                 DIBINCANGKAN


7/2/2012     Menerima soalan tugasan     Tugasan perlu
              dan taklimat daripada        dihantar
              pensyarah mata               selewat –
              pelajaran daripada           lewatnya pada
              pensyarah mata               22 Feb 2011.
              pelajaran –En. Zakaria



9/2/2012     Memahami kehendak          Membuat jadual
              soalan tugasan              kerja




11/2/2012    Membincangkan              Membuat
    -         persembahan slaid yang      perbincangan
15/2/2012     dibuat.                     bersama rakan




                                        21
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106



16/2/2012       Membuat tugasan          Membuat esei
    -            mengikut jadual kerja    Membuat
19/2/2012        yang ditetepkan           penyusanan
                                           slaid




20/2/2012    Menyusun tugasan           Membetul
             Membuat pemeriksaan         tugasan dari
              terakhir terhadap tugasan   segi ejaan
                                         Membuat
                                          penyusanan
                                          tugasan


21/2/2012    Menyiapkan tugasan          Memeriksa
                                           tugasan


22/2/2012    Menjilid tugasan            Menghantar
             Menghantar tugasan           tugasan kepada
                                           pensyarah
                                           pembimbing




                                         22
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


LAMPIRAN




    23
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106




    24
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106




    25

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Siti Kamaruddin
 
Topik 5 27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
Topik 5 27268735 bilik-darjah-mesra-budayaTopik 5 27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
Topik 5 27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
share with me
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
Alice Lee
 
Pendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moralPendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moral
enab dan kesum
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
Vince Here
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid
No Name
 

Mais procurados (20)

BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptxBAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budaya
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
heutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogyheutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogy
 
Topik 5 27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
Topik 5 27268735 bilik-darjah-mesra-budayaTopik 5 27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
Topik 5 27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Pendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moralPendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moral
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
 
Teknik penerangan
Teknik peneranganTeknik penerangan
Teknik penerangan
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 

Destaque (10)

Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102
 
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Keperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaKeperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budaya
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Sejarah 1
Sejarah 1Sejarah 1
Sejarah 1
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Laporan Latihan Industri Bab 1, 2 , 3
Laporan Latihan Industri Bab 1,  2 , 3Laporan Latihan Industri Bab 1,  2 , 3
Laporan Latihan Industri Bab 1, 2 , 3
 

Semelhante a Budaya dan pembelajaran edu3106

Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Thomas Liew
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
FSAA Aziz
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
ROSLINDAWATI LIN
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysia
Syah Nizam
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
WanBK Leo
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
jasfida
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
Ana Azuan
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosaved
nanipgktb
 
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaanPrejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
HerRmah SYoyozz
 

Semelhante a Budaya dan pembelajaran edu3106 (20)

Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
EDU SEMESTER3 PPG
EDU SEMESTER3 PPGEDU SEMESTER3 PPG
EDU SEMESTER3 PPG
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysia
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
4.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.20114.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.2011
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosaved
 
Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503
 
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaanPrejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Sejarah k3
Sejarah k3Sejarah k3
Sejarah k3
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 

Budaya dan pembelajaran edu3106

  • 1. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 PENGHARGAAN Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En. Zakaria Bin Mohd Arif kerana membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih. Yang benar, Mohammad Falakhuddin Bin Haron (1P5D-MT/PJ/BM) 1
  • 2. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan. Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pula wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang demikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negara kerana sekolah merupakan ruang fizikal yang paling sesuai untuk diterapkan kefahaman mengenai asal usul, sejarah dan hala tuju negara kepada generasi muda. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang. 2
  • 3. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA KAUM INDIA DI DALAM BILIK DARJAH BERDASARKAN ARTIKEL/JURNAL 1.0 PENDAHULUAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang harmoni dan tenteram. Antara tiga kaum yang utama terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Cina dan India ini, mereka telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain lagi. Terdapatnya kepelbagaian kaum di Negara ini telah melahirkan kepelbagaian sosio budaya. 2.0 KAUM INDIA Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri- negeri Selat, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang 3
  • 4. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul semasa peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian. Kebanyakan penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri daripada orang dewasa lelaki yang mana mereka meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, pola bilangan penduduk India menjadi naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri- negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang tahun 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga pada tahun 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta). 3.0 ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA BANGSA INDI DI DALAM BILIK DARJAH Pendudukan etnik tersebut di Negara ini telah memberikan implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek bangsa, struktur masyarakat, kelas sosial, kepercayaan, bahasa, dan adat resam. 4
  • 5. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, konsep bangsa atau nasional mempunyai maksud yang lebih meluas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Bangsa menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1999) pula merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Secara umumnya, konsep bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya. Bangsa juga memberi maksud kumpulan manusia yang sama asal- usulnya serta serupa sifat-sifatnya (Kamus Pelajar,1993). Kesimpulan daripada kesemua maksud yang diberikan, maka dapat dinyatakan bahawa bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawasanya kita semua tidak boleh meminggirkan mana-mana pihak sama ada kaum Cina ataupun India walaupun pada dasarnya majoriti penduduk di Negara ini adalah kaum Melayu kerana kaum etnik tersebut juga tergolong dalam bangsa Malaysia yang mana dalam konteks Negara kita, bangsa Malaysia sebagai „bangsa idaman‟ yang kita kehendaki. Maka, kepelbagaian sosial ini telah memberikan implikasi dalam sistem pendidikan. Jika diperhatikan dari aspek bangsa, semua pihak sama ada guru, murid, sekolah dan juga kurikulum tersirat perlu memastikan bahawa mereka tidak menyentuh usul-usul yang sensiti bagi mana-mana bangsa. Sebagai contoh di dalam kelas, guru berperanan untuk mengelakkan daripada bersikap lebih kepada perkauman yang mana kedudukan murid dan aktiviti yang dijalankan hanya bertumpukan kepada sesuatu kaum. 5
  • 6. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Janganlah disebabkan murid itu berbangsa India, maka guru terbabit memberikan tanggapan negatif hanya kerana bangsanya. Tidak memberikan peluang yang sama untuk mereka berjaya. Guru seharusnya mengambil peluang ini untuk mengajar kepada murid-muridnya bahawa dalam kalangan mereka adalah sama walaupun mereka daripada golongan kaum yang berbeza. http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf. Pada masa yang masa guru boleh menerapkan konsep 1Malaysia dalam diri murid-muridnya seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia kini, Dato‟ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak . “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” Secara tidak langsung, murid lain akan belajar untuk menghormati murid-murid yang berbangsa lain. Mereka akan bergaul sesama mereka tanpa memandang kepada bangsa. Manakala bagi pihak sekolah pula, mereka berperanan untuk membuka peluang yang luas terutamanya kaum India ini untuk sama-sama menuntut ilmu di sekolah kebangsaan. Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan. http://www.scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan. Dari aspek struktur masyarakat atau kelas sosial bagi kaum etnik India ini juga telah sedikit sebanyak memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Kita cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan struktur masyarakat atau kelas sosial ini. Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu serta mempunyai matlamat yang sama. Perhubungan itu wujud berdasarkan satu sistem berlandaskan unsur-unsur saling berhubungan sesama 6
  • 7. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 manusia. Masyarakat ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling hubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup. Menurut J.S Furnivall, buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri. Manakala menurut De Fleur (1974), masyarakat ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial. Maka disimpulkan di sini struktur masyarakat adalah penduduk yang mempunyai berlainan budaya serta cara hidup serta dalam masyarakat itu sendiri terdapat taraf kedudukan yang berlainan. Konsep kelas sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Ia juga boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah begitu juga bagi kaum india. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan ataupun bawahan. Malah yang paling penting guru hendaklah mengelakkan daripada berlakunya aspek pingggiran di dalam kelas yang diajar. Guru harus bijak dalam 7
  • 8. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Secara langsung, murid juga akan berasa sangat seronok untuk meneruskan proses pembelajaran mereka kerana tidak terdapat pertelingkahan antara mereka yang tercetus disebabkan mereka berbangsa lain. Amat sensitif bagi kaum India ini terutamanya apabila kita menyentuh atau memperkatakan mengenai struktur masyarakat mereka. Tambahan pula bagi mereka yang bergolongan bawahan. Kita seharusnya sedar bahawa antara kita ini tidak ada jurang yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk meminggirkan antara satu sama lain. Manakala pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat. Penduduk Bandar dan luar bandar tanpa mengira kaum diberikan peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya. Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan „pasti‟ atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan. Dalam konteks psikologi, kepercayaan bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak. Kepercayaan dalam konteks agama pula, adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Juga dikenali sebagai akidah ataupun iman. Kepercayaan tersebut akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum, kepercayaaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun- temurun. Bagi konteks di dalam kelas, murid-murid dapat memahami dan mengetahui kepelbagaian kepercayaan masyarakat di Negara kita seperti 8
  • 9. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India. Oleh itu, guru sekali lagi berperanan untuk mendedahkan kepada murid mengenai kepercayaan ini agar tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Untuk menjadi seorang murid yang cemerlang, dia bukan sahaja perlu lulus semua ujian peperikasaan yang dijalankan malah hendaklah cemerlang dalam sikap dan tingkah laku dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Sebagai contoh menghormati antara satu sama lain. http://www.scribd.com/doc/25521662/Pantang-Larang-Kaum-India. Sebagai contoh kepercayaan dalam masyarakat India, mereka percaya bahawa pantang larang semasa kematian, gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi tetapi terbalik dan ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. Maka mereka dilarang sama sekali untuk jadikan kepercayaan rakan mereka yang berbangsa India itu sebagai alat untuk dipersendakan. Implikasi kepelbagaian sosial ini juga telah mengambil kira aspek peranan sekolah iaitu menjadikannya sebagai suatu media untuk memberi ruang kepada pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama 9
  • 10. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Islam sahaja. Malah pihak sekolah boleh menerapkan unsur nilai-nilai murni yang tidak bercanggah dalam mana kepercayaan dalam diri murid. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang- wenangnya, tetapi mempunyai struktur. Kita juga menggunakan bahasa sebagai satu alat untuk menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Cole (1998) menyatakan bahawa bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks. Guru harus mengurangkan pengunaan bahasa dialek dan meningkatkan dalam mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard juga harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan sama ada berkomunikasi antara mereka ketika menjalankan aktiviti di dalam kelas ataupun di luar. Murid harus diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Apabila murid melibatkan diri mereka di dalam aktiviti yang dilaksanakan, secara tidak langsung akan mengajar mereka untuk belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain terutamanya kaum India ini yang kita sudah sedia 10
  • 11. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 maklum bahawa bahasa ibunda mempunyai banyak perbezaan dan terbalik jika diterjemahkan dalam struktur bahasa Malaysia. Sebagai contoh ….Oleh itu, mana- mana pihak iaitu guru, murid dan pihak sekolah tidak boleh memperlekehkan bahasa mereka kerana ini merupakan isu yang agak sensitif untuk kita bincangkan. Akhir sekali implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek adat resam. Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempunyai kesan kepada pelaku sama ada positif atau negatif. Adat resam juga merupakan sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat tidak kira Melayu, Cina dan India. Masing-masing mempunyai adat resam yang tersendiri yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Murid dapat mempelajari kepelbagaian adat resam ini melalui topik-topik budaya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Usaha kerajaan dalam menerapkan pengetahuan am mengenai kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dengan mewujudkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang wajib kepada semua murid di peringkat sekolah rendah. Semua pihak haruslah sedar bahawa sifat penerimaan terhadap perbezaaan yang terdapat dalam kalangan mereka adalah amat penting. Sifat ini hendaklah diterapkan dalam diri setiap murid malah semua warga sekolah tidak terkecuali. Seperti yang telah dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia kita yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad di dalam blog beliau, http://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/multi-racial-malaysia.html. Negara berbilang kaum pada kebiasaannya tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku. Jika Malaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan 11
  • 12. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 perbezaan antara kaum-kaum tersebut. Kita tidak boleh menukar etnik. Jadi kita perlu menerima perbezaan etnik yang terdapat dan kepelbagaian adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum di Negara ini. http://malaysiana.pnm.my/01/01030102ind_bersalin.htm. Sebagai contoh adat resam bagi kaum India ini ialah membisikkan nama tuhan . Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut. Merujuk kepada adat resam ini, guru atau murid terutamanya yang beragama Islam tidak boleh sama sekali mempertikaikan adat resam ini walaupun mempunyai persamaan dengan kaum Melayu sebaik sahaja bayi dilahirkan yang mana dilaungkan azan. 12
  • 13. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat majmuk di Negara kita. Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalam masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza, bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang dibuat murid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka sahaja tanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Hal ini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan murid tersebut. Pendedahan awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya ini harus diberikan kepada para pendidik supaya mereka dapat memahami serta mengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan warga sekolah. Cara ini juga dapat merapatkan jurang antara murid yang mempunyai taraf sosioekonomi yang berbeza terutamanya bagi kaum India yang setengah daripada mereka terdiri daripada golongan bawahan dan jauh beza dari kaum lain. Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan negara. 13
  • 14. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU DALAM PENGAJARAN MURID YANG PELBAGAI KAUM BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakan tempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Namun, jika ini yang terjadi, sempurnakah sesuatu penyampaian pengajaran dan pembelajaran itu? Oleh itu, semua harus memainkan peranan mereka dalam membina dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif terutamanya peranan seorang guru. Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid- murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat 14
  • 15. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah- olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. Contohnya, guru hanya menumpu murid kaum Melayu dan meminggirkan murid kaum India di dalam kelas. Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain itu, perpaduan dapat diwujudkan apabila mereka melakukan aktiviti pembelajaran secara bersama. 15
  • 16. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama dengan punca-punca pengeluaran. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.Kebijaksaan guru mengendalikan kelas sosial akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa dalam keadaan stabil untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di dalam kelas. Merujuk kepada perkara ini, bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai sosio budaya di dalam sesebuah kelas amat penting untuk memastikan emosi mereka dalam keadaan yang baik. Tekanan yang kebiasaannya terdapat di dalam kelas yang mempunyai pelbagai sosio budaya ini adalah sikap meminggirkan mana-mana kaum, berat sebelah, memerli antara satu sama lain, menyentuh isu-isu sensitif bagi sesuatu kaum dan sebagainya. Contohnya bagi kaum India, bagi adab-adab dan amalan kepercayaan mereka merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 16
  • 17. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Dalam konteks untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, murid disarankan mewujudkan hubungan etnik yang harmoni. Oleh itu, murid harus menambah pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik yang lain. Jadi peranan sebagai seorang guru, mereka hendaklah mendedahkan pemikiran murid-murid ini supaya berfokus kepada hubungan etnik di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting yang lain. Misalnya untuk kaum India ini, kita sudah sedia maklum bahawa sejarah, latar belakang ekonomi mereka ini bermula di peringkat bawah dalam sistem ekonomi kita. Oleh itu, pemahaman murid-murid dari kaum lain amat penting agar tidak menimbulkan perasaan memandang rendah terhadap murid-murid kaum India. Guru juga boleh mengambil peluang dalam menjayakan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini dengan memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh topik berkaitan dengan perayaan di Malaysia. Secara tidak langsung, murid-murid yang pelbagai etnik ini akan berinteraksi dan berbincang tentang perayaan tersebut. Dalam masa yang sama, penerapan nilai-nilai murni dan budaya dari etnik yang berlainan dapat diserapkan dalam objektif pembelajaran. Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Integrasi pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi perkembangan yang holistik dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevan dengan budaya yang diamalkan amat ditekankan. Aspek kepelbagaian budaya murid perlu dititikberatkan dan tidak boleh dipandang remeh supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka. Konsep kebudayaan mengikut 17
  • 18. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 konteks sosiologi adalah merupakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diwariskan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Sekolah dilihat berperanan sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Maka guru bertanggungjawab untuk memastikan keperluan murid dipenuhi tanpa bersikap prejudis terhadap kepelbagaian murid- muridnya. Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan. Guru harus bijak memilih untuk diaplikasikan dalam pengajarannya dan memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kelas serta relevan dengan budaya. Sebagai contoh menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, jika guru berada di sekolah Tamil dan mengajar Bahasa Melayu, maka guru boleh menggunakan kaedah mengajar secara simulasi dengan memberikan dialog atau skrip dalam Bahasa Melayu untuk dilakonkan di hadapan kelas. Latihan seperti ini mampu meningkatkan penguasaaan bahasa kebangsaan bagi kaum ini. Beberapa pendekatan pedagogi yang relevan budaya untuk dijadikan panduan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Antaranya ialah, pendekatan koperatif, pendekatan kolaboratif, direktif, mediatif, generative dan sebagainya. Kesimpulannya, komunikasi guru dalam pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini amat penting dalam sistem pendidikan kerana terdapatnya kepelbagaian sosio budaya yang wujud di Malaysia ini. Jadi, guru harus memainkan peranan mereka untuk memastikan persekitaran seperti ini wujud dalam bilik darjah yang mereka mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bermakna kepada murid-murid. 18
  • 19. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 REFLEKSI Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih lapang dan banyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan kepada saya. Dalam kerja kursus ini berfokus kepada isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah. Dalam tugasan ini, saya perlu mencari satu artikel dan menulis esei berkaitan dengan isu tersebut.. Selepas itu, saya perlu menghuraikankemahiran komunikasi yang digunakan oleh guru dalam mengajar murid-murid kepelbagaian kelompok bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ini tidak dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini adalah sangat menarik perhatian saya. Dengan ini, saya mendapat peluang untuk mengkaji isu-isu kepelbagaian budaya serta kemahiran kominikasi yang perlu dikuasai oleh guru. Saya juga berharap saya dapat memahami lebih banyak maklumat tentang budaya dan pembelajaran supaya dapat menggunakannya pada pelajar-pelajar masa depan. Semasa menerima kerja kursus ini, En. Zakaria telah memberi penerangan yang sangat jelas kepada saya. Dengan itu, saya bermula mendapatkan pelbagai sumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta menanya soalan pada pensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh saya ialah mencari artikel yang sesuai dengan tajuk kerja khusus yang telah diberikan. Akhir kata, saya ingin meminta maaf ke atas kesilapan yang saya telah lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin berucap terima kasih kepada mereka dan pensyarah En. Zakaria kerana memberi sokongan dan bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini. 19
  • 20. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 BIBLIOGRAFI Buku Kamarol Baharom Mohd Rom, J.E (Ph.D), Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Dalam Iklim Bilik Darjah, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mohammad Fadzil bin Che Amat (2006), Kesan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Paradigma Behaviorism ke Atas Pencapaian Sains Sekolah-sekolah Kebangsaan Di Malaysia Satu Analisis Prestasi UPSR Separa Dekat, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Siti Sumaiza binti Che Ali Mohamed (2008), Persepsi Bakal Guru Tentang Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajaran Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan UTM, Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia. Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Zaharah Hussin (2009), Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam, Universiti Malaysia Website http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/peranan-guru dalam-pembinaan- negara.html 20
  • 21. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 BORANG REKOD KOLABORASI NAMA : MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON OPSYEN : MT/PJ/BM AMBILAN : JANUARI 2010 MATA PELAJARAN : EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING : EN. ZAKARIA BIN MOHD ARIF TARIKH PERKARA CATATAN TANDATANGAN YANG DIBINCANGKAN 7/2/2012  Menerima soalan tugasan  Tugasan perlu dan taklimat daripada dihantar pensyarah mata selewat – pelajaran daripada lewatnya pada pensyarah mata 22 Feb 2011. pelajaran –En. Zakaria 9/2/2012  Memahami kehendak  Membuat jadual soalan tugasan kerja 11/2/2012  Membincangkan  Membuat - persembahan slaid yang perbincangan 15/2/2012 dibuat. bersama rakan 21
  • 22. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 16/2/2012  Membuat tugasan  Membuat esei - mengikut jadual kerja  Membuat 19/2/2012 yang ditetepkan penyusanan slaid 20/2/2012  Menyusun tugasan  Membetul  Membuat pemeriksaan tugasan dari terakhir terhadap tugasan segi ejaan  Membuat penyusanan tugasan 21/2/2012  Menyiapkan tugasan  Memeriksa tugasan 22/2/2012  Menjilid tugasan  Menghantar  Menghantar tugasan tugasan kepada pensyarah pembimbing 22
  • 23. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 LAMPIRAN 23
  • 24. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 24
  • 25. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 25