SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 17
ISI KANDUNGAN
___________________________________________________________________________




1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH                                       2

     1.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan &Huraian/ Keterangan Ayat        2

     1.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih                                        4

     1.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat Mutasyabih                   6




2. AYAT-AYAT MUTASYABIH                                                        7

     2.1 Pembahagian Mutasyabih                                                7

     2.2 Metodologi Penerangan Ayat Mutasyabih(Ali Imran: 7) :      8

     Metodolog Salafi &Metodologi Khalafi

     2.3Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat Mutasyabih                     10

     2.4 Hikmat-hikmat Mutasyabih                                              10

     2.5 Hikmat-hikmat Muhkamat                                                12




3. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAHKETUHANAN                                13
MENGIKUTTAKWILAN MAZHAB SALAFI & MAZHAB KHALAFI




RUMUSAN                                                                   16




BIBILIOGRAFI                                                          17




                          1 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH


         Allah menurunkan Al-Quran kepada hambaNya sebagai panduan, pegangan dan
pemberi peringatan semesta alam. Ia juga menggariskan kepada hambaNya akidah yang
benar.      Melihat   kepada   Ulum    Al-Quran,   mengetahui   ayat-ayat   Muhkam     dan
Mutasyabihmerupakan salah satu daripadabidang nya iaitu mempelajari ayat-ayat Al-Quran
adalah terdiri daripada ayat-ayat yang Muhkam dan ayat-ayat yang Mutasyabih. Ayat-ayat
yang muhkam adalah ayat-ayat yang jelas dan terang pengertiannya. Manakala ayat-ayat
yang Mutasyabih adalah ayat-ayat yang tidak jelas pengertiannya. Pengertiannya hanya dapat
difahami oleh golongan yang mengadakan pengkajian yang mendalam atau pun
pengertiannya hanya dapat diketahui oleh Allah s.w.t. Ilmu ini menjelaskan mana ayat yang
dipandang Muhkam dan mana pula yang dikatakan Mutasyabihat.

         Kandungan Al-Quran ada yang terdiri daripada ayat yang menunjukkan bahawa
kesemuanya adalah Muhkam yang mana kesemua ayatnya tidak terdapat kelemahan dari
sudut lafaz atau kecacatan pada maknanya. Contohnya Surah Hud, ayat 1 :




 Maksudnya : Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan
tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan
  itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuaanya.

         Selain itu, terdapat juga ayat yang menunjukkan kesemuanya Mutasyabih yang mana
ia adalah Mutasyabih dari konse ia menyerupai antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam
susunan dan keelokannya. Kesempurnaan Mutasyabih ayat Al-Quran tersebut sampai ke
tahap I’jaz pada lafaz-lafaz dan makna-maknanya. Sehinggakan kita tidak mampu
melebihkan antara kalimah-kalimahnya atau ayat-ayatnya dari sudut tarikan, kehalusan
mahupun I’jaz. Sebagai contoh Surah al-Zummar, ayat 23 :




                               2 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
Maksudnya : Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang
     bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan
indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana
mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yangtakut kepada Tuhan mereka
  menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati
 merekamenerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah Allah; Allah memberi
hidayah dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
 peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang
   salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

       Manakala dalam ayat-ayat tertentu, terkandung didalamnya sebahagian Muhkam dan
sebhagiannya Mutasyabih yang mana sebahagian ayat Al-Quran memberi makna petunjuk
yang jelas mengikut kehendak Allah s.w.t. Manakala sebahagiannya lagi petunjuknya
tersembunyi sebagai contoh Surah Ali Imran, ayat 7 :




Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
  Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan


                              3 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi
 Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak
terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati
  masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah
kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari
  fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).
 Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan
Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu
ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami".
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran.




1.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan & Huraian Maksud




Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan
nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi
Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak
terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati
masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah
kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari
fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).
Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan
Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu




                             4 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami".
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran.




Huraian/ Keterangan Surah Ali Imran Ayat 7 :

       Surah Ali Imran ayat 7 adalah menjelaskan tentang pembahagian ayat-ayat Al-Quran.
Dalam Tafsir Ibn Kathir, diterangkan bahawa Allah s.w.t. menyatakan di dalam Al-Quran
terdapat ayat-ayat Muhkam, yang semuanya merupakan Ummul Kitab, yakni terang dan jelas
pengertiannya. Tiada seorang pun yang mempunyai pemahaman yang keliru tentangnya.
Manakala bahagian yang lain dari kandungan Al-Quran adalah ayat-ayat Mutasyabih (yang
samar) pengertiannya bagi kebanyakan orang atau sebahagian daripada mereka. Namun
sekiranya seseorang itu mengembalikan hal yang Mutasyabih kepada dalil yang jelas dari Al-
Quran, serta memutuskan dengan ayat yang Muhkam ke atas ayat yang Mutasyabih, maka
sesungguhnya orang tersebut mendapat petunjuk. Namun, sekiranya seseorang itu
memutuskan yang Mutasyabih ke atas yang Muhkam, maka sesatlah dia.

       Mengenai ayat yang dikatakan Mutasyabih, maka tidak seorang pun yang mengetahui
maksudnya yang hakiki kecuali Allah s.w.t sahaja mengetahuinya. Manakala orang yang
tetap pendirian dan mempunyai pegangan ilmu yang mendalam mereka tetap beriman dengan
ayat Mutasyabih.

       Namun ada di kalangan manusia sengaja mencari dan mengikut ayat Mutasyabih
mengenai agama dengan tujuan menimbulkan fitnah, huru-hara dan mengelirukan
pengikutnya. Hal seperti ini terjadi di kalangan masyarakat Nasrani yang memandai-mandai
mentafsirkan kalam Allah s.w.t. Mereka mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Isa a.s. itu ialah kalimah Allah s.w.t. yang dicampakkan kepada Maryam. Isa a.s. juga
menurutnya adalah ruh kurniaan Allah. Mereka mentafsirkan bahawa Isa a.s. itu anak Allah
s.w.t. dan Isa a.s. sebahagian daripada zat Allah s.w.t. Mereka telah meninngalkan ayat-ayat
Muhkam yang jelas dan nyata sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

        Isa a.s. itu hanyalah hamba kami yang telah kami berikan nikmat kepadanya.

Jelas kepada kita bahawa ayat ini menyatakan yang Isa a.s. itu hamba Allah s.w..t. dan
seorang rasul.




                              5 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
Dalam perkara ini, ayat Mutasyabih yang kemungkinan boleh mengelirukan orang
ramai, perlulah ditolak kekeliruan itu dengan mencari penjelasan daripada ayat-ayat lain yang
mana lebih jelas. Sebaliknya orang yang ada kecenderungan dalam hatinya iaitu ke arah
kesesatan sudah tentu akan menolak kebenaran lalu menerima kesesatan. Oleh itu, mereka
akan mengikut yang samar-samar tersebut sehingga mengakibatkan mereka sesat. Justeru,
Allah s.w.t. berfirman menjelaskan doa orang yang mantap pengetahuannya dan memohon
agar tidak terpesong daripada kebenaran.




  Maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata) : “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau
   memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah
    kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang
                  melimpah-limpah pemberianNya”. (Surah Ali Imran :8)




1.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih

       Menurut etimologi Muhkam ialah sesuatu hal yang baik atau suatu ungkapan yang
maksudnya tidak mungkin diganti atau diubah.
       Manakala Mutasyabih menurut etimologi ialah persamaan atau kesamaran yang
mengarah kepada kerupaan.
       Menurut istilah (terminologi) pula, Muhkam adalah ayat-ayat yang boleh diketahui
tafsirannya serta difahami maknanya sama ada melalui takwil (metafora) atau tidak.
       Manakala Mutasyabih menurut istilah (terminologi) ialah maksud sesuatu ayat itu
hanya Allah yang mengetahuinya. Contohnya kedatangan hari Kiamat dan huruf-huruf
Muqattaa’h.




                               6 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
1.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat Mutasyabih

   Terdapat banyak perbezaan pendapat berkenaan dengan pengertian Muhkam dan
Mutasyabih. Berikut adalah senarai pengertian tersebut :

   i.        Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya, sedangkan Mutasyabih
             hanyalah diketahui maksudnya oleh Allah Taala sendiri.
   ii.       Muhkam adalah ayat yang hanya mengandungi satu wajah, sedangkan Mutasyabih
             mengandungi banyak wajah.
   iii.      Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa
             memerlukan keterangan lain, sedangkan Mutasyabih memerlukan penjelasan
             dengan merujuk kepada ayat-ayat lain.




2. AYAT-AYAT MUTASYABIH

          Secara umumnya berlakunya Mutasyabih adalah disebabkan kesamaran makna dalam
lafaz atau kesamaran dalam makna atau kesamaran dalam kedua-dua sekali pada makna dan
lafaznya.

2.1 Pembahagian Mutasyabih

          Menurut Al-Raghib Mutasyabih terbahagi kepada tiga perkara iaitu pertamanya
perkara yang tidak dapat diketahui oleh manusia seperti waktu berlakunya hari Qiamat,
keluar Rabbah dan sebagainya., kedua perkara yang diketahui oleh manusia seperti pada
lafaz-lafaz yang pelik. Ketiga, perkara yang hanya diketahui oleh ulamak sebagai contoh doa
Rasulullah s.a.w. kepada Ibn A’bbas seperti berikut :




    Maksudnya : Ya Allah fahamkannya dengan kefahaman agama yang mendalam dan
                                    ajarkannya ilmu ta’wil.




                                7 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
2.2 Ayat Mutasyabih (Surah Ali Imran , ayat 7) : Mazhab Salafi& Mazhab Khalafi

i. Mazhab Salafi

       Terdapat perselisihan mazhab yang mana ia terbahagi kepada mazhab Salafi dan
mazhab Khalafitentang terhadap ayat-ayat Mutasyabih antaranya :

     Mazhab Salafi iaitu ulama yang mempercayai dan mengimani ayat-ayat Mutasyabih
dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah semata-mata. Ini merupakan pendekatan Tafwidh
Ilallah. Mereka menyucikan Allah daripada pengertian-pengertian yang bertentangan atau
yang mustahil bagi Allah s.w.t. dan sebaliknya mengimani Mutasyabih sebagaimana yang
terkandung atau sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran. Selain daripada mazhab
Salaf ini, mazhab Ahli al-Sunnah Wal-Jama’ah kalangan Mutakallimin turut berpendapat
bahawa nash Mutasyabih tersebut tidak memerlukan tafsiran secara qat’i atau zanni.
Sebaliknya mereka hanya menyerahkan pentafsiran ayat Mutasyabih tersebut sepenuhbya
kepada Allah s.w.t.. Demikian juga yang dilakukan oleh majoriti Salaf seperti Abu Hassan
Al-Asy’arid Al-Maturidi telah menyerahkan pengertian/maknanya kepada Allah s.w.t. Ini
adalah pendekatan Tafwidh sebagaimana firman Allah s.w.t. :




              “Tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah”. (Surah Ali Imran :7)

     Namun terdapat juga ulama Salafi yang terdiri daripada sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in
r.a. yang mengambil langkah untuk mentafsirkannya. Allah s.w.t memberi peluang kepada
hambaNya yang memiliki katajaman fikiran, fitrah yang bersih, akal yang cerdas, lughoh
yang baligh dan memiliki kekuatan mujahadah untuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabih
dengan petunjuk daripada Allah s.w.t. sebagaimana Allah berfirman :




       Maksudnya :Dan tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang
                           rusukh ilmunya”(Surah Ali Imran :7)

     Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah memberi petunjukNya kepada mereka
yang dikehendakiNya untuk memahami makna yang layak bagi Allah dan memahami makna
yang dikehendaki Allah melalui kaedah takwil. Sebagai contoh Ali, Ibn Mas’ud, Ibn A’bbas



                              8 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
dan Umm Slamah. Kebanyakan takwil yang mereka lakukan itu adalah bertujuan menjawab
soalan yang ditimbulkan oleh orang ramai dan atas desakan suasana. Takwil tersebut adalah
kebanyakan berpandukan kepada         Sunnah sebagai rujukan.Sebagaimana kata-kata Umar
berikut :

      “Sesungguhnya pada hari muka, pasti akan lahir segolongan manusia yang akan
berdebat dengan kamu tentang Mutasyabih al-Quran. Oleh itu, matikan hujah mereka dengan
Sunnah. Sesungguhnya orang yang paling mengetahui Sunnah lebih mengetahui al-Quran.

      Jadi, kedua-dua aliranyang dipilih oleh ulama-ulama Salafi iaitu menyerahkan
maknanya sepenuhnya kepada Allah (Tafwidh Ilallah) dan juga ulama-ulama Salafi yang
lebih cenderung untuk menta’wilnya dengan izin dan peluang daripada Allah s.w.t. adalah
bersepakat untuk mengimani ayat-ayat Mutasyabih tersebut.

ii. Mazhab Khalafi

        Mazhab Khalafi merupakan golongan ulama yang berada pada selepas 3 abad pertama
Hijrah. Ulama-ulama Khalafi pula menggunakan pendekatan Takwiliaitu memberikan
maknatertentu kepada ayat-ayat Mutasyabih bagi menyucikan Allah daripada menyerupai
sifat makhluk sebagai contoh berlokasi dan beranggota dengan berpandukan nash-nash
Muhkam yang lain. Justeru, bagi mereka mengekalkan makna zahir ke atas ayat-ayat
Mutasyabih adalah mustahil bagi mereka sebaliknya ta’wil atau merubah daripada makna
zahir itu adalah wajib bagi mereka.

        Faktor utama kebangkitan mazhab ini adalah penyebaran Islam dan perkembangannya
yang semakin meluas. Pertembungan bahasa-bahasa selain bahas Arab dan juga merosotnya
kefasihan berbahasa Arab telah menyebabkan ulama-ulama Khalafi merasa bimbang dengan
kesesatan atau condong hati ke arah kesesatan di kalangan orang ramai lalu memahami ayat-
ayat Mutasyabih dengan makna yang salah. Ia berlaku bukan sahaja di kalangan orang bukan
Arab (‘Ajam) tetapi turut berlaku di kalangan orang Arab sendiri.

      Oleh itu, ulama-ulama Khalafi telah memberi makna tertentu ke atas ayat-ayat
Mutasyabih sebagaimana diantara aliran atau metod yang diaplikasi oleh mazhab Salafi.
Dengan berpandukan ayat Muhkam, ualama-ulama Khalafi memberi makna yang bersesuaian
kepada Ayat Mutasyabih.Mereka memberi makna yang benar dan boleh diterima sebagai ayat
Mutasyabih. Namun wujud golongan yang enggan menta’wilkan ayat-ayat Mutashabih. Ini
kerana mereka berpendapat bahawa perkara ini akan cenderung kapada penjisiman Allah.


                               9 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
Sungguhpun demikian, ulama-ulama Khalafi sangat berharap dengan adanya kaedah
serta skop perbahasan tentang Mutasyabih tersebut mampu membantu uamt Islam untuk
memahami ayat-ayat AL-Quran seterusnya mengamati kebesaran Allah s.w.t.

     Dengan itu kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayat mUtasyabih telah
mendorong kepada melusnya perbahasan dalam bidang Mutasyabi ini. Pendekatan Takwil
mahupun Tafwidkedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t.




2.3Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat Mutasyabih
       Ketika zaman Rasulullah s.a.w, semua kekeliruan dan persoalan yang berkaitan
dengan lafaz dan makna yang terkandung dalam Al-Quran adalah dirujuk kepada Rasulullah
s.a.w dan ini menyumbang kepada penghayatan makna ayat-ayat Al-Quran yang tinggi, teguh
dan jelas. Apabila wujud kesamaran pada makna ayat, Baginda akan mentafsir ayat tersebut
dengan ayat al-Quran yang lain. Kemudian barulah baginda beralih kepada Hadis Rasulullah
untuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabih. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


“Segala yang diperkatannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu
                    Yang diwahyukan kepadaNya”.(Surah al-Najm :4)




2.4 Hikmat-hikmat Mutasyabih

       Terdapat beberapa hikmah kewujudan ayat-ayat Mutasyabih dalam Al-Quran
berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para Ulama antaranya :
   i. Hikmah Mutasyabih untuk perkara yang hanya diketahui Allah s.w.t antaranya ialah
       rahmat Allah a.w.t. terhadap manusia yang daif, lemah serta tidak mampu mengetahui
       semua perkara. Sebagai contoh Allah s.w.t telah menyembunyikan bila berlakunya
       hari Kiamat sebagai rahmat kepada manusia agar sentiasa bersiap sedia
       menghadapinya. Selain itu sebagai ujian adakah manusia beriman dengan perkara-
       perkara ghaib. Orang yang mendapat petunjuk akan beriman dengannya walaupun
       tidak mengetahuinya secara tepat. Sebaliknya, orang yang berhati buruk kekal
       mengingkarinya. Seterusnya mutasyabih menjadi dalil dan bukti bahawa manusia
       adalah lemah dan jahil walaupun mempunyai ilmu. Mutasyabih juga menjadi bukti




                             10 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
keesaan    kudrat   Allah    s.w.t.   dan   hanya    Dia   yang    Maha     Mengetahui.




                Maksudnya : Malikat itu menjawab : “ Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami
                tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
                  kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha
                                   Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah : 32)

ii.    Dengan adanya Mutasyabih, manusia menjalankan kajian dan pembelajaran
       tentangnya sehingga mampu mencapai dan mengetahui Mutasyabih tersebut.
iii. Mutasyabih tersebut hanya diketahui di kalngan ulamak.
iv.    Sebagai ujian dan dugaan terhadap kekuatan keimanan umat Islam. Sebagaimana
       Allah berfirman ( Surah Ali Imran : 7) antaranya bermaksud :
       “ Sesungguhnya orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka
       mengikuti ayat-ayat yang Mutasyabih untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-
                                            cari takwilnya”.


v. Membuktikan kepada manusia akan kekuasaan dan kebesaran Allah melalui ilmu
      ilmunya. Sedang manusia tergambar kekurangan dan kedaifannya. Walau hebat
      sekalipun usaha manusia itu, namun masih terdapat kekurangan dan kelemahan.
      Sedangkan malaikat pun tidak mengetahuinya. Buktinya dalam Surah AL-Baqarah :
      32 yang bermaksud :
             “Mereka menjawab” Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain
          daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah
                            yang maha mengetahui dan maha bijaksana”.


vi. Kewujudan Mutasyabih dapat mendorong uasaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu
      pengetahuan. Seterusnya dengan kewujudan Mutasyabih yang mempunyai makna dan
      pelbagai uslub, ia dapat menggalakkan umat Islam mengkaji pelbagai disiplin ilmu
      seperti bahan kimia, fizik, astronomi, teknik, geografi kedotoran dan lain-lain lagi.




                             11 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
vii.   Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan penggabungan dalil-dalil Naqli dan
           Aqli. Mereka yang ingin mengkaji ayat-ayat Mutasyabih akan melengkapkan
           dirinya dengan ilmu-ilmu pengetahuan umum dan ilmu-ilmu agama. Dengan
           penggabungan dalil Naqli dan Aqli tersebut, maka akan berkembanglah penafsiran
           yang lebih baik.


     viii. Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan I’jaz Al-Quran. Ini menggalakkan
            manusia membuat kajian dan pengamatan terhadap setiap kalimat Mutasyabihat
            tersebut. Sehinnga memasuki bidang ilmu Balaghah iaitu ilmu yang
            membincangkan ketinggian sastera serta rahsia-rahsianya. Antara perbincangan
            yang berkaitan dengannya ialah ijaz, itnab, musawah, taqdim, ta’khir, al-dhikr, al-
            hazf, haqiqah, majaz dan lain-lain lagi.




2.5 Hikmat-hikmatMuhkamat

       Ayat-ayat Muhkamat mempunyai beberapa hikmat atau kekuatan fungsinya iaitu
menjadi rahmat kepada umat Islam. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang tidak mempunyai
kemampuan bahasa Arab yang tinggi. Mereka akan mudah memahami sesuatu maksud dan
pengertian sesuatu ayat. Ini adalah kerana ayat Muhkam mudah, terang dan jelas difahami
kehendaknya.

       Selain itu, umat Islam mudah melaksanakan perintah Allah s.w.t. berdsarkan ayat
yang sudah jelas dan nyata makna dan kehendaknya.

       Demikian juga ayat-ayat Muhkam tersebut mendorong manusia memahami dan
menghayati perintah Al-Quran dan dengan kefahaman yang jelas mereka terus mengamalkan
kandungannya.

       Seterusnya memudahkan kita mempelajari isi Al-Quran. Dengan maksud ayat yang
jelas dan lafaz-lafaznya amat mudah difahami menyebabkan kita sebagai umat Islam tidak
lagi menghadapi kesusahan dalam mempelajari isi kandungan Al-Quran.

       Tidak ketinggalan juga, ayat-ayat Muhkam tersebut memudahkan penafsiran. Para
pentafsir tidak perlu bersusah payah untuk mencari takwilan kepada ayat-ayat tersebut ekoran




                               12 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
jelasnya semua lafaz yang terkandung pada ayat tersebut. Inimemudahkan mereka mentafsir
atau memberi penjelasan terhadap maksud ayat-ayat Al-Quran.

       Tidak lupa juga kepada para dae’i atau pendakwh dan barisan guru-guru. Ayat-ayat
Muhkam membantu mereka menerangkan isi kandungan kitab suci Al-Quran kerana ia telah
pun jelas dan terang maknanya.

       Hikmat seterusnya ialah mempercepat hafazan ayat-ayat Al-Quran. Kefahamana ayat-
ayat yang sangat kuatdan ayat-ayat yang mudah difahami sudah tentu akan memudahkan
proses hafalan ayat-ayat Al-Quran.




3. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAH KETUHANAN MENGIKUT
  TAKWILAN MAZHAB SALAFI DAN MAZHAB KHALAFI


       Ayat-ayat Mutasyabih banyak menyentuh kepada bidang akidah antaranya :


 i. Surah Al-Fajr ayat 22 :




     Maksudnya : “ dan (perintah) Tuhan mu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris
                              (siap sedia menjalankan perintah)”.
  Ulama Salafi : Imam Ahmad mentakwil Surah al-Fajr ayat 22 dengan menyatakan makna
  “datanglah pahala dari Tuhan.. Manakala Imam Malik pula mentakwilnya dengan rahmat
  yang Allah turunkan.




                              13 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
ii. Surah Al-Qalam ayat 42 :



    Maksudnya: “(Ingatkalah orang-orang yang yidak beriman) akan masa dideahkan
    kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka
                               tidak dapat melakukannya”.


Ulama Salafi : Ibn Abbas, Mujahid, Ibrahim an-Nakh’I, Qatadah, Sa’id Ibn Jubayr dan

jumhur Ulama yang lain telah mentakwilkan kalimah          sebagai ‘suatu kesulitan’, jadi

makna ayat menjadi ‘hari yang penuh ketakutan dan kesulitan’.




iii. Surah al-Baqarah ayat 115 :




   Maksudnya : “dan Allah jualah yang memiliki Timur dab Barat, maka ke mana sahaja
   kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah arah yang diredai
      Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmaynya dan limpah kurniaNya), lagi
                                   sentiasa mengetahui”.


 Imam Mujahid menyatakan bahawa           pada makna membawa maksud Qiblat.




                          14 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
iv. Surah al-Baqarah : 29




       Maksudnya : Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,
           kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu
       dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap
                                            sesuatu.
    Imam Sufyan Al-Thaurin mentakwilkan kalimah             dengan maksud ‘berkehendak
    menciptakan langit.


   iv. Surah Taha ayat 5 :




             Maksudnya :Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada
       di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah
                                         di perut bumi.

 Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fath al-Bari menyatakan bahawa             bermaksud

    irtifa’ iaitu naik atau meninggi. Manakala menurut pendapat Ahli Sunnah Wal Jama’ah

           bermaksud a’la wa irtifaa’ (meninggi dan naik). Ini kerana sifat Allah Yang

    Maha Tinggi.


       Mazhab Salafi dan Mazhab Khalafi merupakan mazhab yang benar dan sentiasa
membuktikan kebesaran Allah s.w.t dan tidak menyamakan Allah dengan sesuatu yang tidak
layak bagiNya. Mereka mentakwilkan ayat-ayat Mutasyabih dengan makna yang tidak
bercanggah dengan kehendak dan perintah Allah s.w.t sebaliknya ia sesuai dari sudut bahasa
dan agama Islam. Sebelum ini, ketika zaman Salafi, persoalan tentang ayat Mutasyabih tidak
begitu banyak berbanding ketika zaman Khalafi yang lahir banyak aliran pemikiran serta
meluasnya kewujudan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu Balaghah yang banyak



                              15 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
membincangkan ilmu majaz, tasybih dan istia’rah. Tidak hairanlah ketika zaman Khalafi
tersebut, pentakwilan menjadi suatu keperluan bagi menjawab propaganda yang
dikemukakan oleh mereka yang menentang Islam.




RUMUSAN


       Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa ayat-ayat Mutasyabih itu berada
pada dua peringkat iaitu Mutasyabih yang tidak boleh diketahui maknanya dengan apa cara
sekalipun dan ayat-ayat Mutasyabih yang boleh diketahui maknanya oleh Ulama melalui
kaedah-kaedah yang tertentu seperti merujuk kepada Sunnah. Mutasyabih boleh dikelaskan
kepada tiga bahagian iaitu semua manusia tidak mengetahui perkara yang berkaitan dengan
zat Allah kerana ianya tersimpan di sisi Allah dan seterusnya manusia hanya mampu
mencapai dan mengetahuinya melalui kajian dan pembelajaran. Pendekatan Takwil mahupun
Tafwidkedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t. dan tidak menyifatkan
sesuatu yang tidak layak bagiNya. Kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayat
mutasyabih telah mendorong kepada meluasnya perbahasan dalam bidang Mutasyabih ini.
Ayat Muhkam pula menjadi petunjuk yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh. Ia juga boleh
diketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil dan ianya memadai tanpa
memerlukan keterangan lain. Allah s.w.t menjadikan ayat-ayat Al-Quran itu sebahagiannya
Muhkam dan sebahagiannya Mutasyabih telah memberi ruang kepada setiap mazhab untuk
berusaha dalam membenarkan mazhab masing-masing. Sesungguhnya golongan yang benar-
benar mengambil pelajaran dan peringatan adalah golongan yang beriman dan berfikir.




                            16 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
BIBILIOGRAFI


Abdullah Yusuf Ali. (1991). Al-Quran al-Karim : Terjemahan Dan Huraian Maksud,
       Terjemahan Uthman El- muhammady. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.



Ahmad Kamarudin Ibrahim et.al. (2011). HBQE1103 Ulum Al-Quran. Open University
      Malaysia (OUM).




Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani. (2002). Fathul Baari Syarah : Sahih Al-Bukhari, Book
      6. Jakarta : Pustaka Azzam.




Drs Abdul Ghani Azmi Haji Idris. (2003). Mengenal Al-Quran Dan Asas-asas Ulum Al-
      Quran. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers




Mohd Yusoh Ibrahim. (1992). Tafsir Al-Quran : Pertumbuhan Dan Perkembangan 1 – 150H.
      Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.




Sayyid Quthb. (2001). Tafsir Fi Zhilalil Quran, Dibawah Naungan Al-Quran Jilid 2,
      Terjemahan As’ad Yassin et.al. Jakarta : Gema Insani Press.




                            17 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahHafiz Zakaria
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadithwmkfirdaus
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinZafirah Abdullah
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWHalim Sallehuddin
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamMahyuddin Khalid
 
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziTafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziNurul Farhana
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
27.9.2012 hadis palsu
27.9.2012   hadis palsu 27.9.2012   hadis palsu
27.9.2012 hadis palsu Angah Rahim
 
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHMETADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHWanMohamadZulhilmi1
 

Mais procurados (20)

Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & Nakirah
 
NOTA TADABBUR SURAH AL-MUKMINUN (AYAT 1-50)
NOTA TADABBUR SURAH AL-MUKMINUN (AYAT 1-50)NOTA TADABBUR SURAH AL-MUKMINUN (AYAT 1-50)
NOTA TADABBUR SURAH AL-MUKMINUN (AYAT 1-50)
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziTafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Ijmak
IjmakIjmak
Ijmak
 
Hadis Dhaif
Hadis DhaifHadis Dhaif
Hadis Dhaif
 
Fiil Sohih & Mu'tal
Fiil Sohih & Mu'talFiil Sohih & Mu'tal
Fiil Sohih & Mu'tal
 
27.9.2012 hadis palsu
27.9.2012   hadis palsu 27.9.2012   hadis palsu
27.9.2012 hadis palsu
 
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHMETADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
 

Destaque

Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 
Powerpoint kura2 brazil
Powerpoint kura2 brazilPowerpoint kura2 brazil
Powerpoint kura2 brazilMOHD AZHAR ALI
 
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2Lieya Rayyan
 
Jadual final v3 131
Jadual final  v3 131Jadual final  v3 131
Jadual final v3 131taripin
 
BBM Membuat Binaan
BBM Membuat BinaanBBM Membuat Binaan
BBM Membuat BinaanNor Shahirah
 
Kitaran haiwan
Kitaran haiwanKitaran haiwan
Kitaran haiwanyongwaipui
 

Destaque (8)

Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
Powerpoint kura2 brazil
Powerpoint kura2 brazilPowerpoint kura2 brazil
Powerpoint kura2 brazil
 
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
 
Jadual final v3 131
Jadual final  v3 131Jadual final  v3 131
Jadual final v3 131
 
Spe Bab6
Spe Bab6Spe Bab6
Spe Bab6
 
BBM Membuat Binaan
BBM Membuat BinaanBBM Membuat Binaan
BBM Membuat Binaan
 
Kitaran haiwan
Kitaran haiwanKitaran haiwan
Kitaran haiwan
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 

Semelhante a Ayat Muhkam dan Mutasyabih

Semelhante a Ayat Muhkam dan Mutasyabih (20)

Copy of bab ii2
Copy of bab ii2Copy of bab ii2
Copy of bab ii2
 
Makalah manthuq dan mafhum
Makalah manthuq dan mafhumMakalah manthuq dan mafhum
Makalah manthuq dan mafhum
 
Makalah manthuq dan mafhum
Makalah manthuq dan mafhumMakalah manthuq dan mafhum
Makalah manthuq dan mafhum
 
Ayat muhkam
Ayat muhkamAyat muhkam
Ayat muhkam
 
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Kokoh Yeri Kustioro. SM II PMI-A FDK UINSU 20...
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Kokoh Yeri Kustioro. SM II PMI-A FDK UINSU 20...TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Kokoh Yeri Kustioro. SM II PMI-A FDK UINSU 20...
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Kokoh Yeri Kustioro. SM II PMI-A FDK UINSU 20...
 
Ulumul Qur'an-09_S2PAI.docx
Ulumul Qur'an-09_S2PAI.docxUlumul Qur'an-09_S2PAI.docx
Ulumul Qur'an-09_S2PAI.docx
 
Makalah metodologi
Makalah metodologiMakalah metodologi
Makalah metodologi
 
Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat.pdf
Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat.pdfAyat Muhkamat dan Mutasyabihat.pdf
Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat.pdf
 
Modul 10 kb 1
Modul 10 kb 1Modul 10 kb 1
Modul 10 kb 1
 
Makalah muhkam & mutasyabi
Makalah muhkam & mutasyabiMakalah muhkam & mutasyabi
Makalah muhkam & mutasyabi
 
Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat.docx
Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat.docxAyat Muhkamat dan Mutasyabihat.docx
Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat.docx
 
Sunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islamSunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islam
 
Sumber Hukum Islam ( Sub - AlQuran )
Sumber Hukum Islam ( Sub - AlQuran )Sumber Hukum Islam ( Sub - AlQuran )
Sumber Hukum Islam ( Sub - AlQuran )
 
Al muhkam wa al mutasyabih
Al muhkam wa al mutasyabihAl muhkam wa al mutasyabih
Al muhkam wa al mutasyabih
 
Modul 10 kb 2
Modul 10 kb 2Modul 10 kb 2
Modul 10 kb 2
 
Al-Munasabah
Al-MunasabahAl-Munasabah
Al-Munasabah
 
PPT Materi 1 kelompok 2
PPT Materi 1 kelompok 2PPT Materi 1 kelompok 2
PPT Materi 1 kelompok 2
 
Ma'ani al-quran
Ma'ani al-quranMa'ani al-quran
Ma'ani al-quran
 
Fungsi Hadits dan Hubungannya Dengan Al-Qur'an
Fungsi Hadits dan Hubungannya Dengan Al-Qur'anFungsi Hadits dan Hubungannya Dengan Al-Qur'an
Fungsi Hadits dan Hubungannya Dengan Al-Qur'an
 
Bab dua
Bab duaBab dua
Bab dua
 

Mais de Norafsah Awang Kati

Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Norafsah Awang Kati
 
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Norafsah Awang Kati
 
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Norafsah Awang Kati
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURNorafsah Awang Kati
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURNorafsah Awang Kati
 
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Norafsah Awang Kati
 
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirNorafsah Awang Kati
 
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirNorafsah Awang Kati
 
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinTugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinNorafsah Awang Kati
 
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
Tugasan maharah kitabah   jinang hussienTugasan maharah kitabah   jinang hussien
Tugasan maharah kitabah jinang hussienNorafsah Awang Kati
 
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah   Jinang HussienTugasan Maharah Kitabah   Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah Jinang HussienNorafsah Awang Kati
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamNorafsah Awang Kati
 

Mais de Norafsah Awang Kati (20)

Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
 
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
 
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
 
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
 
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
 
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
 
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016
FORMAT RPH KSSR BA 2016FORMAT RPH KSSR BA 2016
FORMAT RPH KSSR BA 2016
 
FORMAT RPH KSSR PI 2016
FORMAT RPH KSSR PI 2016FORMAT RPH KSSR PI 2016
FORMAT RPH KSSR PI 2016
 
Kandungan fail rph 2016
Kandungan fail rph 2016Kandungan fail rph 2016
Kandungan fail rph 2016
 
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
 
Rpt ba tahun 4 kssr 2016
Rpt ba tahun 4 kssr 2016Rpt ba tahun 4 kssr 2016
Rpt ba tahun 4 kssr 2016
 
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
 
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
 
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinTugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
 
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
Tugasan maharah kitabah   jinang hussienTugasan maharah kitabah   jinang hussien
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
 
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah   Jinang HussienTugasan Maharah Kitabah   Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
 

Último

Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 

Último (20)

Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 

Ayat Muhkam dan Mutasyabih

  • 1. ISI KANDUNGAN ___________________________________________________________________________ 1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH 2 1.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan &Huraian/ Keterangan Ayat 2 1.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih 4 1.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat Mutasyabih 6 2. AYAT-AYAT MUTASYABIH 7 2.1 Pembahagian Mutasyabih 7 2.2 Metodologi Penerangan Ayat Mutasyabih(Ali Imran: 7) : 8 Metodolog Salafi &Metodologi Khalafi 2.3Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat Mutasyabih 10 2.4 Hikmat-hikmat Mutasyabih 10 2.5 Hikmat-hikmat Muhkamat 12 3. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAHKETUHANAN 13 MENGIKUTTAKWILAN MAZHAB SALAFI & MAZHAB KHALAFI RUMUSAN 16 BIBILIOGRAFI 17 1 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 2. 1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH Allah menurunkan Al-Quran kepada hambaNya sebagai panduan, pegangan dan pemberi peringatan semesta alam. Ia juga menggariskan kepada hambaNya akidah yang benar. Melihat kepada Ulum Al-Quran, mengetahui ayat-ayat Muhkam dan Mutasyabihmerupakan salah satu daripadabidang nya iaitu mempelajari ayat-ayat Al-Quran adalah terdiri daripada ayat-ayat yang Muhkam dan ayat-ayat yang Mutasyabih. Ayat-ayat yang muhkam adalah ayat-ayat yang jelas dan terang pengertiannya. Manakala ayat-ayat yang Mutasyabih adalah ayat-ayat yang tidak jelas pengertiannya. Pengertiannya hanya dapat difahami oleh golongan yang mengadakan pengkajian yang mendalam atau pun pengertiannya hanya dapat diketahui oleh Allah s.w.t. Ilmu ini menjelaskan mana ayat yang dipandang Muhkam dan mana pula yang dikatakan Mutasyabihat. Kandungan Al-Quran ada yang terdiri daripada ayat yang menunjukkan bahawa kesemuanya adalah Muhkam yang mana kesemua ayatnya tidak terdapat kelemahan dari sudut lafaz atau kecacatan pada maknanya. Contohnya Surah Hud, ayat 1 : Maksudnya : Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuaanya. Selain itu, terdapat juga ayat yang menunjukkan kesemuanya Mutasyabih yang mana ia adalah Mutasyabih dari konse ia menyerupai antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam susunan dan keelokannya. Kesempurnaan Mutasyabih ayat Al-Quran tersebut sampai ke tahap I’jaz pada lafaz-lafaz dan makna-maknanya. Sehinggakan kita tidak mampu melebihkan antara kalimah-kalimahnya atau ayat-ayatnya dari sudut tarikan, kehalusan mahupun I’jaz. Sebagai contoh Surah al-Zummar, ayat 23 : 2 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 3. Maksudnya : Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yangtakut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati merekamenerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah Allah; Allah memberi hidayah dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. Manakala dalam ayat-ayat tertentu, terkandung didalamnya sebahagian Muhkam dan sebhagiannya Mutasyabih yang mana sebahagian ayat Al-Quran memberi makna petunjuk yang jelas mengikut kehendak Allah s.w.t. Manakala sebahagiannya lagi petunjuknya tersembunyi sebagai contoh Surah Ali Imran, ayat 7 : Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan 3 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 4. nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran. 1.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan & Huraian Maksud Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu 4 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 5. ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran. Huraian/ Keterangan Surah Ali Imran Ayat 7 : Surah Ali Imran ayat 7 adalah menjelaskan tentang pembahagian ayat-ayat Al-Quran. Dalam Tafsir Ibn Kathir, diterangkan bahawa Allah s.w.t. menyatakan di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat Muhkam, yang semuanya merupakan Ummul Kitab, yakni terang dan jelas pengertiannya. Tiada seorang pun yang mempunyai pemahaman yang keliru tentangnya. Manakala bahagian yang lain dari kandungan Al-Quran adalah ayat-ayat Mutasyabih (yang samar) pengertiannya bagi kebanyakan orang atau sebahagian daripada mereka. Namun sekiranya seseorang itu mengembalikan hal yang Mutasyabih kepada dalil yang jelas dari Al- Quran, serta memutuskan dengan ayat yang Muhkam ke atas ayat yang Mutasyabih, maka sesungguhnya orang tersebut mendapat petunjuk. Namun, sekiranya seseorang itu memutuskan yang Mutasyabih ke atas yang Muhkam, maka sesatlah dia. Mengenai ayat yang dikatakan Mutasyabih, maka tidak seorang pun yang mengetahui maksudnya yang hakiki kecuali Allah s.w.t sahaja mengetahuinya. Manakala orang yang tetap pendirian dan mempunyai pegangan ilmu yang mendalam mereka tetap beriman dengan ayat Mutasyabih. Namun ada di kalangan manusia sengaja mencari dan mengikut ayat Mutasyabih mengenai agama dengan tujuan menimbulkan fitnah, huru-hara dan mengelirukan pengikutnya. Hal seperti ini terjadi di kalangan masyarakat Nasrani yang memandai-mandai mentafsirkan kalam Allah s.w.t. Mereka mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Isa a.s. itu ialah kalimah Allah s.w.t. yang dicampakkan kepada Maryam. Isa a.s. juga menurutnya adalah ruh kurniaan Allah. Mereka mentafsirkan bahawa Isa a.s. itu anak Allah s.w.t. dan Isa a.s. sebahagian daripada zat Allah s.w.t. Mereka telah meninngalkan ayat-ayat Muhkam yang jelas dan nyata sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Isa a.s. itu hanyalah hamba kami yang telah kami berikan nikmat kepadanya. Jelas kepada kita bahawa ayat ini menyatakan yang Isa a.s. itu hamba Allah s.w..t. dan seorang rasul. 5 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 6. Dalam perkara ini, ayat Mutasyabih yang kemungkinan boleh mengelirukan orang ramai, perlulah ditolak kekeliruan itu dengan mencari penjelasan daripada ayat-ayat lain yang mana lebih jelas. Sebaliknya orang yang ada kecenderungan dalam hatinya iaitu ke arah kesesatan sudah tentu akan menolak kebenaran lalu menerima kesesatan. Oleh itu, mereka akan mengikut yang samar-samar tersebut sehingga mengakibatkan mereka sesat. Justeru, Allah s.w.t. berfirman menjelaskan doa orang yang mantap pengetahuannya dan memohon agar tidak terpesong daripada kebenaran. Maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata) : “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”. (Surah Ali Imran :8) 1.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih Menurut etimologi Muhkam ialah sesuatu hal yang baik atau suatu ungkapan yang maksudnya tidak mungkin diganti atau diubah. Manakala Mutasyabih menurut etimologi ialah persamaan atau kesamaran yang mengarah kepada kerupaan. Menurut istilah (terminologi) pula, Muhkam adalah ayat-ayat yang boleh diketahui tafsirannya serta difahami maknanya sama ada melalui takwil (metafora) atau tidak. Manakala Mutasyabih menurut istilah (terminologi) ialah maksud sesuatu ayat itu hanya Allah yang mengetahuinya. Contohnya kedatangan hari Kiamat dan huruf-huruf Muqattaa’h. 6 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 7. 1.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat Mutasyabih Terdapat banyak perbezaan pendapat berkenaan dengan pengertian Muhkam dan Mutasyabih. Berikut adalah senarai pengertian tersebut : i. Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya, sedangkan Mutasyabih hanyalah diketahui maksudnya oleh Allah Taala sendiri. ii. Muhkam adalah ayat yang hanya mengandungi satu wajah, sedangkan Mutasyabih mengandungi banyak wajah. iii. Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa memerlukan keterangan lain, sedangkan Mutasyabih memerlukan penjelasan dengan merujuk kepada ayat-ayat lain. 2. AYAT-AYAT MUTASYABIH Secara umumnya berlakunya Mutasyabih adalah disebabkan kesamaran makna dalam lafaz atau kesamaran dalam makna atau kesamaran dalam kedua-dua sekali pada makna dan lafaznya. 2.1 Pembahagian Mutasyabih Menurut Al-Raghib Mutasyabih terbahagi kepada tiga perkara iaitu pertamanya perkara yang tidak dapat diketahui oleh manusia seperti waktu berlakunya hari Qiamat, keluar Rabbah dan sebagainya., kedua perkara yang diketahui oleh manusia seperti pada lafaz-lafaz yang pelik. Ketiga, perkara yang hanya diketahui oleh ulamak sebagai contoh doa Rasulullah s.a.w. kepada Ibn A’bbas seperti berikut : Maksudnya : Ya Allah fahamkannya dengan kefahaman agama yang mendalam dan ajarkannya ilmu ta’wil. 7 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 8. 2.2 Ayat Mutasyabih (Surah Ali Imran , ayat 7) : Mazhab Salafi& Mazhab Khalafi i. Mazhab Salafi Terdapat perselisihan mazhab yang mana ia terbahagi kepada mazhab Salafi dan mazhab Khalafitentang terhadap ayat-ayat Mutasyabih antaranya : Mazhab Salafi iaitu ulama yang mempercayai dan mengimani ayat-ayat Mutasyabih dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah semata-mata. Ini merupakan pendekatan Tafwidh Ilallah. Mereka menyucikan Allah daripada pengertian-pengertian yang bertentangan atau yang mustahil bagi Allah s.w.t. dan sebaliknya mengimani Mutasyabih sebagaimana yang terkandung atau sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran. Selain daripada mazhab Salaf ini, mazhab Ahli al-Sunnah Wal-Jama’ah kalangan Mutakallimin turut berpendapat bahawa nash Mutasyabih tersebut tidak memerlukan tafsiran secara qat’i atau zanni. Sebaliknya mereka hanya menyerahkan pentafsiran ayat Mutasyabih tersebut sepenuhbya kepada Allah s.w.t.. Demikian juga yang dilakukan oleh majoriti Salaf seperti Abu Hassan Al-Asy’arid Al-Maturidi telah menyerahkan pengertian/maknanya kepada Allah s.w.t. Ini adalah pendekatan Tafwidh sebagaimana firman Allah s.w.t. : “Tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah”. (Surah Ali Imran :7) Namun terdapat juga ulama Salafi yang terdiri daripada sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in r.a. yang mengambil langkah untuk mentafsirkannya. Allah s.w.t memberi peluang kepada hambaNya yang memiliki katajaman fikiran, fitrah yang bersih, akal yang cerdas, lughoh yang baligh dan memiliki kekuatan mujahadah untuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabih dengan petunjuk daripada Allah s.w.t. sebagaimana Allah berfirman : Maksudnya :Dan tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang rusukh ilmunya”(Surah Ali Imran :7) Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah memberi petunjukNya kepada mereka yang dikehendakiNya untuk memahami makna yang layak bagi Allah dan memahami makna yang dikehendaki Allah melalui kaedah takwil. Sebagai contoh Ali, Ibn Mas’ud, Ibn A’bbas 8 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 9. dan Umm Slamah. Kebanyakan takwil yang mereka lakukan itu adalah bertujuan menjawab soalan yang ditimbulkan oleh orang ramai dan atas desakan suasana. Takwil tersebut adalah kebanyakan berpandukan kepada Sunnah sebagai rujukan.Sebagaimana kata-kata Umar berikut : “Sesungguhnya pada hari muka, pasti akan lahir segolongan manusia yang akan berdebat dengan kamu tentang Mutasyabih al-Quran. Oleh itu, matikan hujah mereka dengan Sunnah. Sesungguhnya orang yang paling mengetahui Sunnah lebih mengetahui al-Quran. Jadi, kedua-dua aliranyang dipilih oleh ulama-ulama Salafi iaitu menyerahkan maknanya sepenuhnya kepada Allah (Tafwidh Ilallah) dan juga ulama-ulama Salafi yang lebih cenderung untuk menta’wilnya dengan izin dan peluang daripada Allah s.w.t. adalah bersepakat untuk mengimani ayat-ayat Mutasyabih tersebut. ii. Mazhab Khalafi Mazhab Khalafi merupakan golongan ulama yang berada pada selepas 3 abad pertama Hijrah. Ulama-ulama Khalafi pula menggunakan pendekatan Takwiliaitu memberikan maknatertentu kepada ayat-ayat Mutasyabih bagi menyucikan Allah daripada menyerupai sifat makhluk sebagai contoh berlokasi dan beranggota dengan berpandukan nash-nash Muhkam yang lain. Justeru, bagi mereka mengekalkan makna zahir ke atas ayat-ayat Mutasyabih adalah mustahil bagi mereka sebaliknya ta’wil atau merubah daripada makna zahir itu adalah wajib bagi mereka. Faktor utama kebangkitan mazhab ini adalah penyebaran Islam dan perkembangannya yang semakin meluas. Pertembungan bahasa-bahasa selain bahas Arab dan juga merosotnya kefasihan berbahasa Arab telah menyebabkan ulama-ulama Khalafi merasa bimbang dengan kesesatan atau condong hati ke arah kesesatan di kalangan orang ramai lalu memahami ayat- ayat Mutasyabih dengan makna yang salah. Ia berlaku bukan sahaja di kalangan orang bukan Arab (‘Ajam) tetapi turut berlaku di kalangan orang Arab sendiri. Oleh itu, ulama-ulama Khalafi telah memberi makna tertentu ke atas ayat-ayat Mutasyabih sebagaimana diantara aliran atau metod yang diaplikasi oleh mazhab Salafi. Dengan berpandukan ayat Muhkam, ualama-ulama Khalafi memberi makna yang bersesuaian kepada Ayat Mutasyabih.Mereka memberi makna yang benar dan boleh diterima sebagai ayat Mutasyabih. Namun wujud golongan yang enggan menta’wilkan ayat-ayat Mutashabih. Ini kerana mereka berpendapat bahawa perkara ini akan cenderung kapada penjisiman Allah. 9 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 10. Sungguhpun demikian, ulama-ulama Khalafi sangat berharap dengan adanya kaedah serta skop perbahasan tentang Mutasyabih tersebut mampu membantu uamt Islam untuk memahami ayat-ayat AL-Quran seterusnya mengamati kebesaran Allah s.w.t. Dengan itu kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayat mUtasyabih telah mendorong kepada melusnya perbahasan dalam bidang Mutasyabi ini. Pendekatan Takwil mahupun Tafwidkedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t. 2.3Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat Mutasyabih Ketika zaman Rasulullah s.a.w, semua kekeliruan dan persoalan yang berkaitan dengan lafaz dan makna yang terkandung dalam Al-Quran adalah dirujuk kepada Rasulullah s.a.w dan ini menyumbang kepada penghayatan makna ayat-ayat Al-Quran yang tinggi, teguh dan jelas. Apabila wujud kesamaran pada makna ayat, Baginda akan mentafsir ayat tersebut dengan ayat al-Quran yang lain. Kemudian barulah baginda beralih kepada Hadis Rasulullah untuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabih. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Segala yang diperkatannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya”.(Surah al-Najm :4) 2.4 Hikmat-hikmat Mutasyabih Terdapat beberapa hikmah kewujudan ayat-ayat Mutasyabih dalam Al-Quran berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para Ulama antaranya : i. Hikmah Mutasyabih untuk perkara yang hanya diketahui Allah s.w.t antaranya ialah rahmat Allah a.w.t. terhadap manusia yang daif, lemah serta tidak mampu mengetahui semua perkara. Sebagai contoh Allah s.w.t telah menyembunyikan bila berlakunya hari Kiamat sebagai rahmat kepada manusia agar sentiasa bersiap sedia menghadapinya. Selain itu sebagai ujian adakah manusia beriman dengan perkara- perkara ghaib. Orang yang mendapat petunjuk akan beriman dengannya walaupun tidak mengetahuinya secara tepat. Sebaliknya, orang yang berhati buruk kekal mengingkarinya. Seterusnya mutasyabih menjadi dalil dan bukti bahawa manusia adalah lemah dan jahil walaupun mempunyai ilmu. Mutasyabih juga menjadi bukti 10 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 11. keesaan kudrat Allah s.w.t. dan hanya Dia yang Maha Mengetahui. Maksudnya : Malikat itu menjawab : “ Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah : 32) ii. Dengan adanya Mutasyabih, manusia menjalankan kajian dan pembelajaran tentangnya sehingga mampu mencapai dan mengetahui Mutasyabih tersebut. iii. Mutasyabih tersebut hanya diketahui di kalngan ulamak. iv. Sebagai ujian dan dugaan terhadap kekuatan keimanan umat Islam. Sebagaimana Allah berfirman ( Surah Ali Imran : 7) antaranya bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka mengikuti ayat-ayat yang Mutasyabih untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari- cari takwilnya”. v. Membuktikan kepada manusia akan kekuasaan dan kebesaran Allah melalui ilmu ilmunya. Sedang manusia tergambar kekurangan dan kedaifannya. Walau hebat sekalipun usaha manusia itu, namun masih terdapat kekurangan dan kelemahan. Sedangkan malaikat pun tidak mengetahuinya. Buktinya dalam Surah AL-Baqarah : 32 yang bermaksud : “Mereka menjawab” Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui dan maha bijaksana”. vi. Kewujudan Mutasyabih dapat mendorong uasaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Seterusnya dengan kewujudan Mutasyabih yang mempunyai makna dan pelbagai uslub, ia dapat menggalakkan umat Islam mengkaji pelbagai disiplin ilmu seperti bahan kimia, fizik, astronomi, teknik, geografi kedotoran dan lain-lain lagi. 11 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 12. vii. Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan penggabungan dalil-dalil Naqli dan Aqli. Mereka yang ingin mengkaji ayat-ayat Mutasyabih akan melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu pengetahuan umum dan ilmu-ilmu agama. Dengan penggabungan dalil Naqli dan Aqli tersebut, maka akan berkembanglah penafsiran yang lebih baik. viii. Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan I’jaz Al-Quran. Ini menggalakkan manusia membuat kajian dan pengamatan terhadap setiap kalimat Mutasyabihat tersebut. Sehinnga memasuki bidang ilmu Balaghah iaitu ilmu yang membincangkan ketinggian sastera serta rahsia-rahsianya. Antara perbincangan yang berkaitan dengannya ialah ijaz, itnab, musawah, taqdim, ta’khir, al-dhikr, al- hazf, haqiqah, majaz dan lain-lain lagi. 2.5 Hikmat-hikmatMuhkamat Ayat-ayat Muhkamat mempunyai beberapa hikmat atau kekuatan fungsinya iaitu menjadi rahmat kepada umat Islam. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang tidak mempunyai kemampuan bahasa Arab yang tinggi. Mereka akan mudah memahami sesuatu maksud dan pengertian sesuatu ayat. Ini adalah kerana ayat Muhkam mudah, terang dan jelas difahami kehendaknya. Selain itu, umat Islam mudah melaksanakan perintah Allah s.w.t. berdsarkan ayat yang sudah jelas dan nyata makna dan kehendaknya. Demikian juga ayat-ayat Muhkam tersebut mendorong manusia memahami dan menghayati perintah Al-Quran dan dengan kefahaman yang jelas mereka terus mengamalkan kandungannya. Seterusnya memudahkan kita mempelajari isi Al-Quran. Dengan maksud ayat yang jelas dan lafaz-lafaznya amat mudah difahami menyebabkan kita sebagai umat Islam tidak lagi menghadapi kesusahan dalam mempelajari isi kandungan Al-Quran. Tidak ketinggalan juga, ayat-ayat Muhkam tersebut memudahkan penafsiran. Para pentafsir tidak perlu bersusah payah untuk mencari takwilan kepada ayat-ayat tersebut ekoran 12 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 13. jelasnya semua lafaz yang terkandung pada ayat tersebut. Inimemudahkan mereka mentafsir atau memberi penjelasan terhadap maksud ayat-ayat Al-Quran. Tidak lupa juga kepada para dae’i atau pendakwh dan barisan guru-guru. Ayat-ayat Muhkam membantu mereka menerangkan isi kandungan kitab suci Al-Quran kerana ia telah pun jelas dan terang maknanya. Hikmat seterusnya ialah mempercepat hafazan ayat-ayat Al-Quran. Kefahamana ayat- ayat yang sangat kuatdan ayat-ayat yang mudah difahami sudah tentu akan memudahkan proses hafalan ayat-ayat Al-Quran. 3. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAH KETUHANAN MENGIKUT TAKWILAN MAZHAB SALAFI DAN MAZHAB KHALAFI Ayat-ayat Mutasyabih banyak menyentuh kepada bidang akidah antaranya : i. Surah Al-Fajr ayat 22 : Maksudnya : “ dan (perintah) Tuhan mu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah)”. Ulama Salafi : Imam Ahmad mentakwil Surah al-Fajr ayat 22 dengan menyatakan makna “datanglah pahala dari Tuhan.. Manakala Imam Malik pula mentakwilnya dengan rahmat yang Allah turunkan. 13 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 14. ii. Surah Al-Qalam ayat 42 : Maksudnya: “(Ingatkalah orang-orang yang yidak beriman) akan masa dideahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya”. Ulama Salafi : Ibn Abbas, Mujahid, Ibrahim an-Nakh’I, Qatadah, Sa’id Ibn Jubayr dan jumhur Ulama yang lain telah mentakwilkan kalimah sebagai ‘suatu kesulitan’, jadi makna ayat menjadi ‘hari yang penuh ketakutan dan kesulitan’. iii. Surah al-Baqarah ayat 115 : Maksudnya : “dan Allah jualah yang memiliki Timur dab Barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmaynya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui”. Imam Mujahid menyatakan bahawa pada makna membawa maksud Qiblat. 14 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 15. iv. Surah al-Baqarah : 29 Maksudnya : Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Imam Sufyan Al-Thaurin mentakwilkan kalimah dengan maksud ‘berkehendak menciptakan langit. iv. Surah Taha ayat 5 : Maksudnya :Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fath al-Bari menyatakan bahawa bermaksud irtifa’ iaitu naik atau meninggi. Manakala menurut pendapat Ahli Sunnah Wal Jama’ah bermaksud a’la wa irtifaa’ (meninggi dan naik). Ini kerana sifat Allah Yang Maha Tinggi. Mazhab Salafi dan Mazhab Khalafi merupakan mazhab yang benar dan sentiasa membuktikan kebesaran Allah s.w.t dan tidak menyamakan Allah dengan sesuatu yang tidak layak bagiNya. Mereka mentakwilkan ayat-ayat Mutasyabih dengan makna yang tidak bercanggah dengan kehendak dan perintah Allah s.w.t sebaliknya ia sesuai dari sudut bahasa dan agama Islam. Sebelum ini, ketika zaman Salafi, persoalan tentang ayat Mutasyabih tidak begitu banyak berbanding ketika zaman Khalafi yang lahir banyak aliran pemikiran serta meluasnya kewujudan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu Balaghah yang banyak 15 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 16. membincangkan ilmu majaz, tasybih dan istia’rah. Tidak hairanlah ketika zaman Khalafi tersebut, pentakwilan menjadi suatu keperluan bagi menjawab propaganda yang dikemukakan oleh mereka yang menentang Islam. RUMUSAN Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa ayat-ayat Mutasyabih itu berada pada dua peringkat iaitu Mutasyabih yang tidak boleh diketahui maknanya dengan apa cara sekalipun dan ayat-ayat Mutasyabih yang boleh diketahui maknanya oleh Ulama melalui kaedah-kaedah yang tertentu seperti merujuk kepada Sunnah. Mutasyabih boleh dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu semua manusia tidak mengetahui perkara yang berkaitan dengan zat Allah kerana ianya tersimpan di sisi Allah dan seterusnya manusia hanya mampu mencapai dan mengetahuinya melalui kajian dan pembelajaran. Pendekatan Takwil mahupun Tafwidkedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t. dan tidak menyifatkan sesuatu yang tidak layak bagiNya. Kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayat mutasyabih telah mendorong kepada meluasnya perbahasan dalam bidang Mutasyabih ini. Ayat Muhkam pula menjadi petunjuk yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh. Ia juga boleh diketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil dan ianya memadai tanpa memerlukan keterangan lain. Allah s.w.t menjadikan ayat-ayat Al-Quran itu sebahagiannya Muhkam dan sebahagiannya Mutasyabih telah memberi ruang kepada setiap mazhab untuk berusaha dalam membenarkan mazhab masing-masing. Sesungguhnya golongan yang benar- benar mengambil pelajaran dan peringatan adalah golongan yang beriman dan berfikir. 16 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
  • 17. BIBILIOGRAFI Abdullah Yusuf Ali. (1991). Al-Quran al-Karim : Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El- muhammady. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Ahmad Kamarudin Ibrahim et.al. (2011). HBQE1103 Ulum Al-Quran. Open University Malaysia (OUM). Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani. (2002). Fathul Baari Syarah : Sahih Al-Bukhari, Book 6. Jakarta : Pustaka Azzam. Drs Abdul Ghani Azmi Haji Idris. (2003). Mengenal Al-Quran Dan Asas-asas Ulum Al- Quran. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers Mohd Yusoh Ibrahim. (1992). Tafsir Al-Quran : Pertumbuhan Dan Perkembangan 1 – 150H. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Sayyid Quthb. (2001). Tafsir Fi Zhilalil Quran, Dibawah Naungan Al-Quran Jilid 2, Terjemahan As’ad Yassin et.al. Jakarta : Gema Insani Press. 17 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)