Kuliah 2 & 3 Prinsip, Falsafah Dan Polisi P T V
1 P E R J U M P A A N P E N G A R A H D E N G A N P E N G E T U A & G B 19&23 D I S 2010 (1)
1. 1 MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN DENGAN PENGETUA DAN GURU BESAR 19 & 23 DISEMBER 2010 DEWAN AL-FARABI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
TRANSFORMASI PENDIDIKANProses menyeluruh dalam transformasi pendidikan negara perlu dilaksanakan segera seiring dengan perubahan pantas pertumbuhan ekonomi Malaysia. Transformasi pendidikan yang berkesan mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap pembangunan ekonomi lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi.Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolah-sekolah dan membolehkan generasi muda kita menonjolkan potensi sebenar untuk berjaya dalam persaingan ekonomi global yang semakin mencabar. Elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing.Transformasi pendidikan juga akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ia juga membantu memperbaiki kualiti sekolah yang sekali gus meluaskan peluang pendidikan berkualiti kepada semua kaum.Sistem pendidikan yang berkesan telah berjaya menangani jurang ekonomi yang ketara di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta mengurangkan ketegangan kaum.
PERUBAHAN SISTEM PENILAIANPenambahbaikan UPSR : 60 peratus penilaian berasaskan akademik terpilih / 40 peratus berdasarkan kokurikulum atau sivik.Penilaian berasaskan sekolah bagi PMR : Lembaga Peperiksaan akan memainkan peranan penting untuk menyelaras bentuk ujian yang akan dilakukan di peringkat sekolah itu.Penambahbaikan sistem peperiksaan UPSR dan PMR melibatkan perubahan kurikulum, buku dan latihan untuk guru.Hanya ada dua peperiksaan utama : UPSR pada peringkat rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada peringkat menengah.Penilaian berasaskan sekolah membolehkan guru menilai sebarang kegiatan bukan akademik membabitkan pembinaan sahsiah, adab, akhlak dan kemahiran sosial. Perhatian kepada peperiksaan umum dikurangkan. Fokus kepada proses mendidik pelajar menjadi manusia berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia.Perubahan format baru kedua-dua peperiksaan ini turut memerlukan perubahan sikap serta pemikiran guru dan ibu bapa. Di pihak guru, kementerian boleh menyediakan kursus, latihan dan motivasi supaya mereka bukan saja dapat melaksanakannya dengan berkesan tetapi mampu menjadikan sistem baru ini lebih menyeronokkan pelajar.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)SURAT PEKELILING IKHTlSAS BILANGAN 11 TAHUN 2010 : PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP SATU MULAI 2011Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.Sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit) sebagaimana ditetapkan.Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.
PELAKSANAAN MBMMBISekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah menggunakan Bahasa Malaysia / SJKC dan SJKT menggunakan bahasa ibunda.Dilaksanakan secara berperingkat mulai 2010.
PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 16 TAHUN 2010Dasar (1M1S) akan dilaksanakan mulai 2011 di semua sekolah KPM. Pihak pentadbir sekolah adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara berikut dipatuhi :Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah WAJIB didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan daripada pelbagai jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;Pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan dan melllbantu dalam perkembangan potensi setiap murid dalam sukan;Pihak sekolah hendaklah mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan mengutarnakan keselamatan murid;Pihak sekolah digalakkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah.Pihak sekolah hendaklah menlastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun seperti yang disarankan dalam surat siaran bertarikh 14 Januari 2010 (No. Ruj. KP .BSSK.302-02/03/002(17).