SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 8
Elektrik dan Factor Kuasa 
JENIS-JENIS BEBAN 
a. Beban Resistive 
Beban jenis ini hanya mengandungi rintangan tulin didalamnya. Tiada gelung terdapat didalam alat ini. 
Selalunya beban resistive akan mengeluarkan haba atau cahaya atau kedua-duanya sekali. Tiada medan 
magnet dan tiada daya mekanikal terhasil. Contohnya lampu pijar, cerek elektrik, streka elektrik dsb. 
b. Beban Induktif 
Beban induktif mempunyai gelung. Gelung digunakan untuk menghasilkan medan magnet dan 
seterusnya menghasilkan daya mekanikal. Kuasa diperlukan untuk menghasilkan medan magnet. Kuasa 
ini disebut juga sebagai magnetizing power. 
JENIS-JENIS KUASA 
a. Kuasa Sebenar 
Kuasa sebenar kadang-kadang dipanggil juga sebagai real power, useful power atau active power. 
Unitnya adalah Watt atau Kilowatt (KW). Kuasa ini adalah kuasa yang dapat digunakan sebagai kuasa 
keluaran (output power). 
b. Kuasa Ketara 
Kuasa Ketara dipanggil juga sebagai Kuasa Samar atau Apparent Power. Ia adalah hasil dharab voltan 
bekalan dengan arus talian tanpa mengambil kira apa-apa kehilangan atau ketidakcekapan oleh apa-apa 
sebab. Unitnya ialah VA atau biasanya dalam KVA (Kilo VA). Kuasa ini biasanya adalah kuasa masukan 
dan tidak semuanya boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran.
c. Kuasa Reaktif 
Kuasa Reaktif dipanggil juga sebagai Kuasa Regangan. Ini adalah kuasa yang diperlukan untuk 
mengujudkan medan magnet atau disebut juga sebagai Magnetizing power dan juga kuasa yang 
diperlukan untuk mengatasi regangan yang dihasilkan oleh gelung apabila diberikan bekalan arus 
ulangalik. Unit asasnya ialah VAR atau biasanya dalam KVAR. 
CONTOH KESAN FAKTUR KUASA RENDAH KEPADA MOTOR:- 
Arus motor 40HP, 415V untuk pelbagai faktur kuasa ditunjukkan seperti dibawah: 
Factor Kuasa --------> Arus (A) 
1.00 -------------------> 41.51 
0.95 -------------------> 43.68 
0.90 -------------------> 46.11 
0.85 -------------------> 48.82 
0.80 -------------------> 51.87 
0.75 -------------------> 55.33 
0.70 -------------------> 59.28 
0.65 -------------------> 63.85 
0.60 -------------------> 69.17 
0.55 -------------------> 75.45 
0.50 -------------------> 83.00 
Jadual diatas menunjukkan dengan jelas bahawa untuk motor yang sama kuasanya, arusnya akan 
bertambah jika faktur kuasanya rendah.
KEBURUKAN FAKTUR KUASA RENDAH 
1. Dikenakan denda oleh pihak pembekal elektrik (TNB) jika F.K kurang dari 0.85 
2. Arus menjadi lebih tinggi. 
3. Kehilangan tembaga yang tinggi didalam kabel. 
4. Susut voltan yang ketara kepada kabel. 
5. Susut nilai kuasa (KVA) yang boleh dipergunakan dari alat ubah. 
6. Susut voltan berlebihan dibahagian sekunder alat ubah. 
7. Kehilangan tembaga yang banyak didalam alat ubah. 
8. Kos permulaan dan kendalian menjadi lebih tinggi. 
9. Merugikan pihak berkuasa bekalan.Seperti TNB,SESCO dll. 
KEBAIKAN FAKTUR KUASA TINGGI 
1. Tiada denda dikenakan oleh pihak pembekal elektrik 
2. Arus menjadi rendah 
3. Kehilangan tembaga yang kecil didalam kabel 
4. Susut voltan yang kurang kepada kabel 
5. Beban KVA yang rendah kepada alat ubah 
6. Susut voltan dibahagian sekunder alat ubah tidak begitu tinggi 
7. Kehilangan tembaga didalam alatubah tidak begitu tinggi 
8. Kos permulaan dan kendalian menurun
9. Tidak merugikan pihak berkuasa bekalan 
SAIZ KAPASITOR BANK 
Untuk menentukan saiz kapasitor yang diperlukan, formula berikut boleh digunakan: 
Pr = Pw (tan θ1 – tan θ2) 
Dimana, 
Pr = Kadar kapasitor dalam KVAr 
Pw = Beban pepasangan dalam KW 
Kos θ1 = Faktur kuasa asal 
Kos θ2 = Faktur kuasa diperbaiki 
KOMPONEN-KOMPONEN YANG DIPERLUKAN 
a. Alatubah Arus (C.T) 
Kadar alatubah arus (current transformer ratio) selalunya sama dengan c.t yang digunakan untuk 
perlindungan, yang juga berpandukan arus yang direkabentuk (design current). Contohnya jika c.t 
perlindungan 600/5 maka c.t untuk power factor regulator hendaklah 600/5 juga. 
Untuk mengesan arus hanya satu sahaja c.t diperlukan dan boleh diambil dari mana-mana fasa. 
Manakala voltan talian (415V) dari setiap fasa, perlu disambungkan ke power factor regulator. 
b. Peralatan Suis 
Kadar peralatan suis yang hendak digunakan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:
i. Arus transient semasa pensuisan 
ii. Voltan transient apabila kapasitor diputuskan semasa pensuisan dilakukan yang menyebabkan 
berlakunya arka 
iii. Berupaya membawa arus beban penuh 
iv. Berupaya membawa peningkatan arus kapasitor dalam keadaan-keadaan tertentu 
v. Kehadiran harmonic 
PENGUKURAN DI TAPAK 
Pengukuran ditapak, jika boleh hendaklah dibuat semasa operasi berada ditahap maksimum. Bacaan 
faktur kuasa yang kerap adalah perlu. Bacaan faktur kuasa boleh dibaca melalui meter faktur kuasa yang 
sedia dipasang pada panel papan suis, jika ada, atau menggunakan meter faktur kuasa jenis clip on. 
Katalah bacaan faktur kuasa yang diperolehi ialah Kos θ = 0.5 
Purata bacaan voltan = 420V 
Purata arus talian = 700A 
Kuasa yang digunakan = √ 3 x 420 x 700 x 0.5 
= 256KW 
Jika faktur kuasa dibaiki kepada 0.95 
KVAR = 256 (tan θ1 – tan θ2)
= 256 (1.73 – 0.329) 
= 359 KVAr 
PANDUAN AM 
Panduan dibawah boleh digunakan untuk pemasangan kapasitor bank faktur kuasa: 
• Jika faktur kuasa pada sesuatu bulan adalah rendah, bacaan untuk beberapa bulan hendaklah diambil 
kira. 
• Anggapan yang boleh dibuat ialah keperluan kapasitor bank untuk motor-motor adalah tetap dan tidak 
berubah-ubah 
• Pasang satu kapasitor khas jika terdapat motor yang paling besar 
• Pasang satu kapasitor bank pusat otomatik untuk beban kecil yang banyak. 
• Pemilihan bilangan langkah hendaklah berdasarkan saiz kapasitor yang terdapat dipasaran 
• Had maksima langkah yang terdapat pada sesebuah regulator faktur kuasa hendaklah diambil kira 
untuk menentukan bilangan langkah 
• Harga yang perlu dibayar 
• Senggaraan yang perlu dibuat 
• Ruang yang diperlukan oleh kapasitor bank 
• Elakkan over corrected 
POWER FACTOR REGULATOR
Power factor regulator ialah satu alat elektronik yang berfungsi untuk menentukan bilangan langkah 
kapasitor yang perlu disambungkan kepada pemasangan pada satu-satu masa. Beban induktif sentiasa 
berubah-ubah, oleh itu faktur kuasa juga berubah-ubah. 
Alat ini memerlukan maklumat dari pemasangan agar ianya boleh mengetahui faktur kuasa semasa. 
Maklumat yang diperlukan ialah arus dan voltan pemasangan. Maklumat arus adalah melalui alatubah 
arus. Satu sahaja alatubah arus diperlukan dan selalunya alatubah arus ini dipasang pada fasa merah. Ini 
adalah dengan anggapan beban adalah seimbang, oleh itu arus setiap fasa adalah sama. Nisbah alatubah 
arus selalunya sama dengan nisbah alatubah arus-alatubah arus untuk meter ampiar. 
Maklumat voltan adalah melalui sambungan terus dari palang bas. Voltan yang diperlukan ialah voltan 
talian 415V dari dua fasa. Lazimnya fasa yang diambil adalah fasa yang tidak menempatkan alatubah 
arus tadi, iaitu biru dan kuning. 
1. C/K setting 
Oleh sebab power factor regulator hanya menerima arus sekunder (secondary current), maka nisbah 
alatubah arus perlu diketahui berbanding saiz kapasitor bank yang perlu disambungkan kepada system. 
Sila rujuk jadual pemilihan C/K. 
2. Target Power Factor Setting 
Alat ini memerlukan kita menentukan target power factor. Selalunya kita set pada kedudukan melebihi 
0.85. Setting ini perlu supaya faktur kuasa berada pada target tersebut sepanjang masa walaupun beban 
berubah-ubah. 
3. Auto and Manual Button 
Dalam keadaan normal power factor regulator hendaklah di set pada kedudukan Auto. Apabila kita perlu 
membuat ujian untuk mempastikan ianya berfungsi dengan sempurna, ujian secara manual boleh dibuat 
dengan menekan butang manual. Kapasitor bank akan dimasukkan kedalam sistem atau dikeluarkan 
daripada system satu persatu langkah jika butang plus (+) atau minus (-) terus ditekan. 
4. Penunjuk LED
Penunjuk LED akan menyala mengikut bilangan langkah (step) yang aktif (energise). Ia hanyalah satu 
penunjuk sahaja, tidak mesti langkah tersebut berfungsi sekiranya fius, kabel, kontaktor atau kapasitor 
bank mengalami masalah. 
BEBAN YANG MENYEBABKAN FAKTUR KUASA RENDAH 
1. MOTOR - Terlebih saiz 
Beban rendah 
Putaran perlahan (4, 6 atau 8 kutub) 
Motor lama dengan ruang udara yang besar 
2. MESIN PENGIMPAL 
3. RECTIFIERS 
4. THYRISTOR DRIVES 
5. DISCHARGE LAMPS 
6. CHOKE - seperti pada lampu kalimantang dll. 
7. BALLAST 
9. TRANSFORMER 
10.GELONG

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

03 PENGUJIAN DB & LITAR KECIL AKHIR
03 PENGUJIAN DB & LITAR KECIL AKHIR03 PENGUJIAN DB & LITAR KECIL AKHIR
03 PENGUJIAN DB & LITAR KECIL AKHIR
Aridsuria2002
 
126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah
Pok Nik
 

Mais procurados (20)

Nota abc kabel 1
Nota abc kabel 1Nota abc kabel 1
Nota abc kabel 1
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
Electrical maintenance
Electrical maintenanceElectrical maintenance
Electrical maintenance
 
Jenis2 pghidup
Jenis2 pghidupJenis2 pghidup
Jenis2 pghidup
 
03 PENGUJIAN DB & LITAR KECIL AKHIR
03 PENGUJIAN DB & LITAR KECIL AKHIR03 PENGUJIAN DB & LITAR KECIL AKHIR
03 PENGUJIAN DB & LITAR KECIL AKHIR
 
Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Komponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanKomponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalan
 
Bab 4 litar akhir
Bab 4 litar akhirBab 4 litar akhir
Bab 4 litar akhir
 
Pengalir Dan Kabel
Pengalir Dan KabelPengalir Dan Kabel
Pengalir Dan Kabel
 
Ocr efr
Ocr efrOcr efr
Ocr efr
 
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCELOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
 
SISTEM PENDAWAIAN
SISTEM PENDAWAIANSISTEM PENDAWAIAN
SISTEM PENDAWAIAN
 
PEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAPEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASA
 
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTORKOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
 
126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah
 
A PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGAL
A PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGALA PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGAL
A PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGAL
 
SISTEM PEMBUMIAN
SISTEM PEMBUMIANSISTEM PEMBUMIAN
SISTEM PEMBUMIAN
 
Motor 3 fasa
Motor 3 fasaMotor 3 fasa
Motor 3 fasa
 

Semelhante a Elektrik dan factor kuasa

Its undergraduate-12857-presentation
Its undergraduate-12857-presentationIts undergraduate-12857-presentation
Its undergraduate-12857-presentation
Bobby Tampubolon
 

Semelhante a Elektrik dan factor kuasa (20)

Kapasitor bank
Kapasitor bankKapasitor bank
Kapasitor bank
 
Converter Ac Ac_Rezon
Converter Ac Ac_RezonConverter Ac Ac_Rezon
Converter Ac Ac_Rezon
 
Operasi sistem tenaga listrik 6
Operasi sistem tenaga listrik 6Operasi sistem tenaga listrik 6
Operasi sistem tenaga listrik 6
 
Smpsproject
SmpsprojectSmpsproject
Smpsproject
 
Pembuatan alat catu daya
Pembuatan alat catu dayaPembuatan alat catu daya
Pembuatan alat catu daya
 
modul 6 KB 1 - power supply switching.ppt
modul 6 KB 1 - power supply switching.pptmodul 6 KB 1 - power supply switching.ppt
modul 6 KB 1 - power supply switching.ppt
 
Pembuatan alat catu daya
Pembuatan alat catu dayaPembuatan alat catu daya
Pembuatan alat catu daya
 
8 perbaikan faktor daya
8 perbaikan faktor daya8 perbaikan faktor daya
8 perbaikan faktor daya
 
K3 peralatan tenaga daya 1
K3 peralatan tenaga daya 1K3 peralatan tenaga daya 1
K3 peralatan tenaga daya 1
 
ppt KWH meter
ppt KWH meterppt KWH meter
ppt KWH meter
 
Macam2 alat ukur_penggunaanya
Macam2 alat ukur_penggunaanyaMacam2 alat ukur_penggunaanya
Macam2 alat ukur_penggunaanya
 
NASPUB
NASPUBNASPUB
NASPUB
 
Abstrak
AbstrakAbstrak
Abstrak
 
KKP_PPT.pptx
KKP_PPT.pptxKKP_PPT.pptx
KKP_PPT.pptx
 
Its undergraduate-12857-presentation
Its undergraduate-12857-presentationIts undergraduate-12857-presentation
Its undergraduate-12857-presentation
 
Presentasi Elektronika Daya
Presentasi Elektronika DayaPresentasi Elektronika Daya
Presentasi Elektronika Daya
 
Papan Suis Utama (MCB)
Papan Suis Utama (MCB)Papan Suis Utama (MCB)
Papan Suis Utama (MCB)
 
DESAIN OPEN LOOP CONTROL MOTOR DC 2
DESAIN OPEN LOOP CONTROL MOTOR DC 2DESAIN OPEN LOOP CONTROL MOTOR DC 2
DESAIN OPEN LOOP CONTROL MOTOR DC 2
 
DESAIN OPEN LOOP CONTROL MOTOR DC
DESAIN OPEN LOOP CONTROL MOTOR DCDESAIN OPEN LOOP CONTROL MOTOR DC
DESAIN OPEN LOOP CONTROL MOTOR DC
 
Bab 10 elda tiwi
Bab 10 elda tiwiBab 10 elda tiwi
Bab 10 elda tiwi
 

Último

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
furqanridha
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 

Último (20)

RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugasTeks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Elektrik dan factor kuasa

  • 1. Elektrik dan Factor Kuasa JENIS-JENIS BEBAN a. Beban Resistive Beban jenis ini hanya mengandungi rintangan tulin didalamnya. Tiada gelung terdapat didalam alat ini. Selalunya beban resistive akan mengeluarkan haba atau cahaya atau kedua-duanya sekali. Tiada medan magnet dan tiada daya mekanikal terhasil. Contohnya lampu pijar, cerek elektrik, streka elektrik dsb. b. Beban Induktif Beban induktif mempunyai gelung. Gelung digunakan untuk menghasilkan medan magnet dan seterusnya menghasilkan daya mekanikal. Kuasa diperlukan untuk menghasilkan medan magnet. Kuasa ini disebut juga sebagai magnetizing power. JENIS-JENIS KUASA a. Kuasa Sebenar Kuasa sebenar kadang-kadang dipanggil juga sebagai real power, useful power atau active power. Unitnya adalah Watt atau Kilowatt (KW). Kuasa ini adalah kuasa yang dapat digunakan sebagai kuasa keluaran (output power). b. Kuasa Ketara Kuasa Ketara dipanggil juga sebagai Kuasa Samar atau Apparent Power. Ia adalah hasil dharab voltan bekalan dengan arus talian tanpa mengambil kira apa-apa kehilangan atau ketidakcekapan oleh apa-apa sebab. Unitnya ialah VA atau biasanya dalam KVA (Kilo VA). Kuasa ini biasanya adalah kuasa masukan dan tidak semuanya boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran.
  • 2. c. Kuasa Reaktif Kuasa Reaktif dipanggil juga sebagai Kuasa Regangan. Ini adalah kuasa yang diperlukan untuk mengujudkan medan magnet atau disebut juga sebagai Magnetizing power dan juga kuasa yang diperlukan untuk mengatasi regangan yang dihasilkan oleh gelung apabila diberikan bekalan arus ulangalik. Unit asasnya ialah VAR atau biasanya dalam KVAR. CONTOH KESAN FAKTUR KUASA RENDAH KEPADA MOTOR:- Arus motor 40HP, 415V untuk pelbagai faktur kuasa ditunjukkan seperti dibawah: Factor Kuasa --------> Arus (A) 1.00 -------------------> 41.51 0.95 -------------------> 43.68 0.90 -------------------> 46.11 0.85 -------------------> 48.82 0.80 -------------------> 51.87 0.75 -------------------> 55.33 0.70 -------------------> 59.28 0.65 -------------------> 63.85 0.60 -------------------> 69.17 0.55 -------------------> 75.45 0.50 -------------------> 83.00 Jadual diatas menunjukkan dengan jelas bahawa untuk motor yang sama kuasanya, arusnya akan bertambah jika faktur kuasanya rendah.
  • 3. KEBURUKAN FAKTUR KUASA RENDAH 1. Dikenakan denda oleh pihak pembekal elektrik (TNB) jika F.K kurang dari 0.85 2. Arus menjadi lebih tinggi. 3. Kehilangan tembaga yang tinggi didalam kabel. 4. Susut voltan yang ketara kepada kabel. 5. Susut nilai kuasa (KVA) yang boleh dipergunakan dari alat ubah. 6. Susut voltan berlebihan dibahagian sekunder alat ubah. 7. Kehilangan tembaga yang banyak didalam alat ubah. 8. Kos permulaan dan kendalian menjadi lebih tinggi. 9. Merugikan pihak berkuasa bekalan.Seperti TNB,SESCO dll. KEBAIKAN FAKTUR KUASA TINGGI 1. Tiada denda dikenakan oleh pihak pembekal elektrik 2. Arus menjadi rendah 3. Kehilangan tembaga yang kecil didalam kabel 4. Susut voltan yang kurang kepada kabel 5. Beban KVA yang rendah kepada alat ubah 6. Susut voltan dibahagian sekunder alat ubah tidak begitu tinggi 7. Kehilangan tembaga didalam alatubah tidak begitu tinggi 8. Kos permulaan dan kendalian menurun
  • 4. 9. Tidak merugikan pihak berkuasa bekalan SAIZ KAPASITOR BANK Untuk menentukan saiz kapasitor yang diperlukan, formula berikut boleh digunakan: Pr = Pw (tan θ1 – tan θ2) Dimana, Pr = Kadar kapasitor dalam KVAr Pw = Beban pepasangan dalam KW Kos θ1 = Faktur kuasa asal Kos θ2 = Faktur kuasa diperbaiki KOMPONEN-KOMPONEN YANG DIPERLUKAN a. Alatubah Arus (C.T) Kadar alatubah arus (current transformer ratio) selalunya sama dengan c.t yang digunakan untuk perlindungan, yang juga berpandukan arus yang direkabentuk (design current). Contohnya jika c.t perlindungan 600/5 maka c.t untuk power factor regulator hendaklah 600/5 juga. Untuk mengesan arus hanya satu sahaja c.t diperlukan dan boleh diambil dari mana-mana fasa. Manakala voltan talian (415V) dari setiap fasa, perlu disambungkan ke power factor regulator. b. Peralatan Suis Kadar peralatan suis yang hendak digunakan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:
  • 5. i. Arus transient semasa pensuisan ii. Voltan transient apabila kapasitor diputuskan semasa pensuisan dilakukan yang menyebabkan berlakunya arka iii. Berupaya membawa arus beban penuh iv. Berupaya membawa peningkatan arus kapasitor dalam keadaan-keadaan tertentu v. Kehadiran harmonic PENGUKURAN DI TAPAK Pengukuran ditapak, jika boleh hendaklah dibuat semasa operasi berada ditahap maksimum. Bacaan faktur kuasa yang kerap adalah perlu. Bacaan faktur kuasa boleh dibaca melalui meter faktur kuasa yang sedia dipasang pada panel papan suis, jika ada, atau menggunakan meter faktur kuasa jenis clip on. Katalah bacaan faktur kuasa yang diperolehi ialah Kos θ = 0.5 Purata bacaan voltan = 420V Purata arus talian = 700A Kuasa yang digunakan = √ 3 x 420 x 700 x 0.5 = 256KW Jika faktur kuasa dibaiki kepada 0.95 KVAR = 256 (tan θ1 – tan θ2)
  • 6. = 256 (1.73 – 0.329) = 359 KVAr PANDUAN AM Panduan dibawah boleh digunakan untuk pemasangan kapasitor bank faktur kuasa: • Jika faktur kuasa pada sesuatu bulan adalah rendah, bacaan untuk beberapa bulan hendaklah diambil kira. • Anggapan yang boleh dibuat ialah keperluan kapasitor bank untuk motor-motor adalah tetap dan tidak berubah-ubah • Pasang satu kapasitor khas jika terdapat motor yang paling besar • Pasang satu kapasitor bank pusat otomatik untuk beban kecil yang banyak. • Pemilihan bilangan langkah hendaklah berdasarkan saiz kapasitor yang terdapat dipasaran • Had maksima langkah yang terdapat pada sesebuah regulator faktur kuasa hendaklah diambil kira untuk menentukan bilangan langkah • Harga yang perlu dibayar • Senggaraan yang perlu dibuat • Ruang yang diperlukan oleh kapasitor bank • Elakkan over corrected POWER FACTOR REGULATOR
  • 7. Power factor regulator ialah satu alat elektronik yang berfungsi untuk menentukan bilangan langkah kapasitor yang perlu disambungkan kepada pemasangan pada satu-satu masa. Beban induktif sentiasa berubah-ubah, oleh itu faktur kuasa juga berubah-ubah. Alat ini memerlukan maklumat dari pemasangan agar ianya boleh mengetahui faktur kuasa semasa. Maklumat yang diperlukan ialah arus dan voltan pemasangan. Maklumat arus adalah melalui alatubah arus. Satu sahaja alatubah arus diperlukan dan selalunya alatubah arus ini dipasang pada fasa merah. Ini adalah dengan anggapan beban adalah seimbang, oleh itu arus setiap fasa adalah sama. Nisbah alatubah arus selalunya sama dengan nisbah alatubah arus-alatubah arus untuk meter ampiar. Maklumat voltan adalah melalui sambungan terus dari palang bas. Voltan yang diperlukan ialah voltan talian 415V dari dua fasa. Lazimnya fasa yang diambil adalah fasa yang tidak menempatkan alatubah arus tadi, iaitu biru dan kuning. 1. C/K setting Oleh sebab power factor regulator hanya menerima arus sekunder (secondary current), maka nisbah alatubah arus perlu diketahui berbanding saiz kapasitor bank yang perlu disambungkan kepada system. Sila rujuk jadual pemilihan C/K. 2. Target Power Factor Setting Alat ini memerlukan kita menentukan target power factor. Selalunya kita set pada kedudukan melebihi 0.85. Setting ini perlu supaya faktur kuasa berada pada target tersebut sepanjang masa walaupun beban berubah-ubah. 3. Auto and Manual Button Dalam keadaan normal power factor regulator hendaklah di set pada kedudukan Auto. Apabila kita perlu membuat ujian untuk mempastikan ianya berfungsi dengan sempurna, ujian secara manual boleh dibuat dengan menekan butang manual. Kapasitor bank akan dimasukkan kedalam sistem atau dikeluarkan daripada system satu persatu langkah jika butang plus (+) atau minus (-) terus ditekan. 4. Penunjuk LED
  • 8. Penunjuk LED akan menyala mengikut bilangan langkah (step) yang aktif (energise). Ia hanyalah satu penunjuk sahaja, tidak mesti langkah tersebut berfungsi sekiranya fius, kabel, kontaktor atau kapasitor bank mengalami masalah. BEBAN YANG MENYEBABKAN FAKTUR KUASA RENDAH 1. MOTOR - Terlebih saiz Beban rendah Putaran perlahan (4, 6 atau 8 kutub) Motor lama dengan ruang udara yang besar 2. MESIN PENGIMPAL 3. RECTIFIERS 4. THYRISTOR DRIVES 5. DISCHARGE LAMPS 6. CHOKE - seperti pada lampu kalimantang dll. 7. BALLAST 9. TRANSFORMER 10.GELONG