SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 9
Baixar para ler offline
1
PROJEK 1 MURID 1 POLYBAG “1M1P”
MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID ORANG ASLI
DI SEKOLAH KEBANGSAAN MENSON
Oleh:
Muhammad Iqbal Bin Zahanuddin
Sekolah Kebangsaan Menson (JHEOA), Cameron Highlands, Pahang
Tel: +6014 507 6067
Emel: m.iqbal.zahanuddin@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini merupakan intervensi bagi menarik minat dan menanam kesedaran murid terhadap sekolah
sekaligus meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Data kehadiran murid tiga tahun kebelakang
(2015-2017) dirujuk sebelum melakukan kajian ini. Hasil dapatan mendapati kehadiran murid-murid orang
asli di sekolah ini dibawah 90%. Responden kajian melibatkan semua murid di Sekolah Kebangsaan Menson.
Instrumen analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data
dalam kajian ini. Hasil dapatkan kajian menunjukkan peningkatan peratusan kehadiran yang signifikan dalam
kalangan murid melalui projek “1 Murid 1 Ploybag (1M1P)” ini disamping menarik minat murid untuk hadir
ke sekolah. Bagi meningkatkan kehadiran dan minat murid ke sekolah memerlukan kejasama pelbagai pihak
dan menggunakan kaedah yang dekat dengan jiwa anak-anak orang asli ini iaitu dengan pelaksanaan aktiviti
pertanian disamping menekankan aspek disiplin dan manusiawi. Diharapkan dengan dapatkan kajian ini
dapat merealisasi hasrat pengurusan sekolah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah serta
membentuk kemenjadian murid dalam pelbagai aspek.
Kata kunci: Polybag, tanaman, pertanian, kehadiran, manusiawi, minat, murid asli.
LATAR BELAKANG
Masyarakat Orang Asli merupakan kaum minoriti penduduk Malaysia. Mengikut bancian tahun 2006 bilangan
Orang Asli ialah 141,230 orang. Kedudukan Sosioekonomi sebahagian besar masyarakat Orang Asli masih
tertinggal dalam pelbagai bidang, berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Dari segi taburan
penempatan masyarakat Orang Asli 36.9% di kawasan pendalaman, 62.4% di kawasan pinggir dan 0.7% di
kawasan bandar.
Dalam aspek pendidikan, isu kompetensi murid adalah sangat berkait rapat dengan aspek transformasi
kurikulum. Aspirasi transformasi kurikulum yang diwujudkan ini turut memberi perhatian dan mengambil kira
penglibatan kaum minoriti di Malaysia termasuk murid Orang Asli (Kementerian Pelajaran Malaysia 2012a).
Kementerian Pelajaran Malaysia yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sentiasa mempergiatkan usaha bagi meningkatkan
pencapaian pendidikan murid Orang Asli. Namun begitu, penelitian terhadap usaha dan peruntukan yang
disalurkan sebagai bantuan pembangunan Orang Asli masih tidak memberikan perubahan yang ketara. Oleh
itu, kaedah yang sesuai dalam bidang pendidikan bagi mendekati golongan minoriti ini khasnya murid-murid
Orang Asli perlu diberi perhatian sewajarnya. Nicholas (2007) menjelaskan antara faktor yang menyebabkan
murid Orang Asli ketinggalan adalah disebabkan oleh pendekatan pedagogi yang berbeza dan kurang sesuai
2
serta minat mereka untuk hadir ke sekolah amat kurang kerana merasakan sekolah adalah tempat yang
membosankan. Disebabkan tidak minat ke sekolah, maka timbulah masalah ketidakhadiran yang tinggi dalam
kalangan sekolah-sekolah asli.
Menurut Norzawati, Leni, Ahmad Nadzru, Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), di Malaysia, ponteng sekolah
dilabelkan sebagai salah satu masalah utama negara. Ini sekaligus menyokong pandangan Arsathamby dan Ng
(2014), antara tahun 1994 hingga 2003, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah antara salah
laku yang paling dominan dan menonjol. Data Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) juga turut menunjukkan
bilangan ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun.
SOROTAN LITERATUR
Stuphen, Fort dan Faltherty (2009), menjelaskan ponteng ialah sebagai bilangan ketidakhadiran ke sekolah
tanpa sebab dalam sesuatu tempoh masa. Kemudian, menurut Zhang, Wilson, Katsiyanis, Barett, Ju dan Wu
(2010), ponteng ditakrifkan sebagai penglibatan yang menjadi amalan dalam kegiatan tidak hadir ke sekolah
tanpa sebab oleh pelajar di mana isu ini menjadi perhatian dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan masyarakat.
Maka, apa yang perlu dilakukan adalah mengkaji bagaimana cara untuk menarik minat murid-murid untuk
hadir ke sekolah setiap hari dengan meletakkan tarikan yang ada pada sekolah sebagai faktor tarikan. Berkebun
adalah aktivti yang sangat dekat dengan murid-murid, malah unsur ini sangat rapat dengan jiwa mereka
khususnya masyarakat orang asli. Kajian Tiwi (2007) mendapati program Pendidikan Alam Sekitar untuk guru
pelatih yang dijalankan secara kerja lapangan dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar dan motivasi untuk
mengintegrasi Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum.
Malah, Azman Manaf (2014) dalam kajian Genta Kehadiran Seratus Peratus: Menarik Minat Murid Asli
Datang ke Sekolah menyatakan antara faktor menarik minat murid ke sekolah adalah sikap dan kerjasama
antara guru-guru, sikap ibubapa, pemberian insentif, pengetahuan tentang minat, kesukaan dan keperluan
murid-murid orang asli. Motivasi ekstrinsik adalah diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan
menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa kebaikan kepadanya. Untuk
merangsang motivasi ekstrinsik, ianya boleh dilakukan melalui cara seperti memberikan peneguhan yang
positif berbentuk pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk
mendorong minat mereka untuk belajar (Mok Soon Sang, 2009).
PERNYATAAN MASALAH
Pendidikan masyarakat Orang Asli bukan lagi merupakan isu baru bagi Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Kedua-dua buah organisasi ini telah mengambil beberapa langkah
yang dirancang rapi berserta dengan peruntukan perbelanjaan yang besar bagi membolehkan golongan ini
menerima pendidikan dan berjaya. Bagi merealisasikan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju pada
tahun 2020, masyarakat Orang Asli perlu dibawa bersama dalam membangunkan agenda negara walaupun
seringkali kedengaran isu atau stereotaip terhadap masyarakat Orang Asli sebagai golongan yang kurang maju
dan terkebelakang (Ma'rof & Sarjit, 2008).
3
Isu keciciran dan prestasi akademik yang rendah ini berpunca daripada masalah kehadiran murid ke sekolah.
Bagaimana untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah jika sekolah tidak dijadikan tempat
yang penting dalam diri mereka sendiri. Malah, berdasarkan kepada data kehadiran bagi murid Sekolah
Kebangsaan Menson pada tahun 2016 secara puratanya adalah 86.95% dan 2017 mengalami sedikit
peningkatan iaitu pada 88.92% tetapi masih lagi tidak mencapai Key Performance Index (KPI) bagi kehadiran
murid-murid sekolah Orang Asli yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah 90%.
Rajah 1: Graf menunjukkan purata peratus (%) kehadiran murid dari tahun 2015-2017.
Masalah kehadiran ini dipandang berat oleh pihak sekolah khususnya unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan badan
disiplin. Malah, masalah kehadiran atau ponteng sekolah ini lebih tinggi kadar peratusannya jika dibanding
dengan masalah disiplin yang lain. Oleh yang demikian, demi untuk meningkatkan peratus kehadiran murid
SK Menson disamping menarik minat mereka untuk belajar dan hadir ke sekolah, timbulah idea untuk
melaksanakan projek “1 MURID 1 POLYBAG” yang melibatkan elemen main, muzik/menari, makan/minum
dan manusiawi.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan pelaksanaan Projek “1 Murid 1 Polybag” ini adalah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke
sekolah melalui aktiviti yang mampu menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah. Disamping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan melahirkan modal insan yang seimbang menerusi aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PERSOALAN KAJIAN
Adakah dan bagaimana pelaksanaan Projek “1 Murid 1 Polybag” ini dapat meningkatkan peratus kehadiran
murid ke sekolah?
OBJEKTIF KAJIAN
i. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah kepada 90% ke atas.
ii. Menarik minat murid dengan aktiviti yang berkesan dan dekat dengan jiwa mereka sebagai kanak-
kanak masyarakat Orang Asli.
iii. Memberi kesedaran kepada murid mengenai kehadiran ke sekolah.
iv. Membentuk keperibadian & keyakinan diri dalam kalangan murid orang asli disamping memupuk
nilai keusahawanan.
Rajah 1: Graf bar berganda menunjukkan peratus kehadiran murid mengikut bulan pada tahun 2016 hingga 2017.
Purata peratusan pada kedua-dua tahun ini tidak melepasi 90%.
4
METODOLOGI KAJIAN
Seorang pakar psikologi George Kelly (1995) pernah menyatakan jika kita tidak dapat memahami sesuatu
masalah itu, maka kaedah yang paling baik ialah dengan bertanyakan kepada mereka yang terlibat dalam
masalah tersebut. Kajian tindakan ini melibatkan semua murid SK Menson yang terdiri daripada murid PRA
sekolah, Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid arus perdana (tahun 1 – tahun 6). Pengumpulan data
menggunakan instrumen analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data kualitatif dianalisis secara
deskriptif.
Instrumen pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian bergambar/ video. Manakala, bagi
temu bual pengkaji menggunakan temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan respon serta tindak balas
daripada peserta kajian. Analisis dokumen terhadap data rekod kehadiran murid dan soal selidik digunakan
sepanjang kajian dijalankan.
Satu set soalan temu bual yang berbentuk separuh berstruktur diguna pakai. Kaedah temu bual digunakan
kerana ianya akan menghasilkan maklumat yang lebih mendalam melalui soalan-soalan berpandu yang
menjurus mencari faktor sebenar murid tidak hadir ke sekolah dan juga apakah minat sebenar mereka. Jenis
soalan-soalan yang diajukan adalah berbentuk soalan terbuka yang bertujuan untuk mencungkil maklumat
lebih lanjut daripada murid, guru dan ibubapa/ penajaga. Segala maklumbalas akan dikumpul dalam borang
khas dan dinilai untuk tindakan seterusnya.
Analisis dokumen pula dilakukan pada buku rekod kehadiran murid yang merupakan dokumen rasmi sekolah.
Dokumen ini dianalisis kerana ianya merupakan bukti sahih dan rasmi ketidakhadiran murid ke sekolah. Rekod
kehadiran yang diambil daripada unit Hal Ehwal Murid (HEM) dari tahun 2014 hingga 2017 membantu dalam
mendapatkan maklumat sepanjang kajian.
BIL SOALAN CATATAN
1. Apakah sebab kamu tidak suka datang ke sekolah? Murid
2. Apa aktiviti yang kamu suka lakukan di sekolah? Murid
3. Kenapa anak kamu selalu tidak datang ke sekolah? Ibubapa/ penjaga
4.
Apa yang anak-anak kamu suka kalau kita lakukan di
sekolah?
Ibubapa/ penjaga
5.
Pendapat cikgu, kenapa murid-murid ini tidak hadir ke
sekolah?
Guru
6.
Bagaimana cara untuk kita bantu tingkatkan kehadiran murid
ke sekolah?
Guru
7.
Di dalam kelas, pendekatan PdPC apa yang paling menarik
minat untuk belajar?
Guru
Jadual 1: Antara soalan temu bual yang ditanyakan kepada murid, ibubapa/ penjaga dan guru bagi
mendapat maklumat punca murid tidak hadir ke sekolah dan perkara yang menarik minat mereka.
5
DAPATAN KAJIAN
Dapatan daripada analisis dokumen iaitu rekod kehadiran murid serta pemerhatian melalui gambar dan
rakaman video telah menemukan beberapa impak dan hasil daripada pelaksanaan projek “1 Murid 1 Polybag”
berkenaan. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan seperti berikut:
MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID
Hasil dapatan daripada projek ini yang paling membanggakan dan bernilai kepada sekolah ialah peningkatan
kehadiran murid-murid ke sekolah. Peratus kehadiran murid meningkat daripada tahun-tahun lalu. Pelaksanaan
projek “1 Murid 1 Polybag” ini berjaya menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah.
Berdasarkan graf di atas, dapat dilihat perubahan yang ketara daripada 3 tahun sebelum ini jika dibanding
dengan tahun 2018 (Januari-September). Pada tahun 2015, purata peratus kehadiran tahunan adalah 87.85%,
manakala tahun 2016 purata peratus kehadiran adalah 86.95%, pada tahun 2017 adalah 88.92% yang masih
tidak mencapai KPI 90%. Namun, pada tahun 2018 adalah 92.30% (Januari-September) berlaku kenaikan
peratus yang iaitu 3.38%. Ini adala perbezaan purata peratus kehadiran antara 2017 dan 2018 (semasa).
Perubahan ini adalah impak yang sangat positif ditunjukkan hasil daripada pelaksanaan projek “1 Murid 1
Polybag”.
Rajah 2: Menunjukkan graf purata peratus (%) kehadiran murid ke sekolah dari tahun 2016-2018
84.00%
85.00%
86.00%
87.00%
88.00%
89.00%
90.00%
91.00%
92.00%
93.00%
2015 2016 2017 2018
87.85%
86.95%
88.92%
92.30%
PERATUSKEHADIRAN(%)
TAHUN
PURATA PERATUS (%) KEHADIRAN MURID 2015-2018
6
Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat peratus kehadiran murid ke sekolah pada bulan Januari adalah 92.52%
berbanding 91.87% pada tahun lepas, bagi bulan Februari adalah 92.94% untuk tahun ini dan 90.44% pada
2017 kemudian pada bulan Mac adalah 92.41%. Bulan April menunjukkan 90.06% dan masih lagi mencapai
KPI yang ditetapkan. Namun, pada bulan Mei berlaku penurunan 3.53% menjadi 86.53%. Bulan ini adalah
bulan Ramadan (puasa) dan berlaku penurunan peratus kehadiran tersebut kerana kebiasaannya bulan puasa
murid akan kurang hadir ke sekolah; alasannya ialah letih dan tidak dapat makan di sekolah. Namun, graf ini
menunjukkan peningkatan kepada 90.27% dan kemudiaanya 91.13%. Manakala pada bulan Ogos meningkat
lagi sehingga 94.32% malah melebihi peritus pada tahun lepas iaitu 90.43%. Terkini, pada bulan September
puratanya adalah 93.76%. Secara puratanya, peratus kehadiran murid dari bulan Januari hingga September
2018 adalah 91.54%.
Ini adalah satu pencapaian yang sangat baik dan melepasi KPI yang ingin dicapai iaitu 90%. Perubahan positif
ini diharapkan akan kekal sehingga bila-bila. Sepanjang pelaksanaan projek “1M1P” ini; reaksi dan sambutan
yang sangat baik ditunjukkan oleh semua murid SK Menson. Ini dapat dibuktikan dengan peratus kehadiran
yang dibuktikan. Inilah yang diharapkan oleh pihak sekolah bahkan oleh pihak PPD, JPN dan KPM sendiri
dalam meningkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah, akhirnya memberi kesan yang positif terhadap
kehadiran murid.
Malah, bukan hanya peratus kehadiran sahaja yang dapat dilihat kesannya. Tetapi, bilangan murid tegar tidak
hadir ke sekolah juga menurun. Daripada 39 orang pada 2017, telah menurun kepada 9 orang sahaja pada tahun
ini. Ada juga murid yang sudah tidak hadir lebih 2 tahun ke sekolah, tetapi hadir selepas beberapa bulan projek
ini dijalankan. Ini memberi impak yang sangat besar kepada sekolah, membuktikan murid teransang dan wujud
semula minat mereka hadir ke sekolah.
Rajah 3: Peratusan kehadiran mengikut bulan sepanjang tahun 2018 dari Januari hingga September.
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
JANUARI FEBRUA
RI
MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEM
BER
Kehadiran 92.52 92.94 92.41 90.06 86.53 90.27 91.13 94.32 93.76
92.52 92.94 92.41 90.06
86.53
90.27 91.13
94.32 93.76
PERATUSKEHADIRAN(%)
BULAN
PERATUS KEHADIRAN BULANAN 2018
7
PERBINCANGAN & IMPLIKASI
Masalah disiplin murid asli khususnya kehadiran ke sekolah sudah menjadi lumrah di setiap sekolah asli di
Malaysia. Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Pihak pentadbir dan unit hal ehwal murid
khususnya perlu melakukan sesuatu tindakan yang efisien dalam menarik mereka untuk hadir ke sekolah.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah kehadiran ini berlaku di sekolah asli, antaranya murid
kurang berminat untuk hadir ke sekolah. Ini berlaku kerana mereka menganggap sekolah adalah tempat yang
membosankan. Bagi mereka di sekolah hanya perlu belajar dan menghadap buku semata-mata.
Oleh kerana itulah, unit hal ehwal murid yang dilaksanakan oleh badan disiplin SK Menson bersama guru-
guru mengadakan projek “1 Murid 1 Polybag” ini. Selepas pemerhatian dibuat sedari tahun lepas lagi, murid-
murid perlu diberikan keseronokan di sekolah mengikut citarasa mereka. Memandangkan aktiviti tanaman
dekat dengan jiwa kanak-kanak asli ini, pihak sekolah meluluskan cadangan mengadakan program ini. Malah,
dengan pelaksanaan aktiviti ini telah menjadi satu perangsang positif untuk semua anak-anak asli SK Menson.
Pelaksanaan program ini tidak sia-sia dan merugikan. Ini kerana impak yang diperoleh sangat positif
khususnya kepada matlamat utama program iaitu meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Berdasarkan
dapatan yang telah dinyatakan, peningkatan yang drastik dan positif memberi semangat kepada guru-guru
untuk meneruskan program ini sehingga bila-bila. Sambutan yang amat menggalakkan dan murid seronok
hadir ke sekolah. Melalui projek ini juga, pihak sekolah telah menerima pengiktirafan dan beberapa pencapaian
yang dicapai oleh murid-murid. Antara pengiktirafan yang telah diterima adalah Kehadiran Murid Mencapai
“KPI” Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini membuktikan tahap kehadiran murid SK Menson ke sekolah
pada tahun ini begitu memberangsangkan jika dibanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Peratusan kehadiran
murid yang meningkat berturut sekaligus memberi impak yang cemerlang terhadap kehadiran murid ke
sekolah.
Impaknya bukan sekadar kepada kehadiran, malah dengan program ini telah melahirkan kemenjadian murid
yang cemerlang. Bukan senang untuk mengembang bakat dan memberi keyakinan kepada anak-anak orang
asli ini, tetapi melalui pendedahan dan peluang yang diberikan telah melahirkan hasil yang berjaya. Sehingga
membawa nama SK Menson ke seluruh Malaysia. Disebabkan oleh nama SK Menson semakin dikenali ramai,
hasil daripada kemenjadian murid dalam bidang tarian ini. Sekolah sentiasa dilawati oleh agensi, institusi
pengajian tinggi dan sekolah bagi mengadakan program penanda arasan di sekolah kami.
Pada tahun ini, pelbagai jenis institut pendidikan yang hadir untuk membuat perkongsian pintar, perkongsian
amalan terbaik yang ada di SK Menson. Ini adalah salah satu pengiktirafan yang diberikan oleh pihak pentadbir
malah Pejabat Pendidikan Daerah sendiri terhadap murid-murid SK Menson ini. Antara pihak yang telah
melakukan program jalinan dan jaringan di SK Menson pada tahun ini adalah Nagoya University, Japan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Perlis, IPG Kampus
Tuanku Bainun, IPG Kampus Perlis, SMK Alam Damai, Kuala Lumpur, SK Kg. Shafie, Bentong, SK Tanah
Rata, PPD Kerian, Parit Buntar Perak, PPD dan Majlis Pengetua Daerah Lipis, Bahagian Psikologi &
Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan lain-lain lagi.
8
RUMUSAN
Berdasarkan analisis dapatan, kajian ini telah mencapai objektif yang disasarkan iaitu menarik minat untuk
hadir ke sekolah sekaligus meningkatkan peratusan kehadiran murid asli di sekolah ini disamping implikasi-
implikasi sampingan yang lain. Walaupun program yang dilaksanakan ini kelihatan mudah dan biasa, namun
impaknya terhadap perubahan masalah disiplin iaitu ponteng yang akhirnya mampu meningkatkan peratus
kehadiran murid asli di sekolah ini. Tiadak ada apa yang mampu memberi kegembiraan kepada sesorang guru
itu selain melihat hasil daripada gerak kerja dan sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid
terhadap aktiviti yang dilaksanakan. Semoga dengan program ini yang mampu menarik minat murid untuk
hadir ke sekolah akan membantu serba-sedikit dalam usaha merapatkan jurang pendidikan masyarakat orang
asli. Dengan kehadiran mereka ke sekolah akan memberi peluang yang besar untuk mereka menimba ilmu
yang akan mengubah nasib keluarga dan masyarakat orang asli umumnya.
RUJUKAN
Abdul Mutalib Osman (1986), “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Sekolah Menengah Melakukan
Ponteng – Satu Kajian Kes.” Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1997). “Daya Pengaruh Dan Perubahan Sikap.” Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas. (2009). Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan dan
Sosiobudaya. Kuala Lumpur: UKM.
B. F. Skinner (1904–1990), Behavioral Analysis, Social Service, Educational Reform.
Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham, S., (1990). The state of American playgrounds. Journal of
Physical Education, Recreation, and Dance. Vol 61 (8), hlm. 18-23.
Hassan, F., 2006. Faktor-faktor berkaitan denganPrestasi Akademik di kalangan Pelajar-pelajar Orang Asli:
Kajian Kes di SM Gua Musang, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.(tesis sarjana)
Hassan, M.N., Shaharudin, I. & Sarah Aziz, A.G.A. eds., 2001. Manusia, Alam Sekitar dan Pembangunan:
Bicara Pengalaman Komuniti Orang Asli, Selangor.
Itam, U.H., 1984. Imej Masyarakat Orang Asli dan Intergrasi Sosial dalam Masyarakat Malaysia, Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jabatan Kemajuan Orang Asli, 2011. Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 2011 – 2015, Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Orang Asli. Journal 25:61-75.
Jaafar Abdul Rahim (1977). “Seriuskah Masalah Ponteng” Ibrahim Saad (1982). Isu Pendidikan Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Diakses pada 24 September 2017.
Md Nor. (2011). “Dropout Prevention Initiatives for Malaysian Indigenous Orang Asli Children”; Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Ministry of Education.
9
Mohamad Azhae et. al. (2011). Pola Kehadiran Murid di Sekolah Kebangsaan Orang Asli. Jurnal.
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.
Mok Soon Sang. (2006), Ilmu Pendidikan. Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Nor, M. M. (2006). Realiti Trend dan Isu dalam Pendidikan awal kanak-kanak. Masalah Pendidikan 2006,
81–90. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/4917/1/8.pdf
Ruhiyati Idayu (1978). “Ponteng dan Permasalahannya”. Dalam Ibrahim Saad (1982). Isu Pendidikan Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suppiah et. al. (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tiwi, K. (2007). Keberkesanan program pendidikan alam sekitar Institut Perguruan Batu Lintang. Kertas
kerja dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Dimuat
turun pada 10 September 2018.
.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...Sir-attha Mohd Hatta
 
Pendidikan akselerasi converted
Pendidikan akselerasi convertedPendidikan akselerasi converted
Pendidikan akselerasi convertedIfan26
 
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiahIsu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiahNoratini Mukhtar
 
9. Kurikulum
9.  Kurikulum9.  Kurikulum
9. Kurikulumkrys73
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahFarah Waheeda
 
Kumpulan 5 Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
Kumpulan 5   Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...Kumpulan 5   Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
Kumpulan 5 Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...Irma Gurlz
 
Bahan Internet Budaya
Bahan Internet BudayaBahan Internet Budaya
Bahan Internet Budayaguest49fcffbc
 
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHASMeningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHASfariez79
 
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithahSeminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithahMashithah Khalid
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanFreedy Kalang
 

Mais procurados (13)

kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 
Pendidikan akselerasi converted
Pendidikan akselerasi convertedPendidikan akselerasi converted
Pendidikan akselerasi converted
 
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiahIsu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
 
9. Kurikulum
9.  Kurikulum9.  Kurikulum
9. Kurikulum
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
 
Kumpulan 5 Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
Kumpulan 5   Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...Kumpulan 5   Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
Kumpulan 5 Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
 
Bahan Internet Budaya
Bahan Internet BudayaBahan Internet Budaya
Bahan Internet Budaya
 
Teacher's certification 2
Teacher's certification 2Teacher's certification 2
Teacher's certification 2
 
Isu sains sem3
Isu sains   sem3Isu sains   sem3
Isu sains sem3
 
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHASMeningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
 
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithahSeminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
Seminar peyelidikan kpt uum program integrasi mashithah
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 

Semelhante a Meningkatkan Kehadiran

Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMAKajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMAPaulus Robert Tuerah
 
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Norwaliza Abdul Wahab
 
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...Paulus Robert Tuerah
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Harsidi Side
 
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadahAishah Umairah
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...sushanblue
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Jurnal Tesis Dian Sita WD_20100091_Pascasarjana_2022.docx
Jurnal Tesis Dian Sita WD_20100091_Pascasarjana_2022.docxJurnal Tesis Dian Sita WD_20100091_Pascasarjana_2022.docx
Jurnal Tesis Dian Sita WD_20100091_Pascasarjana_2022.docxDianSitaNgadiyo
 
MANAJEMEN KELAS BERBASIS PAIKEM UNTUK MENINGKATKAN ANIMO MASYARAKAT DAN PREST...
MANAJEMEN KELAS BERBASIS PAIKEM UNTUK MENINGKATKAN ANIMO MASYARAKAT DAN PREST...MANAJEMEN KELAS BERBASIS PAIKEM UNTUK MENINGKATKAN ANIMO MASYARAKAT DAN PREST...
MANAJEMEN KELAS BERBASIS PAIKEM UNTUK MENINGKATKAN ANIMO MASYARAKAT DAN PREST...DianSitaNgadiyo
 
Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoYohanes Purwanto
 
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Nurdin Aminudin
 

Semelhante a Meningkatkan Kehadiran (20)

Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMAKajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
 
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
 
kajian tindakaku
kajian tindakakukajian tindakaku
kajian tindakaku
 
Paikem 1
Paikem 1Paikem 1
Paikem 1
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Journal
JournalJournal
Journal
 
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
 
Mini riset
Mini risetMini riset
Mini riset
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
 
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
 
Jon hendri tugas ptk
Jon hendri tugas ptkJon hendri tugas ptk
Jon hendri tugas ptk
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
 
Abahhhh
AbahhhhAbahhhh
Abahhhh
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Jurnal Tesis Dian Sita WD_20100091_Pascasarjana_2022.docx
Jurnal Tesis Dian Sita WD_20100091_Pascasarjana_2022.docxJurnal Tesis Dian Sita WD_20100091_Pascasarjana_2022.docx
Jurnal Tesis Dian Sita WD_20100091_Pascasarjana_2022.docx
 
MANAJEMEN KELAS BERBASIS PAIKEM UNTUK MENINGKATKAN ANIMO MASYARAKAT DAN PREST...
MANAJEMEN KELAS BERBASIS PAIKEM UNTUK MENINGKATKAN ANIMO MASYARAKAT DAN PREST...MANAJEMEN KELAS BERBASIS PAIKEM UNTUK MENINGKATKAN ANIMO MASYARAKAT DAN PREST...
MANAJEMEN KELAS BERBASIS PAIKEM UNTUK MENINGKATKAN ANIMO MASYARAKAT DAN PREST...
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwanto
 
Dewinta etika pdf
Dewinta etika pdfDewinta etika pdf
Dewinta etika pdf
 
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
 

Último

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxSaefAhmad
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 

Último (20)

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 

Meningkatkan Kehadiran

  • 1. 1 PROJEK 1 MURID 1 POLYBAG “1M1P” MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID ORANG ASLI DI SEKOLAH KEBANGSAAN MENSON Oleh: Muhammad Iqbal Bin Zahanuddin Sekolah Kebangsaan Menson (JHEOA), Cameron Highlands, Pahang Tel: +6014 507 6067 Emel: m.iqbal.zahanuddin@gmail.com ABSTRAK Kajian ini merupakan intervensi bagi menarik minat dan menanam kesedaran murid terhadap sekolah sekaligus meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Data kehadiran murid tiga tahun kebelakang (2015-2017) dirujuk sebelum melakukan kajian ini. Hasil dapatan mendapati kehadiran murid-murid orang asli di sekolah ini dibawah 90%. Responden kajian melibatkan semua murid di Sekolah Kebangsaan Menson. Instrumen analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini. Hasil dapatkan kajian menunjukkan peningkatan peratusan kehadiran yang signifikan dalam kalangan murid melalui projek “1 Murid 1 Ploybag (1M1P)” ini disamping menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Bagi meningkatkan kehadiran dan minat murid ke sekolah memerlukan kejasama pelbagai pihak dan menggunakan kaedah yang dekat dengan jiwa anak-anak orang asli ini iaitu dengan pelaksanaan aktiviti pertanian disamping menekankan aspek disiplin dan manusiawi. Diharapkan dengan dapatkan kajian ini dapat merealisasi hasrat pengurusan sekolah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah serta membentuk kemenjadian murid dalam pelbagai aspek. Kata kunci: Polybag, tanaman, pertanian, kehadiran, manusiawi, minat, murid asli. LATAR BELAKANG Masyarakat Orang Asli merupakan kaum minoriti penduduk Malaysia. Mengikut bancian tahun 2006 bilangan Orang Asli ialah 141,230 orang. Kedudukan Sosioekonomi sebahagian besar masyarakat Orang Asli masih tertinggal dalam pelbagai bidang, berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Dari segi taburan penempatan masyarakat Orang Asli 36.9% di kawasan pendalaman, 62.4% di kawasan pinggir dan 0.7% di kawasan bandar. Dalam aspek pendidikan, isu kompetensi murid adalah sangat berkait rapat dengan aspek transformasi kurikulum. Aspirasi transformasi kurikulum yang diwujudkan ini turut memberi perhatian dan mengambil kira penglibatan kaum minoriti di Malaysia termasuk murid Orang Asli (Kementerian Pelajaran Malaysia 2012a). Kementerian Pelajaran Malaysia yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sentiasa mempergiatkan usaha bagi meningkatkan pencapaian pendidikan murid Orang Asli. Namun begitu, penelitian terhadap usaha dan peruntukan yang disalurkan sebagai bantuan pembangunan Orang Asli masih tidak memberikan perubahan yang ketara. Oleh itu, kaedah yang sesuai dalam bidang pendidikan bagi mendekati golongan minoriti ini khasnya murid-murid Orang Asli perlu diberi perhatian sewajarnya. Nicholas (2007) menjelaskan antara faktor yang menyebabkan murid Orang Asli ketinggalan adalah disebabkan oleh pendekatan pedagogi yang berbeza dan kurang sesuai
  • 2. 2 serta minat mereka untuk hadir ke sekolah amat kurang kerana merasakan sekolah adalah tempat yang membosankan. Disebabkan tidak minat ke sekolah, maka timbulah masalah ketidakhadiran yang tinggi dalam kalangan sekolah-sekolah asli. Menurut Norzawati, Leni, Ahmad Nadzru, Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), di Malaysia, ponteng sekolah dilabelkan sebagai salah satu masalah utama negara. Ini sekaligus menyokong pandangan Arsathamby dan Ng (2014), antara tahun 1994 hingga 2003, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan dan menonjol. Data Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) juga turut menunjukkan bilangan ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun. SOROTAN LITERATUR Stuphen, Fort dan Faltherty (2009), menjelaskan ponteng ialah sebagai bilangan ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dalam sesuatu tempoh masa. Kemudian, menurut Zhang, Wilson, Katsiyanis, Barett, Ju dan Wu (2010), ponteng ditakrifkan sebagai penglibatan yang menjadi amalan dalam kegiatan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab oleh pelajar di mana isu ini menjadi perhatian dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan masyarakat. Maka, apa yang perlu dilakukan adalah mengkaji bagaimana cara untuk menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dengan meletakkan tarikan yang ada pada sekolah sebagai faktor tarikan. Berkebun adalah aktivti yang sangat dekat dengan murid-murid, malah unsur ini sangat rapat dengan jiwa mereka khususnya masyarakat orang asli. Kajian Tiwi (2007) mendapati program Pendidikan Alam Sekitar untuk guru pelatih yang dijalankan secara kerja lapangan dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar dan motivasi untuk mengintegrasi Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Malah, Azman Manaf (2014) dalam kajian Genta Kehadiran Seratus Peratus: Menarik Minat Murid Asli Datang ke Sekolah menyatakan antara faktor menarik minat murid ke sekolah adalah sikap dan kerjasama antara guru-guru, sikap ibubapa, pemberian insentif, pengetahuan tentang minat, kesukaan dan keperluan murid-murid orang asli. Motivasi ekstrinsik adalah diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa kebaikan kepadanya. Untuk merangsang motivasi ekstrinsik, ianya boleh dilakukan melalui cara seperti memberikan peneguhan yang positif berbentuk pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorong minat mereka untuk belajar (Mok Soon Sang, 2009). PERNYATAAN MASALAH Pendidikan masyarakat Orang Asli bukan lagi merupakan isu baru bagi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Kedua-dua buah organisasi ini telah mengambil beberapa langkah yang dirancang rapi berserta dengan peruntukan perbelanjaan yang besar bagi membolehkan golongan ini menerima pendidikan dan berjaya. Bagi merealisasikan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020, masyarakat Orang Asli perlu dibawa bersama dalam membangunkan agenda negara walaupun seringkali kedengaran isu atau stereotaip terhadap masyarakat Orang Asli sebagai golongan yang kurang maju dan terkebelakang (Ma'rof & Sarjit, 2008).
  • 3. 3 Isu keciciran dan prestasi akademik yang rendah ini berpunca daripada masalah kehadiran murid ke sekolah. Bagaimana untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah jika sekolah tidak dijadikan tempat yang penting dalam diri mereka sendiri. Malah, berdasarkan kepada data kehadiran bagi murid Sekolah Kebangsaan Menson pada tahun 2016 secara puratanya adalah 86.95% dan 2017 mengalami sedikit peningkatan iaitu pada 88.92% tetapi masih lagi tidak mencapai Key Performance Index (KPI) bagi kehadiran murid-murid sekolah Orang Asli yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah 90%. Rajah 1: Graf menunjukkan purata peratus (%) kehadiran murid dari tahun 2015-2017. Masalah kehadiran ini dipandang berat oleh pihak sekolah khususnya unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan badan disiplin. Malah, masalah kehadiran atau ponteng sekolah ini lebih tinggi kadar peratusannya jika dibanding dengan masalah disiplin yang lain. Oleh yang demikian, demi untuk meningkatkan peratus kehadiran murid SK Menson disamping menarik minat mereka untuk belajar dan hadir ke sekolah, timbulah idea untuk melaksanakan projek “1 MURID 1 POLYBAG” yang melibatkan elemen main, muzik/menari, makan/minum dan manusiawi. OBJEKTIF KAJIAN Tujuan pelaksanaan Projek “1 Murid 1 Polybag” ini adalah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah melalui aktiviti yang mampu menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah. Disamping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan melahirkan modal insan yang seimbang menerusi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PERSOALAN KAJIAN Adakah dan bagaimana pelaksanaan Projek “1 Murid 1 Polybag” ini dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah? OBJEKTIF KAJIAN i. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah kepada 90% ke atas. ii. Menarik minat murid dengan aktiviti yang berkesan dan dekat dengan jiwa mereka sebagai kanak- kanak masyarakat Orang Asli. iii. Memberi kesedaran kepada murid mengenai kehadiran ke sekolah. iv. Membentuk keperibadian & keyakinan diri dalam kalangan murid orang asli disamping memupuk nilai keusahawanan. Rajah 1: Graf bar berganda menunjukkan peratus kehadiran murid mengikut bulan pada tahun 2016 hingga 2017. Purata peratusan pada kedua-dua tahun ini tidak melepasi 90%.
  • 4. 4 METODOLOGI KAJIAN Seorang pakar psikologi George Kelly (1995) pernah menyatakan jika kita tidak dapat memahami sesuatu masalah itu, maka kaedah yang paling baik ialah dengan bertanyakan kepada mereka yang terlibat dalam masalah tersebut. Kajian tindakan ini melibatkan semua murid SK Menson yang terdiri daripada murid PRA sekolah, Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid arus perdana (tahun 1 – tahun 6). Pengumpulan data menggunakan instrumen analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif. Instrumen pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian bergambar/ video. Manakala, bagi temu bual pengkaji menggunakan temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan respon serta tindak balas daripada peserta kajian. Analisis dokumen terhadap data rekod kehadiran murid dan soal selidik digunakan sepanjang kajian dijalankan. Satu set soalan temu bual yang berbentuk separuh berstruktur diguna pakai. Kaedah temu bual digunakan kerana ianya akan menghasilkan maklumat yang lebih mendalam melalui soalan-soalan berpandu yang menjurus mencari faktor sebenar murid tidak hadir ke sekolah dan juga apakah minat sebenar mereka. Jenis soalan-soalan yang diajukan adalah berbentuk soalan terbuka yang bertujuan untuk mencungkil maklumat lebih lanjut daripada murid, guru dan ibubapa/ penajaga. Segala maklumbalas akan dikumpul dalam borang khas dan dinilai untuk tindakan seterusnya. Analisis dokumen pula dilakukan pada buku rekod kehadiran murid yang merupakan dokumen rasmi sekolah. Dokumen ini dianalisis kerana ianya merupakan bukti sahih dan rasmi ketidakhadiran murid ke sekolah. Rekod kehadiran yang diambil daripada unit Hal Ehwal Murid (HEM) dari tahun 2014 hingga 2017 membantu dalam mendapatkan maklumat sepanjang kajian. BIL SOALAN CATATAN 1. Apakah sebab kamu tidak suka datang ke sekolah? Murid 2. Apa aktiviti yang kamu suka lakukan di sekolah? Murid 3. Kenapa anak kamu selalu tidak datang ke sekolah? Ibubapa/ penjaga 4. Apa yang anak-anak kamu suka kalau kita lakukan di sekolah? Ibubapa/ penjaga 5. Pendapat cikgu, kenapa murid-murid ini tidak hadir ke sekolah? Guru 6. Bagaimana cara untuk kita bantu tingkatkan kehadiran murid ke sekolah? Guru 7. Di dalam kelas, pendekatan PdPC apa yang paling menarik minat untuk belajar? Guru Jadual 1: Antara soalan temu bual yang ditanyakan kepada murid, ibubapa/ penjaga dan guru bagi mendapat maklumat punca murid tidak hadir ke sekolah dan perkara yang menarik minat mereka.
  • 5. 5 DAPATAN KAJIAN Dapatan daripada analisis dokumen iaitu rekod kehadiran murid serta pemerhatian melalui gambar dan rakaman video telah menemukan beberapa impak dan hasil daripada pelaksanaan projek “1 Murid 1 Polybag” berkenaan. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan seperti berikut: MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID Hasil dapatan daripada projek ini yang paling membanggakan dan bernilai kepada sekolah ialah peningkatan kehadiran murid-murid ke sekolah. Peratus kehadiran murid meningkat daripada tahun-tahun lalu. Pelaksanaan projek “1 Murid 1 Polybag” ini berjaya menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah. Berdasarkan graf di atas, dapat dilihat perubahan yang ketara daripada 3 tahun sebelum ini jika dibanding dengan tahun 2018 (Januari-September). Pada tahun 2015, purata peratus kehadiran tahunan adalah 87.85%, manakala tahun 2016 purata peratus kehadiran adalah 86.95%, pada tahun 2017 adalah 88.92% yang masih tidak mencapai KPI 90%. Namun, pada tahun 2018 adalah 92.30% (Januari-September) berlaku kenaikan peratus yang iaitu 3.38%. Ini adala perbezaan purata peratus kehadiran antara 2017 dan 2018 (semasa). Perubahan ini adalah impak yang sangat positif ditunjukkan hasil daripada pelaksanaan projek “1 Murid 1 Polybag”. Rajah 2: Menunjukkan graf purata peratus (%) kehadiran murid ke sekolah dari tahun 2016-2018 84.00% 85.00% 86.00% 87.00% 88.00% 89.00% 90.00% 91.00% 92.00% 93.00% 2015 2016 2017 2018 87.85% 86.95% 88.92% 92.30% PERATUSKEHADIRAN(%) TAHUN PURATA PERATUS (%) KEHADIRAN MURID 2015-2018
  • 6. 6 Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat peratus kehadiran murid ke sekolah pada bulan Januari adalah 92.52% berbanding 91.87% pada tahun lepas, bagi bulan Februari adalah 92.94% untuk tahun ini dan 90.44% pada 2017 kemudian pada bulan Mac adalah 92.41%. Bulan April menunjukkan 90.06% dan masih lagi mencapai KPI yang ditetapkan. Namun, pada bulan Mei berlaku penurunan 3.53% menjadi 86.53%. Bulan ini adalah bulan Ramadan (puasa) dan berlaku penurunan peratus kehadiran tersebut kerana kebiasaannya bulan puasa murid akan kurang hadir ke sekolah; alasannya ialah letih dan tidak dapat makan di sekolah. Namun, graf ini menunjukkan peningkatan kepada 90.27% dan kemudiaanya 91.13%. Manakala pada bulan Ogos meningkat lagi sehingga 94.32% malah melebihi peritus pada tahun lepas iaitu 90.43%. Terkini, pada bulan September puratanya adalah 93.76%. Secara puratanya, peratus kehadiran murid dari bulan Januari hingga September 2018 adalah 91.54%. Ini adalah satu pencapaian yang sangat baik dan melepasi KPI yang ingin dicapai iaitu 90%. Perubahan positif ini diharapkan akan kekal sehingga bila-bila. Sepanjang pelaksanaan projek “1M1P” ini; reaksi dan sambutan yang sangat baik ditunjukkan oleh semua murid SK Menson. Ini dapat dibuktikan dengan peratus kehadiran yang dibuktikan. Inilah yang diharapkan oleh pihak sekolah bahkan oleh pihak PPD, JPN dan KPM sendiri dalam meningkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah, akhirnya memberi kesan yang positif terhadap kehadiran murid. Malah, bukan hanya peratus kehadiran sahaja yang dapat dilihat kesannya. Tetapi, bilangan murid tegar tidak hadir ke sekolah juga menurun. Daripada 39 orang pada 2017, telah menurun kepada 9 orang sahaja pada tahun ini. Ada juga murid yang sudah tidak hadir lebih 2 tahun ke sekolah, tetapi hadir selepas beberapa bulan projek ini dijalankan. Ini memberi impak yang sangat besar kepada sekolah, membuktikan murid teransang dan wujud semula minat mereka hadir ke sekolah. Rajah 3: Peratusan kehadiran mengikut bulan sepanjang tahun 2018 dari Januari hingga September. 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 JANUARI FEBRUA RI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEM BER Kehadiran 92.52 92.94 92.41 90.06 86.53 90.27 91.13 94.32 93.76 92.52 92.94 92.41 90.06 86.53 90.27 91.13 94.32 93.76 PERATUSKEHADIRAN(%) BULAN PERATUS KEHADIRAN BULANAN 2018
  • 7. 7 PERBINCANGAN & IMPLIKASI Masalah disiplin murid asli khususnya kehadiran ke sekolah sudah menjadi lumrah di setiap sekolah asli di Malaysia. Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Pihak pentadbir dan unit hal ehwal murid khususnya perlu melakukan sesuatu tindakan yang efisien dalam menarik mereka untuk hadir ke sekolah. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah kehadiran ini berlaku di sekolah asli, antaranya murid kurang berminat untuk hadir ke sekolah. Ini berlaku kerana mereka menganggap sekolah adalah tempat yang membosankan. Bagi mereka di sekolah hanya perlu belajar dan menghadap buku semata-mata. Oleh kerana itulah, unit hal ehwal murid yang dilaksanakan oleh badan disiplin SK Menson bersama guru- guru mengadakan projek “1 Murid 1 Polybag” ini. Selepas pemerhatian dibuat sedari tahun lepas lagi, murid- murid perlu diberikan keseronokan di sekolah mengikut citarasa mereka. Memandangkan aktiviti tanaman dekat dengan jiwa kanak-kanak asli ini, pihak sekolah meluluskan cadangan mengadakan program ini. Malah, dengan pelaksanaan aktiviti ini telah menjadi satu perangsang positif untuk semua anak-anak asli SK Menson. Pelaksanaan program ini tidak sia-sia dan merugikan. Ini kerana impak yang diperoleh sangat positif khususnya kepada matlamat utama program iaitu meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Berdasarkan dapatan yang telah dinyatakan, peningkatan yang drastik dan positif memberi semangat kepada guru-guru untuk meneruskan program ini sehingga bila-bila. Sambutan yang amat menggalakkan dan murid seronok hadir ke sekolah. Melalui projek ini juga, pihak sekolah telah menerima pengiktirafan dan beberapa pencapaian yang dicapai oleh murid-murid. Antara pengiktirafan yang telah diterima adalah Kehadiran Murid Mencapai “KPI” Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini membuktikan tahap kehadiran murid SK Menson ke sekolah pada tahun ini begitu memberangsangkan jika dibanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Peratusan kehadiran murid yang meningkat berturut sekaligus memberi impak yang cemerlang terhadap kehadiran murid ke sekolah. Impaknya bukan sekadar kepada kehadiran, malah dengan program ini telah melahirkan kemenjadian murid yang cemerlang. Bukan senang untuk mengembang bakat dan memberi keyakinan kepada anak-anak orang asli ini, tetapi melalui pendedahan dan peluang yang diberikan telah melahirkan hasil yang berjaya. Sehingga membawa nama SK Menson ke seluruh Malaysia. Disebabkan oleh nama SK Menson semakin dikenali ramai, hasil daripada kemenjadian murid dalam bidang tarian ini. Sekolah sentiasa dilawati oleh agensi, institusi pengajian tinggi dan sekolah bagi mengadakan program penanda arasan di sekolah kami. Pada tahun ini, pelbagai jenis institut pendidikan yang hadir untuk membuat perkongsian pintar, perkongsian amalan terbaik yang ada di SK Menson. Ini adalah salah satu pengiktirafan yang diberikan oleh pihak pentadbir malah Pejabat Pendidikan Daerah sendiri terhadap murid-murid SK Menson ini. Antara pihak yang telah melakukan program jalinan dan jaringan di SK Menson pada tahun ini adalah Nagoya University, Japan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Perlis, IPG Kampus Tuanku Bainun, IPG Kampus Perlis, SMK Alam Damai, Kuala Lumpur, SK Kg. Shafie, Bentong, SK Tanah Rata, PPD Kerian, Parit Buntar Perak, PPD dan Majlis Pengetua Daerah Lipis, Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan lain-lain lagi.
  • 8. 8 RUMUSAN Berdasarkan analisis dapatan, kajian ini telah mencapai objektif yang disasarkan iaitu menarik minat untuk hadir ke sekolah sekaligus meningkatkan peratusan kehadiran murid asli di sekolah ini disamping implikasi- implikasi sampingan yang lain. Walaupun program yang dilaksanakan ini kelihatan mudah dan biasa, namun impaknya terhadap perubahan masalah disiplin iaitu ponteng yang akhirnya mampu meningkatkan peratus kehadiran murid asli di sekolah ini. Tiadak ada apa yang mampu memberi kegembiraan kepada sesorang guru itu selain melihat hasil daripada gerak kerja dan sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan. Semoga dengan program ini yang mampu menarik minat murid untuk hadir ke sekolah akan membantu serba-sedikit dalam usaha merapatkan jurang pendidikan masyarakat orang asli. Dengan kehadiran mereka ke sekolah akan memberi peluang yang besar untuk mereka menimba ilmu yang akan mengubah nasib keluarga dan masyarakat orang asli umumnya. RUJUKAN Abdul Mutalib Osman (1986), “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Sekolah Menengah Melakukan Ponteng – Satu Kajian Kes.” Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1997). “Daya Pengaruh Dan Perubahan Sikap.” Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas. (2009). Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan dan Sosiobudaya. Kuala Lumpur: UKM. B. F. Skinner (1904–1990), Behavioral Analysis, Social Service, Educational Reform. Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham, S., (1990). The state of American playgrounds. Journal of Physical Education, Recreation, and Dance. Vol 61 (8), hlm. 18-23. Hassan, F., 2006. Faktor-faktor berkaitan denganPrestasi Akademik di kalangan Pelajar-pelajar Orang Asli: Kajian Kes di SM Gua Musang, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.(tesis sarjana) Hassan, M.N., Shaharudin, I. & Sarah Aziz, A.G.A. eds., 2001. Manusia, Alam Sekitar dan Pembangunan: Bicara Pengalaman Komuniti Orang Asli, Selangor. Itam, U.H., 1984. Imej Masyarakat Orang Asli dan Intergrasi Sosial dalam Masyarakat Malaysia, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Kemajuan Orang Asli, 2011. Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 2011 – 2015, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Orang Asli. Journal 25:61-75. Jaafar Abdul Rahim (1977). “Seriuskah Masalah Ponteng” Ibrahim Saad (1982). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman Web Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Diakses pada 24 September 2017. Md Nor. (2011). “Dropout Prevention Initiatives for Malaysian Indigenous Orang Asli Children”; Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Ministry of Education.
  • 9. 9 Mohamad Azhae et. al. (2011). Pola Kehadiran Murid di Sekolah Kebangsaan Orang Asli. Jurnal. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Mok Soon Sang. (2006), Ilmu Pendidikan. Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Nor, M. M. (2006). Realiti Trend dan Isu dalam Pendidikan awal kanak-kanak. Masalah Pendidikan 2006, 81–90. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/4917/1/8.pdf Ruhiyati Idayu (1978). “Ponteng dan Permasalahannya”. Dalam Ibrahim Saad (1982). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suppiah et. al. (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tiwi, K. (2007). Keberkesanan program pendidikan alam sekitar Institut Perguruan Batu Lintang. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Dimuat turun pada 10 September 2018. .