SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 19
KEPIMPINAN                                                         Asas Pengurusan




                                        PENGARAHAN
                                       (KEPIMPINAN)




  Objektif Pembelajaran : Memahami dan mengenalpasti gaya pengurusan yang
              diamalkan oleh pemimpin-pemimpin pada masa kini.


  Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat:


  •      Mendefinisikan kepimpinan
  •      Menyenaraikan sifat-sifat sebagai seorang pemimpin
  •      Menyenaraikan bentuk tingkahlaku dan gaya kepimpinan pengurus
  •      Membezakan gaya-gaya kepimpinan pengurus
  •      Menghuraikan beberapa teori berkaitan dengan kepimpinan
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan




                                     PENGARAHAN
                                    ( KEPIMPINAN )




7.0 Pengenalan


Kita telahpun mempelajari mengenai kuasa dan pengaruh yang terdapat pada seorang
pengurus. Setakat mana pengurus dapat mempengaruhi pekerja maka ia dikatakan
lebih berjaya dan dapat menjadi pemimpin bagi pekerja-pekerja dalam organisasi
tersebut. Ini adalah kerana pemimpin wujud bila adanya pengikut yang akan
melaksanakan kerja-kerja yang akan dilakukan dengan sukarela walaupun tanpa arahan
daripada pengurus atau pemimpin.


Kita juga biasa mendengar kehebatan seseorang pemimpin. Apakah yang menjadi
seorang pemimpin tersebut begitu dikagumi oleh semua masyarakat? Adakah kerana
personaliti, sifatnya, penampilannya, gaya pengurusannya ataupun ideanya? Kita akan
dapat mengenalpasti faktor-faktor ini dalam tajuk–tajuk selepas ini.




7.1 Definisi


   •   Satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi untuk
       melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat tertentu dengan menjamin
       ketaatan, kesetiaan dan kepatuhan.
KEPIMPINAN                                                                   Asas Pengurusan


   •      Kepimpinan   adalah    proses   pengarahan   tingkahlaku   orang    lain   kearah
          penyempurnaan sesuatu objektif.


7.2 Kemahiran pemimpin


   •      Kemahiran bekerjasama.
   •      Kemahiran memahami nilai.
   •      Kemahiran menggunakan deria dalaman.
   •      Kemahiran memahami diri sendiri.
   •      Kemahiran melihat masa hadapan.




7.3 Pendekatan Kepada Kepimpinan


Bagaimanakah untuk menjadi pemimpin yang berkesan atau bagaimana kita dapat
mengenali     seseorang pengurus itu pemimpin          atau tidak? Pemimpin          dikenali
berdasarkan kepada 3 pendekatan iaitu:


   i.        Pendekatan sifat
   ii.       Pendekatan tingkahlaku atau gelagat
   iii.      Pendekatan kontigensi atau situasi




   7.3.1     Pendekatan sifat.


   Biasakah anda dengar istilah “born to be a leader”?. Melalui pendekatan ini,
   penyelidik menyatakan seseorang pemimpin mempunyai sifat-sifat tertentu sejak
   dilahirkan dan mereka memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Tetapi
   pandangan ini merupakan satu pandangan yang agak lama kerana sekarang kita
   tidak dapat mendefinisikan seseorang itu sebagai pemimpin hanya berdasarkan
   kepada sifat-sifat yang mereka ada, walaubagaimanapun sifat-sifat tertentu perlu
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan


  ada bagi pengurus untuk menjadi pemimpin kerana sifat–sifat ini sebagai aset
  pengurus tersebut.




                  Senaraikan sifat-sifat yang anda rasakan harus ada pada seorang
                  pengurus bagi menjadi seorang     pemimpin? Siapakah pemimpin
                  yang anda kagumi? Apakah sifat-sifat yang ada pada pemimpin?




  7.3.2   Pendekatan tingkahlaku


  Selain daripada pendekatan sifat, tingkahlaku pemimpin juga boleh difahami bagi
  mengenali pemimpin. Ini dapat dilihat samada pemimpin tersebut memberi tumpuan
  kepada pekerja ataupun hanya memberi tumpuan kepada tugas yang akan
  dilakukan. Pendekatan ini mempercayai pemimpin boleh dibentuk.


  Terdapat banyak teori yang dilakukan oleh penyelidik bagi menghuraikan gaya
  kepimpinan pemimpin tetapi kita akan melihat 2 pendekatan yang popular iaitu:




          a) Teori Grid pengurusan
          b) Sistem 4 Likert


  a) Teori Grid pengurusan


  Grid Pengurusan (Managerial Grid) dibentuk oleh Robert Blake dan Jane Mouton.
  Ianya adalah satu matriks mengenai gaya kepimpinan yang mungkin wujud. Ia
  merupakan gaya pengurusan yang boleh digunakan oleh pengurus-pengurus. Grid
  pengurusan di bentuk dengan tujuan untuk membantu perkembangan pengurusan.
KEPIMPINAN                                                                    Asas Pengurusan


  Ia       membolehkan       pengurus   mengenalpasti    gaya    pengurusan   mereka    dan
  menggalakkan mereka menggunakan gaya yang lebih berkesan.


  Ia berdasarkan dua dimensi utama:
                          i)Tumpuan terhadap pekerja
                          ii)Tumpuan terhadap pengeluaran.


                 (1, 9)                                         (9,9 )
       T         Pengurusan Selesa                              Pengurusan Kerja
       u                                                        Berpasukan
       m
       p
       u
       a                                        (5, 5)
       n                                 Pengurusan Jalan
                                         Tengah
       p
       e
       k         ( 1, 1)                                        (9,9 )
       e         Pengurusan Daif                                Pengurusan Tugas
       r
       j
       a
                                  Tumpuan Kepada Pengeluaran




       (1, 9 ) Pengurusan yang selesa ( Country Club)
       Perhatian sepenuhnya diberikan kepada keperluan pekerja supaya wujudnya
       perhubungan yang baik bagi menghasilkan suasana kerja yang selesa dan
       mesra.


           ( 1, 1 ) Pengurusan Daif ( Laissez Faire )
KEPIMPINAN                                                              Asas Pengurusan


     Penekanan kepada usaha yang minimum agar kerja yang perlu dilakukan
     sekadar cukup untuk mengekalkan dirinya sebagai ahli organisasi.


     (5, 5 ) Pengurusan Jalan Tengah ( Middle Of The Road )
     Pencapaian pekerja yang mencukupi diperolehi dengan mengekalkan moral
     pekerja pada tahap yang memuaskan /sederhana.


     (9,9) Pengurusan kerja berpasukan ( Team Work )
     Pencapaian kerja berpunca dari kesungguhan pekerja yang saling bekerja sama,
     percaya mempercayai dan hormat menghormati.


     (9,1 ) Pengurusan Tugas ( Autokratik)
     Kecekapan dalam melaksanakan tugas diperolehi dengan tidak memberi
     tumpuan terhadap aspek kemanusiaan terhadap pekerja. Kecekapan ini terhasil
     dari penyusunan kerja yang rapi.


     Blake dan Mouton berpendapat bahawa gaya kepimpinan (9,9) adalah yang
     paling berkesan dan ia dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik, memberi
     kepuasan kepada pekerja serta dapat mengurangi kadar ketidakhadiran.


  b) Sistem Empat Likert
     Rensis     Likert   dalam    bukunya   “New   Patterns   Of   Management”   telah
     mengemukakan 4 jenis sistem pengurusan atau gaya pengurusan iaitu:


     i)      Exploitative – Authoritative
             Kuasa dan arahan datang daripada pihak atasan. Ugutan dan hukuman
             digunakan dalam pengurusan. Komunikasi antara pengurus dan pekerja
             tidak baik. Tiada kerjasama dikalangan pengurus dan pekerja. Produktiviti
             yang sederhana. Masalah pekerja berlaku.


     ii)     Benevolent – Authoritative
             Ciri-cirinya sama seperti di atas kecuali pada sistem ini wujudnya
             komunikasi dari bawah ke atas bagi tujuan rundingan. Ganjaran diberikan
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan


             dan ugutan juga digunakan. Daya pengeluaran adalah sederhana tetapi
             masih berlakunya masalah pekerja dan pemberhentian pekerja.


     iii)             Consultative
             Matlamat ditetapkan dan arahan diberi setelah perbincangan dilakukan
             terlebih dahulu dengan pekerja. Berlakunya komunikasi dua hala dan
             kerjasama kumpulan digalakkan. Adakalanya penglibatan pekerja dijadikan
             faktor motivasi. Daya pengeluaran adalah baik dan masalah pekerja
             sederhana.


     iv)     Participative
             Sistem yang paling ideal. Penglibatan pekerja menghasilkan komitment
             terhadap matlamat organisasi. Berlakunya komunikasi dua hala dan
             berbagai cara digunakan oleh pengurus bagi tujuan motivasi. Daya
             pengeluaran adalah paling baik dan masalah pekerja juga semakin
             berkurangan.


     Sistem I adalah lebih cenderung kepada tugas manakala Sistem IV
     berorientasikan kepada manusia.
KEPIMPINAN                                                           Asas Pengurusan




                                      AKTIVITI 7A




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……..!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.




Arahan: Bulatkan jawapan yang betul


     7.1 Pengurus menggunakan kuasa rujukan bagi memastikan pekerja mematuhi
        arahan yang diberikan.
                                                                             (B/S)
     7.2 Pengurus yang efektif adalah pengurus yang memberi tumpuan secara
        maksimum terhadap pekerja dan pengeluaran.
                                                                             (B/S)
     7.3 Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai kemahiran pengurus menggunakan
        kuasa.
                                                                             (B/S)
     7.4 Di antara kemahiran seorang pemimpin ialah kemahiran untuk memahami diri
        sendiri.
                                                                             (B/S)
     7.5 Pendekatan tingkahlaku percaya bahawa pemimpin adalah dilahirkan.
                                                                             (B/S)




Soalan esei
KEPIMPINAN                                                         Asas Pengurusan


    7.6 Berikan persamaan di antara gaya pengurusan mengikut grid pengurusan dan
       Sistem 4 Likert.


    7.7 Bincangkan kuasa yang boleh digunakan oleh pengurus dalam mengatasi
       masalah pekerja yang suka ponteng kerja.
KEPIMPINAN                                                               Asas Pengurusan




                                  MAKLUM BALAS AKTIVITI




     AKTIVITI 7A


     Betul/Salah


     7.1 S
     7.2 B
     7.3 B
     7.4 B
     7.5 S




     Soalan esei


     7.6 Persamaan


                   Grid pengurusan           Sistem 4 likert
                   Teamwork                  Participative
                   Pengurusan                Autoritative-exploitative
                   tugas/autokratik



     7.7 Kuasa yang boleh digunakan


             i. Hukuman
             ii. Mutlak
             iii.Kepakaran
KEPIMPINAN                                                               Asas Pengurusan




7.3.3 Pendekatan situasi atau kontigensi.


Pendekatan kontigensi lahir hasil daripada pengalaman pengurus dan penyelidik
mengenai corak kepimpinan pengurus. Mengikut pendekatan ini, gaya kepimpinan
pengurus mestilah disesuaikan dengan situasi yang dihadapai. Bermakna gaya atau
corak kepimpinan pengurus mestilah sentiasa berubah berdasarkan situasi yang mereka
hadapi dan tidak tetap kepada satu gaya pengurusan sahaja bagi semua situasi atau
keadaan. Dalam pendekatan kontigensi kita akan melihat kepada 3 teori iaitu:


a)   Teori Luar Jangka Fiedler
b)   Teori Kitaran Hayat
c)   Teori Matlamat Laluan


a)          Teori Luar Jangka Fiedler


Teori Luar Jangka Fiedler yang dikemukakan oleh Fiedler telah memulakan era
penyelidikan dalam kepimpinan mengikut situasi. Teori ini menyatakan bahawa situasi
yang berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza.


Keberkesanan sesebuah kumpulan itu bergantung kepada penyesuaian di antara gaya
kepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu. Menurut Fiedler, keberkesanan
seseorang pemimpin itu ditentukan oleh interaksi di antara pekerja dengan tiga
angkubah yang lain iaitu:


       i)   Hubungan Anggota-Ketua


       Hubungan ini ditentukan oleh sejauh manakah seseorang pemimpin itu diterima
       oleh sesebuah kumpulan, samada ia mempunyai hubungan yang baik dengan
       kumpulan atau di sebaliknya. Sekiranya wujud perselisihan faham di antara
KEPIMPINAN                                                               Asas Pengurusan


       kumpulan dengan pemimpin, atau tiada kerjasama, ini menunjukkan hubungan
       ketua – anggota itu adalah rendah.


       ii)               Struktur tugas


       Sejauhmanakah tugas-tugas kumpulan itu adalah rutin dan boleh diramal.




       iii) Kuasa Kedudukan Ketua


       Sejauhmana kuasa untuk memberi ganjaran, menghukum, mengambil dan
       memberhentikan kerja atau lain-lain kuasa itu diberikan oleh organisasi kepada
       pemimpin.


   Dengan bantuan ketiga-tiga faktor situasi di atas, Fiedler mengenalpasti lapan jenis
   situasi dan menghubungkaitkan situasi ini dengan gaya kepimpinan yang paling
   berkesan.




b) Teori Kitaran Hayat




                         3      2




                   4                1
KEPIMPINAN                                                                   Asas Pengurusan


Teori Kitaran Hayat membahagikan situasi kepada empat fasa berdasarkan kedudukan
pekerja dalam organisasi.


Fasa 1
Peringkat ini subordinat baru memasuki organisasi. Mereka perlu diperintah dalam
menjalankan tugas. Jika pengurus tidak bersifat memerintah maka akan timbul
kekeliruan pada subordinat. Hubungan antara pengurus dengan subordinat belum
begitu baik iaitu baru mengenali di antara satu sama lain.


Fasa 2
Gelagat tugasan perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan.
Walaubagaimanapun keyakinan        pengurus    terhadap      subordinat   adalah   semakin
meningkat. Galakan dan tunjuk ajar masih perlu diberikan lagi kepada pekerja.


Fasa 3
Keupayaan subordinat meningkat dan subordinat mula aktif dan akan mencari-cari
tanggungjawab yang lebih besar. Pengurus tidak perlu menunjukkan sifat direktif yang
tinggi. Walaubagaimanapun pengurus akan memberi bantuan dan galakan kepada
subordinat dalam mengukuhkan subordinat tersebut dalam organisasi. Perhubungan
antara pengurus dan pekerja juga semakin baik.
Fasa 4
Semakin lama subordinat semakin yakin dan dapat melaksanakan tugas dengan sendiri
tanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus cuba untuk mengurangkan bantuan dan
galakan. Dalam tingkat ini, hubungan tugasan dengan pengurus akan menurun.




c) Teori matlamat laluan.


Robert House dan Martin J Evans juga mengemukakan satu model mengenai
pendekatan kontigensi iaitu Teori Matlamat Laluan. Teori ini menyatakan bahawa
pemimpin adalah sumber ganjaran. Ia cuba meramalkan bagaimana ganjaran yang
berbeza serta gaya kepimpinan yang berbeza dapat mempengaruhi motivasi, prestasi
dan kepuasan subordinat. Di antara cara yang paling penting ialah keupayaannya
menawarkan ganjaran serta menjelaskan kepada subordinat tentang apakah yang
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan


seharusnya dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itu
pengurus menentukan kewujudan matlamat yang perlu dicapai dan menjelaskan
kepada subordinat laluan yang perlu diambil untuk mendapatkannya.


Gaya kepimpinan pengurus samada bertumpukan pekerja atau tugas mempengaruhi
dorongan dan ganjaran yang akan didapati.


Sebagai contoh:


Pengurus yang bertumpukan pekerja.


Pengurus akan menawarkan berbagai bentuk ganjaran kepada subordinat seperti gaji,
kenaikan pangkat, sokongan, galakan, jaminan, penghormatan dan lain-lain. Pengurus
juga sensitif terhadap perbezaan individu dan menyesuaikan ganjaran dengan
keperluan individu serta keinginan mereka.


Pengurus yang berorientasikan tugas.


Ia tidak menawarkan bentuk-bentuk ganjaran yang pelbagai dan tidak sensitive terhadap
keperluan   pekerja.   Walaubagaimanpun,     pengurus    demikian   biasanya    lebih
berkemampuan menghubungkan prestasi subordinat dengan ganjaran berbanding
dengan seseorang pengurus yang bertumpukan pekerja.


Para subordinat akan mengetahui dengan tepat apakah tingkat daya pengeluaran atau
prestasi yang perlu mereka capai bagi membolehkan mereka memperolehi bonus,
tambahan gaji atau kenaikan pangkat.
KEPIMPINAN                                                            Asas Pengurusan




                                      AKTIVITI 7B




Uji kan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……..!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.




Arahan: Bulatkan jawapan yang betul


7.8    Tiga teori yang terdapat di dalam pendekatan situasi adalah Teori Luar Jangka
       Fiedler, Teori Kitaran Hayat dan Teori Matlamat Laluan.
                                                                            (B/S)


7.9    Keberkesanan sesebuah kumpulan bergantung kepada penyesuaian di antara
       gaya kepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu adalah Teori Luar
       Jangka Fiedler.
                                                                            (B/S)
7.10   Di dalam Fasa 3 dari Teori Kitaran Hayat adalah menerangkan gelagat tugas
       perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan.
                                                                            (B/S)


7.11   Robert House dan Martin J. Evans, memperkenalkan Teori Matlamat Laluan.
                                                                            (B/S)


7.12   Pengurus yang bertumpukan pekerja adalah yang sentiasa memberi sokongan,
       galakan dan jaminan kepada pekerja.
                                                                            (B/S)
KEPIMPINAN                            Asas Pengurusan




              MAKLUM BALAS AKTIVITI




AKTIVITI 7B


7. 8 B
7. 9 B
7.10 S
7.11 B
7.12 B
KEPIMPINAN                                                            Asas Pengurusan




                                PENILAIAN KENDIRI




Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.Jika ada masalah, sila
berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya .




Arahan: Bulatkan jawapan yang betul.


1. Memimpin dan mengurus adalah satu proses yang sama.
                                                                               (B/S)
2. Grid 9,1 merujuk kepada gaya kepimpinan daif.
                                                                               (B/S)
3. Kuasa rujukan dipunyai oleh pengurus yang mempunyai kepakaran dan maklumat.
                                                                               (B/S)
4. Sistem ke 4 dalam Sistem 4 Likert merujuk kepada gaya pengurusan berorientasikan
 kerja.
                                                                               (B/S)
KEPIMPINAN                                                                      Asas Pengurusan


Isi tempat kosong


Bagi   memahami         kepimpinan,     terlebih     dahulu     perlu     memahami     konsep
________1____dan___2_________. Pengurus dan pemimpin tidak semestinya sama.
________3________mempunyai            kuasa   sah,    ganjaran    dan     hukuman    manakala
pemimpin mempunyai kuasa__4_________dan               _____5_________.


Pendekatan pertama kepada kepimpinan ialah pendekatan______6_________diikuti
oleh________7______dan_____8__________.                Teori______9_________manyatakan
gaya kepimpinan pengurus perlu berubah mengikut situasi. Pengurus yang mempunyai
hubungan         yang    baik    dengan       pekerja         dikatakan     pengurus     yang
berorientasikan___10__________.


Soalan esei


1. Jelaskan model kitaran hayat pekerja berdasarkan contoh kemasukan pelajar                ke
   politeknik.




                         MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI




Betul/Salah
                 1. S
                 2. S
                 3. B
                 4. S
KEPIMPINAN                                                     Asas Pengurusan


Isi tempat kosong


              1. Kuasa
              2.                      Autoriti
              3.                      Pengurus
              4.                      Rujukan
              5.                      Kepakaran
              6.                      Sifat
              7.                      Tingkahlaku
              8.                      Situasi
              9.                      Situasi
              10.                     Pekerja


Soalan esei


   1. Huraikan berdasarkan 4 fasa kitaran hayat. Rujuk m/s 9

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
apai79
 
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Aswa Nina
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Noorezayu Mohd Said
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan
Sohib AlQuran
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Qaseh Rindu
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
noorqaseh_ramadhan
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Siti Zulaikha
 

Mais procurados (20)

Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cipp
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
 
Slide kajian kepimpinan
Slide kajian kepimpinanSlide kajian kepimpinan
Slide kajian kepimpinan
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
 
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah laku
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan
 
Pengenalan kaunseling
Pengenalan kaunselingPengenalan kaunseling
Pengenalan kaunseling
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 

Semelhante a Unit7 : pengarahan (kepimpinan)

Dasar – dasar manajemen
Dasar – dasar manajemenDasar – dasar manajemen
Dasar – dasar manajemen
muhammad hamdi
 
Analisis Kepemimpinan
Analisis KepemimpinanAnalisis Kepemimpinan
Analisis Kepemimpinan
eryeryey
 
Leadership and team building
Leadership and team buildingLeadership and team building
Leadership and team building
Muhammad AR
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
Ckg Nizam
 
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiBab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Khairul Anwar
 
Fungsi penggerakan dan fungsi pengawasan
Fungsi penggerakan dan fungsi pengawasanFungsi penggerakan dan fungsi pengawasan
Fungsi penggerakan dan fungsi pengawasan
Firman Bachtiar
 

Semelhante a Unit7 : pengarahan (kepimpinan) (20)

4 pengarahan
4 pengarahan4 pengarahan
4 pengarahan
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Dasar – dasar manajemen
Dasar – dasar manajemenDasar – dasar manajemen
Dasar – dasar manajemen
 
Analisis Kepemimpinan
Analisis KepemimpinanAnalisis Kepemimpinan
Analisis Kepemimpinan
 
Leadership and team building
Leadership and team buildingLeadership and team building
Leadership and team building
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...
6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...
6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...
 
Kepimpinan
Kepimpinan   Kepimpinan
Kepimpinan
 
kepemimpinan dalam organisasi
kepemimpinan dalam organisasikepemimpinan dalam organisasi
kepemimpinan dalam organisasi
 
Supervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptx
Supervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptxSupervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptx
Supervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptx
 
Leader atau Manajer
Leader atau ManajerLeader atau Manajer
Leader atau Manajer
 
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
 
Makalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinanMakalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinan
 
Makalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinanMakalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinan
 
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiBab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasi
 
Manajemen organisasi
Manajemen organisasiManajemen organisasi
Manajemen organisasi
 
Fungsi penggerakan dan fungsi pengawasan
Fungsi penggerakan dan fungsi pengawasanFungsi penggerakan dan fungsi pengawasan
Fungsi penggerakan dan fungsi pengawasan
 
Kepemimpinan dan Motivasi.pptx
Kepemimpinan dan Motivasi.pptxKepemimpinan dan Motivasi.pptx
Kepemimpinan dan Motivasi.pptx
 
Prinsip Kepemimpinan yang Efektif bagi Menwa
Prinsip Kepemimpinan yang Efektif bagi MenwaPrinsip Kepemimpinan yang Efektif bagi Menwa
Prinsip Kepemimpinan yang Efektif bagi Menwa
 
Bab 7 an 015 kepimpinan
Bab 7 an 015 kepimpinanBab 7 an 015 kepimpinan
Bab 7 an 015 kepimpinan
 

Mais de EBBY FIRDAOS SUFIAN (20)

Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@2
Ko k group 3@2Ko k group 3@2
Ko k group 3@2
 
Ko k group 1@3
Ko k group 1@3Ko k group 1@3
Ko k group 1@3
 
Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@3
Ko k group 3@3Ko k group 3@3
Ko k group 3@3
 
Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3
 
Ko k group 1@1
Ko k group 1@1Ko k group 1@1
Ko k group 1@1
 
Ko k group 3@1
Ko k group 3@1Ko k group 3@1
Ko k group 3@1
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Unit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalanUnit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalan
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)
 
Unit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerjaUnit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerja
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 
Unit4 : perancangan
Unit4 : perancanganUnit4 : perancangan
Unit4 : perancangan
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Unit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusanUnit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusan
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Presentation basic computer
Presentation basic computerPresentation basic computer
Presentation basic computer
 

Unit7 : pengarahan (kepimpinan)

  • 1. KEPIMPINAN Asas Pengurusan PENGARAHAN (KEPIMPINAN) Objektif Pembelajaran : Memahami dan mengenalpasti gaya pengurusan yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin pada masa kini. Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat: • Mendefinisikan kepimpinan • Menyenaraikan sifat-sifat sebagai seorang pemimpin • Menyenaraikan bentuk tingkahlaku dan gaya kepimpinan pengurus • Membezakan gaya-gaya kepimpinan pengurus • Menghuraikan beberapa teori berkaitan dengan kepimpinan
  • 2. KEPIMPINAN Asas Pengurusan PENGARAHAN ( KEPIMPINAN ) 7.0 Pengenalan Kita telahpun mempelajari mengenai kuasa dan pengaruh yang terdapat pada seorang pengurus. Setakat mana pengurus dapat mempengaruhi pekerja maka ia dikatakan lebih berjaya dan dapat menjadi pemimpin bagi pekerja-pekerja dalam organisasi tersebut. Ini adalah kerana pemimpin wujud bila adanya pengikut yang akan melaksanakan kerja-kerja yang akan dilakukan dengan sukarela walaupun tanpa arahan daripada pengurus atau pemimpin. Kita juga biasa mendengar kehebatan seseorang pemimpin. Apakah yang menjadi seorang pemimpin tersebut begitu dikagumi oleh semua masyarakat? Adakah kerana personaliti, sifatnya, penampilannya, gaya pengurusannya ataupun ideanya? Kita akan dapat mengenalpasti faktor-faktor ini dalam tajuk–tajuk selepas ini. 7.1 Definisi • Satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi untuk melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat tertentu dengan menjamin ketaatan, kesetiaan dan kepatuhan.
  • 3. KEPIMPINAN Asas Pengurusan • Kepimpinan adalah proses pengarahan tingkahlaku orang lain kearah penyempurnaan sesuatu objektif. 7.2 Kemahiran pemimpin • Kemahiran bekerjasama. • Kemahiran memahami nilai. • Kemahiran menggunakan deria dalaman. • Kemahiran memahami diri sendiri. • Kemahiran melihat masa hadapan. 7.3 Pendekatan Kepada Kepimpinan Bagaimanakah untuk menjadi pemimpin yang berkesan atau bagaimana kita dapat mengenali seseorang pengurus itu pemimpin atau tidak? Pemimpin dikenali berdasarkan kepada 3 pendekatan iaitu: i. Pendekatan sifat ii. Pendekatan tingkahlaku atau gelagat iii. Pendekatan kontigensi atau situasi 7.3.1 Pendekatan sifat. Biasakah anda dengar istilah “born to be a leader”?. Melalui pendekatan ini, penyelidik menyatakan seseorang pemimpin mempunyai sifat-sifat tertentu sejak dilahirkan dan mereka memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Tetapi pandangan ini merupakan satu pandangan yang agak lama kerana sekarang kita tidak dapat mendefinisikan seseorang itu sebagai pemimpin hanya berdasarkan kepada sifat-sifat yang mereka ada, walaubagaimanapun sifat-sifat tertentu perlu
  • 4. KEPIMPINAN Asas Pengurusan ada bagi pengurus untuk menjadi pemimpin kerana sifat–sifat ini sebagai aset pengurus tersebut. Senaraikan sifat-sifat yang anda rasakan harus ada pada seorang pengurus bagi menjadi seorang pemimpin? Siapakah pemimpin yang anda kagumi? Apakah sifat-sifat yang ada pada pemimpin? 7.3.2 Pendekatan tingkahlaku Selain daripada pendekatan sifat, tingkahlaku pemimpin juga boleh difahami bagi mengenali pemimpin. Ini dapat dilihat samada pemimpin tersebut memberi tumpuan kepada pekerja ataupun hanya memberi tumpuan kepada tugas yang akan dilakukan. Pendekatan ini mempercayai pemimpin boleh dibentuk. Terdapat banyak teori yang dilakukan oleh penyelidik bagi menghuraikan gaya kepimpinan pemimpin tetapi kita akan melihat 2 pendekatan yang popular iaitu: a) Teori Grid pengurusan b) Sistem 4 Likert a) Teori Grid pengurusan Grid Pengurusan (Managerial Grid) dibentuk oleh Robert Blake dan Jane Mouton. Ianya adalah satu matriks mengenai gaya kepimpinan yang mungkin wujud. Ia merupakan gaya pengurusan yang boleh digunakan oleh pengurus-pengurus. Grid pengurusan di bentuk dengan tujuan untuk membantu perkembangan pengurusan.
  • 5. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Ia membolehkan pengurus mengenalpasti gaya pengurusan mereka dan menggalakkan mereka menggunakan gaya yang lebih berkesan. Ia berdasarkan dua dimensi utama: i)Tumpuan terhadap pekerja ii)Tumpuan terhadap pengeluaran. (1, 9) (9,9 ) T Pengurusan Selesa Pengurusan Kerja u Berpasukan m p u a (5, 5) n Pengurusan Jalan Tengah p e k ( 1, 1) (9,9 ) e Pengurusan Daif Pengurusan Tugas r j a Tumpuan Kepada Pengeluaran (1, 9 ) Pengurusan yang selesa ( Country Club) Perhatian sepenuhnya diberikan kepada keperluan pekerja supaya wujudnya perhubungan yang baik bagi menghasilkan suasana kerja yang selesa dan mesra. ( 1, 1 ) Pengurusan Daif ( Laissez Faire )
  • 6. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Penekanan kepada usaha yang minimum agar kerja yang perlu dilakukan sekadar cukup untuk mengekalkan dirinya sebagai ahli organisasi. (5, 5 ) Pengurusan Jalan Tengah ( Middle Of The Road ) Pencapaian pekerja yang mencukupi diperolehi dengan mengekalkan moral pekerja pada tahap yang memuaskan /sederhana. (9,9) Pengurusan kerja berpasukan ( Team Work ) Pencapaian kerja berpunca dari kesungguhan pekerja yang saling bekerja sama, percaya mempercayai dan hormat menghormati. (9,1 ) Pengurusan Tugas ( Autokratik) Kecekapan dalam melaksanakan tugas diperolehi dengan tidak memberi tumpuan terhadap aspek kemanusiaan terhadap pekerja. Kecekapan ini terhasil dari penyusunan kerja yang rapi. Blake dan Mouton berpendapat bahawa gaya kepimpinan (9,9) adalah yang paling berkesan dan ia dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik, memberi kepuasan kepada pekerja serta dapat mengurangi kadar ketidakhadiran. b) Sistem Empat Likert Rensis Likert dalam bukunya “New Patterns Of Management” telah mengemukakan 4 jenis sistem pengurusan atau gaya pengurusan iaitu: i) Exploitative – Authoritative Kuasa dan arahan datang daripada pihak atasan. Ugutan dan hukuman digunakan dalam pengurusan. Komunikasi antara pengurus dan pekerja tidak baik. Tiada kerjasama dikalangan pengurus dan pekerja. Produktiviti yang sederhana. Masalah pekerja berlaku. ii) Benevolent – Authoritative Ciri-cirinya sama seperti di atas kecuali pada sistem ini wujudnya komunikasi dari bawah ke atas bagi tujuan rundingan. Ganjaran diberikan
  • 7. KEPIMPINAN Asas Pengurusan dan ugutan juga digunakan. Daya pengeluaran adalah sederhana tetapi masih berlakunya masalah pekerja dan pemberhentian pekerja. iii) Consultative Matlamat ditetapkan dan arahan diberi setelah perbincangan dilakukan terlebih dahulu dengan pekerja. Berlakunya komunikasi dua hala dan kerjasama kumpulan digalakkan. Adakalanya penglibatan pekerja dijadikan faktor motivasi. Daya pengeluaran adalah baik dan masalah pekerja sederhana. iv) Participative Sistem yang paling ideal. Penglibatan pekerja menghasilkan komitment terhadap matlamat organisasi. Berlakunya komunikasi dua hala dan berbagai cara digunakan oleh pengurus bagi tujuan motivasi. Daya pengeluaran adalah paling baik dan masalah pekerja juga semakin berkurangan. Sistem I adalah lebih cenderung kepada tugas manakala Sistem IV berorientasikan kepada manusia.
  • 8. KEPIMPINAN Asas Pengurusan AKTIVITI 7A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……..!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul 7.1 Pengurus menggunakan kuasa rujukan bagi memastikan pekerja mematuhi arahan yang diberikan. (B/S) 7.2 Pengurus yang efektif adalah pengurus yang memberi tumpuan secara maksimum terhadap pekerja dan pengeluaran. (B/S) 7.3 Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai kemahiran pengurus menggunakan kuasa. (B/S) 7.4 Di antara kemahiran seorang pemimpin ialah kemahiran untuk memahami diri sendiri. (B/S) 7.5 Pendekatan tingkahlaku percaya bahawa pemimpin adalah dilahirkan. (B/S) Soalan esei
  • 9. KEPIMPINAN Asas Pengurusan 7.6 Berikan persamaan di antara gaya pengurusan mengikut grid pengurusan dan Sistem 4 Likert. 7.7 Bincangkan kuasa yang boleh digunakan oleh pengurus dalam mengatasi masalah pekerja yang suka ponteng kerja.
  • 10. KEPIMPINAN Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 7A Betul/Salah 7.1 S 7.2 B 7.3 B 7.4 B 7.5 S Soalan esei 7.6 Persamaan Grid pengurusan Sistem 4 likert Teamwork Participative Pengurusan Autoritative-exploitative tugas/autokratik 7.7 Kuasa yang boleh digunakan i. Hukuman ii. Mutlak iii.Kepakaran
  • 11. KEPIMPINAN Asas Pengurusan 7.3.3 Pendekatan situasi atau kontigensi. Pendekatan kontigensi lahir hasil daripada pengalaman pengurus dan penyelidik mengenai corak kepimpinan pengurus. Mengikut pendekatan ini, gaya kepimpinan pengurus mestilah disesuaikan dengan situasi yang dihadapai. Bermakna gaya atau corak kepimpinan pengurus mestilah sentiasa berubah berdasarkan situasi yang mereka hadapi dan tidak tetap kepada satu gaya pengurusan sahaja bagi semua situasi atau keadaan. Dalam pendekatan kontigensi kita akan melihat kepada 3 teori iaitu: a) Teori Luar Jangka Fiedler b) Teori Kitaran Hayat c) Teori Matlamat Laluan a) Teori Luar Jangka Fiedler Teori Luar Jangka Fiedler yang dikemukakan oleh Fiedler telah memulakan era penyelidikan dalam kepimpinan mengikut situasi. Teori ini menyatakan bahawa situasi yang berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza. Keberkesanan sesebuah kumpulan itu bergantung kepada penyesuaian di antara gaya kepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu. Menurut Fiedler, keberkesanan seseorang pemimpin itu ditentukan oleh interaksi di antara pekerja dengan tiga angkubah yang lain iaitu: i) Hubungan Anggota-Ketua Hubungan ini ditentukan oleh sejauh manakah seseorang pemimpin itu diterima oleh sesebuah kumpulan, samada ia mempunyai hubungan yang baik dengan kumpulan atau di sebaliknya. Sekiranya wujud perselisihan faham di antara
  • 12. KEPIMPINAN Asas Pengurusan kumpulan dengan pemimpin, atau tiada kerjasama, ini menunjukkan hubungan ketua – anggota itu adalah rendah. ii) Struktur tugas Sejauhmanakah tugas-tugas kumpulan itu adalah rutin dan boleh diramal. iii) Kuasa Kedudukan Ketua Sejauhmana kuasa untuk memberi ganjaran, menghukum, mengambil dan memberhentikan kerja atau lain-lain kuasa itu diberikan oleh organisasi kepada pemimpin. Dengan bantuan ketiga-tiga faktor situasi di atas, Fiedler mengenalpasti lapan jenis situasi dan menghubungkaitkan situasi ini dengan gaya kepimpinan yang paling berkesan. b) Teori Kitaran Hayat 3 2 4 1
  • 13. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Teori Kitaran Hayat membahagikan situasi kepada empat fasa berdasarkan kedudukan pekerja dalam organisasi. Fasa 1 Peringkat ini subordinat baru memasuki organisasi. Mereka perlu diperintah dalam menjalankan tugas. Jika pengurus tidak bersifat memerintah maka akan timbul kekeliruan pada subordinat. Hubungan antara pengurus dengan subordinat belum begitu baik iaitu baru mengenali di antara satu sama lain. Fasa 2 Gelagat tugasan perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan. Walaubagaimanapun keyakinan pengurus terhadap subordinat adalah semakin meningkat. Galakan dan tunjuk ajar masih perlu diberikan lagi kepada pekerja. Fasa 3 Keupayaan subordinat meningkat dan subordinat mula aktif dan akan mencari-cari tanggungjawab yang lebih besar. Pengurus tidak perlu menunjukkan sifat direktif yang tinggi. Walaubagaimanapun pengurus akan memberi bantuan dan galakan kepada subordinat dalam mengukuhkan subordinat tersebut dalam organisasi. Perhubungan antara pengurus dan pekerja juga semakin baik. Fasa 4 Semakin lama subordinat semakin yakin dan dapat melaksanakan tugas dengan sendiri tanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus cuba untuk mengurangkan bantuan dan galakan. Dalam tingkat ini, hubungan tugasan dengan pengurus akan menurun. c) Teori matlamat laluan. Robert House dan Martin J Evans juga mengemukakan satu model mengenai pendekatan kontigensi iaitu Teori Matlamat Laluan. Teori ini menyatakan bahawa pemimpin adalah sumber ganjaran. Ia cuba meramalkan bagaimana ganjaran yang berbeza serta gaya kepimpinan yang berbeza dapat mempengaruhi motivasi, prestasi dan kepuasan subordinat. Di antara cara yang paling penting ialah keupayaannya menawarkan ganjaran serta menjelaskan kepada subordinat tentang apakah yang
  • 14. KEPIMPINAN Asas Pengurusan seharusnya dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itu pengurus menentukan kewujudan matlamat yang perlu dicapai dan menjelaskan kepada subordinat laluan yang perlu diambil untuk mendapatkannya. Gaya kepimpinan pengurus samada bertumpukan pekerja atau tugas mempengaruhi dorongan dan ganjaran yang akan didapati. Sebagai contoh: Pengurus yang bertumpukan pekerja. Pengurus akan menawarkan berbagai bentuk ganjaran kepada subordinat seperti gaji, kenaikan pangkat, sokongan, galakan, jaminan, penghormatan dan lain-lain. Pengurus juga sensitif terhadap perbezaan individu dan menyesuaikan ganjaran dengan keperluan individu serta keinginan mereka. Pengurus yang berorientasikan tugas. Ia tidak menawarkan bentuk-bentuk ganjaran yang pelbagai dan tidak sensitive terhadap keperluan pekerja. Walaubagaimanpun, pengurus demikian biasanya lebih berkemampuan menghubungkan prestasi subordinat dengan ganjaran berbanding dengan seseorang pengurus yang bertumpukan pekerja. Para subordinat akan mengetahui dengan tepat apakah tingkat daya pengeluaran atau prestasi yang perlu mereka capai bagi membolehkan mereka memperolehi bonus, tambahan gaji atau kenaikan pangkat.
  • 15. KEPIMPINAN Asas Pengurusan AKTIVITI 7B Uji kan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……..!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul 7.8 Tiga teori yang terdapat di dalam pendekatan situasi adalah Teori Luar Jangka Fiedler, Teori Kitaran Hayat dan Teori Matlamat Laluan. (B/S) 7.9 Keberkesanan sesebuah kumpulan bergantung kepada penyesuaian di antara gaya kepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu adalah Teori Luar Jangka Fiedler. (B/S) 7.10 Di dalam Fasa 3 dari Teori Kitaran Hayat adalah menerangkan gelagat tugas perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan. (B/S) 7.11 Robert House dan Martin J. Evans, memperkenalkan Teori Matlamat Laluan. (B/S) 7.12 Pengurus yang bertumpukan pekerja adalah yang sentiasa memberi sokongan, galakan dan jaminan kepada pekerja. (B/S)
  • 16. KEPIMPINAN Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 7B 7. 8 B 7. 9 B 7.10 S 7.11 B 7.12 B
  • 17. KEPIMPINAN Asas Pengurusan PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.Jika ada masalah, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya . Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. 1. Memimpin dan mengurus adalah satu proses yang sama. (B/S) 2. Grid 9,1 merujuk kepada gaya kepimpinan daif. (B/S) 3. Kuasa rujukan dipunyai oleh pengurus yang mempunyai kepakaran dan maklumat. (B/S) 4. Sistem ke 4 dalam Sistem 4 Likert merujuk kepada gaya pengurusan berorientasikan kerja. (B/S)
  • 18. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Isi tempat kosong Bagi memahami kepimpinan, terlebih dahulu perlu memahami konsep ________1____dan___2_________. Pengurus dan pemimpin tidak semestinya sama. ________3________mempunyai kuasa sah, ganjaran dan hukuman manakala pemimpin mempunyai kuasa__4_________dan _____5_________. Pendekatan pertama kepada kepimpinan ialah pendekatan______6_________diikuti oleh________7______dan_____8__________. Teori______9_________manyatakan gaya kepimpinan pengurus perlu berubah mengikut situasi. Pengurus yang mempunyai hubungan yang baik dengan pekerja dikatakan pengurus yang berorientasikan___10__________. Soalan esei 1. Jelaskan model kitaran hayat pekerja berdasarkan contoh kemasukan pelajar ke politeknik. MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI Betul/Salah 1. S 2. S 3. B 4. S
  • 19. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Isi tempat kosong 1. Kuasa 2. Autoriti 3. Pengurus 4. Rujukan 5. Kepakaran 6. Sifat 7. Tingkahlaku 8. Situasi 9. Situasi 10. Pekerja Soalan esei 1. Huraikan berdasarkan 4 fasa kitaran hayat. Rujuk m/s 9