SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 15
PERANCANGAN                                               Asas Pengurusan




                                  PERANCANGAN




 Objektif Pembelajaran : Memahami dan mengetahui langkah–langkah serta
                halangan dalam proses perancangan.




 Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini, pelajar dapat:


   •   Menerangkan langkah-langkah proses perancangan
   •   Mengenalpasti halangan–halangan dalam proses perancangan serta
       faktor-faktor yang mengubah perancangan.
PERANCANGAN                                                      Asas Pengurusan




                          UNIT 4 : PERANCANGAN




4.0 Pengenalan


Dalam setiap aktiviti yang melibatkan proses, kita memerlukan langkah-langkah
tertentu agar setiap aktiviti yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik.
Berdasarkan langkah-langkah inilah sesuatu tindakan yang dibuat tidak
terpesong daripada matlamatnya yang telah ditetapkan. Setelah mempelajari
dan memahami pengertian perancangan, marilah kita sama-sama mengenal
pasti langkah-langkah serta halangan dalam proses perancangan di dalam unit
ini.


4.1 Langkah–Langkah Dalam Proses Perancangan


Terdapat 4 langkah dalam proses perancangan iaitu:




Menetapkan       Menghuraikan         Menentukan          Mengemukakan
Matlamat           Keadaaan            Dorongan /         Tindakan
                                       Halangan
PERANCANGAN                                                      Asas Pengurusan


  4. 1. 1 Menetapkan Matlamat


  Penetapan matlamat amat penting dalam sesebuah organisasi, kerana
  dengan adanya matlamatlah sesebuah organisasi boleh membangun. Ibarat
  manusia, yang tiada matlamat hidup, maka perjalanan hidupnya tidak tentu
  arah. Maka persoalan yang perlu dijawab adalah tentang apakah yang
  hendak dicapai oleh organisasi kita dalam jangkamasa panjang ataupun
  jangkamasa pendek. Matlamat yang ditetapkan mestilah mengandungi ciri-ciri
  seperti jelas dan nyata, rasional, logik, mempunyai jangkamasa dan mestilah
  mencabar. Contohnya: Matlamat sebuah syarikat penjualan komputer
  mempunyai matlamat yang jelas dan nyata dalam jangkamasa panjang
  adalah untuk   mencapai sasaran jualan sebanyak 50 buah unit komputer
  sebulan.


  4. 1. 2 Menghuraikan Keadaan Semasa


  Apabila matlamat organisasi telah ditetapkan dengan jelas,        maka kita
  sebagai ahli organisasi sama ada pengurus peringkat atasan, bawahan dan
  pertengahan    perlu   lihat   keadaan   organisasi   kita   sekarang     dan
  membandingkan dengan matlamat yang hendak dicapai. Tentukan sama ada
  sumber yang ada mencukupi       dari segi kewangan, tenaga kerja ataupun
  maklumat untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. Sekiranya
  matlamat yang hendak ditetapkan adalah mencabar tetapi bila dilihat dari
  sudut kewangan , tidak mencukupi maka kita perlu mengubah suaikan
  kedaan perancangan tersebut dengan kedudukan kewangan organisasi.


  Lihat kembali kepada contoh tadi, di mana target jualan syarikat komputer
  adalah menjual 50 buah unit komputer dalam sebulan. Maka kita perlu lihat
  dengan keadaan semasa sekarang, dari segi permintaan, siapa pelanggan
  kita, cukupkah tenaga kerja kita untuk mempromosikan komputer kita dan
  cukupkah maklumat yang kita ada dari segi persaingan kita serta cukupkah
PERANCANGAN                                                      Asas Pengurusan


  sumber kewangan kita untuk melaksanakan matlamat tersebut. Maka
  menentukan keadaan semasa amat penting agar matlamat yang ditentukan
  tidak terpesong jauh dengan persekitaran semasa.


  4.1.3 Mengenalpasti Sokongan Ataupun Halangan


  Di tahap ini kita perlu lihat apakah faktor dalaman ataupun luaran yang dapat
  membantu ataupun mungkin menghalangi proses pencapaian matlamat
  tersebut. Dari segi faktor dalaman kita boleh lihat bagaimana syarikat boleh
  mendapatkan kakitangan yang berkaliber untuk mempromosi barangan
  tersebut. Maka syarikat perlu melatih mereka yang berkelayakan untuk
  mempromosikan komputer tersebut. Manakala bagi faktor luaran, kita boleh
  lihat persaingan dari syarikat-syarikat komputer lain yang menawarkan harga
  yang lebih rendah, maka menjadi satu halangan kepada pencapai matlamat
  tersebut. Dengan itu pihak organisasi perlu mencari alternatif untuk
  mengenalpasti sokongan dan halangan serta jalan penyelesaiannya.


  4.1.4 Mengemukakan Tindakan


  Sekiranya didapati adanya sokongan yang boleh menolong dari segi
  perlaksanaan perancangan seterusnya tercapainya matlamat, atau halangan
  yang boleh melambatkan perjalanan perancangan maka,          pengurus boleh
  mengemukakan tindakan sama ada teruskan tindakan terhadap perancangan
  atau cari jalan lain untuk setiap perancangan.


  Katakan dari contoh tadi, didapati banyak halangan yang timbul dari
  sokongan maka organisasi perlulah menukar kepada matlamat yang baru
  atau merangka perancangan yang baru yang boleh menguntungkan
  organisasi tersebut.
PERANCANGAN                                                      Asas Pengurusan


   Peringkat ini amat penting kerana ia melibatkan proses membuat dan
   mengambil keputusan yang teliti dan cermat. Setelah semua langkah tadi
   telah   dilalui   dengan   sempurna,    maka   perancangan   tadi   bolehlah
   dilaksanakan.




4.2 Halangan Kepada Perancangan


Setelah memahami proses perancangan , kita perlu lihat apakah halangan yang
timbul terhadap pencapaian perancangan yang berkesan. Di dalam sesebuah
organisasi mengenalpasti halangan yang mungkin timbul adalah perlu bagi
setiap pengurus peringkat atasan dan pertengahan kerana mereka inilah yang
menentukan setiap perancangan yang baik.


Terdapat dua bentuk halangan yang besar:


   4.2.1 Keengganan mewujudkan matlamat


   Kegagalan mengemukakan matlamat adalah menjadi penghalang kepada
   keberkesanan sesuatu perancangan. Siapakah yang enggan mewujudkan
   matlamat? Di sini yang terlibat di dalam penetapan      dan mewujudkan
   matlamat adalah pengurus. Jadi penguruslah yang enggan mewujudkan
   matlamat.
   Mengapakah seseorang atau pengurus itu enggan mewujudkan matlamat. Ia
   sebenarnya berpunca daripada perkara-perkara berikut:
PERANCANGAN                                                       Asas Pengurusan




  a) Bimbang sekiranya timbul kegagalan.
     .
     Mereka enggan mewujudkan matlamat yang baru kerana takut berlakunya
     kegagalan. Sekiranya gagal atau tidak tercapainya matlamat tersebut
     ianya akan memberi tekanan kepada pihak pengurusan, hilangnya rasa
     kepercayaan orang bawahan kepada pihak pengurus dan masa depan
     kerjayanya mungkin tergugat.


  b) Sayang untuk melepaskan matlamat yang sedia ada.
     Sekiranya pengurus mengadakan matlamat yang baru, maka matlamat
     yang sedia ada terpaksa diketepikan. Maka, mereka sayang melepaskan
     matlamat yang sedia ada kerana masa dan tenaga telah banyak yang
     telah dicurahkan pada masa lalu.


  c) Kurang pengetahuan tentang persekitaran
     Memandangkan       pihak    pengurus    kurang     pengetahuan      tentang
     persekitaran seperti dari segi pasaran saham, teknologi maklumat dan
     persaingan, maka mereka enggan mengwujudkan matlamat yang baru.
     Sekiranya tiada atau kurangnya pengetahuan tentang persekitaran maka
     secara tak lansung kita tidak boleh bersaing dengan persekitaran luar dan
     matlamat pun tidak boleh diwujudkan.


  d) Kurang keyakinan
     Matlamat yang hendak dibentuk memerlukan pengorbanan. Maka,
     pengorbanan memaksa pengurus untuk bersifat penuh keyakinan dan
     sanggup menerima dan mengambil keputusan yang berisiko. Sekiranya
     dalam diri pengurus tersebut tidak yakin dengan diri sendiri , tak perlulah
     mengwujudkan matlamat yang baru.
PERANCANGAN                                                     Asas Pengurusan




  e) Kurang berpengetahuan mengenai organisasi
     Pengurus yang baru sememangnya tidak berpengetahuan secara
     keseluruhan mengenai organisasi. Kegagalan melihat unit yang ada
     sebagai penyumbang kepada keseluruhan aktiviti organisasi, maka ia
     memberi kesan kepada peranan mereka dalam mengujudkan matlamat
     atau objektif.




 4.2.2 Tentangan kepada perubahan


  Sekiranya keengganan mewujudkan matlamat di lihat dari sudut pengurus
  maka di bawah tajuk ini kita akan lihat dari sudut pekerja . Di mana pekerja
  menentang setiap perubahan yang bakal wujud dari setiap perancangan yang
  dibuat. Mengapa menentang kepada perubahan tersebut? Ini terjadi kerana:


  a) Tidak pasti mengapa sebab dan kesan perubahan ini.
     Kebanyakkan pekerja tidak pasti pasti dengan kesan atau hasil dari
     perubahan tersebut. Mereka tidak diberi penerangan yang selanjutnya
     tentang kebaikan dan keburukan dari perancangan yang dibuat.


  b) Pekerja enggan melepaskan matlamat yang sedia ada.
     Bagi pekerja sekiranya sesuatu perancangan itu telah berjaya dengan
     cemerlangnya, maka mereka tidak mahu kepada penetapan perancangan
     yang baru. Mereka rasa perancangan tersebut memang bersesuaian
     dengan mereka.
     Contohnya , setiap tahun bagi sebuah syarikat menjual jamu, sasaran
     keuntungan adalah RM 2 juta. Sekiranya perancangan baru adalah
     meningkatkan sasaran keuntungan sebanyak RM 4 juta, maka perlu
     bekerja dengan lebih gigih lagi. Ini mungkin akan membebankan pekerja.
PERANCANGAN                                                         Asas Pengurusan


      Maka mereka ini enggan menerima setiap perubahan terhadap bebanan
      kerja.


   c) Pekerja sudah mengetahui kelemahan-kelemahan yang ada dalam
      rancangan tersebut.
      Sekiranya pekerja sudah mengenalpasti dengan kelemahan yang bakal
      wujud dalam setiap perancangan baru yang ditetapkan maka mereka
      akan menentang kepada setiap perubahan yang wujud. Contohnya,
      Penggunaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Matematik dan
      Sains.    Guru-guru    sudah    mengenalpasti     bahawa      kemungkinan
      perancangan ini akan wujudnya kelemahan kerana tidak semua pelajar
      dapat berkomunikasi dan mempelajari Bahasa Inggeris dengan baik.
      Maka, perancangan ini mendapat tentangan dari beberapa pihak yang
      akan melaksanakannya.




4.3 Perubahan Persekitaran
   Setelah diteliti dan memahami tentang proses serta halangan yang wujud
   dalam perancangan maka kita juga perlu lihat apakah faktor-faktor yang
   boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada perancangan sama ada
   yang telah sedia ada atau yang hendak dibuat. Di antara faktor–faktor yang
   boleh dikenalpasti adalah :


   a) Ekonomi
      Ekonomi sesebuah negara memainkan peranan yang penting dalam
      sesuatu perkara yang hendak dirancangkan. Sekiranya ekonomi sesuatu
      negara itu berada di dalam keadaan kukuh dan stabil maka segala
      perancangan yang hendak dilaksanakan akan berjalan dengan lancar.
      Sekiranya ekonomi sesebuah negara itu berada di dalam keadaan goyah
      maka     perubahan    akan   berlaku   keatas   perancangan    yang     akan
      dilaksanakan. Contohnya kita dapat lihat dari segi penghantaran pelajar
PERANCANGAN                                                            Asas Pengurusan


       keluar negara. Pada satu waktu dulu, penghantaran pelajar Malaysia ke
       Luar Negara     menjadi    satu    agenda   dalam     perancangan        negara,
       malangnya    apabila   keadaan      ekonomi   kita    jatuh    sedikit    maka,
       perancangan penghantaran pelajar terpaksa diubah.


  b)         Budaya dan Sosial
       Budaya sesuatu negara atau sesebuah organisasi juga berperanan
       penting dalam menentukan sesuatu perancangan. Budaya juga boleh
       menyebabkan sesuatu perancangan boleh berubah. Kita boleh ambil
       contoh bagi sebuah organisasi kedai makanan segera “KFC”. Kalau di
       tahun 70 an, makanan segera ini tidak begitu popular, tetapi di tahun 90
       an budaya ini telah menular keseluruh penduduk Malaysia. Maka
       perancangan bagi untuk memperkembangkan kedai makanan segera ini
       perlu diubahsuai agar setiap negeri ada kedai ini.


  c)         Pelanggan
       Persediaan ke atas perubahan kepada perancangan yang akan
       dilaksanakan sekiranya pihak organisasi berdepan dengan pelanggan
       yang berkelakuan cerewet.


  d) Pembekal
       Pembekal juga amat penting dalam menentukan sesuatu perancangan itu.
       Contohnya perancangan sebuah syarikat komputer adalah mendapatkan
       bilangan komputer yang        hendak dijual adalah 100 buah untuk
       sebulan.Tetapi sesuatu telah terjadi kepada syarikat pembekal di mana
       mereka tidak boleh membekalkan sebanyak yang            diminta pada masa
       tertentu maka perubahan perancangan perlu diubah.


  e) Teknologi
       Teknologi   juga   perlu   dalam    menentukan       sesuatu    perancangan.
       Contohnya perubahan perancangan perlu di buat ke atas penggunaan
PERANCANGAN                                                    Asas Pengurusan


      alat komputer sekiranya wujud pembaharuan ke atas sistem komputer.
      Kalau dulu nak siapkan sesuatu tugas mengambil masa lebih kurang 2
      minggu ,tapi dengan adanya peralatan komputer yang canggih maka
      perancangan ke atas tugasan tersebut perlu diubahsuai.




                                AKTIVITI 4A




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…….!!!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.


Arahan: Bulatkan jawapan yang betul.


4.1 Langkah yang kedua di dalam proses perancangan adalah menentukan
   halangan atau dorongan.
                                                                      (B / S )


4.2 Penetapan matlamat sangat penting untuk membangunkan sesebuah
   organisasi.
                                                                      (B / S )
PERANCANGAN                                                     Asas Pengurusan


4.3 Tiga bentuk halangan yang besar adalah keengganan mewujudkan matlamat,
   tentangan kepada perubahan dan perubahan persekitaran.
                                                                        (B / S)


4.4 Keengganan mewujudkan matlamat adalah salah satu langkah dalam proses
   perancangan.
                                                                        (B / S)


4.5 Salah satu halangan dalam proses perancangan mengapa pengurus enggan
   mewujudkan matlamat adalah kurang keyakinan.
                                                                        (B / S)


4.6 Di bawah   ini terdapat 5 perkataan tersembunyi     bagi faktor yang
   menyebabkan perubahan kepada perancangan. Carikan…


               E    B     U     D     A     Y      A        P
               U    I     K     T     K     T      I        E
               J    Y     F     E     E     P      O        L
               E    A     M     K     R     E      U        L
               K    K     O     N     J     M      J        A
               O    P     K     O     A     B      G        N
               N    Q     L     L     S     E      P        G
               O    W     P     O     E     K      A        G
               M    E     R     G     Y     A      S        A
               I    S     Y     I     G     L      E        N




                        MAKLUM BALAS AKTIVITI
PERANCANGAN                                          Asas Pengurusan




   AKTIVITI 4A


   Betul/Salah


   4.1 S
   4.2 B
   4.3 B
   4.4 S
   4.5 B


    4.6 Mencari Perkataan Tersembunyi.


              E    B     U     D     A   Y   A   P
              U    I     K     T     K   T   I   E
              J    Y     F     E     E   P   O   L
              E    A     M     K     R   E   U   L
              K    K     O     N     J   M   J   A
              O    P     K     O     A   B   G   N
              N    Q     L     L     S   E   P   G
              O    W     P     O     E   K   A   G
              M    E     R     G     Y   A   S   A
              I    S     Y     I     G   L   E   N
PERANCANGAN                                                  Asas Pengurusan




                               PENILAIAN KENDIRI




Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika
ada masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba dan
semuga berjaya.




Soalan 1


Dalam membangunkan sesebuah organisasi , perancangan adalah amat
penting. Jelaskan apakah langkah-langkah yang perlu ada dalam proses
perancangan.


Soalan 2


Jelaskan mengapa seseorang pengurus itu enggan menetapkan matlamat.
PERANCANGAN                                                          Asas Pengurusan


Soalan 3


Huraikan   secara   terperinci   faktor-faktor   luaran   yang   boleh   mengubah
perancangan yang dilaksanakan.




                    MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI
PERANCANGAN                                                   Asas Pengurusan


Soalan 1
Langkah-langkah dalam proses perancangan:


   a)       Menetapkan Matlamat
   b)       Menghuraikan Keadaan
   c)       Menentukan dorongan / halangan
   d)       Mengemukakan Tindakan.


Soalan 2
Seseorang pengurus itu enggan mengwujudkan matlamat kerana:
   a) Bimbang sekiranya timbul kegagalan.
   b) Sayang untuk melepaskan matlamat yang sedia ada.
   c) Kurang pengetahuan tentang persekitaran
   d) Kurang berkeyakinan
   e) Kurang berpengetahuan mengenai organisasi.


Soalan 3
Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kepada perancangan adalah:
   a) Ekonomi
   b) Budaya
   c) Pelanggan
   d) Pembekal
   e) Teknologi.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaAzalina Harun
 
Topik 9 kemahiran pengurusan
Topik 9 kemahiran pengurusanTopik 9 kemahiran pengurusan
Topik 9 kemahiran pengurusanepolbahari
 
Pengajian perniagaan tajuk 2
Pengajian perniagaan tajuk 2Pengajian perniagaan tajuk 2
Pengajian perniagaan tajuk 2umi yukay
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan haniffpotter
 
(44 54) pengurusan organisasi (2)
(44 54) pengurusan organisasi (2)(44 54) pengurusan organisasi (2)
(44 54) pengurusan organisasi (2)Jokdin Abdullah
 
Dasar dasar-manajemen www.sekolahbisnisindonesia.com
Dasar dasar-manajemen www.sekolahbisnisindonesia.comDasar dasar-manajemen www.sekolahbisnisindonesia.com
Dasar dasar-manajemen www.sekolahbisnisindonesia.comSEKOLAH BISNIS INDONESIA
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Menerapkan fungsi manajemen POAC
Menerapkan fungsi manajemen POACMenerapkan fungsi manajemen POAC
Menerapkan fungsi manajemen POACevahaipah
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2farhana zailan
 
PROSES PERANCANGAN
PROSES PERANCANGAN PROSES PERANCANGAN
PROSES PERANCANGAN Ckg Nizam
 
EKMA 4116 - Modul 5 Pendelegasian dan Pemberdayaan
EKMA 4116 - Modul 5 Pendelegasian dan PemberdayaanEKMA 4116 - Modul 5 Pendelegasian dan Pemberdayaan
EKMA 4116 - Modul 5 Pendelegasian dan PemberdayaanAncilla Kustedjo
 
E penggal 3-b-pengurusan-1
E penggal 3-b-pengurusan-1E penggal 3-b-pengurusan-1
E penggal 3-b-pengurusan-1zumaliah
 
Merancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaMerancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaaimm reka
 

Mais procurados (20)

Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
 
52827151 fungsi-pengurusan
52827151 fungsi-pengurusan52827151 fungsi-pengurusan
52827151 fungsi-pengurusan
 
Topik 9 kemahiran pengurusan
Topik 9 kemahiran pengurusanTopik 9 kemahiran pengurusan
Topik 9 kemahiran pengurusan
 
Pengurusan pembinaan unit 4
Pengurusan pembinaan  unit 4Pengurusan pembinaan  unit 4
Pengurusan pembinaan unit 4
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Tajuk 9 pembangunan pekerja
Tajuk 9 pembangunan pekerjaTajuk 9 pembangunan pekerja
Tajuk 9 pembangunan pekerja
 
Fungsi fungsi pengurusan
Fungsi  fungsi pengurusanFungsi  fungsi pengurusan
Fungsi fungsi pengurusan
 
Pengajian perniagaan tajuk 2
Pengajian perniagaan tajuk 2Pengajian perniagaan tajuk 2
Pengajian perniagaan tajuk 2
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
 
(44 54) pengurusan organisasi (2)
(44 54) pengurusan organisasi (2)(44 54) pengurusan organisasi (2)
(44 54) pengurusan organisasi (2)
 
Dasar dasar-manajemen www.sekolahbisnisindonesia.com
Dasar dasar-manajemen www.sekolahbisnisindonesia.comDasar dasar-manajemen www.sekolahbisnisindonesia.com
Dasar dasar-manajemen www.sekolahbisnisindonesia.com
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Menerapkan fungsi manajemen POAC
Menerapkan fungsi manajemen POACMenerapkan fungsi manajemen POAC
Menerapkan fungsi manajemen POAC
 
Pengantar manajemen 1
Pengantar manajemen 1Pengantar manajemen 1
Pengantar manajemen 1
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
 
PROSES PERANCANGAN
PROSES PERANCANGAN PROSES PERANCANGAN
PROSES PERANCANGAN
 
EKMA 4116 - Modul 5 Pendelegasian dan Pemberdayaan
EKMA 4116 - Modul 5 Pendelegasian dan PemberdayaanEKMA 4116 - Modul 5 Pendelegasian dan Pemberdayaan
EKMA 4116 - Modul 5 Pendelegasian dan Pemberdayaan
 
E penggal 3-b-pengurusan-1
E penggal 3-b-pengurusan-1E penggal 3-b-pengurusan-1
E penggal 3-b-pengurusan-1
 
Merancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaMerancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerja
 
1. dasar-dasar-manajemen
1. dasar-dasar-manajemen1. dasar-dasar-manajemen
1. dasar-dasar-manajemen
 

Semelhante a PERANCANGAN-ASAS

Bab 3-perancangan-silibus-baru-2011 kmns
Bab 3-perancangan-silibus-baru-2011 kmnsBab 3-perancangan-silibus-baru-2011 kmns
Bab 3-perancangan-silibus-baru-2011 kmnsNurul Nuha Harun
 
8, KWH, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Dasar Manajemen dan Fu...
8, KWH, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Dasar Manajemen dan Fu...8, KWH, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Dasar Manajemen dan Fu...
8, KWH, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Dasar Manajemen dan Fu...nelda pratiwi
 
Ringkasan materi uas Dwi Puji Susanti
Ringkasan materi uas Dwi Puji SusantiRingkasan materi uas Dwi Puji Susanti
Ringkasan materi uas Dwi Puji Susantidwipuji95
 
Asas Perancangan
Asas PerancanganAsas Perancangan
Asas PerancanganIra Rushdan
 
Ekma4116 manajemen modul 3
Ekma4116 manajemen   modul 3Ekma4116 manajemen   modul 3
Ekma4116 manajemen modul 3Ratzman III
 
MAKALAH MANAJEMEN STRATEGIK UTS
MAKALAH MANAJEMEN STRATEGIK UTSMAKALAH MANAJEMEN STRATEGIK UTS
MAKALAH MANAJEMEN STRATEGIK UTSsuningrat suning
 
Makalah manajemen stratejik1
Makalah  manajemen stratejik1Makalah  manajemen stratejik1
Makalah manajemen stratejik1Nur Holiiffah
 
Slot 3 perancangan strategik 19 feb 2011
Slot 3   perancangan strategik 19 feb 2011Slot 3   perancangan strategik 19 feb 2011
Slot 3 perancangan strategik 19 feb 2011smklunas2011
 
Sm,winarsih,hapzi ali,strategic implementation from short term strategy, func...
Sm,winarsih,hapzi ali,strategic implementation from short term strategy, func...Sm,winarsih,hapzi ali,strategic implementation from short term strategy, func...
Sm,winarsih,hapzi ali,strategic implementation from short term strategy, func...Wina Winarsih
 
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.pptjbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.pptProaktifMedia
 
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.pptjbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.pptIndraIswandi2
 
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016stephaniejessey
 
Hbl tugas 3, novi siti sholekah, prof hapzi ali, hukum bisnis dan lingkungan,...
Hbl tugas 3, novi siti sholekah, prof hapzi ali, hukum bisnis dan lingkungan,...Hbl tugas 3, novi siti sholekah, prof hapzi ali, hukum bisnis dan lingkungan,...
Hbl tugas 3, novi siti sholekah, prof hapzi ali, hukum bisnis dan lingkungan,...Novi Siti
 
HBL,FEBRY DIAN UTAMI SARAGIH,HAPZI ALI,TUGAS 3,UNIVERSITAS MERCU BUANA,2018
HBL,FEBRY DIAN UTAMI SARAGIH,HAPZI ALI,TUGAS 3,UNIVERSITAS MERCU BUANA,2018HBL,FEBRY DIAN UTAMI SARAGIH,HAPZI ALI,TUGAS 3,UNIVERSITAS MERCU BUANA,2018
HBL,FEBRY DIAN UTAMI SARAGIH,HAPZI ALI,TUGAS 3,UNIVERSITAS MERCU BUANA,2018febrysaragih
 
Pelatihan close the execution gap 2
Pelatihan close the execution gap 2Pelatihan close the execution gap 2
Pelatihan close the execution gap 2borobudurconsulting
 

Semelhante a PERANCANGAN-ASAS (20)

5. peneetapan tujuan
5. peneetapan tujuan5. peneetapan tujuan
5. peneetapan tujuan
 
Bab 3-perancangan-silibus-baru-2011 kmns
Bab 3-perancangan-silibus-baru-2011 kmnsBab 3-perancangan-silibus-baru-2011 kmns
Bab 3-perancangan-silibus-baru-2011 kmns
 
8, KWH, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Dasar Manajemen dan Fu...
8, KWH, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Dasar Manajemen dan Fu...8, KWH, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Dasar Manajemen dan Fu...
8, KWH, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Dasar Manajemen dan Fu...
 
Ringkasan materi uas Dwi Puji Susanti
Ringkasan materi uas Dwi Puji SusantiRingkasan materi uas Dwi Puji Susanti
Ringkasan materi uas Dwi Puji Susanti
 
Asas Perancangan
Asas PerancanganAsas Perancangan
Asas Perancangan
 
Makalah pengantar manajemen
Makalah pengantar manajemenMakalah pengantar manajemen
Makalah pengantar manajemen
 
4.proses perencanaan
4.proses perencanaan4.proses perencanaan
4.proses perencanaan
 
Ekma4116 manajemen modul 3
Ekma4116 manajemen   modul 3Ekma4116 manajemen   modul 3
Ekma4116 manajemen modul 3
 
MAKALAH MANAJEMEN STRATEGIK UTS
MAKALAH MANAJEMEN STRATEGIK UTSMAKALAH MANAJEMEN STRATEGIK UTS
MAKALAH MANAJEMEN STRATEGIK UTS
 
Makalah manajemen stratejik1
Makalah  manajemen stratejik1Makalah  manajemen stratejik1
Makalah manajemen stratejik1
 
Makalah uts elni
Makalah uts elniMakalah uts elni
Makalah uts elni
 
Slot 3 perancangan strategik 19 feb 2011
Slot 3   perancangan strategik 19 feb 2011Slot 3   perancangan strategik 19 feb 2011
Slot 3 perancangan strategik 19 feb 2011
 
Sm,winarsih,hapzi ali,strategic implementation from short term strategy, func...
Sm,winarsih,hapzi ali,strategic implementation from short term strategy, func...Sm,winarsih,hapzi ali,strategic implementation from short term strategy, func...
Sm,winarsih,hapzi ali,strategic implementation from short term strategy, func...
 
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.pptjbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
 
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.pptjbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
jbptunikompp-gdl-dianandria-23522-3-3.mpip-g.ppt
 
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
 
Fungsi perencanaan
Fungsi perencanaanFungsi perencanaan
Fungsi perencanaan
 
Hbl tugas 3, novi siti sholekah, prof hapzi ali, hukum bisnis dan lingkungan,...
Hbl tugas 3, novi siti sholekah, prof hapzi ali, hukum bisnis dan lingkungan,...Hbl tugas 3, novi siti sholekah, prof hapzi ali, hukum bisnis dan lingkungan,...
Hbl tugas 3, novi siti sholekah, prof hapzi ali, hukum bisnis dan lingkungan,...
 
HBL,FEBRY DIAN UTAMI SARAGIH,HAPZI ALI,TUGAS 3,UNIVERSITAS MERCU BUANA,2018
HBL,FEBRY DIAN UTAMI SARAGIH,HAPZI ALI,TUGAS 3,UNIVERSITAS MERCU BUANA,2018HBL,FEBRY DIAN UTAMI SARAGIH,HAPZI ALI,TUGAS 3,UNIVERSITAS MERCU BUANA,2018
HBL,FEBRY DIAN UTAMI SARAGIH,HAPZI ALI,TUGAS 3,UNIVERSITAS MERCU BUANA,2018
 
Pelatihan close the execution gap 2
Pelatihan close the execution gap 2Pelatihan close the execution gap 2
Pelatihan close the execution gap 2
 

Mais de EBBY FIRDAOS SUFIAN (20)

Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@2
Ko k group 3@2Ko k group 3@2
Ko k group 3@2
 
Ko k group 1@3
Ko k group 1@3Ko k group 1@3
Ko k group 1@3
 
Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@3
Ko k group 3@3Ko k group 3@3
Ko k group 3@3
 
Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3
 
Ko k group 1@1
Ko k group 1@1Ko k group 1@1
Ko k group 1@1
 
Ko k group 3@1
Ko k group 3@1Ko k group 3@1
Ko k group 3@1
 
Unit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalanUnit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalan
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)
 
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Unit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerjaUnit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerja
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 
Unit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusanUnit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusan
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Presentation basic computer
Presentation basic computerPresentation basic computer
Presentation basic computer
 
Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)
 
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
 
Evolusi prinsip prinsip koperasi
Evolusi prinsip prinsip koperasiEvolusi prinsip prinsip koperasi
Evolusi prinsip prinsip koperasi
 

PERANCANGAN-ASAS

  • 1. PERANCANGAN Asas Pengurusan PERANCANGAN Objektif Pembelajaran : Memahami dan mengetahui langkah–langkah serta halangan dalam proses perancangan. Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini, pelajar dapat: • Menerangkan langkah-langkah proses perancangan • Mengenalpasti halangan–halangan dalam proses perancangan serta faktor-faktor yang mengubah perancangan.
  • 2. PERANCANGAN Asas Pengurusan UNIT 4 : PERANCANGAN 4.0 Pengenalan Dalam setiap aktiviti yang melibatkan proses, kita memerlukan langkah-langkah tertentu agar setiap aktiviti yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik. Berdasarkan langkah-langkah inilah sesuatu tindakan yang dibuat tidak terpesong daripada matlamatnya yang telah ditetapkan. Setelah mempelajari dan memahami pengertian perancangan, marilah kita sama-sama mengenal pasti langkah-langkah serta halangan dalam proses perancangan di dalam unit ini. 4.1 Langkah–Langkah Dalam Proses Perancangan Terdapat 4 langkah dalam proses perancangan iaitu: Menetapkan Menghuraikan Menentukan Mengemukakan Matlamat Keadaaan Dorongan / Tindakan Halangan
  • 3. PERANCANGAN Asas Pengurusan 4. 1. 1 Menetapkan Matlamat Penetapan matlamat amat penting dalam sesebuah organisasi, kerana dengan adanya matlamatlah sesebuah organisasi boleh membangun. Ibarat manusia, yang tiada matlamat hidup, maka perjalanan hidupnya tidak tentu arah. Maka persoalan yang perlu dijawab adalah tentang apakah yang hendak dicapai oleh organisasi kita dalam jangkamasa panjang ataupun jangkamasa pendek. Matlamat yang ditetapkan mestilah mengandungi ciri-ciri seperti jelas dan nyata, rasional, logik, mempunyai jangkamasa dan mestilah mencabar. Contohnya: Matlamat sebuah syarikat penjualan komputer mempunyai matlamat yang jelas dan nyata dalam jangkamasa panjang adalah untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 50 buah unit komputer sebulan. 4. 1. 2 Menghuraikan Keadaan Semasa Apabila matlamat organisasi telah ditetapkan dengan jelas, maka kita sebagai ahli organisasi sama ada pengurus peringkat atasan, bawahan dan pertengahan perlu lihat keadaan organisasi kita sekarang dan membandingkan dengan matlamat yang hendak dicapai. Tentukan sama ada sumber yang ada mencukupi dari segi kewangan, tenaga kerja ataupun maklumat untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. Sekiranya matlamat yang hendak ditetapkan adalah mencabar tetapi bila dilihat dari sudut kewangan , tidak mencukupi maka kita perlu mengubah suaikan kedaan perancangan tersebut dengan kedudukan kewangan organisasi. Lihat kembali kepada contoh tadi, di mana target jualan syarikat komputer adalah menjual 50 buah unit komputer dalam sebulan. Maka kita perlu lihat dengan keadaan semasa sekarang, dari segi permintaan, siapa pelanggan kita, cukupkah tenaga kerja kita untuk mempromosikan komputer kita dan cukupkah maklumat yang kita ada dari segi persaingan kita serta cukupkah
  • 4. PERANCANGAN Asas Pengurusan sumber kewangan kita untuk melaksanakan matlamat tersebut. Maka menentukan keadaan semasa amat penting agar matlamat yang ditentukan tidak terpesong jauh dengan persekitaran semasa. 4.1.3 Mengenalpasti Sokongan Ataupun Halangan Di tahap ini kita perlu lihat apakah faktor dalaman ataupun luaran yang dapat membantu ataupun mungkin menghalangi proses pencapaian matlamat tersebut. Dari segi faktor dalaman kita boleh lihat bagaimana syarikat boleh mendapatkan kakitangan yang berkaliber untuk mempromosi barangan tersebut. Maka syarikat perlu melatih mereka yang berkelayakan untuk mempromosikan komputer tersebut. Manakala bagi faktor luaran, kita boleh lihat persaingan dari syarikat-syarikat komputer lain yang menawarkan harga yang lebih rendah, maka menjadi satu halangan kepada pencapai matlamat tersebut. Dengan itu pihak organisasi perlu mencari alternatif untuk mengenalpasti sokongan dan halangan serta jalan penyelesaiannya. 4.1.4 Mengemukakan Tindakan Sekiranya didapati adanya sokongan yang boleh menolong dari segi perlaksanaan perancangan seterusnya tercapainya matlamat, atau halangan yang boleh melambatkan perjalanan perancangan maka, pengurus boleh mengemukakan tindakan sama ada teruskan tindakan terhadap perancangan atau cari jalan lain untuk setiap perancangan. Katakan dari contoh tadi, didapati banyak halangan yang timbul dari sokongan maka organisasi perlulah menukar kepada matlamat yang baru atau merangka perancangan yang baru yang boleh menguntungkan organisasi tersebut.
  • 5. PERANCANGAN Asas Pengurusan Peringkat ini amat penting kerana ia melibatkan proses membuat dan mengambil keputusan yang teliti dan cermat. Setelah semua langkah tadi telah dilalui dengan sempurna, maka perancangan tadi bolehlah dilaksanakan. 4.2 Halangan Kepada Perancangan Setelah memahami proses perancangan , kita perlu lihat apakah halangan yang timbul terhadap pencapaian perancangan yang berkesan. Di dalam sesebuah organisasi mengenalpasti halangan yang mungkin timbul adalah perlu bagi setiap pengurus peringkat atasan dan pertengahan kerana mereka inilah yang menentukan setiap perancangan yang baik. Terdapat dua bentuk halangan yang besar: 4.2.1 Keengganan mewujudkan matlamat Kegagalan mengemukakan matlamat adalah menjadi penghalang kepada keberkesanan sesuatu perancangan. Siapakah yang enggan mewujudkan matlamat? Di sini yang terlibat di dalam penetapan dan mewujudkan matlamat adalah pengurus. Jadi penguruslah yang enggan mewujudkan matlamat. Mengapakah seseorang atau pengurus itu enggan mewujudkan matlamat. Ia sebenarnya berpunca daripada perkara-perkara berikut:
  • 6. PERANCANGAN Asas Pengurusan a) Bimbang sekiranya timbul kegagalan. . Mereka enggan mewujudkan matlamat yang baru kerana takut berlakunya kegagalan. Sekiranya gagal atau tidak tercapainya matlamat tersebut ianya akan memberi tekanan kepada pihak pengurusan, hilangnya rasa kepercayaan orang bawahan kepada pihak pengurus dan masa depan kerjayanya mungkin tergugat. b) Sayang untuk melepaskan matlamat yang sedia ada. Sekiranya pengurus mengadakan matlamat yang baru, maka matlamat yang sedia ada terpaksa diketepikan. Maka, mereka sayang melepaskan matlamat yang sedia ada kerana masa dan tenaga telah banyak yang telah dicurahkan pada masa lalu. c) Kurang pengetahuan tentang persekitaran Memandangkan pihak pengurus kurang pengetahuan tentang persekitaran seperti dari segi pasaran saham, teknologi maklumat dan persaingan, maka mereka enggan mengwujudkan matlamat yang baru. Sekiranya tiada atau kurangnya pengetahuan tentang persekitaran maka secara tak lansung kita tidak boleh bersaing dengan persekitaran luar dan matlamat pun tidak boleh diwujudkan. d) Kurang keyakinan Matlamat yang hendak dibentuk memerlukan pengorbanan. Maka, pengorbanan memaksa pengurus untuk bersifat penuh keyakinan dan sanggup menerima dan mengambil keputusan yang berisiko. Sekiranya dalam diri pengurus tersebut tidak yakin dengan diri sendiri , tak perlulah mengwujudkan matlamat yang baru.
  • 7. PERANCANGAN Asas Pengurusan e) Kurang berpengetahuan mengenai organisasi Pengurus yang baru sememangnya tidak berpengetahuan secara keseluruhan mengenai organisasi. Kegagalan melihat unit yang ada sebagai penyumbang kepada keseluruhan aktiviti organisasi, maka ia memberi kesan kepada peranan mereka dalam mengujudkan matlamat atau objektif. 4.2.2 Tentangan kepada perubahan Sekiranya keengganan mewujudkan matlamat di lihat dari sudut pengurus maka di bawah tajuk ini kita akan lihat dari sudut pekerja . Di mana pekerja menentang setiap perubahan yang bakal wujud dari setiap perancangan yang dibuat. Mengapa menentang kepada perubahan tersebut? Ini terjadi kerana: a) Tidak pasti mengapa sebab dan kesan perubahan ini. Kebanyakkan pekerja tidak pasti pasti dengan kesan atau hasil dari perubahan tersebut. Mereka tidak diberi penerangan yang selanjutnya tentang kebaikan dan keburukan dari perancangan yang dibuat. b) Pekerja enggan melepaskan matlamat yang sedia ada. Bagi pekerja sekiranya sesuatu perancangan itu telah berjaya dengan cemerlangnya, maka mereka tidak mahu kepada penetapan perancangan yang baru. Mereka rasa perancangan tersebut memang bersesuaian dengan mereka. Contohnya , setiap tahun bagi sebuah syarikat menjual jamu, sasaran keuntungan adalah RM 2 juta. Sekiranya perancangan baru adalah meningkatkan sasaran keuntungan sebanyak RM 4 juta, maka perlu bekerja dengan lebih gigih lagi. Ini mungkin akan membebankan pekerja.
  • 8. PERANCANGAN Asas Pengurusan Maka mereka ini enggan menerima setiap perubahan terhadap bebanan kerja. c) Pekerja sudah mengetahui kelemahan-kelemahan yang ada dalam rancangan tersebut. Sekiranya pekerja sudah mengenalpasti dengan kelemahan yang bakal wujud dalam setiap perancangan baru yang ditetapkan maka mereka akan menentang kepada setiap perubahan yang wujud. Contohnya, Penggunaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Guru-guru sudah mengenalpasti bahawa kemungkinan perancangan ini akan wujudnya kelemahan kerana tidak semua pelajar dapat berkomunikasi dan mempelajari Bahasa Inggeris dengan baik. Maka, perancangan ini mendapat tentangan dari beberapa pihak yang akan melaksanakannya. 4.3 Perubahan Persekitaran Setelah diteliti dan memahami tentang proses serta halangan yang wujud dalam perancangan maka kita juga perlu lihat apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada perancangan sama ada yang telah sedia ada atau yang hendak dibuat. Di antara faktor–faktor yang boleh dikenalpasti adalah : a) Ekonomi Ekonomi sesebuah negara memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perkara yang hendak dirancangkan. Sekiranya ekonomi sesuatu negara itu berada di dalam keadaan kukuh dan stabil maka segala perancangan yang hendak dilaksanakan akan berjalan dengan lancar. Sekiranya ekonomi sesebuah negara itu berada di dalam keadaan goyah maka perubahan akan berlaku keatas perancangan yang akan dilaksanakan. Contohnya kita dapat lihat dari segi penghantaran pelajar
  • 9. PERANCANGAN Asas Pengurusan keluar negara. Pada satu waktu dulu, penghantaran pelajar Malaysia ke Luar Negara menjadi satu agenda dalam perancangan negara, malangnya apabila keadaan ekonomi kita jatuh sedikit maka, perancangan penghantaran pelajar terpaksa diubah. b) Budaya dan Sosial Budaya sesuatu negara atau sesebuah organisasi juga berperanan penting dalam menentukan sesuatu perancangan. Budaya juga boleh menyebabkan sesuatu perancangan boleh berubah. Kita boleh ambil contoh bagi sebuah organisasi kedai makanan segera “KFC”. Kalau di tahun 70 an, makanan segera ini tidak begitu popular, tetapi di tahun 90 an budaya ini telah menular keseluruh penduduk Malaysia. Maka perancangan bagi untuk memperkembangkan kedai makanan segera ini perlu diubahsuai agar setiap negeri ada kedai ini. c) Pelanggan Persediaan ke atas perubahan kepada perancangan yang akan dilaksanakan sekiranya pihak organisasi berdepan dengan pelanggan yang berkelakuan cerewet. d) Pembekal Pembekal juga amat penting dalam menentukan sesuatu perancangan itu. Contohnya perancangan sebuah syarikat komputer adalah mendapatkan bilangan komputer yang hendak dijual adalah 100 buah untuk sebulan.Tetapi sesuatu telah terjadi kepada syarikat pembekal di mana mereka tidak boleh membekalkan sebanyak yang diminta pada masa tertentu maka perubahan perancangan perlu diubah. e) Teknologi Teknologi juga perlu dalam menentukan sesuatu perancangan. Contohnya perubahan perancangan perlu di buat ke atas penggunaan
  • 10. PERANCANGAN Asas Pengurusan alat komputer sekiranya wujud pembaharuan ke atas sistem komputer. Kalau dulu nak siapkan sesuatu tugas mengambil masa lebih kurang 2 minggu ,tapi dengan adanya peralatan komputer yang canggih maka perancangan ke atas tugasan tersebut perlu diubahsuai. AKTIVITI 4A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…….!!!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. 4.1 Langkah yang kedua di dalam proses perancangan adalah menentukan halangan atau dorongan. (B / S ) 4.2 Penetapan matlamat sangat penting untuk membangunkan sesebuah organisasi. (B / S )
  • 11. PERANCANGAN Asas Pengurusan 4.3 Tiga bentuk halangan yang besar adalah keengganan mewujudkan matlamat, tentangan kepada perubahan dan perubahan persekitaran. (B / S) 4.4 Keengganan mewujudkan matlamat adalah salah satu langkah dalam proses perancangan. (B / S) 4.5 Salah satu halangan dalam proses perancangan mengapa pengurus enggan mewujudkan matlamat adalah kurang keyakinan. (B / S) 4.6 Di bawah ini terdapat 5 perkataan tersembunyi bagi faktor yang menyebabkan perubahan kepada perancangan. Carikan… E B U D A Y A P U I K T K T I E J Y F E E P O L E A M K R E U L K K O N J M J A O P K O A B G N N Q L L S E P G O W P O E K A G M E R G Y A S A I S Y I G L E N MAKLUM BALAS AKTIVITI
  • 12. PERANCANGAN Asas Pengurusan AKTIVITI 4A Betul/Salah 4.1 S 4.2 B 4.3 B 4.4 S 4.5 B 4.6 Mencari Perkataan Tersembunyi. E B U D A Y A P U I K T K T I E J Y F E E P O L E A M K R E U L K K O N J M J A O P K O A B G N N Q L L S E P G O W P O E K A G M E R G Y A S A I S Y I G L E N
  • 13. PERANCANGAN Asas Pengurusan PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba dan semuga berjaya. Soalan 1 Dalam membangunkan sesebuah organisasi , perancangan adalah amat penting. Jelaskan apakah langkah-langkah yang perlu ada dalam proses perancangan. Soalan 2 Jelaskan mengapa seseorang pengurus itu enggan menetapkan matlamat.
  • 14. PERANCANGAN Asas Pengurusan Soalan 3 Huraikan secara terperinci faktor-faktor luaran yang boleh mengubah perancangan yang dilaksanakan. MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI
  • 15. PERANCANGAN Asas Pengurusan Soalan 1 Langkah-langkah dalam proses perancangan: a) Menetapkan Matlamat b) Menghuraikan Keadaan c) Menentukan dorongan / halangan d) Mengemukakan Tindakan. Soalan 2 Seseorang pengurus itu enggan mengwujudkan matlamat kerana: a) Bimbang sekiranya timbul kegagalan. b) Sayang untuk melepaskan matlamat yang sedia ada. c) Kurang pengetahuan tentang persekitaran d) Kurang berkeyakinan e) Kurang berpengetahuan mengenai organisasi. Soalan 3 Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kepada perancangan adalah: a) Ekonomi b) Budaya c) Pelanggan d) Pembekal e) Teknologi.