2. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
PENGENALAN
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Changkat Melintang ini
diterbitkan untuk digunapakai oleh semua warga HCM. Pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di tempat kerja adalah dinamik dan sentiasa berubah. Pendekatan
elemen penting seperti dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi,
perancangan dan pelaksanaan serta penilaian semula pencapaian dilaksanakan di UPM.
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCM membincangkan dua elemen
pengurusan keselamatan merangkumi polisi dan pengaturan (peraturan, prosedur dan
garis panduan berkaitan).
Objektif Manual ini adalah untuk :
i. Menyediakan panduan pengurusan KKP dengan menekankan pelaksanaan JKKP-PTJ
ii. Menerangkan peraturan umum, prosedur dan garis panduan untuk dipatuhi
iii. Mengambil langkah yang praktik melindungi keselamatan dan kesihatan semua
pekerja dan pelanggan.
Manual ini dibuat untuk menggerakkan semua pihak di HCM agar pengurusan KKP di
semua unit dapat diselaraskan serta manual ini disediakan mengikut kriteria yang penting
dan akan dianalisis keberkesanannya sepanjang masa.
• Peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan KKP secara umum dan boleh
digunakan bila-bila masa
• Semua pekerja perlu memberi kerjasama dan memahami tugas masing-masing dalam
bidang KKP semasa berada di kawasan HCM
• Pengguna manual ini hendaklah merujuk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia atau agensi lain yang
berkaitan dengan KKP
2
3. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
BAHAGIAN I
Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Hospital Changkat
Melintang
3
4. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Hospital Changkat Melintang akan :
Memastikan setiap anggota pejabat ini termasuk pelanggan yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam aktiviti Kesihatan dan Keselamatan akan mengutamakan
keselamatan dan kesihatan diri.
Memastikan segala kerja berkaitan dengan aktiviti Kesihatan dan Keselamatan
dilaksanakan dalam persekitaran yang selesa dan selamat.
Dengan adanya polisi ini:-
1. Penyediaan dan penyelenggaraan tempat kerja yang baik dengan sejauh mana yang
praktikal dari segi keselesaan dan keselamatan menurut peruntukan undang-undang
bertulis yang sediada akan dilaksanakan.
2. Pemberian maklumat yang terkini dan latihan kepada semua anggota pejabat ini
termasuk pelanggan akan diadakan.
3. Semua kes kecederaan atau kemalangan nyaris akan disiasat supaya tindakan
pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.
4. Penyediaan kemudahan asas kepada semua anggota supaya keselamatan, kesihatan dan
kebajikan anggota dapat dipertingkatkan dan dipelihara.
5. Semua anggota pejabat akan diberi peralatan pelindungan diri untuk digunakan bagi
menjamin keselamatan dan kesihatan mereka semasa bertugas.
6. Polisi ini akan dikaji semula seberapa kerap yang sesuai dengan keselamatan dan
kesihatan anggota semasa bekerja dan membawa kepada perhatian semua anggota.
Pengarah Hospital Changkat Melintang
1. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
4
5. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada
keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Seksyen 16
yang mana menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar keselamatan
dan kesihatan pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut
termasuklah;
a. Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan;
b. Menubuhkan organisasi dan perkiraan untuk menjayakan perlaksanaan dasar;
c. Mengkaji semula dasar; dan
d. Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut.
i. Objektif
Objektif Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk;
a. Menyatakan tumpuan dan komitmen HCM dalam memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerja.
b. Menggariskan dasar dan objektif HCM dalam membangun dan melaksanakan
program-program dan aktiviti-aktiviti dalam menyediakan tempat kerja yang
selamat dan sihat.
ii. Skop Pelaksanaan
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hendaklah dilaksanakan di semua
premis di dalam kawasan Hospital Changkat Melintang.
iii. Rujukan Normatif
Penyediaan dokumen ini adalah merujuk kepada kehendak Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta peraturan-peraturannya dan lain-lain akta
yang berkaitan dan tertakluk kepada pindaan atau perubahan terkini (jika ada).
Kewajipan menyediakan dasar am keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
diperuntukkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514),
Bahagian IV Seksyen 16.
iv. Kenyataan Am Dasar
5
6. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
HCM beriltizam untuk menyediakan persekitaran dan menerapkan budaya kerja
yang selamat dan sihat melalui perkongsian tanggungjawab antara pihak
pengurusan dengan pekerja mengikut kapasiti masing-masing untuk mewujudkan
persekitaran tempat kerja yang kondusif. Isu-isu keselamatan, kesihatan dan
kebajikan akan diberi kepentingan dan diambil tindakan yang sama status
kepentingannya dengan matlamat utama HCM.
Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan dilaksanakan dan
disemak semula dari semasa ke semasa untuk memastikan adanya
kesinambungan program ke arah pembaikan yang berterusan.
v. Tugas dan Tanggungjawab Organisasi Hospital Changkat Melintang
Menjelaskan tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan serta jawatankuasa
yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan Dasar keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di Hospital Changkat Melintang.
Pihak Pengurusan Hospital
Pihak Pengurusan Hospital bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan pegawai, kakitangan dan pelajarnya. Antara tugas dan
tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah seperti
berikut :
a. Untuk menyedia dan menyelenggara premis dan sistem kerja yang selamat dan tanpa
risiko kepada kesihatan;
b. Untuk menyusun langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan dalam
penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan sisa dan
bahan;
c. Untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan kakitangan semasa bertugas;
d. Untuk menyedia dan menyelenggara persekitaran pekerjaan yang selamat dan tanpa
risiko kepada kesihatan, dengan kemudahan yang mencukupi bagi kebajikan
kakitangan dan pelajar.
Ketua PTJ
6
7. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Ketua PTJ bertanggungjawab dalam memantau keselamatan dan kesihatan
pekerjaan kakitangan. Antara tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan
kesihatan pekerjaan adalah seperti berikut:
a. Membantu Pihak Pengurusan Hospital dalam menyelia dan memastikan
persekitaran kerja yang selamat;
b. Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membantu melaksanakan
langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti latihan, kempen seminar dan
sebagainya;
c. Menyelia dan menyediakan Alat Lindung Diri (ALD) untuk digunakan oleh
kakitangan ;
d. Memastikan segala peralatan berada dalam keadaan yang selamat digunakan serta
memastikan penggunaan peralatan mengikut Prosedur Kerja Selamat;
e. Membuat laporan kepada pejabat PPKKP dan mengambil langkah-langkah yang perlu
apabila berlaku kemalangan di tempat kerja.
Pegawai dan Kakitangan
Pegawai dan kakitangan HCM bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan
dan kesihatan dirinya dan orang lain ketika menjalankan tugas. Antara tugas dan
tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan adalah seperti berikut:
a. Untuk memberi perhatian yang munasabah semasa bekerja bagi keselamatan dan
kesihatan diri dan orang lain.
b. Untuk bekerjasama dengan pihak Pengurusan Hospital atau orang lain dalam
menunaikan apa-apa kewajipan di bawah Akta dan Peraturan-peraturannya serta tata
amalan industri yang berkaitan.
c. Untuk memakai atau menggunakan apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan
yang disediakan.
d. Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan
menurut kehendak Akta dan Peraturan-Peraturannya.
e. Memberi laporan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ
berkaitan kemalangan atau apa-apa perkara berkaitan KKP di tempat kerja.
2. Peranan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di HCM
7
8. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Buat masa ini, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilaksanakan
berdasarkan struktur berikut dan peranan setiap entiti berkenaan akan diperjelaskan
dalam seksyen seterusnya.
PENGERUSI
(PENGARAH HOSPITAL)
SETIAUSAHA
(PEGAWAI KESELAMATAN
JABATAN)
WAKIL PEKERJA
Ketua jururawat
Jururawat Terlatih
WAKIL WAKIL HSS
Jururawat Masyarakat
PENGURUSAN Pengurus HSS
Pen. Peg. Perub
Peg. Perubatan Peg. Keselamatan
Pembantu Farmasi
Peg. Farmasi HSS
Juru X-ray
Pen. Peg Tadbir Syarikat Kawalan
Peg. Teknologi Makmal
Penyelia Jururawat Keselamatan
Pemandu
Pembantu Perawatan
Kesihatan
A. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Hospital
(JKKPHCM)
8
9. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah Hospital . Secara am, Jawatankuasa ini
bertanggungjawab menguruskan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang terlibat dengan
pelaksanaan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di HCM dan fungsi
JKKPHCM adalah seperti berikut:
i. Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan serta sistem
kerja selamat.
ii. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
HCM.
iii. Mengkaji dan menyemak kajian tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya,
kemalangan nyaris, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di
tempat kerja, dan melaporkan pada pihak pengurusan Hospital keadaan atau
amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama–sama dengan
cadangan untuk tindakan pembaikan.
iv. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat
cadangan kepada pihak pengurusan Hospital bagi penyemakan dasar tersebut
tiga (3) tahun sekali).
v. Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, audit KKP yang dikemukakan oleh PPKKP, laporan dan maklumat
berkaitan KKP dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkaraperkara
berkaitan KKP di HCM.
vi. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang
terdapat dalam jenis kerja di HCM; tetapi tidak kurang satu(1) kali dalam setiap
tiga(3) bulan.
vii. Membentuk suatu jawatankuasa kecil untuk membantu Jawatankuasa dalam
melaksanakan fungsinya
viii. Menjalankan pemeriksaan tempat kerja
ix. Menjalankan penyiasatan tempat kerja
x. Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat hospital
xi. Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan universiti.
B. Pejabat Penyelia
9
10. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Antara fungsi pejabat ini adalah seperti berikut :
i. Sebagai penasihat utama kepada JKKP-HCM berkaitan aspek Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (KKP) di HCM.
ii. Merancang, melaksanakan dan menyelaraskan aktiviti KKP di HCM.
iii. Menjalankan pemeriksaan KKP secara berkala di semua premis iaitu memeriksa
tempat kerja sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menentukan jika terdapat
apa- apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja seterusnya
membincangkan dan mencadangkan langkah-langkah pemulihan yang perlu dan
merekodkan hal keadaan dan cadangan tersebut dalam suatu laporan yang disimpan.
iv. Menjalankan pemantauan tentang kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan
nyaris keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja dan
melaporkan kepada JKKP-HCM keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak
sihat di tempat kerja bersama – sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan.
v. Memeriksa tempat kerja dengan seberapa segera yang selamat, selepas
kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris keracunan pekerjaan atau
penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
vi. Memberi khidmat nasihat dan memberi maklumat kepada PTJ.
vii. Menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat melalui program seperti
program latihan, kursus, seminar dan juga kempen.
viii. Sebagai pusat rujukan dan maklumat KKP kepada PTJ.
ix. Menyedia, menyemak dan menganalisis laporan Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan PTJ.
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
C. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat hospital
10
11. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang terdapat
dalam jenis kerja di PTJ; tetapi tidak kurang satu(1) kali dalam setiap tiga(3)
bulan
ii. Memeriksa tempat kerja secara berkala (6 bulan sekali).
iii. Melaporkan dan membincangkan sebarang keadaan tidak selamat, kemalangan,
kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan.
iv. Memeriksa dan membantu Penyelia Hospital dalam menyiasat sebarang perkara
berkaitan KKP selepas kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan
penyakit pekerjaan yang berlaku di PTJ.
v. Membuat cadangan pemulihan dan tindakan pembaikan ke atas risiko di tempat
kerja.
vi. Mengkaji semula tindakan atau amalan KKP dan membuat cadangan pindaan
kepada JKKP-HCM
vii. Menyimpan rekod berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
11
12. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
BAHAGIAN II
PERATURAN-PERATURAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
1. PERATURAN KESELAMATAN AM
12
13. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
TUJUAN
Bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di Hospital Changkat Melintang (HCM)
akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat oleh kakitangan, pesakit dan
pelawat.
PENERANGAN
I. Sila ikuti segala arahan keselamatan semasa berada di Hospital Changkat Melintang
(HCM)
II. Laporkan dengan segera apa-apa tindakan dan keadaaan tidak selamat yang mana
boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia dan kerosakan kepada harta benda.
III. Pastikan semua peralatan dan bahan-bahan disimpan di tempat yang betul serta
kawasan tempat kerja anda sentiasa kemas dan bersih.
IV. Gunakan perkakas dan peralatan yang betul dan selamat ketika bekerja.
V. Sekiranya anda atau peralatan yang anda kendalikan terlibat dalam kemalangan,
laporkan dengan segera serta dapatkan bantuan mula.
VI. Penggunaan, baikpulih dan penyelenggaraan peralatan hanya boleh dilakukan apabila
mendapat kebenaran untuk melakukannya.
VII. Gunakan peralatan perlindungan diri yang telah diluluskan dan pastikan ianya
sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
VIII. Jangan bergurau dan elakkan daripada mengganggu orang lain semasa bekerja.
IX. Gunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang dan dapatkan bantuan
sekiranya perlu.
X. Dilarang merokok dan melakukan pembakaran terbuka dalam kawasan HCM.
XI. Kelajuan kenderaan di sekeliling HCM ialah 15 km/jam dan hendaklah sentiasa
dipatuhi. Pastikan semua jalan sentiasa bebas untuk laluan kecemasan.
XII. Patuhi semua arahan, prosedur, tanda amaran, peraturan dan undang-undang HCM.
XIII. Kenalpasti pintu keluar dan laluan kecemasan bagi bangunan dimana anda berada.
2. PERATURAN KESELAMATAN DI PEJABAT
PENGENALAN
13
14. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Umumnya, seseorang bekerja selama 8 jam sehari di ”tempat kerja”. Ini merupakan
satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, keselamatan di tempat kerja perlu
dititikberatkan oleh setiap pekerja dan majikan. Oleh yang demikian, beberapa
peraturan keselamatan umum di pejabat perlu dipatuhi dan dijadikan amalan
berterusan.
PENERANGAN
I. Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang oleh peralatan,perabot,
dawai elektrik dan lain-lain.
II. Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik.
III. Gunakan penapis skrin komputer untuk mengurangkan dedahan sinar UV.
IV. Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas selepas setiap kali dibuka.
V. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat seperti almari,meja,
peralatan dan kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual.Gunakan troli jika
perlu.
VI. Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air minuman.
VII. Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan.
VIII. Pastikan alat pemadam api mudah dicapai.
IX. Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya
berlaku kebakaran.
X. Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan tekanan dan kepenatan.
3. PERATURAN KESELAMATAN DI MAKMAL
TUJUAN
14
15. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Menjelaskan kepada kakitangan prosedur tentang keselamatan keseluruhannya semasa
berada di makmal HCM. Oleh itu, semua kakitangan hendaklah memahami dan
mematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi peraturan umum ini,
pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu juga dipatuhi
PENERANGAN
I Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam makmal
II. Pakai baju makmal/bengkel (coverall) dan kasut bertutup/kasut keselamatan
semasa berada dalam makmal
III Aksesori yang terjuntai atau tergantung (barang kemas) adalah dilarang sama
sekali dipakai oleh kakitangan
IV. Memastikan segala kelengkapan seperti mesin berada dalam keadaan yang
memuaskan .
V. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang
ditetapkan.
VI. Sentiasa memastikan makmal dalam keadaan yang bersih dan teratur.
VII. Menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan.
IIX. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling makmal dan
membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu.
IX. Laporkan sebarang kejadian, kemalangan dengan segera secara lisan kepada
Ketua unit diikuti laporan bertulis kepada Pejabat Penyelia.
X. Meninggalkan makmal dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang telah
dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan.
4. PERATURAN KESELAMATAN DI UNIT PENGIMEJAN DAN DIAGNOSTIK
TUJUAN
15
16. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Menjelaskan kepada kakitangan dan pesakit prosedur tentang keselamatan
keseluruhannya semasa berada di unit X-ray HCM. Oleh itu, semua kakitangan hendaklah
memahami dan mematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi peraturan
umum ini, pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu juga dipatuhi.
PENERANGAN
I Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam unit X-ray .
II. Pakai baju makmal/bengkel (coverall) dan kasut bertutup/kasut keselamatan
semasa berada dalam unit.
III Aksesori yang terjuntai atau tergantung (barang kemas) adalah dilarang sama
sekali dipakai oleh kakitangan
IV. Memastikan segala kelengkapan seperti mesin berada dalam keadaan yang
memuaskan .
V. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang
ditetapkan.
VI. Sentiasa memastikan unit dalam keadaan yang bersih dan teratur.
VII. Menyimpan peralatan dan sisa kimia yang telah digunakan di tempat yang
disediakan.
IIX. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling unitdan
membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu.
IX. Laporkan sebarang kejadian, kemalangan dengan segera secara lisan kepada
Ketua unit diikuti laporan bertulis kepada Pejabat Penyelia.
X. Meninggalkan unit X-ray dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang
telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan.
XI. Pastikan kakitangan yang bertugas memakai lencana khas untuk mengesan
pendedahan radiasi sepanjang waktu bertugas.
XII Pastikan pelanggan wanita tidak mengandung. Jika ujian X-ray dilakukan untuk
pesakit mengandung, mereka harus diberikan perlindungan yang sewajarnya.
(gonadal shield)
5. PERATURAN KESELAMATAN DI UNIT SAJIAN
Menjelaskan kepada kakitangan dan pesakit prosedur tentang keselamatan
keseluruhannya semasa berada di unit sajian HCM. Oleh itu, semua kakitangan hendaklah
memahami dan mematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi peraturan
umum ini, pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu juga dipatuhi.
16
17. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
PENERANGAN
I Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam unit sajian.
II. Pakai cap/penutup kepala dan kasut bertutup/kasut keselamatan semasa berada dalam
unit.
III Aksesori yang terjuntai atau tergantung (barang kemas) adalah dilarang sama
sekali dipakai oleh kakitangan
IV. Memastikan segala kelengkapan seperti dapur dan peralatan memasak berada dalam
keadaan yang memuaskan .
V. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang
ditetapkan.
VI. Sentiasa memastikan unit dalam keadaan yang bersih , keringdan teratur.
VII. Menyimpan peralatan dan sisa makanan yang telah digunakan di tempat yang
disediakan.
IIX Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air minuman.
IX. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling unitdan
membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu.
X. Laporkan sebarang kejadian, kemalangan dengan segera secara lisan kepada
Ketua unit diikuti laporan bertulis kepada Pejabat Penyelia.
XI. Meninggalkan unit X-ray dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang
telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan.
6. PERATURAN KESELAMATAN DI STOR INTEGRASI
Menjelaskan kepada kakitangan dan pesakit prosedur tentang keselamatan
keseluruhannya semasa berada di stor integrasi HCM. Oleh itu, semua kakitangan
hendaklah memahami dan mematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi
peraturan umum ini, pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu juga
dipatuhi.
17
18. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
I Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam stor integrasi.
II. Pakai kasut bertutup/kasut keselamatan semasa berada dalam unit.
IV. Memastikan segala kelengkapan seperti troli berada dalam keadaan yang
memuaskan .
V. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang
ditetapkan.
VI. Sentiasa memastikan unit dalam keadaan yang bersih , keringdan teratur.
VII. Menyimpan peralatan yang telah digunakan dan stok barangan di tempat yang
disediakan.Pastikan laluan kecemasan tidak dihalang oleh stok barang.
IIX. Pastikan stok barangan tidak diletakkan terlalu tinggi iaitu sekurang-kurangnya 18
inci dari siling/bumbung.
IX. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan stok yang berat seperti tong oksigen,
peralatan dan kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual.Gunakan troli jika
perlu.
X. Pastikan alat pemadam api mudah dicapai.
XI Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya
berlaku kebakaran.
XII. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling unitdan
membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu.
XIII. Laporkan sebarang kejadian, kemalangan dengan segera secara lisan kepada
Ketua unit diikuti laporan bertulis kepada Pejabat Penyelia.
XIV Meninggalkan unit ini dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang
telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan.
18
19. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
BAHAGIAN III
PROSEDUR-PROSEDUR
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
1. PROSEDUR KEBERSIHAN TEMPAT KERJA
I. OBJEKTIF
19
20. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
Objektif prosedur ini adalah untuk :
i. Menjelaskan langkah-langkah tindakan penjagaan kebersihan di HCM.
ii. Menetapkan langkah-langkah pengawasan penjagaan kebersihan di HCM.
iii. Mewujudkan tabiat membudayakan kerja bersih dan kemas di kalangan pegawai, staf
dan kontraktor di HCM.
iv. Mencegah berlakunya kemalangan disebabkan faktor pengabaian mengamalkan
kebersihan.
II. SKOP
Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa menjalankan langkah-langkah
penjagaan kebersihan di semua premis dalam kawasan Hospital Changkat Melintang
(HCM).
III. TANGGUNGJAWAB
Semua pegawai, kakitangan dan kontraktor hendaklah bertanggungjawab melaksanakan
prosedur ini.
IV. PROSEDUR
AM
Prosedur ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam penjagaan
kebersihan di HCM.
LALUAN SELAMAT
Ketua Unit / Kontraktor hendaklah :
i. Menyediakan laluan selamat di dalam premis yang diawasi.
ii. Memastikan laluan selamat yang dibina boleh digunakan sebagai laluan kecemasan
sekiranya berlaku keadaan kecemasan atau kecemasan kebakaran.
Pegawai, kakitangan dan kontraktor hendaklah :
i. Memastikan laluan selamat sentiasa bersih dan bebas daripada halangan-halangan yang
20
21. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
boleh mengganggu lalulintas.
ii. Penempatan apa-apa mesin, bahan, peralatan dan lain-lain barangan di laluan ini
adalah dilarang sama sekali.
RUANG BEKERJA
Ketua Unit / Kontraktor hendaklah menyediakan ruang bekerja yang selamat dan
secukupnya di dalam premis yang diawasi.
Pegawai, kakitangan, pesakit , kontraktor dan kontraktor hendaklah memastikan ruang
bekerja bebas daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan.
STOR
Pegawai, kakitangan dan kontraktor hendaklah memastikan :
i. Stor sentiasa bersih dan kemas.
ii. Barang-barang disusun dalam keadaan teratur.
iii. Pengalihudaraan dalam keadaan baik atau berfungsi.
iv. Tidak merokok di kawasan stor.
LANTAI
i. Permukaan lantai tempat kerja dalam keadaan baik, bersih , kering dan kemas;
ii. Tong sampah disediakan.
BANGUNAN
Pegawai, kakitangan, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan :
i. Permukaan dinding tempat kerja dalam keadaan bersih dan tidak ada
bahan-bahan / perkara yang tidak diperlukan digantung/ditampal.
ii. Tingkap dalam keadaan bersih dan elok.
iii. Lampu berfungsi dengan baik dan kadar pencerahannya mencukupi.
MESIN, PERALATAN DAN PERKAKASAN
Pegawai, kakitangan, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan :
21
22. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
i. Mesin, peralatan dan perkakasan berada dalam kedudukan yang
tersusun/teratur.
ii. Mesin, peralatan dan perkakasan bersih daripada bahan-bahan yang tidak
diperlukan.
iii. Mesin, peralatan dan perkakasan bersih daripada tumpahan minyak dan
gris.
iv. Kawasan persekitaran mesin, peralatan dan perkakasan bebas daripada
sampah-sarap dan bahan-bahan yang tidak diperlukan.
v. Penyelenggaraan berkala dilakukan untuk peralatan mengikut jadual PPM.
vi. Peralatan yang rosak haruslah dilaporkan dengan segera ke pihak konsesi untuk
diperbaiki.
ALAT PEMADAM API
Ketua PTJ adalah bertanggungjawab memastikan semua peralatan pemadam kebakaran
diselenggara dan boleh berfungsi dengan baik.
PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA
i. Pejabat Penyelia hendaklah menjalankan pemeriksaan tempat kerja sekurang-
kurangnya tiga (3) sekali setahun.
ii. Ketua Unit hendaklah mengambil tindakan pembetulan bagi laporan tidak memuaskan.
2. PROSEDUR NOTIFIKASI ADUAN, KEMALANGAN, KEMALANGAN
NYARIS, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN
PENYAKIT PEKERJAAN
22
23. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
I. PENGENALAN
Prosedur ini adalah berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya,Keracunan Pekerjaan dan
Penyakit Pekerjaan) 2004 di bawah kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994.
II. TUJUAN
Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mengkehendaki
setiap majikan;
a. Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya
membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.
b. Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan kejadian yang tersebut di atas.
c. Melaporkan kejadian yang tersebut di atas kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Malaysia.
III. TINDAKAN MELAPOR KEMALANGAN
a. Ketua Unit endaklah memastikan setiap kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja masing-masing
dilaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui Pejabat
Penyelia hospital.dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP). Laporan tersebut hendaklah
dibuat dengan serta merta sebaik sahaja kejadian tersebut dikenalpasti atau berlaku di
Jabatan masing-masing dengan menghubungi PPKKP dan menghantar Borang
Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya JKKP6 secepat yang praktik
sebagaimana yang dilampirkan pada LAMPIRAN 6 dan disalinkan kepada fail
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ masing-masing.
b. Semua kemalangan sama ada mengalami kecederaan atau tidak, hendaklah dilaporkan
kepada Ketua PTJ dengan segera.
c. Butiran kemalangan mestilah direkodkan dalam Borang Laporan MengenaI
Kemalangan/Kejadian Berbahaya JKKP 6 oleh pelapor dan borang laporan
kemalangan boleh didapati pada setiap bahagian. Borang JKKP6 perlu dihantar ke
JKNP dalam tempoh 4 hari selepas kejadian.
• Semua bahagian dalam borang tersebut perlu dipenuhi dengan teliti dan terperinci
khasnya di bahagian huraian kemalangan.
• Borang perlu dihantar kepada PPKKP yang menyelaras semua urusan yang berkaitan
dengan kemalangan tersebut
23
24. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
d. Bagi kemalangan yang serius, kawasan kemalangan hendaklah jangan diganggu
kecuali untuk mencegah kemalangan yang lebih serius atau memudahkan laluan
bantuan.
3. PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN DAN PENGUNGSIAN
BANGUNAN
I. OBJEKTIF
a. Menjelaskan langkah-langkah semasa tindakan kecemasan kebakaran dan
pengungsian bangunan yang berkesan bagi tujuan mengatasi semua jenis
kemalangan yang mungkin berlaku diHCM.
b. Meminimumkan kesan kemalangan ke atas manusia dan harta benda di dalam dan luar
kawasan HCM.
c. Memusatkan kecemasan di dalam kawasan HCM atau jika boleh membasminya; dan
d. Memenuhi keperluan undang-undang negara.
II. SKOP
Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa tindakan kecemasan kebakaran dan
pengungsian bangunan dijalankan.
III. TANGGUNGJAWAB
a. Semua unit hendaklah menghantar wakil kakitangan dari unit masing-masing untuk
tujuan penubuhan Pasukan Kecemasan (Emergency Respone Team)
b. Semua pegawai, kakitangan, kontraktor, kakitangan syarikat konsesi, kakitangan
syarikat kawalan keselamatan, pelawat dan pelatih hendaklah bertanggungjawab
melaksanakan tindakan kecemasan kebakaran dan pengungsian bangunan.
c.Emergency Response Team (ERT) hendaklah bertanggungjawab melaksanakan
prosedur kecemasan kebakaran dan pengungsian bangunan.
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
IV. PROSEDUR
AM
a. Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja di dalam satu-satu bangunan tanpa
24
25. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
mengira masa. Oleh hal yang demikian, adalah wajar setiap staf/kakitangan
/pelawat/kontraktor mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku
kebakaran. Semua staf/kakitangan /kontraktor/pesakitl/pelawat adalah diingatkan
supaya bertindak dengan tenang, jangan cemas apabila menghadapi keadaan
begini.
b. Prosedur ini menerangkan beberapa tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku
kecemasan kebakaran dan tindakan pengungsian bangunan. Satu salinan hendaklah
di pamerkan di papan kenyataan di semua bangunan.
TINDAKAN APABILA BERLAKU KEBAKARAN
Tindakan berikut boleh dijadikan prosedur tetap dan garis panduan apabila
berlaku kebakaran.
Isyarat Kebakaran
Membunyikan sistem penggera kebakaran (alarm) dengan memecahkan “break
glass” yang sedia ada di setiap bangunan.
TANDA BUNYI KEBAKARAN MENGANDUNGI BUNYI LOCENG YANG
BERULANG – ULANG
a. Sesiapa pun tidak dibenarkan memasuki bangunan apabila loceng kecemasan
dibunyikan. Staf yang menjaga unit akan bertindak sebagai ketua tingkat(floor marsyal)
dan melaksanakan aktiviti pengungsian bangunan.
b.Ketua Tingkat ditugaskan untuk memberitahu Pengawal Insiden yang
bertugas melalui telefonis hospital.
c. Keluar Menyelamatkan Diri
• Semua staf/kakitangan /kontraktor/pesakit dan pelawat hendaklah diarahkan keluar
daripada bangunan dan berkumpul di Tempat Berkumpul yang disediakan mengikut
zon masing-masing. Floor marsyal dikehendaki menghubungi Pegawai Pengungsian
untuk meminta bantuan jika ada masalah kekurangan staf untuk evakuasi.
d. Hitungan kepala (head count)
• Ketua tingkat ditugaskan untuk membuat hitungan kepala sebaik sahaja mendengar
isyarat kecemasan dan juga di zon berkumpul untuk memastikan semua penghuni telah
berjaya dikeluarkan. Jika hitungan kepala tidak betul, Ketua Tingkat dikehendaki
25
26. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
memaklumkan kepada Pegawai Pengungsian/ Pasukan Bomba dan Penyelamat.
e. Memadam Kebakaran
• Pengawal Insiden dan kakitangan yang terlatih (ERT) sahaja dibenarkan untuk
memadamkan kebakaran supaya ianya dapat dikawal.
PERHATIAN :
o Jika anda memerlukan PANGGILAN KECEMASAN, sila dail 999 dan 112 bagi
panggilan menggunakan telefon bimbit.
o Sila rujuk pelan kecemasan/ pelan lantai bangunan dan prosedur kebakaran di
mana anda menjalankan tugas. Bangunan adalah berbeza diantara satu dengan
lain dan ia mungkin memerlukan tindakan kecemasan yang berbeza.
PERINGATAN:
Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku
kebakaran, semua staf/ /kontraktor/pesakit/ pelawat hendaklah :
1. Berhenti kerja atau aktiviti semasa.
2. Berhentikan semua mesin/peralatan.
3. Matikan semua kuasa elektrik.
4. Tutup gas atau lain-lain bahan yang mudah terbakar dari terdedah.
5. Tutup semua tingkap dan pintu.
6. Keluar melalui lorong jalan yang mudah .
7. Jangan berlari.
8. Jangan tolak menolak antara satu sama lain.
9. Jangan sengaja buat bising.
10. Jangan buat tidak tentu arah dan kelam kabut (panik).
11. Jangan berpatah balik kebelakang untuk mengambil barang-barang yang
tertinggal.
12. Jangan duduk di dalam tandas atau stor.
13. Berikan bekerjasama dan ikut arahan.
26
27. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
14. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan
TINDAKAN KETUA JABATAN/KETUA TINGKAT
1. Maklumkan segera kepada pasukan ERT. Arahkan rakan sekerja atau anggota
bawahan untuk menutup pintu-pintu dan tingkap.
2. Membuat head count sebelum memulakan prosedur pengungsian.
3. Arahkan semua penghuni keluar melalui pintu kecemasan sahaja.
4. Periksa kehadiran penghuni di zon berkumpul dengan membuat head count untuk kali
kedua.
5. Maklumkan segera kepada Pengawal Insiden atau Pegawai Pengungsian sekiranya
kehadiran tidak mencukupi.
PERHATIAN:
Semua Ketua Unit/ Pengurus Asrama /Pengurus Kantin dan kakitangan Y/M shif adalah
bertanggungjawab mengisi dan mengemaskini SENARAI SEMAK
KAKITANGAN/PENGHUNI dari semasa ke semasa.
TINDAKAN PASUKAN ERT
1. Menyiasat tempat kebakaran.
2. Bunyikan “alarm” atau “wisel” (jika “alarm” automatik tidak berbunyi).
3. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam keselamatan diri,
padamkan segera.
4. Jika didapati kebakaran tersebut telah merebak dan ada penghuni di bangunan tersebut,
beri arahan mengosongkan bangunan dan membantu dalam penyeliaan proses
pengungsian.
5.Hubungi pegawai yang bertugas di pondok pengawal keselamatan untuk
bantuan. Jika perlu hubungi Jabatan BOMBA secara terus.
6. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang berkenaan
sahaja.
27
28. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
7. Memberi maklumat kepada Pegawai BOMBA mengenalpasti keadaan di dalam
bangunan.
TINDAKAN PENGAWAL INSIDEN
1. Hubungi pihak BOMBA sebaik sahaja mendapat maklumat daripada Pasukan ERT.
2. Sediakan alat memadam kebakaran di premis masing-masing (pastikan ia
sentiasa diselenggara)
3. Mengenalpasti tempat pili bomba.
4. Arahkan Pegawai-pegawai Pasukan ERT memadam kebakaran sebelum pihak
BOMBA masuk.
5. Arahkan anggota untuk mengawal keadaan lalulintas untuk menyenangkan
pihak BOMBA masuk.
6. Dapatkan maklumat tentang hitungan kepala (head count) sekiranya ada yang
tertinggal di dalam bangunan.
7. Bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.
PANDUAN MENYELAMATKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN (ASAP)
CARA-CARA BERGERAK SEMASA TERPERANGKAP DI DALAM ASAP
Di dalam sesuatu kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului
api, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan
menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran
asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :
28
29. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
1. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda
bertindak dengan cara yang salah.
2. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan lain
untuk menyelamatkan diri.
3. Jika terperangkap di dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya merangkak
di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat
selamat).
4. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan pemandangan. Dalam
keadaan demikian, gunakan belakang tangan untuk raba jalan menyusur dinding
hingga bertemu pintu keluar.
TERPERANGKAP DI DALAM BANGUNAN TERBAKAR
Jika anda terperangkap di dalam bangunan, semasa berlaku kebakaran anda hendaklah
bertindak seperti berikut :
1. Dapatkan seberapa banyak pintu bertutup di antara anda dengan api. Sebagai
makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda.
2. Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan asap dan bahang. Sumbat
celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau sebagainya bagi mengelakkan
asap masuk (pilih bilik yang bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan).
3. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan.
4. Buka tingkap sedikit di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan
udara bersih masuk.
5. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan baju, carpet
atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan.
6. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh kerana
tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benar-benar
tidak ada jalan lain lagi.
4. PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS
I. OBJEKTIF
Objektif prosedur ini adalah untuk :
a. Menjelaskan langkah-langkah tindakan semasa berlakunya kemalangan atau keadaan
kecemasan di unit-unit di HCM.
29
30. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
b. Memberikan bantuan awal kecemasan kepada mangsa kemalangan atau keadaan
kecemasan sebelum ketibaan pasukan perubatan.
c. Menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan, mengelakkan mangsa kemalangan
menjadi lebih teruk serta mendapatkan pertolongan profesional/rawatan.
d. Memenuhi kehendak undang-undang yang disyaratkan dalam Akta dan Peraturan yang
berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
II. SKOP
Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa menghadapi kemalangan atau keadaan
kecemasan dan memberikan bantuan awal kecemasan di tempat kejadian.
III. TANGGUNGJAWAB
a. Semua pegawai, kakitangan, kontraktor dan pelawat hendaklah bertanggungjawab
melaksanakan prosedur ini ketika menghadapi kemalangan atau keadaan kecemasan.
b. Anggota yang bertugas hendaklah bertanggungjawab memberikan bantuan awal
kecemasan kepada mangsa kemalangan atau keadaan kecemasan.
IV. PROSEDUR
AM
a. Prosedur ini menerangkan beberapa tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku
sesuatu keadaan kecemasan.
b. Semua anggota yang bertugas hendaklah memberikan bantuan awal kecemasan kepada
semua mangsa kemalangan atau keadaan kecemasan yang berlaku di hospital.
c. Ketua Unit hendaklah mempamerkan satu salinan prosedur ini di papan kenyataan
jabatan untuk memudahkan kakitangan.
LATIHAN
a. Semua Ketua Unit WAJIB memastikan semua kakitangan di bawah seliaan mereka
mendapat latihan CPR sekurang-kurangnya 2 tahun sekali dan Kursus Pertolongan
Cemas sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
b. Dril kecemasan perlu dilakukan oleh setiap unit sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
PETI PERTOLONGAN CEMAS
30
31. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
a. Pejabat Penyelia adalah bertanggungjawab memastikan Peti Pertolongan Cemas
ditempatkan di semua premis di dalam kawasan PTJ.
b. Ketua Unit hendaklah memastikan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti
Pertolongan Cemas sentiasa mencukupi setiap masa.
c. Pegawai/kakitangan/pelawat dan kontraktor hendaklah menjaga dan tidak
menyalahgunakan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas yang
disediakan.
PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN PERTOLONGAN
CEMAS
Pejabat Penyelia adalah bertanggungjawab merancang aktiviti penyelenggaraan
kemudahan dan peralatan pertolongan cemas.
Ketua Unit perlu menyelenggara semua kemudahan dan peralatan pertolongan cemas
supaya ”replenish” semula peti kecemasan selepas digunakan.
5. SURVEILAN KEPADA ANGGOTA BERUMUR MELEBIHI 40 TAHUN
OBJEKTIF
Objektif prosedur ini adalah untuk :
a) Menggariskan langkah-langkah tindakan untuk memastikan sekurang-kurangnya 70%
daripada kakitangan yamg berumur >40 tahun telah dibuat saringan untuk mengesan
penyakit kronik dan penyakit pekerjaan.
31
32. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
b) Memastikan pematuhan kepada peraturan dan kehendak Kementerian Kesihatan (KPI).
TANGGUNGJAWAB
a. Semua Ketua Unit wajib untuk memastikan supaya anggota yang berumur >40tahun
didaftar untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Klinik Pakar.
b. Semua kakitangan pula haruslah memberi kerjasama yang sewajarnya untuk
memastikan pemeriksaan perubatan dijalankan.
PROSEDUR AM
a. Ketua Unit dikehendaki mengenalpasti anggota yang berumur > 40 tahun pada awal
setiap bulan dan memberi peringatan kepada anggota tersebut untuk melaksanakan
pemeriksaan perubatan.
b. Ketua Unit akan memberi senarai nama anggota yang terlibat kepada Jururawat Y/M
Klinik Pakar untuk mengatur temujanji untuk pemeriksaan perubatan.
c. Jururawat Y/M Klinik Pakar akan mengumpul statistik pemeriksaan perubatan anggota
dan dihantar ke Pejabat Penyelia pada 1hb setiap bulan.
6. SURVEILAN RADIASI KEPADA ANGGOTA YANG BEKERJA DI UNIT
PENGIMEJAN DIAGNOSTIK
OBJEKTIF
Objektif prosedur ini adalah untuk :
a) Menggariskan langkah-langkah tindakan untuk memastikan surveilan dijalankan ke
atas pekerja yang berpotensi untuk terdedah kepada radiasi.
b) Memastikan pematuhan kepada peraturan dan kehendak dalam Akta dan Peraturan
32
33. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
TANGGUNGJAWAB
Ketua Unit bertanggungjawab untuk memastikan semua anggota sentiasa mematuhi
arahan keselamatan di unitnya dan menjalani pemeriksaan perubatan tahunan.
Ketua PTJ akan memastikan setiap anggota di unit dibekalkan dengan lencana radiasi
yang diperbaharui setiap bulan dan anggota yang terdedah akan diberi perhatian dan
rawatan yang sewajarnya.
PROSEDUR AM
a. Semua anggota unit pengimejan diagnostik akan dibekalkan dengan lencana radiasi
yang diperbaharui setiap bulan. Ketua Unit dikehendaki memastikan anggota
mematuhi arahan ini sepanjang waktu bertugas.
b. Semua anggota dikehandaki menjalani pemeriksaan perubatan sekali setiap 12 bulan
dan semasa penamatan perkhidmatan.
7. SURVEILAN NEEDLE STICK INJURY
OBJEKTIF
Objektif prosedur ini adalah untuk :
a) Menggariskan langkah-langkah tindakan untuk memastikan surveilan dan rawatan
dijalankan ke atas pekerja yang mengalami kejadian Needle stick Injury.
b) Memastikan pematuhan kepada peraturan dan kehendak dalam Akta dan Peraturan
yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
33
34. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
TANGGUNGJAWAB
a. Ketua PTJ akan memastikan latihan yang berkaitan diberikan kepada semua
kakitangan hospital, kakitangan HSS dan pelatih semasa orientasi dan juga secara
berkala .
b. Ketua Unit hendaklah memastikan satu salinan tatacara pengurusan kejadian Needle
stick injury dipamirkan di papan kenyataan jabatan untuk rujukan anggota.
c. Jururawat Kawalan Infeksi bertanggungjawab untuk mengumpul semua maklumat
berkatan dengan kejadian untuk disalurkan ke Pejabat Penyelia. Beliau juga
dikehendaki memastikan kakitangan yang terlibat rawatan susulan dan tidak berlaku
“defaulter”
d. Semua kakitangan hospital dan HSS perlu memberi kerjasama yang sewajarnya
dengan membuat laporan kepada Ketua Unit dan mendapatkan rawatan di Unit
Kecemasan.
34
35. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
BAHAGIAN IV
GARIS PANDUAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN
1. GARIS PANDUAN ALAT LINDUNG DIRI (ALD/PPE)
Pengenalan
Penggunaan Alat Lindung Diri (ALD) merupakan salah satu kaedah untuk melindungi
diri daripada mendapat kemalangan di tempat kerja dan ia merupakan kaedah terakhir
untuk melindungi diri daripada kecederaan dan penyakit pekerjaan. ALD direkabentuk
bagi melindungi bahagian tertentu tubuh badan manusia seperti bahagian mata, kepala,
35
36. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
muka, tangan, telinga, kaki dan sebagainya. ALD ini hendaklah dipilih mengikut
kesesuaian hazad/bahaya yang wujud di PTJ masing-masing dan sesuai dengan
pekerja yang bekerja dengan hazad/bahaya tersebut. Bagi memilih ALD yang sesuai
pihak pengurusan PTJ perlulah membuat penilaian risiko dan memililih langkah kawalan
yang terbaik.
Garis Panduan
I. Garis Panduan ALD disediakan untuk memastikan ALD yang digunakan oleh
pekerja-pekerja (kakitangan hospital, kakitangan HSS dan kontraktor dan
seumpamanya ) yang bekerja atau menggunakan premis HCM adalah memenuhi
spesifikasi keselamatan yang ditetapkan dan berupaya melindungi pekerja/pengguna
daripada hazad/bahaya tertentu.
II. Prinsip utama garis panduan ALD ini adalah berasaskan kepada ALD yang diluluskan
oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia JKKPM), mengikut
peraturan-peraturan tertentu ATAU ALD yang memenuhi mana-mana piawaian yang
diterima-pakai oleh JKKPM bagi kelulusan tersebut.
III. Spesifikasi ALD yang berikut untuk kegunaan/pemakaian kakitangan HCM:
1 Pelindung Mata
o Jenama, model dan pembuat yang diluluskan oleh JKKPM mengikut Peraturan-
Peraturan KKP
o Jenama dan model yang bertanda SIRIM atau yang setandingnya.
o Digunapakai bila ada risiko kejadian “splash” ke muka kakitangan semasa
bekerja.
o Jenis pelindung mata yang dibekalkan termasuklah goggle dan face shield.
2. Pelindung Pernafasan
(a) Jenis, model, filter/cartridge/canister dan pembuat yang diluluskan oleh JKKPM
mengikut Peraturan-Peraturan KKP ATAU
(b) Memenuhi mana-mana piawaian yang diterima-pakai oleh JKKPM untuk kelulusan di
atas.
Jenis perlindung pernafasan yang dibekalkan adalah seperti berikut :
36
37. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
o 3 ply-mask
Digunakan dalam keadaan jika kakitangan berisiko untuk pendedahan dengan
penyakit transmisi melalui ”droplet” atau kakitangan sendiri mempunyai gejala
jangkitan respiratori.
o N95 mask
Digunakan untuk mengelakkan pendedahan dengan kes-kes risiko tinggi seperti
Influenza H1N1, sputum positif tuberkulosis, SARS dan sebagainya.
• Kakitangan hospital dan HSS akan diberi latihan secara berkala oleh Jururawat
Infeksi untuk memastikan cara penggunaan perlindungan pernafasan yang betul
dan berkesan.
3 Sarung Tangan
o Jenama dan pembuat yang diluluskan oleh JKKPM mengikut Peraturan-Peraturan
KKP.
Jenis sarung tangan yang dibekalkan adalah seperti berikut :
o Sarung tangan disposable non-steril
Digunakan sebagai perlindungan badan semasa melakukan prosedur tidak steril
dan semasa kerja-kerja pencucian oleh kakitangan HSS.
o Sarung tangan steril
Digunakan hanya semasa melakukan prosedur steril dalam kerja perawatan
pesakit.
4. Apron
Digunakan semasa menjalankan prosedur yang mungkin mempunyai risiko ”splash”
ke atas pakaian kakitangan.
5. Perlindungan kaki
(i) Tumpahan/Percikan Bahan Kimia atau Darah
Kakitangan dimestikan menggunakan but yang dibekalkan semasa melakukan kerja-
37
38. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
kerja di unit forensik, perlupusan sisa klinikal dan sebagainya.
(ii) Hentakan Benda-Benda Berat
(a) Mempunyai pelindung besi jari kaki (steel toe-cap) ATAU
(b) Memenuhi mana-mana piawaian yang diterima-pakai oleh JKKPM untuk kelulusan di
atas.
Kakitangan yang bertugas di stor, dapur dan bengkel diwajibkan untuk memakai safety
boots yang dibekalkan.
2. GARISPANDUAN PENGURUSAN SISA KIMIA DAN RADIOAKTIF
I. Tujuan :
Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan cara-cara pengurusan
sisa makmal dan radioaktif di HCM.
II. Pengurusan Buangan Terjadual
Berdasarkan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual),
38
39. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
1989; [P.U. (A) 139/1989], menetapkan sisa bahan kimia adalah termasuk dalam
kategori buangan terjadual.
a. Sumber Sisa Kimia
Bahan kimia yang perlu dilupuskan terdiri daripada:
i. Bahan kimia yang tertumpah.
ii. Bahan kimia yang tidak berlabel atau yang telah tamat tempoh gunanya.
iii. Bahan yang menghasilkan sisa yang reaktif dan beracun hasil tindak balas kimia.
iv. Sisa bahan kimia cecair.
v. Sisa bahan kimia pepejal.
vi. Tumpahan minyak.
b. Sumber sisa radioaktif
Ini termasuk sisa dari pemprosesan X-ray yang mengandungi plumbum dan sisa dari
ubatan kemoterapi.
b. Pengasingan dan Pengumpulan Sisa
Pelupusan sisa kimia bermula dengan pengasingan dan pengumpulannya. Langkah ini
bermula di peringkat makmal, unit pengimejan diagnostik dan di wad. Pengasingan sisa
kimia juga membantu mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti
letupan atau kebakaran ketika kerja pelupusan dilakukan. Sisa kimia yang diisi di dalam
botol khas berlabel hendaklah disimpan di tempat yang selamat atau tempat penyimpanan
sisa yang telah dikenalpasti sehingga langkah pelupusan dijalankan. Sisa kimia perlu
dielakkan daripada terdedah kepada haba atau api.
c. Bekas Sisa
i. Sebarang sisa hendaklah dikumpulkan dalam bekas bersesuaian dan dilabelkan
selengkapnya.
ii. Sebaik-baiknya sisa hendaklah dikumpulkan dalam bekas asal ataupun di dalam bekas
lain yang telah dikenalpasti sebagai bekas primer.
iii. Bekas sisa mestilah dalam keadaan baik semasa digunakan dan mestilah diperiksa
setiap minggu untuk memastikan tiada kebocoran atau tindak balas antara bekas dan
sisa.
iv. Jika beg plastik digunakan sebagai bekas sisa primer, beg plastik mestilah
dimasukkan ke dalam bekas lain seperti bekas kaca ataupun logam untuk tujuan
penyimpanan.
v. Pelabelan pada bekas sisa mesti menggunakan nama penuh sisa.
39
40. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
d. Pengkelasan Sisa
Bekas yang mengandungi buangan terjadual mestilah dilabel dengan jelas mengikut
pengkelasan yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan.
e. Pelupusan Sisa
Sisa yang telah diasingkan mengikut kelas perlu dikumpulkan di tempat yang
dikhaskan pada hari pelupusan. Ketua Unit dikehendaki untuk menghubungi Syarikat
Kualiti Alam untuk tujuan perlupusan.
3. GARISPANDUAN PENGURUSAN SISA BIOLOGI/KLINIKAL
I. Tujuan :
Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan cara-cara pengurusan
sisa klinikal dan biologikal di HCM.
a. Sumber sisa klinikal
i. Pakaian dan linen pesakit yang tercemar.
ii. Bahan buangan yang dijana semasa rawatan pesakit seperti kapas, gauze, tuala wanita
dan lampin pakai buang.
iii. Sisa dari sampel ujian makmal seperti darah, kahak, air kencing dan najis.
iv. Bahan buangan yang tajam(sharps) seperti jarum, trokar, cánula, suture, scalpel blade
dan sebagainya.
b. Pengasingan dan pengumpulan sisa
Pengasingan sisa dilakukan oleh pihak pengguna di lokaliti masing-masing. Sisa
klinikal dan biologikal HARUS dibuang dalam tong berwarna kuning dan diasingkan
daripada sisa domestik.Bahan buangan di dalam kategori “sharps” perlu dimasukkan
ke dalam “sharp bin” yang disediakan. Penutup “sharp bin” perlu ditutup oleh
pengguna bila ¾ penuh atau bila telah digunakan selama 7 hari.
Pengumpulan sisa klinikal dan ”sharp bin” dilakukan oleh kakitangan HSS setiap hari
bekerja mengikut laluan yang telah ditentukan supaya kontaminasi tidak berlaku. Sisa
klinikal dan ”sharp bin” kemudian akan ditimbang dan disimpan dalam stor sisa
40
41. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
klinikal. Stor klinikal akan dilengkapi dengan sistem penyejukan. Sisa tersebut akan
dikutip setiap 7 hari oleh lori khas untuk dilupus di loji perlupusan (incinerator).
4. GARISPANDUAN PROGRAM IMUNISASI HEPATITIS B DAN INFLUENZA
I. Tujuan
Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang perjalanan program
imunisasi untuk kakitangan.
II. Objektif
i. Untuk memastikan semua kakitangan frontliner HCM telah diberi perlindungan yang
sewajarnya daripada risiko jangkitan penyakit Hepatitis B dan Influenza semasa
menjalankan tugas.
ii. Untuk memastikan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
III. Strategi perlaksanaan
i. Semua kakitangan frontliner diberi taklimat berkenaan imunisasi Influenza seasonal
dan H1N1 dan diminta memberi keizinan untuk prosedur imunisasi. Kakitangan yang
menolak juga perlu mengisi Borang Penolakan Vaksin.
ii. Semua kakitangan frontliner yang belum menerima imunisasi Hepatitis B akan diberi
pilihan untuk program vaksinasi Hepatitis B. Ujian darah akan diambil 1 bulan
selepas melengkapkan imunisasi untuk menentukan paras antibodi. Jika tidak imun,
mereka akan diberi dos booster dan mengulangi kitaran.
iii. Untuk kakitangan yang pernah menerima vaksin Hepatitis B, ujian darah akan
dijalankan untuk menentukan aras antibodi dan vaksin diberikan jika perlu.
5. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN JKKP
Panduan ini disediakan berdasarkan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
I. Keanggotaan jawatankuasa ; terdiri daripada
Pengerusi (Ketua PTJ)
Setiausaha (Penyelia hospital yang diberikuasa)
Ahli - Wakil Majikan (setiap bahagian/jabatan)
41
42. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL
CHANGKAT MELINTANG
- Wakil Pekerja (setiap bahagian/jabatan)
II. Pelantikan Ahli
a. surat perlantikan perlu ditandatangani oleh Ketua PTJ atau wakil majikan dan
digunapakai dalam tempoh masa tertentu.
b. dinyatakan tugas sebagai Pengerusi, Setiausaha, ahli AJK (wakil majikan dan wakil
pekerja).
c. wakil pekerja dan majikan perlulah dapat mewakili pelbagai seksyen/unit tempat kerja
supaya dapat mengekalkan dan mengembangkan minit dalam membentuk sesuatu
keadaan kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja.
III. Fungsi Jawatankuasa
Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
a. Memeriksa tempat kerja secara berkala (3 bulan sekali).
b. Melaporkan dan membincangkan sebarang keadaan tidak selamat, kemalangan,
kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan.
c. Memeriksa dan membantu Pejabat Penyelia dalam menyiasat sebarang perkara
berkaitan KKP selepas kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan
penyakit pekerjaan yang berlaku di HCM.
d. Membuat cadangan pemulihan dan tindakan pembaikan ke atas risiko di tempat kerja.
e. Mengkaji semula tindakan atau amalan KKP dan membuat cadangan pindaan kepada
JKKP-HCM.
f. Menyimpan rekod berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
g. Melaporkan perkara (i) – (v) kepada JKN , Perak secara berkala melalui
Pejabat Penyelia.
h. Membantu JKKP-HCM dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan keselamatan dan
kesihatan dan aktiviti lain untuk menggalakkan pematuhan perjalanan kerja yang
selamat dan sihat.
42