SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 18
TAKRIFAN

KETAKSAMAAN

PELUANG

PENDIDIKAN

DALAM

KONTEKS

MALAYSIA

PENGENALAN
Ketaksamaan peluang pendidikan merupaka isu yang sedang diperkatakan di
seluruh pelusuk negeri Malaysia amnya. Rentitan daripada isu hangat tersebut telah
merangsang kajian terhadap kesan sekolah, impak status sosioekonomi dan
ketaksamaan ras serta etnik dalam pencapaian akademik. Ketaksamaan peluang
pendidikan in telah menggalakkan kajian dalam mencari kebenaran penemuan yang
dikemukakan dalam Laporan Coleman (1966). Dokumentasi pencapaian lemah
dikalangan pelajar minoriti dan miskin kerana sekolah mereka kekurangan sumbersumber pengajaran. Dengan kata lain kajian Colemen adalah tertumpu kepada
perbezaan antara kekurangan antara sekolah dengan sekolah lain. Kajian lanjutan
pula menunjukkan pentingnya sekolah terhadap pembelajaran pelajar di sekolah.
Penyelesaian bagi menurangkan jurang antara kelas atasan dengan seluruh
penduduk adalah meningkatkan ketaksamaan peluangdalam kalangan penduduk
tanpa mengira rasa tau jantina. Justeru itu kementerian Pelajaran Malaysia telah
berusaha memperbaiki keadaan agar dapat merapatkan jurang antara penduduk
demi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru (1970 sehingga 1990) yang bermatlamatmengukuhkan
perpaduan negara. Program pendidikan telah dirancang bagi merapatkan jurang
perbezaan antara sosiobudaya dan sosioekonomi di negara ini, antara wilayah dan
kaum melalui pembangunan sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan
lebih saksama.

17
TAKRIF KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Takrif ketaksamaan ialah pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa
terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan
etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya
dan sebagainya. Ada juga yang berpendapat ketaksamaan berlaku akibat daripada
taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata.
Manakala pendapat Noran Fauziah Yaakub takrif ketaksamaan peluang
pendidikan ialah kaedah di mana manusia tidak memperolehi ganjaran sosial yang
sama. Ianya melibatkan perbezaan semulajadi seperti sahsiah samada
kecenderungan yang berlainan. Di mana ia melibatkan keupayaan mental, bakat dan
kekuatan. Selain daripada itu, ia juga bergantung kepada penilaian sesuatu
masyarakat. Penilaian ini akan berterusan dalam jangka masa panjang dan ia juga
boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi lain yang memberi kesan kepada
peluang pendidikan.
Ketaksamaan peluang pendidikan telah wujud sejak munculnya kelas
masyarakat dari sistem feudal lagi. Rakyat bawahan dan golongan pembesar dan
istana menerima sistem pendidikan yang berbeza.pihak penjajah kemudiannya
meneruskan dasar yang sama, di mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi
peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. Manakala
anak petani dan orang kampong terus ketinggalan dalam bidang pelajaran.
Sebagaimana pendapat Max Weber (1903), beliau mengatakan ada lima kelas
sosial iaitu golongan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga
dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan
pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang
jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakan terdiri
daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan
ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan
sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biru yang
berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang
terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak
pernah langsung melalui pendidikan formal.
Manakala takrifan ketaksamaan peluang pendidikan oleh Rusli Md Zain
(1998) berpendapat hubungan yang positif diantara pencapaian akademik dengan
17
pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat
memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dalam erti kata lain, murid
yang berada sudah tentunya menerima peluang pendidikan yang baik berbanding
murid miskin.

2.PUNCA ATAU FAKTOR WUJUDNYA KETAKSAMAAN PELUANG
PENDIDIKAN

2.1 KELAS SOSIAL

Kelas sosial adalah merujuk kepada lapisan sosial atau kedudukan sesuatu
kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa membezakan dasar pembahagian
kelas dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan dan selain daripadanya. Dalam
erti kata lain, kriteria yang digunakan adalah kekayaan, kuasa, kehormatan dan ilmu
pengetahuan.
Stalcup (1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam masyarakat, yang
mana mereka mengganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga,
peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu-isu sosial.
Rothman (2005) memberi erti bahawa kelas sosial adalah sebagai satu kumpulan
individu atau keluarga yang berada pada satu kedudukan yang serupa dalam sistem
ekonomi pengeluaran, penyebaran dan penggunaan bahan serta perkhidmatan
dalam masyarakat. Contohnya kelas atasan, kelas menengah dan golongan rendah.
Ahli sosiologi mencadangkan lima kelas sosial, antaranya Max Weber
(Wikipedia,2010) mengatakan lima kelas sosial iaiatu golongan atasan atau orang
kaya dan ahli korporat atau bangsawan atau elit. Golongan kedua ialah kumpulan
pertengahan atasan, iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan yang
memegang jawatan yang baik dalam sesuatu organisasi. Mereka dikenali sebagai
pengurus, berprestij dan berpendapatan tinggi. Golongan ketiga pula ialah kumpulan
pertengahan bawahan, yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan
pemegang sijil serta diploma. Mereka mementingkan pendidikan anak-anak mereka
dengan harapan anak-anak akan mempunyai masa depan yang cerah dan baik
dengan adanya pendidikan. Golongan keempat adalah mereka yang terdiri daripada
kelas pekerja kolar biru. Mereka mempunyai sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
17
Penilaian Menengah Rendah. Mereka bekerja di kilang dan restoran. Golongan
kelima ialah golongan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan
rendah dan tidak pernah melalui pendidikan formal. Golongan ini terdiri daripada
golongan miskin dan bekerja di bawah tahap kemiskinan.
Kelas sosial wujud adalah disebabkan oleh perbezaan dari segi penghomatan
dan status sosial. Sebagi contohnya, anggota masyarakat dipandang tinggi kerana
memiliki status sosial yang tinggi, manakala ianya dipandang rendah apabila status
sosialnya yang rendah.
Jika dilihat daripada status sosial beginilah, ketaksamaan peluang pendidikan wujud
kerana golongan atasan yang berpendapatan tinggi mempunyai keupayaan untuk
mencapai kemajuan dari segi pendidikan, kuasa dan ekonomi. Kesemua itu menjadi
faktor untuk pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga mampu untuk
memberi pendidikan yang lebih baik samada pendidikan di dalam negeri mahupun
luar negeri. Guru-guru tuisyen juga dapat mereka sediakan untuk pembelajaran
anak-anak supaya lebih cemerlang. Pelbagai pendidikan tambahan disediakan bagi
memenuhi masa lapang atau untuk kerjaya sebagai contohnya kelas muzik, kelas
tarian dan kelas seni. Di samping itu juga kesihatan anak-anak mereka dijaga.
Pemakanan yang seimbang dan keperluan yang berkaitan dengannya dapat
disediakan untuk menambahkan kecerdasan minda.
Selain daripada itu kemudahan dalam pembelajaran seperti komputer atau alatan
canggih menyebabkan ketaksamaan berlaku antara anak-anak kelas atasan dengan
kelas rendah. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini dapat
menambahkan lagi pengetahuan dengan cara yang lebih cepat dan pantas
terutamanya melalui jaringan internet. Berbeza pula dengan golongan kurang
berada, segala kemudahan adalah terbatas kerana kurang berkemampuan. Hal
tersebut berkait rapat dengan peluang pendidikan, di mana akses melalui Internet
dapat menyediakan skop tanpa sempadan untuk pelajar dari kelas sosial tinggi
berbanding golongan kelas sosial yang serba kekurangan.

17
2.2 JANTINA
Pendaftaran pelajar di seluruh negara menunjukkan jurang yang amat ketara antara
jantina lelaki dan perempuan. Sebagai contohnya pelajar perempuan sebanyak 81%
berbanding pelajar lelaki iaitu 19%. Di sekolah Kemboja seramai 19% perempuan
dan 30% adalah lelaki.
Namun begitu di negara Filipina, Mongolia dan Malaysia, bilangan pelajar
perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Keadaan ini berlaku kerana pelajar
lelaki sering kali menamatkan pengajian formal untuk bekerja sepenuh masa serta
menampung pendapatan keluarga. Contohnya mengikut UNGEI,(2007) 65% pelajar
perempuan menghadiri sekolah menengah berbanding 54% pelajar lelaki.
Ketaksamaan peluang pendidikan berdasar jantina perempuan sentiasa diabaikan.
Ini jelas sekali dilihat dari segi keselamatan pelajar perempuan, keselamatan
semasa berulang-alik ke sekolah. Perempuan juga sering kali digambarkan dalam
persekitaran yang domestik dan terbatas dalam mencapai kemahiran berbanding
lelaki. Lantaran itu pelajar perempuan kebiasaannya akan berhenti separuh jalan
untuk belajar iaitu di sekolah rendah lagi mereka telah berhenti belajar.
Di bidang pengurusan pula perempuan lebih ramai bilangannya berbanding lelaki.
Ketaksamaan ini berlaku disebabkan oleh perbezaan jantina di mana lelaki lebih
suka menguasai bidang yang lebih tinggi kedudukannya.berdasarkan analisis
kurikulum adalah langkah paling penting dalam menentukan pelajaran berkualiti dan
kesamaan. Persoalan wanita boleh ditonjolkan atau dihapuskan, yang mana
kurikulumlah yang boleh mencipta idea-idea tentang kasta, kelas, identiti, agama
dan etnik. Sehubungan itu ia dapat dilihat daripada bidang yang dipelajari oleh
pelajar lelaki di sekolah dan tidak dapat dipelajari oleh pelajar perempuan adalah
seperti mata pelajaran seni pertukangan, teknikal atau matematik lanjutan.
Kecenderungan buku-buku yang diterbitkan adalah menjuruskan kepada kaum
lelaki. Begitu juga bidang sains yang kebanyakannya tertumpu dan diberi
pengiktirafan kepada saintis lelaki sahaja yang dapat meneroka dan mencipta teori
atau reka cipta.
Keseimbangan ketaksamaan peluang pendidikan di antara kalangan lelaki dan
perempuan ini dapat di atasi dengan membuat perubahan amalan pedagogi. Proses
pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira tentang sentiviti jantina di dalam
bilik darjah. Usaha penambahbaikan dalam kualiti persekolahan, namun
ketaksamaan dalam pengajaran dan pembelajaran masih tetap berlaku. Perkara ini
17
berlaku disebabkan kesedaran jantina dalam tingkah laku guru, pelajar dan ibu bapa
masih kurang mendalam bagi mengubah pandangan atau persepsi masyarakat.
Perubahan dan kesedaran memerlukan jangka masa yang panjang. Sabagai
contohnya guru yang menganggap pelajar perempuan boleh memberi tumpuan
seperti pelajar lelaki merupakan satu contoh pemikiran guru yang peka terhadap
jantina. Di samping itu tanggapan pelajar perempuan kurang mahir dan berminat
dalam mata pelajaran matematik dan sains perlu dihapuskan dan tidak wujud dalam
pemikiran seseorang guru.
Gaya pembelajaran yang berbeza antara lelaki dan perempuan juga menjadikan
ketaksamaan dalam penghasilan dari segi gaya penilaian.sebagai contohnya pelajar
perempuan lebih cenderung memberi respons dalam situasi kolaboratif berbanding
secara individu. Penaksiran adalah alat penting dalam penambahbaikan kualiti
pendidikan yang merangsang pembelajaran. Dari segi penaksiran di sekolah Asia
Pasifik penaksiran adalah dalam bentuk sumatif, iaitu pada akhir sesuatu unit
barulah diketahui sama ada mereka telah menguasai apa yang mereka pelajari.
Penaksiran dalam bentuk formatif perlu digunakan oleh seseorang guru supaya
dapat mengetahui pencapaian pelajar secara berterusan dan dapat menyokong
pembelajaran pelajar melalui teknik pemerhatian, log pembelajaran, semak semula
portfolio dan maklum balas untuk memahami bagaimana persepsi serta harapan
pelajar lelaki dan perempuan mempengaruhi cara mereka menilai kemajuan pelajar,
peperiksaan dan maklum balas.

2.3 KUMPULAN MINORITI

kumpulan minoriti sebenarnya adalah merujuk kepada kumpulan kecil orang
yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah
tempat yang majoriti penduduknya yang berlainan keturunan, agama. Budaya dan
sebagainya.(Kamus Dewan, 2007). Umumnya Malaysia merupakan sebuah negara
yang mempunyai penduduk yang pelbagai keturunan, agama dan bangsa, dimana
orang Melayu merupakan majoriti manakala orang Cina, India, Iban, Kadazan
Bidayuh, Orang Asli dan kumpulan etnik lain adalah kumpulan minoriti.
Kumpulan minoriti lain seperti kumpulan peribumi di Sabah dan Sarawak,
menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan akibat daripada lokasi tempat
17
tinggal mereka yang jauh di pendalaman. Perhubungan dan pengangkutan,
kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas lain dan kelengkapan sekolah tidak
ada inilah punca ketaksamaan berlaku dalam peluang pendidikan di Bandar dan di
luar Bandar. Factor inilah juga menyebabkan kadar keciciran yang tinggi. Jurang
pencapaian murid adalah besar berbanding dalam kumpulan majoriti dan jurang
digital dalam kalangan murid dan guru juga luas.
Manakala di Semenanjung Malaysia pula Orang Asli merupakan kumpulan
minoriti di mana bilangannya tidak mencecah 141,230 orang dan kedudukan mereka
di pedalaman dan kawasan terpencil. Faktor inilah yang menjadi punca mereka
terpinggir dalam semua aspek. Kelainan cirri dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan
tingkah laku menyebabkan mereka terus ketinggalan daripada aliran perdana.
Kementerian Pelajaran telah melakukan dan melaksanakan pelbagai usaha bagi
merapatkan jurang antara kumpulan minoriti dan kumpulan majoriti dalam
ketaksamaan peluang pendidikan.
Kumpulan minoriti di kawasan setempat, iaitu sebagai contohnya di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, kumpulan minority adalah terdiri daripada orang
Melayu, Manakala di Sekolah Kebangsaan pula kumpulan minoriti terdiri daripada
orang Cina dan orang India. Dalam suasana begini sekolah perlu peka terhadap
cara hidup dan budaya sesuatu kaum supaya mereka tidak merasa terpnggir dalam
mendapat peluang pendidikan yang disediakan. Peluang yang sama rata harus
diberikan dalam mencapai matlamat masing-masing. Guru seharusnya
mengadaptasi kurikulum yang sedia ada supaya mesra budaya dan semua murid
tanpa mengira bangsa, budaya dan agama dapat menerimanya.

17
3. PERANAN GURU DALAM MENGURANGKAN JURANG KETAKSAMAAN
PELUANG PENDIDIKAN DI DALAM BILIK DARJAH

3.1 PENGENALAN

Setiap insan yang lahir adalah berbeza, sama ada jantina mahupun rupa
paras di antara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap individu adalah unik dan
tidak ada sepenuhnya adalah sama meskipun bagi pasangan kembar
seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat
kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang
lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Ketaksamaan
tersebut seharusnya seseorang guru memahami perkara ini di kalangan murid-murid
kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Secara umumnya, seorang guru ataupun pendidik mempunyai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik
darjah mengikut subjek atau matapelajaran yang diajar. Guru juga perlu prihatin
terhadap persekitaran dan sosio budaya pelajarnya, adalah penting untuk
mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar atau komuniti di dalam
sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang
dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran.
Pengetahuan seorang guru amatlah penting dalam mengetahui tentang
ketaksamaan pelajarnya dalam aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap
sosio ekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak
pembelajaran mereka.kemampuan seorang guru mengenali pelajar didalam
kelas,akan membawa kesan terhadap pencapaian pelajar sama ada lebih cemerlang
atau sebaliknya.
Kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan
teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P; berjalan dengan lancar tanpa
mengambil kira dari aspek kepelbagaian budaya. Oleh hal demikian, proses P&P;
tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan
pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa
dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran.

17
Pemahaman yang mendalam akan ketaksamaan atau perbezaan antara
pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran
mereka malah pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik,
bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada
gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada bakat,
pengalaman, minat serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar
mencapai hasil pembelajaran.
Kepelbagaian dan ketaksamaan antara pelajar perlu diteliti, difahami dengan
sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan
dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi
pengajaran yang lebih berkesan. Adalah penting bagi seorang guru memahami serta
mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud di dalam sesebuah kelas. Setiap
guru juga perlu menyedari bahawa pengurusan pengajaran dan pembelajaran buka
semata-mata berada dalam skop untuk memastikan muridnya mendcapai hasil
pembelajaran dalam domain kognitif sahaja, malah guru perlu sedar pembelajar
kemahiran insaniah sama sekali tidak boleh diabaikan. Ia merupakan tuntutan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Peranan sebagai seorang guru dalam mengurangkan jurang ketaksamaan
peluang pendidikan di dalam bilik darjah adalah melalui:

3.1 Susun Atur Bilik Darjah

Pelan kedudukan atau susun atur bilik darjah melibatkan kerusi meja tempat
duduk murid. Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid
ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai
etnik. Penyusunan tempat duduk murid berasaskan keperluan relevan dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru perlu adil terhadap semua
muridnya. Murid memerlukan perhatian dan guru perlu sentiasa mendekati
muridnya. Murid yang mudah hilang perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang berjalan guru seharusnya menempatkan berdekatan dengan
meja guru dan papan tulis.

17
Selain daripada itu kedudukan murid di dalam kelas bercampur antara lelaki
dan perempuan, antara kumpulan etnik pula sebagai contohnya Cina, India, Melayu
berada dalam satu kumpulan yang sama. Namun begitu sekiranya kedudukan
jantina menjadi suatu halangan bagi sesetengah ibu bapa murid altenatif lain perlu
diambil kira.

3.2 Kemudahan Alat Bantu Mengajar

Minat murid terhadap pembelajaran mampu dibina sekiranya pengajaran guru
dibantu dengan pelbagai peralatan dan kemudahan yang menarik. Penggunaan
pelbagai multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan
malahan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kemudahan bahan bantu mengajar
yang mencukupi dapat digunakan dan dikongsi bersama-sama mendorong murid
melalui pembelajaran dalam suasana gembira dan bersatu padu. Kemudahan dan
alat bantu mengajar dapat merangsang pembelajaran yang lebih koperatif dalam
kalangan murid. Di mana aia akan mendorong pengembangan idea, kreatif dan
berfikiran tinggi. Penggunaan multimedia memudahkan murid memahami ciri-ciri
perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kehidupan dan ianya akan memberi
kefahaman dan persepakatan antara semua murid. Terutamanya penggunaan
internet dan komputer menawarkan pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif yang
menyatukan elemen pergerakan, visual serta bunyi-bunyian selain objek.

3.3 Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Mesra Budaya

Pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya adalah
memainkan peranan penting dalam memastikan murid dari pelbagai etnik dapat
belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Guru perlulah bijak dalam memilih
kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira sumbersumber dari pelbagai udaya dan etnik muridnya. Kepelbagaian sumber yang
berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza mampu menarik
minat untuk mengikuti pembelajaran tanpa rasa jemu dan bosan. Murid juga diasuh
untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat
pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama17
sama. Langkah-langkah berikut boleh dilakukan oleh seseorang guru. Antaranya
ialah:
i.

Memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya sesuatu
etnik bagi memupuk pemahaman dan perkongsian nilai-nilai budaya.
Contohnya ialah makanan pada musim perayaan, pakaian yang dipakai
oleh sesuatu kaum, adat istiadat perkahwinan, pantang larang yang
menjadi kepercayaan turun temurun.

ii.

Menggalakkan murid mencari cerita rakyat seperti cerita-cerita rakyat,
lagu-lagu rakyat serta artifak-artifak milik sesuatu etnik untuk dikongsi
semasa pembelajaran. Sebagai contohnya lagu-lagu di musim perayaan
juga dinyanyikan seperti lagu ”selamat Hari Raya”, lagu ”Gong Xi Fatt Cai
semasa murid Cina menyambut Tahun Baru Cina, dan lagu-lagu bagi
perayaan etnik lain berdasarkan etnik murid di dalam kelas tersebut.

iii.

Guru juga boleh memilih sumber yang boleh menimbulkan kasih sayang
antara etnik iaitu melalui penceritaan, nyanyian, klip video dan foto.

3.4 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang Berasaskan
Perbezaan Budaya Murid

Menurut Malta Fulop dan Ference Maton (2003), sejak dua dekat yang lalu
kajian menunjukkan perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan
pembelajaran dan pengetahuan, ontologikal dan epistomologikal yang
mempengaruhi cara berfikir dan bertindak. Orang Melayu lebih menumpukan
perhatian terhadap hal-hal keagamaan. Oleh itu anak-anak Melayu dihantar ke kelas
atau sekolah agama. Manakala masyarakat bukan Melayu lebih mementingkan
pencapaian akademik. Orang Asli pula lebih tertumpu kepada kehidupan yang
ringkas dan selesa dengan persekitaran mereka yang terpinggir dan terpencil.
Motivasi yang rendah dalam pembelajaran menyebabkan kadar buta huruf yang
tinggi dikalangan orang Asli. Dimana pencapaian akademik adalah mempengaruhi
kemunduran hidup orang Asli (Mustafa Omar, 2004).
Oleh yang demikain guru perlu mengambil kira faktor ini dalam merancang
dan menguruskan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelompok etnik

17
yang berbeza dapat menikmati dan menerima peluang pendidikan yang sama.
Antara tindakan guru ialah dengan:
i.

Memilih murid dari pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan tindakan
ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat.

ii.

Memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya
melalui aktiviti pembelajaran.

iii.

Melayan karenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik dan
keturunan murid.

iv.

Mengadakan lawatan ke destinasi tertentu untuk menyingkap sejarah
yang berkaitan dengan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik contohnya
muzium, perkampungan orang Asli, Taman Budaya dan sebagainya.

3.5 Pemupukan Nilai Dan Budaya Malaysia

Dalam Rukun Negara Malaysia yang pertama adalah Kepercayaan Kepada
Tuhan, dalam hal ini nilai-nilai agama yang sejagat di mana ianya menekankan sikap
baik hati, amanah, bertanggungjawab dan berbaik-baik antara satu sama lain perlu
ditonjolkan oleh seorang guru. Murid –murid juga perlu diingatkan bahawa semua
agama menyuruh penganutnya hidup berbaik-baik tanpa persengketaan dan
permusuhan.
Murid juga diasuh taat setia kepad Raja Dan Negara. Nyanyian lagu
’Negaraku’ perlu menjadi amalan dan guru perlu memastikan murid menghormati
lagu tersebut. Di dalam bilik darjah perlu digantung gambar raja-raja dan DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Dpertuan Agong bagi memupuk pemahaman murid terhadap
sistem Beraja Berpelembagaan di Malaysia. Ianya perlu diakui oleh semua etnik
yang ada di seluruh Malaysia.
Ditegaskan juga berkaitan dengan keluhuran perlembagaan negara Malaysia
yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat negara ini. Menerima Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi atau pengantar dengan kata lain sebagai bahasa kebangsaan.
Penggunaan bahasa lain juga adalah digalakkan. Kedaulatan undang-undang perlu
dipatuhi. Murid dibimbing agar menghormati dan mematuhi undang-undang negara.
Sebagai contohnya mematuhi undang-undang sekolah dan peraturan kelas.
Kesopanan dan kesusilaan perlu dipupuk dalam jiwa murid-murid. Murid –
murid diasuh menggunakan bahasa yang sopan, mengamalkan perlakuan yang
17
tertib dan beradab, serta menjalinkan hubungan yang mesra dan sepakat. Teguran
adalah perlu bila murid-murid memanggil kawan dengan perkataan yang kurang
sopan dan memalukan. Rakyat Malaysia yang mematuhi dan mentati Rukun
Negara, persekitaran pembelajaran mesra budaya pasti dapat dibina dan
mewujudkan. Guru-guru perlu berusaha mendekatkan murid dalam memahami
Rukun Negara dan mengamalkannya.

3.6 Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan untuk menilai hasil
pembelajaran secara holistik. Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid
kebebasan sewaktu menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid boleb
menunjukkan bakat mereka dengan pembinaan showcase yang menterjemahkan
kebolehan, bakat dan kelebihan mereka. Aktiviti yang boleh disediakan oleh guru
seperti kolaj, poster, temu bual, menulis laporan dan membentangkan laporan
syarahandan sebagainya. Dalam hal ini guru perlu menyediakan rubrik pemerkahan
bagi memastikan stiap yang dinilai dan ditafsirkan menepati hasil pembelajaran yang
mencakupi domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Murid akan menggunakan perbezaan yang ada pada mereka berdasarka latar
belakang dan kecerdasan pelbagai untuk menyediakan tugasan. Peranan guru di
sini adalah memaparkan sikap terbuka dan menerima perbezaan murid sebagai
suatu yang istimewa, menghargai atas kesungguhan murid. Contoh hasil yang
terbaik akan dipamerkan dan murid yang lemah akan berusaha memperbaiki
kekurangan mereka. Persekitaran bilik darjah akan ceria dan murid akan berasa
gembira menghadapi pembelajaran seharian.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai diaplikasikan di dalam
kelas di Malaysia, bukan sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat
membuatkan murid lebih memahami isi kandungan yang dipelajari tidak kira sama
ada kaum minoriti atau majoriti. Demi mencapai cita-cita menjadi negara maju
17
menjelang 2020 dengan slogan 1Malaysia, guru-guru di sekolah hendaklah berani
menyahut cabaran dengan mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan
murid, yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka. Di samping itu juga, guru
tidak melihat pada satu-satu kelompok minoriti yang pandai sahaja berdasarkan
kaum, bangsa, agama dan budaya sahaja, malah guru perlu memahami keperluan
serta pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran bagi semua pelajar di dalam
kelas tersebut.

17
BAHAN RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.
Majid, (2011), Budaya Dan Pembelajaran, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamaruddin Haji Husin. (1994). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Crow, L. D and Crow, A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluangpendidikan.html

http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm
http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html

http://hanifisme.co.cc/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku-kes-3.html

17
17
ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT

Pengakuan

i

Penghargaan

ii

Biodata Diri

iii

Isi kandungan

iv

1.Takrif Ketaksamaan Peluang Pendidikan dalan konteks Malaysia
*Pengenalan

1

*Definisi ketaksamaan peluang pendidikan

2-3

2.Punca atau Faktor wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan

*2.1 Kelas sosial

3-4
*2.2 Jantina

5-6

*2.3 Kumpulan Minoriti

6-7

3. Peranan Guru Dalam Mengurangkan Jurang Ketaksamaan
Peluang Pendidikan Di Dalam Bilik Darjah

*3.0 Pengenalan
8-9

*3.1 Susun Atur Bilik Darjah

9-10

*3.2 Kemudahan Alat Bantu Mengajar

10

*3.3 Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Mesra Budaya

10

*3.4 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Yang Berasaskan Perbezaan Budaya Murid
*3.5 Pemupukan Nilai Dan Budaya Malaysia
3.6 Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar

11-12
12
13

Kesimpulan

13-14

Refleksi

15-16

Bahan Rujukan

17

Lampiran
Borang kolaborasi

REFLEKSI
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Pertama sekali saya Lili Suriani binti Hassan panjatkan rasa syukur kehadrat Allah Yang Maha
Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Setelah perbincangan dan membuat
rujukan bagi menghasilkan kerja kursus yang diberi, maka inilah yang dapat saya persembahkan dalam Kerja Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106).
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkaan kepada pensyarah iaitu encik Mohd. Zaki bin Ab. Rahim dalam mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran
(EDU 3106) yang banyak membantu dan memberi panduan serta penerangan berkaitan kerja kursus.
Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini, saya terpaksa menghadapi beberapa masalah yang sedikit sebanyak menggangu proses
penghasilan kerja kursus ini, namun begitu setelah mendapat penerangan oleh pensyarah saya berjaya mengatasinya.Saya mula mencari bahan untuk
dijadikan bahan rujukan bagi kerja kursus ini. Bagi tugasan yang pertama, saya mengumpul maklumat tentang definisi ketaksamaan peluang pendidikan,
punca atau sebab berlakunya ketaksamaan, dan peranan guru mengatasi ketaksamaan pendidikan di dalam bilik darjah. Kesemua persoalan ini dikumpul dan
pencarian bahan dimulakan.
Sebelum melaksanakan tugasan ini antaranya ialah saya dapat mengasah minda dan memperkembangkan kebolehan berfikir.Saya cuba memahami
soalan tugasan yang diberi supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiti.Hal yang demikian dapat membantu saya memahami segala ilmu yang
berkaitan dengan pelajaran tugasan ini.
Sebelum melaksanakan tugasan ini,saya berbincang dengan rakan-rakan mengenai soalan tugasan dan memberi pandangan dan kritikan membina
agar tugasan kerja kursus ini dapat dihasilkan dengan baik. Saya juga mencari sumber rujukan di Pusat Sumber,kedai-kedai buku dan melayari internet.Hal
ini bukanlah mudah bagi saya mencari bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan kali ini.Dari kerja kursus ini, saya dapat menambah pengetahuan
berkaitan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.Saya mungkin akan mempraktikkannya di prasekolah kami nanti.
Saya amat berharap apa yang saya persembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan. Akhir, saya menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan, kiranya ada terdapat salah silap, sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam kerja kursus ini.

Sekian, Terima kasih.

..................................................
(LILI SURIANI BT. HASSAN)

17
17

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Peranan & Cabaran Guru Besar Terhadap Pelaksanaan Inklusif
Peranan & Cabaran Guru Besar Terhadap Pelaksanaan InklusifPeranan & Cabaran Guru Besar Terhadap Pelaksanaan Inklusif
Peranan & Cabaran Guru Besar Terhadap Pelaksanaan Inklusifdeela zulkifli
 

Mais procurados (20)

Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Peranan & Cabaran Guru Besar Terhadap Pelaksanaan Inklusif
Peranan & Cabaran Guru Besar Terhadap Pelaksanaan InklusifPeranan & Cabaran Guru Besar Terhadap Pelaksanaan Inklusif
Peranan & Cabaran Guru Besar Terhadap Pelaksanaan Inklusif
 

Destaque

Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanNaim Manaf
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikanmisscorby90
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanDady Cool Edek
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Tan Hooi
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Sekolah
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)Ili Hawari
 
Bab 4 ketaksamaan peluang pendidikan
Bab 4  ketaksamaan peluang pendidikanBab 4  ketaksamaan peluang pendidikan
Bab 4 ketaksamaan peluang pendidikanHazel Bug
 
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran eduKetaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran eduSadzna Sarip
 
Kemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALINGKemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALINGEi Reen
 

Destaque (20)

Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikan
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
Langkah langkah
Langkah   langkahLangkah   langkah
Langkah langkah
 
Ketaksamaan dalam pendidikan
Ketaksamaan dalam pendidikanKetaksamaan dalam pendidikan
Ketaksamaan dalam pendidikan
 
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
 
Pipp
PippPipp
Pipp
 
Bab 4 ketaksamaan peluang pendidikan
Bab 4  ketaksamaan peluang pendidikanBab 4  ketaksamaan peluang pendidikan
Bab 4 ketaksamaan peluang pendidikan
 
Tugas Ekonomi Islam
Tugas Ekonomi IslamTugas Ekonomi Islam
Tugas Ekonomi Islam
 
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran eduKetaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
 
Kemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALINGKemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALING
 

Semelhante a KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Presentation1 Sosiologi.pptx
Presentation1 Sosiologi.pptxPresentation1 Sosiologi.pptx
Presentation1 Sosiologi.pptxAldiArdiansyah12
 
261266457-Peranan-Sosiologi-Dalam-Konteks-Pendidikan-1.ppt
261266457-Peranan-Sosiologi-Dalam-Konteks-Pendidikan-1.ppt261266457-Peranan-Sosiologi-Dalam-Konteks-Pendidikan-1.ppt
261266457-Peranan-Sosiologi-Dalam-Konteks-Pendidikan-1.pptssuser19729c
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
MOHAMMAD AHYAN YUSUF SYA'BANI.docx
MOHAMMAD AHYAN YUSUF SYA'BANI.docxMOHAMMAD AHYAN YUSUF SYA'BANI.docx
MOHAMMAD AHYAN YUSUF SYA'BANI.docxMohammadAhyanYusufSy
 
Makalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolahMakalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolahWarnet Raha
 
Masalah putus sekolah dan pengangguran
Masalah putus sekolah dan pengangguranMasalah putus sekolah dan pengangguran
Masalah putus sekolah dan pengangguranKewin Harahap
 
PPT_PENDIDIKAN dan KESETARAAN GENDER.pptx
PPT_PENDIDIKAN dan KESETARAAN GENDER.pptxPPT_PENDIDIKAN dan KESETARAAN GENDER.pptx
PPT_PENDIDIKAN dan KESETARAAN GENDER.pptxZizahWildan
 
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pdf
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pdf3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pdf
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pdfMTs Nurul Huda Sukaraja
 
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pptx
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pptx3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pptx
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pptxMTs Nurul Huda Sukaraja
 
Teori modal budaya
Teori modal budayaTeori modal budaya
Teori modal budayasmk changlun
 
PAPER KWN, UAS, VERONIKA YUNI S. 152863.pdf
PAPER KWN, UAS, VERONIKA YUNI S. 152863.pdfPAPER KWN, UAS, VERONIKA YUNI S. 152863.pdf
PAPER KWN, UAS, VERONIKA YUNI S. 152863.pdfLiraAgustriani
 
Mobiliti sosial.ppt 2003
Mobiliti sosial.ppt 2003Mobiliti sosial.ppt 2003
Mobiliti sosial.ppt 2003Farhah Amir
 
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran PendidikTinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran PendidikAndhinaFitrianitaPutri
 

Semelhante a KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA (20)

Presentation1 Sosiologi.pptx
Presentation1 Sosiologi.pptxPresentation1 Sosiologi.pptx
Presentation1 Sosiologi.pptx
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnik
 
261266457-Peranan-Sosiologi-Dalam-Konteks-Pendidikan-1.ppt
261266457-Peranan-Sosiologi-Dalam-Konteks-Pendidikan-1.ppt261266457-Peranan-Sosiologi-Dalam-Konteks-Pendidikan-1.ppt
261266457-Peranan-Sosiologi-Dalam-Konteks-Pendidikan-1.ppt
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
MOHAMMAD AHYAN YUSUF SYA'BANI.docx
MOHAMMAD AHYAN YUSUF SYA'BANI.docxMOHAMMAD AHYAN YUSUF SYA'BANI.docx
MOHAMMAD AHYAN YUSUF SYA'BANI.docx
 
Makalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolahMakalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolah
 
Makalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolahMakalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolah
 
Makalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolahMakalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolah
 
Makalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolahMakalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolah
 
Asg2
Asg2Asg2
Asg2
 
Masalah putus sekolah dan pengangguran
Masalah putus sekolah dan pengangguranMasalah putus sekolah dan pengangguran
Masalah putus sekolah dan pengangguran
 
PPT_PENDIDIKAN dan KESETARAAN GENDER.pptx
PPT_PENDIDIKAN dan KESETARAAN GENDER.pptxPPT_PENDIDIKAN dan KESETARAAN GENDER.pptx
PPT_PENDIDIKAN dan KESETARAAN GENDER.pptx
 
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pdf
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pdf3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pdf
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pdf
 
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pptx
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pptx3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pptx
3-Pendidikan dan Stratifikasi Sosial.pptx
 
Landasan sosiologis n ekonomi
Landasan sosiologis n ekonomi Landasan sosiologis n ekonomi
Landasan sosiologis n ekonomi
 
Teori modal budaya
Teori modal budayaTeori modal budaya
Teori modal budaya
 
PAPER KWN, UAS, VERONIKA YUNI S. 152863.pdf
PAPER KWN, UAS, VERONIKA YUNI S. 152863.pdfPAPER KWN, UAS, VERONIKA YUNI S. 152863.pdf
PAPER KWN, UAS, VERONIKA YUNI S. 152863.pdf
 
Mobiliti sosial.ppt 2003
Mobiliti sosial.ppt 2003Mobiliti sosial.ppt 2003
Mobiliti sosial.ppt 2003
 
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran PendidikTinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
 
Pendidikan dan Mobilitas Sosial.pdf
Pendidikan dan Mobilitas Sosial.pdfPendidikan dan Mobilitas Sosial.pdf
Pendidikan dan Mobilitas Sosial.pdf
 

Último

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 

Último (20)

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

  • 1. TAKRIFAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DALAM KONTEKS MALAYSIA PENGENALAN Ketaksamaan peluang pendidikan merupaka isu yang sedang diperkatakan di seluruh pelusuk negeri Malaysia amnya. Rentitan daripada isu hangat tersebut telah merangsang kajian terhadap kesan sekolah, impak status sosioekonomi dan ketaksamaan ras serta etnik dalam pencapaian akademik. Ketaksamaan peluang pendidikan in telah menggalakkan kajian dalam mencari kebenaran penemuan yang dikemukakan dalam Laporan Coleman (1966). Dokumentasi pencapaian lemah dikalangan pelajar minoriti dan miskin kerana sekolah mereka kekurangan sumbersumber pengajaran. Dengan kata lain kajian Colemen adalah tertumpu kepada perbezaan antara kekurangan antara sekolah dengan sekolah lain. Kajian lanjutan pula menunjukkan pentingnya sekolah terhadap pembelajaran pelajar di sekolah. Penyelesaian bagi menurangkan jurang antara kelas atasan dengan seluruh penduduk adalah meningkatkan ketaksamaan peluangdalam kalangan penduduk tanpa mengira rasa tau jantina. Justeru itu kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memperbaiki keadaan agar dapat merapatkan jurang antara penduduk demi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (1970 sehingga 1990) yang bermatlamatmengukuhkan perpaduan negara. Program pendidikan telah dirancang bagi merapatkan jurang perbezaan antara sosiobudaya dan sosioekonomi di negara ini, antara wilayah dan kaum melalui pembangunan sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama. 17
  • 2. TAKRIF KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN Takrif ketaksamaan ialah pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya. Ada juga yang berpendapat ketaksamaan berlaku akibat daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata. Manakala pendapat Noran Fauziah Yaakub takrif ketaksamaan peluang pendidikan ialah kaedah di mana manusia tidak memperolehi ganjaran sosial yang sama. Ianya melibatkan perbezaan semulajadi seperti sahsiah samada kecenderungan yang berlainan. Di mana ia melibatkan keupayaan mental, bakat dan kekuatan. Selain daripada itu, ia juga bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat. Penilaian ini akan berterusan dalam jangka masa panjang dan ia juga boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi lain yang memberi kesan kepada peluang pendidikan. Ketaksamaan peluang pendidikan telah wujud sejak munculnya kelas masyarakat dari sistem feudal lagi. Rakyat bawahan dan golongan pembesar dan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza.pihak penjajah kemudiannya meneruskan dasar yang sama, di mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. Manakala anak petani dan orang kampong terus ketinggalan dalam bidang pelajaran. Sebagaimana pendapat Max Weber (1903), beliau mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golongan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakan terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biru yang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal. Manakala takrifan ketaksamaan peluang pendidikan oleh Rusli Md Zain (1998) berpendapat hubungan yang positif diantara pencapaian akademik dengan 17
  • 3. pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dalam erti kata lain, murid yang berada sudah tentunya menerima peluang pendidikan yang baik berbanding murid miskin. 2.PUNCA ATAU FAKTOR WUJUDNYA KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN 2.1 KELAS SOSIAL Kelas sosial adalah merujuk kepada lapisan sosial atau kedudukan sesuatu kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa membezakan dasar pembahagian kelas dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan dan selain daripadanya. Dalam erti kata lain, kriteria yang digunakan adalah kekayaan, kuasa, kehormatan dan ilmu pengetahuan. Stalcup (1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam masyarakat, yang mana mereka mengganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga, peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu-isu sosial. Rothman (2005) memberi erti bahawa kelas sosial adalah sebagai satu kumpulan individu atau keluarga yang berada pada satu kedudukan yang serupa dalam sistem ekonomi pengeluaran, penyebaran dan penggunaan bahan serta perkhidmatan dalam masyarakat. Contohnya kelas atasan, kelas menengah dan golongan rendah. Ahli sosiologi mencadangkan lima kelas sosial, antaranya Max Weber (Wikipedia,2010) mengatakan lima kelas sosial iaiatu golongan atasan atau orang kaya dan ahli korporat atau bangsawan atau elit. Golongan kedua ialah kumpulan pertengahan atasan, iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan yang memegang jawatan yang baik dalam sesuatu organisasi. Mereka dikenali sebagai pengurus, berprestij dan berpendapatan tinggi. Golongan ketiga pula ialah kumpulan pertengahan bawahan, yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil serta diploma. Mereka mementingkan pendidikan anak-anak mereka dengan harapan anak-anak akan mempunyai masa depan yang cerah dan baik dengan adanya pendidikan. Golongan keempat adalah mereka yang terdiri daripada kelas pekerja kolar biru. Mereka mempunyai sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 17
  • 4. Penilaian Menengah Rendah. Mereka bekerja di kilang dan restoran. Golongan kelima ialah golongan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan rendah dan tidak pernah melalui pendidikan formal. Golongan ini terdiri daripada golongan miskin dan bekerja di bawah tahap kemiskinan. Kelas sosial wujud adalah disebabkan oleh perbezaan dari segi penghomatan dan status sosial. Sebagi contohnya, anggota masyarakat dipandang tinggi kerana memiliki status sosial yang tinggi, manakala ianya dipandang rendah apabila status sosialnya yang rendah. Jika dilihat daripada status sosial beginilah, ketaksamaan peluang pendidikan wujud kerana golongan atasan yang berpendapatan tinggi mempunyai keupayaan untuk mencapai kemajuan dari segi pendidikan, kuasa dan ekonomi. Kesemua itu menjadi faktor untuk pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga mampu untuk memberi pendidikan yang lebih baik samada pendidikan di dalam negeri mahupun luar negeri. Guru-guru tuisyen juga dapat mereka sediakan untuk pembelajaran anak-anak supaya lebih cemerlang. Pelbagai pendidikan tambahan disediakan bagi memenuhi masa lapang atau untuk kerjaya sebagai contohnya kelas muzik, kelas tarian dan kelas seni. Di samping itu juga kesihatan anak-anak mereka dijaga. Pemakanan yang seimbang dan keperluan yang berkaitan dengannya dapat disediakan untuk menambahkan kecerdasan minda. Selain daripada itu kemudahan dalam pembelajaran seperti komputer atau alatan canggih menyebabkan ketaksamaan berlaku antara anak-anak kelas atasan dengan kelas rendah. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dengan cara yang lebih cepat dan pantas terutamanya melalui jaringan internet. Berbeza pula dengan golongan kurang berada, segala kemudahan adalah terbatas kerana kurang berkemampuan. Hal tersebut berkait rapat dengan peluang pendidikan, di mana akses melalui Internet dapat menyediakan skop tanpa sempadan untuk pelajar dari kelas sosial tinggi berbanding golongan kelas sosial yang serba kekurangan. 17
  • 5. 2.2 JANTINA Pendaftaran pelajar di seluruh negara menunjukkan jurang yang amat ketara antara jantina lelaki dan perempuan. Sebagai contohnya pelajar perempuan sebanyak 81% berbanding pelajar lelaki iaitu 19%. Di sekolah Kemboja seramai 19% perempuan dan 30% adalah lelaki. Namun begitu di negara Filipina, Mongolia dan Malaysia, bilangan pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Keadaan ini berlaku kerana pelajar lelaki sering kali menamatkan pengajian formal untuk bekerja sepenuh masa serta menampung pendapatan keluarga. Contohnya mengikut UNGEI,(2007) 65% pelajar perempuan menghadiri sekolah menengah berbanding 54% pelajar lelaki. Ketaksamaan peluang pendidikan berdasar jantina perempuan sentiasa diabaikan. Ini jelas sekali dilihat dari segi keselamatan pelajar perempuan, keselamatan semasa berulang-alik ke sekolah. Perempuan juga sering kali digambarkan dalam persekitaran yang domestik dan terbatas dalam mencapai kemahiran berbanding lelaki. Lantaran itu pelajar perempuan kebiasaannya akan berhenti separuh jalan untuk belajar iaitu di sekolah rendah lagi mereka telah berhenti belajar. Di bidang pengurusan pula perempuan lebih ramai bilangannya berbanding lelaki. Ketaksamaan ini berlaku disebabkan oleh perbezaan jantina di mana lelaki lebih suka menguasai bidang yang lebih tinggi kedudukannya.berdasarkan analisis kurikulum adalah langkah paling penting dalam menentukan pelajaran berkualiti dan kesamaan. Persoalan wanita boleh ditonjolkan atau dihapuskan, yang mana kurikulumlah yang boleh mencipta idea-idea tentang kasta, kelas, identiti, agama dan etnik. Sehubungan itu ia dapat dilihat daripada bidang yang dipelajari oleh pelajar lelaki di sekolah dan tidak dapat dipelajari oleh pelajar perempuan adalah seperti mata pelajaran seni pertukangan, teknikal atau matematik lanjutan. Kecenderungan buku-buku yang diterbitkan adalah menjuruskan kepada kaum lelaki. Begitu juga bidang sains yang kebanyakannya tertumpu dan diberi pengiktirafan kepada saintis lelaki sahaja yang dapat meneroka dan mencipta teori atau reka cipta. Keseimbangan ketaksamaan peluang pendidikan di antara kalangan lelaki dan perempuan ini dapat di atasi dengan membuat perubahan amalan pedagogi. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira tentang sentiviti jantina di dalam bilik darjah. Usaha penambahbaikan dalam kualiti persekolahan, namun ketaksamaan dalam pengajaran dan pembelajaran masih tetap berlaku. Perkara ini 17
  • 6. berlaku disebabkan kesedaran jantina dalam tingkah laku guru, pelajar dan ibu bapa masih kurang mendalam bagi mengubah pandangan atau persepsi masyarakat. Perubahan dan kesedaran memerlukan jangka masa yang panjang. Sabagai contohnya guru yang menganggap pelajar perempuan boleh memberi tumpuan seperti pelajar lelaki merupakan satu contoh pemikiran guru yang peka terhadap jantina. Di samping itu tanggapan pelajar perempuan kurang mahir dan berminat dalam mata pelajaran matematik dan sains perlu dihapuskan dan tidak wujud dalam pemikiran seseorang guru. Gaya pembelajaran yang berbeza antara lelaki dan perempuan juga menjadikan ketaksamaan dalam penghasilan dari segi gaya penilaian.sebagai contohnya pelajar perempuan lebih cenderung memberi respons dalam situasi kolaboratif berbanding secara individu. Penaksiran adalah alat penting dalam penambahbaikan kualiti pendidikan yang merangsang pembelajaran. Dari segi penaksiran di sekolah Asia Pasifik penaksiran adalah dalam bentuk sumatif, iaitu pada akhir sesuatu unit barulah diketahui sama ada mereka telah menguasai apa yang mereka pelajari. Penaksiran dalam bentuk formatif perlu digunakan oleh seseorang guru supaya dapat mengetahui pencapaian pelajar secara berterusan dan dapat menyokong pembelajaran pelajar melalui teknik pemerhatian, log pembelajaran, semak semula portfolio dan maklum balas untuk memahami bagaimana persepsi serta harapan pelajar lelaki dan perempuan mempengaruhi cara mereka menilai kemajuan pelajar, peperiksaan dan maklum balas. 2.3 KUMPULAN MINORITI kumpulan minoriti sebenarnya adalah merujuk kepada kumpulan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya yang berlainan keturunan, agama. Budaya dan sebagainya.(Kamus Dewan, 2007). Umumnya Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang pelbagai keturunan, agama dan bangsa, dimana orang Melayu merupakan majoriti manakala orang Cina, India, Iban, Kadazan Bidayuh, Orang Asli dan kumpulan etnik lain adalah kumpulan minoriti. Kumpulan minoriti lain seperti kumpulan peribumi di Sabah dan Sarawak, menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan akibat daripada lokasi tempat 17
  • 7. tinggal mereka yang jauh di pendalaman. Perhubungan dan pengangkutan, kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas lain dan kelengkapan sekolah tidak ada inilah punca ketaksamaan berlaku dalam peluang pendidikan di Bandar dan di luar Bandar. Factor inilah juga menyebabkan kadar keciciran yang tinggi. Jurang pencapaian murid adalah besar berbanding dalam kumpulan majoriti dan jurang digital dalam kalangan murid dan guru juga luas. Manakala di Semenanjung Malaysia pula Orang Asli merupakan kumpulan minoriti di mana bilangannya tidak mencecah 141,230 orang dan kedudukan mereka di pedalaman dan kawasan terpencil. Faktor inilah yang menjadi punca mereka terpinggir dalam semua aspek. Kelainan cirri dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku menyebabkan mereka terus ketinggalan daripada aliran perdana. Kementerian Pelajaran telah melakukan dan melaksanakan pelbagai usaha bagi merapatkan jurang antara kumpulan minoriti dan kumpulan majoriti dalam ketaksamaan peluang pendidikan. Kumpulan minoriti di kawasan setempat, iaitu sebagai contohnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, kumpulan minority adalah terdiri daripada orang Melayu, Manakala di Sekolah Kebangsaan pula kumpulan minoriti terdiri daripada orang Cina dan orang India. Dalam suasana begini sekolah perlu peka terhadap cara hidup dan budaya sesuatu kaum supaya mereka tidak merasa terpnggir dalam mendapat peluang pendidikan yang disediakan. Peluang yang sama rata harus diberikan dalam mencapai matlamat masing-masing. Guru seharusnya mengadaptasi kurikulum yang sedia ada supaya mesra budaya dan semua murid tanpa mengira bangsa, budaya dan agama dapat menerimanya. 17
  • 8. 3. PERANAN GURU DALAM MENGURANGKAN JURANG KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI DALAM BILIK DARJAH 3.1 PENGENALAN Setiap insan yang lahir adalah berbeza, sama ada jantina mahupun rupa paras di antara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada sepenuhnya adalah sama meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Ketaksamaan tersebut seharusnya seseorang guru memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Secara umumnya, seorang guru ataupun pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran yang diajar. Guru juga perlu prihatin terhadap persekitaran dan sosio budaya pelajarnya, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Pengetahuan seorang guru amatlah penting dalam mengetahui tentang ketaksamaan pelajarnya dalam aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosio ekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.kemampuan seorang guru mengenali pelajar didalam kelas,akan membawa kesan terhadap pencapaian pelajar sama ada lebih cemerlang atau sebaliknya. Kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P; berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari aspek kepelbagaian budaya. Oleh hal demikian, proses P&P; tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran. 17
  • 9. Pemahaman yang mendalam akan ketaksamaan atau perbezaan antara pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka malah pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada bakat, pengalaman, minat serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran. Kepelbagaian dan ketaksamaan antara pelajar perlu diteliti, difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Adalah penting bagi seorang guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud di dalam sesebuah kelas. Setiap guru juga perlu menyedari bahawa pengurusan pengajaran dan pembelajaran buka semata-mata berada dalam skop untuk memastikan muridnya mendcapai hasil pembelajaran dalam domain kognitif sahaja, malah guru perlu sedar pembelajar kemahiran insaniah sama sekali tidak boleh diabaikan. Ia merupakan tuntutan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Peranan sebagai seorang guru dalam mengurangkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan di dalam bilik darjah adalah melalui: 3.1 Susun Atur Bilik Darjah Pelan kedudukan atau susun atur bilik darjah melibatkan kerusi meja tempat duduk murid. Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik. Penyusunan tempat duduk murid berasaskan keperluan relevan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru perlu adil terhadap semua muridnya. Murid memerlukan perhatian dan guru perlu sentiasa mendekati muridnya. Murid yang mudah hilang perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan guru seharusnya menempatkan berdekatan dengan meja guru dan papan tulis. 17
  • 10. Selain daripada itu kedudukan murid di dalam kelas bercampur antara lelaki dan perempuan, antara kumpulan etnik pula sebagai contohnya Cina, India, Melayu berada dalam satu kumpulan yang sama. Namun begitu sekiranya kedudukan jantina menjadi suatu halangan bagi sesetengah ibu bapa murid altenatif lain perlu diambil kira. 3.2 Kemudahan Alat Bantu Mengajar Minat murid terhadap pembelajaran mampu dibina sekiranya pengajaran guru dibantu dengan pelbagai peralatan dan kemudahan yang menarik. Penggunaan pelbagai multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan malahan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kemudahan bahan bantu mengajar yang mencukupi dapat digunakan dan dikongsi bersama-sama mendorong murid melalui pembelajaran dalam suasana gembira dan bersatu padu. Kemudahan dan alat bantu mengajar dapat merangsang pembelajaran yang lebih koperatif dalam kalangan murid. Di mana aia akan mendorong pengembangan idea, kreatif dan berfikiran tinggi. Penggunaan multimedia memudahkan murid memahami ciri-ciri perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kehidupan dan ianya akan memberi kefahaman dan persepakatan antara semua murid. Terutamanya penggunaan internet dan komputer menawarkan pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif yang menyatukan elemen pergerakan, visual serta bunyi-bunyian selain objek. 3.3 Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Mesra Budaya Pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya adalah memainkan peranan penting dalam memastikan murid dari pelbagai etnik dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Guru perlulah bijak dalam memilih kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira sumbersumber dari pelbagai udaya dan etnik muridnya. Kepelbagaian sumber yang berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza mampu menarik minat untuk mengikuti pembelajaran tanpa rasa jemu dan bosan. Murid juga diasuh untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama17
  • 11. sama. Langkah-langkah berikut boleh dilakukan oleh seseorang guru. Antaranya ialah: i. Memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya sesuatu etnik bagi memupuk pemahaman dan perkongsian nilai-nilai budaya. Contohnya ialah makanan pada musim perayaan, pakaian yang dipakai oleh sesuatu kaum, adat istiadat perkahwinan, pantang larang yang menjadi kepercayaan turun temurun. ii. Menggalakkan murid mencari cerita rakyat seperti cerita-cerita rakyat, lagu-lagu rakyat serta artifak-artifak milik sesuatu etnik untuk dikongsi semasa pembelajaran. Sebagai contohnya lagu-lagu di musim perayaan juga dinyanyikan seperti lagu ”selamat Hari Raya”, lagu ”Gong Xi Fatt Cai semasa murid Cina menyambut Tahun Baru Cina, dan lagu-lagu bagi perayaan etnik lain berdasarkan etnik murid di dalam kelas tersebut. iii. Guru juga boleh memilih sumber yang boleh menimbulkan kasih sayang antara etnik iaitu melalui penceritaan, nyanyian, klip video dan foto. 3.4 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang Berasaskan Perbezaan Budaya Murid Menurut Malta Fulop dan Ference Maton (2003), sejak dua dekat yang lalu kajian menunjukkan perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan pembelajaran dan pengetahuan, ontologikal dan epistomologikal yang mempengaruhi cara berfikir dan bertindak. Orang Melayu lebih menumpukan perhatian terhadap hal-hal keagamaan. Oleh itu anak-anak Melayu dihantar ke kelas atau sekolah agama. Manakala masyarakat bukan Melayu lebih mementingkan pencapaian akademik. Orang Asli pula lebih tertumpu kepada kehidupan yang ringkas dan selesa dengan persekitaran mereka yang terpinggir dan terpencil. Motivasi yang rendah dalam pembelajaran menyebabkan kadar buta huruf yang tinggi dikalangan orang Asli. Dimana pencapaian akademik adalah mempengaruhi kemunduran hidup orang Asli (Mustafa Omar, 2004). Oleh yang demikain guru perlu mengambil kira faktor ini dalam merancang dan menguruskan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelompok etnik 17
  • 12. yang berbeza dapat menikmati dan menerima peluang pendidikan yang sama. Antara tindakan guru ialah dengan: i. Memilih murid dari pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan tindakan ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat. ii. Memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya melalui aktiviti pembelajaran. iii. Melayan karenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik dan keturunan murid. iv. Mengadakan lawatan ke destinasi tertentu untuk menyingkap sejarah yang berkaitan dengan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik contohnya muzium, perkampungan orang Asli, Taman Budaya dan sebagainya. 3.5 Pemupukan Nilai Dan Budaya Malaysia Dalam Rukun Negara Malaysia yang pertama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan, dalam hal ini nilai-nilai agama yang sejagat di mana ianya menekankan sikap baik hati, amanah, bertanggungjawab dan berbaik-baik antara satu sama lain perlu ditonjolkan oleh seorang guru. Murid –murid juga perlu diingatkan bahawa semua agama menyuruh penganutnya hidup berbaik-baik tanpa persengketaan dan permusuhan. Murid juga diasuh taat setia kepad Raja Dan Negara. Nyanyian lagu ’Negaraku’ perlu menjadi amalan dan guru perlu memastikan murid menghormati lagu tersebut. Di dalam bilik darjah perlu digantung gambar raja-raja dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dpertuan Agong bagi memupuk pemahaman murid terhadap sistem Beraja Berpelembagaan di Malaysia. Ianya perlu diakui oleh semua etnik yang ada di seluruh Malaysia. Ditegaskan juga berkaitan dengan keluhuran perlembagaan negara Malaysia yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat negara ini. Menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau pengantar dengan kata lain sebagai bahasa kebangsaan. Penggunaan bahasa lain juga adalah digalakkan. Kedaulatan undang-undang perlu dipatuhi. Murid dibimbing agar menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Sebagai contohnya mematuhi undang-undang sekolah dan peraturan kelas. Kesopanan dan kesusilaan perlu dipupuk dalam jiwa murid-murid. Murid – murid diasuh menggunakan bahasa yang sopan, mengamalkan perlakuan yang 17
  • 13. tertib dan beradab, serta menjalinkan hubungan yang mesra dan sepakat. Teguran adalah perlu bila murid-murid memanggil kawan dengan perkataan yang kurang sopan dan memalukan. Rakyat Malaysia yang mematuhi dan mentati Rukun Negara, persekitaran pembelajaran mesra budaya pasti dapat dibina dan mewujudkan. Guru-guru perlu berusaha mendekatkan murid dalam memahami Rukun Negara dan mengamalkannya. 3.6 Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan untuk menilai hasil pembelajaran secara holistik. Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid kebebasan sewaktu menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid boleb menunjukkan bakat mereka dengan pembinaan showcase yang menterjemahkan kebolehan, bakat dan kelebihan mereka. Aktiviti yang boleh disediakan oleh guru seperti kolaj, poster, temu bual, menulis laporan dan membentangkan laporan syarahandan sebagainya. Dalam hal ini guru perlu menyediakan rubrik pemerkahan bagi memastikan stiap yang dinilai dan ditafsirkan menepati hasil pembelajaran yang mencakupi domain kognitif, afektif dan psikomotor. Murid akan menggunakan perbezaan yang ada pada mereka berdasarka latar belakang dan kecerdasan pelbagai untuk menyediakan tugasan. Peranan guru di sini adalah memaparkan sikap terbuka dan menerima perbezaan murid sebagai suatu yang istimewa, menghargai atas kesungguhan murid. Contoh hasil yang terbaik akan dipamerkan dan murid yang lemah akan berusaha memperbaiki kekurangan mereka. Persekitaran bilik darjah akan ceria dan murid akan berasa gembira menghadapi pembelajaran seharian. KESIMPULAN Kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai diaplikasikan di dalam kelas di Malaysia, bukan sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat membuatkan murid lebih memahami isi kandungan yang dipelajari tidak kira sama ada kaum minoriti atau majoriti. Demi mencapai cita-cita menjadi negara maju 17
  • 14. menjelang 2020 dengan slogan 1Malaysia, guru-guru di sekolah hendaklah berani menyahut cabaran dengan mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan murid, yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka. Di samping itu juga, guru tidak melihat pada satu-satu kelompok minoriti yang pandai sahaja berdasarkan kaum, bangsa, agama dan budaya sahaja, malah guru perlu memahami keperluan serta pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran bagi semua pelajar di dalam kelas tersebut. 17
  • 15. BAHAN RUJUKAN Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid, (2011), Budaya Dan Pembelajaran, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamaruddin Haji Husin. (1994). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Crow, L. D and Crow, A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluangpendidikan.html http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html http://hanifisme.co.cc/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku-kes-3.html 17
  • 16. 17
  • 17. ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Pengakuan i Penghargaan ii Biodata Diri iii Isi kandungan iv 1.Takrif Ketaksamaan Peluang Pendidikan dalan konteks Malaysia *Pengenalan 1 *Definisi ketaksamaan peluang pendidikan 2-3 2.Punca atau Faktor wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan *2.1 Kelas sosial 3-4 *2.2 Jantina 5-6 *2.3 Kumpulan Minoriti 6-7 3. Peranan Guru Dalam Mengurangkan Jurang Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Dalam Bilik Darjah *3.0 Pengenalan 8-9 *3.1 Susun Atur Bilik Darjah 9-10 *3.2 Kemudahan Alat Bantu Mengajar 10 *3.3 Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Mesra Budaya 10 *3.4 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berasaskan Perbezaan Budaya Murid *3.5 Pemupukan Nilai Dan Budaya Malaysia 3.6 Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar 11-12 12 13 Kesimpulan 13-14 Refleksi 15-16 Bahan Rujukan 17 Lampiran Borang kolaborasi REFLEKSI Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Pertama sekali saya Lili Suriani binti Hassan panjatkan rasa syukur kehadrat Allah Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Setelah perbincangan dan membuat rujukan bagi menghasilkan kerja kursus yang diberi, maka inilah yang dapat saya persembahkan dalam Kerja Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106). Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkaan kepada pensyarah iaitu encik Mohd. Zaki bin Ab. Rahim dalam mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106) yang banyak membantu dan memberi panduan serta penerangan berkaitan kerja kursus. Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini, saya terpaksa menghadapi beberapa masalah yang sedikit sebanyak menggangu proses penghasilan kerja kursus ini, namun begitu setelah mendapat penerangan oleh pensyarah saya berjaya mengatasinya.Saya mula mencari bahan untuk dijadikan bahan rujukan bagi kerja kursus ini. Bagi tugasan yang pertama, saya mengumpul maklumat tentang definisi ketaksamaan peluang pendidikan, punca atau sebab berlakunya ketaksamaan, dan peranan guru mengatasi ketaksamaan pendidikan di dalam bilik darjah. Kesemua persoalan ini dikumpul dan pencarian bahan dimulakan. Sebelum melaksanakan tugasan ini antaranya ialah saya dapat mengasah minda dan memperkembangkan kebolehan berfikir.Saya cuba memahami soalan tugasan yang diberi supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiti.Hal yang demikian dapat membantu saya memahami segala ilmu yang berkaitan dengan pelajaran tugasan ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini,saya berbincang dengan rakan-rakan mengenai soalan tugasan dan memberi pandangan dan kritikan membina agar tugasan kerja kursus ini dapat dihasilkan dengan baik. Saya juga mencari sumber rujukan di Pusat Sumber,kedai-kedai buku dan melayari internet.Hal ini bukanlah mudah bagi saya mencari bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan kali ini.Dari kerja kursus ini, saya dapat menambah pengetahuan berkaitan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.Saya mungkin akan mempraktikkannya di prasekolah kami nanti. Saya amat berharap apa yang saya persembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan. Akhir, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan, kiranya ada terdapat salah silap, sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam kerja kursus ini. Sekian, Terima kasih. .................................................. (LILI SURIANI BT. HASSAN) 17
  • 18. 17