SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 19
PEMARKAHAN

                                                1   TUGASAN 1
                                 RIS
                                               2    TUGASAN 2
                      SEMESTER 1 SESI 2010/2011
                                               3    E FORUM

                          KOD & NAMA KURSUS         JUMLAH




                           TAJUK TUGASAN

      Teaching Game For Understanding (TGFU) dalam
      pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.


                             KUMPULAN
                             _________


                          DISEDIAKAN OLEH
             NAMA                      NO. ID          NO. TELEFON




NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________


TARIKH SERAH: ________________




                                  1
Isi Kandungan                                              Muka surat

     Pendahuluan                                                          3


     Definisi                                                             4


     Kepentingan TGFU                                                     5


     komponan                                                             6


     Kepentingan menggunakan kaedah TGFU                                  7


     Membandingka antara pengajaran secara tradisional dengan           8-10


     kaedah TGFU.


     Rancangan Pengajaran Harian                                         11-12


     Permainan berasaskan tgfu                                            13-14


     Rujukan                                                              15


     Lampiran                                                             16-19




                                          2
Pendahuluan

Teaching Games for Understanding(TGFU) merupakan suatu konsep pengajaran dan
pembelajaran yang diilhamkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di
Universiti Loughboroungh.TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman
yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya
mereka tidak berasa bosan.

       Kaedah TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada
setiap permainan.Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan
tertentu.TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal.Oleh yang demikian,
waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah
hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti
fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai
untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini
dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan
persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.

       Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi
dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat
keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan.
TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU
lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.




                                                3
Definisi

       Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika
Syarikat.Model ini menyatakan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk
mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak
menyumbang      kepada   kejayaan,     menambah     pengetahuan    mahupun     meningkatkan
kemahiran.Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani      yang sedia ada.Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi
untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-
kanak malah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan
minat mereka sendiri dengan seronok dan ia menghasilkan faedah yang baik.

       Manakala Almy(1984)menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh dirimereka
sendiri tanpa mengambil-kira tujuan bermain.Semasa bermain, mereka, bebas dari segala
peraturan.Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak
melibatkan diri dalam permainan secara aktif.Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian
dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).Mereka berpendapat bahawa, dalam
sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang „Mengapa‟ dan „Bila‟ sesuatu
kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.
Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu
bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan

.




                                              4
Kepentingan TGFU

       Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal
sebagai asas membuat keputusan semasa bermain, selain menggalakkan pelajar melibatkan diri
dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam
pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minat
untuk belajar dan menimbulkan keseronokan semasa bermain.

       TGFU mencadangkan cara seseorang mampu menghargai keseronokan bermain ke arah
membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan
permainan.

        Menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa
soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras domain
pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yang
mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang
belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam
permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam
konteks permainan yang dinamik dan pelbagai.

       TGFU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu
pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya
dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu.

       TGFU juga menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas
pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap
positif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam
penerokaan   dan   mengaplikasikan   pengalaman    tersebut   dalam   bidang   perkembangan
pergerakan kognitif.




                                               5
Komponen TGFU

       Sebelum     murid     memulakan     sesebuah     permainan,guru     mestilah      memastikan
sasaranmurid yang akan bermain permainan tersebut.Hal ini adalah sangat penting agar
permainan yang akan dimainkan bersesuaian dengan tahap, kemampuan dan potensi murid.

       Persembahan ialah hasil daripada proses yang lepas iaitu membuat keputusan dan
kemahiran strategi. Selain itu, hasil daridapa teknik yang dilakukan.Kemahiran yang
dilaksanakan (Skill Execution) Stail dan model latihan perlu dimanipulasikan dan disusun untuk
memberi faedahlatihan kepada murid kumpulan kemahiran tinggi, sederhana dan rendah.Setiap
teoridan   model    mempunyai     kelebihan     dan     kelemahannya,     tetapi     yang    penting
ialahmenggunakan     unsur    kekuatannya     bagi    meningkatkan     prestasi     murid   pelbagai
kumpulankemahiran     dalam    permainan    dan      sukan.Kemahiran    yang      dilaksanakan   juga
mestilahmengikut tahap dan kesesuaian murid.

       Seterusnya, Kesedaran Taktik (Tactical Awareness) Model TGFU yang menggunakan
pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan pemain yang berkesan,
sesuai untuk murid dalampelbagai kumpulan kemahiran,dapat menggalakkan murid berfikir
secara kreatif dan bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesama
pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan.Maka, untuk menguasai sesebuah permainan,
Murid hendaklah merangka strategi dan taktik tertentu untuk mencapai tahap yang
diinginkan.Model TGFU menekankan kepentingan latihan dalam situasi permainan bagi
meningkatkan aspek membuat keputusan tentang penggunaan taktik dan kemahiran dalam
permainan.

       Komponan TGFU yang seterusnya adalah membuat Keputusan yang Tepat (Making
Appropiate Decisions).Dalam permainan ini, pemain hendaklah bijak membuat keputusan untuk
memasukkan gelung tepat ke sasaran dan memperoleh mata dalam jangka masa yang terhad.
Oleh sebab itu, sekiranya pemain mempunyai kemahiran dan kebolehan untuk memasukkan
gelung ke dalam skital yang lebih jauh(mata lebih tinggi), maka pemainakan berjaya
memperoleh markah keseluruhan yang banyak. Sekiranya pemain tidak cekap, adalah lebih baik
pemain mensasarkan gelung rotan ke arah skital yang lebihdekat.Oleh itu, pemain mestilah
bijak membuat keputusan yang tepat.

                                                6
TGFU juga memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubah suai
berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka.Tambahan pula, pengubah suaian
permainan akan menjadinya lebih sistematik daripada kaedah pengajaran yang sedia ada.
Kaedah pengajaran ini mecakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak
dalam sesuatu permainan.Maka, kanak-kanak dapat menerokai permainan ubahsuai peringkat
demi peringkat.Permainan ini telah diubah suai daripada permainan yang terlalu mudah dan
bosan dan secara tidak langsung menjadi aktiviti lebih menarik.Hal ini dapat menggalakkan
setiap individu berupaya untuk mencuba dan bermain permainan ini.Sebagai ganjaran, kata-
kata semangat, dorongan, sokongan dan hadiah akan mendorong mereka untuk lebih
bersemangat dan seronok untuk bermain sekaligus dapat memberi penghargaan kepada
mereka.




                                           7
kepentingan pengajaran menggunakan kaedah TGFU

       Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja terlibat secara aktif untuk mencapai markah yang
tinggi dan menjadikan pemenang, ia juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat
keputusan yang tepat dan sesuai dengan pantas dan serta merta dalam proses permainan.
TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Ini disebabkan TGFU
lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.Menurut, Almy(1984)beliau
menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil-
kira tujuan bermain.Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan.Melalui permainan,
kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru.Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan
secara aktif.Model TGFU membentuk kemahiran secara menyeluruh dan bebas yang boleh
dipindah ke pelbagai sukan.Oleh yang demikian, TGFU amat sesuai dengan pembentukan
pemahaman pengajaran kepada sesuatu permainan yang ingin diterapkan kepada kanak-kanak.

       Kita juga akan melihat TGFU dari perspektif psikologi, Thorpe menganalisis bahawa
dalam meletakkan psikologi dalam TGFU sebagai kerangka kerja pendorong.TGFU menekankan
pada permainan dan mengarahkan pelajar untuk menemukan permainan itu, yang merupakan
modal dalam cabang yakni interaksi sosial, kedamaian sosial, dan mencari teman dengan
berharap pelajar dapat mengembangkan peraturan, dan tantangannya untuk dapat mencapai
bekerja dengan taktik yang tepat.Kemampuan melatih secara individual atau dalam kelompok
kecil, sebagai pemangkin pelajar dapat bekerjasama dengan yang lain dalam usaha membantu
perkembangan pemikiran.Di dalam TGFU, pelajar dapat menghalusi         dan   mengembangkan
penampilan mereka sendiri dalam situasi permainan yang secara         berperingkat, di bawah
bimbingan guru, berkembang ke arah permainan dewasa yang lebih canggih.

       Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang memiliki pemahaman
yang positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi.Dalam “target games” yang
terdapat dalam model TGFU, para pelajar didorong mengembangkan kesadaran taktikal dan
kemampuan pembuatan keputusan manakala hal ini menjadi orientasi utama dalam
pengajaran.Target games merupakan permainan yang menuntut konsentrasi, ketenangan,
fokus, dan ketelitian yang tinggi dalam permainannya. Apabila aktiviti “target games” dilakukan
maka akan terbentuk sifat-sifat yang     terdapat dalam “target games”. Setelah konsep diri
pelajar terbentuk dari aktiviti “target games memberikan kekuatan mental yang mendorong
terjadinya proses pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat

                                              8
Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan
                                           kaedah TGFU.

   Pendekatan tradisional

       Menggunakan prinsip pengajaran tradisional.
       Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan.
       Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar
       Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran khas.
Ciri-ciri pendekatan tradisional.
       Kurikulum yang ditetapkan
       Mementingkan pengajaran
       Guru menentukan tugas
       Tugasan diberikan kepada pelajar
       Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru
       Mengukur pengajaran mengikut gred.
Pendekatan TGFU
   1. Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan sebenar
       tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek
       mereka dan infrastuktur yang bersesuaian.
   2. Apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang
       diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain.
   3. Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi
       pihak lawan.
   4. Membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi untuk
       menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan
       serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.
   5. Pendekatan ini berkonsepkan ansur- maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah
       dan yang telah dikuasai.




                                                   9
Model Tradisional                                           Model TGFU



Perlakuan kemahiran                                    Permainan

       Lebih mementingkan kepada                              Permainan merupakan fokus utama dalam
       pemahaman perlakuan dalam sesuatu                      setiap permainan
       aktiviti atau kemahiran yang dipelajari.               Lebih mirip kepada permainan yang
       Ikut Kurikulum yang disediakan.                        mencabar minda.


Permainan                                              Appresiasi Permainan

       penguasaan hanya pada kemahiran yang                   Penggunaan taktik dan boleh diubah suai
       terlalu asas selalunya gagal difahami                  untuk kemajuan permainan.
       sepenuhnya oleh pelajar.


Prestasi                                               Kesedaran Taktikal

       Dinilai setelah selesai pengajaran dan                 Dikuasai semasa permainan dalam usaha
       pembelajaran                                           atasi pihak lawan..


Buat Keputusan                                         Buat Keputusan

       Tidak dapat membuat keputusan dan                      Boleh membuat keputusan sendiri.
       terlalu mengharapkan kepada guru.


Kesedaran Taktikal                                     Perlakuan Kemahiran

       Dilakukan dalam situasi permainan                      Berlaku dalam suasana permainan yang
       sebenar.                                               direka khas,
       Tahu hasil pendedahan guru                             Lebih menguasai kerana pemahaman
                                                              kendiri.




                                                  10
Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 25.Oktober.2012

Waktu : 7.45 pg – 8.45 pg
Bil Murid : 10 orang
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang Kemahiran : Bola Baling
Kemahiran : Hantaran Dada
Strategi Pengajaran    : Pengajaran Kontekstual

Peralatan

    Bola baling 10 unit
    Penanda ( gelung / skittle).

Objektif pembelajaran:

Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat :

   1. melakukan hantaran dada dengan tangan lurus ke hadapan dan dan badan menghadap
        sasaran.
   2. Melakukan hantaran dengan kaki kehadapan mengikut lajak selepas hantaran
        dilakukan.
   3. memahami bahawa tangan lurus ke hadapan dan badan menghadap ke sasaran untuk
        menambah ketepatan.
   4. Mengetahui tujuan tangan lurus kehadapan semasa lakuan untuk menambahkan daya.
   5. Mengetahui kaki mengikut lajak selepas hantaran untuk menambah ketepan dan daya.
   6. menambah keyakinan diri semasa melakukan hantaran dada dan menambah
        keseronokan semasa bermain.
   7. murid dapat membezakan permainan bola baling dengan bola jaring.
   8. Murid dapat membuat gambaran mental urutan langkah yang perlu dilakukan semasa
        melakukan hantaran dada.
   9.




                                              11
Aktiviti Pengajaran & pembelajaran

   1. Guru meminta muridmelakukan hantaran dada dengan tangan lurus ke hadapan dan
       dan badan menghadap sasaran
   2. Kemudian guru meminta murid melakukan hantaran dengan kaki kehadapan mengikut
       lajak selepas hantaran dilakukan
   3. Guru mengedarkan borang semak kendiri kepada murid.
   4. Guru meminta respon daripada murid dengan P&P dengan bertanya soalan.
   5. Guru memberi pengetahuan umum dan kemahiran
   6. Guru memberi murid tugasan dengan meminta mereka mencari artikel bola baling.

Refleksi : Semua murid telah mengetahui cara-cara untuk bermain bola baling dengan cara
yang betul.




                                            12
Permainan berasaskan tgfu


     Kategori sasaran (target)
     NAMA PERMAINAN : BALUNG
     BILANGAN PEMAIN : 3 orang pemain pada satu masa
     ALATAN : 3 skital besar, 15 gelung rotanl


     Cara dan peraturan permainan:
1.    Ketiga-tiga pemain mesti berada di garisan yang ditetapkan ( sila rujuk rajah)
2.    Setiap pemain dibekalkan 5 gelung rotan.
3.    Pemain mestilah melontarkan kesemua gelung rotan ke dalam skital yang diletakkan.
4.    Pemain yang dapat memasukkan kelima-lima gelung rotan ke dalam skital dan paling cepat
     menyudahkan kesemuanya akan dikira sebagai pemenang.
5.    Permainan ini akan dimainkan secara berulang-ulang dengan 3 orang peserta yang seterusnya.


     Cara pemarkahan:
              Setiap gelung yang dapat dimasukkan ke dalam skital akan diberi markah 10 mata.
              Jika gelung tersasar daripada skital peserta tidak akan mendapat sebarang markah.
              Pemain yang mendapat mata tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.




                                          Contoh gambar rajah



                                                    13
Lakaran Gambar rajah




        14
BIBLIOGRAFI

Buku :

Abdul Hafidz Bin Haji Omar.2003.Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan tahun 2. Dewan
         Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Sofian Omar Fauzee.2006.Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani. Karisma Publications
         Sdn.Bhd.

Internet:

http://www.tgfu.org/

http://www.tgfu.info/

http://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdf




                                            15
LAMPIRAN




           Gambar rajah 1: Model TGFU(Burker & Thorpe)




                               16
Gambar Rajah 2: Elemen taktik




             17
Gambar rajah 3: Model TGFU




           18
Gambar rajah 4: klasifikasi permainan




                 19

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Materi paikem gembrot
Materi paikem gembrotMateri paikem gembrot
Materi paikem gembrotekasundari
 
Modul Pembelajaran Simulasi
Modul Pembelajaran SimulasiModul Pembelajaran Simulasi
Modul Pembelajaran Simulasiambarlestari
 
Program Kerja SD YPPI-1
Program Kerja SD YPPI-1Program Kerja SD YPPI-1
Program Kerja SD YPPI-1Rendra S.Sos
 
03 bab iii beban belajar(1)
03  bab iii beban belajar(1)03  bab iii beban belajar(1)
03 bab iii beban belajar(1)Agus Saepulloh
 
anhy93 modul Tugas media pembelajaran
anhy93 modul Tugas media pembelajarananhy93 modul Tugas media pembelajaran
anhy93 modul Tugas media pembelajarananhy93
 

Mais procurados (9)

Materi paikem gembrot
Materi paikem gembrotMateri paikem gembrot
Materi paikem gembrot
 
Modul Pembelajaran Simulasi
Modul Pembelajaran SimulasiModul Pembelajaran Simulasi
Modul Pembelajaran Simulasi
 
Modul simulasi
Modul simulasiModul simulasi
Modul simulasi
 
Program Kerja SD YPPI-1
Program Kerja SD YPPI-1Program Kerja SD YPPI-1
Program Kerja SD YPPI-1
 
Ppp04 trigonometri sma
Ppp04 trigonometri smaPpp04 trigonometri sma
Ppp04 trigonometri sma
 
03 bab iii beban belajar(1)
03  bab iii beban belajar(1)03  bab iii beban belajar(1)
03 bab iii beban belajar(1)
 
Jurnal hanto
Jurnal hantoJurnal hanto
Jurnal hanto
 
03. bab iii beban belajar
03. bab iii beban belajar03. bab iii beban belajar
03. bab iii beban belajar
 
anhy93 modul Tugas media pembelajaran
anhy93 modul Tugas media pembelajarananhy93 modul Tugas media pembelajaran
anhy93 modul Tugas media pembelajaran
 

Semelhante a Pendahuluan

Semelhante a Pendahuluan (20)

Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu
 
bola tampar 2014
bola tampar 2014bola tampar 2014
bola tampar 2014
 
87554923 konsep-nota-pj
87554923 konsep-nota-pj87554923 konsep-nota-pj
87554923 konsep-nota-pj
 
Minit curai
Minit curaiMinit curai
Minit curai
 
Ahmad Rodzli Bin Hashim
Ahmad Rodzli Bin HashimAhmad Rodzli Bin Hashim
Ahmad Rodzli Bin Hashim
 
Laporan heri purnomo, s.pd SMA11 tebo
Laporan heri purnomo, s.pd SMA11 teboLaporan heri purnomo, s.pd SMA11 tebo
Laporan heri purnomo, s.pd SMA11 tebo
 
Bagian i jadi (1)
Bagian i jadi (1)Bagian i jadi (1)
Bagian i jadi (1)
 
Acf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajaranAcf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajaran
 
T4 rpt kssm 2020
T4 rpt kssm 2020T4 rpt kssm 2020
T4 rpt kssm 2020
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul media pembelajaran games
Modul media pembelajaran gamesModul media pembelajaran games
Modul media pembelajaran games
 
Modul media pembelajaran games
Modul media pembelajaran gamesModul media pembelajaran games
Modul media pembelajaran games
 
proposal edupre.docx
proposal edupre.docxproposal edupre.docx
proposal edupre.docx
 
Model pembelajaran penjas
Model pembelajaran penjasModel pembelajaran penjas
Model pembelajaran penjas
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Kurikulum tu 10003
Kurikulum tu 10003Kurikulum tu 10003
Kurikulum tu 10003
 
Pembelajaran efektif kurikulum
Pembelajaran efektif   kurikulumPembelajaran efektif   kurikulum
Pembelajaran efektif kurikulum
 
Prinsip umum belajar
Prinsip umum belajarPrinsip umum belajar
Prinsip umum belajar
 
SyamsuarAbbasPFP2017.pdf
SyamsuarAbbasPFP2017.pdfSyamsuarAbbasPFP2017.pdf
SyamsuarAbbasPFP2017.pdf
 
Teknik pn p bm
Teknik pn p bmTeknik pn p bm
Teknik pn p bm
 

Pendahuluan

  • 1. PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 RIS 2 TUGASAN 2 SEMESTER 1 SESI 2010/2011 3 E FORUM KOD & NAMA KURSUS JUMLAH TAJUK TUGASAN Teaching Game For Understanding (TGFU) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. KUMPULAN _________ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: ________________ 1
  • 2. Isi Kandungan Muka surat Pendahuluan 3 Definisi 4 Kepentingan TGFU 5 komponan 6 Kepentingan menggunakan kaedah TGFU 7 Membandingka antara pengajaran secara tradisional dengan 8-10 kaedah TGFU. Rancangan Pengajaran Harian 11-12 Permainan berasaskan tgfu 13-14 Rujukan 15 Lampiran 16-19 2
  • 3. Pendahuluan Teaching Games for Understanding(TGFU) merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang diilhamkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh.TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. Kaedah TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan.Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu.TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal.Oleh yang demikian, waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar. Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. 3
  • 4. Definisi Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat.Model ini menyatakan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran.Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang sedia ada.Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak- kanak malah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ia menghasilkan faedah yang baik. Manakala Almy(1984)menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh dirimereka sendiri tanpa mengambil-kira tujuan bermain.Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan.Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif.Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang „Mengapa‟ dan „Bila‟ sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan . 4
  • 5. Kepentingan TGFU Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain, selain menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk belajar dan menimbulkan keseronokan semasa bermain. TGFU mencadangkan cara seseorang mampu menghargai keseronokan bermain ke arah membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan permainan. Menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik dan pelbagai. TGFU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu. TGFU juga menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan pergerakan kognitif. 5
  • 6. Komponen TGFU Sebelum murid memulakan sesebuah permainan,guru mestilah memastikan sasaranmurid yang akan bermain permainan tersebut.Hal ini adalah sangat penting agar permainan yang akan dimainkan bersesuaian dengan tahap, kemampuan dan potensi murid. Persembahan ialah hasil daripada proses yang lepas iaitu membuat keputusan dan kemahiran strategi. Selain itu, hasil daridapa teknik yang dilakukan.Kemahiran yang dilaksanakan (Skill Execution) Stail dan model latihan perlu dimanipulasikan dan disusun untuk memberi faedahlatihan kepada murid kumpulan kemahiran tinggi, sederhana dan rendah.Setiap teoridan model mempunyai kelebihan dan kelemahannya, tetapi yang penting ialahmenggunakan unsur kekuatannya bagi meningkatkan prestasi murid pelbagai kumpulankemahiran dalam permainan dan sukan.Kemahiran yang dilaksanakan juga mestilahmengikut tahap dan kesesuaian murid. Seterusnya, Kesedaran Taktik (Tactical Awareness) Model TGFU yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalampelbagai kumpulan kemahiran,dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan.Maka, untuk menguasai sesebuah permainan, Murid hendaklah merangka strategi dan taktik tertentu untuk mencapai tahap yang diinginkan.Model TGFU menekankan kepentingan latihan dalam situasi permainan bagi meningkatkan aspek membuat keputusan tentang penggunaan taktik dan kemahiran dalam permainan. Komponan TGFU yang seterusnya adalah membuat Keputusan yang Tepat (Making Appropiate Decisions).Dalam permainan ini, pemain hendaklah bijak membuat keputusan untuk memasukkan gelung tepat ke sasaran dan memperoleh mata dalam jangka masa yang terhad. Oleh sebab itu, sekiranya pemain mempunyai kemahiran dan kebolehan untuk memasukkan gelung ke dalam skital yang lebih jauh(mata lebih tinggi), maka pemainakan berjaya memperoleh markah keseluruhan yang banyak. Sekiranya pemain tidak cekap, adalah lebih baik pemain mensasarkan gelung rotan ke arah skital yang lebihdekat.Oleh itu, pemain mestilah bijak membuat keputusan yang tepat. 6
  • 7. TGFU juga memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubah suai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka.Tambahan pula, pengubah suaian permainan akan menjadinya lebih sistematik daripada kaedah pengajaran yang sedia ada. Kaedah pengajaran ini mecakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dalam sesuatu permainan.Maka, kanak-kanak dapat menerokai permainan ubahsuai peringkat demi peringkat.Permainan ini telah diubah suai daripada permainan yang terlalu mudah dan bosan dan secara tidak langsung menjadi aktiviti lebih menarik.Hal ini dapat menggalakkan setiap individu berupaya untuk mencuba dan bermain permainan ini.Sebagai ganjaran, kata- kata semangat, dorongan, sokongan dan hadiah akan mendorong mereka untuk lebih bersemangat dan seronok untuk bermain sekaligus dapat memberi penghargaan kepada mereka. 7
  • 8. kepentingan pengajaran menggunakan kaedah TGFU Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja terlibat secara aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, ia juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pantas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.Menurut, Almy(1984)beliau menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil- kira tujuan bermain.Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan.Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru.Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif.Model TGFU membentuk kemahiran secara menyeluruh dan bebas yang boleh dipindah ke pelbagai sukan.Oleh yang demikian, TGFU amat sesuai dengan pembentukan pemahaman pengajaran kepada sesuatu permainan yang ingin diterapkan kepada kanak-kanak. Kita juga akan melihat TGFU dari perspektif psikologi, Thorpe menganalisis bahawa dalam meletakkan psikologi dalam TGFU sebagai kerangka kerja pendorong.TGFU menekankan pada permainan dan mengarahkan pelajar untuk menemukan permainan itu, yang merupakan modal dalam cabang yakni interaksi sosial, kedamaian sosial, dan mencari teman dengan berharap pelajar dapat mengembangkan peraturan, dan tantangannya untuk dapat mencapai bekerja dengan taktik yang tepat.Kemampuan melatih secara individual atau dalam kelompok kecil, sebagai pemangkin pelajar dapat bekerjasama dengan yang lain dalam usaha membantu perkembangan pemikiran.Di dalam TGFU, pelajar dapat menghalusi dan mengembangkan penampilan mereka sendiri dalam situasi permainan yang secara berperingkat, di bawah bimbingan guru, berkembang ke arah permainan dewasa yang lebih canggih. Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang memiliki pemahaman yang positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi.Dalam “target games” yang terdapat dalam model TGFU, para pelajar didorong mengembangkan kesadaran taktikal dan kemampuan pembuatan keputusan manakala hal ini menjadi orientasi utama dalam pengajaran.Target games merupakan permainan yang menuntut konsentrasi, ketenangan, fokus, dan ketelitian yang tinggi dalam permainannya. Apabila aktiviti “target games” dilakukan maka akan terbentuk sifat-sifat yang terdapat dalam “target games”. Setelah konsep diri pelajar terbentuk dari aktiviti “target games memberikan kekuatan mental yang mendorong terjadinya proses pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat 8
  • 9. Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah TGFU. Pendekatan tradisional Menggunakan prinsip pengajaran tradisional. Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan. Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran khas. Ciri-ciri pendekatan tradisional. Kurikulum yang ditetapkan Mementingkan pengajaran Guru menentukan tugas Tugasan diberikan kepada pelajar Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru Mengukur pengajaran mengikut gred. Pendekatan TGFU 1. Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. 2. Apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. 3. Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak lawan. 4. Membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan. 5. Pendekatan ini berkonsepkan ansur- maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai. 9
  • 10. Model Tradisional Model TGFU Perlakuan kemahiran Permainan Lebih mementingkan kepada Permainan merupakan fokus utama dalam pemahaman perlakuan dalam sesuatu setiap permainan aktiviti atau kemahiran yang dipelajari. Lebih mirip kepada permainan yang Ikut Kurikulum yang disediakan. mencabar minda. Permainan Appresiasi Permainan penguasaan hanya pada kemahiran yang Penggunaan taktik dan boleh diubah suai terlalu asas selalunya gagal difahami untuk kemajuan permainan. sepenuhnya oleh pelajar. Prestasi Kesedaran Taktikal Dinilai setelah selesai pengajaran dan Dikuasai semasa permainan dalam usaha pembelajaran atasi pihak lawan.. Buat Keputusan Buat Keputusan Tidak dapat membuat keputusan dan Boleh membuat keputusan sendiri. terlalu mengharapkan kepada guru. Kesedaran Taktikal Perlakuan Kemahiran Dilakukan dalam situasi permainan Berlaku dalam suasana permainan yang sebenar. direka khas, Tahu hasil pendedahan guru Lebih menguasai kerana pemahaman kendiri. 10
  • 11. Rancangan Pengajaran Harian Tarikh : 25.Oktober.2012 Waktu : 7.45 pg – 8.45 pg Bil Murid : 10 orang Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang Kemahiran : Bola Baling Kemahiran : Hantaran Dada Strategi Pengajaran : Pengajaran Kontekstual Peralatan  Bola baling 10 unit  Penanda ( gelung / skittle). Objektif pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat : 1. melakukan hantaran dada dengan tangan lurus ke hadapan dan dan badan menghadap sasaran. 2. Melakukan hantaran dengan kaki kehadapan mengikut lajak selepas hantaran dilakukan. 3. memahami bahawa tangan lurus ke hadapan dan badan menghadap ke sasaran untuk menambah ketepatan. 4. Mengetahui tujuan tangan lurus kehadapan semasa lakuan untuk menambahkan daya. 5. Mengetahui kaki mengikut lajak selepas hantaran untuk menambah ketepan dan daya. 6. menambah keyakinan diri semasa melakukan hantaran dada dan menambah keseronokan semasa bermain. 7. murid dapat membezakan permainan bola baling dengan bola jaring. 8. Murid dapat membuat gambaran mental urutan langkah yang perlu dilakukan semasa melakukan hantaran dada. 9. 11
  • 12. Aktiviti Pengajaran & pembelajaran 1. Guru meminta muridmelakukan hantaran dada dengan tangan lurus ke hadapan dan dan badan menghadap sasaran 2. Kemudian guru meminta murid melakukan hantaran dengan kaki kehadapan mengikut lajak selepas hantaran dilakukan 3. Guru mengedarkan borang semak kendiri kepada murid. 4. Guru meminta respon daripada murid dengan P&P dengan bertanya soalan. 5. Guru memberi pengetahuan umum dan kemahiran 6. Guru memberi murid tugasan dengan meminta mereka mencari artikel bola baling. Refleksi : Semua murid telah mengetahui cara-cara untuk bermain bola baling dengan cara yang betul. 12
  • 13. Permainan berasaskan tgfu Kategori sasaran (target) NAMA PERMAINAN : BALUNG BILANGAN PEMAIN : 3 orang pemain pada satu masa ALATAN : 3 skital besar, 15 gelung rotanl Cara dan peraturan permainan: 1. Ketiga-tiga pemain mesti berada di garisan yang ditetapkan ( sila rujuk rajah) 2. Setiap pemain dibekalkan 5 gelung rotan. 3. Pemain mestilah melontarkan kesemua gelung rotan ke dalam skital yang diletakkan. 4. Pemain yang dapat memasukkan kelima-lima gelung rotan ke dalam skital dan paling cepat menyudahkan kesemuanya akan dikira sebagai pemenang. 5. Permainan ini akan dimainkan secara berulang-ulang dengan 3 orang peserta yang seterusnya. Cara pemarkahan: Setiap gelung yang dapat dimasukkan ke dalam skital akan diberi markah 10 mata. Jika gelung tersasar daripada skital peserta tidak akan mendapat sebarang markah. Pemain yang mendapat mata tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang. Contoh gambar rajah 13
  • 15. BIBLIOGRAFI Buku : Abdul Hafidz Bin Haji Omar.2003.Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan tahun 2. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Sofian Omar Fauzee.2006.Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani. Karisma Publications Sdn.Bhd. Internet: http://www.tgfu.org/ http://www.tgfu.info/ http://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdf 15
  • 16. LAMPIRAN Gambar rajah 1: Model TGFU(Burker & Thorpe) 16
  • 17. Gambar Rajah 2: Elemen taktik 17
  • 18. Gambar rajah 3: Model TGFU 18
  • 19. Gambar rajah 4: klasifikasi permainan 19