SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 25
1
KEBERKESANAN PROGRAM AZAM TANI KE ATAS
KOMUNITI PESISIR DI MALAYSIA
Prof.Dr.Ibrahim Bin Mamat1, Dr.Dara Aisyah Bt H.M.Ali Puteh2
1
Pengarah,2
Felo Penyelidik
Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD)-Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
e-mail : mibrahim@umt.edu.my,d.aisyah@umt.edu.my
ABSTRAK
Program AZAM Taniyang dilancarkan pada akhir tahun 2010 hingga masa kiniadalah satu
program awam yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk miskin
dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.Objektif program AZAM Tani ialah 1)
membantu kumpulan sasar meningkatkan pendapatan, 2) meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang pertanian, dan 3) mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Antara peserta yang terpilih ialah petani, peternak, buruh kasar dan nelayan. Program 1AZAM
merupakan salah satu initiatif kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk
membantu penduduk miskin, keluarga berpendapatan bulanan melibatkan antara RM 460-RM
760, miskin tegar kurang dari RM 430 dan fakir. Kemudahan yang diberikan kepada peserta
AZAM Tani ialah peralatan untuk menangkap ikan seperti sampan, engin bot, pukat, bubu dan
penarik pukat (net hauler), peralatan untuk pemprosesan makanan seperti keropok lekor dan
ketuhar untuk buat kuih, dan peralatan untuk memulakan perniagaan hasil pertanian seperti
motorcar roda tiga. Walaupun terdapat jenis aktiviti ekonomi yang tidak bersifat pertanian,
nama program masih kekal sebagai program AZAM Tani sebab peralatan atau bantuan
disalurkan melalui MOA. Semua bantuan AZAM tani bersifat subsidi dan one off. Peserta tidak
dikehendaki membayar balik kos bantuan seperti AZAM Niaga.
Penduduk miskin ialah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 760
per keluarga (sebanyak RM 190 per kapita). Manakala miskin tegar pula adalah mereka yang
berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 460 (RM 110 per kapita). Garis panduan
pelaksanaan program AZAM Tani termasuk 1) jumlah pembiayaan maksimum ialah RM 10,000
seorang, 2) projek yang dipilih hendaklah cepat mengeluarkan hasil, dan 3) projek boleh
dilaksanakan secara kelompok ataupun individu.
* Majelis Professor Negara dan AsosiasiProfesor Indonesia (API) di Institut Pertanian Bogor-Indonesia,
tarikh 4 Disember 2013
2
Pembangunan ekonomi di Malaysia telah dilaksanakan melalui dua Rancangan Malaya (1956-
1960 & 1961-1965) dan 10 Rancangan Malaysia (1966-2015). Tumpuan pembangunan berubah-
ubah dari pengeluaran dan eksport sumber asli pada peringkat awal, kepada pembinaan
prasarana, dan seterusnya perkhidmatan dan pembangunan berasaskan inovasi pada masakini.
Masalah pembangunan di Malaysia ialah bukan pertumbuhan ekonomi, tetapi pengagihan
kekayaan yang tidak saksama. Kelemahan ini telah menyebabkan jurang pendapatan antara
penduduk kaya dengan miskin, antara kaum dan antara wilayah semakin melebar. Matlamat
pembangunan untuk membasmi kemiskinan juga belum tercapai sepenuhnya. Dalam tahun 2012,
sebahagian besar penduduk (sebanyak 40%) masih berada dalam kategori pendapatan rendah
dan lebih kurang 1.7% penduduk keseluruhan masih berada dalam kategori miskin. Manakala
peratusan kemiskinan untuk kumpulan petani dan nelayan jauh lebih tinggi dari 1.7%.
Pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam
kalangan penduduk luar bandar, termasuk kaum nelayan. Antaranya ialah menganjurkan
program latihan teknikal dalam bidang pertanian dan ekonomi, menyediakan sistem kredit
mikro, memberi elaun bantuan sara diri, penyediaan rumah percuma, pembangunan tanah dan
penempatan penduduk miskin, pemberian pelbagai jenis subsidi dan sebagainya. Salah satu
program masakini untuk menghapuskan kemiskinan ialah program 1AZAM. Objektif kertas ini
ialah untuk membincangkan pelaksanaan Program AZAM Tani (salah satu program di bawah
program 1AZAM) dalam kawasan pesisir dan kesannya ke atas kumpulan sasaran iaitu keluarga
nelayan.
Kawasan pesisir (coastal zone) merupakan suatu kawasan yang menjadi rebutan manusia untuk
penempatan, perhubungan dan penjanaan aktiviti ekonomi mereka. Walaupunbegitu, definisi
kawasan ini belum dipersetujui secara mutlak oleh para penulis. Secara amnya, kawasan pesisir
ialah satu zon pertemuan antara udara-air-darat di sekeling benua dan pulau; keluasannya
berubah-ubah mengikut air pasang surut, hakisan pantai, sais ombak, pemendapan pasir dan
aktiviti manusia. Pihak JPS Malaysia menyatakan sempadan kawasan pesisir pantai ialah sejauh
5 km ke sebelah darat (back shore) dan 16.1 km nautika ke sebelah laut. Di Malaysia, sejumlah
73 daerah perikanan dianggap sebagai kawasan pesisir utama kerana mempunyai prasarana yang
3
baik seperti jeti tempat pendaratan ikan laut dalam. Daerah ini merupakan kawasan yang didiami
oleh para nelayan, pekerja dalam industri yang berkaitan, peniaga dan petani.
Sejak dilancarkan, program ini telah membantu seramai 15,700 orang peserta. Daripada jumlah
tersebut, seramai 1,234 keluarga telah berjaya keluar dari kategori miskin dengan purata
pendapatan meningkat di antara RM200 hingga RM2,000 sebulan, malah beberapa peserta telah
berjaya mendapat pendapatan melebihi RM10 ribu sebulan. Selain dari meningkatkan
pendapatan peserta, program ini telah meningkatkan jalinan kerjasama antara agensi, terutama
dalam kalangan agensi di bawah MOA. Seterusnya, hubungan antara rakyat atau penduduk
miskin dengan pegawai kerajaan, dan pemimpin tempatan juga seperti JKKK semakin mesra.
Justeru, peserta bersedia memberi sokongan kepada semua initiatif kerajaan. Kebanyakan peserta
program AZAM tani menerima insuran perlindungan percuma dari AgroBank. Skim ini telah
menimbulkan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya perlindungan insuran, lebih-lebih
lagi apabila mereka terlibat dengan pekerjaan yang menggunakan peralatan merbahaya seperti
engin. Secara keseluruhannya, penduduk yang menjadi peserta telah berubah menjadi satu
kumpulan penduduk yang tinggi kualiti modal insan mereka. Mereka telah dilatih dalam pelbagai
bidang termasuk literasi kewangan, keusahawan dan motivasi. Mereka akhirnya menjadi
sekumpulan penduduk yang produktif dan bersahsiah tinggi.
Pengenalan
Pembangunan ekonomi Malaysia dilaksanakan secara terancang sejak sebelum merdeka lagi.
Pembangunan terancang bermula dari Rancangan Malaya Pertama (1956-60). Selepas merdeka,
pembangunan ekonomi dipacu oleh 10 rancangan pembangunan lima tahun Malaysia yang
bermula dari Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) hingga Rancangan Malaysia ke Sepuluh
(2011-15) sekarang. Tumpuan pembangunan berubah-ubah mengikut masa. Pada awalnya,
pembangunan Malaysia tertumpu kepada pengeluaran dan ekspot sumber asli seperti biji timah,
getah dan kayu-kayuan, pembangunan prasarana kepada pembangunan pertanian, industri dan
perkhidmatan terutama pelancongan.
4
Masalah utama pembangunan di Malaysia bukan terhad kepada produktiviti penduduk yang
rendah, tetapi yang lebih penting ialah pengagihan kekayaan Negara yang tidak serata. Jurang
antara penduduk kaya dan miskin telah menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga tercetus
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah dijadikan asas kepada penggubalan Dasar
Ekonomi Baharu (DEB) (1971-1990) yang menekankan kepada pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan kekayaan yang lebih adil di antara kaum. Tujuan DEB ialah untuk membetulkan
kepincangan masyarakat Malaysia. Walau bagaimana pun, di penghujung tempoh DEB, iaitu
selepas 20 tahun dilaksanakan, kaum bumiputra masih belum mencapai sasaran iaitu memiliki
sekurang-kurangnya 30% kekayaan Negara. Namun begitu, kadar kemiskinanan keseluruhan
penduduk dapat dikurangkan sedikit dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 16.7% pada tahun
1990. Kadar kemiskinan cuba diturunkan lagi dibawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN
(1991-2000) dengan memantapkan syarikat bumiputra dalam pelbagai industri dan
perdagangan.Dasar pembangunan disambung lagi dengan penggubalan Dasar Wawasan Negara
(2001-2010) untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berupaya bersaing dalam pasaran
global.
Kedua-dua DPN dan DWN dirangkumkan dibawah satu wawasan yang dinamakan Wawasan
2020 (1991-2020), yang memerlukan tempoh 30 tahun lagi (selepas DEB) untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah Negara industri yang membangunmenjelang tahun 2020. Antara ciri
kemajuan yang ingin dicapai ialah penduduk Malaysia mempunyai pendapatan tinggi, manakala
ekonomi Negara pula akan berasaskan teknologi, inovasi dan perdagangan terbuka. Namun,
ramai penyelidik masih ragu-ragu sama ada matlamat Wawasan 2020 dapat dicapai kerana
jurang pendapatan antara kaum dan antara yang kaya dengan yang miskin semakin membesar.
Indek Kadar Gini juga bertambah dari 0.452 kepada 0.462, sehinggakan the United Nations
Development Programme (UNDP) menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang paling
teruk di kalangan ASEAN dari aspek pengagihan kekayaan (Chander, 2013).Pada tahun 2012,
seramai 40% penduduk kategori terbawah memiiliki hanya 13.5 % dari jumlah pendapatan, trens
yang menurun dari 14 % pada tahun 2000. Masalah ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan
seperti kronism, rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran yang telah berlaku dalam tempoh
DEB masihwujud dan berulang lagi semasa Wawasan 2020.
5
Walaupun kadar kemiskinan keseluruhan telah berjaya dikurangkan, namun sektor pertanian dan
perikanan masih lagi mempunyai insiden kemiskinan yang tinggi. Hakikat ini telah diakui oleh
pihak Bank Dunia yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang
Berjaya, namun masih terdapat masyarakat petani, penternak dan nelayan yang masih belum
mengecapi nikmat pembangunan tersebut seolah-olah mereka berada di pinggiran proses
pembangunan negara (Muhyiddin, 2004). Banyak program telah dilaksanakan untuk
meningkatkan pendapatan penduduk miskin termasuk memberi latihan dalam pelbagai bidang
teknikal, menyediakan sistem kredit mikro, penyediaan rumah percuma, menjadikan pertanian
sebagai satu perniagaan, menyalurkan pelbagai jenis subsidi dan sebagainya. Namun,
kemiskinan tidak juga dapat dihapuskan. Salah satu program yang hangat diperbincangkan
masakini untuk menghapuskan kemiskinan ialah program 1AZAM.
Objektif kertas ini ialah untuk membincangkan pelaksanaan Program AZAM Tani (di bawah
program 1AZAM) dalam kawasan pesisir dan kesannya keatas kumpulan sasaran iaitu keluarga
nelayan.
Penilaian Keberkesanan Program
Penilaian program adalah kajian formal yang melibatkan analisis yang sistematik terhadap
sesuatu program dengan tujuan mendapat gambaran sebenar mengenai pencapaian,
keberkesanan, dan kecekapannya. Oleh itu, Semua program pembangunan yang dilaksanakan
oleh pihak pemerintah semestinya dinilai keberkesanannya supaya semua pihak mengetahui
samaada objektif program sudah dicapai atau sebaliknya. Antara criteria penilaian program yang
boleh digunapakai termasuk kecekapan, kerelevanan, pengagihan faedah, kelestarian, tindak
balas awam dan kualiti produk (Pollitt, 2002).
Sesetengah pengkaji pula menggunakan produktiviti sebagai pengukur untuk menilai sesuatu
program. Produktiviti adalah nisbah input kepada output (Shafritz & Russell, 2003). Konsep
produktiviti pula dapat diperluaskan hingga bukan sahaja meliputi keberkesanan tetapi juga
ukuran keberkesanan itu sendiri iaitu sejauh mana hasil yang diharapkan itu memenuhi sasaran
sehingga perubahan yang signifikan dapat dikesan (Perry, 1989).
6
Sehubungan dengan kenyatan betapa pentingnya penilaian program dilaksanakan, kertas ini
bertujuan untuk menilai pencapaian program AZAM Tani di Malaysia dalam meningkatkan
pendapatan penduduk pesisir dan seterusnya menentukan sama ada program ini telah berjaya
mengeluarkan mereka dari kategori penduduk miskin. Penilaian akan dibuat berdasarkan
pertambahan pendapatan bulanan peserta dengan cara membandingkan pendapatan sebelum
menyertai program dengan pendapatan semasa atau selepas menjadi peserta program AZAM
Tani.
Komuniti Pesisir
Wilayah pesisir (coastal zone) adalah merupakan suatu kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan
manusia untuk penempatan dan menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi mereka. Walaupun
menjadi kawasan tumpuan dan rebutan, namun kawasan ini tidak mempunyai satu tafsiran yang
konkrit. Justeru, definisi wilayah persisir pantai adalah berbeza-beza mengikut negara, agensi
yang terlibat atau dari segi perspektif penulis. Dari perspektif geomorfologi, wilayah pesisir
didefinisikan sebagai satu zon pertemuan antara udara-air-darat di sekeling benua dan pulau.
Keluasan wilayah pesisir merangkumi kawasan daratan dan lautan; luas di sebelah daratan
bergantung kepada jarak maksimum sea-spray dan luas sebelah lautan pula melangkaui sehingga
the continental shelf.
Definisi berdasarkan geomorfologi ini disokong oleh Dahuri, et. al., 2001 yang menyatakan
wilayah pesisir pantai adalah wilayah transisi yang menandai tempat persempadanan antara
wilayah daratan dan laut atau sebaliknya. Garis sempadan atau tempat di mana darat dan laut
bertemu adalah berubah-ubah mengikut air pasang surut, hakisan pantai, sais ombak,
pemendapan pasir dan aktiviti manusia. Manakala Pihak Jabatan Parit dan Saliran Malaysia
(2010) pula telah menetapkan sempadan kawasan pesisir pantai iaitu sejauh 5 km ke sebelah
darat (back shore) dan 16.1 km nautika ke sebelah laut bermula dari paras purata air pasang
perdani (shore front). Kawasan di sebelah darat merangkumi sungai dan rizab air hingga ke
kawasan yang dipengaruhi oleh air masin.
Manakala Di Australia pula, tafsiran kawasan pesisir terkandung dalam Akta Pengurusan dan
Perlindungan Pesisir Pantai di sana. Akta ini menyatakan bahawa wilayah pesisir merangkumi
7
semua kawasan sebelah darat perairan pantai di mana terdapat ciri-ciri fizikal, ekologi atau
proses semula jadi atau aktiviti manusia yang menjejaskan atau berpotensi memberikan impak
kepada pantai dan sumber pantai. Kawasan pesisir tidak termasuk kawasan air di laut.
Definisi wilayah pesisir boleh juga dibuat mengikut pendekatan atau perspektif
ekonomi.Perspektif ekonomi mendefinisikan wilayah pesisir sebagai suatu kawasan di mana
penduduknya bergantung kepada ikan sebagai sumber makanan, manakala pihak industri pula
menggunakan pelabuhan untuk pengangkutan.
Malaysia mempunyai sejumlah 73 daerah perikanan yang merupakan wilayah pesisir. Pecahan
daerah perikanan mengikut kawasan ialah 41 daerah perikanan di Semenanjung Malaysia, 15 di
Sarawak dan 17 di Sabah (sila rujuk Peta 1, Lamipan A). Lampiran A menunjukkan Negeri
Terengganu sahaja mempunyai kawasan pesisir yang berpasir, jalur pantai sepanjang 225 km dan
7 daerah perikanan.Daerah ini merupakan kawasan yang didiami oleh para nelayan, justeru pihak
kerajaan seperti Lembaga Kemajian Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan menyediakan
pelbagai kemudahan untuk mereka seperti pembinaan kompleks pendaratan dan pemasaran ikan.
Komuniti nelayan merupakan kumpulan komuniti yang pekerjaannya melaut untuk menangkap
ikan, sebahagian hasil tangkapan tersebut digunakan untuk keperluan sendiri atau untuk dijual.
Dalam tahun 2009, bilangan nelayan yang berdaftar di Semenanjung Malaysia ialah seramai
83,873 orang.Selain dari itu, ada juga penduduk dalam wilayah pesisir bekerja sebagai awak-
awak atau buruk upahan untuk menangkap ikan.
Nelayan pesisir pantai adalah komuniti yang tinggal dan hidup berhampiran dengan pantai.
Sebahagian penduduk bergantung kepada sumber laut dan mengusahakannya secara langsung
mahupun tidak langsung. Sebahagian besar penduduk pesisir pantai bekerja sebagai nelayan,
pekerja dalam industri yang berkait dengan pemprosesan sumber laut, peniaga dan petani.
Kumpulan komuniti nelayan merupakan kumpulan utama dan unsur terpenting bagi kewujudan
komuniti pesisir pantai (Kusnadi, 2006).
Beberapa kajian lepas mengenai komuniti pesisir di Malaysia seperti Kajian oleh Firth (1940an
dan 1960an), Ungku Aziz (1950an), Ishak (1980an), Tengku Mahmud (1990an) dan Nor Hayati
8
(2000-an) telah menjelaskan ciri-ciri masyarakat pesisir dan mengenalpasti pelbagai masalah
yang dihadapi penduduk.Nor Hayati dan Roslina, 2013 menyatakan bahawa antara ciri
masyarakat nelayan ialah mereka masih bergantung hidup sepenuhnya kepada alam semula jadi
yang menyebabkan keadaan hidup dan persekitaran mereka mempunyai kelain berbanding
komuniti lain di Malaysia. ManakalaFifth, 1945 pula menjelaskan bahawa nelayan menghadapi
masalah produktiviti yang rendah. Mereka tidakmenggunakan teknologi moden dan kekurangan
modal untuk menjadi usahawan. Oleh yang demikian, mereka terus berada dalam kategori
komuniti miskin.
Nor Hayati dan Roslina, (2013) merumus kajian Ungku Aziz tahun 1987 tentang komuniti
pesisir di Beserah, Pahang dengan menyatakan bahawa nelayan menjadi miskin kerana
penindasan orang tengah. Berbeza sedikit dengan komuniti nelayan di Perupok, Kelantan di
mana nelayan mula keluar dari putaran ganas kemiskinan dengan mempelbagaikan punca
pendapatan. Mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada penangkapan ikan,sebaliknya mereka
juga menanam tembakau sebagai aktiviti sampingan yang dapat memberi hasil yang lumayan.
Walaupun penduduk pesisir berkerja dalam lingkungan perikanan, namun ciri-ciri
kemasyarakatannya adalah heterogen dan memiliki stratifikasi sosial tersendiri. Struktur sosial
teratas biasanya terdiri daripada para pemodal dan pemilik kapal laut dalam, diikuti oleh
kumpulan menengah iaitu juragan yang berpengetahuan dan berpengalaman yang berperanan
sebagai kapten kapal. Selain dari juragan, peraih atau orang tengah yang membeli dan menjual
ikan dalam kawasan pendaratan ikan juga dianggap sebagai kumpulan menengah. Pengusaha
didalam memproses hasil laut seperti pengilang keropok, pengusaha ikan kering dan sebagainya
juga termasuk dalam ketegori kelas menengah. Manakala kumpulan sosial paling bawah terdiri
dari nelayan tradisional dan buruh nelayan.
Sebagai perbandingan secara sepintas lalu, ciri-ciri komuniti pesisir di Indonesia tidak banyak
berbezadengan profil penduduk pesisir di Malaysia. Indonesia mempunyai seramai 16.4 juta
penduduk yang mendiami 8,090 buah desa pesisir. Rata-rata mereka bekerja sebagai nelayan,
nelayan buruh, pedagang hasil laut, pemodal dan pengusaha-pengusaha lain yang punca
pendapatan mereka bergantung kepada perikanan dan kelautan seperti pelancongan (PT.
9
Gandamega Serasi, 2012).Sebanyak 32% keluarga pesisir keselurahannyamasih berada di bawah
paras kemiskinan.Dalam masyarakat yang sama, kemiskinanan dalam kalangan keluarga nelayan
yang masih miskin adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 70%. Banyak sudah pengkaji
mengemukakan penyebab kemiskinan dan resolusi untuk mengatasinya.
Antara penyebab kemiskinan komuniti pesisir di Indonesia ialah pendapatan nelayan bergantung
kepada musim yang tidak menentu dan bersifat harian di mana mereka sulit untuk merencanakan
perbelanjaan keluarga. Implikasinya, mereka terpaksa berhutang dan tidak berupaya menabung.
Faktor lain yang menyebabkan kemiskinan ialah taraf pendidikan yang rendah dan sifat produk
(hasil laut) yang mudah rosak, sehingga kuasa menentukan harga berada ditangan pedagang.
Manakala buruh nelayan pula (anak buah kapal) diberi bahagian atau upah yang kecil, sedangkan
pemilik kapal yang tinggal di daratan mendapat bahagian yang jauh lebih besar. Sistem
pembahagian hasil tangkapan jelas tidak adil. Komuniti nelayan terus menjadi miskin kerana
tidak banyak peluang perniagaan yang wujud dalam wilayah pesisir. Ditambah pula dengan
masalah sumber laut yang dikatakan semakin berkurangan dan ketiadaan prasarana seperti jeti
untuk pendaratan ikan. Statistik tahun 2002, Indonesia mempunyai potensi sumber ikan sebayak
6,258 juta tan setahun; 4,400 juta tan dari perairan territorial dan perairan wilayah, dan 1,858 juta
tan dari perairan ZEEI (PT. Gandamega Serasi, 2012). Jika diambilkira bilangan nelayan dalam
tahun 2002 (3.8 juta orang) dan jumlah hari kelaut dalam setahun (200 hari setahun), maka
produktivi nelayan dianggap sangat rendah iaitu sebanyak 6.63 kg ikan per orang per hari sahaja.
Produktivi yang rendah dan persaingan hebat untuk merebut sumber yang terhad juga menjadi
penyebab kemiskinan dalam kalangan nelayan.
Sama ada di Malaysia atau Indonesia, kawasan pesisir merupakan suatu kawasan yang sentiasa
menjadi tumpuan penduduk dan pendatang untuk penempatan dan melaksanakan pelbagai
aktiviti ekonomi mereka. Kawasan pesisir merupakan tempat di mana wujudnya tamaddun awal.
Sejarah telah membuktikan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto telah wujud di pesisir
Malaysia seawal abad ke-2 Masihi lagi. Pada awal abad ke-15 pula, Kesultanan Melaka wujud di
Selat Melaka dan telah menarik minat penjajah Portugis dalam tahun 1511, diikuti oleh Belanda
dan British. Bandar-bandar besar seperti Kuala Terengganu, Kuantan dan Johor Baharu juga
10
terletak dalam wilayah pesisir. Walaupun menjadi tempat bertapaknya tamadun awal, kawasan
pesisir juga merupakan suatu kawasan sensitif dan terdedah kepada unsur luar seperti pengaruh
negatif budaya asing yang boleh mencemarkan budaya tempatan. Di samping itu, pengaruh luar
juga boleh membawa gejala sosial seperti kemasukan dadah melalui awak-awak perikanan laut
dalam dan para pelancong di pulau peranginan.
Program AZAM Tani
1. Latar Belakang Program
Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) mempunyai empat program iaitu AZAM Kerja
(penempatan pekerjaan), AZAM Niaga (menyedia peluang perniagaan), AZAM Khidmat
(bidang perkhidmatan) dan AZAM Tani (berasaskan pertanian). Program 1AZAM ini
dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak tahun
2010. Progam 1AZAM merupakan satu program transformasi kerajaan di bawah Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatan pendapatan golongan miskin dan miskin
tegar yang bermatlamat membasmi kemiskinan.
Kementeriam Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dilantik sebagai champion bagi
menggendalikan Program Azam Tani. Agensi di bawah MOA seperti LKIM, MARDI, KADA,
MADA, LPP dan sebagainya dijadikanlead agency bagi sesuatu negeri atau kawasan untuk
melaksanakan program AZAM Tani.
Program AZAM Tani adalah satu program pembasmian kemiskinan dalam kalangan penduduk
miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.Objektif program AZAM Tani
ialah 1) membantu kumpulan sasar meningkatkan pendapatan, 2) meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang pertanian, dan 3) mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Sistem e-Kasih (sistem maklumat kemiskinan Negara) ialah satu pengkalan data mengenai
penduduk miskin di seluruh Malaysia yang mula dibangunkan dalam tahun 2007. Objektif e-
Kasih ialah untuk membantu pihak kerajaan merancang, melaksana dan memantau program
11
pembasmian kemiskinan. Sehingga bulan Januari 2011, terdapat seramai 67,033 (0.83%) ketua
isi rumah telah mendaftar dalam sistem e-Kasih (Kamarudin dan Shahriman, 2013).
Fenomena kemiskinan diukur melalui pendapatansebulan isi rumah. Kategori penduduk miskin
ialah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 760 per
keluarga(sebanyak RM 190 per kapita). Manakala miskin tegarpula adalah mereka yang
berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 460(RM 110per kapita). Skop projek
AZAM Tani termasuk 1) jumlah pembiayaan maksimum ialah RM 10,000 seorang. Kos ini
meliputi kos projek, 5% kos latihan, dan 5% kos elaun tuntutan perjalanan pegawai pemantau,
2) projek yang dipilih hendaklah cepat mengeluarkan hasil, berdaya maju dan berdaya tahan, dan
3) projek boleh dilaksanakan secara kelompok ataupun individu yang berdasarkan minat dan
kemahiran peserta.
2. Pelaksanaan Program
i. Projek-projek AZAM Tani yang dilaksana secara individu hendaklah memberi
tumpuan kepada jenis-jenis projek yang mengeluarkan hasil dalam tempoh
pendek (Quick Win Project) iaitu diantara 3 hingga 6 bulan pelaksanaannya.
ii. Projek yang dilaksana di dalam kelompok komuniti, boleh dipertimbangkan untuk
melaksana kombinasi projek jangka panjang dan projek jangka pendek (Quick
Win) iaitu agihan 50-50 daripada kadar bantuan setiap peserta.
iii. Bagi projek yang dilaksana secara individu, keutamaan hendaklah diberi kepada
peserta yang produktif. Pemilihan projek hendaklah berdasar kepada minat,
pengalaman dan kemahiran peserta.
iv. Manakala bagi projek berkelompok, dimana peserta hanya penerima dividen
pelaksanaan projek, keutamaan hendaklah mencapai nilai bantuan maksimum
RM10,000 kerana ia bergantung kepada jenis projek.
12
v. Kos bagi projek peralatan menangkap ikan seperti bot, enjin dan pukat,
berkemungkinan melebihi kadar bantuan maksimum RM10,000. Bagi projek ini,
jabatan dan agensi pelaksana hendaklah mendapat kelulusan khas daripada
Kementerian sebelum perolehan peralatan dilaksanakan.
vi. Jabatan dan agensi pelaksana yang menjalankan kerja-kerja pemantauan projek
boleh mengenakan caj khidmat pengurusan tidak melebihi 5% atau RM500
daripada kos projek bagi tujuan perbelanjaan kos operasi dan kos lain yang
telah diluluskan oleh Jawatankuasa AZAM Tani dengan syarat ia adalah selaras
dengan peraturan kewangan sedia ada.
vii. Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk mesin peralatan, input
pertanian/ benih-benih tanaman dan ternakan, bengkel/ ruangniaga, kos
pengeluaran/ bahan mentah/ kos operasi, latihan teknikal, latihan motivasi/
jatidiri, latihan pengurusan kewangan, bimbingan serta kos khidmat pengurusan
yang disampaikan melalui agensi pelaksana.
viii. Kos pelaksanaan projek (in-kind) seperti kos peralatan, mesin, bengkel/
ruangniaga, bahan mentah, modal pembangunan dan operasi adalah tertakluk
kepada kadar bantuan maksimum RM10,000. Bagi projek yang bernilai melebihi
RM10,000, jabatan dan agensi pelaksana hendaklah memajukan kertas cadangan
pelaksanaan projek berkelompok/ berkomuniti untuk pertimbangan Kementerian.
ix. Jabatan dan agensi yang memberikan bantuan berbentuk peralatan menangkap
ikan hendaklah memastikan peserta mempunyai lesen menangkap ikan. Jabatan
dan agensi perlu memajukan permohonan lesen menangkap ikan untuk
peserta e-Kasih/projek AZAM Tani kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan
Malaysia.
3. Pemantauan Program
i. Jabatan dan agensi pelaksana perlu mula melaporkan kemajuan fizikal dan
kewangan projek kepada Kementerian sebaik sahaja peruntukan projek diterima.
13
Laporan ini hendaklah dilaporkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Projek AZAM Tani yang diadakan setiap bulan.
ii. Laporan penyata kewangan projek yang berakhir pada 30 Jun dan Disember perlu
dikemukakan kepada Kementerian selewatnya pada 31 Julai dan 31 Januari
berikutnya.
iii. Sekiranya terdapat sebarang isu dan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan
projek, laporkan segera kepada Kementerian untuk tindakan lanjut.
iv. Prestasi kemajuan projek yang dilaksana secara komersil/berkelompok oleh
jabatan dan agensi pelaksana perlu dipantau dan dikawalselia oleh satu
Jawatankuasa Pemandu Projek (peringkat agensi pelaksana ibupejabat).
Jawatankuasa tersebut perlu mengadakan mesyuarat sekurangnya tiga (3) bulan
sekali dan turut disertai wakil daripada Kementerian. Jawatankuasa ini
berperanan memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan membuat
pemantauan serta pelaporan setiap bulan.
v. Jabatan dan agensi pelaksana perlu menggantikan peserta asal projek dengan
peserta baru yang berkelayakan jika peserta asal mempunyai masalah seperti
telah berpindah negeri, tidak berminat lagi, tidak dapat dikesan atau tidak layak.
Penggantian peserta perlu dilaporkan kepada Kementeriandengan segera
dengan memaklumkan maklumat peserta-peserta yang terlibat dengan perubahan
tersebut.
vi. Jabatan dan agensi pelaksana perlu mempertimbangkan penggantian Ketua Isi
Rumah (KIR) yang meninggal dunia dengan Ahli Isi Rumah (AIR) yang layak
memandangkan ahli keluarga tersebut masih memerlukan sumber kewangan bagi
meneruskan kehidupan. Penggantian ini hendaklah dilaporkan kepada pihak
JPP/PPPN untuk proses pertukaran status AIR kepada KIR di dalam sistem e-
Kasih.
14
vii. Peserta baru yang digantikan mengikut syarat yang ditetapkan secara automatik
akanbertanggungjawab ke atas aset/ premis/ mesin/ peralatan bantuan.
4. Penilaian Program
i. Jabatan dan agensi pelaksana bertanggungjawab memastikan maklumat bantuan
projek ekonomi ini dikemaskini ke dalam sistem e-Kasih dalam tempoh
selewatnya sebulan selepas persetujuan jenis projek yang akan dilaksanakan oleh
peserta.
ii. Jabatan dan agensi pelaksana juga bertanggungjawab untuk mengemaskini
maklumat pendapatan hasil projek ke dalam sistem e-Kasih sekurang-
kurangnya 3 bulan sekali. Ini bagi memastikan impak projek kepada peserta dapat
dilaporkan kepada stakeholdersyang berminat.
iii. Peserta projek AZAM Tani yang berjaya meningkatkan pendapatan keluarga,
terkeluar daripada garis kemiskinan dan berdaya maju hendaklah dikenalpasti
dan dibimbing untuk berkongsi pengalaman dan menjadi mentor kepada peserta
baru.
Pencapaian dan Kesan Program AZAM Tani
Sejak Program 1AZAMdilancarkan pada akhir tahun 2010 hingga masa kini,pihak Kerajaan
telah menyediakan pelbagai peluangmenjana pendapatan kepada golongan berpendapatanrendah.
Antara program di bawah inisiatif ini adalah AzamKerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam
Khidmat. Untuk ini,Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 400 juta untuk memberi
manfaatkepada 58,330 orang peserta.
Manakala bagi program AZAM Tani sahaja, kerajaan telah mensasarkan seramai 15,700 orang
peserta yang diagihkan kepada 11 buah agensi di bawah MOA (sila rujuk Jadual 1).
15
Jadual 1: Bilangan Peserta AZAM Tani (Kuota) Mengikut Jabatan/ Agensi dan Tahun
Bil Jabatan/ Agensi Bilangan Peserta
2011
Bilangan Peserta
2012
Bilangan Peserta
2013
1 DOA 1,400 450
400
2 DOF 700 400
350
3 DVS 900 400
250
4 FAMA 197 400
350
5 MARDI 800 460
450
6 LPP 1,150 470
450
7 LKIM 1,000 600
400
8 MADA 600 200
250
9 KADA 650 120
150
10 LPNM 600 300
250
11 TEKUN 203 200
200
Jumlah 8,200 4,000 3,500
(Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/MOA)
16
Pelbagai projek tani telah dilaksanakan dalam semua kawasan, terutama kampung traditional dan
kawasan pesisir. Antara peserta yang terpilih ialah petani, peternak, buruh kasar dan nelayan.
Antara kemudahan yang diberikan kepada peserta ialah peralatan untuk menangkap ikan seperti
sampan, engin bot, pukat, bubu dan penarik pukat (net hauler), peralatan untuk pemprosesan
makanan seperti keropok lekor dan oven untuk buat kuih, dan peralatan untuk memulakan
perniagaan hasil pertanian seperti motorcar roda tiga. Peserta menjalankan pelbagai projek yang
berkonsepkan quick win di mana projek yang dipilih berupaya mendatangkan hasil dengan cepat
iaitu dalam tempoh antara 3 hingga 6 bulan.
Semasa perlaksanaan program AZAM tani, pelbagai isu telah dihadapi oleh agensi pelaksana.
Antaranya ialah peserta yang dipilih tidak menepati sasaran walaupun proses pemilihan telah
melalui satu saringan yang teliti dan mendapat persetujuan JKKK. Sebagai contoh, bantuan
peralatan menangkap ikan kepada peserta nelayan hanya diberikan kepada mereka yang
mempunyai kad nelayan (nelayan tulen) sahaja. Bantuan ini diluluskan setelah pegawai
pelaksana membuat satu bancian dan penelitian ke atas calon peserta dengan persetujuan JKKK.
Persatuan nelayan kawasan tidak terlibat dalam pemilihan peserta dan pelaksanaan program
AZAM Tani.
Selain dari itu, sebilangan peserta tidak mempunyai maklumat yang lengkap seperti number kad
pengenalan yang betul. Sesetengah peserta pula tidak termasuk dalam kategori ketua isi rumah
(KIR); mereka hanya sebagai ahli isi rumah.Banyak projek yang diceburi peserta tidak bersifat
atau tidak berkait dengan pertanian. Walaupun jenis aktiviti ekonomi tidak bersifat pertanian,
nama program masih kekal sebagai program AZAM Tani dengan alasan bantuan tersebut
disalurkan melalui MOA. Semua bantuan AZAM tani bersifat subsidi dan one off. Peserta tidak
dikehendaki membayar balik kos bantuan seperti AZAM Niaga.
Setakat ini, program AZAM Tani ini telah berjaya mengeluarkan seramai 5,280 keluarga (2,400
dalam tahun 2012 dan 2,880 dalam tahun 2013) daripada garis kemiskinan (dari senarai e-kasih)
dengan purata pendapatan meningkat di antara RM 200 hingga RM 2,000 sebulan, malah
beberapa peserta telah berjaya mendapat pendapatan melebihi RM 10 ribu sebulan. Kebanyakan
mereka telah berjaya meningkatkan pendapatankeluarga sebanyak RM 300 sebulan selama tiga
bulan berturut-turut.Kadar kejayaan projek AZAM Tani berbeza-beza mengikut lead agency.
17
Sebagai contoh, dalam tempoh tiga tahun, MARDI telah mengeluarkan 70% daripada jumlah
penerima bantuan dari kategori miskin dengan pendapatan bulanan antara RM 800 hingga RM
1,500 sebulan (Berita Harian, 7 Oktober 2013). Ini menunjukan program AZAM Tani berjaya
meningkatkan pendapatan penduduk miskin dan mempunyai daya tahan yang baik.
Selain dari berjaya meningkatkan pendapatan,program AZAM Tani juga telah menghasilkan
pelbagai kesan positif. Antara kesan sampingan yang positif ialah tahap kerjasama antara agensi,
terutama dalam kalangan agensi dan jabatan di bawah MOA menjadi semakin erat. Hubungan
antara rakyat atau penduduk miskin dengan pegawai kerajaan, dan pemimpin tempatan seperti
JKKK juga semakin mesra. Justeru, mereka sedia memberi sokongan kepada semua initiatif
kerajaan.
Kebanyakan peserta program AZAM Tani menerima insuran dari AgroBank. Kos insuran ialah
RM 50 per tahun telah diberi percuma oleh pihak Bank untuk tahun pertama sahaja. Skim ini
telah menimbulkan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya perlindungan insuran, lebih-
lebih lagi apabila mereka terlibat dengan pekerjaan yang menggunakan peralatan merbahaya
seperti engin.
Secara keseluruhannya, penduduk miskin yang menjadi peserta telah berubah menjadi satu
kumpulan penduduk yang tinggi kualiti modal insan. Mereka telah dilatih dalam bidang literasi
kewangan, keusahawan dan motivasi. Mereka dibimbing dan dipantau oleh sekumpulan pegawai
pelaksana yang terlatih lagi bertanggungjawab. Akhirnya, penduduk miskin yang dahulunya
menganggur telah berubah menjadipenduduk yang produktif dan bersahsiah tinggi.
Rumusan
Program 1AZAM merupakan salah satu initiatif kerajaan di bawahProgram Transformasi
Ekonomi (ETP) untuk membantu penduduk miskin, keluarga berpendapatan bulanan melibatkan
antara RM 460-RM 760, miskin tegar kurang dari RM 430 dan fakir. ‘Transformasi’ adalah kata
kunci kepada pendekatan baharu ini untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang tidak
berkesudahan.
18
Usaha pembangunan sosioekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan penduduk
berpendapatan rendah menerima pakai falsafah pembangunan luar bandar iaitu melibatkan
kumpulan sasar secara aktif dalam projek pembangunan yang dapat memberi manfaat secara
langsung kepada mereka. Namun proses transformasi adalah agak perlahan. Pembangunan luar
bandar yang berlaku sebelum ini adalah lebih cenderung kepada pembinaan infrastruktur,
kebanyakannya bersaiz mega yang tidak semestinya meningkatkan kualiti hidup kerana kuasa
kewangan penduduk masih lemah akibat kegagalan meningkatkan pendapatan. Ini bermakna
banyak sumber kewangan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun terdahulu telah digunakan
untuk pembinaann infrastruktur, sedangkan taraf hidup rakyat atau sumber manusia berada di
tahap lama. Situasi ini boleh dikaitkan dengan faktor “mismatch” di antara apa yang disediakan
kerajaan dengan apa yang diperlukan oleh rakyat untuk meningkatkan kesejahteraan hidup
mereka. Projek mega dan prasarana tidak berupaya memberi manfaat kepada kebanyakan
penduduk miskin dan berkemahiran rendah.
Ratusan projek ekonomi telah dijalankan yang merangkumi projek pertanian, perikanan,
ternakan, perkhidmatan dan industri kecil. Anggaran hanya sebanyak 30% sahaja yang terlibat
berjaya keluar dari putaran ganas kemiskinan. Di samping itu, masih ramai lagi penduduk yang
benar-benar miskin tidak terlibat dalam sebarang projek ekonomi. Projek-projek ini diselaraskan
oleh beberapa agensi kerajaan. Masalah yang dihadapi di sini ialah kelemahansistem pendaftaran
yang tidak menyeneraikanorang yang benar-benar miskin, kelemahan penyelarasan dan
pemantauan projek yang mampu melahirkan nilai sinergi, projek yang tidak berdaya maju dan
penyelewengan oleh peserta projek. Sebagai contoh, projek pertanian dan perusahaan desa yang
dijalankan secara kecil-kecilan dari segi modal pelaburan, jumlah pekerja,menggunakan
peralatan traditional dan kaedah pengeluaran yang tidak produktif selalunya tidak berdaya maju.
Perusahaan sedemikian menghadapi masalah faktor dalaman (tiada skala pengeluaran, dll) serta
faktor luaran (pembekalan bahan mentah dan pasaran produk tidak stabil). Pengusaha
menghadapi masalah mendapat khidmat nasihat dari aspek pentadbiran, pasaran, teknologi,
pengeluaran dan kewangan. Majorti pengusaha melaksanakan projek secara “trial and
error.”Jangka hayat projek berakhir sebaik sahaja subsidi dihentikan. Trend sedemikian tidak
akan melahirkan penduduk yang cemerlang.
19
Strategi pelengkap untuk memajukan ekonomi pendudukpesisiryang miskin merangkumi
khidmat nasihat termasuk pengembangan, penggabungan perusahaan yang sama (contoh
pembuatan bahan binaan, perabot, makanan ringan) untuk mencapai skala ekonomi, penggunaan
teknologi lebih tinggi, amalan lestari dari segi penggunaan sumber asli seperti kaedah
penangkapan ikan yang dibenarkan dan penerokaan pasaran yang luas.
Untuk keluar dari belenggu kemiskinan, setiap ketua isi rumah miskin mestilah mempunyai lima
jenis modal; modal manusia, fisikal, sosial, sumber asli, dan kewangan. Lima jenis modal ini
membentuk Campuran Aset (Asset Mix)sesebuah isi rumah miskin. Setiap isi rumah miskin
mempunyai aset penghidupan yang berbeza dan penghidupan isirumah dipengaruhi oleh
kepelbagaian aset, jumlah aset dan keseimbangan di antara aset.Kestabilan hidup keluarga juga
dipengaruhi oleh persekitaran yang berada di luar kawalan mereka atau tahap ‘vulnerability’ si
miskin. Ini termasuk kejutan akibat banjir, kemarau, inflasi, faktor musim, trens, perubahan
teknologi, pasaran, dan sebagainya. Setakat manakah si miskin dapat menyesuaikan
perusahannya kepada konteks vulnerability bergantung kepada status lima aset tersebut. Dalam
konteks AZAM Tani, peserta dilindungi insuran tajaan AgroBank.
Dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk yang berpendapatan rendah,
persoalannya,apa lagi yang harus dilakukan? Dasar makro dan mikroekonomi telah digubal,
institusi-institusi pro-kemiskinan telah wujud, prasarana telah dibina, pinjamandan subsidi telah
diberikan, ratusan jenis projek telah dijalankan, dan kadar kemiskinan telah turun dengan
banyak. Namun begitu, kita yakin masih ada lagi beberapa strategi baharuyang boleh
mempercepatkan lagi peningkatan pendapatan yang lebih menyeluruh dan berkekalan.
Bagi mencapai kejayaan yang berkekalan,strategi untuk meningkatkan pendapatan haruslah
berbentuk strategi politik yang disokong oleh tindakan ekonomi dan sosial. Persoalan etika yang
paling mendesak berhubung kemiskinan ialah bagaimana kita dapat mengeksploitasikankuasa
politik yang kita sudah ada bagi meningkatkan pendapatan penduduk miskin?
20
Banyak kajian yang lepas mendapati majoriti daripada kumpulan tidak maju menggunakan
tenaga kerja secara tidak penuh.Bagi mencapai guna tenaga penuh, konsep berkerja sendiri
mestilah diperluaskan. AZAM Tani sememangnya berkonsepkan kerja sendiri. Kerajaan telah
mewujudkan satu mekanisme dengan memberi peluang kepada golongan ini untuk keluar
daripada belenggu kemiskinan dengan melakukannya sendiri. Mereka membantu diri sendiri
dengan mewujudkan perniagaan sendiri. Tindakan yang lebih effektif ialah dengan
memperbanyakkan projek tani yang berbentuk kumpulan. Mereka seharusnya dibangunkan
secara berkumpulan, bukan secara individu. Pembangunan secara berkumpulan dapat mengatasi
banyak masalah yang wujud dalam projek secara kecil-kecilan dan projek bersifat sara diri.
Projek besar lebih ekonomik dan lebih mudah untuk dikomersialkan.
Strategi tambahan untukmeningkatkan pendapatan isi rumah miskin ialah dengan memantapkan
lagi pendekatan multi-disiplin dan multi-kementerian. Pegawai pelaksana AZAM Tani yang
datang dari pelbagai agensi mempunyai pelbagai kemudahan dan kepakaran yang berguna untuk
membantu peserta projek. Mereka juga hendaklah terdiri daripada pegawai yang terlatih dan
100% komited kepada visi untuk membasmi kemiskinan. Mereka mesti mahir dan profesional di
dalam bidang-bidang seperti analisis masalah, mengenalpasti keperluan dan minat penduduk,
perancangan dan pelaksanaan projek, penilaian perbelanjaan awam dan pemantauan penyertaan
golongan miskin dalam projek yang dijalankan.
Usaha murni pihak kerajan untuk membantu secara khusus kumpulan miskin melalui program
1AZAM, termasuk AZAM Tani dapat mengelakkan kumpulan ini dari terus terpinggir. Sebelum
ini, tidak ramai penduduk miskin dilibatkan secara langsung dalam projek pembangunan,
walaupun mereka merupakan penerima pelbagai bentuk subsidi. Kumpulan ini seharusnya diberi
perhatian yang lebih dan pastikan projek untuk mereka berjaya dilaksanakan. Lakukan yang
betul pada pertama kali. Konsep ini perlu diberi perhatian kerana kajian mendapati majoriti
peserta yang gagal dalam projek yang pertama kali diceburi akan menjadikan mereka tawar hati
untuk menyertai projek lain. Oleh itu pemilihan peserta dalam satu-satu projek perlu dilakukan
secara berhati-hati untuk mempastikan hanya mereka yang berminat dan memenuhi semua syarat
sahaja dipilih untuk menyertai projek.
21
Sebagai kesimpulan, bagi mempastikan Negara mencapai kemajuan secara berkekalan, dasar
pembangunan Negara hendaklah berteraskan kepada pembangunan lestari yang bukan sahaja
mementingkan pembinaan prasarana dan pertumbuhan ekonomi, tetapi juga perlindungan
sumber asli dan kesejahteraan penduduk, terutama mereka yang berada di bawah.Penganjuran
program AZAM Tani dalam kawasan pesisir telah membantu meningkatkan pendapatan
komuniti nelayan, tetapi belum cukup untuk mengeluarkan keluarga mereka dari putaran ganas
kemiskinanan. Strategi pembangunan yang berteraskan masyarakat pesisir, sumber pesisir dan
teknologi pesisir telah memberi harapan baru dalam scenario pembangunan desa Malaysia.
Rujukan
Chander, Ramesh. 2013. Abdullah Badawi’s Economic Policies: Between Promise and
Delivery. In Bridget Welsh and James U.H.Chjin (editors), Awakening: The Abdullah
Badawi Years in Malaysia. Strategic Information and Research Development Center,
Petaling jaya, Malaysia.
Dahuri, Rokhmin. et. al. 2001. Pengelolaan Sumber Daya Wilayah Pesisir dan Lautan. Secara
Terpadu. Pradnya Paramita. Jakarta.
Dara Aisyah, Ibrahim Mamat,Noor Fadhiha Mokhtar&Mohamad Arif Awang Nawi. 2013.
Programme of Social Welfare Development among Coastal Community (SPKMP) in
Kuala Terengganu: a Preliminary Assessment on the Performance of the Programme.
Kertas ini akan dibentangkan di 6th International Congress of Environmental Research,
Aurangabad, India, 19-21 Disember 2013.
Firth, R. 1966. Malay Fishermen: The Peasant Economy. 2nd ed. London: Routledge and Kegan
Paul.
Jabatan Parit dan Saliran, Malaysia (2010). http.//www.water.gov.my/
Ishak Shari. 1990. Ekonomi Nelayan: Pengumpulan Modal, Perubahan Teknologi dan
Pembezaan Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
22
Kamarudin Muhamed dan Shahriman Haron, 2013. Poverty Mapping: An Effective Approach in
Determining the Poor Area- Case Study of Johor. Kertas yang tidak diterbitkan.
Kusnadi. 2006. Filosofi Pemberdayaan Masyarakat Pesisir. Bandung: Humaniora.
Muhyiddin Mohd Yassin. 2004. Ucaptama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Persidangan Halatuju Sektor Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian,
http://agrolink.moa.my/ darimejamenteri/exco 520pertanian pada 31/12/2005, Wisma
Tani, Kuala Lumpur.
Nor Hayati Sa’at dan Roslin Ismail. 2013. Wacana Pembangunan Komuniti Nelayan Pesisir
Pantai di Pantai Timur. In Ibrahim Mamat, et. al. (editors), Pembangunan Komuniti
Nelayan dan Sumber Perikanan. Akan diterbitkan oleh Penerbit UMT.
Perry, J.L. 1989. Handbook of Public Administration. Organizational Behavior and Public
Management. San Francisco: Prentice Hall.
Pollitt, C. 2002. The New Public Management in International Perspectives: An Analysis of
Impacts and Effect, in K. McLaughlin, S. Osborne & E. Ferlie. The New Public
Management: Current Trends and Future Prospects. London: Routledge, 274-292.
PT. Gandamega Serasi. 2012. Kajian Dampak Program PEMP. Departmen Kelautan dan
Perikanan, Jakarta Pusat 10110.
Shafritz, J. & Russell, E. 1997. Introduction to Public Administration. New York: Longman.
Tengku Mahmud Mansor. 1996. Konsep Kawasan Pembangunan Nelayan (KPN) Sebagai Satu
Strategi Pembangunan: Satu Kajian Kes KPN di Besut, Terengganu. Tesis Ph.D:
Universiti Malaya [tidak diterbitkan].
Ungku A. Aziz. 1987. Jejak-jejak di Pantai Zaman. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti
Malaya.
23
LAMPIRAN A
Peta 1: Daerah Perikanan Malaysia
24
25

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

I. segmentasi pasar pariwisata
I. segmentasi pasar pariwisataI. segmentasi pasar pariwisata
I. segmentasi pasar pariwisataFX Setiyo Wibowo
 
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale waeProposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale waeLiafatra Thohir
 
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasiNu Rul
 
KD 1 Bahan pengisi kue.pptx
KD 1 Bahan pengisi kue.pptxKD 1 Bahan pengisi kue.pptx
KD 1 Bahan pengisi kue.pptxSiskaIndahPutri
 
Wisata Edukasi & Pramuwisata Edukasi (CHAPERONE)
Wisata Edukasi & Pramuwisata Edukasi (CHAPERONE)Wisata Edukasi & Pramuwisata Edukasi (CHAPERONE)
Wisata Edukasi & Pramuwisata Edukasi (CHAPERONE)Noersal Samad
 
kertas kerja budget cafe
kertas kerja budget cafekertas kerja budget cafe
kertas kerja budget cafeRosedi Ibrahim
 
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baruStrategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baruLSP3I
 
Rekap Kegiatan OSIS.pdf
Rekap Kegiatan OSIS.pdfRekap Kegiatan OSIS.pdf
Rekap Kegiatan OSIS.pdfFajriAnNaba1
 
Laporan Observasi Hotel
Laporan Observasi HotelLaporan Observasi Hotel
Laporan Observasi Hoteleryeryey
 
Surat sumbangan
Surat sumbanganSurat sumbangan
Surat sumbanganfaraara
 
Ceramah protokol
Ceramah protokolCeramah protokol
Ceramah protokolbasiransppa
 
Proposal ijin operasional
Proposal ijin operasionalProposal ijin operasional
Proposal ijin operasionalArya Dinpanggah
 
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)Safiah Sulaiman
 
contoh cara menghitung harga paket wisata
contoh cara menghitung harga paket wisatacontoh cara menghitung harga paket wisata
contoh cara menghitung harga paket wisataNur Agustin Mufarokhah
 
Kertas kerja mini agro
Kertas kerja  mini agroKertas kerja  mini agro
Kertas kerja mini agroRosedi Ibrahim
 

Mais procurados (20)

I. segmentasi pasar pariwisata
I. segmentasi pasar pariwisataI. segmentasi pasar pariwisata
I. segmentasi pasar pariwisata
 
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale waeProposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
 
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
 
KD 1 Bahan pengisi kue.pptx
KD 1 Bahan pengisi kue.pptxKD 1 Bahan pengisi kue.pptx
KD 1 Bahan pengisi kue.pptx
 
Wisata Edukasi & Pramuwisata Edukasi (CHAPERONE)
Wisata Edukasi & Pramuwisata Edukasi (CHAPERONE)Wisata Edukasi & Pramuwisata Edukasi (CHAPERONE)
Wisata Edukasi & Pramuwisata Edukasi (CHAPERONE)
 
Borang permohonan cuti
Borang permohonan cutiBorang permohonan cuti
Borang permohonan cuti
 
kertas kerja budget cafe
kertas kerja budget cafekertas kerja budget cafe
kertas kerja budget cafe
 
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baruStrategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
 
Rekap Kegiatan OSIS.pdf
Rekap Kegiatan OSIS.pdfRekap Kegiatan OSIS.pdf
Rekap Kegiatan OSIS.pdf
 
Laporan Observasi Hotel
Laporan Observasi HotelLaporan Observasi Hotel
Laporan Observasi Hotel
 
Form survey
Form surveyForm survey
Form survey
 
Surat sumbangan
Surat sumbanganSurat sumbangan
Surat sumbangan
 
Ceramah protokol
Ceramah protokolCeramah protokol
Ceramah protokol
 
Proposal ijin operasional
Proposal ijin operasionalProposal ijin operasional
Proposal ijin operasional
 
Pisang coklat
Pisang coklatPisang coklat
Pisang coklat
 
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
 
Suratmintasumbangan ragbi tshirt
Suratmintasumbangan ragbi tshirtSuratmintasumbangan ragbi tshirt
Suratmintasumbangan ragbi tshirt
 
proposal pengajuan dana
proposal pengajuan danaproposal pengajuan dana
proposal pengajuan dana
 
contoh cara menghitung harga paket wisata
contoh cara menghitung harga paket wisatacontoh cara menghitung harga paket wisata
contoh cara menghitung harga paket wisata
 
Kertas kerja mini agro
Kertas kerja  mini agroKertas kerja  mini agro
Kertas kerja mini agro
 

Destaque (6)

Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
UX Workshop
UX WorkshopUX Workshop
UX Workshop
 
Agrobazaar - The customer Experience process
Agrobazaar - The customer Experience processAgrobazaar - The customer Experience process
Agrobazaar - The customer Experience process
 
Tahap 2
Tahap 2Tahap 2
Tahap 2
 
Tahap 3
Tahap 3Tahap 3
Tahap 3
 
Sains pertanian tahap 1
Sains pertanian tahap 1Sains pertanian tahap 1
Sains pertanian tahap 1
 

Semelhante a Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumHeather Strinden
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1Brenda Rachel Marie
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranAsmawi Abdullah
 
03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_barufathizul93
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaNo Name
 
Ekonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarEkonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarNur Az
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanNur Az
 
2017- DASAR WAWASAN NEGARA.pptx
2017- DASAR WAWASAN NEGARA.pptx2017- DASAR WAWASAN NEGARA.pptx
2017- DASAR WAWASAN NEGARA.pptxEppAndyy70
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 
CH8F5F
CH8F5FCH8F5F
CH8F5Fcgsha
 
Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222DORAEMONLINA
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4Muhammad Fansuri
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikErica Leenya
 
RMK ke 10 Student Edition
RMK ke 10 Student Edition RMK ke 10 Student Edition
RMK ke 10 Student Edition farhana zailan
 

Semelhante a Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia (20)

Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
Bab 3.
Bab 3.Bab 3.
Bab 3.
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
 
03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
Ekonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarEkonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandar
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - Kemiskinan
 
2017- DASAR WAWASAN NEGARA.pptx
2017- DASAR WAWASAN NEGARA.pptx2017- DASAR WAWASAN NEGARA.pptx
2017- DASAR WAWASAN NEGARA.pptx
 
Tutorial at
Tutorial atTutorial at
Tutorial at
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Pembangunan wilayah
Pembangunan wilayahPembangunan wilayah
Pembangunan wilayah
 
CH8F5F
CH8F5FCH8F5F
CH8F5F
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
 
Bab 3 pembangunan ekonomi
Bab 3  pembangunan ekonomiBab 3  pembangunan ekonomi
Bab 3 pembangunan ekonomi
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan Etnik
 
RMK ke 10 Student Edition
RMK ke 10 Student Edition RMK ke 10 Student Edition
RMK ke 10 Student Edition
 

Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia

  • 1. 1 KEBERKESANAN PROGRAM AZAM TANI KE ATAS KOMUNITI PESISIR DI MALAYSIA Prof.Dr.Ibrahim Bin Mamat1, Dr.Dara Aisyah Bt H.M.Ali Puteh2 1 Pengarah,2 Felo Penyelidik Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD)-Universiti Malaysia Terengganu (UMT) e-mail : mibrahim@umt.edu.my,d.aisyah@umt.edu.my ABSTRAK Program AZAM Taniyang dilancarkan pada akhir tahun 2010 hingga masa kiniadalah satu program awam yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.Objektif program AZAM Tani ialah 1) membantu kumpulan sasar meningkatkan pendapatan, 2) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian, dan 3) mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Antara peserta yang terpilih ialah petani, peternak, buruh kasar dan nelayan. Program 1AZAM merupakan salah satu initiatif kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk membantu penduduk miskin, keluarga berpendapatan bulanan melibatkan antara RM 460-RM 760, miskin tegar kurang dari RM 430 dan fakir. Kemudahan yang diberikan kepada peserta AZAM Tani ialah peralatan untuk menangkap ikan seperti sampan, engin bot, pukat, bubu dan penarik pukat (net hauler), peralatan untuk pemprosesan makanan seperti keropok lekor dan ketuhar untuk buat kuih, dan peralatan untuk memulakan perniagaan hasil pertanian seperti motorcar roda tiga. Walaupun terdapat jenis aktiviti ekonomi yang tidak bersifat pertanian, nama program masih kekal sebagai program AZAM Tani sebab peralatan atau bantuan disalurkan melalui MOA. Semua bantuan AZAM tani bersifat subsidi dan one off. Peserta tidak dikehendaki membayar balik kos bantuan seperti AZAM Niaga. Penduduk miskin ialah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 760 per keluarga (sebanyak RM 190 per kapita). Manakala miskin tegar pula adalah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 460 (RM 110 per kapita). Garis panduan pelaksanaan program AZAM Tani termasuk 1) jumlah pembiayaan maksimum ialah RM 10,000 seorang, 2) projek yang dipilih hendaklah cepat mengeluarkan hasil, dan 3) projek boleh dilaksanakan secara kelompok ataupun individu. * Majelis Professor Negara dan AsosiasiProfesor Indonesia (API) di Institut Pertanian Bogor-Indonesia, tarikh 4 Disember 2013
  • 2. 2 Pembangunan ekonomi di Malaysia telah dilaksanakan melalui dua Rancangan Malaya (1956- 1960 & 1961-1965) dan 10 Rancangan Malaysia (1966-2015). Tumpuan pembangunan berubah- ubah dari pengeluaran dan eksport sumber asli pada peringkat awal, kepada pembinaan prasarana, dan seterusnya perkhidmatan dan pembangunan berasaskan inovasi pada masakini. Masalah pembangunan di Malaysia ialah bukan pertumbuhan ekonomi, tetapi pengagihan kekayaan yang tidak saksama. Kelemahan ini telah menyebabkan jurang pendapatan antara penduduk kaya dengan miskin, antara kaum dan antara wilayah semakin melebar. Matlamat pembangunan untuk membasmi kemiskinan juga belum tercapai sepenuhnya. Dalam tahun 2012, sebahagian besar penduduk (sebanyak 40%) masih berada dalam kategori pendapatan rendah dan lebih kurang 1.7% penduduk keseluruhan masih berada dalam kategori miskin. Manakala peratusan kemiskinan untuk kumpulan petani dan nelayan jauh lebih tinggi dari 1.7%. Pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar, termasuk kaum nelayan. Antaranya ialah menganjurkan program latihan teknikal dalam bidang pertanian dan ekonomi, menyediakan sistem kredit mikro, memberi elaun bantuan sara diri, penyediaan rumah percuma, pembangunan tanah dan penempatan penduduk miskin, pemberian pelbagai jenis subsidi dan sebagainya. Salah satu program masakini untuk menghapuskan kemiskinan ialah program 1AZAM. Objektif kertas ini ialah untuk membincangkan pelaksanaan Program AZAM Tani (salah satu program di bawah program 1AZAM) dalam kawasan pesisir dan kesannya ke atas kumpulan sasaran iaitu keluarga nelayan. Kawasan pesisir (coastal zone) merupakan suatu kawasan yang menjadi rebutan manusia untuk penempatan, perhubungan dan penjanaan aktiviti ekonomi mereka. Walaupunbegitu, definisi kawasan ini belum dipersetujui secara mutlak oleh para penulis. Secara amnya, kawasan pesisir ialah satu zon pertemuan antara udara-air-darat di sekeling benua dan pulau; keluasannya berubah-ubah mengikut air pasang surut, hakisan pantai, sais ombak, pemendapan pasir dan aktiviti manusia. Pihak JPS Malaysia menyatakan sempadan kawasan pesisir pantai ialah sejauh 5 km ke sebelah darat (back shore) dan 16.1 km nautika ke sebelah laut. Di Malaysia, sejumlah 73 daerah perikanan dianggap sebagai kawasan pesisir utama kerana mempunyai prasarana yang
  • 3. 3 baik seperti jeti tempat pendaratan ikan laut dalam. Daerah ini merupakan kawasan yang didiami oleh para nelayan, pekerja dalam industri yang berkaitan, peniaga dan petani. Sejak dilancarkan, program ini telah membantu seramai 15,700 orang peserta. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,234 keluarga telah berjaya keluar dari kategori miskin dengan purata pendapatan meningkat di antara RM200 hingga RM2,000 sebulan, malah beberapa peserta telah berjaya mendapat pendapatan melebihi RM10 ribu sebulan. Selain dari meningkatkan pendapatan peserta, program ini telah meningkatkan jalinan kerjasama antara agensi, terutama dalam kalangan agensi di bawah MOA. Seterusnya, hubungan antara rakyat atau penduduk miskin dengan pegawai kerajaan, dan pemimpin tempatan juga seperti JKKK semakin mesra. Justeru, peserta bersedia memberi sokongan kepada semua initiatif kerajaan. Kebanyakan peserta program AZAM tani menerima insuran perlindungan percuma dari AgroBank. Skim ini telah menimbulkan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya perlindungan insuran, lebih-lebih lagi apabila mereka terlibat dengan pekerjaan yang menggunakan peralatan merbahaya seperti engin. Secara keseluruhannya, penduduk yang menjadi peserta telah berubah menjadi satu kumpulan penduduk yang tinggi kualiti modal insan mereka. Mereka telah dilatih dalam pelbagai bidang termasuk literasi kewangan, keusahawan dan motivasi. Mereka akhirnya menjadi sekumpulan penduduk yang produktif dan bersahsiah tinggi. Pengenalan Pembangunan ekonomi Malaysia dilaksanakan secara terancang sejak sebelum merdeka lagi. Pembangunan terancang bermula dari Rancangan Malaya Pertama (1956-60). Selepas merdeka, pembangunan ekonomi dipacu oleh 10 rancangan pembangunan lima tahun Malaysia yang bermula dari Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) hingga Rancangan Malaysia ke Sepuluh (2011-15) sekarang. Tumpuan pembangunan berubah-ubah mengikut masa. Pada awalnya, pembangunan Malaysia tertumpu kepada pengeluaran dan ekspot sumber asli seperti biji timah, getah dan kayu-kayuan, pembangunan prasarana kepada pembangunan pertanian, industri dan perkhidmatan terutama pelancongan.
  • 4. 4 Masalah utama pembangunan di Malaysia bukan terhad kepada produktiviti penduduk yang rendah, tetapi yang lebih penting ialah pengagihan kekayaan Negara yang tidak serata. Jurang antara penduduk kaya dan miskin telah menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga tercetus rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah dijadikan asas kepada penggubalan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) (1971-1990) yang menekankan kepada pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan yang lebih adil di antara kaum. Tujuan DEB ialah untuk membetulkan kepincangan masyarakat Malaysia. Walau bagaimana pun, di penghujung tempoh DEB, iaitu selepas 20 tahun dilaksanakan, kaum bumiputra masih belum mencapai sasaran iaitu memiliki sekurang-kurangnya 30% kekayaan Negara. Namun begitu, kadar kemiskinanan keseluruhan penduduk dapat dikurangkan sedikit dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 16.7% pada tahun 1990. Kadar kemiskinan cuba diturunkan lagi dibawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN (1991-2000) dengan memantapkan syarikat bumiputra dalam pelbagai industri dan perdagangan.Dasar pembangunan disambung lagi dengan penggubalan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berupaya bersaing dalam pasaran global. Kedua-dua DPN dan DWN dirangkumkan dibawah satu wawasan yang dinamakan Wawasan 2020 (1991-2020), yang memerlukan tempoh 30 tahun lagi (selepas DEB) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara industri yang membangunmenjelang tahun 2020. Antara ciri kemajuan yang ingin dicapai ialah penduduk Malaysia mempunyai pendapatan tinggi, manakala ekonomi Negara pula akan berasaskan teknologi, inovasi dan perdagangan terbuka. Namun, ramai penyelidik masih ragu-ragu sama ada matlamat Wawasan 2020 dapat dicapai kerana jurang pendapatan antara kaum dan antara yang kaya dengan yang miskin semakin membesar. Indek Kadar Gini juga bertambah dari 0.452 kepada 0.462, sehinggakan the United Nations Development Programme (UNDP) menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang paling teruk di kalangan ASEAN dari aspek pengagihan kekayaan (Chander, 2013).Pada tahun 2012, seramai 40% penduduk kategori terbawah memiiliki hanya 13.5 % dari jumlah pendapatan, trens yang menurun dari 14 % pada tahun 2000. Masalah ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan seperti kronism, rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran yang telah berlaku dalam tempoh DEB masihwujud dan berulang lagi semasa Wawasan 2020.
  • 5. 5 Walaupun kadar kemiskinan keseluruhan telah berjaya dikurangkan, namun sektor pertanian dan perikanan masih lagi mempunyai insiden kemiskinan yang tinggi. Hakikat ini telah diakui oleh pihak Bank Dunia yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang Berjaya, namun masih terdapat masyarakat petani, penternak dan nelayan yang masih belum mengecapi nikmat pembangunan tersebut seolah-olah mereka berada di pinggiran proses pembangunan negara (Muhyiddin, 2004). Banyak program telah dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan penduduk miskin termasuk memberi latihan dalam pelbagai bidang teknikal, menyediakan sistem kredit mikro, penyediaan rumah percuma, menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan, menyalurkan pelbagai jenis subsidi dan sebagainya. Namun, kemiskinan tidak juga dapat dihapuskan. Salah satu program yang hangat diperbincangkan masakini untuk menghapuskan kemiskinan ialah program 1AZAM. Objektif kertas ini ialah untuk membincangkan pelaksanaan Program AZAM Tani (di bawah program 1AZAM) dalam kawasan pesisir dan kesannya keatas kumpulan sasaran iaitu keluarga nelayan. Penilaian Keberkesanan Program Penilaian program adalah kajian formal yang melibatkan analisis yang sistematik terhadap sesuatu program dengan tujuan mendapat gambaran sebenar mengenai pencapaian, keberkesanan, dan kecekapannya. Oleh itu, Semua program pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah semestinya dinilai keberkesanannya supaya semua pihak mengetahui samaada objektif program sudah dicapai atau sebaliknya. Antara criteria penilaian program yang boleh digunapakai termasuk kecekapan, kerelevanan, pengagihan faedah, kelestarian, tindak balas awam dan kualiti produk (Pollitt, 2002). Sesetengah pengkaji pula menggunakan produktiviti sebagai pengukur untuk menilai sesuatu program. Produktiviti adalah nisbah input kepada output (Shafritz & Russell, 2003). Konsep produktiviti pula dapat diperluaskan hingga bukan sahaja meliputi keberkesanan tetapi juga ukuran keberkesanan itu sendiri iaitu sejauh mana hasil yang diharapkan itu memenuhi sasaran sehingga perubahan yang signifikan dapat dikesan (Perry, 1989).
  • 6. 6 Sehubungan dengan kenyatan betapa pentingnya penilaian program dilaksanakan, kertas ini bertujuan untuk menilai pencapaian program AZAM Tani di Malaysia dalam meningkatkan pendapatan penduduk pesisir dan seterusnya menentukan sama ada program ini telah berjaya mengeluarkan mereka dari kategori penduduk miskin. Penilaian akan dibuat berdasarkan pertambahan pendapatan bulanan peserta dengan cara membandingkan pendapatan sebelum menyertai program dengan pendapatan semasa atau selepas menjadi peserta program AZAM Tani. Komuniti Pesisir Wilayah pesisir (coastal zone) adalah merupakan suatu kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan manusia untuk penempatan dan menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi mereka. Walaupun menjadi kawasan tumpuan dan rebutan, namun kawasan ini tidak mempunyai satu tafsiran yang konkrit. Justeru, definisi wilayah persisir pantai adalah berbeza-beza mengikut negara, agensi yang terlibat atau dari segi perspektif penulis. Dari perspektif geomorfologi, wilayah pesisir didefinisikan sebagai satu zon pertemuan antara udara-air-darat di sekeling benua dan pulau. Keluasan wilayah pesisir merangkumi kawasan daratan dan lautan; luas di sebelah daratan bergantung kepada jarak maksimum sea-spray dan luas sebelah lautan pula melangkaui sehingga the continental shelf. Definisi berdasarkan geomorfologi ini disokong oleh Dahuri, et. al., 2001 yang menyatakan wilayah pesisir pantai adalah wilayah transisi yang menandai tempat persempadanan antara wilayah daratan dan laut atau sebaliknya. Garis sempadan atau tempat di mana darat dan laut bertemu adalah berubah-ubah mengikut air pasang surut, hakisan pantai, sais ombak, pemendapan pasir dan aktiviti manusia. Manakala Pihak Jabatan Parit dan Saliran Malaysia (2010) pula telah menetapkan sempadan kawasan pesisir pantai iaitu sejauh 5 km ke sebelah darat (back shore) dan 16.1 km nautika ke sebelah laut bermula dari paras purata air pasang perdani (shore front). Kawasan di sebelah darat merangkumi sungai dan rizab air hingga ke kawasan yang dipengaruhi oleh air masin. Manakala Di Australia pula, tafsiran kawasan pesisir terkandung dalam Akta Pengurusan dan Perlindungan Pesisir Pantai di sana. Akta ini menyatakan bahawa wilayah pesisir merangkumi
  • 7. 7 semua kawasan sebelah darat perairan pantai di mana terdapat ciri-ciri fizikal, ekologi atau proses semula jadi atau aktiviti manusia yang menjejaskan atau berpotensi memberikan impak kepada pantai dan sumber pantai. Kawasan pesisir tidak termasuk kawasan air di laut. Definisi wilayah pesisir boleh juga dibuat mengikut pendekatan atau perspektif ekonomi.Perspektif ekonomi mendefinisikan wilayah pesisir sebagai suatu kawasan di mana penduduknya bergantung kepada ikan sebagai sumber makanan, manakala pihak industri pula menggunakan pelabuhan untuk pengangkutan. Malaysia mempunyai sejumlah 73 daerah perikanan yang merupakan wilayah pesisir. Pecahan daerah perikanan mengikut kawasan ialah 41 daerah perikanan di Semenanjung Malaysia, 15 di Sarawak dan 17 di Sabah (sila rujuk Peta 1, Lamipan A). Lampiran A menunjukkan Negeri Terengganu sahaja mempunyai kawasan pesisir yang berpasir, jalur pantai sepanjang 225 km dan 7 daerah perikanan.Daerah ini merupakan kawasan yang didiami oleh para nelayan, justeru pihak kerajaan seperti Lembaga Kemajian Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka seperti pembinaan kompleks pendaratan dan pemasaran ikan. Komuniti nelayan merupakan kumpulan komuniti yang pekerjaannya melaut untuk menangkap ikan, sebahagian hasil tangkapan tersebut digunakan untuk keperluan sendiri atau untuk dijual. Dalam tahun 2009, bilangan nelayan yang berdaftar di Semenanjung Malaysia ialah seramai 83,873 orang.Selain dari itu, ada juga penduduk dalam wilayah pesisir bekerja sebagai awak- awak atau buruk upahan untuk menangkap ikan. Nelayan pesisir pantai adalah komuniti yang tinggal dan hidup berhampiran dengan pantai. Sebahagian penduduk bergantung kepada sumber laut dan mengusahakannya secara langsung mahupun tidak langsung. Sebahagian besar penduduk pesisir pantai bekerja sebagai nelayan, pekerja dalam industri yang berkait dengan pemprosesan sumber laut, peniaga dan petani. Kumpulan komuniti nelayan merupakan kumpulan utama dan unsur terpenting bagi kewujudan komuniti pesisir pantai (Kusnadi, 2006). Beberapa kajian lepas mengenai komuniti pesisir di Malaysia seperti Kajian oleh Firth (1940an dan 1960an), Ungku Aziz (1950an), Ishak (1980an), Tengku Mahmud (1990an) dan Nor Hayati
  • 8. 8 (2000-an) telah menjelaskan ciri-ciri masyarakat pesisir dan mengenalpasti pelbagai masalah yang dihadapi penduduk.Nor Hayati dan Roslina, 2013 menyatakan bahawa antara ciri masyarakat nelayan ialah mereka masih bergantung hidup sepenuhnya kepada alam semula jadi yang menyebabkan keadaan hidup dan persekitaran mereka mempunyai kelain berbanding komuniti lain di Malaysia. ManakalaFifth, 1945 pula menjelaskan bahawa nelayan menghadapi masalah produktiviti yang rendah. Mereka tidakmenggunakan teknologi moden dan kekurangan modal untuk menjadi usahawan. Oleh yang demikian, mereka terus berada dalam kategori komuniti miskin. Nor Hayati dan Roslina, (2013) merumus kajian Ungku Aziz tahun 1987 tentang komuniti pesisir di Beserah, Pahang dengan menyatakan bahawa nelayan menjadi miskin kerana penindasan orang tengah. Berbeza sedikit dengan komuniti nelayan di Perupok, Kelantan di mana nelayan mula keluar dari putaran ganas kemiskinan dengan mempelbagaikan punca pendapatan. Mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada penangkapan ikan,sebaliknya mereka juga menanam tembakau sebagai aktiviti sampingan yang dapat memberi hasil yang lumayan. Walaupun penduduk pesisir berkerja dalam lingkungan perikanan, namun ciri-ciri kemasyarakatannya adalah heterogen dan memiliki stratifikasi sosial tersendiri. Struktur sosial teratas biasanya terdiri daripada para pemodal dan pemilik kapal laut dalam, diikuti oleh kumpulan menengah iaitu juragan yang berpengetahuan dan berpengalaman yang berperanan sebagai kapten kapal. Selain dari juragan, peraih atau orang tengah yang membeli dan menjual ikan dalam kawasan pendaratan ikan juga dianggap sebagai kumpulan menengah. Pengusaha didalam memproses hasil laut seperti pengilang keropok, pengusaha ikan kering dan sebagainya juga termasuk dalam ketegori kelas menengah. Manakala kumpulan sosial paling bawah terdiri dari nelayan tradisional dan buruh nelayan. Sebagai perbandingan secara sepintas lalu, ciri-ciri komuniti pesisir di Indonesia tidak banyak berbezadengan profil penduduk pesisir di Malaysia. Indonesia mempunyai seramai 16.4 juta penduduk yang mendiami 8,090 buah desa pesisir. Rata-rata mereka bekerja sebagai nelayan, nelayan buruh, pedagang hasil laut, pemodal dan pengusaha-pengusaha lain yang punca pendapatan mereka bergantung kepada perikanan dan kelautan seperti pelancongan (PT.
  • 9. 9 Gandamega Serasi, 2012).Sebanyak 32% keluarga pesisir keselurahannyamasih berada di bawah paras kemiskinan.Dalam masyarakat yang sama, kemiskinanan dalam kalangan keluarga nelayan yang masih miskin adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 70%. Banyak sudah pengkaji mengemukakan penyebab kemiskinan dan resolusi untuk mengatasinya. Antara penyebab kemiskinan komuniti pesisir di Indonesia ialah pendapatan nelayan bergantung kepada musim yang tidak menentu dan bersifat harian di mana mereka sulit untuk merencanakan perbelanjaan keluarga. Implikasinya, mereka terpaksa berhutang dan tidak berupaya menabung. Faktor lain yang menyebabkan kemiskinan ialah taraf pendidikan yang rendah dan sifat produk (hasil laut) yang mudah rosak, sehingga kuasa menentukan harga berada ditangan pedagang. Manakala buruh nelayan pula (anak buah kapal) diberi bahagian atau upah yang kecil, sedangkan pemilik kapal yang tinggal di daratan mendapat bahagian yang jauh lebih besar. Sistem pembahagian hasil tangkapan jelas tidak adil. Komuniti nelayan terus menjadi miskin kerana tidak banyak peluang perniagaan yang wujud dalam wilayah pesisir. Ditambah pula dengan masalah sumber laut yang dikatakan semakin berkurangan dan ketiadaan prasarana seperti jeti untuk pendaratan ikan. Statistik tahun 2002, Indonesia mempunyai potensi sumber ikan sebayak 6,258 juta tan setahun; 4,400 juta tan dari perairan territorial dan perairan wilayah, dan 1,858 juta tan dari perairan ZEEI (PT. Gandamega Serasi, 2012). Jika diambilkira bilangan nelayan dalam tahun 2002 (3.8 juta orang) dan jumlah hari kelaut dalam setahun (200 hari setahun), maka produktivi nelayan dianggap sangat rendah iaitu sebanyak 6.63 kg ikan per orang per hari sahaja. Produktivi yang rendah dan persaingan hebat untuk merebut sumber yang terhad juga menjadi penyebab kemiskinan dalam kalangan nelayan. Sama ada di Malaysia atau Indonesia, kawasan pesisir merupakan suatu kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk dan pendatang untuk penempatan dan melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi mereka. Kawasan pesisir merupakan tempat di mana wujudnya tamaddun awal. Sejarah telah membuktikan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto telah wujud di pesisir Malaysia seawal abad ke-2 Masihi lagi. Pada awal abad ke-15 pula, Kesultanan Melaka wujud di Selat Melaka dan telah menarik minat penjajah Portugis dalam tahun 1511, diikuti oleh Belanda dan British. Bandar-bandar besar seperti Kuala Terengganu, Kuantan dan Johor Baharu juga
  • 10. 10 terletak dalam wilayah pesisir. Walaupun menjadi tempat bertapaknya tamadun awal, kawasan pesisir juga merupakan suatu kawasan sensitif dan terdedah kepada unsur luar seperti pengaruh negatif budaya asing yang boleh mencemarkan budaya tempatan. Di samping itu, pengaruh luar juga boleh membawa gejala sosial seperti kemasukan dadah melalui awak-awak perikanan laut dalam dan para pelancong di pulau peranginan. Program AZAM Tani 1. Latar Belakang Program Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) mempunyai empat program iaitu AZAM Kerja (penempatan pekerjaan), AZAM Niaga (menyedia peluang perniagaan), AZAM Khidmat (bidang perkhidmatan) dan AZAM Tani (berasaskan pertanian). Program 1AZAM ini dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak tahun 2010. Progam 1AZAM merupakan satu program transformasi kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatan pendapatan golongan miskin dan miskin tegar yang bermatlamat membasmi kemiskinan. Kementeriam Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dilantik sebagai champion bagi menggendalikan Program Azam Tani. Agensi di bawah MOA seperti LKIM, MARDI, KADA, MADA, LPP dan sebagainya dijadikanlead agency bagi sesuatu negeri atau kawasan untuk melaksanakan program AZAM Tani. Program AZAM Tani adalah satu program pembasmian kemiskinan dalam kalangan penduduk miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.Objektif program AZAM Tani ialah 1) membantu kumpulan sasar meningkatkan pendapatan, 2) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian, dan 3) mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Sistem e-Kasih (sistem maklumat kemiskinan Negara) ialah satu pengkalan data mengenai penduduk miskin di seluruh Malaysia yang mula dibangunkan dalam tahun 2007. Objektif e- Kasih ialah untuk membantu pihak kerajaan merancang, melaksana dan memantau program
  • 11. 11 pembasmian kemiskinan. Sehingga bulan Januari 2011, terdapat seramai 67,033 (0.83%) ketua isi rumah telah mendaftar dalam sistem e-Kasih (Kamarudin dan Shahriman, 2013). Fenomena kemiskinan diukur melalui pendapatansebulan isi rumah. Kategori penduduk miskin ialah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 760 per keluarga(sebanyak RM 190 per kapita). Manakala miskin tegarpula adalah mereka yang berpendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM 460(RM 110per kapita). Skop projek AZAM Tani termasuk 1) jumlah pembiayaan maksimum ialah RM 10,000 seorang. Kos ini meliputi kos projek, 5% kos latihan, dan 5% kos elaun tuntutan perjalanan pegawai pemantau, 2) projek yang dipilih hendaklah cepat mengeluarkan hasil, berdaya maju dan berdaya tahan, dan 3) projek boleh dilaksanakan secara kelompok ataupun individu yang berdasarkan minat dan kemahiran peserta. 2. Pelaksanaan Program i. Projek-projek AZAM Tani yang dilaksana secara individu hendaklah memberi tumpuan kepada jenis-jenis projek yang mengeluarkan hasil dalam tempoh pendek (Quick Win Project) iaitu diantara 3 hingga 6 bulan pelaksanaannya. ii. Projek yang dilaksana di dalam kelompok komuniti, boleh dipertimbangkan untuk melaksana kombinasi projek jangka panjang dan projek jangka pendek (Quick Win) iaitu agihan 50-50 daripada kadar bantuan setiap peserta. iii. Bagi projek yang dilaksana secara individu, keutamaan hendaklah diberi kepada peserta yang produktif. Pemilihan projek hendaklah berdasar kepada minat, pengalaman dan kemahiran peserta. iv. Manakala bagi projek berkelompok, dimana peserta hanya penerima dividen pelaksanaan projek, keutamaan hendaklah mencapai nilai bantuan maksimum RM10,000 kerana ia bergantung kepada jenis projek.
  • 12. 12 v. Kos bagi projek peralatan menangkap ikan seperti bot, enjin dan pukat, berkemungkinan melebihi kadar bantuan maksimum RM10,000. Bagi projek ini, jabatan dan agensi pelaksana hendaklah mendapat kelulusan khas daripada Kementerian sebelum perolehan peralatan dilaksanakan. vi. Jabatan dan agensi pelaksana yang menjalankan kerja-kerja pemantauan projek boleh mengenakan caj khidmat pengurusan tidak melebihi 5% atau RM500 daripada kos projek bagi tujuan perbelanjaan kos operasi dan kos lain yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa AZAM Tani dengan syarat ia adalah selaras dengan peraturan kewangan sedia ada. vii. Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk mesin peralatan, input pertanian/ benih-benih tanaman dan ternakan, bengkel/ ruangniaga, kos pengeluaran/ bahan mentah/ kos operasi, latihan teknikal, latihan motivasi/ jatidiri, latihan pengurusan kewangan, bimbingan serta kos khidmat pengurusan yang disampaikan melalui agensi pelaksana. viii. Kos pelaksanaan projek (in-kind) seperti kos peralatan, mesin, bengkel/ ruangniaga, bahan mentah, modal pembangunan dan operasi adalah tertakluk kepada kadar bantuan maksimum RM10,000. Bagi projek yang bernilai melebihi RM10,000, jabatan dan agensi pelaksana hendaklah memajukan kertas cadangan pelaksanaan projek berkelompok/ berkomuniti untuk pertimbangan Kementerian. ix. Jabatan dan agensi yang memberikan bantuan berbentuk peralatan menangkap ikan hendaklah memastikan peserta mempunyai lesen menangkap ikan. Jabatan dan agensi perlu memajukan permohonan lesen menangkap ikan untuk peserta e-Kasih/projek AZAM Tani kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia. 3. Pemantauan Program i. Jabatan dan agensi pelaksana perlu mula melaporkan kemajuan fizikal dan kewangan projek kepada Kementerian sebaik sahaja peruntukan projek diterima.
  • 13. 13 Laporan ini hendaklah dilaporkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek AZAM Tani yang diadakan setiap bulan. ii. Laporan penyata kewangan projek yang berakhir pada 30 Jun dan Disember perlu dikemukakan kepada Kementerian selewatnya pada 31 Julai dan 31 Januari berikutnya. iii. Sekiranya terdapat sebarang isu dan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan projek, laporkan segera kepada Kementerian untuk tindakan lanjut. iv. Prestasi kemajuan projek yang dilaksana secara komersil/berkelompok oleh jabatan dan agensi pelaksana perlu dipantau dan dikawalselia oleh satu Jawatankuasa Pemandu Projek (peringkat agensi pelaksana ibupejabat). Jawatankuasa tersebut perlu mengadakan mesyuarat sekurangnya tiga (3) bulan sekali dan turut disertai wakil daripada Kementerian. Jawatankuasa ini berperanan memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan membuat pemantauan serta pelaporan setiap bulan. v. Jabatan dan agensi pelaksana perlu menggantikan peserta asal projek dengan peserta baru yang berkelayakan jika peserta asal mempunyai masalah seperti telah berpindah negeri, tidak berminat lagi, tidak dapat dikesan atau tidak layak. Penggantian peserta perlu dilaporkan kepada Kementeriandengan segera dengan memaklumkan maklumat peserta-peserta yang terlibat dengan perubahan tersebut. vi. Jabatan dan agensi pelaksana perlu mempertimbangkan penggantian Ketua Isi Rumah (KIR) yang meninggal dunia dengan Ahli Isi Rumah (AIR) yang layak memandangkan ahli keluarga tersebut masih memerlukan sumber kewangan bagi meneruskan kehidupan. Penggantian ini hendaklah dilaporkan kepada pihak JPP/PPPN untuk proses pertukaran status AIR kepada KIR di dalam sistem e- Kasih.
  • 14. 14 vii. Peserta baru yang digantikan mengikut syarat yang ditetapkan secara automatik akanbertanggungjawab ke atas aset/ premis/ mesin/ peralatan bantuan. 4. Penilaian Program i. Jabatan dan agensi pelaksana bertanggungjawab memastikan maklumat bantuan projek ekonomi ini dikemaskini ke dalam sistem e-Kasih dalam tempoh selewatnya sebulan selepas persetujuan jenis projek yang akan dilaksanakan oleh peserta. ii. Jabatan dan agensi pelaksana juga bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat pendapatan hasil projek ke dalam sistem e-Kasih sekurang- kurangnya 3 bulan sekali. Ini bagi memastikan impak projek kepada peserta dapat dilaporkan kepada stakeholdersyang berminat. iii. Peserta projek AZAM Tani yang berjaya meningkatkan pendapatan keluarga, terkeluar daripada garis kemiskinan dan berdaya maju hendaklah dikenalpasti dan dibimbing untuk berkongsi pengalaman dan menjadi mentor kepada peserta baru. Pencapaian dan Kesan Program AZAM Tani Sejak Program 1AZAMdilancarkan pada akhir tahun 2010 hingga masa kini,pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluangmenjana pendapatan kepada golongan berpendapatanrendah. Antara program di bawah inisiatif ini adalah AzamKerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat. Untuk ini,Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 400 juta untuk memberi manfaatkepada 58,330 orang peserta. Manakala bagi program AZAM Tani sahaja, kerajaan telah mensasarkan seramai 15,700 orang peserta yang diagihkan kepada 11 buah agensi di bawah MOA (sila rujuk Jadual 1).
  • 15. 15 Jadual 1: Bilangan Peserta AZAM Tani (Kuota) Mengikut Jabatan/ Agensi dan Tahun Bil Jabatan/ Agensi Bilangan Peserta 2011 Bilangan Peserta 2012 Bilangan Peserta 2013 1 DOA 1,400 450 400 2 DOF 700 400 350 3 DVS 900 400 250 4 FAMA 197 400 350 5 MARDI 800 460 450 6 LPP 1,150 470 450 7 LKIM 1,000 600 400 8 MADA 600 200 250 9 KADA 650 120 150 10 LPNM 600 300 250 11 TEKUN 203 200 200 Jumlah 8,200 4,000 3,500 (Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/MOA)
  • 16. 16 Pelbagai projek tani telah dilaksanakan dalam semua kawasan, terutama kampung traditional dan kawasan pesisir. Antara peserta yang terpilih ialah petani, peternak, buruh kasar dan nelayan. Antara kemudahan yang diberikan kepada peserta ialah peralatan untuk menangkap ikan seperti sampan, engin bot, pukat, bubu dan penarik pukat (net hauler), peralatan untuk pemprosesan makanan seperti keropok lekor dan oven untuk buat kuih, dan peralatan untuk memulakan perniagaan hasil pertanian seperti motorcar roda tiga. Peserta menjalankan pelbagai projek yang berkonsepkan quick win di mana projek yang dipilih berupaya mendatangkan hasil dengan cepat iaitu dalam tempoh antara 3 hingga 6 bulan. Semasa perlaksanaan program AZAM tani, pelbagai isu telah dihadapi oleh agensi pelaksana. Antaranya ialah peserta yang dipilih tidak menepati sasaran walaupun proses pemilihan telah melalui satu saringan yang teliti dan mendapat persetujuan JKKK. Sebagai contoh, bantuan peralatan menangkap ikan kepada peserta nelayan hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai kad nelayan (nelayan tulen) sahaja. Bantuan ini diluluskan setelah pegawai pelaksana membuat satu bancian dan penelitian ke atas calon peserta dengan persetujuan JKKK. Persatuan nelayan kawasan tidak terlibat dalam pemilihan peserta dan pelaksanaan program AZAM Tani. Selain dari itu, sebilangan peserta tidak mempunyai maklumat yang lengkap seperti number kad pengenalan yang betul. Sesetengah peserta pula tidak termasuk dalam kategori ketua isi rumah (KIR); mereka hanya sebagai ahli isi rumah.Banyak projek yang diceburi peserta tidak bersifat atau tidak berkait dengan pertanian. Walaupun jenis aktiviti ekonomi tidak bersifat pertanian, nama program masih kekal sebagai program AZAM Tani dengan alasan bantuan tersebut disalurkan melalui MOA. Semua bantuan AZAM tani bersifat subsidi dan one off. Peserta tidak dikehendaki membayar balik kos bantuan seperti AZAM Niaga. Setakat ini, program AZAM Tani ini telah berjaya mengeluarkan seramai 5,280 keluarga (2,400 dalam tahun 2012 dan 2,880 dalam tahun 2013) daripada garis kemiskinan (dari senarai e-kasih) dengan purata pendapatan meningkat di antara RM 200 hingga RM 2,000 sebulan, malah beberapa peserta telah berjaya mendapat pendapatan melebihi RM 10 ribu sebulan. Kebanyakan mereka telah berjaya meningkatkan pendapatankeluarga sebanyak RM 300 sebulan selama tiga bulan berturut-turut.Kadar kejayaan projek AZAM Tani berbeza-beza mengikut lead agency.
  • 17. 17 Sebagai contoh, dalam tempoh tiga tahun, MARDI telah mengeluarkan 70% daripada jumlah penerima bantuan dari kategori miskin dengan pendapatan bulanan antara RM 800 hingga RM 1,500 sebulan (Berita Harian, 7 Oktober 2013). Ini menunjukan program AZAM Tani berjaya meningkatkan pendapatan penduduk miskin dan mempunyai daya tahan yang baik. Selain dari berjaya meningkatkan pendapatan,program AZAM Tani juga telah menghasilkan pelbagai kesan positif. Antara kesan sampingan yang positif ialah tahap kerjasama antara agensi, terutama dalam kalangan agensi dan jabatan di bawah MOA menjadi semakin erat. Hubungan antara rakyat atau penduduk miskin dengan pegawai kerajaan, dan pemimpin tempatan seperti JKKK juga semakin mesra. Justeru, mereka sedia memberi sokongan kepada semua initiatif kerajaan. Kebanyakan peserta program AZAM Tani menerima insuran dari AgroBank. Kos insuran ialah RM 50 per tahun telah diberi percuma oleh pihak Bank untuk tahun pertama sahaja. Skim ini telah menimbulkan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya perlindungan insuran, lebih- lebih lagi apabila mereka terlibat dengan pekerjaan yang menggunakan peralatan merbahaya seperti engin. Secara keseluruhannya, penduduk miskin yang menjadi peserta telah berubah menjadi satu kumpulan penduduk yang tinggi kualiti modal insan. Mereka telah dilatih dalam bidang literasi kewangan, keusahawan dan motivasi. Mereka dibimbing dan dipantau oleh sekumpulan pegawai pelaksana yang terlatih lagi bertanggungjawab. Akhirnya, penduduk miskin yang dahulunya menganggur telah berubah menjadipenduduk yang produktif dan bersahsiah tinggi. Rumusan Program 1AZAM merupakan salah satu initiatif kerajaan di bawahProgram Transformasi Ekonomi (ETP) untuk membantu penduduk miskin, keluarga berpendapatan bulanan melibatkan antara RM 460-RM 760, miskin tegar kurang dari RM 430 dan fakir. ‘Transformasi’ adalah kata kunci kepada pendekatan baharu ini untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang tidak berkesudahan.
  • 18. 18 Usaha pembangunan sosioekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan penduduk berpendapatan rendah menerima pakai falsafah pembangunan luar bandar iaitu melibatkan kumpulan sasar secara aktif dalam projek pembangunan yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada mereka. Namun proses transformasi adalah agak perlahan. Pembangunan luar bandar yang berlaku sebelum ini adalah lebih cenderung kepada pembinaan infrastruktur, kebanyakannya bersaiz mega yang tidak semestinya meningkatkan kualiti hidup kerana kuasa kewangan penduduk masih lemah akibat kegagalan meningkatkan pendapatan. Ini bermakna banyak sumber kewangan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun terdahulu telah digunakan untuk pembinaann infrastruktur, sedangkan taraf hidup rakyat atau sumber manusia berada di tahap lama. Situasi ini boleh dikaitkan dengan faktor “mismatch” di antara apa yang disediakan kerajaan dengan apa yang diperlukan oleh rakyat untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Projek mega dan prasarana tidak berupaya memberi manfaat kepada kebanyakan penduduk miskin dan berkemahiran rendah. Ratusan projek ekonomi telah dijalankan yang merangkumi projek pertanian, perikanan, ternakan, perkhidmatan dan industri kecil. Anggaran hanya sebanyak 30% sahaja yang terlibat berjaya keluar dari putaran ganas kemiskinan. Di samping itu, masih ramai lagi penduduk yang benar-benar miskin tidak terlibat dalam sebarang projek ekonomi. Projek-projek ini diselaraskan oleh beberapa agensi kerajaan. Masalah yang dihadapi di sini ialah kelemahansistem pendaftaran yang tidak menyeneraikanorang yang benar-benar miskin, kelemahan penyelarasan dan pemantauan projek yang mampu melahirkan nilai sinergi, projek yang tidak berdaya maju dan penyelewengan oleh peserta projek. Sebagai contoh, projek pertanian dan perusahaan desa yang dijalankan secara kecil-kecilan dari segi modal pelaburan, jumlah pekerja,menggunakan peralatan traditional dan kaedah pengeluaran yang tidak produktif selalunya tidak berdaya maju. Perusahaan sedemikian menghadapi masalah faktor dalaman (tiada skala pengeluaran, dll) serta faktor luaran (pembekalan bahan mentah dan pasaran produk tidak stabil). Pengusaha menghadapi masalah mendapat khidmat nasihat dari aspek pentadbiran, pasaran, teknologi, pengeluaran dan kewangan. Majorti pengusaha melaksanakan projek secara “trial and error.”Jangka hayat projek berakhir sebaik sahaja subsidi dihentikan. Trend sedemikian tidak akan melahirkan penduduk yang cemerlang.
  • 19. 19 Strategi pelengkap untuk memajukan ekonomi pendudukpesisiryang miskin merangkumi khidmat nasihat termasuk pengembangan, penggabungan perusahaan yang sama (contoh pembuatan bahan binaan, perabot, makanan ringan) untuk mencapai skala ekonomi, penggunaan teknologi lebih tinggi, amalan lestari dari segi penggunaan sumber asli seperti kaedah penangkapan ikan yang dibenarkan dan penerokaan pasaran yang luas. Untuk keluar dari belenggu kemiskinan, setiap ketua isi rumah miskin mestilah mempunyai lima jenis modal; modal manusia, fisikal, sosial, sumber asli, dan kewangan. Lima jenis modal ini membentuk Campuran Aset (Asset Mix)sesebuah isi rumah miskin. Setiap isi rumah miskin mempunyai aset penghidupan yang berbeza dan penghidupan isirumah dipengaruhi oleh kepelbagaian aset, jumlah aset dan keseimbangan di antara aset.Kestabilan hidup keluarga juga dipengaruhi oleh persekitaran yang berada di luar kawalan mereka atau tahap ‘vulnerability’ si miskin. Ini termasuk kejutan akibat banjir, kemarau, inflasi, faktor musim, trens, perubahan teknologi, pasaran, dan sebagainya. Setakat manakah si miskin dapat menyesuaikan perusahannya kepada konteks vulnerability bergantung kepada status lima aset tersebut. Dalam konteks AZAM Tani, peserta dilindungi insuran tajaan AgroBank. Dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk yang berpendapatan rendah, persoalannya,apa lagi yang harus dilakukan? Dasar makro dan mikroekonomi telah digubal, institusi-institusi pro-kemiskinan telah wujud, prasarana telah dibina, pinjamandan subsidi telah diberikan, ratusan jenis projek telah dijalankan, dan kadar kemiskinan telah turun dengan banyak. Namun begitu, kita yakin masih ada lagi beberapa strategi baharuyang boleh mempercepatkan lagi peningkatan pendapatan yang lebih menyeluruh dan berkekalan. Bagi mencapai kejayaan yang berkekalan,strategi untuk meningkatkan pendapatan haruslah berbentuk strategi politik yang disokong oleh tindakan ekonomi dan sosial. Persoalan etika yang paling mendesak berhubung kemiskinan ialah bagaimana kita dapat mengeksploitasikankuasa politik yang kita sudah ada bagi meningkatkan pendapatan penduduk miskin?
  • 20. 20 Banyak kajian yang lepas mendapati majoriti daripada kumpulan tidak maju menggunakan tenaga kerja secara tidak penuh.Bagi mencapai guna tenaga penuh, konsep berkerja sendiri mestilah diperluaskan. AZAM Tani sememangnya berkonsepkan kerja sendiri. Kerajaan telah mewujudkan satu mekanisme dengan memberi peluang kepada golongan ini untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dengan melakukannya sendiri. Mereka membantu diri sendiri dengan mewujudkan perniagaan sendiri. Tindakan yang lebih effektif ialah dengan memperbanyakkan projek tani yang berbentuk kumpulan. Mereka seharusnya dibangunkan secara berkumpulan, bukan secara individu. Pembangunan secara berkumpulan dapat mengatasi banyak masalah yang wujud dalam projek secara kecil-kecilan dan projek bersifat sara diri. Projek besar lebih ekonomik dan lebih mudah untuk dikomersialkan. Strategi tambahan untukmeningkatkan pendapatan isi rumah miskin ialah dengan memantapkan lagi pendekatan multi-disiplin dan multi-kementerian. Pegawai pelaksana AZAM Tani yang datang dari pelbagai agensi mempunyai pelbagai kemudahan dan kepakaran yang berguna untuk membantu peserta projek. Mereka juga hendaklah terdiri daripada pegawai yang terlatih dan 100% komited kepada visi untuk membasmi kemiskinan. Mereka mesti mahir dan profesional di dalam bidang-bidang seperti analisis masalah, mengenalpasti keperluan dan minat penduduk, perancangan dan pelaksanaan projek, penilaian perbelanjaan awam dan pemantauan penyertaan golongan miskin dalam projek yang dijalankan. Usaha murni pihak kerajan untuk membantu secara khusus kumpulan miskin melalui program 1AZAM, termasuk AZAM Tani dapat mengelakkan kumpulan ini dari terus terpinggir. Sebelum ini, tidak ramai penduduk miskin dilibatkan secara langsung dalam projek pembangunan, walaupun mereka merupakan penerima pelbagai bentuk subsidi. Kumpulan ini seharusnya diberi perhatian yang lebih dan pastikan projek untuk mereka berjaya dilaksanakan. Lakukan yang betul pada pertama kali. Konsep ini perlu diberi perhatian kerana kajian mendapati majoriti peserta yang gagal dalam projek yang pertama kali diceburi akan menjadikan mereka tawar hati untuk menyertai projek lain. Oleh itu pemilihan peserta dalam satu-satu projek perlu dilakukan secara berhati-hati untuk mempastikan hanya mereka yang berminat dan memenuhi semua syarat sahaja dipilih untuk menyertai projek.
  • 21. 21 Sebagai kesimpulan, bagi mempastikan Negara mencapai kemajuan secara berkekalan, dasar pembangunan Negara hendaklah berteraskan kepada pembangunan lestari yang bukan sahaja mementingkan pembinaan prasarana dan pertumbuhan ekonomi, tetapi juga perlindungan sumber asli dan kesejahteraan penduduk, terutama mereka yang berada di bawah.Penganjuran program AZAM Tani dalam kawasan pesisir telah membantu meningkatkan pendapatan komuniti nelayan, tetapi belum cukup untuk mengeluarkan keluarga mereka dari putaran ganas kemiskinanan. Strategi pembangunan yang berteraskan masyarakat pesisir, sumber pesisir dan teknologi pesisir telah memberi harapan baru dalam scenario pembangunan desa Malaysia. Rujukan Chander, Ramesh. 2013. Abdullah Badawi’s Economic Policies: Between Promise and Delivery. In Bridget Welsh and James U.H.Chjin (editors), Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia. Strategic Information and Research Development Center, Petaling jaya, Malaysia. Dahuri, Rokhmin. et. al. 2001. Pengelolaan Sumber Daya Wilayah Pesisir dan Lautan. Secara Terpadu. Pradnya Paramita. Jakarta. Dara Aisyah, Ibrahim Mamat,Noor Fadhiha Mokhtar&Mohamad Arif Awang Nawi. 2013. Programme of Social Welfare Development among Coastal Community (SPKMP) in Kuala Terengganu: a Preliminary Assessment on the Performance of the Programme. Kertas ini akan dibentangkan di 6th International Congress of Environmental Research, Aurangabad, India, 19-21 Disember 2013. Firth, R. 1966. Malay Fishermen: The Peasant Economy. 2nd ed. London: Routledge and Kegan Paul. Jabatan Parit dan Saliran, Malaysia (2010). http.//www.water.gov.my/ Ishak Shari. 1990. Ekonomi Nelayan: Pengumpulan Modal, Perubahan Teknologi dan Pembezaan Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 22. 22 Kamarudin Muhamed dan Shahriman Haron, 2013. Poverty Mapping: An Effective Approach in Determining the Poor Area- Case Study of Johor. Kertas yang tidak diterbitkan. Kusnadi. 2006. Filosofi Pemberdayaan Masyarakat Pesisir. Bandung: Humaniora. Muhyiddin Mohd Yassin. 2004. Ucaptama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Persidangan Halatuju Sektor Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian, http://agrolink.moa.my/ darimejamenteri/exco 520pertanian pada 31/12/2005, Wisma Tani, Kuala Lumpur. Nor Hayati Sa’at dan Roslin Ismail. 2013. Wacana Pembangunan Komuniti Nelayan Pesisir Pantai di Pantai Timur. In Ibrahim Mamat, et. al. (editors), Pembangunan Komuniti Nelayan dan Sumber Perikanan. Akan diterbitkan oleh Penerbit UMT. Perry, J.L. 1989. Handbook of Public Administration. Organizational Behavior and Public Management. San Francisco: Prentice Hall. Pollitt, C. 2002. The New Public Management in International Perspectives: An Analysis of Impacts and Effect, in K. McLaughlin, S. Osborne & E. Ferlie. The New Public Management: Current Trends and Future Prospects. London: Routledge, 274-292. PT. Gandamega Serasi. 2012. Kajian Dampak Program PEMP. Departmen Kelautan dan Perikanan, Jakarta Pusat 10110. Shafritz, J. & Russell, E. 1997. Introduction to Public Administration. New York: Longman. Tengku Mahmud Mansor. 1996. Konsep Kawasan Pembangunan Nelayan (KPN) Sebagai Satu Strategi Pembangunan: Satu Kajian Kes KPN di Besut, Terengganu. Tesis Ph.D: Universiti Malaya [tidak diterbitkan]. Ungku A. Aziz. 1987. Jejak-jejak di Pantai Zaman. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya.
  • 23. 23 LAMPIRAN A Peta 1: Daerah Perikanan Malaysia
  • 24. 24
  • 25. 25