SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 40
Baixar para ler offline
 
 
 
 
 
 

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 
 
 
 
 
 

DOKUMEN STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 1 

 
 
 
 
 
 
 
DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

 
 
 

 
 
 
 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 

 

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara."
 
 

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

2
 

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina
sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai
perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

3
TAFSIRAN
o

Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

o

Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran
holistik tentang individu.

o

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan
kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu
perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil
pembelajaran.

o

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat
ditaksir dan dicapai.

o

Evidens :
Murid
Instrumen

o

-

Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

4
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND

STANDARD

1

Tahu

2

Tahu dan Faham

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

5
TAFSIRAN BAND
BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN

1

TAHU

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberikan respons kepada perkara yang asas.

2

TAHU DAN FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
dalam satu-satu situasi.

4

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.

5

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

6

 

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

6
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh, beradab dan
berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada
tamadun bangsa dan negara.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid dapat:
1.

Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid untuk memperkukuhkan minat
dan amalan membaca al-Quran.

2.

Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.

3.

Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber
hukum dan panduan mukmin.

4.

Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan
amalan dan menjadi benteng keagamaan.

5.

Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu Ain serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai
kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.

6.

Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah, khulafa’ al-Rashidin dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas
pembentukan dan pembangunan insan yang cinta dan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan
negara.

7.

Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tonggak budaya bangsa yang bermaruah.

8.

Membaca dan menulis jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebagai
warisan amalan budaya bangsa akan terus diperkukuhkan.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

7
BAND

PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis
pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta
membaca dan menulis jawi.

2

Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis
pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta
membaca dan menulis jawi.

3

Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman
ayat dan hadis pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah
nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

4

Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat
dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah
dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

5

Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan
hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan
tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

6

Mahir membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menghuraikan kefahaman ayat dan hadis pilihan,
menghayati akidah berteraskan rukun iman, mengamalkan ibadah, meneladani sirah nabawiyah dan tamadun
Islam, mengaplikasikan adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

 
DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

8
 
 

BAND

PERNYATAAN STANDARD

1

B1
Mengetahui asas membaca
al-Quran, menghafaz ayat-ayat
tertentu, kefahaman ayat,
pengenalan dan hadis pilihan,
asas dan konsep akidah, ibadah,
sirah nabawiyah dan tamadun
Islam, adab dan akhlak Islamiah
serta membaca dan menulis jawi.

Tahu

DESKRIPTOR
TILAWAH AL-QURAN
AYAT BACAAN
B1D1
Boleh membaca surah
al-Baqarah ayat 1 – 286.
AYAT HAFAZAN
B1D2
Boleh menghafaz ayat-ayat dalam
surah al-Baqarah.

AYAT KEFAHAMAN
B1D3
Boleh menunjukkan kefahaman isi
kandungan ayat-ayat tertentu dalam
surah al-Baqarah secara ringkas.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

EVIDENS

B1D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah
al-Baqarah mengikut bacaan guru.

B1D2E1
Menghafaz kalimah serta potongan ayat
daripada surah al-Baqarah:
 ayat 1 – 5
 ayat 201
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286

B1D3E1
Mengiakan / menggeleng / diam dengan
pergerakan badan (body language) atau
memberi isyarat mengenai isi kandungan ayatayat surah al-Baqarah iaitu:
 ayat 1 – 5
 ayat 34 – 37
 ayat 83
 ayat 155 – 156
 ayat 168
 ayat 201
9




HADIS
B1D4
Mengetahui asas pengenalan hadis.

B1D5
Boleh menunjukkan kefahaman isi
kandungan hadis pilihan secara
ringkas.

’ULUM SYAR’IYAH
AKIDAH
B1D6
Mengetahui asas dan konsep akidah

ayat 219
ayat 255
ayat 256
ayat 284 – 286

B1D4E1
Mengia / menggeleng / diam dengan
pergerakan badan (body language) memberi
isyarat atau menyatakan:
 Pengertian hadis.
 Hadis sebagai sumber hukum
 Menyatakan perbezaan hadis dan
al-Quran.
B1D5E1
Mengiakan / menggeleng / diam dengan
pergerakan badan (body language) atau
memberi isyarat mengenai isi secara ringkas isi
kandungan:
 Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu
 Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan
Hidup Mukmin.

B1D6E1
Menyatakan pengertian akidah.
B1D6E2
Menyatakan sumber utama akidah Islamiah.

B1D7
Mengetahui akidah berteraskan rukun
iman.
DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B1D7E1
Menyatakan rukun iman.
10
B1D8
Mengetahui konsep mukmin dan
muslim.

B1D8E1
Menyatakan maksud islam, iman dan ihsan.

B1D9
Mengetahui dalil kewujudan Allah
SWT

B1D9E1
Menyebut bukti kewujudan Allah SWT dan
keesaan-Nya melalui alam syahadah (nyata).

IBADAH
B1D10
Mengetahui konsep fardu ain dan
fardu kifayah.

B1D11
Mengetahui konsep bersuci.

B1D10E1
Menyebut pengertian:
 fardu ain
 fardu kifayah

B1D11E1
Menyebut pengertian bersuci.
B1D11E2
Menyebut pengertian najis.
B1D11E3
Menyebut pengertian dan hukum istinjak.
B1D11E4
Menyebut pengertian dan hukum berwuduk.
B1D11E5
Menyebut pengertian mandi dan bahagian
mandi.
B1D11E6
Menyebut pengertian dan hukum bertayamum.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

11
B1D11E7
Menyebut pengertian dan hukum samak.

B1D12
Mengetahui konsep solat dan kesan
khusyuk solat kepada kehidupan
mukmin.

B1D12E1
Menyebut pengertian solat.
B1D12E2
Menyebut hukum menunaikan solat.
B2D12E3
Menyebut pengertian khusyuk solat.

B1D13
Mengetahui tuntutan solat berjemaah.

B1D13E1
Menyebut pengertian solat berjemaah dan
hukum melaksanakan solat berjemaah.

B1D14
Mengetahui tentang solat Jumaat.

B1D14E1
Menyebut pengertian solat Jumaat, hukum
menunaikan solat Jumaat
B1D14E2
Menyebut pengertian khutbah Jumaat dan
hukum membaca khutbah Jumaat.

B1D15
Mengetahui konsep solat sunat
tahiyatul masjid dan solat sunat
rawatib.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B1D15E1
Menyebut pengertian solat sunat tahiyatul
masjid dan solat sunat rawatib.

12
SIRAH NABAWIYAH DAN
TAMADUN ISLAM
B1D16
Mengetahui masyarakat Arab
sebelum dan selepas kelahiran
Rasulullah SAW.
B1D17
Mengetahui riwayat hidup Rasulullah
SAW.

B1D17E1
Menyatakan riwayat hidup Rasulullah SAW.

B1D18
Mengetahui perjuangan Nabi
Muhammad SAW di Makkah dalam
mengukuhkan akidah Islamiah

B1D18E1
Menyatakan peristiwa Rasulullah SAW dilantik
menjadi rasul.

B1D19
Mengetahui peristiwa hijrah
Rasulullah SAW.

B1D19E1
Menyatakan pengertian hijrah Rasulullah SAW.

B1D20
Mengetahui tokoh-tokoh Islam.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B1D16E1
Menyatakan pengertian Jahiliah dan keadaan
masyarakat Jahiliah.

B1D20E1
Menyatakan riwayat hidup tokoh-tokoh Islam:
 Abu Bakar al-Siddiq
 Khadijah al-Khuwailid
 Sumaiyah
 Bilal bin Rabah

13
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
B1D21
Mengetahui adab Islamiah dalam
kehidupan seharian, bersosial,
menunaikan ibadat,terhadap ibu bapa
dan keluarga dan menuntut ilmu.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B1D21E1
Mengia / menggeleng / diam dengan
pergerakan badan (body language) atau
memberi isyarat tentang adab:
 menjaga fitrah lelaki dan perempuan
 berkawan
 dengan ibu bapa
 dengan keluarga
 berguru
 menuntut ilmu
 menjaga harta sekolah
 membaca al-Quran

14
BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

2

B2
Memahami asas membaca
al-Quran, menghafaz ayat-ayat
tertentu, kefahaman ayat,
pengenalan dan hadis pilihan,
asas dan konsep akidah, ibadah,
sirah nabawiyah dan tamadun
Islam, adab dan akhlak Islamiah
serta membaca dan menulis jawi.

TILAWAH AL-QURAN
AYAT BACAAN
B2D1
Boleh membaca surah
al-Baqarah ayat 1–286 dengan betul.

Tahu dan faham

AYAT HAFAZAN
B2D2
Boleh menghafaz ayat-ayat dalam
surah al-Baqarah dengan betul.

AYAT KEFAHAMAN
B2D3
Boleh menyatakan maksud ayat -ayat
tertentu surah al-Baqarah dengan
betul.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

EVIDENS

B2D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah
 al-Baqarah dengan bimbingan guru.

B2D2E1
Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah
iaitu:
 ayat 1 – 5
 ayat 201
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286

B2D3E1
Menyatakan isi kandungan ayat -ayat surah
al-Baqarah dengan betul iaitu:
 ayat 1 – 5
 ayat 34 – 37
 ayat 83
 ayat 155 – 156
 ayat 168
 ayat 201
 ayat 219
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286
15
HADIS
B2D4
Memahami asas pengenalan hadis.

B2D5
Boleh menyatakan maksud hadis
tertentu dengan betul.

’ULUM SYAR’IYAH
AKIDAH
B2D6
Boleh memahami konsep dan asas
akidah.

B2D4E1
Menyatakan
 maksud hadis al-Aqwal dan al-Af’al
 Menerangkan syarat-syarat perawi
hadis
B2D5E1
Menyatakan isi kandungan:
 Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu
 Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan
Hidup Mukmin.

B2D6E1
Menyatakan ciri-ciri akidah yang betul dan
akidah yang salah.
B2D6E2
Menyatakan tujuan mempelajari ilmu akidah.
B2D6E3
Menyatakan empat aspek akidah Islamiah.

B2D7
Mengetahui akidah berteraskan rukun
iman.

B2D8
Boleh memahami konsep muslim dan
mukmin.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B2D7E1
Menyatakan maksud rukun iman.

B2D8E1
Menyatakan maksud muslim dan mukmin.

16
B2D9
Boleh memahami dalil kewujudan
Allah SWT.
IBADAT
B2D10
Memahami konsep fardu ain dan
fardu kifayah.

B2D11
Memahami konsep bersuci.

B2D9E1
Menyatakan dalil akli tentang kewujudan Allah
SWT.

B2D10E1
Memberi contoh:
 fardu ain
 fardu kifayah
B2D11E1
Boleh mengenal pasti:
 benda-benda kotor yang najis
 bahan-bahan bersuci
 jenis-jenis najis
 alat-alat istinjak
B2D11E2
 Menyatakan anggota wuduk
 Menyenaraikan rukun wuduk
B2D11E3
Menyebut sebab wajib mandi.
B2D11E4
Menyebut anggota bertayamum dan alat
tayamum.
B2D11E5
Menyebut alat-alat samak.
B2D11E6
Menyenaraikan penyakit-penyakit yang
berpunca dari amalan yang mengabaikan
kebersihan diri dan alam sekitar.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

17
B2D12
Memahami konsep solat dan kesan
khusyuk solat kepada kehidupan
mukmin.

B2D12E1
Menyatakan waktu-waktu solat fardu.

B2D13
Memahami tuntutan solat berjemaah.

B2D13E1
Menyatakan kedudukan imam dan makmum.

B2D12E2
Menyatakan perkara-perkara yang membawa
khusyuk dalam solat.

B2D13E2
Menyatakan syarat-syarat menjadi imam dan
makmum.

B2D14
Memahami solat Jumaat.

B2D14E1
Menyenaraikan keistimewaan hari Jumaat.
B2D14E2
Menjelaskan syarat wajib dan syarat sah solat
Jumaat.
B2D14E3
Menyenaraikan tiga syarat sah khutbah
Jumaat.
B2D14E4
Menyenaraikan tiga adab semasa berada
di masjid.

B2D15
Memahami konsep solat sunat
tahiyatul masjid dan solat sunat
rawatib.
DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B2D15E1
Menyatakan bahagian solat sunat rawatib
qabliah dan ba’diah.
18
SIRAH NABAWIYAH DAN
TAMADUN ISLAM
B2D16
Memahami masyarakat Arab sebelum
dan selepas kelahiran Rasulullah
SAW.

B2D16E1
Menyatakan keadaan masyarakat Arab
selepas kelahiran Rasulullah SAW.

B2D17
Memahami riwayat hidup Rasulullah
SAW.

B2D18
Memahami perjuangan Nabi
Muhammad SAW di Makkah dalam
mengukuhkan akidah Islamiah.

B2D18E1
Menyatakan perjuangan Nabi Muhammad
SAW di Makkah.

B2D19
Memahami hijrah Rasulullah SAW ke
Madinah.

B2D19E1
Menyatakan sebab berlakunya hijrah
Rasulullah SAW.

B2D20
Memahami perjuangan tokoh -tokoh
Islam.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B2D17E1
Menyatakan keturunan Rasulullah SAW.

B2D20E1
Menyatakan peribadi tokoh-tokoh Islam:
 Abu Bakar al-Siddiq
 Khadijah al-Khuwailid
 Sumaiyah
 Bilal bin Rabah

19
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
B2D21
Memahami adab Islamiah dalam
kehidupan seharian, bersosial,
menunaikan ibadat terhadap ibu bapa
dan keluarga dan menuntut ilmu.

B2D21E1
Menyatakan perkara-perkara berkaitan adab
 menjaga fitrah lelaki dan perempuan
 berkawan
 dengan ibu bapa
 dengan keluarga
 berguru
 menuntut ilmu
 menjaga harta sekolah
 membaca al-Quran

 

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

20
 

BAND

PERNYATAAN STANDARD

3

B3
Mempamerkan kebolehan asas
membaca al-Quran, menghafaz
ayat-ayat tertentu, menyatakan
kefahaman ayat dan hadis
pilihan, memahami akidah
berteraskan rukun iman,
melakukan ibadah, mencontohi
sirah nabawiyah dan tamadun
Islam, adab dan akhlak Islamiah
serta membaca dan menulis jawi.

Tahu, faham
dan boleh buat

DESKRIPTOR
TILAWAH AL-QURAN
AYAT BACAAN
B3D1
Boleh membaca surah
al-Baqarah ayat 1–286.dengan betul
secara sendiri.
AYAT HAFAZAN
B3D2
Boleh menghafaz ayat-ayat surah
al-Baqarah dengan betul dan
bertajwid.

AYAT KEFAHAMAN
B3D3
Boleh mengamalkan isi kandungan
ayat-ayat tertentu daripada surah
al-Baqarah.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

EVIDENS

B3D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah alBaqarah dengan betul tanpa bimbingan.

B3D2E1
Menghafaz ayat-ayat surah al-Baqarah dengan
betul dan bertajwid iaitu:
 ayat 1 – 5
 ayat 201
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286

B3D3E1
Mengamalkan isi kandungan ayat-ayat
daripada surah al-Baqarah iaitu:
 ayat 1 – 5
 ayat 34 – 37
 ayat 83
 ayat 155 – 156
 ayat 168
 ayat 201
 ayat 219
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286
21
HADIS
B3D4
Memahami asas pengenalan hadis.

B3D4E1
Menyatakan perbezaan hadis nabawi, hadis
qudsi dan al-Quran.

B3D5
Boleh memahami isi kandungan hadis
pilihan.

B3D5E1
Menjelaskan isi kandungan :
 Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu
 Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan
Hidup Mukmin.

’ULUM SYAR’IYAH
AKIDAH
B3D6
Memahami konsep dan asas akidah.

B3D6E1
Menyenaraikan perkara-perkara yang
merosakkan akidah.
B3D6E2
Menyenaraikan perkara-perkara yang
memantapkan akidah.

B3D7
Memahami akidah berteraskan rukun
iman.

B3D8
Memahami konsep muslim dan
mukmin.

B3D8E1
Menyenaraikan sifat-sifat muslim dan mukmin.

B3D9
Memahami dalil kewujudan Allah
SWT.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B3D7E1
Menyenaraikan akibat tidak mempercayai
rukun iman.

B3D9E1
Menyatakan dalil nakli tentang kewujudan Allah
SWT.

22
IBADAT
B3D10
Melaksanakan fardu ain dan fardu
kifayah.
B3D11
Melaksanakan konsep bersuci.

B3D12
Memahami perlakuan solat dan kesan
khusyuk solat kepada kehidupan
mukmin.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B3D10E1
Menjelaskan perbezaan antara fardu ain dan
fardu kifayah.
B3D11E1
Menunjukkan kebolehan:
 Membandingkan amalan orang yang
bersih dengan pengotor.
 Membezakan jenis-jenis najis dan
cara-cara menyucikannya.
 Menyenaraikan syarat-syarat istinjak
dengan benda-benda kesat.
 Melafazkan niat wuduk.
 Mengamalkan perlakuan wuduk.
 Melaksanakan mandi wajib dengan
melafaz niat mandi wajib.
 Menyenaraikan perkara sunat ketika
mandi wajib.
 Melaksanakan tayamum dengan lafaz
niat tayamum.
 Menyatakan sebab-sebab tayamum
dan rukun tayamum.
 Melakukan samak.

B3D12E1
Tunjuk cara melakukan solat contoh: sujud.
B3D12E2
Menerangkan perkara-perkara yang boleh
menghalang khusyuk ketika solat.
23
B3D13
Memahami perlakuan solat
berjemaah.

B3D13E1
Tunjuk cara solat berjemaah:
 kedudukan imam dan makmum
 makmum masbuk dan muafik

B3D14
Memahami solat Jumaat.

B3D14E1
 Menyatakan cara melakukan solat
Jumaat secara lisan.
B3D14E2
Melaksanakan adab makmum solat Jumaat.
B3D14E3
Menyatakan rukun khutbah Jumaat.

B3D15
Memahami solat sunat rawatib dan
tahiyatul masjid.

SIRAH NABAWIYAH DAN
TAMADUN ISLAM
B3D16
Memahami masyarakat Arab sebelum
dan selepas kelahiran Rasulullah
SAW.
B3D17
Memahami riwayat hidup Rasulullah
SAW.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B3D15E1
Menyatakan
 lafaz niat solat sunat rawatib dan solat
sunat tahiyatul masjid
 Tunjuk cara solat

B3D16E1
Menyatakan sifat keji masyarakat Jahiliah.

B3D17E1
Menyatakan kisah Rasulullah SAW semasa:
 kelahiran
 bersama ibunya
24
 bersama datuknya
 bersama bapa saudaranya
 remaja
B3D18
Memahami perjuangan Nabi
Muhammad SAW di Makkah dalam
mengukuhkan akidah Islamiah.

B1D18E1
Menyatakan strategi dakwah Rasulullah SAW
di Makkah.

B3D19
Memahami hijrah Rasulullah SAW ke
Madinah.

B3D19E1
Menceritakan tentang peristiwa sebelum hijrah
Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

B3D20
Memahami perjuangan tokoh-tokoh
Islam.

B3D20E1
Menyatakan sumbangan tokoh-tokoh Islam:
 Abu Bakar al-Siddiq
 Khadijah al-Khuwailid
 Sumaiyah
 Bilal bin Rabah

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
B3D21
Melakukan adab Islamiah dalam
kehidupan seharian, bersosial,
menunaikan ibadat terhadap ibu bapa
dan keluarga dan melaksanakan ilmu.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B3D21E1
Melakukan adab:
 menjaga fitrah lelaki dan perempuan
 berkawan
 dengan ibu bapa
 dengan keluarga
 berguru
 menuntut ilmu
 menjaga harta sekolah
 membaca al-Quran
25
 

BAND

PERNYATAAN STANDARD

4

B4
Mempamerkan kemahiran
membaca al-Quran, menghafaz
ayat-ayat tertentu, menjelaskan
kefahaman ayat dan hadis
pilihan, menghayati akidah
berteraskan rukun iman,
melakukan ibadah, mencontohi
sirah nabawiyah dan tamadun
Islam, adab dan akhlak Islamiah
serta membaca dan menulis
jawi.

Tahu, faham dan
boleh buat
dengan beradab.

DESKRIPTOR
TILAWAH AL-QURAN
AYAT BACAAN
B4D1
Boleh membaca surah al-Baqarah
ayat 1 – 286.dengan betul dan
bertajwid.

AYAT HAFAZAN
B4D2
Boleh menghafaz ayat-ayat tertentu
dalam surah al-Baqarah dengan
betul, bertajwid dan lancar.

AYAT KEFAHAMAN
B4D3
Boleh memahami isi kandungan
ayat-ayat tertentu surah al-Baqarah
dengan betul.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

EVIDENS

B4D1E1
Membaca ayat-ayat daripada surah
al-Baqarah dengan betul, bertajwid dengan
pemerhatian yang khusus kepada hukum nun
sakinah dan tanwin.

B4D2E1
Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah
dengan betul, bertajwid dan lancar iaitu:
 ayat 1 – 5
 ayat 201
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286
B4D3E1
Menyatakan isi kandungan ayat daripada
surah al-Baqarah dengan betul iaitu:
 ayat 1 – 5
 ayat 34 – 37
 ayat 83
 ayat 155 – 156
 ayat 168
 ayat 201
 ayat 219
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286
26
HADIS
B4D4
Boleh memahami isi kandungan
hadis pilihan dengan betul.

’ULUM SYAR’IYAH
AKIDAH
B4D5
Boleh memahami konsep dan asas
akidah dengan betul.

B4D4E1
Menyatakan isi kandungan hadis dengan
betul.
 Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu
 Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan
Hidup Mukmin

B4D5E1
Menyatakan perkara-perkara yang boleh
memantapkan akidah.
B4D5E2
Mengawal perlakuan dan pertuturan daripada
perkara yang merosakkan akidah.

B4D6
Memahami akidah berteraskan rukun
iman dengan betul.

B4D7
Menghayati konsep muslim dan
mukmin dengan betul.

B4D7E1
Menunjukkan usaha mempertingkatkan diri
menjadi muslim yang mukmin.

B4D8
Menghayati dalil kewujudan Allah
SWT dengan betul.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B4D6E1
Mempamerkan perlakuan dan pertuturan yang
menunjukkan beriman dengan rukun-rukun
iman dengan betul.

B4D8E1
Menjelaskan bukti kewujudan Allah SWT dan
keesaan-Nya melalui alam syahadah.

27
IBADAT
B4D9
Melaksanakan fardu ain dan fardu
kifayah dengan betul.
B4D10
Memahami konsep bersuci
dengan betul.

B4D11
Memahami perlakuan dalam solat
dengan betul.

B4D9E1
Melakukan amalan fardu ain dan fardu kifayah
dengan betul.
B4D10E1
Melakukan konsep bersuci dengan:
 sentiasa memakai pakaian yang bersih
dan menutup aurat.
 melaksanakan cara bersuci daripada
najis dengan betul.
 melaksanakan cara-cara istinjak
menggunakan alat-alat istinjak.
 melakukan perlakuan dalam wuduk
dengan betul mengikut urutan.
 melakukan mandi wajib dengan betul
mengikut urutan.
 melaksanakan tayamum dengan
betul.
 melakukan samak dengan betul dan
boleh menyatakan perbezaan caracara sertu dan samak.
B4D11E1
Membaca bacaan–bacaan dalam solat
dengan betul.
B4D11E2
Melakukan perlakuan dalam solat mengikut
urutan.

B4D12
Memahami cara solat berjemaah
dengan betul.
DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B4D12E1
Mengamalkan solat berjemaah bersama
rakan di sekolah.
28
B4D13
Memahami perlakuan dalam solat
Jumaat dengan betul.

B4D13E1
Membezakan antara solat fardu Jumaat
dengan solat fardu zuhur.
B4D13E2
Menjelaskan adab makmum sebelum,
semasa dan selepas solat Jumaat.

B4D14
Memahami cara solat sunat rawatib
dan tahiyatul masjid dengan betul.

SIRAH NABAWIYAH DAN
TAMADUN ISLAM
B4D15
Memahami masyarakat Arab
sebelum dan selepas kelahiran
Rasulullah SAW.
B4D16
Memahami riwayat hidup Rasulullah
SAW.

B4D14E1
Melakukan solat sunat rawatib dan tahiyatul
masjid.

B4D15E1
Melahirkan kebencian kepada amalan-amalan
Jahiliah.

B4D16E1
Menyatakan sanjungan kepada Rasulullah
SAW.
B4D16E2
Mencontohi sifat-sifat keunggulan Rasulullah
SAW.

B4D17
Memahami perjuangan Nabi
Muhammad SAW di Makkah dalam
mengukuhkan akidah Islamiah.
DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B4D17E1
Mencontohi cara pendekatan dakwah
Rasulullah SAW di Makkah.

29
B4D18
Memahami hijrah Rasulullah SAW ke
Madinah.

B4D18E1
Menyatakan kepentingan peristiwa hijrah
Rasulullah SAW.

B4D19
Memahami perjuangan tokoh -tokoh
Islam.

B4D19E1
Menyatakan sumbangan perjuangan tokohtokoh Islam
 Abu Bakar al-Siddiq
 Khadijah al-Khuwailid
 Sumaiyah
 Bilal bin Rabah

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
B4D20
Melakukan adab Islamiah dalam
kehidupan seharian, bersosial,
menunaikan ibadat terhadap ibu
bapa dan keluarga dan memperolehi
ilmu dengan betul.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B4D20E1
Melakukan adab:
 menjaga fitrah lelaki dan perempuan
 berkawan
 dengan ibu bapa
 dengan keluarga
 berguru
 menuntut ilmu
 menjaga harta sekolah
 membaca al-Quran
dengan betul

30
 

BAND

PERNYATAAN STANDARD

5

B5
Mengaplikasi kemahiran
membaca al-Quran, menghafaz
ayat-ayat tertentu, menerangkan
kefahaman ayat dan hadis
pilihan, menghayati akidah
berteraskan rukun iman,
melakukan ibadah, mencontohi
sirah nabawiyah dan tamadun
Islam, adab dan akhlak Islamiah
serta membaca dan menulis jawi.

Tahu, faham
dan boleh buat
dengan
beradab terpuji

DESKRIPTOR
TILAWAH AL-QURAN
AYAT BACAAN
B5D1
Boleh membaca surah al-Baqarah
ayat 1 – 286 dengan betul, bertajwid
dan lancar
AYAT HAFAZAN
B5D2
Boleh menghafaz ayat-ayat tertentu
surah al-Baqarah dengan betul,
bertajwid, lancar dan fasih.

AYAT KEFAHAMAN
B5D3
Boleh mengamalkan isi kandungan
ayat surah al-Baqarah dengan betul
dan istiqamah.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

EVIDENS

B5D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah
al-Baqarah dengan betul, bertajwid dan lancar.

B5D2E1
Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah
dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih iaitu:
 ayat 1 – 5
 ayat 201
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286

B5D3E1
Menyatakan isi kandungan ayat daripada
surah al-Baqarah dengan betul dan istiqamah:
 ayat 1 – 5
 ayat 34 – 37
 ayat 83
 ayat 155 – 156
 ayat 168
 ayat 201
 ayat 219
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286
31
HADIS
B5D4
Boleh mengamalkan isi kandungan
hadis pilihan dengan betul dan
istiqamah.

’ULUM SYAR’IYAH
AKIDAH
B5D5
Boleh menghayati konsep dan asas
akidah dengan betul dan istiqamah.

B5D4E1
Mengamalkan isi kandungan hadis pilihan
dengan betul dan istiqamah:
 Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu
 Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan
Hidup Mukmin

B5D5E1
Melakukan perkara yang memantapkan akidah
secara berterusan.
B5D5E2
Mengawal perlakuan dan pertuturan daripada
perkara yang merosakkan akidah secara
berterusan.
B5D5E3
Melakukan amalan-amalan sunat sebagai
usaha memantapkan iman.

B5D6
Boleh menghayati akidah berteraskan
rukun iman dengan betul dan
istiqamah.

B5D7
Menghayati konsep muslim dan
mukmin dengan betul dan istiqamah.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B5D6E1
Mempamerkan perlakuan dan pertuturan yang
menunjukkan beriman dengan rukun-rukun
iman dengan betul dan istiqamah.

B5D7E1
Menunjukkan usaha mempertingkatkan diri
menjadi muslim yang mukmin secara
istiqamah.
32
B5D8
Menghayati dalil kewujudan Allah
SWT dengan betul dan istiqamah.

B5D8E1
Menunjukkan kesyukuran melalui perkataan ,
perlakuan dan keyakinan bahawa Allah SWT
itu wujud.

IBADAT
B5D9
Melaksanakan fardu ain dan fardu
kifayah dengan betul dan istiqamah.

B5D10
Melaksanakan konsep bersuci
dengan betul dan istiqamah.

B5D10E1
Melaksanakan konsep bersuci dengan:
 Menjelaskan akibat buruk
mengabaikan kebersihan.
 Sentiasa menjaga kesihatan dan
mengamalkan cara hidup sihat.
 Menjelaskan implikasi orang yang tidak
beristinjak dengan betul.
 Mengaplikasikan wuduk dalam
kehidupan seharian dan mengamalkan
adab ketika berwuduk.

B5D11
Melaksanakan perlakuan dalam solat
dengan betul dan istiqamah.

B5D11E1
Melakukan perlakuan dalam solat dengan
betul mengikut urutan dan istiqamah.

B5D12
Melaksanakan solat berjemaah
dengan betul dan istiqamah.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B5D9E1
Melakukan amalan fardu ain dan fardu kifayah
dalam kehidupan seharian secara berterusan.

B5D12E1
Dikenal pasti sebagai seseorang yang layak
menjadi imam.

33
B5D13
Melaksanakan perlakuan dalam solat
Jumaat dengan betul dan istiqamah.

B5D13E1
Menjelaskan perkara-perkara yang sunat
dilakukan pada hari Jumaat.
B5D13E2
Melazimi membaca doa dan zikir pada hari
Jumaat

B5D14
Melaksanakan solat sunat rawatib
dan tahiyatul masjid dengan betul dan
istiqamah.

SIRAH NABAWIYAH DAN
TAMADUN ISLAM
B5D15
Memahami masyarakat Arab sebelum
dan selepas kelahiran Rasulullah
SAW.

B5D14E1
Melakukan solat sunat rawatib dan solat sunat
tahiyatul secara berterusan.

B5D15E1
Beristiqamah dalam menghindari amalan
Jahiliah.

B5D16
Memahami riwayat hidup Rasulullah
SAW.

B5D16E1
Beristiqamah dalam mencontohi keperibadian
Rasulullah SAW.

B5D17
Memahami perjuangan Nabi
Muhammad SAW di Makkah dalam
mengukuhkan akidah islamiah.

B5D17E1
Beristiqamah dalam mengaplikasi perjuangan
Rasulullah SAW.
B5D17E2
Mengaplikasi strategi dakwah Rasulullah SAW
dengan istiqamah semasa berdakwah.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

34
B5D18
Memahami hijrah Rasulullah SAW ke
Madinah.

B5D18E1
Beristiqamah dalam menghayati pengajaran
hijrah dalam kehidupan.

B5D19
Memahami perjuangan tokoh -tokoh
Islam.

B5D19E1
Beristiqamah dalam menghayati pengorbanan
tokoh-tokoh Islam:
 Abu Bakar al-Siddiq
 Khadijah al-Khuwailid
 Sumaiyah
 Bilal bin Rabah

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
B5D20
Melakukan adab Islamiah dalam
kehidupan seharian, bersosial,
menunaikan ibadat terhadap ibu bapa
dan keluarga dan memperoleh ilmu
dengan betul dan istiqamah.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B5D20E1
Melakukan adab:
 menjaga fitrah lelaki dan perempuan
 berkawan
 dengan ibu bapa
 dengan keluarga
 berguru
 menuntut ilmu
 menjaga harta sekolah
 membaca al-Quran
dengan betul dan istiqamah

35
BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

6

B6
Mahir membaca al-Quran,
menghafaz ayat-ayat tertentu,
menghuraikan kefahaman ayat
dan hadis pilihan, menghayati
akidah berteraskan rukun iman,
mengamalkan ibadah,
meneladani sirah nabawiyah dan
tamadun Islam, mengaplikasikan
adab dan akhlak Islamiah serta
membaca dan menulis jawi.

TILAWAH AL-QURAN
AYAT BACAAN
B6D1
Boleh membaca surah al-Baqarah
ayat 1 – 286 dengan betul, bertajwid,
lancar dan fasih.

Tahu, faham dan
boleh buat
dengan beradab
mithali

AYAT HAFAZAN
B6D2
Boleh menghafaz ayat-ayat tertentu
dalam surah al-Baqarah dengan
bacaan betul, bertajwid, lancar, fasih
dan bertadwir.

AYAT KEFAHAMAN
B6D3
Boleh mengamalkan isi kandungan
ayat daripada surah al-Baqarah
dengan betul, istiqamah dan boleh
dicontohi.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

EVIDENS

B6D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah
al-Baqarah dengan betul, bertajwid, lancar
dan fasih.

B6D2E1
Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah
dengan bacaan betul, bertajwid, lancar, fasih
dan bertadwir:
 ayat 1 – 5
 ayat 201
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286
B6D3E1
Mengamalkan isi kandungan ayat daripada
surah al-Baqarah dengan betul, istiqamah dan
boleh dicontohi:
 ayat 1 – 5
 ayat 34 – 37
 ayat 83
 ayat 155 – 156
 ayat 168
 ayat 201
 ayat 219
 ayat 255
 ayat 256
 ayat 284 – 286
36
HADIS
B6D4
Boleh mengamalkan isi kandungan
hadis pilihan dengan betul, istiqamah
dan boleh dicontohi.

’ULUM SYAR’IYAH
AKIDAH
B6D5
Boleh menghayati konsep dan asas
akidah dengan betul, istiqamah dan
boleh dicontohi.

B6D4E1
Mengamalkan isi kandungan hadis pilihan
dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.
 Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu
 Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan
Hidup Mukmin.

B6D5E1
Melakukan perkara yang memantapkan
akidah secara berterusan dan boleh dicontohi.
B6D5E2
Mengawal perlakuan dan pertuturan daripada
perkara yang merosakkan akidah secara
berterusan dan boleh dicontohi.
B6D5E3
Melakukan amalan-amalan sunat sebagai
usaha memantapkan iman secara berterusan.

B6D6
Boleh menghayati akidah
berteraskan rukun iman dengan
betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D7
Menghayati konsep muslim dan
mukmin dengan betul, istiqamah dan
boleh dicontohi.

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B6D6E1
Mempamerkan perlakuan dan pertuturan yang
menunjukkan beriman dengan rukun-rukun
iman dengan betul, istiqamah dan boleh
dicontohi.

B6D7E1
Mempamerkan imej muslim yang mukmin.

37
B6D8
Menghayati dalil kewujudan Allah
SWT dengan betul, istiqamah dan
boleh dicontohi.
IBADAT
B6D9
Melaksanakan fardu ain dan fardu
kifayah dengan betul, istiqamah dan
boleh dicontohi.

B6D10
Melaksanakan konsep bersuci
dengan betul, istiqamah dan boleh
dicontohi.

B6D11
Melaksanakan perlakuan dalam solat
dengan betul, istiqamah dan boleh
dicontohi.

B6D12
Melaksanakan solat berjemaah
dengan betul, istiqamah dan boleh
dicontohi.
DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B6D8E1
Mempamerkan sikap taat kepada perintah
Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

B6D9E1
Melakukan amalan fardu ain dan fardu kifayah
dalam kehidupan seharian secara berterusan
dan boleh dicontohi.

B6D10E1
Melaksanakan konsep bersuci dengan:
 Sentiasa memakai pakaian yang
bersih dan menutup aurat serta boleh
dicontohi.
 Melakukan perlakuan wuduk dengan
sempurna dan boleh dicontohi.

B6D11E1
Menjadikan solat sebagai keperluan hidup
dengan sempurna istiqamah, dan boleh
dicontohi.

B6D12E1
Menjadi imam solat berjemaah dengan
sempurna istiqamah, dan boleh dicontohi.

38
B6D13
Melaksanakan perlakuan dalam solat
jumaat dengan betul, istiqamah dan
boleh dicontohi.

B6D13E1
Menghuraikan perbezaan kaedah antara
golongan mastautin, bermukim dan musafir
dalam solat Jumaat.

B6D14
Melaksanakan solat sunat rawatib
dan tahiyatul masjid dengan betul,
istiqamah dan boleh dicontohi.

B6D14E1
Melakukan solat sunat rawatib dan solat sunat
tahiyatul secara berterusan dan boleh
dicontohi.

SIRAH NABAWIYAH DAN
TAMADUN ISLAM
B6D15
Memahami masyarakat Arab
sebelum dan selepas kelahiran
Rasulullah SAW.

B6D15E1
Menghindari amalan Jahiliah yang ada masa
kini secara beristiqamah dan boleh dicontohi.

B5D16
Memahami riwayat hidup Rasulullah
SAW.

B6D16E1
Beristiqamah dalam mencontohi keperibadian
Rasulullah SAW.

B6D17
Memahami perjuangan Nabi
Muhammad SAW di Makkah dalam
mengukuhkan akidah Islamiah.

B6D17E1
Beristiqamah dalam berdakwah dan boleh
dicontohi.

B6D18
Memahami hijrah Rasulullah SAW
ke Madinah.
DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

B6D18E1
Beristiqamah dalam menghayati pengajaran
hijrah dan boleh dicontohi.

39
B6D19
Memahami perjuangan tokoh -tokoh
Islam.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
B6D20
Melakukan adab Islamiah dalam
kehidupan seharian, bersosial,
menunaikan ibadat terhadap ibu
bapa dan keluarga dan memperolehi
ilmu dengan betul, istiqamah dan
boleh dicontohi.

B6D19E1
Beristiqamah dalam menghayati perjuangan
tokoh-tokoh Islam dan boleh dicontohi
 Abu Bakar al-Siddiq
 Khadijah al-Khuwailid
 Sumaiyah
 Bilal bin Rabah

B6D20E1
Melakukan adab:
 menjaga fitrah lelaki dan
perempuan
 berkawan
 dengan ibu bapa
 dengan keluarga
 berguru
 menuntut ilmu
 menjaga harta sekolah
 membaca al-Quran
dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi

 

DSP Pend.  Islam  Ting. 1 
15 Mac 2012 
 

40

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Sukatan pelajaran pendidikan islam kbsm
Sukatan pelajaran pendidikan islam kbsmSukatan pelajaran pendidikan islam kbsm
Sukatan pelajaran pendidikan islam kbsmWNOORAIZAH
 
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2Safiah Sulaiman
 
RPS IPI SMT II 2021-2022 Syarifatul Marwiyah.pptx
RPS IPI SMT  II 2021-2022  Syarifatul Marwiyah.pptxRPS IPI SMT  II 2021-2022  Syarifatul Marwiyah.pptx
RPS IPI SMT II 2021-2022 Syarifatul Marwiyah.pptxSyarifatul Marwiyah
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Pppm pendidikan islam ting 1
Pppm pendidikan islam ting 1Pppm pendidikan islam ting 1
Pppm pendidikan islam ting 1Amilinda Amsar
 
Mkalah Hadist tarbawi kelompok 2
Mkalah Hadist tarbawi kelompok 2Mkalah Hadist tarbawi kelompok 2
Mkalah Hadist tarbawi kelompok 2Fitri Nofiati
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamUstajah ILa AzieLa
 
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxJURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxNatijahRohmah
 
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013MTs DARUSSALAM
 
Modul hadis tarbawy
Modul hadis tarbawyModul hadis tarbawy
Modul hadis tarbawyAnasDt
 
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswaBuku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswanutamania
 

Mais procurados (14)

Guru PAI
Guru PAIGuru PAI
Guru PAI
 
Sukatan pelajaran pendidikan islam kbsm
Sukatan pelajaran pendidikan islam kbsmSukatan pelajaran pendidikan islam kbsm
Sukatan pelajaran pendidikan islam kbsm
 
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
 
Sp%20 pendidikan%20islam%20kbsm
Sp%20 pendidikan%20islam%20kbsmSp%20 pendidikan%20islam%20kbsm
Sp%20 pendidikan%20islam%20kbsm
 
RPS IPI SMT II 2021-2022 Syarifatul Marwiyah.pptx
RPS IPI SMT  II 2021-2022  Syarifatul Marwiyah.pptxRPS IPI SMT  II 2021-2022  Syarifatul Marwiyah.pptx
RPS IPI SMT II 2021-2022 Syarifatul Marwiyah.pptx
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Pppm pendidikan islam ting 1
Pppm pendidikan islam ting 1Pppm pendidikan islam ting 1
Pppm pendidikan islam ting 1
 
Mkalah Hadist tarbawi kelompok 2
Mkalah Hadist tarbawi kelompok 2Mkalah Hadist tarbawi kelompok 2
Mkalah Hadist tarbawi kelompok 2
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islam
 
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxJURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
 
Modul hadis tarbawy
Modul hadis tarbawyModul hadis tarbawy
Modul hadis tarbawy
 
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswaBuku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
 

Destaque

Bab 20 unit_1_konsep_bersuc
Bab 20 unit_1_konsep_bersucBab 20 unit_1_konsep_bersuc
Bab 20 unit_1_konsep_bersucAHMADILSHUKRI
 
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1Safiah Sulaiman
 
Presentation سغ كنحيل دان سغ بوايا
Presentation سغ كنحيل دان سغ بواياPresentation سغ كنحيل دان سغ بوايا
Presentation سغ كنحيل دان سغ بواياnurul nalia
 
Hikmah Bersuci Dalam Kehidupan Individu Dan Masyarakat
Hikmah Bersuci Dalam Kehidupan Individu Dan MasyarakatHikmah Bersuci Dalam Kehidupan Individu Dan Masyarakat
Hikmah Bersuci Dalam Kehidupan Individu Dan Masyarakatnurul nalia
 
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukminPel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukminNORAINI1010
 
Kepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
Kepentingan Doa dalam Hidup MukminKepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
Kepentingan Doa dalam Hidup Mukminmashimushi
 
Adab menjaga maruah diri
Adab menjaga maruah diriAdab menjaga maruah diri
Adab menjaga maruah diriIzzat Hakim
 
Pel. 28 menjaga maruah diri
Pel. 28 menjaga maruah diriPel. 28 menjaga maruah diri
Pel. 28 menjaga maruah diriIzzat Hakim
 
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )SHiRa_96
 
Adab menjaga-maruah-diri
Adab menjaga-maruah-diriAdab menjaga-maruah-diri
Adab menjaga-maruah-diriIzzat Hakim
 
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamKonsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamDalila Syakireen
 

Destaque (13)

Bab 20 unit_1_konsep_bersuc
Bab 20 unit_1_konsep_bersucBab 20 unit_1_konsep_bersuc
Bab 20 unit_1_konsep_bersuc
 
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
 
Presentation سغ كنحيل دان سغ بوايا
Presentation سغ كنحيل دان سغ بواياPresentation سغ كنحيل دان سغ بوايا
Presentation سغ كنحيل دان سغ بوايا
 
Hikmah Bersuci Dalam Kehidupan Individu Dan Masyarakat
Hikmah Bersuci Dalam Kehidupan Individu Dan MasyarakatHikmah Bersuci Dalam Kehidupan Individu Dan Masyarakat
Hikmah Bersuci Dalam Kehidupan Individu Dan Masyarakat
 
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukminPel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
 
Kepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
Kepentingan Doa dalam Hidup MukminKepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
Kepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
 
Bersuci 1
Bersuci 1Bersuci 1
Bersuci 1
 
Adab menjaga maruah diri
Adab menjaga maruah diriAdab menjaga maruah diri
Adab menjaga maruah diri
 
Pel. 28 menjaga maruah diri
Pel. 28 menjaga maruah diriPel. 28 menjaga maruah diri
Pel. 28 menjaga maruah diri
 
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
PENDIDIKAN ISLAM ( ADAB MENJAGA MARUAH DIRI )
 
Adab menjaga-maruah-diri
Adab menjaga-maruah-diriAdab menjaga-maruah-diri
Adab menjaga-maruah-diri
 
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamKonsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 

Semelhante a 13 dsp p islam tingkatan 1 15 mac

Dsp p islam tingkatan 1
Dsp p islam tingkatan 1  Dsp p islam tingkatan 1
Dsp p islam tingkatan 1 cahaya2012
 
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1  tambahbaikDsp p islam tingkatan 1  tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaikCt Hidayah
 
15 dsp pendidikan islam tahun 1
15 dsp pendidikan islam tahun 115 dsp pendidikan islam tahun 1
15 dsp pendidikan islam tahun 1CIKGU AHMAD
 
10 dsp p islam ting 2 6 feb 2013
10 dsp p islam ting 2   6 feb 201310 dsp p islam ting 2   6 feb 2013
10 dsp p islam ting 2 6 feb 2013cshmusa
 
15 dsp p islam tahun 2
15 dsp p islam tahun 215 dsp p islam tahun 2
15 dsp p islam tahun 2CIKGU AHMAD
 
DSP KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3DSP KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3gengkapak84
 
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 21 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2CIKGU AHMAD
 
Dsp bahasa malaysia sk tahun 2
Dsp bahasa malaysia sk tahun 2Dsp bahasa malaysia sk tahun 2
Dsp bahasa malaysia sk tahun 2keropokgotel
 
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 21 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2Aurora Afiqah
 
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 21 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2Ceedrah Mohammad
 
5 dsp b arab tingkatan 1 15 mac
5 dsp b arab tingkatan 1 15 mac5 dsp b arab tingkatan 1 15 mac
5 dsp b arab tingkatan 1 15 macpenaklukborneo2020
 
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 1
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 11 dsp bahasa malaysia sk tahun 1
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 1CIKGU AHMAD
 
Dokumen standard prestasi bm thn 1 2013
Dokumen standard prestasi bm thn 1 2013Dokumen standard prestasi bm thn 1 2013
Dokumen standard prestasi bm thn 1 2013Norhazlina Izam
 
16 dsp sp bahasa malaysia sjk tahun 2
16 dsp sp bahasa malaysia sjk tahun 216 dsp sp bahasa malaysia sjk tahun 2
16 dsp sp bahasa malaysia sjk tahun 2CIKGU AHMAD
 
16 dsp bahasa malaysia sjk tahun 1
16 dsp bahasa malaysia  sjk tahun 116 dsp bahasa malaysia  sjk tahun 1
16 dsp bahasa malaysia sjk tahun 1CIKGU AHMAD
 
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013CIKGU AHMAD
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013CIKGU AHMAD
 

Semelhante a 13 dsp p islam tingkatan 1 15 mac (20)

Dsp p islam tingkatan 1
Dsp p islam tingkatan 1  Dsp p islam tingkatan 1
Dsp p islam tingkatan 1
 
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1  tambahbaikDsp p islam tingkatan 1  tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
 
15 dsp pendidikan islam tahun 1
15 dsp pendidikan islam tahun 115 dsp pendidikan islam tahun 1
15 dsp pendidikan islam tahun 1
 
10 dsp p islam ting 2 6 feb 2013
10 dsp p islam ting 2   6 feb 201310 dsp p islam ting 2   6 feb 2013
10 dsp p islam ting 2 6 feb 2013
 
15 dsp p islam tahun 2
15 dsp p islam tahun 215 dsp p islam tahun 2
15 dsp p islam tahun 2
 
DSP KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3DSP KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
 
15 dsp pendidikan islam tahun 1
15 dsp pendidikan islam tahun 115 dsp pendidikan islam tahun 1
15 dsp pendidikan islam tahun 1
 
15 dsp p islam tahun 2
15 dsp p islam tahun 215 dsp p islam tahun 2
15 dsp p islam tahun 2
 
15 dsp p islam tahun 2
15 dsp p islam tahun 215 dsp p islam tahun 2
15 dsp p islam tahun 2
 
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 21 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
 
Dsp bahasa malaysia sk tahun 2
Dsp bahasa malaysia sk tahun 2Dsp bahasa malaysia sk tahun 2
Dsp bahasa malaysia sk tahun 2
 
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 21 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
 
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 21 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 2
 
5 dsp b arab tingkatan 1 15 mac
5 dsp b arab tingkatan 1 15 mac5 dsp b arab tingkatan 1 15 mac
5 dsp b arab tingkatan 1 15 mac
 
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 1
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 11 dsp bahasa malaysia sk tahun 1
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 1
 
Dokumen standard prestasi bm thn 1 2013
Dokumen standard prestasi bm thn 1 2013Dokumen standard prestasi bm thn 1 2013
Dokumen standard prestasi bm thn 1 2013
 
16 dsp sp bahasa malaysia sjk tahun 2
16 dsp sp bahasa malaysia sjk tahun 216 dsp sp bahasa malaysia sjk tahun 2
16 dsp sp bahasa malaysia sjk tahun 2
 
16 dsp bahasa malaysia sjk tahun 1
16 dsp bahasa malaysia  sjk tahun 116 dsp bahasa malaysia  sjk tahun 1
16 dsp bahasa malaysia sjk tahun 1
 
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
 

13 dsp p islam tingkatan 1 15 mac

  • 1.             KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA             DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1                DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012     
  • 2.             FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN     “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."     DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    2
  • 3.   PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    3
  • 4. TAFSIRAN o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. o Evidens : Murid Instrumen o - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain. Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain . DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    4
  • 5. KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND STANDARD 1 Tahu 2 Tahu dan Faham 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    5
  • 6. TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN 1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. 2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. 4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. 6   DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    6
  • 7. MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara. OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid dapat: 1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al-Quran. 2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian. 3. Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin. 4. Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan. 5. Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu Ain serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. 6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah, khulafa’ al-Rashidin dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas pembentukan dan pembangunan insan yang cinta dan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara. 7. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tonggak budaya bangsa yang bermaruah. 8. Membaca dan menulis jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebagai warisan amalan budaya bangsa akan terus diperkukuhkan. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    7
  • 8. BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. 2 Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. 3 Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman ayat dan hadis pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. 4 Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. 5 Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. 6 Mahir membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menghuraikan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, mengamalkan ibadah, meneladani sirah nabawiyah dan tamadun Islam, mengaplikasikan adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.   DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    8
  • 9.     BAND PERNYATAAN STANDARD 1 B1 Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. Tahu DESKRIPTOR TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B1D1 Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1 – 286. AYAT HAFAZAN B1D2 Boleh menghafaz ayat-ayat dalam surah al-Baqarah. AYAT KEFAHAMAN B1D3 Boleh menunjukkan kefahaman isi kandungan ayat-ayat tertentu dalam surah al-Baqarah secara ringkas. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    EVIDENS B1D1E1 Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah al-Baqarah mengikut bacaan guru. B1D2E1 Menghafaz kalimah serta potongan ayat daripada surah al-Baqarah:  ayat 1 – 5  ayat 201  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 B1D3E1 Mengiakan / menggeleng / diam dengan pergerakan badan (body language) atau memberi isyarat mengenai isi kandungan ayatayat surah al-Baqarah iaitu:  ayat 1 – 5  ayat 34 – 37  ayat 83  ayat 155 – 156  ayat 168  ayat 201 9
  • 10.     HADIS B1D4 Mengetahui asas pengenalan hadis. B1D5 Boleh menunjukkan kefahaman isi kandungan hadis pilihan secara ringkas. ’ULUM SYAR’IYAH AKIDAH B1D6 Mengetahui asas dan konsep akidah ayat 219 ayat 255 ayat 256 ayat 284 – 286 B1D4E1 Mengia / menggeleng / diam dengan pergerakan badan (body language) memberi isyarat atau menyatakan:  Pengertian hadis.  Hadis sebagai sumber hukum  Menyatakan perbezaan hadis dan al-Quran. B1D5E1 Mengiakan / menggeleng / diam dengan pergerakan badan (body language) atau memberi isyarat mengenai isi secara ringkas isi kandungan:  Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu  Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin. B1D6E1 Menyatakan pengertian akidah. B1D6E2 Menyatakan sumber utama akidah Islamiah. B1D7 Mengetahui akidah berteraskan rukun iman. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B1D7E1 Menyatakan rukun iman. 10
  • 11. B1D8 Mengetahui konsep mukmin dan muslim. B1D8E1 Menyatakan maksud islam, iman dan ihsan. B1D9 Mengetahui dalil kewujudan Allah SWT B1D9E1 Menyebut bukti kewujudan Allah SWT dan keesaan-Nya melalui alam syahadah (nyata). IBADAH B1D10 Mengetahui konsep fardu ain dan fardu kifayah. B1D11 Mengetahui konsep bersuci. B1D10E1 Menyebut pengertian:  fardu ain  fardu kifayah B1D11E1 Menyebut pengertian bersuci. B1D11E2 Menyebut pengertian najis. B1D11E3 Menyebut pengertian dan hukum istinjak. B1D11E4 Menyebut pengertian dan hukum berwuduk. B1D11E5 Menyebut pengertian mandi dan bahagian mandi. B1D11E6 Menyebut pengertian dan hukum bertayamum. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    11
  • 12. B1D11E7 Menyebut pengertian dan hukum samak. B1D12 Mengetahui konsep solat dan kesan khusyuk solat kepada kehidupan mukmin. B1D12E1 Menyebut pengertian solat. B1D12E2 Menyebut hukum menunaikan solat. B2D12E3 Menyebut pengertian khusyuk solat. B1D13 Mengetahui tuntutan solat berjemaah. B1D13E1 Menyebut pengertian solat berjemaah dan hukum melaksanakan solat berjemaah. B1D14 Mengetahui tentang solat Jumaat. B1D14E1 Menyebut pengertian solat Jumaat, hukum menunaikan solat Jumaat B1D14E2 Menyebut pengertian khutbah Jumaat dan hukum membaca khutbah Jumaat. B1D15 Mengetahui konsep solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B1D15E1 Menyebut pengertian solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib. 12
  • 13. SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B1D16 Mengetahui masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW. B1D17 Mengetahui riwayat hidup Rasulullah SAW. B1D17E1 Menyatakan riwayat hidup Rasulullah SAW. B1D18 Mengetahui perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah B1D18E1 Menyatakan peristiwa Rasulullah SAW dilantik menjadi rasul. B1D19 Mengetahui peristiwa hijrah Rasulullah SAW. B1D19E1 Menyatakan pengertian hijrah Rasulullah SAW. B1D20 Mengetahui tokoh-tokoh Islam. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B1D16E1 Menyatakan pengertian Jahiliah dan keadaan masyarakat Jahiliah. B1D20E1 Menyatakan riwayat hidup tokoh-tokoh Islam:  Abu Bakar al-Siddiq  Khadijah al-Khuwailid  Sumaiyah  Bilal bin Rabah 13
  • 14. ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B1D21 Mengetahui adab Islamiah dalam kehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat,terhadap ibu bapa dan keluarga dan menuntut ilmu. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B1D21E1 Mengia / menggeleng / diam dengan pergerakan badan (body language) atau memberi isyarat tentang adab:  menjaga fitrah lelaki dan perempuan  berkawan  dengan ibu bapa  dengan keluarga  berguru  menuntut ilmu  menjaga harta sekolah  membaca al-Quran 14
  • 15. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR 2 B2 Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B2D1 Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1–286 dengan betul. Tahu dan faham AYAT HAFAZAN B2D2 Boleh menghafaz ayat-ayat dalam surah al-Baqarah dengan betul. AYAT KEFAHAMAN B2D3 Boleh menyatakan maksud ayat -ayat tertentu surah al-Baqarah dengan betul. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    EVIDENS B2D1E1 Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah  al-Baqarah dengan bimbingan guru. B2D2E1 Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah iaitu:  ayat 1 – 5  ayat 201  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 B2D3E1 Menyatakan isi kandungan ayat -ayat surah al-Baqarah dengan betul iaitu:  ayat 1 – 5  ayat 34 – 37  ayat 83  ayat 155 – 156  ayat 168  ayat 201  ayat 219  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 15
  • 16. HADIS B2D4 Memahami asas pengenalan hadis. B2D5 Boleh menyatakan maksud hadis tertentu dengan betul. ’ULUM SYAR’IYAH AKIDAH B2D6 Boleh memahami konsep dan asas akidah. B2D4E1 Menyatakan  maksud hadis al-Aqwal dan al-Af’al  Menerangkan syarat-syarat perawi hadis B2D5E1 Menyatakan isi kandungan:  Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu  Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin. B2D6E1 Menyatakan ciri-ciri akidah yang betul dan akidah yang salah. B2D6E2 Menyatakan tujuan mempelajari ilmu akidah. B2D6E3 Menyatakan empat aspek akidah Islamiah. B2D7 Mengetahui akidah berteraskan rukun iman. B2D8 Boleh memahami konsep muslim dan mukmin. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B2D7E1 Menyatakan maksud rukun iman. B2D8E1 Menyatakan maksud muslim dan mukmin. 16
  • 17. B2D9 Boleh memahami dalil kewujudan Allah SWT. IBADAT B2D10 Memahami konsep fardu ain dan fardu kifayah. B2D11 Memahami konsep bersuci. B2D9E1 Menyatakan dalil akli tentang kewujudan Allah SWT. B2D10E1 Memberi contoh:  fardu ain  fardu kifayah B2D11E1 Boleh mengenal pasti:  benda-benda kotor yang najis  bahan-bahan bersuci  jenis-jenis najis  alat-alat istinjak B2D11E2  Menyatakan anggota wuduk  Menyenaraikan rukun wuduk B2D11E3 Menyebut sebab wajib mandi. B2D11E4 Menyebut anggota bertayamum dan alat tayamum. B2D11E5 Menyebut alat-alat samak. B2D11E6 Menyenaraikan penyakit-penyakit yang berpunca dari amalan yang mengabaikan kebersihan diri dan alam sekitar. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    17
  • 18. B2D12 Memahami konsep solat dan kesan khusyuk solat kepada kehidupan mukmin. B2D12E1 Menyatakan waktu-waktu solat fardu. B2D13 Memahami tuntutan solat berjemaah. B2D13E1 Menyatakan kedudukan imam dan makmum. B2D12E2 Menyatakan perkara-perkara yang membawa khusyuk dalam solat. B2D13E2 Menyatakan syarat-syarat menjadi imam dan makmum. B2D14 Memahami solat Jumaat. B2D14E1 Menyenaraikan keistimewaan hari Jumaat. B2D14E2 Menjelaskan syarat wajib dan syarat sah solat Jumaat. B2D14E3 Menyenaraikan tiga syarat sah khutbah Jumaat. B2D14E4 Menyenaraikan tiga adab semasa berada di masjid. B2D15 Memahami konsep solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B2D15E1 Menyatakan bahagian solat sunat rawatib qabliah dan ba’diah. 18
  • 19. SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B2D16 Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW. B2D16E1 Menyatakan keadaan masyarakat Arab selepas kelahiran Rasulullah SAW. B2D17 Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW. B2D18 Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah. B2D18E1 Menyatakan perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah. B2D19 Memahami hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. B2D19E1 Menyatakan sebab berlakunya hijrah Rasulullah SAW. B2D20 Memahami perjuangan tokoh -tokoh Islam. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B2D17E1 Menyatakan keturunan Rasulullah SAW. B2D20E1 Menyatakan peribadi tokoh-tokoh Islam:  Abu Bakar al-Siddiq  Khadijah al-Khuwailid  Sumaiyah  Bilal bin Rabah 19
  • 20. ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B2D21 Memahami adab Islamiah dalam kehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan menuntut ilmu. B2D21E1 Menyatakan perkara-perkara berkaitan adab  menjaga fitrah lelaki dan perempuan  berkawan  dengan ibu bapa  dengan keluarga  berguru  menuntut ilmu  menjaga harta sekolah  membaca al-Quran   DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    20
  • 21.   BAND PERNYATAAN STANDARD 3 B3 Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman ayat dan hadis pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. Tahu, faham dan boleh buat DESKRIPTOR TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B3D1 Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1–286.dengan betul secara sendiri. AYAT HAFAZAN B3D2 Boleh menghafaz ayat-ayat surah al-Baqarah dengan betul dan bertajwid. AYAT KEFAHAMAN B3D3 Boleh mengamalkan isi kandungan ayat-ayat tertentu daripada surah al-Baqarah. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    EVIDENS B3D1E1 Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah alBaqarah dengan betul tanpa bimbingan. B3D2E1 Menghafaz ayat-ayat surah al-Baqarah dengan betul dan bertajwid iaitu:  ayat 1 – 5  ayat 201  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 B3D3E1 Mengamalkan isi kandungan ayat-ayat daripada surah al-Baqarah iaitu:  ayat 1 – 5  ayat 34 – 37  ayat 83  ayat 155 – 156  ayat 168  ayat 201  ayat 219  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 21
  • 22. HADIS B3D4 Memahami asas pengenalan hadis. B3D4E1 Menyatakan perbezaan hadis nabawi, hadis qudsi dan al-Quran. B3D5 Boleh memahami isi kandungan hadis pilihan. B3D5E1 Menjelaskan isi kandungan :  Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu  Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin. ’ULUM SYAR’IYAH AKIDAH B3D6 Memahami konsep dan asas akidah. B3D6E1 Menyenaraikan perkara-perkara yang merosakkan akidah. B3D6E2 Menyenaraikan perkara-perkara yang memantapkan akidah. B3D7 Memahami akidah berteraskan rukun iman. B3D8 Memahami konsep muslim dan mukmin. B3D8E1 Menyenaraikan sifat-sifat muslim dan mukmin. B3D9 Memahami dalil kewujudan Allah SWT. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B3D7E1 Menyenaraikan akibat tidak mempercayai rukun iman. B3D9E1 Menyatakan dalil nakli tentang kewujudan Allah SWT. 22
  • 23. IBADAT B3D10 Melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah. B3D11 Melaksanakan konsep bersuci. B3D12 Memahami perlakuan solat dan kesan khusyuk solat kepada kehidupan mukmin. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B3D10E1 Menjelaskan perbezaan antara fardu ain dan fardu kifayah. B3D11E1 Menunjukkan kebolehan:  Membandingkan amalan orang yang bersih dengan pengotor.  Membezakan jenis-jenis najis dan cara-cara menyucikannya.  Menyenaraikan syarat-syarat istinjak dengan benda-benda kesat.  Melafazkan niat wuduk.  Mengamalkan perlakuan wuduk.  Melaksanakan mandi wajib dengan melafaz niat mandi wajib.  Menyenaraikan perkara sunat ketika mandi wajib.  Melaksanakan tayamum dengan lafaz niat tayamum.  Menyatakan sebab-sebab tayamum dan rukun tayamum.  Melakukan samak. B3D12E1 Tunjuk cara melakukan solat contoh: sujud. B3D12E2 Menerangkan perkara-perkara yang boleh menghalang khusyuk ketika solat. 23
  • 24. B3D13 Memahami perlakuan solat berjemaah. B3D13E1 Tunjuk cara solat berjemaah:  kedudukan imam dan makmum  makmum masbuk dan muafik B3D14 Memahami solat Jumaat. B3D14E1  Menyatakan cara melakukan solat Jumaat secara lisan. B3D14E2 Melaksanakan adab makmum solat Jumaat. B3D14E3 Menyatakan rukun khutbah Jumaat. B3D15 Memahami solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid. SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B3D16 Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW. B3D17 Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B3D15E1 Menyatakan  lafaz niat solat sunat rawatib dan solat sunat tahiyatul masjid  Tunjuk cara solat B3D16E1 Menyatakan sifat keji masyarakat Jahiliah. B3D17E1 Menyatakan kisah Rasulullah SAW semasa:  kelahiran  bersama ibunya 24
  • 25.  bersama datuknya  bersama bapa saudaranya  remaja B3D18 Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah. B1D18E1 Menyatakan strategi dakwah Rasulullah SAW di Makkah. B3D19 Memahami hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. B3D19E1 Menceritakan tentang peristiwa sebelum hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah. B3D20 Memahami perjuangan tokoh-tokoh Islam. B3D20E1 Menyatakan sumbangan tokoh-tokoh Islam:  Abu Bakar al-Siddiq  Khadijah al-Khuwailid  Sumaiyah  Bilal bin Rabah ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B3D21 Melakukan adab Islamiah dalam kehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan melaksanakan ilmu. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B3D21E1 Melakukan adab:  menjaga fitrah lelaki dan perempuan  berkawan  dengan ibu bapa  dengan keluarga  berguru  menuntut ilmu  menjaga harta sekolah  membaca al-Quran 25
  • 26.   BAND PERNYATAAN STANDARD 4 B4 Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab. DESKRIPTOR TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B4D1 Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1 – 286.dengan betul dan bertajwid. AYAT HAFAZAN B4D2 Boleh menghafaz ayat-ayat tertentu dalam surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid dan lancar. AYAT KEFAHAMAN B4D3 Boleh memahami isi kandungan ayat-ayat tertentu surah al-Baqarah dengan betul. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    EVIDENS B4D1E1 Membaca ayat-ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid dengan pemerhatian yang khusus kepada hukum nun sakinah dan tanwin. B4D2E1 Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid dan lancar iaitu:  ayat 1 – 5  ayat 201  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 B4D3E1 Menyatakan isi kandungan ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul iaitu:  ayat 1 – 5  ayat 34 – 37  ayat 83  ayat 155 – 156  ayat 168  ayat 201  ayat 219  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 26
  • 27. HADIS B4D4 Boleh memahami isi kandungan hadis pilihan dengan betul. ’ULUM SYAR’IYAH AKIDAH B4D5 Boleh memahami konsep dan asas akidah dengan betul. B4D4E1 Menyatakan isi kandungan hadis dengan betul.  Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu  Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin B4D5E1 Menyatakan perkara-perkara yang boleh memantapkan akidah. B4D5E2 Mengawal perlakuan dan pertuturan daripada perkara yang merosakkan akidah. B4D6 Memahami akidah berteraskan rukun iman dengan betul. B4D7 Menghayati konsep muslim dan mukmin dengan betul. B4D7E1 Menunjukkan usaha mempertingkatkan diri menjadi muslim yang mukmin. B4D8 Menghayati dalil kewujudan Allah SWT dengan betul. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B4D6E1 Mempamerkan perlakuan dan pertuturan yang menunjukkan beriman dengan rukun-rukun iman dengan betul. B4D8E1 Menjelaskan bukti kewujudan Allah SWT dan keesaan-Nya melalui alam syahadah. 27
  • 28. IBADAT B4D9 Melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah dengan betul. B4D10 Memahami konsep bersuci dengan betul. B4D11 Memahami perlakuan dalam solat dengan betul. B4D9E1 Melakukan amalan fardu ain dan fardu kifayah dengan betul. B4D10E1 Melakukan konsep bersuci dengan:  sentiasa memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat.  melaksanakan cara bersuci daripada najis dengan betul.  melaksanakan cara-cara istinjak menggunakan alat-alat istinjak.  melakukan perlakuan dalam wuduk dengan betul mengikut urutan.  melakukan mandi wajib dengan betul mengikut urutan.  melaksanakan tayamum dengan betul.  melakukan samak dengan betul dan boleh menyatakan perbezaan caracara sertu dan samak. B4D11E1 Membaca bacaan–bacaan dalam solat dengan betul. B4D11E2 Melakukan perlakuan dalam solat mengikut urutan. B4D12 Memahami cara solat berjemaah dengan betul. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B4D12E1 Mengamalkan solat berjemaah bersama rakan di sekolah. 28
  • 29. B4D13 Memahami perlakuan dalam solat Jumaat dengan betul. B4D13E1 Membezakan antara solat fardu Jumaat dengan solat fardu zuhur. B4D13E2 Menjelaskan adab makmum sebelum, semasa dan selepas solat Jumaat. B4D14 Memahami cara solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid dengan betul. SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B4D15 Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW. B4D16 Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW. B4D14E1 Melakukan solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid. B4D15E1 Melahirkan kebencian kepada amalan-amalan Jahiliah. B4D16E1 Menyatakan sanjungan kepada Rasulullah SAW. B4D16E2 Mencontohi sifat-sifat keunggulan Rasulullah SAW. B4D17 Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B4D17E1 Mencontohi cara pendekatan dakwah Rasulullah SAW di Makkah. 29
  • 30. B4D18 Memahami hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. B4D18E1 Menyatakan kepentingan peristiwa hijrah Rasulullah SAW. B4D19 Memahami perjuangan tokoh -tokoh Islam. B4D19E1 Menyatakan sumbangan perjuangan tokohtokoh Islam  Abu Bakar al-Siddiq  Khadijah al-Khuwailid  Sumaiyah  Bilal bin Rabah ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B4D20 Melakukan adab Islamiah dalam kehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan memperolehi ilmu dengan betul. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B4D20E1 Melakukan adab:  menjaga fitrah lelaki dan perempuan  berkawan  dengan ibu bapa  dengan keluarga  berguru  menuntut ilmu  menjaga harta sekolah  membaca al-Quran dengan betul 30
  • 31.   BAND PERNYATAAN STANDARD 5 B5 Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji DESKRIPTOR TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B5D1 Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1 – 286 dengan betul, bertajwid dan lancar AYAT HAFAZAN B5D2 Boleh menghafaz ayat-ayat tertentu surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih. AYAT KEFAHAMAN B5D3 Boleh mengamalkan isi kandungan ayat surah al-Baqarah dengan betul dan istiqamah. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    EVIDENS B5D1E1 Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid dan lancar. B5D2E1 Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih iaitu:  ayat 1 – 5  ayat 201  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 B5D3E1 Menyatakan isi kandungan ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul dan istiqamah:  ayat 1 – 5  ayat 34 – 37  ayat 83  ayat 155 – 156  ayat 168  ayat 201  ayat 219  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 31
  • 32. HADIS B5D4 Boleh mengamalkan isi kandungan hadis pilihan dengan betul dan istiqamah. ’ULUM SYAR’IYAH AKIDAH B5D5 Boleh menghayati konsep dan asas akidah dengan betul dan istiqamah. B5D4E1 Mengamalkan isi kandungan hadis pilihan dengan betul dan istiqamah:  Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu  Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin B5D5E1 Melakukan perkara yang memantapkan akidah secara berterusan. B5D5E2 Mengawal perlakuan dan pertuturan daripada perkara yang merosakkan akidah secara berterusan. B5D5E3 Melakukan amalan-amalan sunat sebagai usaha memantapkan iman. B5D6 Boleh menghayati akidah berteraskan rukun iman dengan betul dan istiqamah. B5D7 Menghayati konsep muslim dan mukmin dengan betul dan istiqamah. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B5D6E1 Mempamerkan perlakuan dan pertuturan yang menunjukkan beriman dengan rukun-rukun iman dengan betul dan istiqamah. B5D7E1 Menunjukkan usaha mempertingkatkan diri menjadi muslim yang mukmin secara istiqamah. 32
  • 33. B5D8 Menghayati dalil kewujudan Allah SWT dengan betul dan istiqamah. B5D8E1 Menunjukkan kesyukuran melalui perkataan , perlakuan dan keyakinan bahawa Allah SWT itu wujud. IBADAT B5D9 Melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah dengan betul dan istiqamah. B5D10 Melaksanakan konsep bersuci dengan betul dan istiqamah. B5D10E1 Melaksanakan konsep bersuci dengan:  Menjelaskan akibat buruk mengabaikan kebersihan.  Sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat.  Menjelaskan implikasi orang yang tidak beristinjak dengan betul.  Mengaplikasikan wuduk dalam kehidupan seharian dan mengamalkan adab ketika berwuduk. B5D11 Melaksanakan perlakuan dalam solat dengan betul dan istiqamah. B5D11E1 Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul mengikut urutan dan istiqamah. B5D12 Melaksanakan solat berjemaah dengan betul dan istiqamah. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B5D9E1 Melakukan amalan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan seharian secara berterusan. B5D12E1 Dikenal pasti sebagai seseorang yang layak menjadi imam. 33
  • 34. B5D13 Melaksanakan perlakuan dalam solat Jumaat dengan betul dan istiqamah. B5D13E1 Menjelaskan perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari Jumaat. B5D13E2 Melazimi membaca doa dan zikir pada hari Jumaat B5D14 Melaksanakan solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid dengan betul dan istiqamah. SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B5D15 Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW. B5D14E1 Melakukan solat sunat rawatib dan solat sunat tahiyatul secara berterusan. B5D15E1 Beristiqamah dalam menghindari amalan Jahiliah. B5D16 Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW. B5D16E1 Beristiqamah dalam mencontohi keperibadian Rasulullah SAW. B5D17 Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah islamiah. B5D17E1 Beristiqamah dalam mengaplikasi perjuangan Rasulullah SAW. B5D17E2 Mengaplikasi strategi dakwah Rasulullah SAW dengan istiqamah semasa berdakwah. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    34
  • 35. B5D18 Memahami hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. B5D18E1 Beristiqamah dalam menghayati pengajaran hijrah dalam kehidupan. B5D19 Memahami perjuangan tokoh -tokoh Islam. B5D19E1 Beristiqamah dalam menghayati pengorbanan tokoh-tokoh Islam:  Abu Bakar al-Siddiq  Khadijah al-Khuwailid  Sumaiyah  Bilal bin Rabah ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B5D20 Melakukan adab Islamiah dalam kehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan memperoleh ilmu dengan betul dan istiqamah. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B5D20E1 Melakukan adab:  menjaga fitrah lelaki dan perempuan  berkawan  dengan ibu bapa  dengan keluarga  berguru  menuntut ilmu  menjaga harta sekolah  membaca al-Quran dengan betul dan istiqamah 35
  • 36. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR 6 B6 Mahir membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menghuraikan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, mengamalkan ibadah, meneladani sirah nabawiyah dan tamadun Islam, mengaplikasikan adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi. TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B6D1 Boleh membaca surah al-Baqarah ayat 1 – 286 dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih. Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali AYAT HAFAZAN B6D2 Boleh menghafaz ayat-ayat tertentu dalam surah al-Baqarah dengan bacaan betul, bertajwid, lancar, fasih dan bertadwir. AYAT KEFAHAMAN B6D3 Boleh mengamalkan isi kandungan ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    EVIDENS B6D1E1 Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah al-Baqarah dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih. B6D2E1 Menghafaz ayat daripada surah al-Baqarah dengan bacaan betul, bertajwid, lancar, fasih dan bertadwir:  ayat 1 – 5  ayat 201  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 B6D3E1 Mengamalkan isi kandungan ayat daripada surah al-Baqarah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi:  ayat 1 – 5  ayat 34 – 37  ayat 83  ayat 155 – 156  ayat 168  ayat 201  ayat 219  ayat 255  ayat 256  ayat 284 – 286 36
  • 37. HADIS B6D4 Boleh mengamalkan isi kandungan hadis pilihan dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. ’ULUM SYAR’IYAH AKIDAH B6D5 Boleh menghayati konsep dan asas akidah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. B6D4E1 Mengamalkan isi kandungan hadis pilihan dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.  Hadis 1: Galakan Menuntut Ilmu  Hadis 2: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin. B6D5E1 Melakukan perkara yang memantapkan akidah secara berterusan dan boleh dicontohi. B6D5E2 Mengawal perlakuan dan pertuturan daripada perkara yang merosakkan akidah secara berterusan dan boleh dicontohi. B6D5E3 Melakukan amalan-amalan sunat sebagai usaha memantapkan iman secara berterusan. B6D6 Boleh menghayati akidah berteraskan rukun iman dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. B6D7 Menghayati konsep muslim dan mukmin dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B6D6E1 Mempamerkan perlakuan dan pertuturan yang menunjukkan beriman dengan rukun-rukun iman dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. B6D7E1 Mempamerkan imej muslim yang mukmin. 37
  • 38. B6D8 Menghayati dalil kewujudan Allah SWT dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. IBADAT B6D9 Melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. B6D10 Melaksanakan konsep bersuci dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. B6D11 Melaksanakan perlakuan dalam solat dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. B6D12 Melaksanakan solat berjemaah dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B6D8E1 Mempamerkan sikap taat kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. B6D9E1 Melakukan amalan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan seharian secara berterusan dan boleh dicontohi. B6D10E1 Melaksanakan konsep bersuci dengan:  Sentiasa memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat serta boleh dicontohi.  Melakukan perlakuan wuduk dengan sempurna dan boleh dicontohi. B6D11E1 Menjadikan solat sebagai keperluan hidup dengan sempurna istiqamah, dan boleh dicontohi. B6D12E1 Menjadi imam solat berjemaah dengan sempurna istiqamah, dan boleh dicontohi. 38
  • 39. B6D13 Melaksanakan perlakuan dalam solat jumaat dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. B6D13E1 Menghuraikan perbezaan kaedah antara golongan mastautin, bermukim dan musafir dalam solat Jumaat. B6D14 Melaksanakan solat sunat rawatib dan tahiyatul masjid dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. B6D14E1 Melakukan solat sunat rawatib dan solat sunat tahiyatul secara berterusan dan boleh dicontohi. SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B6D15 Memahami masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah SAW. B6D15E1 Menghindari amalan Jahiliah yang ada masa kini secara beristiqamah dan boleh dicontohi. B5D16 Memahami riwayat hidup Rasulullah SAW. B6D16E1 Beristiqamah dalam mencontohi keperibadian Rasulullah SAW. B6D17 Memahami perjuangan Nabi Muhammad SAW di Makkah dalam mengukuhkan akidah Islamiah. B6D17E1 Beristiqamah dalam berdakwah dan boleh dicontohi. B6D18 Memahami hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    B6D18E1 Beristiqamah dalam menghayati pengajaran hijrah dan boleh dicontohi. 39
  • 40. B6D19 Memahami perjuangan tokoh -tokoh Islam. ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B6D20 Melakukan adab Islamiah dalam kehidupan seharian, bersosial, menunaikan ibadat terhadap ibu bapa dan keluarga dan memperolehi ilmu dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. B6D19E1 Beristiqamah dalam menghayati perjuangan tokoh-tokoh Islam dan boleh dicontohi  Abu Bakar al-Siddiq  Khadijah al-Khuwailid  Sumaiyah  Bilal bin Rabah B6D20E1 Melakukan adab:  menjaga fitrah lelaki dan perempuan  berkawan  dengan ibu bapa  dengan keluarga  berguru  menuntut ilmu  menjaga harta sekolah  membaca al-Quran dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi   DSP Pend.  Islam  Ting. 1  15 Mac 2012    40