[Ringkasan] Teks tersebut memberikan panduan mengenai teknik menjawab soalan bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Ia menjelaskan format soalan dan bahan rangsangan yang mungkin digunakan serta proses menjawab soalan secara terperinci mulai dari memahami soalan, menganalisis bahan, menyusun isi karangan, dan menyemak karangan. Teks ini juga memberikan contoh soalan, pendahuluan, isi karangan, dan penutup untuk memberi p
1. TEKNIK MENJAWAB
BAHASA MELAYU
SPM
Dihasilkan oleh ;
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Sijangkang Jaya.
saharuddinabdullah81@yahoo.com
Saharuddin-abdullah.blogspot.com
3. GARIS PANDUAN
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM
KEPERLUAN KERTAS 1
1103/1
Bentuk Soalan Jenis Item
Ujian Berbentuk Subjektif Karangan Rangsangan
Karangan Umum
Tempoh Ujian
2 jam 15 minit
4. Bilangan soalan
a.Hanya satu soalan dan tiada
pilihan-wajib jawab
b. 5 soalan pilihan dan hanya
jawab satu soalan sahaja
17. Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-
syarat yang berikut:-
a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan
b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup
c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting
didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan
d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta
contoh yang sesuai
e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul
) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
18. PROSES 1
(a)Memahami dan Mentafsirkan Bahan Rangsangan
Sebelum Menulis :
I
II
III
Sebelum menulis, calon perlu membaca dan memahami
arahan soalan serta mengenal pasti kehendaknya
Meneliti tajuk yang diberi bersama –sama dengan bahan
rangsangan dan kaitkan dengan kehendak soalan
Perlu menangkap mesej utama daripada bahan
rangsangan dan skop karangan yang perlu ditulis
19. PROSES 2
I. Menganalisis Bahan Rangsangan
a) Perlu menganalisis dengan kritis dan analitis
b) Tujuan supaya karangan tidak terpesong
PROSES 3
Menyediakan Isi dan Rangka Karangan
Rangka Karangan
a) Pendahuluan
b) Isi-isi penting
c) Penutup
-Ayat yang berkaitan dengan tajuk
dan bahan rangsangan secara am
-Isi yang terdapat dalam bahan
rangsangan diperkayakan dengan
Pengetahuan calon
Pandangan,cadangan,dan kesimpulan
20. PROSES 4
Menulis Karangan Berpandu
Penggunaan Bahasa
Kesinambungan isi
PenandaWacana
Ringkas, tepat, dan padat
Perlu diberi perhatian supaya
karangan lancar
Dalam pada itu, sehubungan dengan itu,
sungguhpun demikian, dan sebagainya
21. PROSES 5
Menyemak Karangan
1.
2.
3.
4.
Semak semula setelah selesai menulis
Beri perhatian kepada ejaan ,tanda baca, dan struktur
ayat agar tiada kesalahan yang disengajakan
Jumlah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan
Catat jumlah kata baris terakhir karangan
22. PERINGATAN !!!
Karangan yang lengkap dengan segala isi
penting tetapi susunan yang tidak teratur
hingga menyebabkan gaya dan
pengolahan kurang lancar akan
menyebabkan markah tidak dapat diberi
pada peringkat cemerlang kerana cacat
dari aspek gaya persembahan dan
kelancaran
24. CONTOH SOALAN
Lihat peta di bawah ini dengan teliti.Huraikan
pendapat anda tentang kesan transmigrasi
penduduk di Malaysia. { Malaysia – Transmigrasi
Penduduk dari Negeri-Negeri ke Kuala Lumpur }
Perhatikan iklan di bawah ini. Huraikan pendapat
anda tentang kebaikan kempen cuti-cuti Malaysia.
{Kempen Cuti-Cuti Malaysia}
Baca petikan di bawah ini degan teliti. Huraikan
pentingnya kakitangan awam memiliki mentaliti
kelas satu. {Perdana Menteri Mahu Kakitangan
Awam Memiliki Mentaliti Kelas Satu
25. CONTOH SOALAN 2013 (JUN)
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
menjaga keselamatan di jalan raya. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.
Pematuhan undang-undang jalan raya.
Penyelenggaraan kenderaan.
Penguatkuasaan undang-undang.
26. Contoh Pendahuluan:
Dalam era ledakan maklumat hari ini, isu …… kerap
kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar di
smedia elektronik. Isu … ini bukan sahaja telah
menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-
warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan
telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin
masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini
berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh
semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus)
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
27. Contoh Isu:
Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.
Punca-Punca Pembuangan Bayi.
Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.
Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.
Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.
Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.
Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.
Punca-punca Masalah Sosial Remaja.
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum
Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar
28. Contoh Penutup:
Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas,
ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana
jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap
melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling
menunding jari atau melihat kesalahan orang lain
bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa
Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa
jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan
penyelsaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan
positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang
disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan
secara tidak langsung mampu melahirkan masyarakat
yang harmoni dan sejahtera.
29. CONTOH HURAIAN ISI
Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.
…Pematuhan kepada undang-undang jalan raya.
Undang-undang digubal dan dipinda untuk
memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan
ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah
mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan demi untuk keselamatan diri sendiri
dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan
undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan
dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan,
tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya.
Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa
malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan
pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga
keselamatan di jalan raya.
30. MATLAMAT UJIAN
1. Menguji pemahaman calon terhadap
bahan rangsangan secara keseluruhan.
2. Menguji kecekapan calon membuat
tafsiran dan analisis daripada bahan
rangsangan dan tajuk
33. MAKSUD AL
QURAN
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
sendiri mengubah apa yang ada pada diri
mereka”
(Surah ar-Ra’d ayat 11)
35. BAHAGIAN B :
KARANGAN UMUM
Keperluan SPM
Pembahagian soalan :
1. Dimensi diri/individu/remaja.
2. Dimensi keluarga
3. Dimensi masyarakat/kerajaan/
negara.
4. Dimensi Serantau/Global/
Antarabangsa
5. Dimensi Komsas
36. BAHAGIAN B :
KARANGAN UMUM
Keperluan SPM
1. 5 soalan dikemukakan dan
pilih 1 soalan sahaja
2. Panjangnya perlu melebihi 350
patah kata
3. Masa yang dicadangkan 1 jam
30 minit
4. 100 markah
38. Kriteria Respons
Bahasa: kegramatisan-kata dan ayat
tanda baca dan ejaan
Laras : pemilihan kosa kata
Idea : tema,isi utama,
pengembangan-huraian/bahasan/
hujahan/contoh/
kerelevanan
Pengolahan: wacana,logik,pemerengganan,format
Gaya Bahasa:keindahan
bahasa,ungkapan,peribahasa
39. 1. Aspek bahasa yang dinilai:
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
Tatabahasa meliputi ayat dan kata
Ejaan
Tanda baca
Pembahagian perenggan
Pemilihan kata yang tepat
43. Markah kurang Daripada 350
Baik bawah: 51 - 65
Memuaskan: 36 - 50
Kurang memuaskan: 21 - 35
Tidak memuaskan: 0 - 20
44. STRATEGI MENULIS
KARANGAN
(a) Memilih soalan yang tepat
(b) Menentukan kunci tajuk
(c) Menyediakan rangka karangan
(d) Menulis karangan
(e) Menyemak karangan
45. KATA KUNCI TAJUK
Nyatakan sebab Cadangkan cara Nyatakan perasaan
Berikan hujah Huraikan peranan Ulaskan
Kemukakan
pandangan
Jelaskan pendapat
Ceritakan
pengalaman
Gambarkan
suasana dan
keadaan
Nyatakan
pendirian
46. ANALISIS TAJUK
Contoh Soalan:
Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita.
Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan,
pembinaan, dan perkilangan. Kemasukan mereka
banyak menimbulkan kesan. Huraikan kesan
daripada kemasukan buruh asing ini kepada
negara kita.
47. Kata Kunci:
Skop:
Tema:
Kehendak Tajuk:
Jenis Karangan:
Huraikan kesan
Kesan daripada kemasukan buruh
Kemasukan buruh asing
Memberi pendapat
Jenis pendapat
48. Skop
Tema / Isu
Fokus
Jenis Karangan:
Kesan daripada kemasukan buruh
Kemasukan buruh asing
Memberi pendapat
Jenis pendapat
49. CONTOH SOALAN 2
Pelbagai kempen membaca diadakan untuk
memupuk tabiat membaca dan mewujudkan
budaya membaca dalam kalangan rakyat
negara ini. Andaikan anda diundang
memberikan ceramah yang berkaitan dengan
kempen membaca. Tajuk ceramah anda
ialah ‘Membaca Jambatan Ilmu’ Tuliskan teks
ceramah tersebut.
50. Rangka Karangan
1. Pendahuluan:
pelbagai bidang ilmu dapat diperolehi, daripada
pembacaan.
2. Isi-Isi Penting
a). Tujuan membaca: sebagai hobi, untuk lulus
peperiksaan, mendalami pelbagai bidang ilmu
b). Golongan Pembaca: kanak-kanak, pelajar, orang
dewasa, sesuai dengan adanya pelbagai bahan
bacaan untuk pelbagai tingkat umur
c). Budaya membaca dalam kalangan masyarakat
perlu dipertingkatkan – menambah ilmu.
51. 3.Langkah-Langkah menggalakkan rakyat membaca
a. Peranan ibu bapa
b. Peranan guru di sekolah
c. Menambahkan bahan bacaan
d. Mempergiat kempen membaca
e. Memperbanyak perpustakaan awam
4. Kesan daripada membaca
a. Masyarakat lebih matang dan maju
b. Matlamat wawasan 2020 mudah dicapai
3. Penutup : Pentingnya membaca ;
mewujudkan masyarakat
berilmu dan negara maju
52. Menulis Pendahuluan
Jenis-jenis Pendahuluan.
• Berbentuk Soalan/Persoalan.
• Berbentuk Definisi
• Berbentuk fakta
• Bentuk sejarah.
• Bentuk suasana
• Bentuk peribahasa
• Bentuk puisi
• Bentuk gabungan
• Petikan tokoh
53. JENIS-JENIS PENDAHULUAN
Definisi: Menurut Kamus Dewan ‘buli’ mmbawa
maksud ‘perbuatan mendera’ atau
‘mempermainkan seseorang supaya dapat
menyesuaikan diri dengan suasana
baru’.Berdasarkan definisi yang diberikan,jelaslah
kepada kita bahawa………..
Pendapat: Menerusi Sukan Komanwel 2006 di
Melbourne, Australia, kontinjen negara menduduki
tempat kelapan dari 71 negara peserta yang
bertanding dengan meraih tujuh pingat
emas,sembilan perak dan 18 gangsa. Tahniah
kepada atlet Malaysia yang……….
54. Pendahuluan Persoalan.
Pembangunan negara kita semakin pesat dan
rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah
tangga yang merupakan penyakit sosial semakin
gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri
dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan
keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini.
Siapakah yang harus dipersalah? Ke manakah
hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita?
Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan
selama ini gagal mencari jalan penyelesaian
untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang
terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang
rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan
renungan dan perbincangan kita.
55. Pendahuluan Definisi
Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau
usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan
kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar,
memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya.
Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis,
iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram.
Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang
sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat
kebenaran dan dokumen daripada kerajaan.
Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan
membalak yang dijalankan secara haram. Akibat
pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara
kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah
konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.
56. Pendahuluan Fakta
Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak
akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar
dibendung. Kajian yang dijalankan oleh
Jabatan Perdana Menteri membuktikan
bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku
di seluruh sekolah di dunia. Lebih malang
lagi peratusan kes di negara kita dikatakan
meningkat setiap tahun. Hakikatnya budaya
ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan
begitu sahaja, justru perlu ditangani segera,
57. Pendahuluan Peribahasa.
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa
yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara
peribahasa yang menggambarkan seseorang yang
tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti
kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan
daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit”
bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang
yang menolongnya setelah menikmati
kesenangan.Oleh itu sikap seperti ini perlu dikikis
dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai
dan berterima kasih kepada segala jasa,
pertolongan, dan penbgorbanan orang lain kepada
kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup
“seperti kacang lupakan kulit” tidak akan hidup
bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat.
58. Pendahuluan Sejarah.
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya
yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa
Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau
“lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu,
lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya
bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak
tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan
sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi
negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu
selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara yang termaktub dalam perlembagaan
59. Pendahuluan Gabungan
Boleh juga menggunakan pendahuluan
gabungan seperti;
Definisi sesuatu persoalan
Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.
Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan
umum.
Pendapat peribadi berkenaan tajuk
karangan.
60. Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme
‘Tiga buah pondok telefon dibakar’, ‘sampah sarap
bertaburan di pusat rekreasi’, dan ‘tandas awam
diconteng dengan kata-kata lucah’. Begitulah bunyinya
tajuk-tajuk berita yang sering dipaparkan di media
massa. Sejak kebelakangan ini gejala vandalisme
semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah
sosial ini tidak pernah lali daripada kamus kehidupan
masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin
rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh
segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan
singkat akalnya. Persoalannya, adakah pembangunan
dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan
kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalah?
Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah
diperlukan agarfenomena ini tidak semakin gawat.
Janganlah apabila sudah terhantuk baru tengadah.
61. Suasana:
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan
pembunuhan seorang murid berusia tujuh
tahun yang dilakukan oleh pelajar berusia 13
tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan tentang
kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan
Rawang yang dibakar. Apabila sesuatu berita
itu disiarkan oleh media massa, masyarakat
begitu terkejut,gempar,dan mahu
pihakkerajaan menangani masalah masalah
itu.
62. Puisi:
Banyak duri perkara duri,
Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
Tidak sama budimu seorang.
Rangkap pantun di atas sengaja
diperturunkan untuk melihat akan kehindahan dan
kecerdikan masyarakat dahulu dalam menyampaikan
ucapan terima kasih kpada orang yang pernah
berbudi.Walaupun budi yang dilakukan tidak
mngharapkan balasan,namun……..
63. Persoalan:
Kempen ‘Rumahku Syurgaku’ bertujuan untuk
mmastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan.
Walaupun kempen tersebut telah dijalankan,masalah
penderaan,kaum perempuan yang menghadapi
masalah gantung tidak bertali, dan sikap negatif
masyarakat terhadap kanak-kanak yang cacat sering
dipaparkan di media massa.Hal ini menunjukkan
kempn tersebut kurang memberi kesan. Di manakah
silapnya?Apakah kmpen tersebut tidak disusuli
dengan tindakan yang sewajarnya?
64. Sejarah:
Teriakan ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman
pada 31 Ogos 1957 memberi makna yang
besar pada kita. Untuk memaknakan
kemerdekaan, semua kaum, baik Melayu,
Cina,India dan kaum-kaum lain diminta
memperteguhkan ikatan perpaduan agar
makna kemrdekaan boleh diisi.
65. Gabungan:
Sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum dan agama,kita
tidak boleh memanda ringan soal integrasi.Kita juga secara
jujur harus mengakui,selepas hampir setengah abad mencapai
kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi masalah di
negara kita.Di manakah silapnya apabila kaum Melayu,Cina,
dan India tidak dapat duduk semeja dalam suasana yang
mesra?Semua pihak akur bahawa sekolah berperanan penting
memupuk perpaduan,tetapi…………. Memang menyedihkan
apabila anak kita pergi ke sekolah berlainan dalam usia yang
begitu muda, sekali gus terlepas peluang berinteraksi dan
beramah mesra. Kata bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat,
berpecah kita rebah”.Bagi memperkasakan integrasi nasional,
hubungan kaum rakyat Malaysia perlu diperteguh.
66. ANALISIS TAJUK SOALAN
DAN ISI-ISI PENTING
CARA-CARA MEMAJUKAN SEKTOR
PERTANIAN
Melalui sistem pendidikan
Latihan dan kursus
Bantuan kewangan
Penyelidikan – benih/baja/racun
Khidmat nasihat
Pemasaran
67. LANGKAH-LANGKAH MELAHIRKAN RAKYAT
YANG BERJIWA PATRIOTIK
- Melalui sistem pendidikan – m/p Sejarah
- Kempen – media massa
- PLKN
- Penganjuran sambutan – kemerdekaan,
Hari Pahlawan
68. PENGENALAN
Rakyat yang berjiwa patriotik amat penting
dalam sesebuah negera. Patriotik bermaksud
cinta akan negara, iaitu sanggup berjuang dan
mempertahankan negara dalam apa-apa jua
bentuk ancaman. Tidak ketinggalan juga,
berjiwa patriotik bermakna sentiasa ingin
melihat negara dalam suasana aman, tenteram
dan membangun dalam segala aspek. Untuk
memupuk nilai tersebut dalam diri individu
atau masyarakat, pelbagai langkah perlu
diambil dan diatur.
69. ISI KARANGAN
Kempen merupakan salah satu cara bagi
melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Kempen
boleh dilakukan melalui media massa, sama ada
secara bercetak atau elektronik.Kempen juga boleh
dilaksanakan melalui ceramah-ceramah yang
dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Dengan
adanya kempen patriotik, semangat cinta akan
negara akan dipupuk dalam jiwa rakyat lebih-lebih
lagi kepada jenerasi muda, bak kata pepatah,
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Biasanya
dalam aktiviti kempen tersebut, tokoh-tokoh negara
akan dijemput dan dipaparkan bagi mencetuskan
semangat berjuang untuk
70. untuk negara. Antara tokoh atau wira negara ialah
Tunku Abdul Rahman, Leftenan Adnan, dan lain-
lain lagi. Jelaslah disini bahawa kempen dapat
memupuk dan membentuk jiwa rakyat yang cinta
akan negara.
71. PENUTUP
Ketiadaan nilai patriotik dalam diri individu atau
masyarakat akan membawa padah kepada
sesuatu negara. Negara akan mundur, kucar-kacir
dan ketinggalan dalam pelbagai segi sekiranya
rakyat tidak cinta akan negara. Hal ini berikutan
tiadanya kerjasama, tolak ansur dan saling
memahami antara satu sama lain. Oleh yang
demikian, amatlah diharapkan agar setiap individu
menanam atau menyemai nilai patriotik dalam diri
dan mempunyai iltizam untuk mempertahan dan
memajukan negara.
72. Faedah-faedah menguasai kemahiran ICT-
diri
Menghargai Jasa Ibu Bapa (ceramah)-
keluarga
Peranan Pelbagai Pihak dalam Memajukan
Industri Pertanian di Negara Kita - negara
Kerjasama yang Dapat dilakukan oleh
Malaysia dengan Negara-Negara jiran untuk
Menangani masalah jerebu - antarabangsa
Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya
sastera dapat membentuk peribadi yang baik
dalam kalangan pembaca (komen) -
masyarakat
73. Contoh Karangan
Pengguna sering tertipu dengan taktik peniaga untuk
melariskan barangan mereka termasuklah melalui
iklan. Dalam jangka masa panjang, hal ini akan
membawa kesan buruk kepada pengguna.
Kemukakan cara mengelakkan pengguna daripada
tertipu oleh muslihat peniaga sedemikian.
Pendahuluan: Peniaga atau pengeluar lazimnya
mengiklankan barangan keluaran mereka melalui
pelbagai taktik demi melariskan jualan.
Sesetengah maklumat dalam iklan tersebut tidak
tepat dan dalam hal ini yang sering menjadi mangsa
ialah pengguna.
74. Isi-Isi Penting
Menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan
supaya pengguna tahu cara mereka harus
bertindak sebagai pengguna apabila mereka
mendapati mereka telah tertipu.
Orang ramai perlu disedarkan dan didedahkan
dengan gejala dan kes penipuan oleh peniaga
atau pengiklan. Publisiti mengenainya mesti
dibuat dan sekiranya perlu tindakan pemulauan
perlu disarankan.
Anak-anak perlu dididik agar merancang
perbelanjaan dan dipupuk dengan sifat jujur dan
bertanggungjawab.
75. -Badan penyiaran perlu teliti ketetapan
maklumat dalam iklan yang disiarkan.
Mereka janganlah terlalu mengejar
pendapatan yang diperoleh daripada
penyiaran iklan.
- Persatuan pengguna mesti bergerak aktif
untuk mengesan peniaga yang tidak
bertanggungjawab.
76. Penutup
Peniaga harus lebih bertimbang rasa dan jujur dalam
menjalankan perniagaan.
Tanpa tipu helah tidak bermakna mereka gagal
meraih keuntungan.
Frasa menarik – mengeksploitasi pengguna –
sedangkan realitinya tidak seperti yang digambarkan
– mesti dibanteras demi menjaga kepentingan
pengguna – kesedaran dapat disemai – mutu dan
kewajaran harga – sifat kepenggunaan yang tulen –
terpukau dengan pendapatan – keuntungan yang
dikejar – pendekatan bersifat psikologi.
77. TERIMA KASIH
HENDAK SERIBU DAYA,
MAHU SERIBU CARA.
KEBERKESANAN CERAMAH INI
BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI
ANDA SENDIRI.
YA! DIRI ANDA SENDIRI.
BUKANNYA PENCERAMAH
78. Fokus SPM 2013
Pendidikan maya/sepanjang hayat
Pengangkutan awam
Pelaburan/aktiviti menabung/skim cepat
kaya
Pelancongan
Memulihara bangunan bersejarah
Perpaduan antara kaum
Gejala rasuah
Permainan tradisional
79. Fokus SPM 2013
Barang Buatan Malaysia
Telefon Bimbit
Kafe siber
Bahasa- Melayu/Inggeris/Asing
Gejala Sosial
Krisis Ekonomi Dunia
Kenaikan harga minyak/barang
Amalan membaca-
kebaikan/punca/langkah
80. Fokus SPM 2013
Pengalaman/program yang pernah
disertai
Kemalangan Jalan Raya-punca/langkah
Kokurikulum-kebaikan/punca/langkah
Semangat patriotik
Bahan Sastera (KOMSAS)
Ulasan filem/novel/cerpen
Guru/ibubapa-peranan
81. 3 JENIS MANUSIA
ORANG YANG HARI INI
LEBIH BAIK DARI SEMALAM
ORANG YANG HARI INI
SAMA MACAM SEMALAM
ORANG YANG HARI INI
LEBIH TERUK DARI SEMALAM