SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 4
Baixar para ler offline
Anjakan isu #4
30 Julai 2013
ISU #4, 31 JULAI 2013
Dalam isu ini:
1. Sekapur sirih: YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin
2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia:
Perpaduan
3. Pelaksanaan RIMUP
Sekapur Sirih: YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin
Assalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Dalam kesempatan mengisi ruangan sekapur
sirih ini, saya ingin mengucapkan salam
kepada semua warga Kementerian
Pendidikan Malaysia. Setelah hampir
setahun pelaksanaan PPPM, banyak perkara
telah kita pelajari dan gandaan usaha telah
dilakukan untuk mencapai sasaran yang
telah ditetapkan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
merupakan suatu perancangan pendidikan jangka panjang
Kementerian. PPPM ini melibatkan hala tuju dan pelan tindakan
yang jelas dan sekali gus menguji minda serta kesungguhan
warga pendidik dalam melaksanakannya. Penyelarasan PPPM
dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
sedang dilaksanakan manakala majis pelancaran Laporan Akhir
PPPM akan diadakan pada 6 September 2013. Selain usaha
penyelarasan ini, Kementerian juga telah mengadakan beberapa
siri perbincangan bersama pihak berkepentingan bagi
memantapkan inisiatif PPPM.
Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak di
Kementerian untuk memastikan PPPM 2013-2025 ini mencapai
kejayaan dan matlamat yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. AMIN BIN SENIN
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
KPM Dalam Berita
Mesyuarat Kajian Pertengahan Tahun PPPM
2013-2025
2 Julai 2013: Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan penilaian pertengahan tahun
2013 bagi 25 inisiatif utama di bawah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 pada 2 dan 3 Julai
2013 di Hotel Colmar, Bukit Tinggi.
YAB Menteri Pendidikan, YB Menteri
Pendidikan II, dan semua pengurusan
tertinggi KPM telah bersama-sama
mendengar dan memberi pelbagai maklum
balas terhadap isu yang telah dibentangkan
oleh kesemua pengurus program bagi 25
inisiatif yang hadir.
YAB Menteri Pendidikan telah diberikan
penerangan khusus tentang lima inisiatif
utama iaitu peningkatan penguasaan
kemahiran guru Bahasa Inggeris, piagam
pengetua/guru besar, program transformasi
daerah, pentaksiran TIMSS dan PISA serta
sarana ibu bapa bagi memutuskan
beberapa isu yang timbul.
Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Anjakan isu #4
30 Julai 2013
Memahami kandungan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia: Perpaduan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
telah menetapkan lima aspirasi sistem dan
enam aspirasi murid. Satu daripada aspirasi
sistem yang ingin dicapai ialah perpaduan.
Keunikan Malaysia adalah terletak kepada
kepelbagaian kaum yang mengamalkan
budaya masing-masing. Dengan adanya
perbezaan ini, perpaduan antara kaum
merupakan satu perkara penting bagi
pembinaan negara bangsa dan membentuk
identiti nasional. Sudah tentu usaha
mengukuhkan perpaduan perlu dipupuk
sewaktu usia kanak-kanak lagi khususnya di alam persekolahan.
Dalam usaha mengukuhkan perpaduan, setiap murid daripada pelbagai
etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi menggunakan ruang
yang ada untuk berinteraksi dan belajar bersama-sama. Kementerian telah
memperkenalkan dua inisiatif utama berkaitan dengan perpaduan iaitu
konsep baharu Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dan
memperkukuh mata pelajaran Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral dan
Sivik. Selain itu satu instrumen untuk mengukur tahap perpaduan dalam
kalangan murid juga sedang dibangunkan.
Aspirasi sistem untuk memperkukuh perpaduan diharap juga dapat
melahirkan insan yang memiliki jati diri dan beridentiti nasional. Konsep
perpaduan yang merangkumi elemen keterangkuman iaitu wujud perasaan
menerima, menghormati dan meraikan kepelbagaian. Secara tidak langsung
aspirasi sistem memperkukuh perpaduan adalah berkait dengan aspirasi
murid yang keenam iaitu untuk melahirkan murid yang memiliki identiti
nasional.
Pada masa ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian (BKK) serta Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Penyelidikan (BPPDP) telah diamanahkan untuk
melaksanakan inisiatif bagi memupuk perpaduan.
Konsep Perpaduan JPNIN
Laporan Awal Pelan Pembangunan boleh dimuat turun di:
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf
Mesyuarat Kajian Pertengahan
Tahun 2013 (PPPM) 2013-2025
Antara keputusan penting bagi lima
inisiatif kritikal PPPM:
 Guru Bahasa Inggeris yang tidak
mencapai tahap profisiensi minima
Bahasa Inggeris akan ditempatkan
semula;
 Temuduga yang standard dilaksanakan
di peringkat JPN sebagai sebahagian
proses pemilihan Pengetua / Guru
Besar baharu;
 Proses pemantauan pelaksanaan
1BestariNet secara mingguan oleh
PADU;
 Sebanyak RM7.6 juta untuk tahun 2014
akan dimasukkan ke dalam bajet untuk
pelaksanaan intervensi kepada 150
buah sekolah yang akan menduduki
TIMSS 2014;
 BPPDP akan mengkaji
kebolehlaksanaan mewujudkan
lembaga sekolah di sekolah terpilih
Kajian Mengukur Perpaduan
Perpaduan merupakan satu daripada aspirasi
sistem yang perlu dicapai menjelang 2025.
Bagaimanapun sehingga kini adalah sukar
untuk mengukur tahap perpaduan masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.
Dalam satu kajian bertajuk “Tahap Perpaduan
Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup”, pengkaji mendapati hanya
50% respondan bersetuju pembelajaran
Kemahiran Hidup berjaya memupuk semangat
perpaduan. Bagaimanapun kajian yang
dilaksanakan dalam kalangan pelajar di UUM
mendapati wujud interaksi yang selesa antara
kaum (rujuk rajah di bawah)
Dalam usaha menambahbaik semangat
perpaduan, BPPDP sedang membangunkan
soal selidik mengukur perpaduan dalam
kalangan murid. Item soal selidik dibina
berasaskan kepada tiga konsep berkaitan
perpaduan iaitu menerima kepelbagaian,
menghormati kepelbagaian dan mengurus
kepelbagaian. Keputusan kajian ini dijangka
dapat diketahui penghujung 2013.
Anjakan isu #4
30 Julai 2013
Pelaksanaan RIMUP
Kajian antarabangsa telah menunjukkan bahawa aktiviti kumpulan
berorientasikan tugasan seperti sukan dan khidmat komuniti adalah suatu
cara yang paling berkesan untuk menggalakkan persahabatan antara
kumpulan dalam kalangan murid. Dalam usaha memupuk perpaduan di
peringkat persekolahan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan Rancangan Integerasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP).
RIMUP merupakan program yang melibatkan murid pelbagai kaum
berinteraksi melalui aktiviti kokurikulum. Ia telah mula dilaksanakan sejak
1986. Pada 2005 RIMUP telah diperluas daripada pelaksanaan di peringkat
sekolah rendah kepada pelaksanaan di semua sekolah.
Bermula 2013, RIMUP dilaksanakan mengikut kelompok (SK, SJKC, SJKT;
SMK, SMKA, SMJK) dalam tiga kategori aktiviti iaitu sukan dan permainan,
khidmat masyarakat dan aktiviti memupuk semangat patriotik.
Melalui PPPM, Kementerian berhasrat untuk menambah kekerapan dan
intensiti program RIMUP dan disasarkan kepada sekolah yang mempunyai
populasi murid yang homogen. Kementerian juga akan memperluas
program ini dengan melibatkan sekolah swasta. Bagi tahun 2013, BKK telah
mengedarkan buku panduan RIMUP kepada sekolah-sekolah agar
pelaksanaannya dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Sementara itu
konsep pelaksanaan RIMUP sedang dikaji semula dan perancangan
pelaksanaan telah dilakukan dengan sasaran sebanyak 20% sekolah rendah
dan menengah melaksanakan RIMUP pada tahun ini.
Buku Panduan RIMUP yang telah diedarkan ke sekolah
Insiatif bulan ini
Memperkukuh Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral dan Sivik
Perpaduan dikatakan berlaku apabila
wujud perasaan menghargai dan
menghormat budaya sesuatu kaum yang
lain. Kurikulum Sejarah dan Sivik
merupakan modul dalam sistem
pendidikan yang berhasrat untuk
menerapkan nilai menghargai dan
menghormati kepelbagaian kaum di
Malaysia.
Satu daripada inisiatif yang dibangunkan
dalam PPPM untuk mencapai aspirasi
sistem berkaitan perpaduan ialah
memperkukuh Pendidikan Islam serta
Pendidikan Moral dan Sivik. Matlamat
utama inisiatif ini adalah untuk
menyediakan konsep dan melaksanakan
kurikulum bagi meningkatkan
pemahaman tentang nilai utama dan
sejagat yang diamalkan oleh pelbagai
kaum di Malaysia.
Dalam menggerakkan inisiatif ini,
kandungan kurikulum Pendidikan Agama
Islam serta Pendidikan Moral dan Sivik
sedang disemak semula. Satu cadangan
pelaksanaan yang melibatkan pengajaran
dan pembelajaran murid pelbagai kaum
tentang nilai-nilai sejagat akan
dikemukakan.
Sembang Pendidik
Anjakan isu #4
30 Julai 2013
Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari http://omrel-relai.blogspot.com atau
http://lensasmkttj.blogspot.com
Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal
dan berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan
menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara Bahagian-Bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab
untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh
dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang
mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian.
Sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini, sila hubungi PADU.
Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my
Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanUder Ahmad
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Chell Mn
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9Rainne Lee
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3Rainne Lee
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahwanharith4
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmkarlz016
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)cikgumacholah
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKamal Tomon
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Chon Seong Hoo
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 

Mais procurados (19)

Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
 
Sekolah bestari
Sekolah bestariSekolah bestari
Sekolah bestari
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Badminton sekolah menengah
Badminton sekolah menengahBadminton sekolah menengah
Badminton sekolah menengah
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestari
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 

Semelhante a Buletin Bulanan KPM

Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menrosmizai
 
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...
Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...MuhammadZulaziziMohd
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNorkaspawati Kassim
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfHemarani Munisamy
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Cikgu Syahidon
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025dilla_syafa
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMChon Seong Hoo
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keamir alhaj
 
Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Ayah Ma
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 

Semelhante a Buletin Bulanan KPM (20)

Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-men
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...
Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Buku dasar
Buku dasarBuku dasar
Buku dasar
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
 
Rimup power point
Rimup power pointRimup power point
Rimup power point
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 

Mais de Cikgu Syahidon

Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)Cikgu Syahidon
 
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)Cikgu Syahidon
 
SPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran MuridSPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran MuridCikgu Syahidon
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Cikgu Syahidon
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppCikgu Syahidon
 
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)Cikgu Syahidon
 
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah RendahPentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah RendahCikgu Syahidon
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2Cikgu Syahidon
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1Cikgu Syahidon
 
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bombaPindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bombaCikgu Syahidon
 
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013Cikgu Syahidon
 
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Cikgu Syahidon
 
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)Cikgu Syahidon
 

Mais de Cikgu Syahidon (20)

Takwim2017@smaja
Takwim2017@smajaTakwim2017@smaja
Takwim2017@smaja
 
Takwim2017
Takwim2017Takwim2017
Takwim2017
 
Exam@smaja
Exam@smajaExam@smaja
Exam@smaja
 
Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)
 
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
 
SPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran MuridSPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran Murid
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
 
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah RendahPentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
 
Pengurusan evidens
Pengurusan evidens Pengurusan evidens
Pengurusan evidens
 
Overview PBS
Overview PBS Overview PBS
Overview PBS
 
Jadual waktu spm 2013
Jadual waktu spm 2013Jadual waktu spm 2013
Jadual waktu spm 2013
 
1. guru akademik
1. guru akademik1. guru akademik
1. guru akademik
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
 
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bombaPindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
 
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
 
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
 
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
 

Buletin Bulanan KPM

  • 1. Anjakan isu #4 30 Julai 2013 ISU #4, 31 JULAI 2013 Dalam isu ini: 1. Sekapur sirih: YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin 2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Perpaduan 3. Pelaksanaan RIMUP Sekapur Sirih: YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dalam kesempatan mengisi ruangan sekapur sirih ini, saya ingin mengucapkan salam kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Setelah hampir setahun pelaksanaan PPPM, banyak perkara telah kita pelajari dan gandaan usaha telah dilakukan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan suatu perancangan pendidikan jangka panjang Kementerian. PPPM ini melibatkan hala tuju dan pelan tindakan yang jelas dan sekali gus menguji minda serta kesungguhan warga pendidik dalam melaksanakannya. Penyelarasan PPPM dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) sedang dilaksanakan manakala majis pelancaran Laporan Akhir PPPM akan diadakan pada 6 September 2013. Selain usaha penyelarasan ini, Kementerian juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak berkepentingan bagi memantapkan inisiatif PPPM. Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak di Kementerian untuk memastikan PPPM 2013-2025 ini mencapai kejayaan dan matlamat yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih. DATUK DR. AMIN BIN SENIN Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan KPM Dalam Berita Mesyuarat Kajian Pertengahan Tahun PPPM 2013-2025 2 Julai 2013: Kementerian Pendidikan telah melaksanakan penilaian pertengahan tahun 2013 bagi 25 inisiatif utama di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada 2 dan 3 Julai 2013 di Hotel Colmar, Bukit Tinggi. YAB Menteri Pendidikan, YB Menteri Pendidikan II, dan semua pengurusan tertinggi KPM telah bersama-sama mendengar dan memberi pelbagai maklum balas terhadap isu yang telah dibentangkan oleh kesemua pengurus program bagi 25 inisiatif yang hadir. YAB Menteri Pendidikan telah diberikan penerangan khusus tentang lima inisiatif utama iaitu peningkatan penguasaan kemahiran guru Bahasa Inggeris, piagam pengetua/guru besar, program transformasi daerah, pentaksiran TIMSS dan PISA serta sarana ibu bapa bagi memutuskan beberapa isu yang timbul. Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 2. Anjakan isu #4 30 Julai 2013 Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Perpaduan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menetapkan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid. Satu daripada aspirasi sistem yang ingin dicapai ialah perpaduan. Keunikan Malaysia adalah terletak kepada kepelbagaian kaum yang mengamalkan budaya masing-masing. Dengan adanya perbezaan ini, perpaduan antara kaum merupakan satu perkara penting bagi pembinaan negara bangsa dan membentuk identiti nasional. Sudah tentu usaha mengukuhkan perpaduan perlu dipupuk sewaktu usia kanak-kanak lagi khususnya di alam persekolahan. Dalam usaha mengukuhkan perpaduan, setiap murid daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi menggunakan ruang yang ada untuk berinteraksi dan belajar bersama-sama. Kementerian telah memperkenalkan dua inisiatif utama berkaitan dengan perpaduan iaitu konsep baharu Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dan memperkukuh mata pelajaran Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral dan Sivik. Selain itu satu instrumen untuk mengukur tahap perpaduan dalam kalangan murid juga sedang dibangunkan. Aspirasi sistem untuk memperkukuh perpaduan diharap juga dapat melahirkan insan yang memiliki jati diri dan beridentiti nasional. Konsep perpaduan yang merangkumi elemen keterangkuman iaitu wujud perasaan menerima, menghormati dan meraikan kepelbagaian. Secara tidak langsung aspirasi sistem memperkukuh perpaduan adalah berkait dengan aspirasi murid yang keenam iaitu untuk melahirkan murid yang memiliki identiti nasional. Pada masa ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) serta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Penyelidikan (BPPDP) telah diamanahkan untuk melaksanakan inisiatif bagi memupuk perpaduan. Konsep Perpaduan JPNIN Laporan Awal Pelan Pembangunan boleh dimuat turun di: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf Mesyuarat Kajian Pertengahan Tahun 2013 (PPPM) 2013-2025 Antara keputusan penting bagi lima inisiatif kritikal PPPM:  Guru Bahasa Inggeris yang tidak mencapai tahap profisiensi minima Bahasa Inggeris akan ditempatkan semula;  Temuduga yang standard dilaksanakan di peringkat JPN sebagai sebahagian proses pemilihan Pengetua / Guru Besar baharu;  Proses pemantauan pelaksanaan 1BestariNet secara mingguan oleh PADU;  Sebanyak RM7.6 juta untuk tahun 2014 akan dimasukkan ke dalam bajet untuk pelaksanaan intervensi kepada 150 buah sekolah yang akan menduduki TIMSS 2014;  BPPDP akan mengkaji kebolehlaksanaan mewujudkan lembaga sekolah di sekolah terpilih Kajian Mengukur Perpaduan Perpaduan merupakan satu daripada aspirasi sistem yang perlu dicapai menjelang 2025. Bagaimanapun sehingga kini adalah sukar untuk mengukur tahap perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Dalam satu kajian bertajuk “Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup”, pengkaji mendapati hanya 50% respondan bersetuju pembelajaran Kemahiran Hidup berjaya memupuk semangat perpaduan. Bagaimanapun kajian yang dilaksanakan dalam kalangan pelajar di UUM mendapati wujud interaksi yang selesa antara kaum (rujuk rajah di bawah) Dalam usaha menambahbaik semangat perpaduan, BPPDP sedang membangunkan soal selidik mengukur perpaduan dalam kalangan murid. Item soal selidik dibina berasaskan kepada tiga konsep berkaitan perpaduan iaitu menerima kepelbagaian, menghormati kepelbagaian dan mengurus kepelbagaian. Keputusan kajian ini dijangka dapat diketahui penghujung 2013.
  • 3. Anjakan isu #4 30 Julai 2013 Pelaksanaan RIMUP Kajian antarabangsa telah menunjukkan bahawa aktiviti kumpulan berorientasikan tugasan seperti sukan dan khidmat komuniti adalah suatu cara yang paling berkesan untuk menggalakkan persahabatan antara kumpulan dalam kalangan murid. Dalam usaha memupuk perpaduan di peringkat persekolahan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Rancangan Integerasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP merupakan program yang melibatkan murid pelbagai kaum berinteraksi melalui aktiviti kokurikulum. Ia telah mula dilaksanakan sejak 1986. Pada 2005 RIMUP telah diperluas daripada pelaksanaan di peringkat sekolah rendah kepada pelaksanaan di semua sekolah. Bermula 2013, RIMUP dilaksanakan mengikut kelompok (SK, SJKC, SJKT; SMK, SMKA, SMJK) dalam tiga kategori aktiviti iaitu sukan dan permainan, khidmat masyarakat dan aktiviti memupuk semangat patriotik. Melalui PPPM, Kementerian berhasrat untuk menambah kekerapan dan intensiti program RIMUP dan disasarkan kepada sekolah yang mempunyai populasi murid yang homogen. Kementerian juga akan memperluas program ini dengan melibatkan sekolah swasta. Bagi tahun 2013, BKK telah mengedarkan buku panduan RIMUP kepada sekolah-sekolah agar pelaksanaannya dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Sementara itu konsep pelaksanaan RIMUP sedang dikaji semula dan perancangan pelaksanaan telah dilakukan dengan sasaran sebanyak 20% sekolah rendah dan menengah melaksanakan RIMUP pada tahun ini. Buku Panduan RIMUP yang telah diedarkan ke sekolah Insiatif bulan ini Memperkukuh Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dan Sivik Perpaduan dikatakan berlaku apabila wujud perasaan menghargai dan menghormat budaya sesuatu kaum yang lain. Kurikulum Sejarah dan Sivik merupakan modul dalam sistem pendidikan yang berhasrat untuk menerapkan nilai menghargai dan menghormati kepelbagaian kaum di Malaysia. Satu daripada inisiatif yang dibangunkan dalam PPPM untuk mencapai aspirasi sistem berkaitan perpaduan ialah memperkukuh Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral dan Sivik. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan konsep dan melaksanakan kurikulum bagi meningkatkan pemahaman tentang nilai utama dan sejagat yang diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Dalam menggerakkan inisiatif ini, kandungan kurikulum Pendidikan Agama Islam serta Pendidikan Moral dan Sivik sedang disemak semula. Satu cadangan pelaksanaan yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran murid pelbagai kaum tentang nilai-nilai sejagat akan dikemukakan. Sembang Pendidik
  • 4. Anjakan isu #4 30 Julai 2013 Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari http://omrel-relai.blogspot.com atau http://lensasmkttj.blogspot.com Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal dan berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara Bahagian-Bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian. Sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini, sila hubungi PADU. Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605