O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

13.795 visualizações

Publicada em

SEKADAR BERKONGSI ILMUYANG TERBAIK DARIPADA ALLAH YANG KURANG DARIPADA SAYA

Publicada em: Educação

ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

  1. 1. ANTOLOGI SEJADAH RINDU (SAJAK) PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS (SAZALEE YACOB)
  2. 2. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS (RANGKAP 1) Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading  Lelaki kecil menghantar anak gadisnya menuntut ilmu di menara gading di kota yang merupakan satu suasana baru yang berbeza dengan kehidupan anak gadisnya di desa  Lelaki kecil berharap agar anak gadisnya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus dan mengutip semua manfaat iimu dengan bersungguh-sungguh
  3. 3. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS (RANGKAP 2) Kelepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimah hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal  Lelaki kecil melepaskan anak gadisnya hidup di menara gading dengan harapan anak gadisnya kekal menjaga maruah dan kesucian diri.  Lelaki kecil berharap anak gadisnya mampu melawan dugaan hidup berseorangan dengan akal yang waras.  Lelaki kecil berharap anak gadisnya mampu mengenal kebaikan dan keburukan yang ada di sekelilingnya dengan waras  Lelaki kecil berharap anak gadisnya mampu membuat pertimbangan yang waras apabila berdepan dengan masalah
  4. 4. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS (RANGKAP 3) Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar statusnya berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti  Dalam dunia kampus yang menjadi gedung ilmu akan ada godaan mengubah pemikiran anak gadisnya yang masih muda jika terlalu bangga dengan status mahasisiwinya.Terlalu banyak godaan yang menggugat peribadi anak gadis yang masih rapuh dan bakal menghakis budi bahasa kerana dunia kampus mampu mencipta kesombongan dalam diri
  5. 5. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS (RANGKAP 4) Pandai-pandailah kau terbang menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah  Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya agar pandai membawa diri dan bijak melawan dugaan hidup di kampus/di kota  Lelaki kecil berharap anak gadisnya tidak pulang dengan kekecewaan kerana gagal mencapai kejayaan menggapai ilmu di menara gading
  6. 6. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS (TAFSIRAN KESELURUHAN SAJAK ) LELAKI KECIL berharap anak gadisnya yang dihantar menuntut di menara gading di kota mampu menuntut ilmu malah menggali manfaat ilmu serta menjalani hidup di kampus yang sangat berbeza dengan kehidupannya di desa. LELAKI KECIL berharap agar anak gadisnya mampu menjaga maruah diri setelah diberi kebebasan . Anak gadisnya diharap dapat menggunakan kewarasan akal semasa berhadapan dengan keseronokan atau kesusahan di kampus.Penyajak berharap anak gadisnya tahu membezakan antara baik dan buruk dengan akal yang rasional Dalam kehidupan sebagai siswi di kampus yang menjadi pusat ilmu, pelbagai dugaan akan menguji pendirian anak gadisnya yang masih mentah dan muda untuk membuat pertimbangan yang rasional. Penyajak bimbang anak gadisnya menjadi ego sehingga menolak ke tepi budi bahasa kerana berasa diri sudah hebat kerana bergelar siswi LELAKI KECIL berharap anak gadisnya mampu membawa diri dengan kehidupan di kampus/di kota yang penuh dengan impian hidup yang indah-indah agar anak gadisnya tidak pulang dengan kekecewaan kerana gagal melawan godaan dan cabaran hidup di kampus.
  7. 7. TEMA PESANAN DAN NASIHAT IBU BAPA KEPADA ANAK GADIS YANG MERANTAU DI KOTA LELAKI KECIL menasihati anak gadisnya yang tidak pernah hidup di kota /di kampus agar bijak memilih antara baik dan buruk di dalam menjalani kehidupan tanpa ayah dan ibu di kampus
  8. 8. PERSOALAN 1 1. Nasihat hidup untuk anak lambang harapan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak LELAKI KECIL menasihati anak gadisnya yang melanjutkan pelajaran ke institutsi pengajian tinggi agar tekun menuntut ilmu di menara gading itu
  9. 9. PERSOALAN 2 1. Kebimbangan seorang ayah akan kehidupan baru anaknya di kampus  LELAKI KECIL meninggalkan pesanan agar anak gadisnya menggunakan kebebasan yang diberi dengan akal yang waras semoga dapat menepis godaan hidup di kampus.
  10. 10. PERSOALAN 3 1. Dunia kampus yang dipandang gah mampu mengubah budi pekerti penghuninya LELAKI KECIL mengingatkan anak gadisnya agar tidak leka akan kampus yang gah dengan ilmu tidak mengubah dirinya menjadi sombong dan hilang budi pekerti
  11. 11. PERSOALAN 4 1. Kegagalan yang bakal menimpa jika gagal mengawal nafsu  LELAKI KECIL berpesan agar anak gadisnya bijak menggunakan kebebasan yang diberi supaya tidak pulang dengan kegagalan merealisasikan cita-cita kerana gagal mengawal nafsu.
  12. 12. PERSOALAN 5 1. CABARAN HIDUP DI PERANTAUAN  LELAKI KECIL menyedarkan anak gadisnya tentang cabaran yang bakal ditempuhinya apabila hidup di tempat yang sangat berbeza budayanya dengan tempat asal mereka di desa
  13. 13. NILAI 1 KASIH SAYANG  LELAKI KECIL seorang ayah yang amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang berlainan dengankehidupannya di desa
  14. 14. NILAI 2 RASIONAL  LELAKI KECIL menasihati anaknya agar menjadi seorang manusia yang rasional membuat pertimbangan walaupun hidup bebas di kampus
  15. 15. NILAI 3 BERHEMAH TINGGI  LELAKI KECIL menasihati anak gadisnya agar menjaga budi pekerti walaupun sudah bergelar siswi
  16. 16. NILAI 4 KEBIJAKSANAAN  LELAKI KECIL menasihati anak gadisnya supaya pandai membawa diri di perantauan agar tidak menemui kekecewaan dan kegagalan mengejar cita-cita .
  17. 17. PENGAJARAN 1. KITA HENDAKLAH SENTIASA MENASIHATI GOLONGAN MUDA AGAR MEREKA TIDAK HILANG PEDOMAN APABILA HIDUP SENDIRIAN  Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya dengan nasihat yang berguna agar anak gadisnya bijak menggunakan akal untuk mengawal diri dari godaan yang menghancurkan masa depan
  18. 18. PENGAJARAN 2. SEBAGAI REMAJA, KITA HENDAKLAH MENGGUNAKAN KEPERCAYAAN DAN KEBEBASAN YANG DINIKMATI DENGAN BIJAK AGAR TIDAK KECEWA PADA KEMUDIAN HARI  Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya menggunakan kebebasan dengan bijak supaya mengalami kekecewaan dan kegagalan dalam hidup kelak
  19. 19. PENGAJARAN 3. SEBAGAI REMAJA YANG HIDUP SENDIRIAN DI PERANTAUAN , KITA MESTI RASIONAL MELAWAN CABARAN AGAR HANYUT DALAM KELALAIAN  Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya menggunakan akal yang waras untuk menilai buruk baik yang ada di sekeliling demi menjaga maruah dirinya
  20. 20. PENGAJARAN 4. SEBAGAI PENUNTUT DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI, KITA JANGAN BERASA EGO DENGAN STATUS DIRI AGAR TERPELIHARA BUDI PEKERTI YANG DIJUNJUNG.  Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya tidak menjadikan status sebagai mahasiswi untuk menyombong dan berbangga diri sehingga tidak lagi mementingkan budi pekerti yang dijunjung selama berada di desa.

×