SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 5
Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi di Malaysia.
Malaysia merupakan bumi bertuah yang memiliki kepelbagaian ciri fizikal. Ciri
fizikal adalah merujuk kepada bentuk muka bumi yang indah ciptaan Ilahi. Terdapat
beberapa jenis bentuk muka bumi di Malaysia antaranya ialah tanah tinggi, tanah
pamah, pinggir laut, dan saliran. Bentuk muka bumi yang pelbagai ini menjadikan
taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata. Taburan penduduk sudah tentunya
menjadikan ciri fizikal sebagai ciri utama untuk didiami di samping faktor-faktor lain
yang menjadikan sesebuah kawasan itu bertaburan padat, sederhana dan jarang
penduduk. Taburan penduduk di Malaysia adalah sangat unik.
Jenis-jenis bentuk muka bumi di Malaysia.
Terdapat beberapa jenis bentuk muka bumi di Malaysia yang telah diketahui
umum. Bentuk muka bumi yang dimaksudkan adalah tanah tinggi, tanah pamah, pinggir
laut dan saliran. Kesemua bentuk muka bumi ini menjadi tanda kebesaran Allah s.w.t
kepada kita semua yang wajib kita insafi. Manusia sebagai khalifah di muka bumi ini
wajib mentadbir urus alam ini dengan sebaik-baiknya tanpa perlu merosakkan. Namun,
pembangunan material yang akan dilakukan perlulah mengikut batas-batas hubungan
manusia dengan alam supaya tidak berlaku kerosakkan yang menyebabkan hidupan di
bumi mengenai tempiasnya. Sekiranya bentuk muka bumi ini diurus-tadbir dengan
sebaik-baiknya, manusia dan hidupan lain akan mendapat manfaatnya yang berpotensi
tetapi sekiranya alam ini tidak dijaga sebaik mungkin akan menyebabkan berlaku tindak
balas alam seperti kejadian kemarau, banjir, tanah runtuh, kepupusan habitat flora dan
fauna dan hakisan tanah.
Potensi Terhadap Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi
a) Tanah Tinggi
Jika suatu ketika dulu, kawasan tanah tinggi merupakan kawasan yang
mempunyai jumlah penduduk yang sangat minimum atau dikategorikan sebagai
kawasan bertaburan jarang. Namun, kemajuan teknologi kejuruteraan pada hari ini
menyebabkan banyak kediaman dibina di kawasan-kawasan tanah tinggi. Malah, sangat
tidak keterlaluan jika dikatakan kediaman yang terdapat di kawasan tanah tinggi adalah
milik golongan mewah dan elit. Misalnya, Bukit Antarabangsa dan Ukays Perdana di
Kuala Lumpur, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Tinggi di Pahang. Sejak dibuka pada
awal 1980-an, Bukit Antarabangsa yang terkenal sebagai kediaman mewah dengan
kepadatan penduduk agak tinggi memiliki majoriti kediaman di lereng bukit dan
kawasan tanah tinggi, manakala hanya sedikit perumahan di tanah rata. Di Ukays
Perdana misalnya, hampir 70% kawasannya dibangunkan kediaman baru. Pelbagai
kegiatan pembangunan rancak dilaksanakan di kawasan terbabit termasuk
kondominium. Tanah tinggi merupakan kawasan yang mempunyai potensi terhadap
pertambahan kawasan petempatan khususnya di bandar-bandar tanpa mengubah
struktur tanah menjadi rata. Kawasan tanah tinggi cukup dominan dengan sektor
pelancongan di Malaysia. Misalnya, Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting
menjadi tarikan pelancongan yang mampu menyumbang pendapatan kepada negara.
b) Tanah Pamah
Seluas 10% kawasan Malaysia adalah kawasan tanah pamah dan tanah rendah.
Kawasan- kawasan ini meliputi 3.3 juta hektar keluasan Malaysia dan terdiri daripada
jaluran-jaluran tanah pamah dan dataran-dataran. Semenanjung Malaysia mempunyai
jaluran tanah pamah di barat dan timur. Bahagian tengahnya diliputi tanah tinggi. Di
kawasan tanah pamah ini terdapat juga dataran, iaitu di bahagian hilir sungai. Dataran
yang bertanih aluvium adalah kawasan rendah yang lebih luas sesuai dijadikan kegiatan
penanaman padi antaranya Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Kerian
dan Dataran Hilir Sungai Perak. Dataran Kedah-Perlis yang dikenali sebagai jolokan
negeri “Jelapang Padi Malaysia” kerana dijadikan kawasan penanaman padi yang
utama di Malaysia. Kawasan tanah pamah ini bukan hanya berpotensi sebagai kawasan
pertanian malah sesuai dijadikan kawasan petempatan, perindustrian dan pusat
pentadbiran dan perniagaan kerana dapat mengurangkan kos pembinaan jaringan
pengangkutan dan perhubungan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Contohnya, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan jaringan pengangkutan rel
seperti landasan kereta api daripada Padang Besar ke Johor Bharu yang merupakan
kawasan tumpuan penduduk. Kegiatan-kegiatan ini menyebabkan berlakunya
perletakan bandar-bandar besar seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor
Bharu, Kuantan, Kota Bharu dan Shah Alam.
c) Pinggir Laut
Pinggir laut yang panjang meliputi hampir seluruh negeri di Malaysia.
Panjangnya, kira-kira 4 800 km. Pantai barat Semenanjung Malaysia menghadap ke
Selat Melaka yang merupakan selat terpanjang di dunia manakala negeri-negeri pantai
timur Semenanjung Malaysia, pantai Sarawak dan pantai barat Sabah menghadap ke
Laut China Selatan dan pantai timur Sabah menghadap ke Laut Sulu. Laut yang cetek
mengelilingi negara kita ini terletak di Pentas Sunda menggalakkan pertumbuhan
plankton untuk pembiakan ikan yang sangat sesuai untuk kegiatan perikanan. Sektor
perikanan di Malaysia antara sektor yang menjadi sumber pendapatan penduduk. Maka,
tidak hairanlah wujudnya industri yang berasaskan sumber laut sebagai punca rezeki
para nelayan. Dengan adanya sumber laut, wujudnya kawasan perkampungan nelayan
di sepanjang pinggir laut seperti sekitar Pantai Mersing, Johor dan Pulau Pangkor,
Perak. Pulau merupakan tanah daratan yang dikelilingi oleh laut. Di luar pinggir laut
Malaysia terdapat kira-kira 270 buah pulau. Kebanyakan pulau ini penting untuk
aktiviti perikanan dan pelancongan. Di Pulau Pangkor, Pulau Ketam dan Pulau
Perhentian terdapat pelabuhan dan perkampungan nelayan. Pulau juga berpotensi
sebagai kawasan tarikah pelancongan yang datang dari dalam dan luar negara.
Antaranya, Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Perhentian yang
kaya dengan keindahan alam semula jadi dan terumbu karang mampu menarik
perhatian pelancong.
d) Saliran
Sistem saliran (sungai) adalah limpahan air yang berpunca dan mengalir.
Terdapat beberapa jenis pola saliran yang terdapat di Malaysia seperti pola saliran
reranting, jejala, sepunca (jejari), bawah tanah, sejajar, bersirat, saliran darat
(setumpu), gegelang dan selari. Kepelbagaian pola saliran ini bukan hanya terdapat di
kawasan lembangan sungai, akan tetapi turut terdapat di sekitar delta, puncak gunung
dan tasik. Kepelbagaian pola saliran adalah bukti kebesaran Allah s.w.t yang
mempunyai potensi untuk dijadikan punca air untuk keperluan hidupan di bumi.
Namun, terdapat juga profil panjang dan profil rentas sungai yang mempunyai rupa
bentuk yang berbeza mengikut peringkat sungai itu berada. Pada umumnya, sebatang
sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran sungai, iaitu peringkat hulu,
tengah dan hilir. Sungai merupakan ciri fizikal yang berpotensi sebagai keperluan dan
daya tarikan. Namun, sungai juga mempunyai ciri-ciri yang berpotensi sebagai tapak
tamadun dan pusat perdagangan, sempadan antarabangsa, sempadan negeri, stesen
hidroelektrik, pembentukan dataran aluvium, sumber pengairan, kegunaan harian,
sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber ikan air tawar, sumber galian dan
tempat rekreasi. Masyarakat Malaysia harus didedahkan dengan kesedaran yang tinggi
bagi memastikan sungai-sungai di negara ini dijaga dengan sebaik-baiknya bukan
sekadar menjadi punca minuman tetapi berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan
penduduk dan negara. Aliran air yang negatif seperti air sungai menjadi cetek dan
berlakunya banjir adalah tanda tindak balas sungai terhadap manusia yang boleh
mengorbankan nyawa.
Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia.
Terdapat beberapa halangan yang menyebabkan kawasan yang mempunyai ciri
bentuk muka bumi yang bertanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan saliran untuk
dimajukan. Halangan ini bukan bermakna manusia tidak mampu membangunkan
kawasan tersebut namun, perlunya dikawal supaya tidak berlaku perubahan yang
drastik sehingga menukarkan ciri fizikal kepada ciri budaya.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERAAsmawi Abdullah
 
Batuan igneus
Batuan igneusBatuan igneus
Batuan igneusZew Ylen
 
Kesan pergerakan kerak bumi ting 1
Kesan pergerakan kerak bumi ting 1Kesan pergerakan kerak bumi ting 1
Kesan pergerakan kerak bumi ting 1sabanti
 
Kepentingan pelbagai sumber
Kepentingan pelbagai sumberKepentingan pelbagai sumber
Kepentingan pelbagai sumberIzawati Taha
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiajuliana
 
Fenomena empat musim
Fenomena empat musimFenomena empat musim
Fenomena empat musim082803658
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutanNinie Aziz
 
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)Farhana Aisyah Norzelan
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranAsmawi Abdullah
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutanamiragee
 
TABURAN PENDUDUK
TABURAN PENDUDUKTABURAN PENDUDUK
TABURAN PENDUDUKNur Liyana
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Mak Winson
 
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarBatrisyiaa Syiaa
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 

Mais procurados (20)

STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 
Batuan igneus
Batuan igneusBatuan igneus
Batuan igneus
 
Gempa bumi Stpm
Gempa bumi StpmGempa bumi Stpm
Gempa bumi Stpm
 
Kesan pergerakan kerak bumi ting 1
Kesan pergerakan kerak bumi ting 1Kesan pergerakan kerak bumi ting 1
Kesan pergerakan kerak bumi ting 1
 
Kepentingan pelbagai sumber
Kepentingan pelbagai sumberKepentingan pelbagai sumber
Kepentingan pelbagai sumber
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysia
 
Fenomena empat musim
Fenomena empat musimFenomena empat musim
Fenomena empat musim
 
Power point (1)
Power point (1)Power point (1)
Power point (1)
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di asia tenggara (geo)
 
SEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIANSEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIAN
 
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan PembandaranGeografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
Geografi STPM-Bahagian B-Transformasi Desa dan Pembandaran
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutan
 
TABURAN PENDUDUK
TABURAN PENDUDUKTABURAN PENDUDUK
TABURAN PENDUDUK
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
 
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Bab 2 cuaca dan iklim
Bab 2   cuaca dan iklimBab 2   cuaca dan iklim
Bab 2 cuaca dan iklim
 

Semelhante a Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)

Geografi Taburan Penduduk
Geografi Taburan PendudukGeografi Taburan Penduduk
Geografi Taburan PendudukAnis Syamimi
 
Tg 2 bab12petempatan
Tg 2 bab12petempatanTg 2 bab12petempatan
Tg 2 bab12petempatanNor S
 
Bab 12 petempatan
Bab 12 petempatanBab 12 petempatan
Bab 12 petempatanshimanain
 
Geografi bab 12 =p
Geografi bab 12 =pGeografi bab 12 =p
Geografi bab 12 =pSiti Smiley
 
Presentasi Malaysia
Presentasi MalaysiaPresentasi Malaysia
Presentasi Malaysiasahobby68
 
taburan penduduk
taburan penduduktaburan penduduk
taburan penduduksyaz.wani
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiNizxx_
 
Geog Ting 2 Bab 12
Geog Ting 2 Bab 12Geog Ting 2 Bab 12
Geog Ting 2 Bab 12AqielIzmi
 
28669738 kajian-tempatan
28669738 kajian-tempatan28669738 kajian-tempatan
28669738 kajian-tempatanISMALIZA ISHAK
 
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinyaPetempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinyatetamusenja
 
20110912140905 kuliah 1 bentuk muka bumi dan saliran
20110912140905 kuliah 1 bentuk muka bumi dan saliran20110912140905 kuliah 1 bentuk muka bumi dan saliran
20110912140905 kuliah 1 bentuk muka bumi dan saliranjasniyusuf
 
Taburan penduduk tingkatan 2
Taburan penduduk tingkatan 2Taburan penduduk tingkatan 2
Taburan penduduk tingkatan 2Fharhad Shah
 
SEJARAH T4 KBSM Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tenggara
SEJARAH T4 KBSM Bab 3 - Tamadun Awal Asia TenggaraSEJARAH T4 KBSM Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tenggara
SEJARAH T4 KBSM Bab 3 - Tamadun Awal Asia TenggaraFasyah Tutor
 

Semelhante a Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved) (20)

Geografi Taburan Penduduk
Geografi Taburan PendudukGeografi Taburan Penduduk
Geografi Taburan Penduduk
 
Tg 2 bab12petempatan
Tg 2 bab12petempatanTg 2 bab12petempatan
Tg 2 bab12petempatan
 
Bab 12 petempatan
Bab 12 petempatanBab 12 petempatan
Bab 12 petempatan
 
Geografi bab 12 =p
Geografi bab 12 =pGeografi bab 12 =p
Geografi bab 12 =p
 
Bab12 petempatan
Bab12 petempatanBab12 petempatan
Bab12 petempatan
 
Presentasi Malaysia
Presentasi MalaysiaPresentasi Malaysia
Presentasi Malaysia
 
taburan penduduk
taburan penduduktaburan penduduk
taburan penduduk
 
taburan penduduk
taburan penduduktaburan penduduk
taburan penduduk
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Geog Ting 2 Bab 12
Geog Ting 2 Bab 12Geog Ting 2 Bab 12
Geog Ting 2 Bab 12
 
28669738 kajian-tempatan
28669738 kajian-tempatan28669738 kajian-tempatan
28669738 kajian-tempatan
 
Taburan Penduduk
Taburan PendudukTaburan Penduduk
Taburan Penduduk
 
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinyaPetempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
 
My koko pp
My koko ppMy koko pp
My koko pp
 
20110912140905 kuliah 1 bentuk muka bumi dan saliran
20110912140905 kuliah 1 bentuk muka bumi dan saliran20110912140905 kuliah 1 bentuk muka bumi dan saliran
20110912140905 kuliah 1 bentuk muka bumi dan saliran
 
Taburan penduduk tingkatan 2
Taburan penduduk tingkatan 2Taburan penduduk tingkatan 2
Taburan penduduk tingkatan 2
 
Taburan penduduk
Taburan pendudukTaburan penduduk
Taburan penduduk
 
SEJARAH T4 KBSM Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tenggara
SEJARAH T4 KBSM Bab 3 - Tamadun Awal Asia TenggaraSEJARAH T4 KBSM Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tenggara
SEJARAH T4 KBSM Bab 3 - Tamadun Awal Asia Tenggara
 

Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)

  • 1. Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi di Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang memiliki kepelbagaian ciri fizikal. Ciri fizikal adalah merujuk kepada bentuk muka bumi yang indah ciptaan Ilahi. Terdapat beberapa jenis bentuk muka bumi di Malaysia antaranya ialah tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut, dan saliran. Bentuk muka bumi yang pelbagai ini menjadikan taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata. Taburan penduduk sudah tentunya menjadikan ciri fizikal sebagai ciri utama untuk didiami di samping faktor-faktor lain yang menjadikan sesebuah kawasan itu bertaburan padat, sederhana dan jarang penduduk. Taburan penduduk di Malaysia adalah sangat unik. Jenis-jenis bentuk muka bumi di Malaysia. Terdapat beberapa jenis bentuk muka bumi di Malaysia yang telah diketahui umum. Bentuk muka bumi yang dimaksudkan adalah tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan saliran. Kesemua bentuk muka bumi ini menjadi tanda kebesaran Allah s.w.t kepada kita semua yang wajib kita insafi. Manusia sebagai khalifah di muka bumi ini wajib mentadbir urus alam ini dengan sebaik-baiknya tanpa perlu merosakkan. Namun, pembangunan material yang akan dilakukan perlulah mengikut batas-batas hubungan manusia dengan alam supaya tidak berlaku kerosakkan yang menyebabkan hidupan di bumi mengenai tempiasnya. Sekiranya bentuk muka bumi ini diurus-tadbir dengan sebaik-baiknya, manusia dan hidupan lain akan mendapat manfaatnya yang berpotensi tetapi sekiranya alam ini tidak dijaga sebaik mungkin akan menyebabkan berlaku tindak balas alam seperti kejadian kemarau, banjir, tanah runtuh, kepupusan habitat flora dan fauna dan hakisan tanah. Potensi Terhadap Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi a) Tanah Tinggi Jika suatu ketika dulu, kawasan tanah tinggi merupakan kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang sangat minimum atau dikategorikan sebagai
  • 2. kawasan bertaburan jarang. Namun, kemajuan teknologi kejuruteraan pada hari ini menyebabkan banyak kediaman dibina di kawasan-kawasan tanah tinggi. Malah, sangat tidak keterlaluan jika dikatakan kediaman yang terdapat di kawasan tanah tinggi adalah milik golongan mewah dan elit. Misalnya, Bukit Antarabangsa dan Ukays Perdana di Kuala Lumpur, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Tinggi di Pahang. Sejak dibuka pada awal 1980-an, Bukit Antarabangsa yang terkenal sebagai kediaman mewah dengan kepadatan penduduk agak tinggi memiliki majoriti kediaman di lereng bukit dan kawasan tanah tinggi, manakala hanya sedikit perumahan di tanah rata. Di Ukays Perdana misalnya, hampir 70% kawasannya dibangunkan kediaman baru. Pelbagai kegiatan pembangunan rancak dilaksanakan di kawasan terbabit termasuk kondominium. Tanah tinggi merupakan kawasan yang mempunyai potensi terhadap pertambahan kawasan petempatan khususnya di bandar-bandar tanpa mengubah struktur tanah menjadi rata. Kawasan tanah tinggi cukup dominan dengan sektor pelancongan di Malaysia. Misalnya, Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting menjadi tarikan pelancongan yang mampu menyumbang pendapatan kepada negara. b) Tanah Pamah Seluas 10% kawasan Malaysia adalah kawasan tanah pamah dan tanah rendah. Kawasan- kawasan ini meliputi 3.3 juta hektar keluasan Malaysia dan terdiri daripada jaluran-jaluran tanah pamah dan dataran-dataran. Semenanjung Malaysia mempunyai jaluran tanah pamah di barat dan timur. Bahagian tengahnya diliputi tanah tinggi. Di kawasan tanah pamah ini terdapat juga dataran, iaitu di bahagian hilir sungai. Dataran yang bertanih aluvium adalah kawasan rendah yang lebih luas sesuai dijadikan kegiatan penanaman padi antaranya Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Kerian dan Dataran Hilir Sungai Perak. Dataran Kedah-Perlis yang dikenali sebagai jolokan negeri “Jelapang Padi Malaysia” kerana dijadikan kawasan penanaman padi yang utama di Malaysia. Kawasan tanah pamah ini bukan hanya berpotensi sebagai kawasan pertanian malah sesuai dijadikan kawasan petempatan, perindustrian dan pusat
  • 3. pentadbiran dan perniagaan kerana dapat mengurangkan kos pembinaan jaringan pengangkutan dan perhubungan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Contohnya, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan jaringan pengangkutan rel seperti landasan kereta api daripada Padang Besar ke Johor Bharu yang merupakan kawasan tumpuan penduduk. Kegiatan-kegiatan ini menyebabkan berlakunya perletakan bandar-bandar besar seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kuantan, Kota Bharu dan Shah Alam. c) Pinggir Laut Pinggir laut yang panjang meliputi hampir seluruh negeri di Malaysia. Panjangnya, kira-kira 4 800 km. Pantai barat Semenanjung Malaysia menghadap ke Selat Melaka yang merupakan selat terpanjang di dunia manakala negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai Sarawak dan pantai barat Sabah menghadap ke Laut China Selatan dan pantai timur Sabah menghadap ke Laut Sulu. Laut yang cetek mengelilingi negara kita ini terletak di Pentas Sunda menggalakkan pertumbuhan plankton untuk pembiakan ikan yang sangat sesuai untuk kegiatan perikanan. Sektor perikanan di Malaysia antara sektor yang menjadi sumber pendapatan penduduk. Maka, tidak hairanlah wujudnya industri yang berasaskan sumber laut sebagai punca rezeki para nelayan. Dengan adanya sumber laut, wujudnya kawasan perkampungan nelayan di sepanjang pinggir laut seperti sekitar Pantai Mersing, Johor dan Pulau Pangkor, Perak. Pulau merupakan tanah daratan yang dikelilingi oleh laut. Di luar pinggir laut Malaysia terdapat kira-kira 270 buah pulau. Kebanyakan pulau ini penting untuk aktiviti perikanan dan pelancongan. Di Pulau Pangkor, Pulau Ketam dan Pulau Perhentian terdapat pelabuhan dan perkampungan nelayan. Pulau juga berpotensi sebagai kawasan tarikah pelancongan yang datang dari dalam dan luar negara. Antaranya, Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Perhentian yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan terumbu karang mampu menarik perhatian pelancong.
  • 4. d) Saliran Sistem saliran (sungai) adalah limpahan air yang berpunca dan mengalir. Terdapat beberapa jenis pola saliran yang terdapat di Malaysia seperti pola saliran reranting, jejala, sepunca (jejari), bawah tanah, sejajar, bersirat, saliran darat (setumpu), gegelang dan selari. Kepelbagaian pola saliran ini bukan hanya terdapat di kawasan lembangan sungai, akan tetapi turut terdapat di sekitar delta, puncak gunung dan tasik. Kepelbagaian pola saliran adalah bukti kebesaran Allah s.w.t yang mempunyai potensi untuk dijadikan punca air untuk keperluan hidupan di bumi. Namun, terdapat juga profil panjang dan profil rentas sungai yang mempunyai rupa bentuk yang berbeza mengikut peringkat sungai itu berada. Pada umumnya, sebatang sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran sungai, iaitu peringkat hulu, tengah dan hilir. Sungai merupakan ciri fizikal yang berpotensi sebagai keperluan dan daya tarikan. Namun, sungai juga mempunyai ciri-ciri yang berpotensi sebagai tapak tamadun dan pusat perdagangan, sempadan antarabangsa, sempadan negeri, stesen hidroelektrik, pembentukan dataran aluvium, sumber pengairan, kegunaan harian, sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber ikan air tawar, sumber galian dan tempat rekreasi. Masyarakat Malaysia harus didedahkan dengan kesedaran yang tinggi bagi memastikan sungai-sungai di negara ini dijaga dengan sebaik-baiknya bukan sekadar menjadi punca minuman tetapi berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan penduduk dan negara. Aliran air yang negatif seperti air sungai menjadi cetek dan berlakunya banjir adalah tanda tindak balas sungai terhadap manusia yang boleh mengorbankan nyawa. Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia. Terdapat beberapa halangan yang menyebabkan kawasan yang mempunyai ciri bentuk muka bumi yang bertanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan saliran untuk dimajukan. Halangan ini bukan bermakna manusia tidak mampu membangunkan
  • 5. kawasan tersebut namun, perlunya dikawal supaya tidak berlaku perubahan yang drastik sehingga menukarkan ciri fizikal kepada ciri budaya.