Syahir menghadapi berbagai rintangan dan pandangan negatif dari orang sekitar karena keputusannya untuk berpakaian menutup aurat saat bermain badminton. Namun, dia tetap berpegang teguh pada prinsipnya dan terus berlatih dengan giat walaupun mengalami kekalahan. Akhirnya, dedikasi dan ketabahannya membuahkan hasil dengan meraih gelar juara dunia di kejuaraan badminton di Jakarta.
1. 1
TEMA
Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan
sebelum bergelar juara dunia.
Syahir tabah menerima pandangan negatif daripada orang sekeliling kerana
tindakannya menutup aurat semasa bermain badminton
Dia masih berpegang pada syariat Islam dan pesanan arwah ayahnya.
Engku Aiman dan Syed Amiri yang sememangnya tidak menyukai Syahir sering
mencemuh dan mengejeknya untuk melemahkan semangatnya
Kekalahan Syahir di tangan Syed Amiri semasa kejohanan Terbuka Johor juga
membuktikan bahawa dia seorang yang tabah apabila dia meneruskan latihan seperti
biasa
Semasa mahu berangkat ke Jakarta, Syahir diuji pula dengan berita emaknya yang
menghidap strok hingga menyebabkan dia berbelah bahagi sama ada mahu
meneruskan impian ke Jakarta atau menjaga emaknya
Syahir berhadapan dengan sikap berat sebelah pihak pengadil semasa bertanding
pada peringkat akhir di Jakarta
Namun akhirnya Syahir berjaya bergelar juara dalam kejohanan tersebut
PERSOALAN
Ketaatan terhadap pesanan yang telah diamanahkan
Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar menjadi anak yang berjaya,
berijazah dan berilmu. Pada masa yang sama arwah ayahnya mahu dia memberikan
sumbangan kepada bangsa dan negara, di samping memelihara syariat Islam dalam
bersukan
Kasih sayang anak terhadap ibu
Syahir kerap pulang ke rumah keluarganya di Bandar Baru Bangi apabila tiada latihan
badminton. Dia juga sanggup menemani emaknya ke Seremban untuk ke rumah Mak Usu
Sapiah. Sebelum berangkat ke Jakarta, Syahir sempat melawat ibunya yang sedang sakit di
hospital untuk meminta restu
Keberanian menghadapi cabaran
Syahir berani mengambil cabaran untuk mewakili negara bagi menggantikan Gopinath
walaupun dia tahu dia tidak disukai oleh Engku Aiman dan Syed Amiri
2. 2
Pendirian yang teguh dalam melakukan sesuatu
Syahir tetap dengan pendiriannya untuk berpakaian menutup aurat semasa bermain
badminton. Walaupun dia menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang melabelkannya
sebagai muslim konservatif dan ‘kepala batu dari hulu’ namun Syahir tetap berpegang pada
prinsipnya itu.
Kepatuhan terhadap arahan yang diberi
Syahir mengikut arahan jurulatihnya, Haji Marzuki dan Mas Suparman dalam pertandingan di
Jakarta. Haji Marzuki mengarahkan agar Syahir sentiasa bertenang dan terus berselawat
semasa berhadapan dengan Andri Mirnawan pada peringkat akhir
Sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
Syed Amiri sering memandang rendah akan keupayaan Syahir dalam permainan badminton
dan mempertikaikan kemampuan Syahir untuk bertanding dalam kejohanan di Jakarta