SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
Baixar para ler offline
BULETIN INTEGRITI SIRI 3 TAHUN 2018
Terbitan: Unit Integriti
Pemupukan Integriti
Dalam Pendidikan
PENASIHAT
 Fazli bin Said
 Mohd. Fairuz Azizi bin Abdullah
 Wan Muhamad bin Wan Junoh
 Mohd Shafique bin Kamarudzaman
 Farah Diba binti Esa
 Rashid bin Jamaluddin
 Haron bin Konchong
PENYELARAS / PENGARANG
Unit Integriti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03 - 8884 7982
03 - 8884 7922
wmuhamad.wjunoh@moe.gov.my
http://www.moe.gov.my
TERBITAN
S U M B A N G A N K A R Y A
• Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti
(rencana, artikel, berita, cerpen, sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama
pembaca Buletin Integriti.
• Hantarkan karya anda ke kpm.ui@moe.gov.my.
2
3
Assalamualaikum WBT / Selamat Sejahtera.
Pemupukan integriti dalam pendidikan adalah
merupakan salah satu elemen terpenting bagi
pembentukan sahsiah dan karakter seseorang individu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras
dengan hasrat YB Menteri Pendidikan Malaysia,
komited untuk melaksanakan dasar pendidikan yang
berteraskan tiga (3) nilai utama iaitu kasih sayang,
kegembiraan dan hormat menghormati.
Sehubungan dengan itu, dalam menjayakan hasrat yang
murni ini, saya menyeru semua warga kementerian
untuk terus menilai dan memperbaiki diri agar nilai
integriti dapat dipupuk dan dibudayakan.
Integriti bermula dari dalam diri,
kemudian integriti dicontohi dan
diteladani oleh mereka yang terdekat,
keluarga serta masyarakat.
Setiap perkara yang diulang dan terus diulang akan
menjadi suatu kebiasaan, sama ada kebaikan mahupun
perkara yang membawa kepada keburukan. Oleh itu,
kita semua perlu sentiasa berusaha, mengamalkan,
nasihat menasihati dan menggalakkan semua dalam
kalangan kita untuk melakukan kebaikan. Tanamlah
dalam sanubari kita semua bahawa kita akan melakukan
kebaikan dengan cara yang betul walaupun tiada
sesiapa yang memerhatikan.
KPM selaku institusi yang merupakan peneraju dan penggerak utama bagi membangunkan modal insan generasi
pelapis negara yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti tinggi, perlu memikul peranan dalam usaha
pemupukan integriti sebagai teras dalam pendidikan.
Buletin Integriti KPM pada edisi ini akan menjadi saksi kepada kesungguhan dan komitmen kementerian dalam
memartabatkan agenda integriti dalam setiap aspek bidang pendidikan.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. MOHD GAZALI ABAS
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERUTUSANK e t u a S e t i a u s a h a K P M
4
elanggaran integriti didapati semakin menjadi-jadi.
Laporan di media massa dan media cetak yang
menghiasi ruang bacaan di kebanyakan pejabat-pejabat
mahu pun di kedai-kedai menjadikan kita seakan sesak
nafas. Kita semua sebagai masyarakat Malaysia
seharusnya mempunyai perasaan cakna terhadap
perkara-perkara seperti ini. Tambah menyedihkan lagi,
apabila yang terlibat adalah terdiri dalam kalangan
generasi muda iaitu pelajar-pelajar sekolah dan ada
daripada sekolah rendah. Maka tidak hairanlah,
kebejatan akhlak muda belia sering menjadi tajuk
utama dalam banyak perbincangan antara para ilmuwan
mahupun keyboard warrior.
Menginsafi senario ini, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) melalui Unit Integriti (UI) sebagai urus
setia induk telah memanfaatkan peluang yang telah
ditawarkan oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
iaitu untuk menganjurkan Seminar Kebangsaan
“Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan” Tahun 2018.
Forum “Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan”
dibarisi dengan perbincangan yang ilmiah oleh ilmuwan
yang hebat iaitu:
1. YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim
Ahmad Bajunid - Ahli Lembaga Pengarah
INTEGRITI;
2. YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood
Zuhdi Haji Abd Majid - Universiti Malaya; dan
3. YBrs. Dr. Wendy Yee Mei Tien - Universiti Malaya
Objektif Seminar:
1. Menghimpunkan pandangan dan cadangan daripada
pakar dan pemegang taruh terhadap isu-isu
ketirisan, pembudayaan, pemupukan dan
penghayatan integriti dalam kalangan pelajar; dan
2. Menyediakan resolusi seminar untuk diserahkan
kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian
Pendidikan Malaysia.
P
Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM
5
Berakhirnya sesi berbengkel, pegawai-
pegawai kerajaan dan pemegang-
pemegang taruh yang lain telah
berbincang dan mengemukakan resolusi
dan skop utama yang telah
dimuktamadkan adalah seperti berikut:
1) KEPIMPINAN DAN
TADBIR URUS
2) PENGAJARAN,
PEMBELAJARAN DAN
PENYELIAAN
3) PROFESIONALISME
KEGURUAN / PENDIDIK
BENGKEL
PEMUPUKAN
INTEGRITI DALAM
PENDIDIKAN
JUMLAH PESERTA
MAKLUMAT RINGKAS SEMINAR
PENGISIAN BENGKEL
MAKLUM BALAS
Pelaksanaan seminar ini
berjalan dengan lancar dan
mencapai
objektifnya.
Forum, Bengkel,
Pembentangan dan
Penyerahan Resolusi Kepada
YB Timbalan Menteri Pendidikan
186 orang termasuk warga
KPM, INTEGRITI, Organisasi-
organisasi Perancangan
Korporat Malaysia
6
AKHLAK
engertian akhlak secara etimologi, perkataan
“akhlak” berasal daripada perkataan (al-khulq) bererti
tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku, adat kebiasaan,
malah ia juga bererti agama itu sendiri.
Menurut Istilah:
Sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan yang senang dan
mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Akhlak itu adalah keadaan jiwa yang mendorong ke
arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan
penelitian.
Menurut Islam:
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan
As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam
menentukan segala urusan dunia dan akhirat.
Kedua-dua sumber itulah juga menjadi sumber
akhlak Islamiah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu
akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu
yang bersifat mutlak dan tepat neraca
timbangannya.
Pemahaman akhlak adalah seseorang yang mengerti
benar akan kebiasaan perilaku yang diamalkan dalam
pergaulan semata–mata taat kepada Allah dan tunduk
kepada-Nya. Oleh kerana itu seseorang yang sudah
memahami akhlak maka dalam bertingkah laku akan
timbul daripada hasil perpaduan antara hati nurani,
fikiran, perasaan, pembawaan, kebiasaan dan yang
menyatu, membentuk suatu kesatuan tindakan akhlak
yang dihayati dalam kenyataan kehidupan seharian.
Dengan demikian memahami akhlak adalah masalah
fundamental dalam Islam. Namun sebaliknya tegaknya
keislaman dalam kehidupan seseorang itulah yang dapat
menerangkan bahawa orang itu memiliki akhlak. Jika
seseorang sudah memahami akhlak dan menghasilkan
kebiasaan hidup dengan baik, yakni pembuatan itu
selalu diulang–ulang dengan kecenderungan hati.
Akhlak merupakan kelakuan yang timbul dari hasil
perpaduan antara hati nurani, fikiran, perasaan dan
kebiasaan dan yang menyatu, membentuk suatu
kesatuan tindakan akhlak yang dihayati dalam
kenyataan hidup seharian. Semua yang telah dilakukan
itu akan melahirkan perasaan moral yang terdapat di
dalam diri manusia itu sendiri sebagai fitrah, sehingga ia
mampu membezakan mana yang baik dan mana yang
jahat, mana yang bermanfaat dan mana yang tidak
berguna, mana yang cantik dan mana yang buruk.
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat
keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenal pasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi bagi mencapai keredaan
Allah SWT.
Dengan kata lain, akhlak iaitu suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia secara individu, kumpulan
dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam
interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi antara manusia
dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam
sekitar.
Terdapat Bermacam Akhlak
Terpuji dan Penerapan Akhlak
Dalam Kehidupan Seharian,
Yang Manakah Pilihan Anda..
P
Oleh: Farah Diba binti Esa, UI KPM
7
Husnuzzan; berprasangka baik atau disebut juga
‘positive thinking’. Lawan daripada kata ini adalah
su’uzzan yang ertinya berprasangka buruk (negative
thinking).
Gigih; kerja keras atau optimis termasuk di antara
akhlak mulia; percaya akan hasil positif dalam segala
usaha.
Berinisiatif; perilaku yang terpuji karena sifat
tersebut bererti mampu melakukan kegiatan yang
positif serta menghindarkan sikap terburu-buru
bertindak ke dalam situasi sulit, bertindak dengan
kesedaran sendiri tanpa menunggu perintah dan
selalu menggunakan akal ketika bertindak dalam
pelbagai situasi demi kepentingan bersama.
Rela berkorban; rela mengorbankan apa yang
dimiliki demi sesuatu atau seseorang. Perkara ini
perlu dengan maksud dan dilandasi niat atau tujuan
yang baik.
Adil; dikelompokkan menjadi dua kata iaitu al-‘adl
dan al-‘idl. Al-adl adalah keadilan yang ukurannya
didasarkan kalbu, sedangkan al-idl adalah keadilan
yang dapat diukur secara fizik dan dapat dirasakan
oleh pancaindera seperti hitungan atau timbangan.
Reda; menerima, rela dan senang di mana konsep
reda kepada Allah mengajarkan manusia untuk
menerima secara suka rela terhadap sesuatu yang
terjadi pada dirinya.
Amal Soleh; perbuatan zahir dan batin kepada hal
positif dan bermanfaat.
Sabar; tahan setiap penderitaan atau perkara yang
tidak disenangi dengan sikap reda dan menyerahkan
diri sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa.
Tawakal; berserah diri sepenuhnya kepada Allah
dalam menghadapi atau menunggu hasil dari suatu
pekerjaan.
Qona’ah; merasa cukup dengan apa yang dimiliki
dan menjauhkan diri dari sifat ketidakpuasan atau
kekurangan..
Bijaksana; sikap dan perbuatan seseorang yang
dilakukan dengan cara hati-hati dan penuh kearifan
terhadap suatu permasalahan yang terjadi, sama ada
terjadi pada diri sendiri atau pun pada orang lain.
Akhlak Kepada Pencipta.
Salah satu perilaku yang mendasari akhlak kepada
Pencipta adalah Taubat (bererti kembali pada
kebenaran). Secara istilah adalah meninggalkan sifat dan
kelakuan yang tidak baik, salah (berdosa) dengan penuh
penyesalan dan berniat serta berusaha untuk tidak
mengulangi kesalahan yang sama. Dengan kata lain,
taubat mengandung erti kembali kepada sikap,
perbuatan atau pendirian yang baik (benar) serta
menyesali perbuatan dosa.
Akhlak Sesama Muslim.
Sebagai umat Rasullullah SAW, orang Islam seharusnya
mengambil perhatian terhadap apa yang telah
dinukilkan dalam sebuah hadis; “Sesungguhnya aku
diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
Contohnya, menjaga lisan dalam perkataan agar tidak
membuat orang lain tersinggung. Perkara ini sangat
ditekankan sehingga terdapat larangan berbicara hanya
dengan melalui bisikan halus ditelinga teman di hadapan
teman-teman yang lain, kerana itu merupakan etika
yang tidak sopan bahkan diharamkan dalam Islam.
Akhlak Dengan Bukan Muslim.
Akhlak dengan bukan muslim adalah penting bagi
membentuk prinsip hidup dengan nilai-nilai
kemanusiaan. Namun sayangnya kadang-kadang kita
salah tafsir keadaan sosial masa kini. Contohnya, setiap
muslim perlu menghargai apa yang menjadi keyakinan
mereka yang bukan muslim, terutama ketika upacara
keagamaan sedang berlangsung. Setiap muslim perlu
menghormati walaupun yang bukan muslim itu sebagai
golongan minoriti.
Akhlak Kepada Sesama Manusia.
Setelah menelaah dan memahami akhlak kepada
sesama sebagai kesimpulannya adalah sesungguhnya
dalam kehidupan, kita tidak terlepas dari apa yang
sudah ada dalam diri kita sebagai manusia termasuk
salah satunya adalah akhlak. Kerana akhlak adalah salah
satu predikat yang disandang oleh manusia akhlak akan
berjalan setelah manusia itu sendiri berada dalam alam
sosial. Baik dan buruknya akhlak sesama manusia
bergantung dari cara orang itu menjalani kehidupan,
membentuk karakter dengan akal atau dengan hati
kerana kedua-duanya adalah sumber. Kesimpulan
akhlak antara sesama manusia sangat dianjurkan selama
apa yang dilakukan punya nilai ibadah.
Oleh itu, menjadi kewajipan ke
atas setiap individu untuk
menjaga dan memelihara
akhlaknya, keluarganya dan
orang-orang yang menjadi
tanggung jawab ke atas dirinya.
Rujukan:
ISLAMGRID@Islam.gov.my
Buletin SPRM Chapter 6: Konsep Akhlak Dalam Islam
AKHL AK
TERPUJI
8
AKHLAK MULIA
MELAHIRKAN MODAL INSAN
YANG BERINTEGRITI
zaman dahulu, terdapat
seorang petani yang miskin. Petani
berkenaan menanam pelbagai jenis tanaman.
Hasil tanamannya akan dijual kepada
saudagar desa. Saudagar desa terkenal
dengan sikap suka menipu. Dia sering
menipu timbangan kepada orang kampung
tersebut.
Pada suatu hari, si petani menjual hasil
tanamannya iaitu ubi keledek kepada saudagar
sebanyak tujuh (7) kilogram. Saudagar
menuduh si petani menipu
timbangannya. Lalu, saudagar membawa
permasalahan berikut kepada raja
yang memerintah negeri itu.
Raja telah murka
mendengarkan aduan oleh
saudagar tersebut.
AKHLAK
MULIA
“Keadaan jiwa yang
menggerakkan seseorang
untuk melakukan sesuatu
perbuatan tanpa pertimbangan
fikiran terlebih dahulu”.
“Sifat yang tertanam dalam
jiwa seseorang, darinya
terbentuk perbuatan dengan
mudah dengan tidak
memerlukan pertimbangan
fikiran terlebih dahulu”.
Mulia ialah tinggi kedudukan,
pangkat dll; terhormat: Yang
Maha ~. 2 tinggi mutunya.
Memuliakan 1 menjadikan mulia.
kemuliaan keadaan mulia;
kebesaran; kehormatan.
pemuliaan perihal atau perbuatan
memuliakan.
Definisi
Ibnu
Miskawayh:
Kitab Tadhib
al-Akhlak
Imam al-
Ghazali: Kitab
Ihya
Ulumuddin
Kamus Pelajar
Edisi Kedua
Hal ini kerana raja tersebut terkenal
dengan sifatnya yang adil, jujur,
amanah dan berakhlak mulia. Baginda
tidak menerima sekiranya berlaku sebarang
penipuan di dalam negeri tersebut. Raja
meminta penasihatnya untuk memanggil si
petani datang menghadap baginda.
Pada
Oleh: Mohd Shafique bin Kamarudzaman, UI KPM
9
Rujukan:
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=mulia
http://ciptaan-mulia.blogspot.com/p/konsep-akhlak.html
Setelah beberapa hari berlalu, si petani datang menghadap
raja. Lalu, raja menyoal si petani sama ada dia menipu timbangan
hasil tanamannya semasa berjual beli kepada saudagar desa. Si
petani sungguh terkejut dengan dakwaan raja. Hal ini kerana si
petani seorang yang berakhlak mulia dan tidak pernah menipu.
Raja bertanya kepada si petani bagaimana dia menimbang
hasil tanamannya. Si petani menerangkan bahawa dia
menganggarkan jumlah timbangan tanamannya sama dengan
timbangan jumlah garam yang dibeli dari saudagar desa
berkenaan.
Maka dengan itu, sang raja bertambah murka kerana telah ditipu
oleh saudagar desa tersebut. Raja menjatuhkan hukuman penjara
seumur hidup kepada saudagar berkenaan kerana menipu
dan memfitnah orang yang tidak berdosa.
- TAMAT -
PENGAJARAN
 Jika kita berakhlak mulia,
sudah pasti akan
menyelamatkan kita daripada
sebarang fitnah dunia.
 Dengan akhlak mulia, kita akan
disenangi oleh masyarakat
sekeliling.
 Perilaku yang berakhlak mulia
akan menjadi tonggak ke arah
negara yang berintegriti.
CeritaPetaniYangMiskin
10
rasa ini sudah cukup menunjukkan bahawa amalan
memberi dan menerima hadiah telah menjadi budaya
dalam masyarakat kita. Pemberian hadiah bertujuan
untuk melahirkan rasa terima kasih, dan sebagai satu
cara menjalin dan mengekalkan hubungan persahabatan
atau kekeluargaan. Ia juga diberi atas pelbagai alasan
sama ada tanda ingatan, pengiktirafan atau penghargaan
terhadap budi baik, jasa serta pengorbanan seseorang.
Agama Islam tidak melarang penganutnya untuk
memberi dan menerima hadiah. Begitu juga
dengan agama dan kepercayaan lain. Bagaimanapun,
hadiah yang diberi dengan tujuan yang tidak baik akan
menjadi haram di sisi agama dan boleh menjadi
kesalahan di sisi undang-undang. Abu Abdul Halim
Ahmad di dalam bukunya “Bahaya Rasuah Kepada
Masyarakat Islam” membahagikan hadiah kepada
tiga kategori.
PERTAMA: adalah hadiah yang halal bagi pemberi
dan halal juga bagi penerima. Hadiah ini diberi kepada
seseorang semata-mata untuk mewujudkan perasaan
kasih sayang sesama insan. Hadiah sebegini bertepatan
dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Ibnu Asakir “Hendaklah kamu saling memberi hadiah,
maka tercipta rasa saling sayang menyayangi dan
mencintai”. Hadiah yang diberi atas dasar
perasaan kasih sayang ini adalah amat
digalakkan di dalam Islam.
KEDUA: adalah hadiah yang halal bagi pemberi,
tetapi haram bagi orang yang menerimanya. Menurut
Ibnu Taimiyah “Jika seseorang memberi hadiah kepada
orang yang berhak sebagai imbalan (balasan) untuk
mencegah kezaliman darinya, atau untuk mendapatkan
haknya yang mesti ditunaikan oleh penerima hadiah, maka
hadiah itu haram bagi penerima dan halal bagi
pemberi”(fatwa 4/203). Hadiah sebegini merujuk
kepada pemberian hadiah atas dasar seseorang itu
merasa takut kepada orang yang menerima hadiah itu.
Dalam situasi ini, si pemberi hadiah menjadikan hadiah
sebagai pelindung jiwanya. Si pemberi mengharapkan
dengan pemberian hadiah tersebut, ia mampu
menghentikan perbuatan zalim yang boleh dilakukan
oleh si penerima hadiah ke atasnya. Oleh sebab itu,
menurut Ibnu Taimiyah hadiah tersebut menjadi halal
kepada pemberi tetapi haram kepada orang yang
menerimanya.
KETIGA: adalah hadiah yang haram bagi pemberi
dan haram juga bagi penerima. Sekali lagi Ibnu Taimiyah
menjelaskan bahawa “Barang siapa yang memberikan
hadiah kepada waliyul amr untuk melakukan perbuatan
yang tidak dibolehkan (pelanggaran), maka hadiah
tersebut adalah haram bagi pemberi dan penerima.
Hadiah di sini sama dengan rasuah yang diharamkan”
(fatwa 4/203). Dengan kata lainnya, hadiah ini diberi
dengan harapan agar hajatnya dipenuhi oleh si
penerima hadiah tersebut. Oleh itu, hadiah tersebut
hukumnya haram bagi pemberi dan haram juga bagi
penerimanya.
HALAL HARAM
HADIAH MENURUT ISLAM
Kesimpulannya, sebelum anda menerima sesuatu hadiah, perlu ditanya apakah tujuan hadiah tersebut diberi?
Adakah “ada udang di sebalik batu”?. Renung-renungkan. Jika anda penjawat awam, berhati-hati dengan hadiah kerana
ia boleh menjadi racun berbisa. Jika anda ingin menerima sesuatu hadiah, jangan jadikan alasan “orang lain boleh
terima hadiah, mengapa aku tidak boleh terima”?.
Dalam menempuh hidup yang penuh dengan dugaan ini, jangan jadi seperti lalang yang hanya mengikut tiupan angin.
Ikutlah resmi ikan di lautan, “walaupun dikelilingi oleh air laut (lautan) yang masin, tetapi isinya tetap manis dan tidak
pernah terpengaruh dengan persekitarannya”.
F
‫حالل‬
‫حرام‬
Oleh: Farah Diba binti Esa, UI KPM
11
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 menggariskan
perkara-perkara berikut:
Pegawai Awam DILARANG daripada menerima atau
memberi hadiah sekiranya:
a. Berkaitan dengan tugas awamnya; atau
b. Nilai hadiah itu tidak sepadan dengan
maksud hadiah itu diberi. Maksudnya jika
nilai (semasa) hadiah diterima itu melebihi ¼
emolumen bulanan atau melebihi RM500.00,
mana yang lebih rendah.
Apabila seseorang pegawai awam menerima hadiah
yang mana pemberiannya tidak berkaitan dengan
tugas awamnya, tetapi nilai hadiah dianggap tidak
sepadan dengan maksud hadiah itu, hendaklah
melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan.
Ketua Jabatan yang menerima laporan mengenai penerimaan
hadiah oleh pegawai-pegawainya boleh mengambil keputusan
atau tindakan seperti berikut:
a. Membenarkan pegawai menerima hadiah itu;
b. Mengarahkan pegawai mengembalikan hadiah itu kepada si pemberi; atau
c. Hadiah itu disimpan oleh Jabatan.
Penerimaan hadiah dibenarkan walaupun nilainya
melebihi RM500.00, jika penerimaan hadiah itu dalam keadaan
berikut:
a. Daripada rakan sekerja sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai;
b. Daripada isteri atau suami, anak-anak (termasuk menantu atau anak angkat), ibu atau bapa (termasuk mertua)
dan adik beradik (termasuk ipar duai);
c. Penerimaan hadiah sempena sesuatu majlis seperti majlis hari jadi, perkahwinan atau yang berkaitan dengan
adat resam dan agama; atau
d. Penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan, kuih-muih, minuman
ringan, bunga dan sebagainya.
INFO PENTING
MENGENAI HADIAH !
PENJAWAT AWAM TIDAK DIBENARKAN
menerima hadiah daripada pihak swasta atau pihak lain KECUALI
dengan kelulusan KETUA JABATAN
Oleh: Farah Diba binti Esa, UI KPM
12
ntegriti adalah suatu perkara yang sering
dibincangkan. Namun tidak mudah untuk didefinisikan.
Integriti termasuk kejujuran, kesopanan,
etika, kesahihan, dan keteguhan,
tetapi pada masa yang sama, tiada satu pun daripada
nilai yang dinyatakan merangkumi keseluruhan maksud
tersebut. Ketiadaannya dapat kita perhatikan, sebagai
contoh apabila wujud amalan-amalan yang meragukan
dilakukan oleh beberapa pemimpin negara atau
organisasi, atau salah laku individu. Malah, di syarikat-
syarikat kewangan atau organisasi perniagaan, jarang
kita melihat integriti dihargai atau diamalkan
sepenuhnya. Oleh itu, di sini, untuk menjadikan konsep
ini lebih jelas, berikut adalah ANEKDOT
latihan pengurusan yang membawa
kepada makna “INTEGRITI".
eorang Maharaja yang telah tua di
Timur memutuskan cara untuk memilih
penggantinya. Dia telah memanggil belia-belia
di seluruh jajahan takluknya untuk hadir ke
Istananya. Baginda telah memberi mereka
beberapa biji benih istimewa, sambil
memberitahu;
MaharajaBAHARU
“Ambil.. pergi dan tanam benih ini.
Dalam masa setahun, beta akan
menilai tanaman kamu semua dan
memilih seorang Maharaja baharu”.
Seorang lelaki muda bernama
Ling mengambil pasunya dan menanam
benih tersebut. Setiap hari dia menyiramnya
namun tiada yang tumbuh. Walaupun kawan-
kawannya masing-masing bercakap tentang
tumbuhan mereka yang semakin meninggi,
Ling hanya mempunyai pasu yang kosong.
Apabila hari yang ditetapkan telah tiba, Ling
pergi kembali ke Istana dengan perasaan yang
ketakutan. Ketika Maharaja muncul, semua
pemuda lain megah dengan tumbuh-tumbuhan
mereka. Apabila Maharaja melihat pasu
Ling, baginda memanggilnya ke hadapan
dan mengumumkan kepada orang ramai;
"Lihatlah Maharaja baharu kamu.
Dia seorang yang sangat berani dan
berintegriti. Sebenarnya, semua
benih yang beta berikan kepada
kamu telah direbus dan tidak
berguna. Hanya dia satu-satunya
yang tidak menipu. Dia akan
menjadi Maharaja bijak dan adil ke
atas kamu semua”.
- TAMAT -
S
I
ANEKDOTOleh: Rashid bin Jamaluddin, UI KPM
13
Oleh: Rashid bin Jamaluddin, UI KPM
 Integriti bersepadu dan menyeluruh. Bagi menuju
negara yang maju dan sejahtera, pembangunan
material dan pembangunan spiritual hendaklah
bersepadu.
 Integriti akan memberi gambaran yang sebenar
tentang siapa anda dan yang penting adalah bagi
mengelakkan penipuan dan helah mereka yang tidak
bertanggungjawab.
 Integriti merangkumi segala-galanya - dan kepada
semua orang - secara keseluruhan, tidak
membezakan sesuatu perkara sebagai "milik anda"
dan “milik saya", “idea saya” dan “idea anda”, “apa
yang saya mahu” dan “apa yang anda mahukan”.
 Integriti menjadikan kita orang yang sama kepada
semua orang. Tidak kira siapa kita, tidak kira apa
jawatan atau pangkat kita, jika tiada nilai integriti
dalam diri, maka kita tetap akan dipandang hina.
 Integriti adalah melakukan apa yang dikatakan; apa
yang akan dilakukan; memelihara janji; menjadikan
seseorang itu berpegang teguh terhadap apa yang
dikatakan.
 Integriti tidak menafikan kepelbagaian dalam
organisasi dan tiada halangan kepada orang
tertentu; tiada halangan untuk percaya kepada
subordinat anda sebagai aset terbesar; dan tidak
menolak peluang orang lain untuk maju.
Rujukan:
https://betterlifecoachingblog.com/the-emperor-need-a-story-abaout-integrity
WACANA INTEGRITI SIRI 2/2018
Dewan Serbaguna, Aras 9
Blok E12, Kompleks E, Putrajaya
Unit Integriti KPM26 Julai 2018 (Khamis)
8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Anjuran bersama:
 PengerusiYayasan Antirasuah Malaysia (YARM)
YBhg. Dato’ Sri Haji Zakaria bin Haji Jaffar
 MantanTimbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM
“Isu Yang Tiada Penghujung”
14
15
Kredit: MAS ADEKI
Rujukan:
Mohd Sidek Bin Mohd Dollah, 2012,
Antologi Gurindam-Gurindam Jiwa Mengusik Hati.
Selangor: DM Dekmai Enterprise.
Jika mahu disayangi orang,
Wajah ceria tidak mudah berang.
Jika mahu dikasihi orang,
Berbudi bahasa tidak garang.
Jika mahu disukai orang,
Amanah dipegang tidak curang.
Jika mahu dicintai orang,
Janji ditepati berterus terang.
Jika mahu disenangi orang,
Bertolak ansur jaga pantang larang.
Jika mahu digemari orang,
Jangan suka serkap jarang.
Jika mahu diminati orang,
Hidup bermasyarakat bukan berseorang.
Jika mahu dikenang orang,
Jasa bakti jelas terang.
Jika mahu diingati orang,
Berbudi bahasa berlebih kurang.
Jika mahu difahami orang,
Tunaikan hajat senyum girang.
Jika mahu dihormati orang,
Mudah berbincang tidak menyerang.
Jika mahu dihargai orang,
Jangan lakukan perkara terlarang.
Jika mahu disanjung orang,
Bergaul semua peringkat tanpa jurang.
Jika mahu dimuliakan orang,
Hormat-menghormati bukan berperang.
Jika mahu diteladani orang,
Elok perangai tidak menconteng arang.
Jika mahu diakui orang,
Pamerkan kehebatan bukan temberang.
Oleh: Haron bin Konchong, UI KPM
GURINDAM
KURSUS PEMANTAPAN INTEGRITI SIRI 2/2018
13-16 Ogos 2018 | Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, PD Negeri Sembilan
PENGISIAN KURSUS:
 Gaya Hidup Sihat
 Integriti,Aku Janji danTatatertib Penjawat Awam
 Psikologi dan Kaunseling Dalam Pengukuhan
Integriti
 Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa
 Integriti Pengurusan Kewangan dan Keselamatan
 Integriti PenggunaanTeknologi Maklumat
 Latihan Dalam Kumpulan
 Ujian Pra Kursus dan Ujian Pasca Kursus
16

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negaraNelaveni Arjunan
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)Marwan Mansor
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikanJasmine Loo
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraismail lambung
 
Elemen elemen fpk
Elemen elemen fpkElemen elemen fpk
Elemen elemen fpkgurucahaya
 
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa IndonesiaPancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesiabellamiaariella3
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikVertigo Nopristine
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..asyikin hashim
 
Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbsFa Zurin
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanGayatri Gayu
 
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran GlobalisasiPeranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran GlobalisasiKOSPATI UKM
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notesElayne Khaw
 
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...Inspire Tamizhan
 
004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpkRose Roja
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaanshare with me
 
New microsoft office power point presentation
New microsoft office power point presentationNew microsoft office power point presentation
New microsoft office power point presentationCarmen2911
 

Mais procurados (20)

Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIANFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Elemen elemen fpk
Elemen elemen fpkElemen elemen fpk
Elemen elemen fpk
 
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa IndonesiaPancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistik
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..
 
Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbs
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
 
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran GlobalisasiPeranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
Peranan Falsafah Islam dalam Mendepani Cabaran Globalisasi
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notes
 
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
 
004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
 
New microsoft office power point presentation
New microsoft office power point presentationNew microsoft office power point presentation
New microsoft office power point presentation
 

Semelhante a Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018

Semelhante a Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018 (20)

Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Ulang kaji spp
Ulang kaji sppUlang kaji spp
Ulang kaji spp
 
Teori
TeoriTeori
Teori
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
01_BUKU_KURIKULUM_SEKOLAH_PENGGERAK_13_05_2021.pdf
01_BUKU_KURIKULUM_SEKOLAH_PENGGERAK_13_05_2021.pdf01_BUKU_KURIKULUM_SEKOLAH_PENGGERAK_13_05_2021.pdf
01_BUKU_KURIKULUM_SEKOLAH_PENGGERAK_13_05_2021.pdf
 
Laporan kajian
Laporan kajianLaporan kajian
Laporan kajian
 
Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1
 
Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1
 
Pm thn 1-sk
Pm thn 1-skPm thn 1-sk
Pm thn 1-sk
 
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2
 
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutuSIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
 
Kbsr dan fpk
Kbsr dan fpkKbsr dan fpk
Kbsr dan fpk
 
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
 
aksi nyata topik 1 Darmawans.pdf
aksi nyata topik 1 Darmawans.pdfaksi nyata topik 1 Darmawans.pdf
aksi nyata topik 1 Darmawans.pdf
 
tik herlinda
 tik herlinda tik herlinda
tik herlinda
 

Mais de Chon Seong Hoo

INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUINSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUChon Seong Hoo
 
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)Chon Seong Hoo
 
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHManual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHChon Seong Hoo
 
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHMANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHChon Seong Hoo
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumChon Seong Hoo
 
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)Chon Seong Hoo
 
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...Chon Seong Hoo
 
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...Chon Seong Hoo
 
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHPELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHChon Seong Hoo
 
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...Chon Seong Hoo
 
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...Chon Seong Hoo
 
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Chon Seong Hoo
 
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020Chon Seong Hoo
 
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020Chon Seong Hoo
 
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Chon Seong Hoo
 
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Chon Seong Hoo
 
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBDChon Seong Hoo
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Chon Seong Hoo
 
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Chon Seong Hoo
 
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)Chon Seong Hoo
 

Mais de Chon Seong Hoo (20)

INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUINSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
 
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
 
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHManual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHMANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
 
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
 
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
 
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
 
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHPELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
 
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
 
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
 
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
 
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
 
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
 
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
 
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
 
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
 

Último

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 

Último (20)

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 

Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018

  • 1. BULETIN INTEGRITI SIRI 3 TAHUN 2018 Terbitan: Unit Integriti Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan
  • 2. PENASIHAT  Fazli bin Said  Mohd. Fairuz Azizi bin Abdullah  Wan Muhamad bin Wan Junoh  Mohd Shafique bin Kamarudzaman  Farah Diba binti Esa  Rashid bin Jamaluddin  Haron bin Konchong PENYELARAS / PENGARANG Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya 03 - 8884 7982 03 - 8884 7922 wmuhamad.wjunoh@moe.gov.my http://www.moe.gov.my TERBITAN S U M B A N G A N K A R Y A • Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel, berita, cerpen, sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti. • Hantarkan karya anda ke kpm.ui@moe.gov.my. 2
  • 3. 3 Assalamualaikum WBT / Selamat Sejahtera. Pemupukan integriti dalam pendidikan adalah merupakan salah satu elemen terpenting bagi pembentukan sahsiah dan karakter seseorang individu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan hasrat YB Menteri Pendidikan Malaysia, komited untuk melaksanakan dasar pendidikan yang berteraskan tiga (3) nilai utama iaitu kasih sayang, kegembiraan dan hormat menghormati. Sehubungan dengan itu, dalam menjayakan hasrat yang murni ini, saya menyeru semua warga kementerian untuk terus menilai dan memperbaiki diri agar nilai integriti dapat dipupuk dan dibudayakan. Integriti bermula dari dalam diri, kemudian integriti dicontohi dan diteladani oleh mereka yang terdekat, keluarga serta masyarakat. Setiap perkara yang diulang dan terus diulang akan menjadi suatu kebiasaan, sama ada kebaikan mahupun perkara yang membawa kepada keburukan. Oleh itu, kita semua perlu sentiasa berusaha, mengamalkan, nasihat menasihati dan menggalakkan semua dalam kalangan kita untuk melakukan kebaikan. Tanamlah dalam sanubari kita semua bahawa kita akan melakukan kebaikan dengan cara yang betul walaupun tiada sesiapa yang memerhatikan. KPM selaku institusi yang merupakan peneraju dan penggerak utama bagi membangunkan modal insan generasi pelapis negara yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti tinggi, perlu memikul peranan dalam usaha pemupukan integriti sebagai teras dalam pendidikan. Buletin Integriti KPM pada edisi ini akan menjadi saksi kepada kesungguhan dan komitmen kementerian dalam memartabatkan agenda integriti dalam setiap aspek bidang pendidikan. Sekian, terima kasih. DATO’ DR. MOHD GAZALI ABAS KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERUTUSANK e t u a S e t i a u s a h a K P M
  • 4. 4 elanggaran integriti didapati semakin menjadi-jadi. Laporan di media massa dan media cetak yang menghiasi ruang bacaan di kebanyakan pejabat-pejabat mahu pun di kedai-kedai menjadikan kita seakan sesak nafas. Kita semua sebagai masyarakat Malaysia seharusnya mempunyai perasaan cakna terhadap perkara-perkara seperti ini. Tambah menyedihkan lagi, apabila yang terlibat adalah terdiri dalam kalangan generasi muda iaitu pelajar-pelajar sekolah dan ada daripada sekolah rendah. Maka tidak hairanlah, kebejatan akhlak muda belia sering menjadi tajuk utama dalam banyak perbincangan antara para ilmuwan mahupun keyboard warrior. Menginsafi senario ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Unit Integriti (UI) sebagai urus setia induk telah memanfaatkan peluang yang telah ditawarkan oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) iaitu untuk menganjurkan Seminar Kebangsaan “Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan” Tahun 2018. Forum “Pemupukan Integriti Dalam Pendidikan” dibarisi dengan perbincangan yang ilmiah oleh ilmuwan yang hebat iaitu: 1. YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid - Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI; 2. YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid - Universiti Malaya; dan 3. YBrs. Dr. Wendy Yee Mei Tien - Universiti Malaya Objektif Seminar: 1. Menghimpunkan pandangan dan cadangan daripada pakar dan pemegang taruh terhadap isu-isu ketirisan, pembudayaan, pemupukan dan penghayatan integriti dalam kalangan pelajar; dan 2. Menyediakan resolusi seminar untuk diserahkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia. P Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM
  • 5. 5 Berakhirnya sesi berbengkel, pegawai- pegawai kerajaan dan pemegang- pemegang taruh yang lain telah berbincang dan mengemukakan resolusi dan skop utama yang telah dimuktamadkan adalah seperti berikut: 1) KEPIMPINAN DAN TADBIR URUS 2) PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENYELIAAN 3) PROFESIONALISME KEGURUAN / PENDIDIK BENGKEL PEMUPUKAN INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN JUMLAH PESERTA MAKLUMAT RINGKAS SEMINAR PENGISIAN BENGKEL MAKLUM BALAS Pelaksanaan seminar ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Forum, Bengkel, Pembentangan dan Penyerahan Resolusi Kepada YB Timbalan Menteri Pendidikan 186 orang termasuk warga KPM, INTEGRITI, Organisasi- organisasi Perancangan Korporat Malaysia
  • 6. 6 AKHLAK engertian akhlak secara etimologi, perkataan “akhlak” berasal daripada perkataan (al-khulq) bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Menurut Istilah: Sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan yang senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Akhlak itu adalah keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Menurut Islam: Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga menjadi sumber akhlak Islamiah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. Pemahaman akhlak adalah seseorang yang mengerti benar akan kebiasaan perilaku yang diamalkan dalam pergaulan semata–mata taat kepada Allah dan tunduk kepada-Nya. Oleh kerana itu seseorang yang sudah memahami akhlak maka dalam bertingkah laku akan timbul daripada hasil perpaduan antara hati nurani, fikiran, perasaan, pembawaan, kebiasaan dan yang menyatu, membentuk suatu kesatuan tindakan akhlak yang dihayati dalam kenyataan kehidupan seharian. Dengan demikian memahami akhlak adalah masalah fundamental dalam Islam. Namun sebaliknya tegaknya keislaman dalam kehidupan seseorang itulah yang dapat menerangkan bahawa orang itu memiliki akhlak. Jika seseorang sudah memahami akhlak dan menghasilkan kebiasaan hidup dengan baik, yakni pembuatan itu selalu diulang–ulang dengan kecenderungan hati. Akhlak merupakan kelakuan yang timbul dari hasil perpaduan antara hati nurani, fikiran, perasaan dan kebiasaan dan yang menyatu, membentuk suatu kesatuan tindakan akhlak yang dihayati dalam kenyataan hidup seharian. Semua yang telah dilakukan itu akan melahirkan perasaan moral yang terdapat di dalam diri manusia itu sendiri sebagai fitrah, sehingga ia mampu membezakan mana yang baik dan mana yang jahat, mana yang bermanfaat dan mana yang tidak berguna, mana yang cantik dan mana yang buruk. Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenal pasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi bagi mencapai keredaan Allah SWT. Dengan kata lain, akhlak iaitu suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar. Terdapat Bermacam Akhlak Terpuji dan Penerapan Akhlak Dalam Kehidupan Seharian, Yang Manakah Pilihan Anda.. P Oleh: Farah Diba binti Esa, UI KPM
  • 7. 7 Husnuzzan; berprasangka baik atau disebut juga ‘positive thinking’. Lawan daripada kata ini adalah su’uzzan yang ertinya berprasangka buruk (negative thinking). Gigih; kerja keras atau optimis termasuk di antara akhlak mulia; percaya akan hasil positif dalam segala usaha. Berinisiatif; perilaku yang terpuji karena sifat tersebut bererti mampu melakukan kegiatan yang positif serta menghindarkan sikap terburu-buru bertindak ke dalam situasi sulit, bertindak dengan kesedaran sendiri tanpa menunggu perintah dan selalu menggunakan akal ketika bertindak dalam pelbagai situasi demi kepentingan bersama. Rela berkorban; rela mengorbankan apa yang dimiliki demi sesuatu atau seseorang. Perkara ini perlu dengan maksud dan dilandasi niat atau tujuan yang baik. Adil; dikelompokkan menjadi dua kata iaitu al-‘adl dan al-‘idl. Al-adl adalah keadilan yang ukurannya didasarkan kalbu, sedangkan al-idl adalah keadilan yang dapat diukur secara fizik dan dapat dirasakan oleh pancaindera seperti hitungan atau timbangan. Reda; menerima, rela dan senang di mana konsep reda kepada Allah mengajarkan manusia untuk menerima secara suka rela terhadap sesuatu yang terjadi pada dirinya. Amal Soleh; perbuatan zahir dan batin kepada hal positif dan bermanfaat. Sabar; tahan setiap penderitaan atau perkara yang tidak disenangi dengan sikap reda dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa. Tawakal; berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi atau menunggu hasil dari suatu pekerjaan. Qona’ah; merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan menjauhkan diri dari sifat ketidakpuasan atau kekurangan.. Bijaksana; sikap dan perbuatan seseorang yang dilakukan dengan cara hati-hati dan penuh kearifan terhadap suatu permasalahan yang terjadi, sama ada terjadi pada diri sendiri atau pun pada orang lain. Akhlak Kepada Pencipta. Salah satu perilaku yang mendasari akhlak kepada Pencipta adalah Taubat (bererti kembali pada kebenaran). Secara istilah adalah meninggalkan sifat dan kelakuan yang tidak baik, salah (berdosa) dengan penuh penyesalan dan berniat serta berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Dengan kata lain, taubat mengandung erti kembali kepada sikap, perbuatan atau pendirian yang baik (benar) serta menyesali perbuatan dosa. Akhlak Sesama Muslim. Sebagai umat Rasullullah SAW, orang Islam seharusnya mengambil perhatian terhadap apa yang telah dinukilkan dalam sebuah hadis; “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Contohnya, menjaga lisan dalam perkataan agar tidak membuat orang lain tersinggung. Perkara ini sangat ditekankan sehingga terdapat larangan berbicara hanya dengan melalui bisikan halus ditelinga teman di hadapan teman-teman yang lain, kerana itu merupakan etika yang tidak sopan bahkan diharamkan dalam Islam. Akhlak Dengan Bukan Muslim. Akhlak dengan bukan muslim adalah penting bagi membentuk prinsip hidup dengan nilai-nilai kemanusiaan. Namun sayangnya kadang-kadang kita salah tafsir keadaan sosial masa kini. Contohnya, setiap muslim perlu menghargai apa yang menjadi keyakinan mereka yang bukan muslim, terutama ketika upacara keagamaan sedang berlangsung. Setiap muslim perlu menghormati walaupun yang bukan muslim itu sebagai golongan minoriti. Akhlak Kepada Sesama Manusia. Setelah menelaah dan memahami akhlak kepada sesama sebagai kesimpulannya adalah sesungguhnya dalam kehidupan, kita tidak terlepas dari apa yang sudah ada dalam diri kita sebagai manusia termasuk salah satunya adalah akhlak. Kerana akhlak adalah salah satu predikat yang disandang oleh manusia akhlak akan berjalan setelah manusia itu sendiri berada dalam alam sosial. Baik dan buruknya akhlak sesama manusia bergantung dari cara orang itu menjalani kehidupan, membentuk karakter dengan akal atau dengan hati kerana kedua-duanya adalah sumber. Kesimpulan akhlak antara sesama manusia sangat dianjurkan selama apa yang dilakukan punya nilai ibadah. Oleh itu, menjadi kewajipan ke atas setiap individu untuk menjaga dan memelihara akhlaknya, keluarganya dan orang-orang yang menjadi tanggung jawab ke atas dirinya. Rujukan: ISLAMGRID@Islam.gov.my Buletin SPRM Chapter 6: Konsep Akhlak Dalam Islam AKHL AK TERPUJI
  • 8. 8 AKHLAK MULIA MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERINTEGRITI zaman dahulu, terdapat seorang petani yang miskin. Petani berkenaan menanam pelbagai jenis tanaman. Hasil tanamannya akan dijual kepada saudagar desa. Saudagar desa terkenal dengan sikap suka menipu. Dia sering menipu timbangan kepada orang kampung tersebut. Pada suatu hari, si petani menjual hasil tanamannya iaitu ubi keledek kepada saudagar sebanyak tujuh (7) kilogram. Saudagar menuduh si petani menipu timbangannya. Lalu, saudagar membawa permasalahan berikut kepada raja yang memerintah negeri itu. Raja telah murka mendengarkan aduan oleh saudagar tersebut. AKHLAK MULIA “Keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu”. “Sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinya terbentuk perbuatan dengan mudah dengan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu”. Mulia ialah tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya. Memuliakan 1 menjadikan mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan. Definisi Ibnu Miskawayh: Kitab Tadhib al-Akhlak Imam al- Ghazali: Kitab Ihya Ulumuddin Kamus Pelajar Edisi Kedua Hal ini kerana raja tersebut terkenal dengan sifatnya yang adil, jujur, amanah dan berakhlak mulia. Baginda tidak menerima sekiranya berlaku sebarang penipuan di dalam negeri tersebut. Raja meminta penasihatnya untuk memanggil si petani datang menghadap baginda. Pada Oleh: Mohd Shafique bin Kamarudzaman, UI KPM
  • 9. 9 Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=mulia http://ciptaan-mulia.blogspot.com/p/konsep-akhlak.html Setelah beberapa hari berlalu, si petani datang menghadap raja. Lalu, raja menyoal si petani sama ada dia menipu timbangan hasil tanamannya semasa berjual beli kepada saudagar desa. Si petani sungguh terkejut dengan dakwaan raja. Hal ini kerana si petani seorang yang berakhlak mulia dan tidak pernah menipu. Raja bertanya kepada si petani bagaimana dia menimbang hasil tanamannya. Si petani menerangkan bahawa dia menganggarkan jumlah timbangan tanamannya sama dengan timbangan jumlah garam yang dibeli dari saudagar desa berkenaan. Maka dengan itu, sang raja bertambah murka kerana telah ditipu oleh saudagar desa tersebut. Raja menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada saudagar berkenaan kerana menipu dan memfitnah orang yang tidak berdosa. - TAMAT - PENGAJARAN  Jika kita berakhlak mulia, sudah pasti akan menyelamatkan kita daripada sebarang fitnah dunia.  Dengan akhlak mulia, kita akan disenangi oleh masyarakat sekeliling.  Perilaku yang berakhlak mulia akan menjadi tonggak ke arah negara yang berintegriti. CeritaPetaniYangMiskin
  • 10. 10 rasa ini sudah cukup menunjukkan bahawa amalan memberi dan menerima hadiah telah menjadi budaya dalam masyarakat kita. Pemberian hadiah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih, dan sebagai satu cara menjalin dan mengekalkan hubungan persahabatan atau kekeluargaan. Ia juga diberi atas pelbagai alasan sama ada tanda ingatan, pengiktirafan atau penghargaan terhadap budi baik, jasa serta pengorbanan seseorang. Agama Islam tidak melarang penganutnya untuk memberi dan menerima hadiah. Begitu juga dengan agama dan kepercayaan lain. Bagaimanapun, hadiah yang diberi dengan tujuan yang tidak baik akan menjadi haram di sisi agama dan boleh menjadi kesalahan di sisi undang-undang. Abu Abdul Halim Ahmad di dalam bukunya “Bahaya Rasuah Kepada Masyarakat Islam” membahagikan hadiah kepada tiga kategori. PERTAMA: adalah hadiah yang halal bagi pemberi dan halal juga bagi penerima. Hadiah ini diberi kepada seseorang semata-mata untuk mewujudkan perasaan kasih sayang sesama insan. Hadiah sebegini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir “Hendaklah kamu saling memberi hadiah, maka tercipta rasa saling sayang menyayangi dan mencintai”. Hadiah yang diberi atas dasar perasaan kasih sayang ini adalah amat digalakkan di dalam Islam. KEDUA: adalah hadiah yang halal bagi pemberi, tetapi haram bagi orang yang menerimanya. Menurut Ibnu Taimiyah “Jika seseorang memberi hadiah kepada orang yang berhak sebagai imbalan (balasan) untuk mencegah kezaliman darinya, atau untuk mendapatkan haknya yang mesti ditunaikan oleh penerima hadiah, maka hadiah itu haram bagi penerima dan halal bagi pemberi”(fatwa 4/203). Hadiah sebegini merujuk kepada pemberian hadiah atas dasar seseorang itu merasa takut kepada orang yang menerima hadiah itu. Dalam situasi ini, si pemberi hadiah menjadikan hadiah sebagai pelindung jiwanya. Si pemberi mengharapkan dengan pemberian hadiah tersebut, ia mampu menghentikan perbuatan zalim yang boleh dilakukan oleh si penerima hadiah ke atasnya. Oleh sebab itu, menurut Ibnu Taimiyah hadiah tersebut menjadi halal kepada pemberi tetapi haram kepada orang yang menerimanya. KETIGA: adalah hadiah yang haram bagi pemberi dan haram juga bagi penerima. Sekali lagi Ibnu Taimiyah menjelaskan bahawa “Barang siapa yang memberikan hadiah kepada waliyul amr untuk melakukan perbuatan yang tidak dibolehkan (pelanggaran), maka hadiah tersebut adalah haram bagi pemberi dan penerima. Hadiah di sini sama dengan rasuah yang diharamkan” (fatwa 4/203). Dengan kata lainnya, hadiah ini diberi dengan harapan agar hajatnya dipenuhi oleh si penerima hadiah tersebut. Oleh itu, hadiah tersebut hukumnya haram bagi pemberi dan haram juga bagi penerimanya. HALAL HARAM HADIAH MENURUT ISLAM Kesimpulannya, sebelum anda menerima sesuatu hadiah, perlu ditanya apakah tujuan hadiah tersebut diberi? Adakah “ada udang di sebalik batu”?. Renung-renungkan. Jika anda penjawat awam, berhati-hati dengan hadiah kerana ia boleh menjadi racun berbisa. Jika anda ingin menerima sesuatu hadiah, jangan jadikan alasan “orang lain boleh terima hadiah, mengapa aku tidak boleh terima”?. Dalam menempuh hidup yang penuh dengan dugaan ini, jangan jadi seperti lalang yang hanya mengikut tiupan angin. Ikutlah resmi ikan di lautan, “walaupun dikelilingi oleh air laut (lautan) yang masin, tetapi isinya tetap manis dan tidak pernah terpengaruh dengan persekitarannya”. F ‫حالل‬ ‫حرام‬ Oleh: Farah Diba binti Esa, UI KPM
  • 11. 11 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 menggariskan perkara-perkara berikut: Pegawai Awam DILARANG daripada menerima atau memberi hadiah sekiranya: a. Berkaitan dengan tugas awamnya; atau b. Nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi. Maksudnya jika nilai (semasa) hadiah diterima itu melebihi ¼ emolumen bulanan atau melebihi RM500.00, mana yang lebih rendah. Apabila seseorang pegawai awam menerima hadiah yang mana pemberiannya tidak berkaitan dengan tugas awamnya, tetapi nilai hadiah dianggap tidak sepadan dengan maksud hadiah itu, hendaklah melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan. Ketua Jabatan yang menerima laporan mengenai penerimaan hadiah oleh pegawai-pegawainya boleh mengambil keputusan atau tindakan seperti berikut: a. Membenarkan pegawai menerima hadiah itu; b. Mengarahkan pegawai mengembalikan hadiah itu kepada si pemberi; atau c. Hadiah itu disimpan oleh Jabatan. Penerimaan hadiah dibenarkan walaupun nilainya melebihi RM500.00, jika penerimaan hadiah itu dalam keadaan berikut: a. Daripada rakan sekerja sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai; b. Daripada isteri atau suami, anak-anak (termasuk menantu atau anak angkat), ibu atau bapa (termasuk mertua) dan adik beradik (termasuk ipar duai); c. Penerimaan hadiah sempena sesuatu majlis seperti majlis hari jadi, perkahwinan atau yang berkaitan dengan adat resam dan agama; atau d. Penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan, kuih-muih, minuman ringan, bunga dan sebagainya. INFO PENTING MENGENAI HADIAH ! PENJAWAT AWAM TIDAK DIBENARKAN menerima hadiah daripada pihak swasta atau pihak lain KECUALI dengan kelulusan KETUA JABATAN Oleh: Farah Diba binti Esa, UI KPM
  • 12. 12 ntegriti adalah suatu perkara yang sering dibincangkan. Namun tidak mudah untuk didefinisikan. Integriti termasuk kejujuran, kesopanan, etika, kesahihan, dan keteguhan, tetapi pada masa yang sama, tiada satu pun daripada nilai yang dinyatakan merangkumi keseluruhan maksud tersebut. Ketiadaannya dapat kita perhatikan, sebagai contoh apabila wujud amalan-amalan yang meragukan dilakukan oleh beberapa pemimpin negara atau organisasi, atau salah laku individu. Malah, di syarikat- syarikat kewangan atau organisasi perniagaan, jarang kita melihat integriti dihargai atau diamalkan sepenuhnya. Oleh itu, di sini, untuk menjadikan konsep ini lebih jelas, berikut adalah ANEKDOT latihan pengurusan yang membawa kepada makna “INTEGRITI". eorang Maharaja yang telah tua di Timur memutuskan cara untuk memilih penggantinya. Dia telah memanggil belia-belia di seluruh jajahan takluknya untuk hadir ke Istananya. Baginda telah memberi mereka beberapa biji benih istimewa, sambil memberitahu; MaharajaBAHARU “Ambil.. pergi dan tanam benih ini. Dalam masa setahun, beta akan menilai tanaman kamu semua dan memilih seorang Maharaja baharu”. Seorang lelaki muda bernama Ling mengambil pasunya dan menanam benih tersebut. Setiap hari dia menyiramnya namun tiada yang tumbuh. Walaupun kawan- kawannya masing-masing bercakap tentang tumbuhan mereka yang semakin meninggi, Ling hanya mempunyai pasu yang kosong. Apabila hari yang ditetapkan telah tiba, Ling pergi kembali ke Istana dengan perasaan yang ketakutan. Ketika Maharaja muncul, semua pemuda lain megah dengan tumbuh-tumbuhan mereka. Apabila Maharaja melihat pasu Ling, baginda memanggilnya ke hadapan dan mengumumkan kepada orang ramai; "Lihatlah Maharaja baharu kamu. Dia seorang yang sangat berani dan berintegriti. Sebenarnya, semua benih yang beta berikan kepada kamu telah direbus dan tidak berguna. Hanya dia satu-satunya yang tidak menipu. Dia akan menjadi Maharaja bijak dan adil ke atas kamu semua”. - TAMAT - S I ANEKDOTOleh: Rashid bin Jamaluddin, UI KPM
  • 13. 13 Oleh: Rashid bin Jamaluddin, UI KPM  Integriti bersepadu dan menyeluruh. Bagi menuju negara yang maju dan sejahtera, pembangunan material dan pembangunan spiritual hendaklah bersepadu.  Integriti akan memberi gambaran yang sebenar tentang siapa anda dan yang penting adalah bagi mengelakkan penipuan dan helah mereka yang tidak bertanggungjawab.  Integriti merangkumi segala-galanya - dan kepada semua orang - secara keseluruhan, tidak membezakan sesuatu perkara sebagai "milik anda" dan “milik saya", “idea saya” dan “idea anda”, “apa yang saya mahu” dan “apa yang anda mahukan”.  Integriti menjadikan kita orang yang sama kepada semua orang. Tidak kira siapa kita, tidak kira apa jawatan atau pangkat kita, jika tiada nilai integriti dalam diri, maka kita tetap akan dipandang hina.  Integriti adalah melakukan apa yang dikatakan; apa yang akan dilakukan; memelihara janji; menjadikan seseorang itu berpegang teguh terhadap apa yang dikatakan.  Integriti tidak menafikan kepelbagaian dalam organisasi dan tiada halangan kepada orang tertentu; tiada halangan untuk percaya kepada subordinat anda sebagai aset terbesar; dan tidak menolak peluang orang lain untuk maju. Rujukan: https://betterlifecoachingblog.com/the-emperor-need-a-story-abaout-integrity
  • 14. WACANA INTEGRITI SIRI 2/2018 Dewan Serbaguna, Aras 9 Blok E12, Kompleks E, Putrajaya Unit Integriti KPM26 Julai 2018 (Khamis) 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari Anjuran bersama:  PengerusiYayasan Antirasuah Malaysia (YARM) YBhg. Dato’ Sri Haji Zakaria bin Haji Jaffar  MantanTimbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM “Isu Yang Tiada Penghujung” 14
  • 15. 15 Kredit: MAS ADEKI Rujukan: Mohd Sidek Bin Mohd Dollah, 2012, Antologi Gurindam-Gurindam Jiwa Mengusik Hati. Selangor: DM Dekmai Enterprise. Jika mahu disayangi orang, Wajah ceria tidak mudah berang. Jika mahu dikasihi orang, Berbudi bahasa tidak garang. Jika mahu disukai orang, Amanah dipegang tidak curang. Jika mahu dicintai orang, Janji ditepati berterus terang. Jika mahu disenangi orang, Bertolak ansur jaga pantang larang. Jika mahu digemari orang, Jangan suka serkap jarang. Jika mahu diminati orang, Hidup bermasyarakat bukan berseorang. Jika mahu dikenang orang, Jasa bakti jelas terang. Jika mahu diingati orang, Berbudi bahasa berlebih kurang. Jika mahu difahami orang, Tunaikan hajat senyum girang. Jika mahu dihormati orang, Mudah berbincang tidak menyerang. Jika mahu dihargai orang, Jangan lakukan perkara terlarang. Jika mahu disanjung orang, Bergaul semua peringkat tanpa jurang. Jika mahu dimuliakan orang, Hormat-menghormati bukan berperang. Jika mahu diteladani orang, Elok perangai tidak menconteng arang. Jika mahu diakui orang, Pamerkan kehebatan bukan temberang. Oleh: Haron bin Konchong, UI KPM GURINDAM
  • 16. KURSUS PEMANTAPAN INTEGRITI SIRI 2/2018 13-16 Ogos 2018 | Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, PD Negeri Sembilan PENGISIAN KURSUS:  Gaya Hidup Sihat  Integriti,Aku Janji danTatatertib Penjawat Awam  Psikologi dan Kaunseling Dalam Pengukuhan Integriti  Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa  Integriti Pengurusan Kewangan dan Keselamatan  Integriti PenggunaanTeknologi Maklumat  Latihan Dalam Kumpulan  Ujian Pra Kursus dan Ujian Pasca Kursus 16