3. SAMBUNGAN SINOPSIS… -Tuk Mat banyak membantu Pak Itam dalam menyediakan keperluan untuk majlis hari jadinya yang akan diadakan esok hari. -Pak Itam akan menyambut hari lahir untuk kali pertama dan diadakan di kampungnya. -Kampung Langat agar orang kampung sama-sama meraikannya. -Perjuangan Pak Itam ialah untuk memelayukan orang Melayu supaya penduduk bumiputera mendapat tempat di negara ini. -Pak Itam kecewa dengan sikap sesetengah orang Melayu yang berpendidikan Barat kemudian pulang bersikap lebih orang Barat daripada orang Barat sendiri.
4. SAMBUNGAN SINOPSIS… -Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, terpapar kisah isterinya Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika dia dalam penjara di Singapura. -Itulah kali terakhir dia bertemu dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Imam. -Kemudian Tuk Mat datang memberitahunya segala persiapan untuk majlis esok hari sudah siap; makanan, peralatan, dan undangan. -Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. -Tetamu disajikan dengan persembahan kebudayaan. Walaupun tetamu dari kampung ramai yang hadir, tetapi tetamu dari jauh belum muncul. -Pak Itam berasa sedih kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.
5. SAMBUNGAN SINOPSIS… -Apabila waktu zuhur, Pak Itam masuk ke rumah. Dia kemudian menunaikan solat. -Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di atas sejadah, Pak Itam sudah meninggal dunia. -Doktor yang dipanggil tidak dapat mengembalikan nyawa Pak Itam. -Ketika itu seorang perempuan tua datang menemui Pak Itam yang sudah terbujur kaku.