SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 19
1
TAJUK TUGASANINDIVIDU: 1(a)
1. Perjuangan mempertahankan etnik akan menimbulkan konflik dalam
masyarakat.Bincangkan sejauhmana Gagasan 1 Malaysia mampu
merealisasikan hasrat untuk mengurangkan konflik antara etnik di Malaysia.
PENDAHULUAN
Kini,cabaran globalisasi semakin melanda seluruh dunia, setiap Negara
berusaha dan menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus
kemajuan dunia dan menjadi mangsapenindasan pihak tertentu.
Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdayatahan
dalammenghadapi pelbagai cabaran yangdibawa oleh arus globalisasi, termasuk
dalam bidangsosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Malaysia keenam,
Perdana MenteriDato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telahmemperkenalkanKonsep
1Malaysia yang berpaksikan prinsip “RakyatDidahulukan, Pencapaian
Diutamakan”pada 2 April 2009(http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia).
Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah
kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu. Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama
diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara
sudahdilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul RahmanPutra Al-Haj.Usaha-usaha
membangunkan rakyat dan Negara telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana
Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menterimempunyai gagasan tersendiri, namun
matlamatnyatetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.
Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama
antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi
pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup
mereka.Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu
menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
2
LOGO 1MALAYSIA
(Gambar ini dari http://vectorise.net/vectorworks/logos/
Jabatan%20Kerajaan/downloads/1malaysia2.htm)
Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera
Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu
masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan
Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia
yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.
MATLAMAT 1 MALAYSIA
Mengikut (booklet 1Malaysia, 2009),1Malaysia bermatlamat untuk mengekal
dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi
kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai
bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju
negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia
bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam
kalangan rakyat Malaysia.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih
dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang
membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan
pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. (Sumber :Booklet
1Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia,m/s14)
ASPEK-ASPEK UTAMA1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama :
Aspek Pertama - Penerapan Teras-teras perpaduan
Aspek Kedua -Penerapan nilai-nilai murni
3
Aspek Pertama Aspek Kedua
Teras-teras Perpaduan Penerapan nilai-nilai murni
(sumber : Jabatan Perdana Menteri, 2009, Booklet 1Malaysia)
PRODUK 1MALAYSIA
Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)
Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA)
Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M)
Amanah Saham 1Malaysia
Menu 1Malaysia
Kedai Rakyat 1Malaysia
Produk-produk Kedai 1Malaysia
Meja Bulat Online 1Malaysia
Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PRIMA)
Senam Seni 1Malaysia
Batik 1Malaysia
Taska 1Malaysia
Klinik 1Malaysia
Susu 1Malaysia
(sumber dari laman : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/364-
1-malaysia/8089-produk-1malaysia.html)
4
RANCANGAN-RANCANGAN GAGASAN 1 MALAYSIA
KEY PERFORMANCE INDICATORS(KPI)
Perdana Menteri membuat penilaiannya ke atas 28 menteri dan 40 timbalan
menteri menjelang November 2009. PM telah memperkenalkan KPI pada 9 April
2009. Melalui KPI, PM akan menilai prestasi anggota pasukannya -- menteri dan
timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan". (http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA)
Secara keseluruhannya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi
organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu:
i. Menjelaskan hala tuju organisasi
ii. Organisasi dapat memberikan tumpuan kepada bidang-bidang utama
kepada pihak berkepentingan
iii. Menilai semula prestasi yang telah disasarkan
Kesimpulannya, penggunaan petunjuk prestasi utama ( KPI ) merupakan satu
amalan yang harus diterapkan ke dalam budaya kerja yang berasaskan prestasi.
KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi tercapai seperti yang telah
ditetapkan bagi memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan. Melalui
penggunaan KPI tindakan penambahbaikan secara berterusan dapat memenuhi
kehendak pelanggan.
NKRA
Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT
AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan
rakyat.NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 11 Julai 2009. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan
pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA)
Enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah usaha untuk
menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat. Bidang-bidang
tersebut adalah berkaitan jenayah, rasuah, pendidikan, meningkatkan taraf hidup
rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman
serta menambah baik pengangkutan awam.
NKRA yang pertamaialahmengurangkan Kadar Jenayah. Kerajaan
memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan
5
pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam
Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di
pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:
i) Jenayah jalanan
ii) Keselamatan awam
iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan
(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/466-pengenalan-nkra/4808-
pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra.html)
NKRA yang keduaialahmemerangi rasuah.Kerajaan amat komited dalam
usaha memerangi rasuah.Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah
haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah.Sehubungan dengan itu,
kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan
haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-
kes tertentu.Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun
menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.
NKRA yang ketigaialah meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan
Berkemampuan.Kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada
yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf
sosioekonomi.Dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa
mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu :
1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah
2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.
NKRA yang keempat ialahmeningkat Taraf Hidup Rakyat Yang
Berpendapatan Rendah. PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar
menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod
sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh
negara.Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun
mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak
dapat dinafikan.Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan
6
lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717
wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat
Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti.(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-
nasional/466-pengenalan-nkra/4808-pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-
nkra.html)
NKRA yang kelimaialah Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan
Pedalaman.Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan
bekalan elektrik, bekalan air serta perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak
dan Semenanjung.
Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman -
perumahan rakyat termiskin (PPRT) yang lebih selesa kepada golongan miskin dan
sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih rumah bagi keperluan
golongan tersebut di seluruh Malaysia.
NKRA yang keenam ialah Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam
jangka masa sederhana.Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara
maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam
yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat.
Pada kesimpulannya, NKRA ini telah membuktikan kerajaan berkomited
untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi
kepada rakyat.Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai
keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik
tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.NKRA ini juga merupakan
manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan
tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat
didahulukan dan pencapaian di utamakan.”
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib
selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah
daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah
di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri
bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan
generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
7
(http://ms.wikipedia.org/wiki/ Program_Latihan_Khidmat_Negara)
Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang
telah digariskan seperti berikut:-
Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/218-program-program/875-
program-khidmat-negara.html)
BANTUAN RAKYAT SATU MALAYSIA
Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan yang telah di janji
oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2012,
Bantuan Khas RM500 akan diagihkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui
LHDN.
Bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang
berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda
keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos
sara hidup rakyat.
BANTUAN PERSEKOLAHAN
Kerajaan juga telah memberikan Bantuan Persekolahan sebanyak RM 100
yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara.Tujuan bantuan ini diberi pada awal tahun ini adalah bagi memudahkan
proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. Bebanan ibu bapa
dapat dikurangkan dengan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh
kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku-
buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap
permasalahan rakyat mengenai masalah yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa
setiap kali musim persekolahan bermula dalam menyediakan anak-anak agar
mendapat suasana yang selesa dalam proses pembelajaran.
8
BAUCAR BUKU 1MALAYSIA(BB1M)
Kerajaan juga telah memperuntukkan pemberian Baucar Buku 1Malaysia
(BB1M) sebanyak RM 200 setiap pelajar yang berada di IPTA dan IPTS merangkumi
diploma sehingga ke peringkat PhD serta bagi pelajar tingkatan enam seluruh
negara.Pemberian baucar buku ini juga diberikan kepada semua penuntut untuk
membeli keperluan pembelajaran.Ini kerana mahasiswa adalah golongan cerdik
pandai yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti dengan corak
kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka
dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA (SARA 1Malaysia)
Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia) adalah salah satu
daripada pelaburan yang disediakan oleh kementerian Kewangan yang mana
bertujuan untuk menggalakkan golongan berpendapatan rendah untuk menabung.
Skim Amanah 1Malaysia ini merupakan salah satu daripada langkah kerajaan
untuk menggalakkan rakyat untuk menabung dan membantu golongan yang
berpendapatan rendah agar mampu mendapat pulangan yang tinggi daripada
simpanannya. Dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang telah diberikan oleh pihak
kerajaan ini dilihat benar-benar dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah
di negara ini bagi menampung keperluan keluarga dan kos sara hidup yang kian
meningkat.
Selain itu, kedai 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia yang
dilihat banyak membantu dalam meringankan beban rakyat dalam pelbagai aspek
kehidupan khususnya golongan berpendapatan rendah.
PENDIDIKAN PERCUMA
Semua pelajar warga Malaysia sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga
Tingkatan 5 di seluruh negara mendapat pendidikan percuma dan bantuan pinjaman
buku teks secara percuma kepada semua pelajar di sekolah rendah dan sekolah
menengah.
9
RUMUSAN
Mengikut(Ruslan Zainuddin; Mohd Mahadee; Zaini Othman. 2005), Konsep 1
Malaysia membawa aspirasi untuk mengukuhkan hubungan kaum sebagai usaha
bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan lebih erat seperti yang
digariskan olah prinsip-prinsip Rukun Negara.Konsep 1Malaysia telah menjadi asas
pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum dan tiada mana-mana pihak
akan dipinggirkan. Dalam konsep 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-
prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia
dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan.Rakyat Malaysia
juga diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa
sebarang halangan.
Rancangan-rancangan 1Malaysia yang dilaksanakan adalah berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.Asas bagi mewujudkan
Malaysia yang bersatu ini ialah beberapa tolak ansur antara kaum dimasukkan ke
dalam Perlembagaan termasuk pemberian kewarganegaraan, kedudukan agama
Islam, Bahasa Melayu, Raja-raja Melayu dan kaum Bumiputera.Perpaduan antara
kaum di negara ini telah diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang
lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Dalam Konsep 1Malaysia ini mempunyai rancangan-rancangan yang dapat
mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum. Apabila semua rakyat Malaysia dapat menikmati ekonomi yang stabil maka
perkara perpecahan dan sengketa kaum tidak akan berlaku lagi.
Selain itu, 1Malaysia juga memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti dan
pencapaian individu yang berpotensi tanpa mengira kaum mahu pun
agama.Pencapaian individu juga perlu diberi pengikitirafan yang setanding tanpa
ada sikap pilih kasih mahu pun prejudis kaum.
10
BIBLIOGRAFI
Buku
Bahagian Penerbit Dasar Negara. (2009, Ogos).Booklet 1Malaysia, Jabatan
Penerangan Malaysia Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian
Penerangan.
Jabatan Perdana Menteri.(2009).Booklet 1Malaysia
Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin.(2011). Pengajian Malaysia.Oxford Fajar Sdn.
Bhd. 407-414
Chin, Y. M. . Ira Meilita binti Ibrahim dan Wong, K.S. .(2010). Kenegaraan Malaysia
(Edisi Kedua).Oxford Fajar Sdn. Bhd. 367-410
Ruslan Zainuddin. Mohd Mahadee Ismail dan Zaini Othman. (2005). Kenegaraan
Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. 391-400
Laman Web
http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia
http://vectorise.net/vectorworks/logos/Jabatan%20Kerajaan/downloads/1malaysia2.h
tm
http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/218-program-program/875-
program-khidmat-negara.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/ Program_Latihan_Khidmat_Negara)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/466-pengenalan-nkra/4808-
pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra.html)
11
Konsep Asas
Hubungan Etnik
Konsep Budaya
Ciri-ciri budaya
- dipelajari
- dikongsi
- bersifat jagat
- diwarisi
- berubah-ubah
- mempunyai unsur-
unsur simbolik
- adanya
pandangan
pandangan
semesta
Budaya
dibahagikan
kepada:
a) budaya
kebendaan
- peralatan dan
kelengkapan
hidup seperti
rumah, kereta,
perahu, senjata
dan
sebagainya.
b) budaya bukan
kebendaan
- kepercayaan,
adat istiadat
dan undang-
undang.
Konsep Masyarakat
Ciri-ciri masyarakat :
- berkelompok
- berbudaya
- mengalami
perubahan
- berinteraksi
- mempunyai
kepimpinan
- mempunyai atur
sosialnya
Terdiri daripada
pelbagai tahap
masyarakat, iaitu
famili, Komuniti, Neg
ara bangsa dan
Organisasi global
dan Antarabangsa
Masyarakat Malaysia
≠ bangsa Malaysia
-Masyarakat
Malaysia ialah
kelompok manusia
yang hidup
di Malaysia
(konsep payung)
-Bangsa Malaysia
ialah bangsa idaman
berteraskan
hubungan kaum
yang harmonis
(seperti dalam
Wawasan 2020)
Konsep Perpaduan
dan Intergrasi
Perpaduan - satu
proses yang
menyatupadukan
seluruh masyarakat
dan negara supaya
setiap anggota
masyarakat dapat
membentuk satu
identiti dan nilai
bersama.
Integrasi - satu
proses bagi
mewujudkan satu
identiti nasional dalam
kalangan kumpulan
yang terpisah.
Unsur Integrasi
•Integrasi wilayah
(MB + MT, PT + PB)
•Integrasi ekonomi
•Integrasi
kebudayaan
•Integrasi sosial
•Integrasi
pendidikan
•Integrasi politik
Konsep perpaduan
dan integrasi
melibatkan:
- Konsep segregasi
- Konsep Akomodasi
- Konsep Akulturasi
- Konsep Asimilasi
- Konsep Amalgamasi
TAJUK TUGASAN INDIVIDU: 1 (b)
i)
12
ii) Masyarakat Pluraliti Alam Melayu
(Sumber dari : Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho H.L, Ku Halim Ku Arifin, Lee Y.F,
Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib dan Nazri Muslim, 2010,
Hubungan Etnik di Malaysia, m/s36)
Menurut (Shamsul Amri Baharuddin,2008), masyarakat plural Malaysia yang
wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa factor sejarah. Pluraliti budaya yang
terdapat di Alam Melayu sejak sekurang-kurangnya abad kelima Masihi.Perluasan
pengaruh di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan
penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah
Melayu.Meskinpun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara
berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat
Latar Belakang
Pluraliti Masyarakat
Alam Melayu
Penghijrahan
Intrawilayah Sebelum
Zaman Kesultanan
Melayu Melaka
Kerajaan Maritim pada era
'Zaman Perdagangan'
Penghijrahan Semasa
Zaman Kesultanan
Melayu Melaka
Kedatangan Pedagang
Arab, Parsi, China, India
dan Eropah
Proses Asimilasi antara
Golongan Imigran dengan
Masyarakat Tempatan
- Kegiatan Perdagangan
dan Perkahwinan
- Penyerapan Budaya
Masyarakat Tempatan
- Pembentukan Masyarakat
Baharu
Pluraliti Masyarakat di
Sabah dan Sarawak
- Masyarakat Bumiputera di
Sabah
- Masyarakat Bumiputera di
Sarawak
- Kedatangan Golongan
Imigran ke Sabah dan
Sarawak
13
persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.Persefahaman dan kerjasama
inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan
seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan
keharmonian kaum.
iii) Cabaran dan implikasi Hubungan Etnik
Cabaran
Hubungan
Etnik
cabaran
kepentingan
etnik dari
aspek
sosial
cabaran
kepentingan
etnik dari
aspek
politik
cabaran
kepentingan
etnik dari
aspek
ekonomi
cabaran
nilai antara
etnik
cabaran
globalisasi
cabaran
kepentingan
etnik dari
aspek sosial
• Pemisahan fizikal
• Sistem pendidikan yang berasingan
• Polarisasi dalam kalangan pelajar
• Kontrak sosial
cabaran
kepentingan
etnik dari
aspek politik
• Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang
hati
• menyuarakan kepentingan etnik tertentu tanpa mengambil kira
kepentingan semua pihak
• memperalatkan isu perkauman untuk mendapat sokongan
rakyat (Shamsul Amri Baharuddin,2007)
14
v) Unsur-unsur dalam Perlembagaan Negara
cabaran
kepentingan etnik
dari aspek ekonomi
• Penguasaan ekonomi
• Perbezaan pekerja berdasarkan sektor ekonomi
cabaran nilai antara
etnik
• Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih
ketara dalam masyarakat majmuk
• Wujudnya polarisasi antara etnik
• Setiap kumpulan etnik menjadikan fahaman etnosentrisme
sebagai pegangan dalam masyarakat
cabaran globalisasi
• Corak hidup yang berasaskan gagasan ekonomi dan politik
barat bersifat sejagat
• Perubahan budaya yang kuat dan pantas boleh melenyapkan
nilai leluhur dan jati diri rakyat Malaysia menjadi pudar (Mohd
Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd
Tamring, 2011, Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan
Negara Bangsa, m/s 138)
Definisi
Perlembagaan
Satu set
peraturan dan
undang-undang
Undang-undang
asas negara
Pembahagian kuasa antara
pelbagai badan kerajaan dan
bagaimana ia dilaksanakan
Berperanan
sebagai panduan
bagi membentuk
undang-undang
Satu set
perlembagaan
15
Jenis Perlembagaan
Bertulis
- undang-undang yang
disusun dalam satu
kanun/ naskah
Tak Bertulis
- tidak terkumpul tetapi
terkandung dalam adat
resam dan tradisi
keputusan
mahkamah, akta
Parlimen dan pandangan
para ilmuan undang-
undang yang tersemuka
(Zaid Ahmad, et al.
,2010)
Peranan Perlembagaan
untuk menentukan cara
pemerintahan sesebuah
negara
membantaskan bidang
kuasa pemerintah
menetapkan bentuk sistem
kerajaan yang diamalkan
menjelakskan hak-hak
yang diperuntukkan
kepada rakyat
Pemerintahan Beraja
- Sistem beraja mutlak ditukarkan
kepada Sistem Raja
Berperlembagaan
Agama Islam
- Dijadikan sebagai agama rasmi
Persekutuan
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
- Dipelihara sebagai tanggungjawab
khas Yang di-Pertuan Agong
Bahasa Melayu
- Dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan Persekutuan
Unsur-unsur Tradisi
dalam
Perlembagaan
Persekutuan
16
v) Peranan masyarakat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia
(Sumber dari : Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho H.L, Ku Halim Ku Arifin, Lee Y.F,
Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib dan Nazri Muslim, 2010,
Hubungan Etnik di Malaysia, m/s161-164)
Aplikasi
Hubungan Etnik
dlm Kehidupan
Harian
Kemesraan dalam
berkomunikasi
- Bertegur sapa dengan
memberi
salam, senyuman, sifat lemah
lembut, penyanyang
merupakan asas
perhubungan yang baik dan
mesra.
Mengambil berat
- Sikap ambil berat
boleh membina
ikatan mesra dan
kasih sayang
melalui nasihat dan
teguran membina
Menghormati Jiran
-Budaya hidup orang Melayu yang
sesuai dengan ajaran Islam sangat
mementingkan kehidupan berjiran
kerana ketika kecemasan, kenduri
dan peristiwa-peristiwa lain, orang
pertama yang dihubungi ialah jiran.
Memulia dan menghormati
seseorang
- Kemuliaan atas dasar
kemanusiaan, bukan warna
kulit, kaum dan agama, bukan
juga berdasarkan kebangsawanan
ataupun keturunan.
Budaya Ziarah-
menziarahi
- Keizinan
hendaklah diperoleh
terlebih dahulu serta
memberi salam
kepada penghuni
yang dikunjungi.
17
(Sumber dari :Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring, 2011,
Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa, m/s 184-188)
Mengikut (Mohd Sohaimi Esa et al. 2011), setiap golongan etnik di Malaysia
mempunyai jati dirinya sendiri dan diamalkan mengikut kaum masing-
masing.Kepelbagaian jati diri ini merupakan satu keunikan yang tidak sewajarnya
dicerobohi.Usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu difahami
oleh semua lapisan masyarakatm demi mewujudkan keharmonian hubungan antara
etnik. Keharmonian ini akan lebih mantap lagi sekiranya setiap golongan enik
bersikap menghormati hak-hak yang menjadi jati diri etnik lain.
Aktiviti-aktiviti
yang boleh
memastikan
keharmonian
etnik
Rukun Tetangga
Aktiviti ini membolehkan penduduk setempat
berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi
masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan
hubungan antara rakyat pelbagai keturunanan, adat
dan budaya.
Rumah Terbuka
Rumah terbuka biasanya diadakan semasa musim
perayaan. Terjalin keharmonian hubungan etnik di
kalangan rakyat dan memahami keharmonian
budaya masing-masing.
Penerimaan Budaya
Pada masa ini masyarakat bukan Melayu telah
menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan
makanan. Bagi orang Melayu pula, mereka mula
menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit
raya telah menggunakan sampul/ angpau yang terkenal
di golongan orang Cina.
Program di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab di IPT
telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus
kepada perpaduan kaum di kalangan mahasiswa.
18
Amir Hasan Dawi. Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam Masyarakat
Malaysia.(2010)www.mymla.org/files/.../ICMM2010_p9.pdf
Hamidah AB Rahman.Muhammad Bin Daud dan Norlin Binti Ahmad.
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK.
www.penerbit.utm.my/.../2009/malay/.../Bab09.pd.
KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK DAN INTEGRASI NASIONAL
Laporan akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malysia
2001-2005”-
Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia - UKM
www.ukm.my/jhadhari/.../makalah-v2n1-n4.pdf
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiperbezaandemiperpaduan/Art
icle
LAMPIRAN
19
BIBLIOGRAFI
Buku
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etni.Universiti
Teknologi Mara Shah Alam.Pusat Penerbitan (UPENA)
Mohd Sohaimi Esa.Dayu Sansalu dan Budi Anto Mohd Tamring. (2011).Hubungan
Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Selangor Darul Eshan.
Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Zaid Ahmad. Ruslan Zainuddin. Ho, H.L.. Ku Halim Ku Arifin. Lee,Y.F.. Najeemah
Mohd Yusof.Sarjit Singh Gill.Ahmad Tarmizi Talib dan Nazri Muslim.( 2010).
Hubungan Etnik di Malaysia. Edisi Kedua. Selangor Darul Eshan. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Amir Hasan Dawi. Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam Masyarakat
Malaysia.(2010)www.mymla.org/files/.../ICMM2010_p9.pdf
Hamidah AB Rahman.Muhammad Bin Daud dan Norlin Binti Ahmad.
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK.
www.penerbit.utm.my/.../2009/malay/.../Bab09.pd.
KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK DAN INTEGRASI NASIONAL
Laporan akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malysia
2001-2005”-
Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia - UKM
www.ukm.my/jhadhari/.../makalah-v2n1-n4.pdf
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiperbezaandemiperpaduan/Art
icle

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
firo HAR
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Aswa Nina
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Mastura Ismail
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Brenda Rachel Marie
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
WanBK Leo
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
Syazwan Zulkifli
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Umizah Khamis
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
mothy
 
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Norlina Rawina
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduan
aliadayana1
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
almadinasakinah
 

Mais procurados (20)

Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negaraPerpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduan
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
 

Destaque

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cik BaCo
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnik
Cikgu Ana
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
Kebudayaan dan Kepribadian
Kebudayaan dan KepribadianKebudayaan dan Kepribadian
Kebudayaan dan Kepribadian
daddhy04
 
Makalah pengaruh sosialisasi, nilai budaya terhadap pembentukan kepribadian
Makalah pengaruh sosialisasi, nilai budaya terhadap pembentukan kepribadianMakalah pengaruh sosialisasi, nilai budaya terhadap pembentukan kepribadian
Makalah pengaruh sosialisasi, nilai budaya terhadap pembentukan kepribadian
Operator Warnet Vast Raha
 
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadianSosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
Athia Nabila Faqiha
 
Kebudayaan dan kepribadian
Kebudayaan dan kepribadianKebudayaan dan kepribadian
Kebudayaan dan kepribadian
daddhy04
 
Ch 13 perilaku konsumen
Ch 13 perilaku konsumenCh 13 perilaku konsumen
Ch 13 perilaku konsumen
Reni Kurniati
 
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
Asyraf Abdul Rahim
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
FAROUQ
 

Destaque (20)

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnik
 
Pk pertemuan 3
Pk pertemuan 3Pk pertemuan 3
Pk pertemuan 3
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
 
Kebudayaan dan Kepribadian
Kebudayaan dan KepribadianKebudayaan dan Kepribadian
Kebudayaan dan Kepribadian
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
Makalah pengaruh sosialisasi, nilai budaya terhadap pembentukan kepribadian
Makalah pengaruh sosialisasi, nilai budaya terhadap pembentukan kepribadianMakalah pengaruh sosialisasi, nilai budaya terhadap pembentukan kepribadian
Makalah pengaruh sosialisasi, nilai budaya terhadap pembentukan kepribadian
 
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadianSosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
Sosiologi - Kebudayaan dan kepribadian
 
Psokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap Kepribadian
Psokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap KepribadianPsokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap Kepribadian
Psokologi Sosial Pengaruh Proses dan Hasil Sosialisasi terhadap Kepribadian
 
Kebudayaan dan kepribadian
Kebudayaan dan kepribadianKebudayaan dan kepribadian
Kebudayaan dan kepribadian
 
Ch 13 perilaku konsumen
Ch 13 perilaku konsumenCh 13 perilaku konsumen
Ch 13 perilaku konsumen
 
1. dskp pm sk tahun 6
1. dskp pm sk tahun 61. dskp pm sk tahun 6
1. dskp pm sk tahun 6
 
Topik 4:Malaysia Negara Maju dan Sejahtera
Topik 4:Malaysia Negara Maju  dan SejahteraTopik 4:Malaysia Negara Maju  dan Sejahtera
Topik 4:Malaysia Negara Maju dan Sejahtera
 
Bab IV PKn XII Globalisasi
Bab IV PKn XII GlobalisasiBab IV PKn XII Globalisasi
Bab IV PKn XII Globalisasi
 
Patriotisme
PatriotismePatriotisme
Patriotisme
 
Materi sosiologi kelas x
Materi sosiologi kelas xMateri sosiologi kelas x
Materi sosiologi kelas x
 
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Hubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
 

Semelhante a Tugasan waj3106 etnik

Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integriti
Jacq95
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Brenda Rachel Marie
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
Izyan Solehah
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
Arwendy jaikul
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar Negara
Muhamad Yogi
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan
Mis Sem
 

Semelhante a Tugasan waj3106 etnik (20)

Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakUcapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integriti
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Halatujunegara
HalatujunegaraHalatujunegara
Halatujunegara
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
 
Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
 
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar Negara
 
Dasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaanDasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaan
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Rmk10
Rmk10Rmk10
Rmk10
 
MPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi PembangunanMPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi Pembangunan
 
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxNATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut tema
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 

Mais de Tan Fen

Laporan lpis srut 4 k2 tan lee fen
Laporan lpis srut 4 k2 tan lee fenLaporan lpis srut 4 k2 tan lee fen
Laporan lpis srut 4 k2 tan lee fen
Tan Fen
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballard
Tan Fen
 
Implikasi konsep keperluan dlm amalan bilik darjsh[2]
Implikasi konsep keperluan dlm amalan bilik darjsh[2]Implikasi konsep keperluan dlm amalan bilik darjsh[2]
Implikasi konsep keperluan dlm amalan bilik darjsh[2]
Tan Fen
 
四年级科学全年计划 Sains thn4
四年级科学全年计划 Sains thn4四年级科学全年计划 Sains thn4
四年级科学全年计划 Sains thn4
Tan Fen
 
Tmk tahun
Tmk tahunTmk tahun
Tmk tahun
Tan Fen
 
T2 rpt mt数学
T2 rpt mt数学T2 rpt mt数学
T2 rpt mt数学
Tan Fen
 

Mais de Tan Fen (7)

Laporan lpis srut 4 k2 tan lee fen
Laporan lpis srut 4 k2 tan lee fenLaporan lpis srut 4 k2 tan lee fen
Laporan lpis srut 4 k2 tan lee fen
 
Definisi parabola
Definisi parabolaDefinisi parabola
Definisi parabola
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballard
 
Implikasi konsep keperluan dlm amalan bilik darjsh[2]
Implikasi konsep keperluan dlm amalan bilik darjsh[2]Implikasi konsep keperluan dlm amalan bilik darjsh[2]
Implikasi konsep keperluan dlm amalan bilik darjsh[2]
 
四年级科学全年计划 Sains thn4
四年级科学全年计划 Sains thn4四年级科学全年计划 Sains thn4
四年级科学全年计划 Sains thn4
 
Tmk tahun
Tmk tahunTmk tahun
Tmk tahun
 
T2 rpt mt数学
T2 rpt mt数学T2 rpt mt数学
T2 rpt mt数学
 

Tugasan waj3106 etnik

  • 1. 1 TAJUK TUGASANINDIVIDU: 1(a) 1. Perjuangan mempertahankan etnik akan menimbulkan konflik dalam masyarakat.Bincangkan sejauhmana Gagasan 1 Malaysia mampu merealisasikan hasrat untuk mengurangkan konflik antara etnik di Malaysia. PENDAHULUAN Kini,cabaran globalisasi semakin melanda seluruh dunia, setiap Negara berusaha dan menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsapenindasan pihak tertentu. Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdayatahan dalammenghadapi pelbagai cabaran yangdibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidangsosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Malaysia keenam, Perdana MenteriDato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telahmemperkenalkanKonsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakan”pada 2 April 2009(http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia). Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudahdilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul RahmanPutra Al-Haj.Usaha-usaha membangunkan rakyat dan Negara telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menterimempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnyatetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
  • 2. 2 LOGO 1MALAYSIA (Gambar ini dari http://vectorise.net/vectorworks/logos/ Jabatan%20Kerajaan/downloads/1malaysia2.htm) Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. MATLAMAT 1 MALAYSIA Mengikut (booklet 1Malaysia, 2009),1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. (Sumber :Booklet 1Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia,m/s14) ASPEK-ASPEK UTAMA1MALAYSIA Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama : Aspek Pertama - Penerapan Teras-teras perpaduan Aspek Kedua -Penerapan nilai-nilai murni
  • 3. 3 Aspek Pertama Aspek Kedua Teras-teras Perpaduan Penerapan nilai-nilai murni (sumber : Jabatan Perdana Menteri, 2009, Booklet 1Malaysia) PRODUK 1MALAYSIA Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) Amanah Saham 1Malaysia Menu 1Malaysia Kedai Rakyat 1Malaysia Produk-produk Kedai 1Malaysia Meja Bulat Online 1Malaysia Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PRIMA) Senam Seni 1Malaysia Batik 1Malaysia Taska 1Malaysia Klinik 1Malaysia Susu 1Malaysia (sumber dari laman : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/364- 1-malaysia/8089-produk-1malaysia.html)
  • 4. 4 RANCANGAN-RANCANGAN GAGASAN 1 MALAYSIA KEY PERFORMANCE INDICATORS(KPI) Perdana Menteri membuat penilaiannya ke atas 28 menteri dan 40 timbalan menteri menjelang November 2009. PM telah memperkenalkan KPI pada 9 April 2009. Melalui KPI, PM akan menilai prestasi anggota pasukannya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". (http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA) Secara keseluruhannya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu: i. Menjelaskan hala tuju organisasi ii. Organisasi dapat memberikan tumpuan kepada bidang-bidang utama kepada pihak berkepentingan iii. Menilai semula prestasi yang telah disasarkan Kesimpulannya, penggunaan petunjuk prestasi utama ( KPI ) merupakan satu amalan yang harus diterapkan ke dalam budaya kerja yang berasaskan prestasi. KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi tercapai seperti yang telah ditetapkan bagi memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan. Melalui penggunaan KPI tindakan penambahbaikan secara berterusan dapat memenuhi kehendak pelanggan. NKRA Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat.NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. (http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA) Enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat. Bidang-bidang tersebut adalah berkaitan jenayah, rasuah, pendidikan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman serta menambah baik pengangkutan awam. NKRA yang pertamaialahmengurangkan Kadar Jenayah. Kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan
  • 5. 5 pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu: i) Jenayah jalanan ii) Keselamatan awam iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/466-pengenalan-nkra/4808- pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra.html) NKRA yang keduaialahmemerangi rasuah.Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah.Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah.Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes- kes tertentu.Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif. NKRA yang ketigaialah meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.Kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.Dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu : 1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah 2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS). 3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi 4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah. NKRA yang keempat ialahmeningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah. PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara.Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan.Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan
  • 6. 6 lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti.(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu- nasional/466-pengenalan-nkra/4808-pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara- nkra.html) NKRA yang kelimaialah Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman.Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan bekalan elektrik, bekalan air serta perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman - perumahan rakyat termiskin (PPRT) yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih rumah bagi keperluan golongan tersebut di seluruh Malaysia. NKRA yang keenam ialah Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana.Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Pada kesimpulannya, NKRA ini telah membuktikan kerajaan berkomited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat.Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.” PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  • 7. 7 (http://ms.wikipedia.org/wiki/ Program_Latihan_Khidmat_Negara) Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Menyemarakkan semangat kesukarelaan. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri. (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/218-program-program/875- program-khidmat-negara.html) BANTUAN RAKYAT SATU MALAYSIA Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan yang telah di janji oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2012, Bantuan Khas RM500 akan diagihkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui LHDN. Bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat. BANTUAN PERSEKOLAHAN Kerajaan juga telah memberikan Bantuan Persekolahan sebanyak RM 100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Tujuan bantuan ini diberi pada awal tahun ini adalah bagi memudahkan proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. Bebanan ibu bapa dapat dikurangkan dengan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku- buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat mengenai masalah yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa setiap kali musim persekolahan bermula dalam menyediakan anak-anak agar mendapat suasana yang selesa dalam proses pembelajaran.
  • 8. 8 BAUCAR BUKU 1MALAYSIA(BB1M) Kerajaan juga telah memperuntukkan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebanyak RM 200 setiap pelajar yang berada di IPTA dan IPTS merangkumi diploma sehingga ke peringkat PhD serta bagi pelajar tingkatan enam seluruh negara.Pemberian baucar buku ini juga diberikan kepada semua penuntut untuk membeli keperluan pembelajaran.Ini kerana mahasiswa adalah golongan cerdik pandai yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti dengan corak kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA (SARA 1Malaysia) Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia) adalah salah satu daripada pelaburan yang disediakan oleh kementerian Kewangan yang mana bertujuan untuk menggalakkan golongan berpendapatan rendah untuk menabung. Skim Amanah 1Malaysia ini merupakan salah satu daripada langkah kerajaan untuk menggalakkan rakyat untuk menabung dan membantu golongan yang berpendapatan rendah agar mampu mendapat pulangan yang tinggi daripada simpanannya. Dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang telah diberikan oleh pihak kerajaan ini dilihat benar-benar dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini bagi menampung keperluan keluarga dan kos sara hidup yang kian meningkat. Selain itu, kedai 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia yang dilihat banyak membantu dalam meringankan beban rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan khususnya golongan berpendapatan rendah. PENDIDIKAN PERCUMA Semua pelajar warga Malaysia sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara mendapat pendidikan percuma dan bantuan pinjaman buku teks secara percuma kepada semua pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.
  • 9. 9 RUMUSAN Mengikut(Ruslan Zainuddin; Mohd Mahadee; Zaini Othman. 2005), Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi untuk mengukuhkan hubungan kaum sebagai usaha bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan lebih erat seperti yang digariskan olah prinsip-prinsip Rukun Negara.Konsep 1Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Dalam konsep 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip- prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan.Rakyat Malaysia juga diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Rancangan-rancangan 1Malaysia yang dilaksanakan adalah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.Asas bagi mewujudkan Malaysia yang bersatu ini ialah beberapa tolak ansur antara kaum dimasukkan ke dalam Perlembagaan termasuk pemberian kewarganegaraan, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu, Raja-raja Melayu dan kaum Bumiputera.Perpaduan antara kaum di negara ini telah diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Dalam Konsep 1Malaysia ini mempunyai rancangan-rancangan yang dapat mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Apabila semua rakyat Malaysia dapat menikmati ekonomi yang stabil maka perkara perpecahan dan sengketa kaum tidak akan berlaku lagi. Selain itu, 1Malaysia juga memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti dan pencapaian individu yang berpotensi tanpa mengira kaum mahu pun agama.Pencapaian individu juga perlu diberi pengikitirafan yang setanding tanpa ada sikap pilih kasih mahu pun prejudis kaum.
  • 10. 10 BIBLIOGRAFI Buku Bahagian Penerbit Dasar Negara. (2009, Ogos).Booklet 1Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan. Jabatan Perdana Menteri.(2009).Booklet 1Malaysia Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin.(2011). Pengajian Malaysia.Oxford Fajar Sdn. Bhd. 407-414 Chin, Y. M. . Ira Meilita binti Ibrahim dan Wong, K.S. .(2010). Kenegaraan Malaysia (Edisi Kedua).Oxford Fajar Sdn. Bhd. 367-410 Ruslan Zainuddin. Mohd Mahadee Ismail dan Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. 391-400 Laman Web http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia http://vectorise.net/vectorworks/logos/Jabatan%20Kerajaan/downloads/1malaysia2.h tm http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/218-program-program/875- program-khidmat-negara.html http://ms.wikipedia.org/wiki/ Program_Latihan_Khidmat_Negara) http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/466-pengenalan-nkra/4808- pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra.html)
  • 11. 11 Konsep Asas Hubungan Etnik Konsep Budaya Ciri-ciri budaya - dipelajari - dikongsi - bersifat jagat - diwarisi - berubah-ubah - mempunyai unsur- unsur simbolik - adanya pandangan pandangan semesta Budaya dibahagikan kepada: a) budaya kebendaan - peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. b) budaya bukan kebendaan - kepercayaan, adat istiadat dan undang- undang. Konsep Masyarakat Ciri-ciri masyarakat : - berkelompok - berbudaya - mengalami perubahan - berinteraksi - mempunyai kepimpinan - mempunyai atur sosialnya Terdiri daripada pelbagai tahap masyarakat, iaitu famili, Komuniti, Neg ara bangsa dan Organisasi global dan Antarabangsa Masyarakat Malaysia ≠ bangsa Malaysia -Masyarakat Malaysia ialah kelompok manusia yang hidup di Malaysia (konsep payung) -Bangsa Malaysia ialah bangsa idaman berteraskan hubungan kaum yang harmonis (seperti dalam Wawasan 2020) Konsep Perpaduan dan Intergrasi Perpaduan - satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama. Integrasi - satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah. Unsur Integrasi •Integrasi wilayah (MB + MT, PT + PB) •Integrasi ekonomi •Integrasi kebudayaan •Integrasi sosial •Integrasi pendidikan •Integrasi politik Konsep perpaduan dan integrasi melibatkan: - Konsep segregasi - Konsep Akomodasi - Konsep Akulturasi - Konsep Asimilasi - Konsep Amalgamasi TAJUK TUGASAN INDIVIDU: 1 (b) i)
  • 12. 12 ii) Masyarakat Pluraliti Alam Melayu (Sumber dari : Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho H.L, Ku Halim Ku Arifin, Lee Y.F, Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib dan Nazri Muslim, 2010, Hubungan Etnik di Malaysia, m/s36) Menurut (Shamsul Amri Baharuddin,2008), masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa factor sejarah. Pluraliti budaya yang terdapat di Alam Melayu sejak sekurang-kurangnya abad kelima Masihi.Perluasan pengaruh di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.Meskinpun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat Latar Belakang Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Penghijrahan Intrawilayah Sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka Kerajaan Maritim pada era 'Zaman Perdagangan' Penghijrahan Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka Kedatangan Pedagang Arab, Parsi, China, India dan Eropah Proses Asimilasi antara Golongan Imigran dengan Masyarakat Tempatan - Kegiatan Perdagangan dan Perkahwinan - Penyerapan Budaya Masyarakat Tempatan - Pembentukan Masyarakat Baharu Pluraliti Masyarakat di Sabah dan Sarawak - Masyarakat Bumiputera di Sabah - Masyarakat Bumiputera di Sarawak - Kedatangan Golongan Imigran ke Sabah dan Sarawak
  • 13. 13 persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum. iii) Cabaran dan implikasi Hubungan Etnik Cabaran Hubungan Etnik cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial cabaran kepentingan etnik dari aspek politik cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi cabaran nilai antara etnik cabaran globalisasi cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial • Pemisahan fizikal • Sistem pendidikan yang berasingan • Polarisasi dalam kalangan pelajar • Kontrak sosial cabaran kepentingan etnik dari aspek politik • Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati • menyuarakan kepentingan etnik tertentu tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak • memperalatkan isu perkauman untuk mendapat sokongan rakyat (Shamsul Amri Baharuddin,2007)
  • 14. 14 v) Unsur-unsur dalam Perlembagaan Negara cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi • Penguasaan ekonomi • Perbezaan pekerja berdasarkan sektor ekonomi cabaran nilai antara etnik • Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk • Wujudnya polarisasi antara etnik • Setiap kumpulan etnik menjadikan fahaman etnosentrisme sebagai pegangan dalam masyarakat cabaran globalisasi • Corak hidup yang berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat bersifat sejagat • Perubahan budaya yang kuat dan pantas boleh melenyapkan nilai leluhur dan jati diri rakyat Malaysia menjadi pudar (Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring, 2011, Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa, m/s 138) Definisi Perlembagaan Satu set peraturan dan undang-undang Undang-undang asas negara Pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan bagaimana ia dilaksanakan Berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang Satu set perlembagaan
  • 15. 15 Jenis Perlembagaan Bertulis - undang-undang yang disusun dalam satu kanun/ naskah Tak Bertulis - tidak terkumpul tetapi terkandung dalam adat resam dan tradisi keputusan mahkamah, akta Parlimen dan pandangan para ilmuan undang- undang yang tersemuka (Zaid Ahmad, et al. ,2010) Peranan Perlembagaan untuk menentukan cara pemerintahan sesebuah negara membantaskan bidang kuasa pemerintah menetapkan bentuk sistem kerajaan yang diamalkan menjelakskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat Pemerintahan Beraja - Sistem beraja mutlak ditukarkan kepada Sistem Raja Berperlembagaan Agama Islam - Dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan Kedudukan Istimewa Orang Melayu - Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong Bahasa Melayu - Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan
  • 16. 16 v) Peranan masyarakat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia (Sumber dari : Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho H.L, Ku Halim Ku Arifin, Lee Y.F, Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib dan Nazri Muslim, 2010, Hubungan Etnik di Malaysia, m/s161-164) Aplikasi Hubungan Etnik dlm Kehidupan Harian Kemesraan dalam berkomunikasi - Bertegur sapa dengan memberi salam, senyuman, sifat lemah lembut, penyanyang merupakan asas perhubungan yang baik dan mesra. Mengambil berat - Sikap ambil berat boleh membina ikatan mesra dan kasih sayang melalui nasihat dan teguran membina Menghormati Jiran -Budaya hidup orang Melayu yang sesuai dengan ajaran Islam sangat mementingkan kehidupan berjiran kerana ketika kecemasan, kenduri dan peristiwa-peristiwa lain, orang pertama yang dihubungi ialah jiran. Memulia dan menghormati seseorang - Kemuliaan atas dasar kemanusiaan, bukan warna kulit, kaum dan agama, bukan juga berdasarkan kebangsawanan ataupun keturunan. Budaya Ziarah- menziarahi - Keizinan hendaklah diperoleh terlebih dahulu serta memberi salam kepada penghuni yang dikunjungi.
  • 17. 17 (Sumber dari :Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring, 2011, Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa, m/s 184-188) Mengikut (Mohd Sohaimi Esa et al. 2011), setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai jati dirinya sendiri dan diamalkan mengikut kaum masing- masing.Kepelbagaian jati diri ini merupakan satu keunikan yang tidak sewajarnya dicerobohi.Usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu difahami oleh semua lapisan masyarakatm demi mewujudkan keharmonian hubungan antara etnik. Keharmonian ini akan lebih mantap lagi sekiranya setiap golongan enik bersikap menghormati hak-hak yang menjadi jati diri etnik lain. Aktiviti-aktiviti yang boleh memastikan keharmonian etnik Rukun Tetangga Aktiviti ini membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan antara rakyat pelbagai keturunanan, adat dan budaya. Rumah Terbuka Rumah terbuka biasanya diadakan semasa musim perayaan. Terjalin keharmonian hubungan etnik di kalangan rakyat dan memahami keharmonian budaya masing-masing. Penerimaan Budaya Pada masa ini masyarakat bukan Melayu telah menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul/ angpau yang terkenal di golongan orang Cina. Program di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab di IPT telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum di kalangan mahasiswa.
  • 18. 18 Amir Hasan Dawi. Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam Masyarakat Malaysia.(2010)www.mymla.org/files/.../ICMM2010_p9.pdf Hamidah AB Rahman.Muhammad Bin Daud dan Norlin Binti Ahmad. PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK. www.penerbit.utm.my/.../2009/malay/.../Bab09.pd. KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK DAN INTEGRASI NASIONAL Laporan akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malysia 2001-2005”- Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia - UKM www.ukm.my/jhadhari/.../makalah-v2n1-n4.pdf http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiperbezaandemiperpaduan/Art icle LAMPIRAN
  • 19. 19 BIBLIOGRAFI Buku Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etni.Universiti Teknologi Mara Shah Alam.Pusat Penerbitan (UPENA) Mohd Sohaimi Esa.Dayu Sansalu dan Budi Anto Mohd Tamring. (2011).Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Selangor Darul Eshan. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Zaid Ahmad. Ruslan Zainuddin. Ho, H.L.. Ku Halim Ku Arifin. Lee,Y.F.. Najeemah Mohd Yusof.Sarjit Singh Gill.Ahmad Tarmizi Talib dan Nazri Muslim.( 2010). Hubungan Etnik di Malaysia. Edisi Kedua. Selangor Darul Eshan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Amir Hasan Dawi. Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam Masyarakat Malaysia.(2010)www.mymla.org/files/.../ICMM2010_p9.pdf Hamidah AB Rahman.Muhammad Bin Daud dan Norlin Binti Ahmad. PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK. www.penerbit.utm.my/.../2009/malay/.../Bab09.pd. KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK DAN INTEGRASI NASIONAL Laporan akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malysia 2001-2005”- Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia - UKM www.ukm.my/jhadhari/.../makalah-v2n1-n4.pdf http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiperbezaandemiperpaduan/Art icle