Dokumen tersebut membahasikan perkembangan fisik, emosi, dan sosial anak-anak cerdas (KBC 3023) dengan mendefinisikan ketiga aspek perkembangan tersebut. Dokumen ini juga menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan anak dan melakukan kajian kasus terhadap responden untuk menilai tahap perkembangannya.
1. Perkembangan fizikal, emosi dan sosial
kanak-kanak cerdas
(KBC 3023)
__________________________________________________
TUGASAN INDIVIDU
(KAJIAN KES)
NAMA : NUR HASFIZAH BT HUSSIN
NO. MATRIK : D20091034729
PROGRAM : PENDIDIKAN KHAS (AT10)
SEMESTER : SEMESTER 3
SESI : 2010/2011
KUMPULAN : A
NAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN
1
2. KANDUNGAN
Perkara Halaman
1.0 Pengenalan
2.0 Definisi
2.1 Perkembangan Fizikal
2.2 Perkembangan Emosi
2.3 Perkembangan Sosial
3.0 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan
4.0 Latar Belakang Responden
4.1 Profil Diri
4.2 Tahap Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosial
5.0 Intervensi
6.0 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
2
3. 1.0 Pengenalan
Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adalah „Gifted and talented children
are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities
are capable of high performance. These are children who require differentiated educational
programs and services beyond those normally provided by regular school programs in order
to realize their contribution to self and society’. (Marland dIm Davis & Rimm, 1998).
Definisi di atas menekankan dua perkara iaitu kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar
cerdas yang tinggi dan mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan
potensi yang ada pada mereka. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana
kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka.
Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan
sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan rnotivasi mereka berbeza disebabkan
perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan
beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh kerana itu, artikel ini memberi fokus terhadap
masalah sosio-emosi mereka. Perbincangan ini diharap akan dapat memberi kefahaman yang
jelas kepada ibu bapa, para pendidik dan pihak-pihak yang terlibat di Kementerian Pelajaran
Malaysia mengenai keistimewaan mereka. Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan,
lebih-lebih lagi bagi kanak - kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya
rnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada
masa yang sarna, kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup
mereka.
Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak
dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik
yang ada pada diri rnereka. Antaranya, konsep kendiri; fobia; perkernbangan nilai/moral;
keupayaan yang tidak seimbang; masalah kemahiran bersosial; dan masalah mengembangkan
potensi. Pada rnasa yang sarna, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi; diskriminasi
terhadap golongan ini; masalah keluarga; rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan
sistern persekitaran dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalah
mereka yang sedia ada semakin bertambah.
3
4. 2.0 Definisi
2.1 Fizikal
Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan
fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan).
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi
jelas berubah melalui peredaran masa. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz
fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia.1 Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam
ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal
yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978).
Perkembangan fizikal menurut Woolfook dan Margetts (2007), menentukan kebolehan
kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya
dalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak
disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan
juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal
seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan
lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna
rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi
oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting.
2.2 Emosi
Emosi adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi,iaitu dari aspek mempunyai
perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak
ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan
personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan
Greek “emovere” yang membawa maksud „untuk keluar‟. Emosi akan ditonjolkan keluar
sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu
keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri
dan psikologi. (Mohmood Nazar Mohamad, 1992).
4
5. 2.3 Sosial
Menurut Syamsu Yusuf (2007) perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan
dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula diertikan sebagai proses belajar untuk
menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dalam masyarakat khasnya dalam pergaulan
antara satu sama lain tanpa mengira umur, pangkat dan budaya. Sunarto dan Hartono (1999)
pula menyatakan bahawa hubungan sosial merupakan hubungan diantara manusia yang saling
memerlukan. Mereka berpendapat, semakin bertambah usia anak, hubungan sosial ini
semakin diperlukan.
3.0 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan
Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor
persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa
kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka
diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai
penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental
kita sama ada pandai atau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori
perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang
serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu.
Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat
pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian
ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar
perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor
yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara
satu sama lain. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu
pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel
sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina).
Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing
membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya
mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel
sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula
mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di
5
6. antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri,
kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak.
Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal,
seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran
fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna
rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi
Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan
bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan
rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada
prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan
kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas
pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi,
emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa.
Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah
akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga,
rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber
teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap
peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap
perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan
individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah
telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi
keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Sebagai contoh, kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan
kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.
Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan
jasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan
mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-
ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal
kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup
berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari
perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan
6
7. rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke
tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun
akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
4.0 Latar Belakang Responden
4.1 Profil Diri
Nama : Az- Zikri (bukan nama sebenar)
Umur : 20 tahun
Tarikh lahir : 13 Januari 1990
Tempat lahir : Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.
Hobi :
Menghasilkan karya kreatif (puisi) dan membaca pelbagai bahan berunsur ilmiah
Suka mendengar muzik ( tumpuan : irama nasyid )
Kerjaya : Sem 2, Sarjana Muda Pengurusan Sukan, UITM Arau, Perlis.
Sumber pembiayaan yang diperoleh : Biasiswa JPA
Cita – cita : Pakar Psikologi
Motto hidup : Hidup menang, mati syurga
Bidang sukan tumpuan : futsal ( bahagian tengah )
Email : arjunatenggara@yahoo.com.my
7
8. 4.2 Tahap perkembangan fizikal, emosi dan sosial responden
1) Fizikal
(a) Draf 1
Aspek positif
sihat tubuh badan ( tidak mengalami sebarang komplikasi sebelum, semasa mahupun
selepas kelahiran ).
Berbadan tegap dan tinggi
Mempunyai antibodi yang kuat – sukakan aktiviti mencabar dan lasak
BMI yang stabil : berat – 63 kg
: tinggi – 168 cm
Aspek negatif
Kalenjar peluh terlalu aktif
Lemah dalam menceburi aktiviti sukan yang memerlukan fokus yang tinggi seperti
menembak kerana terlalu gopoh.
Mengalami kecederaan kekal di pergelanggan kaki sebelah kiri – membantutkan
pergerakannya.
Cara mengatasi
Memanjangkan waktu memanaskan badan
Mengurangkan tekanan pada tempat kecederaan
Rawatan di fakulti – teknik ultra sound untuk mengurangkan kesakitan dan tahap
kecederaan yang dialami.
8
9. (b) Rumusan
Individu pintar cerdas merupakan seorang yang bermotivasi tinggi, bertenaga dan
bertindak mengikut gerak hati. Tumpuan yang tinggi menjadikan mereka senang tersinggung
sekiranya mereka diganggu semasa kerja, mereka cenderung untuk bertindak secara impulsif
(sifat sensitif dan intensiti). Hal ini mendatangkan keburukan dalam aspek fizikal mereka.
Mereka merasakan bahawa mereka seolah-olah tidak perlu tidur semasa melakukan sesuatu
yang diminati.masalah tidur ini juga berlaku apabila mereka seolah-olah tidak dapat
mengawal otak mereka. Mereka seolah-olah dipaksa oleh daya luaran untuk terus berfikir dan
ini memberikan masalah tidur atau insomnia. Keadaan ini adalah kerana sifat intensiti yang
menjadikan mereka mempertimbangkan sesuatu secara mendalam. Kebanyakkan individu
pintar cerdas adalah jenis yang aktif dan banyak bertenaga dan ini juga bermakna keperluan
tenaga mereka juga lebih tinggi daripada orang lain. Bagi sesetengah orang, mereka tidak
dapat berfikir sekiranya sekiranya tidak makan dengan banyak. Tabiat pemakanan yang tidak
sihat juga mendatangkan masalah kesihatan. Terdapat juga mereka yang highly strung atau
senang teransang menjadi gementar dan kecewa. Sebagai contoh, mereka cenderung
mengekspresikan emosi mereka dalam perlakuan fizikal seperti tabiat menggigit kuku.
Bagi tahap perkembangan fizikal responden, responden menunjukkan perkembangan yang
stabil seperti perkembangan individu normal. Ibu responden juga tidak mengalami sebarang
komplikasi sebelum, semasa dan selepas kelahiran responden, dan tahap perkembangan
fizikalnya pada awal kanak-kanak juga adalah normal. Responden mampu berjalan pada usia
10 bulan dan bercakap pada usia 2 tahun. Saiz badan responden juga menunjukkan statistik
normal seperti individu normal yang memiliki tahap kesihatan yang baik di usia remajanya.
(RUJUK DRAF 1).
Intervensi
Kecederaan yang telah dialami oleh responden semasa beliau berusia 14 tahun
menyebabkan beliau mendapat kecederaan kekal di bahagian pergelangan kakinya.
Akibatnya, beliau sering mengalami kesakitan dan kekejangan di bahagian tersebut sekiranya
melakukan aktiviti sukan terlalu lama. Hal itu telah dapat diatasi dengan menjalani rawatan
ultra sound yang disediakan oleh pihak fakulti untuk mengurangkan tahap kecederaan yang
dialami dan memastikan kecederaan tersebut tidak menjadi lebih teruk lagi. Beliau juga perlu
melakukan aktiviti memanaskan badan lebih panjang untuk mengatasi masalah ini. Selain itu,
9
10. beliau juga menghadapi masalah kerana kalenjar peluh yang terlalu aktif daripada individu
lain.
2) Emosi
(a) Draf 2
Aspek positif
Bijak mengawal emosi
Mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru
Kelebihan untuk mengawal emosi orang lain
Strategi untuk berhadapan dengan sesuatu masalah :
i) Sebelum : sentiasa berfikiran positif dan mengambil nasihat daripada orang
lain yang lebih berpengalaman
ii) Semasa : menerima pandangan orang lain di samping tawakal (berdoa)
iii) Selepas : cuba tidak ulangi kesilapan itu lagi dan menasihati orang lain agar
tidak melakukan kesalahan tersebut.
Aspek negatif
Mempunyai kadar kebimbangan yang sangat tinggi
Cepat marah dan sensitif (mudah menangis)
Emosi tidak stabil
Bagi responden : kelebihan yang ada pada dirinya adalah datang daripada kelemahan
yang dialami.
10
11. (b) Rumusan
Sebagaimana yang telah kita ketahui, individu pintar cerdas sering berhadapan dengan
masalah emosi yang agak kritikal kerana tekanan emosi yang dialami lebih kuat daripada
individu normal.Berikut merupakan antara ciri-ciri individu pintar cerdas yang turut
terpamer dalam diri responden saya.
Pertama, didapati pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat ini mempunyai perasaan
sensitif yang amat tinggi dalam diri mereka terhadap sesuatu perkara atau sesetengah
perkara yang melampaui tahap pemikirannya yang masih muda. Contohnya isu-isu yang
berkaitan dengan peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan yang
sering berlaku dalam kehidupan masyarakat. Mereka juga mudah terasa hati terhadap
sesuatu hal walaupun melibatkan hal-hal yang kecil sahaja bagi pandangan orang lain.
Sikap sensitif ini sebenarnya bagus, tetapi jika terlampau memikirkan isu-isu ini secara
lebih mendalam, mereka akan menjadi seorang yang introvert dan mungkin menjurus
kearah kemurungan yang teruk pada masa akan datang.
Bagi diri responden, saya menyifatkan tahap sensitiviti yang dialami tidak begitu teruk
dan mampu dikawal oleh dirinya sendiri. Hal ini kerana beliau mempunyai tahap motivasi
yang tinggi dalam dirinya. Beliau bijak untuk menyalurkan rasa kesedihan yang dialami
kepada bentuk luahan perasaan seperti menangis dan menterjemahkan perasaan beliau
dalam bentuk penulisan seperti penghasilan sajak yang dicipta sendiri. Beliau juga pandai
bermain gitar dan menyanyi, hal ini juga mampu membantunya untuk menangani masalah
dengan lebih bijak tanpa tekanan yang membelenggu dirinya. Terdapat beberapa peristiwa
yang diceritakan kepada saya telah menyakinkan saya bahawa responden sememangnya
memiliki tahap sentiviti dan keprihatinan yang tinggi. Sebagai contoh, beliau pernah
menyelamatkan seekor semut yang hampir kelemasan semasa beliau mengambil wuduk
untuk solat. Hal ini kerana bagi beliau, beliau tidak sampai hati melihat semut itu mati
kelemasan. Selain itu, beliau juga tidak memiliki akaun facebook, namun pernah
memilikinya untuk menarik lebih ramai orang untuk menutup laman itu. Contoh strategi
yang dilakukan ialah, di dalam satu pertelagahan melibatkan dua pihak misalannya, beliau
telah menerangkan kepada rakan-rakannya akan keburukan facebook yang telah membawa
kepada pertelagahan, dan secara tidak lansung menarik lebih ramai pengikut yang menutup
akaun masing-masing menyertai beliau.
11
12. Ciri-ciri individu pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai sikap yang amat
mementingkan kesempurnaan. Sikap mementingkan kesempurnaan yang tinggi ini sebenarnya
boleh mendorong mereka kearah takut terhadap kegagalan. Ini akan menjadikan mereka
seorang yang cepat berputus asa kerana tidak mampu melaksanakan tugasan dalam tempoh
yang ditetapkan. Dalam konteks mencari kesempurnaan ini, mereka sentiasa mengkritik diri
sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin mereka melakukan tugasan dengan penuh
berhati-hati sehingga lambat menyempurnakannya atau menangguhkan tugasan tersebut.
Mereka tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa apabila sesuatu itu tidak dapat
dilakukan dengan sempurna. Ini bermaksud mereka amat sukar untuk berpuas hati terhadap
sesuatu kerja yang dilakukan sehingga memastikan kerja-kerja tersebut betul-betul sempurna
pada pandangan mereka sendiri.
Responden saya turut memiliki sikap mementingkan kesempurnaan dalam setiap
perkara yang dilakukan, namun tidak begitu menonjol. Bagi diri beliau, beliau akan
melakukan setiap perkara dan amanah yang telah diberikan kepadanya sehabis mampu dan
sehabis baik. Hal ini akan menjadikan beliau mendapat kepuasan dalam melakukan sesuatu
walaupun mungkin tidak mendapatkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Pencapaian yang
dicapai setelah berusaha dengan gigih adalah lebih baik bagi dirinya supaya tidak
mendatangkan penyesalan sekiranya tidak melakukannya sehabis baik.
Ciri-ciri emosi yang seterusnya ialah sifat kompleksiti. Sifat kompleksiti dan tidak konsisten
ini adalah saling berkait. Ia menjadikan golongan ini seolah-olah misteri dan susah difahami.
Contohnya kecerdasan intrapersonal yang tinggi tetapi senang terjejas konsep kendirinya.
Konsep kendiri yang tinggi tetapi banyak beremosi. Keyakinan yang tinggi tetapi selalu
menganggap hasil kerjanya tidak memuaskan. Pelbagai percanggahan ini berlaku pada masa
yang sama. Tingkah laku atau sifat yang bercanggahan ini selalu menjadikan mereka ini
seolah-olah pelik dan mengelirukan Begitu juga hasil kerja mereka. Biasanya sesbuah hasil
kerja yang klasik selalunya disalahtafsirkan dan ini menimbulkan pelbagai kontroversi. Ini
adalah satu petanda sifat petanada sifat kompleksi, penulisan mereka juga susah difahami
sebab aliran idea yang terlalu cepat membuatkan pembaca tidak dapat berfikir secepat
mereka. Aliran idea ini boleh dilihat pada ayat-ayat mereka, dimana mereka seolah-olah
berfikir secara mendesak dan banyak idea yang berlaku secara serentak.
12
13. Antara contoh sifat kompleksiti dan tidak konsisten ini adalah minat dan kebolehan
yang pelbagai. Kadang-kadang minat ini nampak bercanggahan. Leornado Da Vinci, selain
menjadi pelukis beliau juga seorang ahli anatomi, pereka, arkitek, biologis, pengukir,
penyajak, jurutera, geologis, ahli muzik, ahli astronomi, fizik dan sebagainya. Contohnya lain
yang berkaitan dengan sifat intensiti ini adalah reaksi emosi yang kuat dan mereka juga selalu
menimbulkan perasaan yang sama pada orang lain, melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan
atau tidak melakukannya sekali. Selain itu mereka menjadi sangat pakar dan tidak faham
langsung dalam bidang ini, memuatkan terlalu banyak isi semasa berkomunikasi dengan
orang lain dan mempunyai masalah diri yang tinggi, senang dilukai atau tidak mengendahkan
orang lain dengan melukai hati mereka.
Bagi diri responden, beliau juga memiliki kecerdasan yang pelbagai melibatkan
kecerdasan kinestetik (sukan), bahasa (melalui penghasilan karya kreatif seperti sajak,
kebolehan dalam pengucapan awam seperti berpidato) dan juga aspek kepimpinan (menjadi
ketua yang berkaliber). Ianya membuktikan bahawa tidak semestinya individu pintar cerdas
itu memiliki kecerdasan dalam satu bidang sahaja iaitu dalam bidang akademik sahaja seperti
yang diketahui kebanyakkan masyarakat secara umumnya. Mungkin terdapat kebolehan yang
dimiliki selain kebolehan dalam bidang akademik yang belum dicungkil bakatnya.
13
14. 3) Sosial
(a) Draf
Aspek positif
Suka dibimbing untuk membimbing
Mempunyai kebolehan untuk memimpin
Suka berjenaka dengan orang-orang yang rapat dengannya, bagi yang tidak
mengenalinya responden merupakan seorang yang pendiam
Aspek negatif
Kurang pandai bergaul – tidak suka bergaul dengan orang yang tidak sama
pemikirannya.
- Suka berkawan dengan orang yang lebih berumur
Tidak mempunyai ramai kawan rapat :
Dalam berkawan – terlalu telus : berpegang kepada prinsip betul adalah betul.
- tidak suka hipokrit – mahu dirinya diterima seadanya.
(b)Rumusan
Dalam aspek sosial pula, individu pintar cerdas dilihat turut memiliki sikap
keterbukaan atau relovolutionary. Pengalaman kejayaan yang berterusan akan membentuk
keyakinan diri dan menjadikannya percaya kepada superioriti kepada orang lain. Sikap ini
akan diperlihatkan dalam dalam tingkah lakunya, contohnya kalau dia merasakan jawapan
guru adalah salah, dia akan menyatakan dengan terus terang. Ini akan menjadikan guru berasa
tidak tenang. Dia juga berasakan kegagalan hanya bersifat sementara kerana dia memang
seorang yang berjaya dalam hidup dan tidak segan untuk mengakui kelemahannya. Bagi
dirinya setiap kegagalan yang berlaku dalam hidupnya adalah disebabkan faktor luaran seperti
kurang bersedia, ujian tidak adil atau nasib yang malang bukan kerana faktor dalaman seperti
kebolehannya. Namun demikian, konsep kendiri yang dimiliki ini tidak bersifat kekal.
Keyakinan mereka seringkali tergugat sekiranya mereka menghadapi persaingan yang hebat
dengan pelajar pintar cerdas yang lain. Mereka akan berasa rendah diri dan meragui tahap
kebolehan diri mereka terutama bagi mereka yang bersifat sensitif dan beremosi. Konsep
kendiri yang positif ini adalah satu faktor pelindung dan penyokong yang kuat untuk kejayaan
mereka dalam kehidupan.
14
15. Dalam hal ini, responden turut memiliki sikap keterbukaan yang tinggi. Hal ini
dimana, dalam pergaulan, beliau terlalu telus untuk meluahkan sesuatu yang tidak diingini
secara berterus-terang kerana beliau tidak suka untuk bersikap hipokrit. Beliau mahu dirinya
diterima seadanya bukan berlandaskan kepura-puraan yang sengaja ditonjolkan untuk
diterima dalam sesuatu kumpulan tersebut. Bagi dirinya, beliau akan menzahirkan dan
membenarkan apa yang betul, namun apa yang salah akan dikatakan sebagai salah. Sikap ini
menjadikan dirinya tidak mempunyai kawan rapat yang ramai.
Satu aspek yang amat saya kagumi ialah, beliau dapat mempamerkan imej dan
tauladan yang baik sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. Beliau seringkali menjadi
rujukan bagi rakan-rakan untuk mendapatkan nasihat dalam pembelajaran mahupun masalah
peribadi. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi setiap ilmu yang dimiliki dengan orang lain
dan murah dengan senyuman. Hal ini menjadikan dirinya amat disenangi dalam kalangan
rakan-rakan. Sikap ketrampilan beliau sebagai ketua yang baik terzahir dengan pelantikan
ketua pengawas sekolah selama beberapa tahun, menjadi ketua dan pengerusi dalam badan
persatuan dan pelbagai lagi. Beliau juga pernah menceritakan kepada saya bahawa, beliau
bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, menggunakan pendekatan
muzik sebagai altenatif berbeza untuk menyampaikan sumber tauladan kepada orang lain.
Ciri-cri keperibadian sebagai seorang pemimpin jelas terpamer dalam dirinya dan diakui
sendiri oleh guru-guru yang mengenalinya.
Individu pintar cerdas juga sukar mendapat kawan yang ramai kerana tidak ramai yang
memahami perasaan dan berkongsi minat yang sama dengan dirinya. Mereka juga cenderung
untuk memilih kawan yang lebih tua daripadanya atas faktor tahap pemikiran yang sama
dengan mereka. Bagi diri responden, ciri-ciri ini jelas tergambar dalam dirinya. Hal ini
kerana, beliau tidak memiliki kawan rapat yang benar-benar mengenali dirinya. Hal ini
menjadikan beliau lebih tertumpu kepada ibunya dalam merujuk penyelesaian terhadap
sesuatu masalah yang dihadapi. Beliau juga lebih selesa berkawan dengan orang yang lebih
tua daripada usianya. Beliau seorang yang peramah dan suka berjenaka bagi orang-orang yang
rapat dengannya, namun cenderung untuk menjadi pendiam bagi orang-orang yang baru
dikenali.
15
16. Responden tidak mengalami masalah yang serius dalam ketiga-tiga aspek fizikal, sosial dan
emosinya.Selain itu, beliau seorang remaja yang telah mencapai kematangan seiring dengan
usianya 20 tahun. Beliau mampu untuk mempamerkan dirinya dengan baik dengan kawalan
dirinya sendiri. Intervensi yang boleh dijalankan adalah lebih kepada memperkembangkan
kebolehan dirinya dalam mencapai suatu tahap yang lebih tinggi dan dinamik.
5.0 Intervensi
5.1 Kaunseling – terapi seni melukis
Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip
psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan,
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela
sepanjanh hayat berlandaskan etika kaunseling. Menerusi teknik terapi seni, ianya
menggunakan dua pendekatan berasaskan teknik kaunseling dan juga psikoterapi. Teknik ini
dilihat amat berkesan bagi mendekati dan memahami dunia kanak-kanak istimewa (Samuel &
Debbie dalam Handbook of Art Therapy, 2003). Perkhidmatan kaunseling diperlukan untuk
memenuhi keperluan golongan pintar cerdas dalam menangani masalah yang dihadapi. Antara
contoh terapi seni yang dilaksanakan adalah bagi membantu individu pintar cerdas dalam
refleksi kendiri, interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa, pengurusan tekanan,
pengawalan kendiri dan strategi daya tindak, perancangan kerjaya dan latihan pelbagai
budaya (Moon, Kelly & Feldhusen, 1999, Johnsen, 2001).
Pendekatan seni dilihat sebagai suatu medium yang bersifat sejagat, dihargai dan
difahami oleh setiap manusia. Bagi responden, teknik terapi seni ini dilihat relevan untuk
digunapakai kerana responden seorang yang „berjiwa seni‟. Beliau gemar bermain alat muzik
dan menghasilkan karya kreatif sebagai menggambarkan situasi yang dihadapinya.
Pendekatan berasaskan lukisan dilihat pendekatan baru yang boleh digunakan terhadapnya.
Masalah yang dihadapi serta pewatakan dirinya boleh digambarkan dalam bentuk lukisan, dan
dengan itu analisa mengenai keperluan dan sesi kaunseling yang berkesan terhadapnya.
Keberkesanan penggunaan seni dalam kaunseling berlau apabila kaunselor memamahami
matlamat dalam setiap tahap proses tersebut, diikuti dengan pemilihan seni sebagai medium
berinteraksi dan sesuai dengan keperluan klien, (Kahn, 1999). Hal ini menjadikan kaunselor
memahami dunia klien dan permasalahannya dengan lebih kreatif dan selesa.
16
17. Selain itu, teknik kaunseling yang biasa turut boleh dijalankan sebagai intervensi bagi
menangani permasalahan yang dihadapi oleh responden. Berikut merupakan teknik
kaunseling yang boleh digunakan diterjemahkan dalam bentuk berperingkat.
Peringkat permulaan
i. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang
yang boleh dipercayai.
ii. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia
perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.
Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu
diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu juga.
Peringkat pertengahan
i. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian:
- kaunselor dank lien bersama mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien.
- kaunselor dank lien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil
oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.
Peringkat akhir
i. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan
jayanya. Di peringkat ini, kaunselor berkenaan akan :
- membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian
terhadap tindakan yang diambil itu.
- mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak
kaunselor.
Mengakhiri kauseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses
kaunseling tersebut.
17
18. 5.2 Program pertukaran pelajar
Program pertukaran pelajar dilihat amat relevan untuk memperkembangkan lagi potensi yang
dimiliki oleh responden saya. Hal ini kerana melalui program pertukaran pelajar antara
universiti luar negara misalnya, responden akan mendedahkan responden dengan pelbagai
budaya dan aspek-aspek kehidupan di seluruh dunia bagi membantu responden
memperluaskan lagi pengetahuan beliau dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan
masyarakat dan persekitaran. Selain daripada itu, program ini juga membantu responden
untuk memperolehi pelbagai kepakaran dan kemahiran melalui pertukaran idea-idea bernas
dan pendedahan secara global. Program ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama
daripada semua pihak untuk menjayakannya, iaitu antara kedua-dua universiti yang terlibat,
sumbangan dana daripada pihak berkaitan untuk menampung perbelanjaan responden dan
kursus yang ditawarkan perlulah sesuai dengan minat dan berupa suatu kesinambungan untuk
mempertingkatkan lagi pontensi yang ada dalam diri responden.
5.3 Rawatan bagi hyperhidrosis
Penyakit peluh berlebihan atau hyperhidrosis iaitu masalah perpeluhan yang berlebihan pada
anggota badan dan kebiasaannya berlaku pada tapak tangan, kaki dan juga bawah ketiak.
Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini
tidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidups
seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan
seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan
tetapi pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dan memberikan
prognosis yang baik. Terdapat tiga jenis hiperhidrosis iaitu, hiperhidrosis yang berpunca
daripada emosi yang selalu membabitkan telapak tangan, kaki dan bawah ketiak, hiperhidrosis
setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Punca masalah ini kurang jelas
dan ia berkaitan dengan saraf autonomik dalam badan dan sebahagian kecil kerana
pembawaan genetik. Masalah ini boleh melibatkan lelaki dan perempuan dan tidak mengira
faktor usia.
Bagi responden, masalah hiperhidrosis yang dialami tidaklah terlalu serius, namun
sebagai langkah pertama, responden perlu merujuk masalah yang dihadapi kepada pakar
kulit. Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dicuba oleh responden untuk mengatasi
masalahnya, iaitu dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan. Sebagai contoh, menggunakan
suntikan toksin Botulinum atau Botox amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis bagi tapak
tangan dan juga bawah ketiak. Terdapat juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya
18
19. rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf
simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang
kelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan. Responden tidak memerlukan
rawatan menggunakan pembedahan kerana masalah yang dihadapi tidaklah begitu
membimbangkan.
6.0 Penutup
Di negara kita Malaysia, statistik (SENADA 2009), menunjukkan bilangan pelajar pintar
cerdas dan berbakat dianggarkan berjumlah 445,000 orang pada tahun 2008. Hal ini
menunjukkan bahawa Malaysia memiliki sejumlah pelajar pintar cerdas dan berbakat yang
begitu ramai dan sekiranya diteliti pelajar ini merupakan antara asset yang tidak ternilai bagi
negara kita. Hal ini dapat menyumbang kepada modal intelektual, seterusnya membolehkan
negara kita mencapai status negara maju dalam masa yang singkat. Menurut Ng & Sandiyao,
2005, kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya ini dapat dijadikan sumber
tenaga profesional yang amat diperlukan sebagai satu suntikan modal insan dalam bidang
pendidikan khas ke arah memartabatkan negara di mata dunia. Namun, bagi merealisasikan
hasrat itu, peranan semua pihak untuk memberi kesedaran dan sumber pengetahuan kepada
masyarakat tentang individu pintar cerdas dan ciri-ciri mereka adalah penting untuk
memastikan mereka mendapatkan hak yang sewajarnya sebagai individu mahupun sebagai
pelajar sesuai dengan keperluan diri mereka. Hal ini kerana, masih ramai yang tidak
mengetahui secara lansung dan tidak lansung mengenai pintar cerdas ini, kerana negara kita
masih ketandusan sumber rujukan yang benar-benar berpaksikan negara kita. Hal ini
merupakan satu kerugian yang amat besar bagi masyarakat dan juga negara kerana kita jelas
menunjukkan ketidakmampuan bersaing dengan negara maju yang lain yang mana memiliki
cabang yang luas dalam dunia pintar cerdas.
19
20. Rujukan
Clark.B. (1983). Growing up gifted: Developing the potential of children at home and at
school (2ndEd.). Columbus:Charles E. Merrill.
Davidson.J & Callow. R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and
processes for teachers. (2ndEd.). Landon: David Fulton Publishers.
Davis.G.A. & Rimm.S.A. (1998). Education of the gifted and talented (4 th.Ed.).MA:
Allyn and Bacon.
Freeman. J. (1979). Gifted children. Lancaster: MTP Press Ltd.
Rafidah Kastawi dan Noriah Mohd Ishak (2009). Terapi seni sebagai intervensi kaunseling
dalam menangani masalah sosioemosi dalam kalangan remaja pintar cerdas dan
berbakat. Kuala Lumpur : Prosiding seminar penyelidikan siswazah.
Reed. M.A. (2000). Composing dialogues to express self-differentiatin and Burke‟s
rhetoric: A way to comprehend multilevel Inner growth. Roeper Review.Vol.23
(No.1).
Woitaszewki. S.A. (2003). The contribution of emotional intelligence to the social and
academic success of gifted adolescents. Roeper Review. Fall 2003. Vol.2(No1).
20