1. GMGA 2033-ETIKA PENTADBIR AWAM
MATRIK : 2096811
Tajuk Jurnal : Pengalaman-pengalaman penjaga keluarga Indian Amerika
dengan membantu orang-orang tua.
PENDAHULUAN
Jurnal ini membincangkan tentang penjagaan orang-orang tua dalam suku
kaum Red Indian di Barat Daya Amerika. Objektif kajian adalah untuk melihat aspek
negatif dan positif kepada penjaga orang-orang tua dalam keluarga ini.
TEMA
Terdapat banyak penulisan sebelum ini yang membincangkan tentang penjaga
orang-orang tua dalam keluarga ini namun kebanyakan melihat kepada kesan negatif
kepada penjaga keluarga ini. Di samping itu, tidak banyak kajian yang dijalankan yang
melibatkan kaum Red Indian atau dikenali juga Indian Amerika. Kebanyakan kajian
hanya melibatkan golongan kulit putih yang melihat isu lebih banyak memberi beban
kepada mereka sama ada daripada segi kewangan, fizikal ataupun mental.
Berbeza dengan kaum Red Indian, kehidupan mereka jauh lebih susah daripada
golongan kulit putih. Mereka sering dihimpit dengan masalah kemiskinan, masalah
sosial dan lain-lain lagi. Namun hasil kajian yang melibatkan kaum ini amat
memeranjatkan kerana lebih banyak aspek positif yang ditonjolkan dalam penjagaan
orang-orang tua dalam keluarga ini. Kaum Red Indian ini lebih melihat kepada
ganjaran yang mereka perolehi dalam menjaga orang-orang tua ini dan ganjaran-
ganjaran ini pula bukan yang bersifat materialistik. Kaum ini lebih mementingkan
ikatan atau hubungan kekeluargaan yang mengikat mereka dalam menjadi suku kaum
yang kuat di Amerika. Mereka juga lebih melihat betapa golongan tua ini perlu
dihargai akan jasa-jasa mereka. Selain itu, penjagaan orang-orang tua ini juga tidak
dilakukan secara individu, sebaliknya semua ahli keluarga saling membantu. Jika ada
di antara mereka mempunyai masalah dalam penjagaan ini, mereka akan dibantu oleh
jiran-jiran dalam mengatasi masalah ini.
Kaum ini yang memegang kuat adat resam dan tradisi, amat mementingkan
golongan tua ini kerana mereka sedar golongan inilah yang menyebabkan mereka
berada di mana mereka berada sekarang. Mereka juga berpendapat golongan ini juga
merupakan sumber hiburan mereka dengan pelbagai cerita dan gurauan mereka
tentang pengalaman-pengalaman lalu mereka.
2. GMGA 2033-ETIKA PENTADBIR AWAM
MATRIK : 2096812
KRITIKAL KOMEN
Isu penjagaan orang-orang tua bagi sesetengah masyarakat sama ada di Timur
atau Barat dilihat sebagai satu isu yang mempunyai banyak kesan negatif. Ini kerana
kebanyakan masyarakat sekarang sibuk mencari rezeki hingga mengabaikan aspek
penjagaan golongan tua ini. Tambahan pula, wujudnya rumah-rumah penjagaan untuk
golongan tua menjadikan kaum keluarga mengabaikan tanggungjawab mereka
terhadap golongan ini dengan mengambil jalan tengah dengan menghantar golongan
ini ke rumah penjagaan.
Hilangnya nilai-nilai murni dalam kehidupan menyebabkan golongan ini
dipinggirkan oleh keluarga mereka sendiri. Kesibukan mengejar dunia menyebabkan
mereka lupa tentang asal-asul dan nilai tradisi dalam masyarakat.
Namun begitu, masih wujud masyarakat yang masih mementingkan hubungan
kekeluargaan ini. Sebagai contoh, masih wujud ‘extented family’ atau keluarga besar
dalam masyarakat. Mereka masih tinggal bersama dan mengambil berat antara satu
sama lain dan menjaga kebajikan sesama meraka. Walaupun penjagaan orang tua ini
melibatkan kos yang tinggi terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan mereka,
namun jika ahli keluarga sedar tentang asal-usul mereka dan tahu membalas budi,
tidak akan sebarang masalah dalam penjagaan orang-orang tua ini.
Pengalaman dan ilmu pengetahuan golongan ini perlu ditimba untuk dijadikan
panduan dan iktibar generasi sekarang. Oleh itu, golongan tua ini perlu dijaga dan
dipelihara dengan sebaik mungkin. Golongan ini juga inginkan perhatian yang lebih
dalam melewati usia tua mereka.
KESIMPULAN
Penjagaan orang-orang tua ini bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh.
Hasil kajian telah menunjukkan, banyak aspek positif yang yang boleh diperolehi
dalam penjagaan orang-orang tua ini. Setiap keluarga harus mempunyai kesedaran
yang tinggi tentang pentingnya golongan ini, sedar tentang asal-usul mereka dan sedar
tentang ganjaran yang bakal mereka perolehi dengan menjaga golongan ini. Ikatan
kekeluargaan ini seharusnya dipelihara sampai bila-bila.